DIALOG RAKYAT |
- Mana hilangnya ketua pengarah Majlis Sukan Negara?
- Jamila bakal jadi boneka DAP - Rahmad Isahak
- Kemalangan Di Terowong Menora: "Saya Minta Maaf Mak" - Anak
- Dua Maut, Seorang Parah Kemalangan Dekat Terowong Menora
- Polis berkawal, peserta demo tak muncul
- PRM: Najib juga boleh 'dinyah' seperti Pak Lah
- Asyik-Asyik Rakyat Yang Diminta Berkorban...
- Kecurian Mesin ATM: Duta Venezuela Prihatin Laporan Rakyat Amerika Latin
- Bersyukur atau protes, SAMM jawab kenyataan menteri
- Pemuda PAS Kelantan cari tonik baru tarik golongan muda
- Kesan kenaikan harga minyak di Sabah serius
- Dedah kesalahan Khalid bukan kerja MB, kata Umno Selangor
- PAS akui sukar penuhi hasrat PKR dan DAP
- 'Salam 20 sen' untuk NGO pengkritik Hadi
- MB baru 'terjah' lori sampah ala-Jokowi
- Facebook PM jadi sasaran rakyat
- [VIDEO] Melati Lapor SKMM & Bakal Saman Malu Kerana Dihina
- Bonda Hishammuddin Meninggal Dunia
- Petrol RON95 Naik Harga & Kenaikan Diesel 20 Sen Tahun 2014 VS Harga Minyak Dunia Jatuh (US$94.16) Setong!
- Hampir semua jemaah haji Malaysia berada di Arafah
- Beberapa lebuh raya sesak sempena Aidiladha
- Belanjawan Selangor fokus perumahan, pendidikan - Azmin
- Tak nak GST? Kerajaan bayar rakyat guna bas
- Minyak naik: Lebih banyak motosikal di jalan raya, lebih banyak kemalangan
Mana hilangnya ketua pengarah Majlis Sukan Negara? Posted: 04 Oct 2014 07:42 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER Sudah menjadi tradisi setiap kali tamat kejohanan besar seperti temasya Sukan Asia, ketua pengarah Majis Sukan Negara (MSN) akan mengadakan sidang media khas bagi mengulas pencapaian kontinjen negara sepanjang kejohanan berlangsung. Namun berbeza kali ini, apabila kelibat 'orang kuat MSN itu' serta pegawai kanannya tidak kelihatan, sebaliknya hanya Ketua Kontinjen negara, Datuk Danyal Balagopal Abdullah berani tampil memberi ulasan pencapaian atlet negara di Incheon. Kebanyakan media Malaysia yang membuat liputan di temasya Sukan Asia ke-17 meluahkan rasa pelik apabila melihat sikap berbeza Datuk Seri Zolkples Embong seolah-olah melarikan diri apabila bertembung media di venue kejohanan. Keadaan tersebut menimbulkan pelbagai andaian sama ada ketua pengarah MSN itu 'melarikan diri' atas kegagalan di Incheon dan Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland pada Ogos lepas ataupun pengumuman Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin untuk membuat rombakan besar-besaran dalam MSN mengganggu fikirannya. Apapun bentuk andaian dibuat sekalipun hanya 'tuan milik badan' yang mengetahui keadaan sebenar. Danyal berkata beliau ada menjemput Zolkples bersamanya hari ini, namun ketua pengarah MSN itu menolak tanpa menyatakan alasan. "Saya tak tahu kenapa Datuk Zol (Zolkples) tidak mahu hadir hari ini walaupun saya memberitahu bahawa media Malaysia membuat permintaan untuk mengadakan sidang media hari ini," katanya. Beliau berkata mungkin Zolkples mempunyai urusan lain yang lebih penting untuk diselesaikan hari ini. Danyal berkata ketua pengarah MSN itu turut memberitahunya bahawa beliau tidak dapat hadir pada majlis penutup kejohanan di Stadium Utama Asiad Incheon kerana tidak membawa pakaian rasmi kontinjen negara. Malaysia gagal mencapai sasaran lapan pingat emas seperti yang diletakkan sebelum ini apabila menamatkan cabaran di Incheon di tempat ke-14 dengan membawa pulang lima pingat emas, 14 pingat perak dan 14 pingat gangsa. Sepanjang penyertaan di Sukan Asia, kontinjen Malaysia meraih empat pingat emas di Hiroshima, Jepun (1994), lima emas di Bangkok, Thailand (1998), enam emas di Busan, Korea Selatan (2002), lapan emas di Doha, Qatar (2006) dan sembilan emas di Guangzhou, China (2010) yang juga adalah pencapaian terbaik negara. – Bernama, |
Jamila bakal jadi boneka DAP - Rahmad Isahak Posted: 04 Oct 2014 07:15 AM PDT Oleh Shawaliah HadirSHAH ALAM: Tindakan gadis muda Jamila Rahim memilih DAP sebagai parti pilihannya telah mengundang kritikan pelbagai pihak. Bekas ahli DAP Rahmad Isahak juga tidak bersetuju dengan tindakan wanita berpurdah yang lebih dikenali sebagai Melati itu, kerana umum mengetahui parti itu bukan sahaja mendiskriminasi Melayu malah dilihat rasis terhadap Islam. Katanya, kehadiran golongan hawa di parti itu khususnya Melayu hanya akan dipergunakan DAP sebagai boneka untuk menarik perhatian dan sokongan kononnya parti itu bukan anti-Melayu. "Di tengah-tengah kemelut Islam yang sedang diperlekehkan oleh DAP, kita rasa cukup tersinggung, dukacita dan terperanjat kerana ada seorang lagi anak Melayu yang berpurdah telah menyertai DAP. "Saya juga ingin menasihatkan dua wanita yang sebelum ini menyertai DAP, kena belajar banyak lihat apa yang berlaku terhadap pemimpin-pemimpin Melayu (dalam DAP)," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi. Pada usia muda, Rahmad berkata, banyak lagi selok belok dan helah DAP yang tidak diketahui Jamila yang hanya akan merugikan diri sendiri kelak. Tindakan Jamila yang juga seorang penulis novel turut dibidas Naib Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mahfodz Mohamed. Mahfodz berkata, DAP secara terang-terangan menolak usaha untuk mewujudkan negara Islam dan berkeras mahu PAS membatalkan hasrat mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini. Justeru, katanya, gadis berpurdah itu perlu memikirkan semula keputusannya menyertai DAP. Mengulas lanjut Rahmad berkata, PAS yang merupakan rakan sekutu DAP dalam Pakatan Rakyat (Pakatan) juga secara lantang menempelak Jamila ekoran 'kesilapan' beliau menyertai DAP. "Itu bukan tempat yang selamat untuk memperjuangkan politik beliau dan masa depannya bukan terletak kepada parti seperti DAP. "Kalau PAS pun boleh mengkritik begitu mendalam walaupun kita tahu sekarang ini keretakan berlaku di antara PAS dan DAP mahupun PKR. Tetapi pandangan PAS itu sepatutnya dijadikan teladan sebelum dipergunakan sepenuhnya (oleh DAP) yang secara terang-terangan menolak Islam dan Melayu," ujarnya. Rahmad yang juga Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) berkata, terdapat banyak lagi parti Melayu yang boleh dipilihnya untuk disertai bagi membolehkan wanita memperjuangkan politiknya. Keputusan ini sekali gus memberi contoh buruk kepada rakan sebaya Jamila. "Saya rasa lebih baik beliau menyertai parti-parti Melayu. Banyak lagi parti Melayu yang ada dalam negara ini ... PAS, Umno, PKR dan sebagainya," jelasnya. Jamila, seorang graduan diploma Bahasa Inggeris Universiti Selangor (Unisel) berusia 22 tahun, juga aktivis anak yatim. Untuk rekod, sebelum ini Dyana Sofya Mohd Daud dan anak gadis Melayu bertudung, Syefura Othman (Rara) merupakan ahli DAP yang mendakwa parti itu sesuai dengan perjuangan mereka. |
Kemalangan Di Terowong Menora: "Saya Minta Maaf Mak" - Anak Posted: 04 Oct 2014 06:49 AM PDT Dalam kemalangan pukul 11.30 pagi membabitkan dua treler dan enam buah kereta itu, mangsa Norhayati Wook, 50, dan Siti Yuslianis Roslan, 20, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala manakala tiga adik beradik lain mengalami cedera ringan. Siti Yuslianis merupakan pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Kuala Terengganu. Muhammad Yusriman, 23, yang memandu kereta jenis Proton Saga BLM, ketika ditemui pemberita di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, tidak putus-putus melafazkan "saya minta maaf mak" dengan nada hiba selepas merasa serba salah atas kejadian itu. "Bunyi kuat sangat, saya rasa pemandu treler itu tidak membrek. Adik-beradik menjerit dan cermin pecah," katanya ketika ditemui pemberita di HRPB di sini. Beliau berkata orang awam kemudian membantu mereka keluar daripada kereta tersebut. "Kami sekeluarga dalam perjalanan pulang dari Bukit Sentosa, Rawang, ke Lenggong...mak dan ayah orang sana," katanya. Beliau dan abangnya Muhammad Yusrizal, 25, mengalami cedera ringan manakala adik mereka Siti Yusliana, 12, mengalami luka di bahagian tumit kaki. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Ghuzlan Salleh berkata kesemua mangsa yang menaiki kereta itu merupakan keluarga kepada seorang anggota polis berpangkat sub inspektor yang bertugas di Pusat Latihan Polis Bukit Beruntung, Selangor. Beliau berkata bagaimanapun anggota polis berkenaan tidak bersama-sama keluarganya ketika kejadian. "Kejadian berlaku di kawasan menuruni bukit apabila sebuah treler dipercayai hilang kawalan merempuh sebuah kereta yang dinaiki lima sekeluarga," katanya ketika dihubungi di sini. Beliau berkata beberapa kenderaan lain turut terbabit dalam kemalangan itu selepas berlanggar antara satu sama lain kerana tidak sempat mengelak insiden berkenaan. Lori treler jenis Hino itu dalam perjalanan dari Johor Baharu menuju ke Pulau Pinang dengan membawa muatan jubin mozek, katanya. Lima kenderaan lain iaitu masing-masing dua dari jenis Proton Alza, Honda City, Perodua Myvi dan Mercedes Benz itu mengalami kerosakan teruk, bagaimanapun sama ada pemandu atau penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya. Beliau berkata pemandu treler berusia 40-an berkenaan kini ditahan untuk siasatan lanjut serta ujian air kencing dan darah. Kejadian berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya |
Dua Maut, Seorang Parah Kemalangan Dekat Terowong Menora Posted: 04 Oct 2014 06:46 AM PDT MSTAR ONLINE Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Ghuzlan Salleh ketika dihubungi berkata kejadian yang berlaku lebih kurang 11 pagi Sabtu membabitkan beberapa buah kenderaan. Sementara itu jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata kemalangan itu membabitkan lima kenderaan iaitu masing-masing sebuah lori treler, lori, kereta jenis Perodua Myvi, kenderaan pelbagai guna jenis Alza serta kereta jenis Honda City. "Operasi menyelamat dilakukan oleh pasukan bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar. Keseluruhan mangsa yang terlibat adalah 15 orang," katanya. Jurucakap Plusline ketika dihubungi berkata lalu lintas di lebuh raya dari arah Ipoh masih mengalami kesesakan sepanjang 13 kilometer. Bagaimanapun lalu lintas kembali lancar selepas kawasan kejadian, katanya. Plus mencadangkan supaya pengguna lebuh raya menuju ke utara melencong kenderaan mereka keluar di plaza tol Ipoh Selatan dan masuk kembali di plaza tol Kuala Kangsar bagi meneruskan perjalanan. |
Polis berkawal, peserta demo tak muncul Posted: 04 Oct 2014 06:42 AM PDT MALAYSIAKINI Desas-desus berhubung satu perhimpunan bagi membantah kenaikan harga minyak di Dataran Merdeka hari ini tinggal menjadi khabar angin, tanpa kehadiran mana-mana peserta. Namun, seramai kira-kira 50 orang petugas media tetap hadir untuk membuat liputan, dan akhirnya terpaksa berteduh di Bangunan Sultan Abdul Samad ketika hujan lebat melanda Kuala Lumpur petang ini. Seramai 50 orang petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan anggota polis juga setia berkawal di kawasan yang digembar-gembur sebagai lokasi perhimpunan tersebut petang ini. Terdahulu, puluhan pelancong juga dilihat meluangkan masa melawat kawasan tumpuan tersebut dengan dikawal pihak berkuasa. Khabar angin mengenai perhimpunan yang dikatakan akan berlangsung jam 4 petang itu tersebar di media sosial, sehari selepas pengumuman kenaikan harga minyak oleh kerajaan pada 1 Oktober. Setakat ini belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab menganjurkan perhimpunan berkenaan namun polis semalam berkata perkara itu akan disiasat. Kerajaan mengumum kenaikan 20 sen untuk setiap liter petrol RON95 dan diesel, yang menjadikan harga semasa masing-masing RM2.30 dan RM2.20 seliter. |
PRM: Najib juga boleh 'dinyah' seperti Pak Lah Posted: 04 Oct 2014 06:40 AM PDT MALAYSIAKINI Parti Rakyat Malaysia mengingatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak bahawa perdana menteri sebelumnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi terpaksa berundur kerana gagal menunaikan janji. Oleh itu, BN perlu memenuhi janji pilihan raya untuk tidak menaikkan harga bahan api sekiranya perdana menteri itu tidak mahu mengalami nasib yang sama, katanya. "PRM hendak mengingatkan bahawa bekas perdana menteri, Abdullah Badawi, diberikan kepercayaan kuat oleh rakyat kerana beliau berjanji melaksanakan perubahan yang diidam-idamkan rakyat. "Oleh itu (Abdullah) mendapat peratusan kerusi parlimen yang paling tinggi dalam sejarah Malaysia. "Tetapi selepas pilihan raya, beliau tidak membawa perubahan yang dijanji, tidak menghiraukan kesusahan kehidupan rakyat, sebaliknya melaksanakan dasar ekonomi neo-liberalisme, mengurangkan subsidi, menaikkan harga minyak dengan mendadak. "Akibatnya harga barangan melambung naik, inflasi berlaku, akhirnya beliau dinyah oleh pengundi dalam pilihan raya umum ke-12," kata Koh. Tambahnya, kejayaan BN dalam pilihan raya umum 2004 – dengan kemenangan di 198 dairpada 220 kerusi parlimen – adalah berdasarkan keyakinan rakyat kepada Abdullah untuk menjalankan agenda perubahan. "Bagaimanapun, selepas pilihan raya umum, beliau tidak membawa perubahan yang dijanjikan," kata Koh dalam kenyataannya. Koh turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang tidak menaikkan harga RON97 dan hanya menaikkan harga RON95 dan diesel. "RON95 untuk pengguna berpendapatan pertengahan dan RON97 diguna oleh mereka yang kaya berkereta besar. "Lagi pun berapa warga asing yang berada di Malaysia menikmati subsidi minyak RON 95?," soalnya. Harga petrol RON95 dan diesel dinaikkan sebanyak 20 sen pada 2 Oktober, menjadikan harga masing-masing RM2.30 dan RM2.20 seliter. |
Asyik-Asyik Rakyat Yang Diminta Berkorban... Posted: 04 Oct 2014 12:22 AM PDT shahbudindotcom Untuk kesekian kalinya, apabila saja kerajaan memutuskan mahu memotong subsidi, hujah yang selalu digunakan ialah ianya untuk kebaikan negara bagi jangka panjang. Oleh yang demikian, kata para pemimpin, rakyat haruslah berkorban demi masa depan negara. Kononnya, tak apalah susah sedikit sekarang, asalkan senang untuk jangka panjang. Lagi pula, kata pemimpin yang berada di singgahsana, subsidi ini tidak baik, tidak menjadikan rakyat berdaya saing dan tidak selamanya rakyat harus bergantung dengannya. Ketika empat kali subsidi gula dikurangkan sejak 2009 lalu, itulah alasan yang dihujahkan. Ketika banyak kali harga minyak dinaikkan melalui pengurangan subsidinya, itulah juga alasan yang digunakan. Dua hari lalu, subsidi petrol dan diesel dikurangkan lagi untuk menjadikan harganya naik 20 sen seliter. Dengan kenaikan ini, harga barang keperluan, minuman dan makanan di kedai dan restoran sudah pasti akan meningkat. Menjelang sambutan Hari Raya Korban tahun ini, rakyat benar-benar terasa menjadi korban. Seperti biasa juga, apabila berlaku situasi ini, Perdana Menteri, Najib Razak sekali lagi meminta rakyat berkorban untuk menerima dengan baik kenaikan ini. Dengan alasan kenaikan ini untuk kebaikan jangka panjang ekonomi negara, tambah beliau, hanya dengan adanya pengorbanan ikhlas rakyat, maka hasilnya dapat sama-sama dikecapi nanti. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hasan Malek yang telah melekat di kepala rakyat dengan label "menteri cap ayam" lebih dahsyat seruannya. Beliau bahkan meminta rakyat bersyukur dengan kenaikan harga minyak ini dan bukannya dengan mengadakan bantahan di jalanan. Biasanya orang bersyukur sebab naik gaji, dibelanja makan percuma, dapat beli barang dengan harga murah atau seumpamanya. Tapi Hasan Malek minta kita bersyukur sebab harga petrol sekarang RM2.30 seliter berbanding RM2.10 sebelumnya. Dahsyat daya fikir menteri ni!! Kenapakah dalam soal menaikkan harga barang melalui pengurangan subsidi ini, hanya rakyat yang diminta berkorban? Tidak cukupkah lagi pengorbanan rakyat selama ini yang bukan saja bekerja keras dalam karier masing-masing dalam pelbagai bidang yang semuanya untuk kepentingan negara dan kemudian membayar pula cukai pendapatan dan perniagaan kepada kerajaan? Di ketika rakyat berulangkali diminta berkorban untuk negara dengan menerima kenaikan demi kenaikan, apakah pula pengorbanan daripada pemimpin? Walaupun kita tahu pemimpin juga bekerja keras memajukan negara, tapi imbuhan yang mereka terima juga melimpah-ruah. Bukan saja setiap kilometer perjalanan mereka dibayar, bahkan elaun petrol, keraian, rumah, hotel, bertugas luar kawasan, telefon, orang gaji dan sebagainya semuanya dibayar oleh kerajaan. Selain percutian mewah setahun sekali yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, mengadakan majlis jamuan pun diberikan kerajaan. Makan, minum, tidur dan melepak di hotel pun kadangkala dengan perbelanjaan yang dibayar oleh kerajaan. Kereta pula disiapkan dengan pemandunya sekali yang mana mereka tidak pernah pun mengeluarkan wang daripada poket sendiri untuk mengisi minyaknya. Apalah salahnya, di ketika banyak kali Najib dan ramai yang lain meminta rakyat berkorban, sesekali pula pemimpin pun berkorban sama. Tunjukkanlah sama semangat berkorban, janganlah asyik rakyat saja diminta berkorban. Sekurang-kurangnya sebulan dalam setahun misalnya, apalah salahnya Najib dan menteri-menteri mengisi petrol dengan wang saku mereka sendiri sebagai pengorbanan kepada kerajaan. Kalau tidak pun, berkorbanlah dengan mengecualikan daripada membuat pelbagai tuntutan elaun, juga setidak-tidaknya sebulan dalam setahun sebagai menunjukkan teladan sama-sama berkorban bersama dengan rakyat. Sesekali tunjukkanlah ikhlasnya berkhidmat dengan percuma pula. Dikira pengorbanan yang besar nilainya juga jika Najib dan menteri-menterinya dapat mengurangkan bajet percutian dengan hanya bercuti di dalam negara saja. Kurangkan juga perbelanjaan untuk majlis-majlis keraian seperti jamuan rumah terbuka dan berbuka puasa kerana kadangkala ia bukan saja diadakan di peringkat kementerian, tetapi juga di setiap agensinya, kawasan Parlimen dan sebagainya. Ramadan dan Syawal selalunya adalah bulan berseronok dengan makan minum saja. Jika Najib dan menteri-menterinya dapat melakukan pengorbanan seperti itu, tentulah rakyat dengan senang hati juga berkorban bila minyak atau gula dikurangkan subsidinya. Lagi pula, rakyat juga tertanya-tanya apakah hasilnya kepada negara ini setelah sekian banyak kali subsidi minyak dan gula sudah dikurangkan itu? Mengapakah perbelanjaan masih defisit juga dan hutang kian mencanak setiap tahun? Bukankah jika subsidi sudah dikurangkan yang bermakna kerajaan mempunyai lebih banyak wang, maka defisit akan bertambah baik dan hutang negara juga tidak bertambah? Bukanlah rakyat tidak boleh berkorban setiap kali kerajaan mahu mengurangkan subsidi sebagaimana yang diminta oleh Najib tetapi selain perlu menunjukkan hasilnya, janganlah asyik rakyat saja yang terkorban atau dikorbankan. Pemimpin yang baik ialah mereka yang lebih dulu membuat pengorbanan sebelum meminta rakyat berkorban. Janganlah hanya rakyat yang berkorban, dikorbankan atau terkorban tetapi pemimpin hanya tahu jadi tukang korban. |
Kecurian Mesin ATM: Duta Venezuela Prihatin Laporan Rakyat Amerika Latin Posted: 04 Oct 2014 12:10 AM PDT KL TODAY KUALA LUMPUR: Duta Venezuela ke Malaysia, Manuel Guzman Hernandez melahirkan rasa prihatin dengan laporan rakyat Amerika Latin disabitkan dalam kecurian wang dari mesin juruwang automatik (ATM) di negara ini. Beliau berkata siaran identiti kononnya mereka merupakan rakyat Amerika Latin atau semata-mata disyaki tanpa terlebih dahulu disahkan pihak berkuasa sebagai tidak wajar. "Wilayah Amerika Latin mengandungi 600 juta orang yang akar etniknya adalah pelbagai dari beberapa tempat di seluruh dunia. "Saya ingin tegaskan, tiada pengesahan identiti mereka yang terlibat dengan kecurian mesin ATM," katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan kedutaan Venezuela pada Jumaat. Manuel berkata duta-duta dari negara Amerika Latin di Malaysia telah bertemu dengan pihak berkuasa untuk menjalin kerjasama berhubung perkara itu. Sindiket yang dipercayai terdiri daripada warga Amerika Latin dilaporkan telah menggodam wang bernilai RM1.271 juta dari bank di Johor, Melaka dan Selangor. Dalam kes terbaharu, polis menerima laporan sebuah bank di Kota Damansara kehilangan wang bernilai kira-kira RM300,000. |
Bersyukur atau protes, SAMM jawab kenyataan menteri Posted: 04 Oct 2014 12:06 AM PDT 1. Kenyataan Menteri KPDNKK, YB Datuk Hassan Malek yang meminta rakyat bersyukur dengan kenaikan harga bahan bakar dilihat begitu menghiris perasaan rakyat. Sama ada menteri ini tidak sengaja mengeluarkan kenyataan itu atau sememangnya tidak mempunyai tahap pemikiran seorang pemimpin. 2. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melihat pihak kerajaan tidak mempunyai alasan yang releven untuk kenaikan harga bahan bakar yang menjadi kunci kenaikan kos sara hidup. Ketika ini harga minyak pasaran dunia merundum ke aras paling rendah dalam tempoh 3 tahun. Mengapa kerajaan tergamak menaikkan harga minyak domestik? 3. Kata-kata untuk menjimatkan perbelanjaan negara, pembangunan luar bandar, menaiktaraf sistem pengangkutan awam, menambah kadar BR1M dan sebagainya hanyalah satu penyedap halwa telinga sahaja. 4. Imbas kembali, zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi sewaktu kenaikan harga bahan bakar mencecah 78 sen seliter, yang ketika itu harga minyak global mencanak tinggi. Maka lebihan pendapatan dari kenaikan itu kononnya digunapakai untuk menaik-taraf pengangkutan awam. Apa hasilnya? Hanya lambakan bas-bas Rapid yang tersadai menjadi besi buruk kerana urustadbir yang penuh ketirisan. 5. September 2013, Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Razak umum kenaikan harga bahan bakar RON95 dan diesel untuk menjimatkan perbelanjaan negara. Sama juga alasannya ketika ini. Namun, siapakah yang boros dan tidak amanah dalam mengurus perbelanjaan? Rakyat atau kerajaan? Banyak kelompongan dalam pengurusan perbendaharaan negara yang tidak diatasi sehingga kini. 6. Alasan menteri kononnya kenaikan harga bahan bakar kali ini didorong oleh langkah untuk mencegah penyeludupan. SAMM melihat sepatutnya pihak kerajaan pertingkat operasi di pintu sempadan untuk mencegah penyeludupan, bukan menghukum rakyat di atas kebocoran sempadan. Semua lorong-lorong tikus laluan penyeludup perlu dipantau rapi yang melibatkan pelbagai agensi. Atau apakah agensi-agensi terbabit di pintu sempadan telah gagal sama sekali sehingga Kerajaan Persekutuan terpaksa mengambil langkah menaikkan harga bahan bakar? 7. Sekali lagi, Kerajaan Persekutuan menggunakan hujah kononnya harga bahan bakar kita antara yang termurah. SAMM berpandangan tidak patut jika ingin dibandingkan dengan negara "net importer" lain kerana hakikatnya kita adalah negara "net exporter" petroleum. Rakyat juga sering dimomokkan dengan ungkapan sumber minyak negara semakin habis sedangkan penemuan-penemuan telaga minyak baru sering sahaja dirahsiakan daripada pengetahuan khalayak umum. 8. Adalah tidak adil juga jika kita membandingkan harga bahan bakar di antara negara kita dan negara jiran dengan menggunakan matawang kita. Umum mengetahui bagaimana nilai matawang kita yang semakin rendah berbanding matawang negara jiran. Tambahan lagi, kita juga harus melihat pendapatan perkapita negara tersebut berbanding dengan kita. Dengan kuasa beli mereka yang besar walaupun harga minyak mereka tinggi, ia tidak akan mengganggu keadaan taraf hidup rakyat mereka. Apa pun hujahnya, kenaikan harga bahan bakar ini menunjukkan kegagalan dahsyat Perdana Menteri dan Kabinetnya dalam menjaga amanah menguruskan perbendaharaan negara. Lantas, mengambil jalan mudah menaikkan harga bahan bakar bagi membendung defisit yang semakin membesar. Untuk kesekian kalinya, rakyat Malaysia harus membayar harga yang mahal di atas siri kelemahan dan kegagalan Perdana Menteri dan kabinetnya mengurustadbir negara. Maka rakyat harus protes, bukan bersyukur membabi-buta. (*) Penulis ialah Pengarah Badan Penyelidik SAMM. |
Pemuda PAS Kelantan cari tonik baru tarik golongan muda Posted: 03 Oct 2014 11:59 PM PDT Kita menyedari banyak faktor kekalahan baru-baru ini terutamanya ialah kita berdepan dengan jentera pusat sekali gus memperlihatkan sokongan terutamanya daripada golongan muda semakin menurun. Beliau berkata, ekoran kekalahan PAS di PIlihan Raya Kecil Pengkalan Kubor, pihaknya telah melakukan 'post-mortem' untuk mengenal pasti kelemahan yang ada. "Kita menyedari banyak faktor kekalahan baru-baru ini terutamanya ialah kita berdepan dengan jentera pusat sekali gus memperlihatkan sokongan terutamanya daripada golongan muda semakin menurun," katanya. Jelasnya lagi, melalui 'post-mortem' tersebut banyak perkara yang akan diperbaiki. "Selepas ini kita akan mempergiatkan lagi usaha untuk menambah sokongan muda di seluruh Malaysia," ujarnya menerusi laporan Sinar Harian. |
Kesan kenaikan harga minyak di Sabah serius Posted: 03 Oct 2014 11:58 PM PDT Kenaikan sebanyak 10 peratus akan memberikan kesan yang mendalam terhadap harga barangan dan perkhidmatan lain. KOTA KINABALU: Pengerusi Democratic Action Party Sabah (DAP) Jimmy Wong berkata kenaikan harga bahan api sebanyak 20 sen seliter adalah satu beban kepada majoriti rakyat, terutamanya rakyat Sabah. "Kesan ini adalah serius. Kenaikan sebanyak 10 peratus akan memberikan kesan yang mendalam terhadap harga barangan dan perkhidmatan lain," katanya. "Pengangkutan dari sini ke Matunggong, pada hari Sabtu, akan meningkat sebanyak RM10, daripada RM30 kepada RM40. Ini adalah peningkatan sebanyak 33.3 peratus." "Harga makanan akan meningkat dan saya diberitahu sementara RON95 akan dikecualikan daripada GST pada tahun depan, namun tidak ada keputusan daripada kerajaan sama ada diesel akan dikecualikan juga." Beliau mengulas kesan kenaikan harga minyak kelmarin. Di Sabah, kereta yang menggunakan diesel adalah satu keperluan kerana keadaan jalan raya yang amat teruk, katanya. "Orang-orang di semenanjung mampu untuk membeli kereta petrol kerana keadaan jalan raya mereka bagus." Jadi tahun depan, dengan GST, "kami akan membayar 20 sen lebih ditambah dengan enam peratus." Wong juga memberi amaran bahawa harga minyak boleh meningkat sekali lagi sebelum akhir tahun ini seperti yang berlaku pada tahun-tahun sebelum ini, sehingga harga bahan api di negara ini mencecah nilai pasaran antarabangsa. Tambahnya, ini akan membunuh industri pembuatan Sabah yang bergantung sepenuhnya kepada diesel. Oleh kerana kenaikan harga bahan api akan memacu harga barangan dan perkhidmatan yang lebih tinggi, pekerja berhak menuntut gaji atau elaun yang lebih tinggi, katanya. "Sabah membayar 30 peratus lebih tinggi untuk mana-mana barangan dan perkhidmatan dan tidak lama lagi, kita perlu membayar GST. Dengan peningkatan harga bahan api, harga barangan akan meningkat semula, seperti biasa." |
Dedah kesalahan Khalid bukan kerja MB, kata Umno Selangor Posted: 03 Oct 2014 11:49 PM PDT Oleh Mageda Muda Mohd NorKUALA LUMPUR: Umno Selangor meminta Menteri Besar Mohamed Azmin Ali tidak membuang masa dengan hanya 'membongkar' kesalahan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Sebaliknya Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Shukur Idrus berkata, adalah lebih baik Azmin memastikan pembangunan berterusan dan menjaga kebajikan rakyat negeri. "Tetapi ini yang sedang dibuat oleh Azmin, iaitu menyerang pentadbiran Menteri Besar terdahulu. "Rakyat Selangor tidak mahu ini semua, tugas Menteri Besar ialah memajukan negeri," katanya ketika dihubungi hari ini. Malah katanya Azmin perlu menyerahkan kepada agensi kerajaan negeri untuk menyiasat tentang kepincangan pentadbiran Khalid. Sehubungan dengan itu beliau mengingatkan Azmin, bahawa Rakyat tidak mahu Menteri Besar yang boleh dicucuk hidung oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tindak tanduk menguruskan negeri Selangor. Justeru sudah tiba masanya bagi Azmin keluar daripada bayangan Ketua Umum PKR itu dengan menunjukkan kewibawaan sendiri. "Tunjukkan kepada Anwar bahawa pilihan awal tidak melantik Azmi adalah satu tindakan yang salah. "Azmin perlu buktikan beliau boleh menjadi Menteri Besar Selangor yang paling hebat," katanya. Kata Shukor, Azmin mesti keluar dan bebas dari belenggu Anwar sebagaimana yang berlaku sekarang. Antara yang akan didedahkan Azmin ialah perjanjian air dan lebuh raya Kidex yang dibuat semasa pentadbiran Khalid. Terdahulu Anwar mengumumkan Azmin akan mendedahkan pihak yang mendapat keuntungan semasa Khalid menjadi Menteri Besar Selangor dari 2008 hingga 2014. PKR mulanya mencalonkan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid yang dipecat. Bagaimanapun, Sultan Selangor sebaliknya memilih Azmin sebagai Menteri Besar. |
PAS akui sukar penuhi hasrat PKR dan DAP Posted: 03 Oct 2014 11:46 PM PDT Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad AzharSABAK BERNAM: Selepas krisis jawatan Menteri Besar Selangor mulai reda dengan pelantikan Mohamed Azmin Ali, PAS kini menuntut agar PKR dan DAP tidak melampaui perjuangan bersama di dalam Pakatan Rakyat. Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali berkata, konsep tahaluf siyasi yang dimeterai sejak 2008 lalu tidak harus dicemari dengan unsur khianat di antara satu sama lain. "Tahaluf siyasi kita ini bersyarat. Jangan khianat rakan-rakan kita sendiri. Jangan berkata yang bukan-bukan. Jika berpakat buatlah cara berpakat. Kita baru bertunang, belum kahwin lagi. "Bila memaksa kita (ikut kemahuan PKR dan DAP), kita merasa payah sangat. Rasa macam tak usahlah bernikah. Kalau mahukan kita, tolong jangan buat perangai negitu lagi. Tolong, raikan pandangan kita walaupun berbeza," katanya pada satu forum PAS di Tebuk Pulai, Sabak Bernam. Khairuddin turut merujuk kepada tuduhan 'pengkhianat' yang dilemparkan DAP kepada empat bekas exco PAS yang bersama Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di dalam tempoh peralihan kuasa sebulan yang lalu. Katanya, PAS terkilan dengan kenyataan itu sedangkan parti Islam itu melihat kepada skop yang lebih luas berbanding perjuangan politik peribadi dan kepartian sahaja. Forum berkenaan diadakan untuk merungkai kekusutan ahli-ahli PAS terhadap kemelut politik semasa di Selangor yang kebelakangan ini menyaksikan serangan terbuka terhadap ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat. PKR, DAP 'tinggalkan' PAS dalam buat keputusan Menjelaskan isu berkaitan Khairuddin menyelar sikap penting diri PKR dan DAP dalam membuat kebanyakan keputusan, dan segera melabelkan ia sebagai 'keputusan majoriti'. Sebagaimana pendirian Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini, Khairuddin meluahkan rasa kecewanya apabila presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sentiasa disisihkan. "Hadi buat keputusan untuk mengekalkan Khalid (selepas PRU-13). Ini adalah ijtihad Hadi sebagai seorang presiden meskipun kita tak buat mesyuarat. Dan selepas kita adakan mesyuarat, PKR-DAP-PAS setuju untuk pilih Khalid (MB Selangor PRU-13). "Jadi apabila tiga parti setuju, tiba-tiba kalau nak gugur Khalid pula kaedahnya bagaimana? Kena dapatkan persetujuan ketiga-tiga parti jugalah. Mana boleh dua parti sahaja," tambahnya sambil membidas keputusan gopoh PKR dan DAP yang dibuat dahulu untuk menyingkirkan Khalid. Walaupun sentiasa melaungkan sikap kebersamaan di dalam Pakatan, PKR dan DAP daripada awal lagi gagal menerapkan 'konsensus Pakatan Rakyat' yang sering dilaungkan dua parti itu sebelum ini, katanya. Langkah Kajang yang diusulkan untuk menjatuhkan Khalid diteruskan walaupun tanpa 'restu' dari PAS, tambahnya. "Mereka minta pandangan PAS, tapi tak sempat buat keputusan DUN Kajang sudah kosong. Itu bukan tanya untuk mendapatkan pandangan, itu paksaan. "Selepas menang PRK Kajang sehinggalah kepada bulan Ramadan lalu, mereka terus memaksa untuk tukar Khalid. Kita ajukan apa hujah untuk tukar? Majlis Syura PAS dan presiden mahu Khalid dikekalkan. Adakah apa yang disebut Hadi itu di luar keputusan mesyuarat? "Tidak, kerana Hadi membawa keputusan bersama 6 Januari lalu. Namun akhirnya Hadi diserang dengan mengatakan ia sebagai pandangan peribadi," kata Ahli Parlimen Kuala Nerus itu lagi. Maka tegasnya, sejak dari awal lagi PAS berpegang kepada kaedah untuk menggugurkan Khalid perlu melalui kaedah tertentu dan sekiranya beliau disabitkan dengan isu integriti. |
'Salam 20 sen' untuk NGO pengkritik Hadi Posted: 03 Oct 2014 10:23 PM PDT MALAYSIAKINI Saya sempat membaca dan meneliti surat yang dihantar oleh Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) bertarikh 30 September kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tersebar di media massa. LENSA menyatakan bahawa surat tersebut adalah sebagai teguran kepada PAS yang dianggap sebagai punca tercetusnya ketegangan dalam Pakatan Rakyat. Tidak dapat dinafikan bahawa dalam amalan demokrasi, semak dan imbang sangat penting dalam memastikan sesebuah parti mampu melaksanakan dengan sebaiknya hak dan mandat yang telah diamanahkan oleh rakyat. Namun begitu, saya tidak pasti sama ada LENSA telah meneliti secara adil segala hujahan yang mereka halakan secara mutlak kepada PAS atau tidak. Sewajarnya LENSA perlu lebih adil dalam memberi teguran bukan hanya kepada PAS, akan tetapi secara bersama kepada PKR dan juga DAP yang juga turut berada dalam Pakatan. Bukankah tujuan surat tersebut adalah untuk memastikan sistem politik dwiparti (Pakatan) di negara kita dikukuhkan bagi mewujudkan pentadbiran negara yang seimbang? Namun sebaliknya, tindakan tersebut dilihat seperti 'kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak'. Mengapa pula wujud double standard dalam isu ini yang seolah-olah PKR dan DAP langsung tidak terlibat dalam pergeseran yang sengaja diwujudkan ini? Sepatutnya LENSA menegur pencetus utama (the cause of the problem) kepada kemelut yang berlaku sehingga menyebabkan Umno mampu untuk goyang kaki melihat wayang ini. Titah sultan Selangor menegur tindakan PKR melalui 'Langkah Kajang' yang dilihat sebagai punca kepada krisis di Selangor wajar dijadikan muhasabah oleh PKR. Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli yang menggerakkan projek 'Langkah Kajang' tanpa berbincang terlebih dahulu dengan rakan Pakatan dilihat punca utama kepada kemelut ini. Tanpa ada sebarang sebab yang munasabah, pada 27 Januari lalu, ADUN Kajang telah meletakkan jawatan sebagai ADUN sehingga memaksa rakyat terheret sama dalam pilihan raya kecil yang terpaksa diadakan. Bukan lembu dicucuk hidung Selain itu juga, saya melihat ada beberapa argumentasi ringkas yang didatangkan oleh LENSA dalam surat tersebut perlu diperbetulkan dan diberi penjelasan seadil-adilnya. Sangat tidak wajar jika hanya memetik satu isu lantas mencipta 'bad premise' kepada PAS sehingga menghalalkan hujahan LENSA bahawa PAS adalah punca mutlak kepada berlakunya ketegangan dalam Pakatan. Sebagai contoh, isu yang dibangkitkan oleh LENSA tentang tindakan PAS yang dilihat membelakangi setiakawan Pakatan apabila tidak menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar Selangor. Perlu diperjelaskan bahawa sebelum isu ini dibangkitkan oleh LENSA, sewajarnya persoalan mengapa Tan Sri Khalid Ibrahim perlu diturunkan daripada jawatan menteri besar Selangor (sehingga membawa kepada pemecatan beliau sebagai ahli PKR) perlu dijawab terlebih dahulu kerana ia adalah penyebab berangkai kepada persengketaan ini. Begitu juga dengan persoalan mengapa Anwar, ketika awal 'Langkah Kajang' dilancarkan, mengeluarkan kenyataan bahawa projek ini tidak ada kaitan dengan pertukaran menteri besar sebagaimana dilaporkan media pada 27 Januari lalu, tetapi yang berlaku adalah sebaliknya? Apakah tindakan ini tidak membelakangi setiakawan Pakatan? Atau apakah LENSA menganggap bahawa PAS sebenarnya hanya perlu menjadi 'lembu yang dicucuk hidung' menuruti segala apa yang dilakukan walaupun terpaksa menghakis kepercayaan rakyat kepada Pakatan? Mesyuarat 17 Ogos Isu lain yang dibangkitkan oleh LENSA adalah dengan mengatakan pendirian PAS tidak konsisten dalam isu itu. Saya tidak pasti sama ada LENSA sudah ambil maklum atau tidak berkenaan keputusan rasmi PAS Pusat yang telah bermesyuarat pada 17 Ogos sebulat suara sepakat, yang antara lain: "PAS tidak akan menuntut jawatan menteri besar Selangor, PAS juga menghormati semangat yang ada dalam Pakatan dalam mencadangkan nama calon menteri besar Selangor. "Sehubungan dengan itu, PAS sebulat suara pada hari ini bersetuju untuk mengangkat dua nama bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim. "Nama yang dicadangkan oleh PAS ialah: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (presiden PKR), dan Mohammad Azmin Ali (timbalan presiden PKR)." Hilangnya suara anti-GST Maka sepatutnya rakan Pakatan lain menghormati keputusan PAS ini sebagaimana PAS menghormati keputusan PKR untuk menukar menteri besar setelah Khalid bukan lagi mewakili Pakatan. Akan tetapi, mengapa PKR tetap berdegil memaksa PAS bersetuju dengan hanya nama tunggal iaitu Wan Azizah sehingga menafikan hak bersuara PAS sebagai rakan dalam satu pakatan. Keputusan mesyuarat pada 25 Ogos pula sebagai mengukuhkan keputusan sebelumnya dan menyerahkan kepada kebijaksanaan sultan dalam memilih menteri besar Selangor. Manakala tindakan drastik yang diambil oleh PAS pada 4 September 2014 pula adalah sebagai menghormati arahan sultan agar setiap ketua parti mengemukakan lebih daripada dua nama. PAS tetap akur dengan arahan sultan kerana berpegang kepada konsensus Pakatan walaupun PKR tetap bertegas untuk memilih 'berlawan' dengan institusi istana. Rakyat juga sebenarnya sehingga kini tertanya-tanya apakah kesalahan 'pecah amanah' yang dilakukan oleh Khalid sehingga beliau dipecat daripada PKR dan juga jawatan menteri besar. Tambahan pula, pertuduhan yang dilemparkan kepada Khalid berkenaan isu penyelesaian luar mahkamah antara beliau dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) telah dijawab dalam kenyataan rasmi yang disiarkan akhbar pada 17 September lalu. Maka sewajarnya, ia perlu dijawab kembali oleh PKR jika sekiranya pertuduhan kepada Khalid tersebut adalah benar kerana ini antara sebab utama PKR mahu menggantikan jawatan menteri besar Selangor. Jika tidak, mandat rakyat seolah-olah telah dipermainkan oleh sesetengah pihak tanpa rasa tanggungjawab. Apa yang pasti, rakyat terutamanya anak muda sudah semakin muak dengan politik 'main-main' seperti ini. Rakyat memerlukan politik berwajah baru dan politik budiman yang menghormati rakan termasuk juga lawan. Jika sebelum ini rakyat sedikit lega apabila tindakan zalim yang dilakukan oleh pihak kerajaan mendapat pembelaan daripada Pakatan seperti isu GST, harga getah yang meningkat, harga barang yang melambung tinggi dan sebagainya, tetapi pasca Langkah Kajang, kepercayaan tersebut sedikit meleset. Ia dibimbangi rakyat sedang melakukan 'silent protest' yang akan diluahkan di atas kertas undi menjelang pilihan raya umum ke-14 akan datang. Kita semua bersetuju bahawa bermula terciptanya Langkah Kajang, isu-isu rakyat khususnya tentang cukai barang dan perkhidmatan (GST) kurang disebut dan mendapat perhatian. Dalam tempoh lebih lima bulan Umno berjaya mengambil jalan selesa menghasut rakyat untuk menghalalkan cukai GST yang sebelum ini Pakatan bermati-matian membela rakyat daripada dizalimi. Dek kerana Langkah Kajang, isu ini diam seribu bahasa. Kempen Tolak GST 1.0 juga sudah tidak kedengaran akibat tenggelam dengan pertelingkahan sesama sendiri bahana Langkah Kajang yang dicipta. Naifnya, rakyat yang menjadi mangsa. Maka oleh itu, LENSA sebenarnya perlu lebih adil dalam menegur. Melihat kepada rentetan penjelasan di atas, sewajarnya kita sedia maklum pihak mana yang sepatutnya diutamakan untuk ditegur tanda kasih sayang anak muda kepada pakatan harapan rakyat ini. Suara anak muda tidak sepatutnya dipengaruhi mahupun diracuni oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Jangan disebabkan terpengaruh dengan mana-mana pihak, anak muda yang sebelum ini sinonim dengan nilai keintelektualan diragut oleh politikus yang rakus. Sehingga menyebabkan kita mengenepikan aspek adil, tepat, berfakta dan benar dalam mengkritik. Salam 20 sen. AHMAD ULWAN HASSIM, 24, mahasiswa ijazah sarjana muda usuluddin Universiti Al-Azhar di Kaherah. |
MB baru 'terjah' lori sampah ala-Jokowi Posted: 03 Oct 2014 10:13 PM PDT MALAYSIAKINI Dari longkang sehingga lori sampah, tiada apa-apa terlalu remeh buat Menteri Besar Selangor yang baharu, Azmin Ali - sekurang-kurangnya itulah imej yang tergambar melalui publisiti yang menggelarkan beliau sebagai Jokowi Malaysia. Dengan telefon pintar yang setiasa tersedia, penyokong Azmin telah membanjiri media sosial dengan gambar beliau yang kelihatan seperti tidak kisah untuk mengotorkan kemeja putih lengan pendeknya sewaktu turun padang. Gambarnya sewaktu memanjat lori sampah pagi semalam mengingatkan kita kepada sidang media di tapak pembuangan sampah oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo, yang meningkat popular dalam politik secara sekelip mata. Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi dikenali ramai dengan gaya 'blusukan' (istilah Indonesia untuk turun padang) sejak beliau berkempen untuk jawatan gabenor Jakarta lagi sebelum menang pemilihan presiden Indonesia. Namun, Azmin menggunakan istilah "terjah', istilah dengan rujukan budaya popular yang biasanya merujuk kepada situasi apabila selebriti didatangi wartawan dan jurugambar secara mengejut. Istilah itu diguna Azmin sewaktu membalas twit seorang penyokongnya yang menghantar imej beliau memanjat lori sampah ke laman blog mikro Twitter. |
Facebook PM jadi sasaran rakyat Posted: 03 Oct 2014 10:10 PM PDT Status Facebook Najib mengenai penjelasan pengurangan subsidi minyak dipenuhi luahan rasa tidak puas hati rakyat. SHAH ALAM - Akaun Facebook milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi sasaran rakyat meluahkan rasa tidak senang dengan kenaikan harga petrol dan diesel berkuat kuasa kelmarin. Sejak hari pertama penarikan subsidi itu diumumkan pada lewat petang Rabu lalu, ruang komen di kebanyakan status Najib terutama yang dimuat naik selepas pengumuman itu, dihujani dengan luahan hati rakyat, walaupun status beliau bukan mengenai isu penarikan subsidi. Status di Facebook Najib tentang keputusan undian bahawa kebanyakan rakyat memilih kos sara hidup sebagai kategori pilihan utama melalui laman web #Bajet2015 menarik lebih 3,000 komen, kebanyakannya membantah kenaikan harga minyak. Semalam, status Najib berkongsi penerangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tentang isu rasionalisasi subsidi turut dipenuhi komen sama. Penerangan dalam bentuk soal jawab yang dimuat naik Najib kira-kira jam 4 petang itu dihujani komen bantahan terhadap keputusan kerajaan menaikkan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen. Ada juga pengguna media sosial yang mempersoalkan bentuk bantuan kerajaan terhadap golongan pertengahan bagi meringankan beban kos sara hidup yang tinggi. Malah, status pemimpin tertinggi negara itu mengenai tragedi MH17 yang dimuat naik semalam turut disambut dengan komen yang membincangkan isu kenaikan harga minyak. |
[VIDEO] Melati Lapor SKMM & Bakal Saman Malu Kerana Dihina Posted: 03 Oct 2014 09:59 PM PDT KELAB GREENBOCSaya hanya masuk DAP, bukan tukar agama' SHAH ALAM: Jamila Rahim meluahkan rasa kecewanya selepas dituduh sebagai pelacur dan telah menggadai agama oleh sesetengah pihak dalam beberapa artikel yang disiarkan di dalam beberapa portal media. Jamila atau lebih dikenali sebagai Melati Rahim menegaskan pendiriannya bahawa beliau hanya ingin menyertai parti DAP dan tidak pernah sesekali menggadai agamanya. "Saya hanya ingin masuk parti ini dan saya tidak pernah menukar agama saya. "Saya masih Islam dan saya ingin tekankan perkara ini," katanya kepada pemberita selepas membuat aduan mengenai dua artikel daripada portal media MYKMU yang berjudul 'Melati lebih baik jadi pelacur dari sertai DAP' dan daripada Free Malaysia Today yang berjudul 'DAP dan Politik Onani'. Hari ini beliau bersama dua ahli DAP yang lain, Dyana Sofya dan Syefura Othman serta peguam DAP, Gobind Singh telah membuat aduan di Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai dua artikel tersebut. Melati juga berkata bahawa artikel yang melabel dirinya sebagai pelacur tersebut bukan sahaja memalukan dirinya malah memberi impak yang sama terhadap ahli keluarganya. "Pihak berkuasa perlu ambil tindakan segera," jelasnya. Sementara itu, ahli DAP, Dyana Sofya Mohd Daud turut menyelar pihak yang menulis artikel tersebut kerana mempunyai niat untuk menjatuhkannya. "Setiap kali ada penglibatan ahli DAP daripada perempuan, ada sahaja dakwaan yang tidak baik dilontarkan. "Rara (Syefura Othman), Melati sudah kena dan ini semua jelas merupakan satu serangan berbentuk emosi. Bagaimana kita mahu lebih banyak wanita untuk terlibat dalam politik selepas ini?," soalnya. Tambahnya, DAP merupakan sebuah parti yang sah dan mereka berhak membuat pilihan untuk memasuki parti yang diingini. "Kita sepatutnya bersikap lebih matang," katanya. Sementara itu, salah seorang ahli DAP, Syefura Othman pula berkata artikel berkenaan telah menjatuhkan maruahnya sebagai perempuan. "Mereka ini telah menjatuhkan maruah sebagai wanita secara terang-terangan. Bagaimana kita nak tarik lebih ramai wanita memasuki politik? Bila kita masuk sesebuah parti, kita dihina seperti ini. Saya harap tindakan dapat diambil. "Martabat wanita tinggi dan kita tidak perlu dihina seperti itu," ujarnya. LIHAT VIDEO DI SINI |
Bonda Hishammuddin Meninggal Dunia Posted: 03 Oct 2014 05:29 PM PDT Allahyarhamah yang juga balu kepada Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Damansara kerana sakit tua. Allahyarham adalah kakak kepada Tun Rahah, iaitu ibu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Bapa Allahyarham, Tan Sri Mohammad Noah Omar adalah bekas Speaker Dewan Rakyat. Jenazah Allahyarham Tun Suhailah akan dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara selepas solat Zohor, pada Sabtu. Menurut kenyataan Pejabat Menteri Pertahanan, orang ramai boleh menziarah jenazah di kediaman Allahyarham di No 19, Jalan Changkat Tunku, Bukit Tunku, Kuala Lumpur bermula jam 9.00 pagi Sabtu. |
Posted: 03 Oct 2014 05:24 PM PDT Petrol RON95 Naik Harga & Kenaikan Diesel 20 sen VS Harga Minyak Dunia Jatuh (US$94.16) Setong ; Berdasarkan laporan Berita Semasa (DI SINI) pada Mei 2013, Berita Semasa pernah mengatakan harga petrol RON95 akan naik sehingga RM2.30. Hari ini, kerajaan Malaysia telah merealisasikannya berdasarkan 2 siri kenaikan, sekali menjelang Bajet 2014 dan terbaru menjelang Bajet 2015. Hari ini…… Hari ini bermulalah kehidupan baru rakyat marhaen menikmati harga baru petrol RON95 naik sebanyak 20 sen bermula awal pagitadi sehinggalah……….Erm. Tidak tahu sampai bila harga petrol RON95 ini bakal bertahan. Rakyat Malaysia acapkali dihidangkan dengan kejutan. Tekejut dengan pengumuman ini, terkejut dengan kenyataan ini…… Subsidi Kerajan Malaysia Berkurang VS Petrol RON95 Naik Harga & Kenaikan Diesel 20 Sen?Mungkin ada hari ini, yang sudah beralih kepada daripada menggunakan kereta berlaih kepada motosikal, menggunakan perkhidmatan awam yang lebih kerap, menumpang rakan ke tempat kerja atau sebagainya. Jikalau yang mengisi minyak hari ini, anda pasti tidak akan menunggu terlalu lama untuk mendengar "ktak" pada nos pump minyak menandakan minyak anda sudah habis diisi. Apa tidaknya…
Seperti biasa malam tadi berlaku pesta perebutan membeli saki minyak sebanyak mana yang boleh bagi mengisi perut kenderaan masing-masing. Samada tidak suka, tidak bersedia atau tidak boleh menerima berita kenaikan petrol RON95 naik bersama-sama dengan harga diesel naik ini, kehidupan rakyat Malaysia seperti kita semua, anda, anda semua perlu diteruskan. Sebenarnya tidak sukar untuk menjangkakan trend kenaikan harga minyak di Malaysia : Kita akan mendengar deretan kenyataan menteri dan kalangan profesor yang tampil di media memberikan pendapatan tentang betapa tidak bagusnya negara terus memberikan subsidi kepada rakyat Malaysia secara umum, dan ia perlu ditarik balik : Contoh kenyataan? Anda boleh semak paparan paparan di bawah ini yang telah keluar 2 hari yang lalu. Dan skrip pengumuman antara laporan Berita kenaikan harga minyak petrol RON95 dan diesel menjelang bajet 2014 dan juga Bajet 2015 kali ini hampir sama. Harapan Berita Semasa cukuplah sekadar janji ditepati. Insyaallah. Amin. Petrol RON95 Naik Harga & Kenaikan Diesel 20 Sen VS Kenaikan Kos Sara Hidup & Inflasi?Hakikatnya, duit yang diperolehi rakyat malaysia semakin berkurang nilainya….Berita Semasa pulangkan semula bola tanggung ini yang bernama "masalah kos sara hidup & inflasi terkini" yang menimpa di kalangan rakyat Malaysia untuk diselesaikan dengan segera selepas berita kenaikan minyak petrol RON95 naik & diesel ini. Apa respon balas anda pula? Di bawah ini ada senario gambar yang berlaku malam tadi |
Hampir semua jemaah haji Malaysia berada di Arafah Posted: 03 Oct 2014 05:11 PM PDT ARAFAH: Kesemua jemaah haji, kecuali yang masih di Hospital Arab Saudi, kini telah berada di padang Arafah untuk wukuf, yang merupakan rukun dan kemuncak ibadah haji. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata usaha sedang dijalankan untuk membawa mereka ke Arafah walaupun untuk seketika. Waktu wukuf bermula dari bermula dengan tergelincirnya matahari iaitu masuknya waktu zohor Jumaat dan berakhir sebelum terbitnya matahari iaitu sebelum masuk waktu Subuh Sabtu. Jamil Khir berkata kesemua jemaah haji Malaysia, termasuk yang dirawat di dua pusat rawatan Tabung Haji iaitu Pusat Rawatan Syisyah dan Pusat Rawatan Azizah telah pun dibawa ke Arafah, kira-kira 22 kilometer dari Makkah secara berperingkat-peringkat sejak pukul 10.15 pagi hingga jam 10.30 malam Khamis. Tahun ini 22,320 jemaah Malaysia mengerjakan haji dan sehingga kini lima jemaah haji telah meninggal dunia di Tanah Suci. Beliau berkata demikian kepada media Malaysia selepas mengadakan lawatan selama sejam ke khemah-khemah jemaah haji di sini pagi Jumaat. Jamil Khir berkata kesemua jemaah haji berada dalam keadaan yang baik dan sedang siap bersedia untuk masuknya waktu wukuf yang hanya beberapa jam lagi. Malah cuaca yang cerah memudahkan jemaah haji membuat persiapan. Menyentuh mengenai khutbah Arafahnya hari ini, beliau berkata ianya akan menyentuh mengenai keberkatan haji tahun ini yang jatuh pada hari Jumaat yang merupakan penghulu semua hari. Selain itu, haji terakhir Nabi Muhammad sebelum beliau wafat adalah juga jatuh pada hari Jumaat dengan meninggalkan pesanan dan amanat yang penting untuk umat Islam praktikkan terutama mengenai penjagaan terhadap keluarga. Jamil Khir semasa bertemu dengan jemaah haji Malaysia turut mengucapkan selamat menjalankan ibadah wukuf dan diberkati dengan haji mabrur kepada mereka. Jemaah haji Malaysia akan bergerak ke Muzdalifah untuk bermabit, selepas Maghrib. - Bernama Kesemua jemaah haji, kecuali yang masih di Hospital Arab Saudi, kini telah berada di padang Arafah untuk wukuf |
Beberapa lebuh raya sesak sempena Aidiladha Posted: 03 Oct 2014 05:10 PM PDT KUALA LUMPUR: Beberapa lebuh raya mengalami kesesakan trafik mulai petang ini berikutan warga kota yang mula bercuti sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, Ahad ini. Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata antara kawasan terbabit ialah Lebuhraya New Klang Valley Expressway (NKVE) dari Subang ke Damansara manakala di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) pula dari Plaza Tol Gombak ke Bentong dan ke Plaza Tol Karak. "Kami menjangkakan petang ini, lebuh raya itu akan lebih sesak berikutan orang mahu pulang ke kampung halaman masing-masing. "Esok trafik dijangka akan berkurangan sekiranya ramai yang bertolak ke kampung masing-masing petang dan malam ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Menurutnya, beberapa kawasan di Lebuhraya Utara Selatan dijangka mengalami kesesakan dengan trafik bergerak perlahan petang ini di lebuh raya itu. "Trafik dijangka akan bergerak perlahan di Tapah, Bidor dan dari Bidor sehingga ke Terowong Menora seterusnya menuju ke Kuala Kangsar," katanya. Sementara ke selatan, kesesakan turut berlaku dari Bangi ke Seremban, dari persimpangan Nilai Utara menuju ke Nilai dan dari Nilai ke Seremban, sementara kawasan-kawasan lain, trafik bergerak lancar seperti biasa, katanya. Di samping itu, jurucakap trafik di ibu kota berkata trafik mula sesak di Jalan Kuching menuju ke bulatan Batu Caves dan di Jalan Mahameru ke Jalan Tun Razak, ketika berita ini dilaporkan. "Warga kota hari ini ramai yang mahu pulang ke kampung masing-masing tambahan hujan turun membuatkan trafik sedikit sesak," katanya. - Bernama |
Belanjawan Selangor fokus perumahan, pendidikan - Azmin Posted: 03 Oct 2014 05:08 PM PDT KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menjangkakan sebanyak RM2.3 bilion akan diperuntukkan dalam Belanjawan Negeri 2015 yang akan dibentangkan pada 24 November depan. Beliau berkata belanjawan terbabit akan memberi fokus kepada perumahan dan pendidikan. "Saya sedang meneliti teras belanjawan itu. Ia akan di bawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk diluluskan," katanya dipetik Selangor Kini. Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis bacaan doa selamat dan Surah Yasin sempena pelantikannya sebagai Menteri Besar, di Masjid Bukit Antarabangsa. Katanya, ia akan membabitkan 50 peratus pembangunan dan 40 peratus bagi pengurusan. Katanya, bagi perumahan, kerajaan negeri akan membina lebih banyak rumah mampu milik dan kos rendah. "Kita menitikberatkan kepada penduduk migran, yang mana datang ke negeri ini untuk bekerja. "Kita juga mahu kaum Melayu menguasai hartanah negeri, kita tidak mahu lagi bila sebut Melayu, orang hanya fikir setinggan," katanya yang juga Adun Bukit Antarabangsa. Selain itu, ujarnya bagi pendidikan, kerajaan negeri akan mengkaji sejumlah peruntukan untuk diberikan biasiswa kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan Inpens. "Kita tidak mahu pelajar dibebankan dengan yuran yang tinggi, jadi kita akan bantu mereka kerana pendidikan adalah teras utama dalam cabaran global," katanya. |
Tak nak GST? Kerajaan bayar rakyat guna bas Posted: 03 Oct 2014 05:05 PM PDT Oleh : Liew Chin Tong Apabila saya melontarkan soalan "bolehkah kita bayar rakyat supaya mereka menaiki bas?", jawapan diberi ialah "tidak!" Namun seandainya kita meneliti dengan lebih mendalam, barangkali pengangkutan awam (terutamanya bas, memandangkan pengangkutan jenis lain lebih menelan kos dan memakan masa untuk direalisasikan) yang ditampung dana awam adalah jawapan untuk menangani cabaran ekonomi dan kewangan Malaysia. Kerajaan Najib telah bertekad untuk melakukan dua perkara serentak pada tahun kewangan akan datang iaitu, pertama, melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 April 2015 dan, kedua, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Jala, harga minyak akan dinaikkan sebanyak 30% hingga 50%. Sudah tentu kerajaan kita lebih selesa dengan kata-kata yang lebih lunak, iaitu "rasionalisasi subsidi", jika dibandingkan dengan istilah yang senang difahami ramai, iaitu "naik harga". Dalam isu GST, Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak telah menerima nasihat yang kurang bijak daripada penasihatnya dan juga firma akaun (yang kebetulan menjadi satu-satunya pihak yang dimanfaatkan oleh pelaksanaan GST) bahawa GST adalah cara terbaik untuk mengimbangi angka perbelanjaan atas kertas. Sudah tentu beliau akan membayar harga politik yang membebankan kerana, antaranya, tidak meneliti GST secara terperinci, tidak menangani masalah rasuah dan pembaziran sebelum melaksanakan sistem pencukaian yang zalim, dan tidak mencari alternatif yang lain. GST adalah cukai baru ke atas jutaan rakyat Malaysia yang sebelum ini tidak pernah membayar cukai secara langsung. Dengan pelaksanaan GST kelak, mereka terpaksa membayar cukai apabila mereka membeli. Sudah tentu kita sedar akan masalah "elak cukai" yang berlaku sekarang, tetapi kita mempunyai undang-undang yang memadai untuk menangani masalah ini. Jadi masalah "elak cukai" bukan isu di sini. Realitinya, kebanyakan rakyat tidak membayar cukai kerana pendapatan mereka tidak mencecah angka yang memadai untuk dikenakan cukai. Kerajaan Barisan Nasional sudah tentu memahami hakikat ini dan telah menabur gula BR1M untuk isi keluarga yang mana pendapatan bulanan mereka di bawah paras RM4,000. Lebih 60% daripada populasi Malaysia tergolong dalam kategori ini. Maka kenyataan Najib bahawa GST adalah "adil" untuk mengagihkan beban daripada cuma 1.2 juta pembayar cukai sekarang kepada semua rakyat Malaysia menjadi bahan lawak. Pelaksanaan GST pada peringkat ini menghakis lagi "pendapatan boleh guna" golongan 60% terbawah. Dengan kata lain, perut perlu diikat dengan lebih ketat lagi. Itu belum lagi kita sentuh dampak negatifnya terhadap ekonomi permintaan domestik secara keseluruhannya. Permintaan domestik telah menjadi talian hayat kepada ekonomi Malaysia sejak krisis kewangan global berlaku, kerana pasaran luar telah terbantut. Tawaran kerajaan untuk pelaksanaan GST adalah potongan cukai pendapatan dan ia akan menjurus ke arah sebuah masyarakat yang lebih tidak sekata. Dalam isu minyak pula, secara teorinya, jika dijual tanpa subsidi, penyeludupan tidak akan berlaku, tiada lagi ketirisan dalam bajet, dan minyak akan digunakan secara berkesan. Dengan kata lain, pelepasan karbon juga boleh dikurangkan. Tetapi kesan yang menyusul juga sama pentingnya dengan apa yang kita lakukan. Urutan dasar adalah sama penting dengan dasar itu sendiri. Menaikkan harga minyak tanpa menawarkan pengangkutan awam yang memenuhi keperluan dan berkesan hanya akan 'meragut nyawa rakyat'. Apa tidaknya, mereka yang memandu kereta kecil seperti Kancil, Viva dan sebagainya (biasanya berpendapatan rendah), terpaksa menggunakan motosikal untuk menjimatkan kos pengangkutan. Tetapi sebagaimana kita sedia maklum, penunggang motosikal adalah golongan mangsa terbesar dalam kemalangan jalanraya. Menurut laporan Keselamatan Jalanraya tahun 2013 oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Malaysia mencatat kematian tertinggi di jalanraya bagi setiap 100,000 penduduk di dunia (India 18.9, Rusia 18.6, China 20.5, Malaysia 25). Bagaimanapun tiada orang menafsir angka ini sebagai loceng amaran, tiada juga sesiapa bersuara tentang 'pembunuhan' secara besar-besaran yang berlaku saban hari. Penunggang motosikal mencakupi 60% daripada kematian di jalanraya. Harga minyak hanya boleh diletakkan pada harga pasaran tanpa subsidi seandainya perkhidmatan pengangkutan awam berada di tahap yang memuaskan – cukup untuk membuatkan penunggang meninggalkan motorsikal mereka di rumah. Jikalau tidak, maka tangan penggubal dasar 'dicemari dengan darah'. Sebuah bas buatan Eropah yang baik menelan kos kira-kira RM600,000. Kos operasi tahunan untuk sebuah bas pada umumnya tidak lebih daripada RM200,000, termasuk tenaga kerja dan kos minyak. Jadi, dengan RM2 juta cukup untuk kita membeli sebuah bas dan menanggung kos operasi 7 tahun. Perhitungan kasarnya, RM2 bilion boleh menyediakan kita 1,000 unit bas. Kuala Lumpur kini mempunyai kurang daripada 1,000 unit bas, sedangkan pada tahun 1985, sebelum pelancaran kereta Proton (ketika bas adalah alat pengangkutan untuk kebanyakan orang), kita mempunyai sekurang-kurang 1,500 unit bas, termasuk bas mini. Subsidi minyak menelan RM29 bilion pada tahun 2014. Ia boleh menampung banyak bas untuk banyak tahun, secara percuma. Dan antara kebaikan selebihnya, menangguhkan pelaksanaan GST. – Roketkini.com |
Minyak naik: Lebih banyak motosikal di jalan raya, lebih banyak kemalangan Posted: 03 Oct 2014 04:56 PM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR: Kenaikan harga minyak menyebabkan orang ramai bertukar kenderaan dari menggunakan kereta kepada motosikal, sekaligus menyebabkan potensi peningkatan kadar kemalangan jalan raya, kata Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong. Chin Tong merujuk Laporan Keselamatan Jalan Pertubuhan Kesihatan Sedunia 2013 yang dikeluarkan baru-baru ini bahawa Malaysia mempunyai kadar paling tinggi kematian di jalan raya perkapita di dunia. Menurut laporan tersebut, kadar kemalangan maut di jalan raya bagi Malaysia adalah 25 bagi setiap 100,000 penduduk berbanding India 18.9, Rusia 18.6 dan China, 20.5 bagi setiap 100,000 penduduk. Malaysia turut merekodkan risiko kematian jalan raya antara tertinggi di dunia semenjak 1996, dengan sejumlah 4.5 juta kemalangan jalan raya dilaporkan antara 2000 dan 2009 dengan 58,582 kematian. "Kemalangan maut motosikal adalah tiga kali lebih tinggi daripada kereta, enam kali lebih tinggi daripada pejalan kaki dan hampir 50 kali lebih tinggi daripada kematian penumpang bas. "Kenaikan bahan api yang diumumkan 1 Oktober lalu adalah langkah tidak bertanggungjawab yang membebankan golongan berpendapatan rendah," kata Chin Tong dalam satu kenyataan. Tambah Chin Tong, kesan berganda dari kenaikan harga bahan api lebih dirasai menjelang penguatkuasaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 April 2015. Kementerian Kewangan sebelum ini turut mengakui berlakunya 'rasionalisasi subsidi' dan peningkatan inflasi pada tahun pertama pelaksanaan GST dan Ujar Chin Tong selain inflasi, ekonomi Malaysia bertambah lembab apabila pendapatan boleh guna rakyat Malaysia berkurangan, lebih-lebih lagi dengan pelaksanaan cukai GST dan kenaikan harga bahan api yang memperlahankan permintaan domestik. Justeru kata Chin Tong, berbanding negara-negara lain di mana perkhidmatan pengangkutan awam yang cekap disediakan, kenaikan harga petrol seharusnya menggalakkan pemandu kereta persendirian untuk beralih kepada pengangkutan awam. "Walaubagaimanapun dalam kes Malaysia, setiap kali berlaku kenaikan bahan api, bermakna lebih banyak kematian di jalan raya," ujarnya. – Roketkini.com |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan