Nuffnang

Pengikut

DIALOG RAKYAT

sumber :-

DIALOG RAKYAT


[KEMASKINI] Pembinaan lebuhraya Kidex diteruskan tapi bersyarat - MB [TONTON VIDEO]

Posted: 31 Oct 2014 06:34 AM PDT

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
 
PETALING JAYA: Kerajaan negeri akan meneruskan rancangan pembinaan lebuh raya Kinrara-Damansara (Kidex) namun dengan syarat ia perlu mematuhi polisi yang ditetapkan kerajaan negeri.
 
Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, lebuh raya berkenaan perlu mematuhi tiga perkara penting yang digariskan bagi menjamin pembinaannya memberi manfaat kepada rakyat negeri ini dan pengguna jalan raya amnya.
 
"Sudah tentu ia perlu memastikan kesemua kelulusan untuk pelaksanaannya mesti dipenuhi. Pertamanya laporan trafik, ia perlu meyakinkan kita bahawa lebuh raya itu akan mengurangkan kesesakan trafik di Petaling Jaya.
 
"Keduanya kita mahu melihat kadar maklum balas berkenaan lebuh raya itu. 
 
"Ketiganya kita mahu memastikan kesemua perjanjian konsesi juga mesti didedahkan kepada awam,"katanya selepas menghadiri perjumpaan bersama kakitangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, pagi tadi.
 
Projek lebuh raya sepanjang 14 kilometer dengan anggaran kos RM2.2 bilion itu sebelum ini mendapat bantahan penduduk setempat yang mendakwa ia akan memusnahkan alam sekitar, selain menyebabkan harga hartanah merudum, dan disifatkan bukan penyelesaian yang bijak kepada masalah lalu lintas.
 
Malah ia juga menjadi salah satu punca kepada pengguguran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada jawatan menteri besar, berikutan kegagalanya memberi penyelesaian kepada isu berkenaan.   
 
Mengulas lanjut, Azmin berkata, setakat ini beliau sudah mengadakan perjumpaan dengan Datuk Bandar Petaling Jaya, Datin Paduka Alinah Ahmad, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkaitan serta wakil masyarakat sivil kawasan berkenaan untuk membincangkan projek lebuh raya itu.
 
Sementara itu, mengulas berhubung draf Rancangan Tempatan Petaling Jaya (RTPJ) yang turut mencetuskan kontroversi, Azmin berkata beliau menyerahkan perkara berkenaan kepada Alinah dan Ahli Majlis untuk mencapai kata sepakat, sebelum kerajaan negeri memutuskan langkah susulan untuk draf berkenaan.  
 
"Mesti ada konsultasi di antara Datuk Bandar, Ahli Majlis untuk memastikan pindaan baru rancangan tempatan mesti mencapai konsensus antara Datuk Bandar dan Ahli Majlis, dan baru kembali kepada kerajaan negeri
 
"Saya tak kata mahu hentikannya tapi saya mahu konsultasi berterusan. Datuk Bandar duduk berbincang dengan Ahli Majlis dan sudah mengadakan perbincangan dan sudah tentu kami melihat 'provision' bersama peguam.
 
"Bila saja sudah capai konsensus, kita akan bersetuju dengan pindaan itu. Tapi buat masa ini biarkan kami bekerja dan lihat pandangan Datuk Bandar, Ahli Majlis.. Dan akan kembali kepada SPC (Jawatankuasa Perancang Negeri) untuk kelulusan akhir. Tapi sebelum itu kena capai konsensus,"katanya. 
 
Alinah sebelum ini dikritik kerana dilihat mengambil keputusan secara bersendirian dan enggan mengendahkan suara majoriti ahli majlis yang menyokong agar draf berkenaan dimansuhkan. 
 
Ahli majlis juga meminta agar pindaan RTPJ dihentikan sehingga maklum balas daripada rakyat diberi perhatian sewajarnya kerana khuatir rancangan berkenaan akan merosakkan pembangunan mampan. 
 

Bukan Saja Muhyiddin Berbeza, Penyokongnya Juga Mulai Terbuka Kritik Najib

Posted: 31 Oct 2014 06:26 AM PDT

shahbudindotcom.


Berdepan sokongan yang makin merosot diterimanya akibat pemotongan subsidi bahan bakar petrol dan diesel, Perdana Menteri Najib Razak kini mulai menerima tekanan yang makin ketara daripada dalam UMNO sendiri.

Berdasarkan kajian terbaru Merdeka Center, berbanding ketika peristiwa MH17 di mana sokongan rakyat kepada Najib melonjak pada paras 54 peratus, kajian terbaru selepas kenaikan harga minyak menunjukkan ia kini menurun kepada 48 peratus.

Bersama sokongan yang kian merapuh itu, jika sebelum ini hanya Mahathir yang banyak menyerangnya terutama berkaitan hutang 1MDB yang kemudian disambut oleh pembangkang dalam Parlimen, kini orang nombor duanya dalam kerajaan iaitu Muhyiddin Yassin dan kumpulannya seperti mulai mencari salah dan kelemahan Perdana Menteri itu.

Muhyidddin yang didokong kumpulan konservatif dalam UMNO terlihat gemar menjadikan isu Akta Hasutan untuk menonjolkan kelebihannya di sebalik kelemahan Najib yang makin banyak diperkatakan ramai.

Dalam beberapa penampilan, Muhyiddin secara tegas menyatakan mahu akta itu terus dikekalkan berikutan semakin banyaknya isu pertikaian mengenai perkauman, agama dan Raja menjadi mainan di tengah-tengah masyarakat sekarang ini.

Berbeza dengan Najib yang pernah berjanji untuk menghapuskan akta itu, Muhyiddin juga kini mulai mendapat pujian dan sanjungan yang makin meluas, bukan saja daripada UMNO tetapi juga daripada beberapa NGO pro Melayu, khususnya Perkasa.

Sokongan lebih kuat Muhyiddin terhadap pengekalan akta itu tentunya bakal menyusahkan Najib kerana menjadikannya berada di persimpangan antara kehilangan sokongan UMNO atau dianggap mungkir janji oleh rakyat.

Sementara Muhyiddin menjadikan isu pengekalan Akta Hasutan sebagai usaha mengukuhkan kedudukannya dan sekaligus menolak kemungkinan berundur sebagai Timbalan Perdana Menteri sepertimana yang dibualkan ramai sebelum ini, penyokongnya juga sudah mulai berani mempertikaikan dasar dan pendekatan Najib memimpin negara ini.

Di Parlimen Rabu lalu, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Aziz Sheikh Fadzir secara terbuka mempertikaikan peranan Pemandu yang disifatkannya bertindan dengan tugas beberapa kementerian dan mahukan unit itu dimansuhkan terus sedangkan Pemandu adalah unit kebanggaan Najib sejak ia ditubuhkan.

Selama ini, orangramai dan pembangkang sudah banyak mempertikaikan peranan dan kewujudan Pemandu yang diketuai Idris Jala ini, bukan saja dari segi tugas dan fungsinya, malah juga kos perbelanjaan yang tinggi untuk menyaranya.

Soalnya, kenapa hanya setelah enam tahun baru pemimpin UMNO sendiri berani tampil menyanggah kewujudan Pemandu dan siapakah Aziz Sheikh Fadzir ini?

Aziz adalah adik kepada Kadir Sheikh Fadzir, bekas Menteri Penerangan yang telah keluar UMNO kerana tidak bersetuju dan banyak mengkritik kepimpinan Najib serta pernah menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO sessi 2000-2004.

Aziz diketahui sebagai penyokong dan pendokong kuat Muhyiddin Yassin serta memainkan peranan penting memastikan kemenangan Timbalan Perdana Menteri itu dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden UMNO pada 2009.

Sebaik Muhyiddin memenangi jawatan itu dan menjadi orang nombor dua dalam kerajaan, Aziz telah meletakkan bekas pegawai khasnya semasa menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO iaitu Nardin Awang bertugas sebagai pegawai khas di Pejabat Timbalan Perdana Menteri.

Nardin kini sudah dinaikkan pangkat dan menjadi salah seorang setiausaha politik kepada Muhyiddin. Hakikatnya Aziz kini bukan saja menjadi penyokong kuat Muhyiddin tetapi juga berpengaruh dalam perjalanan politik Timbalan Perdana Menteri itu.

Apabila Aziz menegur dan menyanggah mengenai Pemandu, suatu pendekatan yang diambil Najib dan tidak pernah disentuh oleh mana-mana pemimpin UMNO sebelum ini dan berlaku pula di ketika sokongan terhadap Najib yang kian merosot, apakah ini menandakan perbezaan yang tidak dapat dielakkan lagi antara kedua-dua pemimpin utama negara itu?

Bersama Muhyiddin yang semakin kerap mempertahankan Akta Hasutan serta Mahathir yang bukan saja sudah menarik balik sokongan tetapi juga mengkritik satu demi satu dasar kerajaan,  sanggahan Aziz sebagai orang kuat Muhyiddin terhadap Pemandu seperti menunjukkan bakal lebih banyak lagi dasar-dasar Najib akan terus dipertikaikan lagi selepas ini

Menambahkan lagi kehangatan ialah apabila Tengku Razaleigh pula hari ini menghantar kenyataan kepada Ahli-Ahli Parlimen mencadangkan agar perlaksanaan cukai GST yang sepatutnya dilaksanakan pada April 2015 ditangguhkan bagi mengelakkan beban berterusan kepada rakyat. Sebelum ini juga bekas Menteri Kewangan itu sudah beberapa kali tampil membetulkan apa yang dianggapnya salah sedang dilakukan oleh kerajaan sekarang.

Mengharungi kemungkinan Anwar lebih mungkin akan dibebaskan dalam kes rayuannya di Mahkamah Persekutuan yang dijangka diketahui awal minggu depab, Najib dalam masa yang sama mulai menerima tekanan dan serangan daripada semakin banyak penjuru dalam parti dan kerajaan.

Mahathir, Muhyddin dan Ku Li yang semakin kritikal kebelakangan ini seperti hanya menunggu masa untuk bersatu bagi menjatuhkan Najib.

Dengan semua cabaran ini, berapa lama lagi Najib mampu mempertahankan kedudukannya mulai semakin diragui.

Pendakwaan tak jawab isu, sekadar ulang cercaan - Anwar

Posted: 31 Oct 2014 03:32 AM PDT

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pihak pendakwaan hari ini sekadar mengulangi cercaan terhadapnya dan bukan menjawab hujah yang dipersoal pasukan pembelaan.

Katanya, peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dilihat lebih berminat membangkitkan perkara ghairah untuk dijadikan modal serangan media Umno BN.

"Apa yang dilakukannya adalah membangkitkan perkara mengghairahkan untuk Utusan dan TV3.

"Pemahaman saya ke atas amalan (guaman) ini, beliau sepatutnya menjawab isu yang dibangkitkan oleh pembelaan," katanya ketika ditemui pemberita di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya hari ini.

Pagi ini bermulanya penghujahan pendakwaan selepas pihak pembelaan mengemukakan hujah rayuan sejak Selasa lalu sehingga semalam.

Mahkamah bagaimanapun menangguhkan persidangan tengah hari dan akan disambung pada Isnin.

Sementara itu, ketika berucap kepada penyokongnya, Anwar yang juga Ketua Umum PKR melahirkan keyakinan bahawa keadilan akan berpihak kepadanya.

Katanya, biarpun berdepan ulang tayang cercaan terhadapnya dalam hujah pendakwaan, beliau tetap akan bersabar.

"Perjalanan perbicaraan seperti biasa...pihak pendakwaan ulang balik cerita walaupun cercaan itu telah dibuktikan fitnah tetapi kita tetap terus akan sabar.

"Isnin kita akan sambung, insyallah selasa saya akan dibebaskan, doakan sayabakan dibebaskan pada selasa," katanya. - HARAKAHDAILY

GST: Malangnya kita punya k'jaan pemalas, kata Mahfuz

Posted: 31 Oct 2014 03:28 AM PDT

HARAKAHDAILY 



KUALA LUMPUR: Kerajaan didesak membuka mata dan telinga dalam mendengar keluhan rakyat dan kritikan dari pihak berpengalaman berhubung perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Terbaru katanya, desakan dari bekas Menteri Kewangan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah semalam yang menyeru Putrajaya menangguhkan pelaksanaan GST kerana bimbang dengan prospek ekonomi negara.

"Beliau seorang yang berpengalaman. Ia satu penegasan yang cukup tegas daripada bekas menteri kewangan.

"Kerajaan tidak boleh sekadar memekakkan telinga," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, desakan Tengku Razaleigh itu juga senada dengan kebimbangan yang dizahirkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa negara tidak akan mencapai status negara maju jika mengejar negara berpendapatan tinggi.

Mahfuz berkata, kerajaan sebenarnya gagal dalam mencari sumber pandapatan baharu selain minyak, yang tidak membebankan rakyat sehingga terpaksa mengenakan GST.

Menurut beliau lagi, dengan angka 7.9 juta rakyat Malaysia layak menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), ia juga memberi gambaran bahawa hasil limpahan pendapatan dari sumber minyak negara, gagal untuk melonjakkan pendapatan rakyat.

Apa yang berlaku ujarnya, rakyat dimangsakan oleh kerajaan BN yang lemah dalam pengurusan kewangan negara, termasuk ketirisan wang berbilion ringgit.

"Mereka tak berusaha untuk tutup ketirisan, tetapi mereka mengambil jalan mudah memperkenalkan GST agar rakyat yang mengambil tanggungjawab menampung wang yang hilang akibat kelemahan mereka.

"Sebab itu pada saya, apa yang kita ada sekarang adalah sebuah kerajaan yang pemalas. Malas untuk fikir sumber baharu yang tidak membebankan rakyat," katanya.

Semalam, Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang menggesa kerajaan menangguhkan perlaksanaan GST.

Beliau berkata kerajaan memekakkan telinga dan enggan mendengar rintihan rakyat.

"Besar kemungkinan pelaksanaan GST pada tahun hadapan akan menambahkan lagi tekanan terhadap kos sara hidup walaupun kesannya sekali sahaja kerana ia diserap oleh keseluruhan sistem ekonomi.

"Demi melegakan beban kewangan rakyat yang semakin meningkat, mungkin GST ini boleh ditangguh sehingga keadaan ekonomi meningkat ke tahap yang lebih kukuh dan kuat," katanya. - HARAKAHDAILY

Ikat bayi: Apa dosa anak saya

Posted: 31 Oct 2014 03:23 AM PDT


Flat Taman Seri Pinang, Permatang Pauh di mana kejadian didakwa berlaku. Flat Taman Seri Pinang, Permatang Pauh di mana kejadian didakwa berlaku.
 
 
PERMATANG PAUH - "Apa dosa anak saya sampai diikat kaki dan tangan?," tanya ibu Muhammad Nor Nalis Esma Abdullah, kanak-kanak berusia empat tahun yang dipercayai jadi mangsa dera pengasuhnya.
  
Nalita Ahmad, 38, berkata, mana-mana ibu pun tidak akan menyangka anak sekecil itu sanggup diperlakukan sedemikian oleh orang dewasa walau atas apa jua sebab.

"Saya pun tidak tahu apa salah saya atau anak saya. Nak dikata tak bayar upah, setiap bulan saya bayar RM300. Ada jiran yang kata bayaran itu agak tinggi berbanding dengan upah pengasuh lain di kawasan ini tapi saya tak kisah, saya bayar sebab percayakan dia (pengasuh)," katanya.
  
Namun kata Nalita, dia sama sekali tidak menyangka kepercayaan yang begitu tinggi diberikan dibalas sedemikian rupa, apa lagi anaknya yang jadi mangsa.

Nalita dari Taman Seri Pinang di sini mengakui, Muhammad Nor mungkin agak aktif berbanding kanak-kanak sebayanya yang lain.
 
"Tapi itu bukan alasan sampai anak saya perlu diikat. Kalau tak sanggup jaga, kenapa tidak beritahu secara elok, boleh saya cari pengasuh lain," katanya.

Nalita mengakui naluri keibuannya dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada anaknya sebelum itu.
  
"Pulang dari jagaan pengasuh, anak saya selalu mengadu lapar menyebabkan saya ambil keputusan untuk melihat sendiri keadaan anak saya di rumah pengasuhnya itu.

"Hati ibu mana yang tidak sedih tatkala melihat anak diikat kaki dan tangan. Sungguh kejam dan tidak berperikemanusiaan. Anak orang lain pun kita pasti akan rasa sedih, apa lagi anak sendiri," katanya.

Mengulas lanjut, Nalita berkata, dalam soal hukuman terpulang pada mahkamah untuk mengadilinya namun sebagai insan dan juga ibu, dia mengharapkan hukuman yang setimpal dikenakan sebagai pengajaran.

"Bagi saya apa yang dilakukannya sememangnya tidak dapat diterima akal manusia yang normal namun saya tidak dapat mengulas lanjut mengenai hal ini, biarlah dia
diadili dengan sewajarnya di mahkamah kelak," katanya.

Menurut Nalita, apa yang berlaku menyebabkan dia serik untuk anaknya dijaga oleh orang lain.

"Terjadinya perkara seperti ini menyebabkan saya sukar untuk percaya kepada sesiapapun untuk jaga anak. Peristiwa ini jadi igauan ngeri pada saya yang takkan saya lupakan sampai bila bila," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, suspek mungkin akan dihadapkan ke mahkamah hari ini.

"Kertas siasatan sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. Tempoh reman tamat hari ini dan suspek akan didakwa di mahkamah.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Muhammad Shafee mula hujah balas

Posted: 31 Oct 2014 03:18 AM PDT


Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah
 

PUTRAJAYA - Hari keempat pendengaran rayuan akhir Liwat II, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula jam 9 tadi dengan pihak pendakwaan yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memulakan hujahan balas.

Prosiding hari ini dijangka berlangsung sepanjang hari sebelum berehat jam 12 untuk solat Jumaat.

Muhammad Shafee akan membuat hujahan balas pada sebelah pagi berhubung dakwaan pihak pembelaan bahawa tuduhan liwat terhadap Anwar satu konspirasi.

Hujahan dijangka berlanjutan hingga Isnin ini.

Kelihatan beberapa pemimpin PR hadir mengikuti perbicaraan termasuk Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media Pas, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

[MENGEJUTKAN] Air Mani Saiful Disimpan Di Dalam Laci Polis Ini...!!

Posted: 31 Oct 2014 12:18 AM PDT

KELAB GREENBOC



 
Rantaian bukti, peranan Jude Pereira jadi tumpuan peguam Anwar

Sampel DNA akan mengalami degradasi (terjejas kualiti) jika tidak disimpan dengan segera dalam peti sejuk beku, kata peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan hari ini, dalam usaha mematahkan hukuman yang disabitkan ke atasnya.

Menurut Ramkarpal Singh, sampel DNA milik Mohd Saiful Bukhari Azlan hanya disimpan dalam kabinet pejabat pegawai polis dan bukan dalam peti sejuk beku bagi mengelak degradasi dan pencemaran.

Ramkarpal, salah seorang daripada 14 peguambela Anwar, meneruskan hujah selepas mahkamah berehat sementara, dengan mempersoalkan integriti sampel yang diambil dan keadaan semasa ia disimpan.

Anwar, 67, dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun pada Mac tahun ini tetapi mendapat penangguhan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan yang bersidang sehingga esok. Beliau diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu didakwa meliwat Saiful, bekas pembantunya di sebuah kondominium di Damansara pada 26 Jun, 2008.

Ramkarpal berkata pegawai penyiasat polis gagal mematuhi prosedur dalam melindungi sampel itu.

Katanya, pejabat pihak pendakwaan mempunyai catatan menghuraikan prosedur yang sepatutnya diketahui semua penyiasat.

"Menurut catatan itu, sebaik diambil, bahan bukti itu perlu dihantar ke satu bilik pengeringan yang sewajarnya, menunjukkan ia perlu dilakukan secepat mungkin. Namun, perkara ini tidak dilakukan," katanya.

Sampel tersebut sebaliknya disimpan dalam laci kabinet selama 48 jam lagi. Dalam senario ini, kemungkinan pencemaran bakteria berlaku.

Sampel itu diambil daripada Saiful pada 28 Jun, 2008 tetapi hanya dihantar ke Jabatan Kimia pada 30 Jun.

Saiful juga tidak pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan segera selepas didakwa diliwat, tetapi menunggu 36 jam kemudian, kata Ramkarpal.

Secara keseluruhan, mereka mengambil masa 96 jam bagi menghantar sampel kepada ahli kimia kerajaan bermula dari masa kejadian didakwa berlaku.

Bagaimanapun, ahli kimia kerajaan Dr Seah Lay Hong memberi keterangan mengatakan DNA tersebut berada dalam keadaan "tidak tercemar".

Ramkarpal mempertikaikan keputusan ujian tersebut sama ada ia konsisten dengan jarak masa yang digariskannya, mengatakan sampel dalam keadaan tersebut tidak mungkin boleh dianggap "tidak tercemar".

"Saya juga boleh mempertikai mengatakan ia bukan sampel yang sama," katanya.

Kehadiran satu lagi DNA lelaki dalam sampel Saiful, yang diambil dari kawasan perianal juga menimbulkan keraguan terhadap integriti sampel itu, kata Ramkarpal .

Beliau berkata apabila terdapat keraguan, undang-undang biasa menuntut perkara itu diselesaikan dengan berpihak kepada pihak tertuduh bagi memberi manfaat kesangsian.

Menjadi satu kesalahan, kata Ramkarpal apabila Mahkamah Rayuan meletakkan beban bukti kepada pihak pembelaan dan bukannya pihak pendakwa.

Awal hari ini, pasukan peguam bela memberitahu mahkamah, DNA dari item dalam lokap Anwar diambil secara tidak sah kerana tidak ada bukti mengatakan Anwar menggunakannya iaitu berus gigi, botol air dan tuala.

Peguam bela juga membangkitkan beberapa perkara bagi menunjukkan Saiful bukan seorang saksi berkredibiliti kerana keterangannya yang sentiasa berubah.

Pasukan peguam bela Anwar terdiri daripada 14 peguam dan diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram, bekas ketua hakim persekutuan.

Anwar, 67, dijatuhi hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah Rayuan Mac lalu, tetapi diberi penangguhan sehingga rayuan di Mahkamah Persekutuan selesai.

Beliau dituduh meliwat Saiful di sebuah kondominium di Damansara pada 26 Jun 2008. Mahkamah Tinggi membebaskan beliau pada Januari 2012 sebelum keputusan diubah oleh Mahkamah Rayuan.

Kes liwat ini merupakan kali kedua dihadapi Anwar, pertama pada 1998, apabila dituduh meliwat bekas pemandunya Azizan Abu Bakar. Namun, beliau dibebaskan Mahkamah Persekutuan pada 2004.

Kali ini, karier politik Anwar mungkin berakhir jika mahkamah tertinggi mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan.

Kg Chubadak : UMNO tidak bela Melayu

Posted: 31 Oct 2014 12:10 AM PDT

Sepatutnya UMNO yang memperjuang slogan 'hidup Melayu' tampil terlebih dahulu membela rakyat terutamanya melibatkan orang Melayu Kampung Chubadak.


Ahmad Zamri A'sad KhuzaimiPETALING JAYA: Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Bandar Pemuda PAS Malaysia (LPTB PPM) Ahmad Zamri A'sad Khuzaimi kesal dengan tindakan pemimpin UMNO yang tidak tampil memberi bantuan atau membela keluarga Melayu di Kampung Chubadak Tambahan yang dihalau Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sepatutnya UMNO yang memperjuangkan slogan 'hidup Melayu' tampil terlebih dahulu membela rakyat terutmanya melibatkan orang Melayu Kampung Chubadak.

"Mungkin slogan 'Ketuanan Melayu' atau 'Rakyat Didahulukan' hanya untuk membela rakyat yang mesra UMNO sahaja tetapi rakyat seperti penduduk kg Chubadak ini dibiarkan merempat dan menderita," katanya.

Tambah beliau, PAS merasa sedih dan kecewa dengan insiden rumah pasangan keluarga Melayu di Kampung Chubadak yang dirobohkan tempoh hari walau mereka telah menetap disitu sejak 45 tahun lalu.

Beliau juga menyeru pihak kerajaan supaya lebih serius dalam menangani isu-isu berkaitan perkampungan tradisi/warisan dan satu polisi khas perlu diwujudkan bagi mengawal dan melindungi perkampungan tersebut.

Pindaan juga perlu dibuat kepada beberapa peruntukan dalam Kanun Tanah Negara 1965 dan Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi melindungi perkampungan tradisi/warisan ini daripada terus diganggu-gugat dengan sewenang-wenangnya.

MB: Tabung Biasiswa Anak Selangor akan diwujudkan

Posted: 31 Oct 2014 12:05 AM PDT

Oleh: AFIX REDZUAN


SEKINCHAN: Kerajaan Selangor sedang mempertimbangkan cadangan untuk mewujudkan satu Tabung Biasiswa untuk anak Selangor yang kini menuntut di Universiti Selangor (Unisel).

Dato' Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, tabung biasiswa ini bertujuan membantu anak Selangor meneruskan pengajian memandangkan kini kos pendidikan semakin meningkat.

Unisel-GrafikKatanya, perkara ini akan diumumkan dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2015, November hadapan.

"Kita sedang meneliti keperluan membantu anak-anak kita yang sebahagian besarnya daripada Selangor termasuk Sabak Bernam,
Tanjong Karang, Sungai Besar yang ada potensi untuk meneruskan pengjian tetapi kerana kos pendidikan yang terlalu tinggi.

"Kita sedang melihat satu jumlah yang besar dan ini telah dipersetujui dalam Mesyuarat Exco dan akan umumkan dalam Belanjawan 2015," katanya kepada media.

Sebelum ini, Mohamed Azmin memaklumkan Kerajaan Selangor akan menumpukan soal pendidikan dan pembangunan untuk tahun 2015.

Langkah ini selari dengan hasrat Kerajaan Negeri yang dijangka membentangkan belanjawan dengan menumpukan soal pembangunan rakyat dan mengurangkan kos pengurusan.EZY

MB naik bas awam uji keberkesanan

Posted: 30 Oct 2014 11:59 PM PDT

Oleh: NAZLI IBRAHIM


PETALING JAYA: Pengguna pengangkutan awam yang menunggu bas di perhentian bas terkejut apabila mendapati individu turun dari bas berhenti itu adalah Dato' Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

Kejadian itu berlaku di hentian bas berhampiran stesyen LRT Asia Jaya ketika Mohamed Azmin meninjau sendiri sistem jalan sehala yang mula diperkenalkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 14 Oktober lalu.

MB BasMohamed Azmin dalam program turun padang bagi Daerah Petaling itu juga sempat bertanya sendiri masalah dihadapi beberapa pengguna pengangkutan awam di situ.

Sebelum itu Mohamed Azmin ketika menyentuh program turun padang sedang rancak dijalankanberkata, keutamaan beliau adalah melihat sendiri permasalahan rakyat.

"Terjah adalah satu istilah baru di Selangor tetapi kita terjah bukanlah cari publisiti tetapi untuk selesaikan masalah rakyat," kata Mohamed Azmin di hadapan kira-kira lebih 200 kakitangan MBPJ di Auditorium MBPJ sebelum memulakan lawatan di beberapa lokasi sekitar Daerah Petaling.

Selain meninjau keberkesanan sistem jalan sehala, Mohamed Azmin turut melawat Pangsapuri Intan Baiduri, Seksyen 51A, Petaling Jaya dan Projek Perumahan Rakyat (PPR), Seksyen 8, Kota Damansara.

Antara isu yang menjadi perhatian Mohamed Azmin dalam lawatan kali ini termasuklah isu penyelenggaraan lif di kedua-dua perumahan bertingkat itu.

Mohamed Azmin turut sempat menyerahkan kunci kepada seorang bakal penyewa unit PPR dan mengecat bangunan.EZY

Tindakan terdesak Shafee – Siti Aishah

Posted: 30 Oct 2014 11:55 PM PDT

KEADILAN DAILY


PUTRAJAYA  : Tindakan peguam yang rapat dengan Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang cuba memberi gambaran wujud hubungan di antara 'istimewa' diantara Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama bekas pekerjanya Saiful Bukhari Azlan sebagai satu usaha terdesak.

Ketua Srikandi KEADILAN , Siti Aishah Shaikh Ismail berkata begitu ketika mengulas tindakka terbaru Shafee yang menurutnya sengaja mewujudkan persepsi baru dikalangan rakyat.

Siti Aisyah"Kalau kita teliti semua fakta dan hujah yang dikemukakan oleh peguam pembelaaan ternyata semua hujah itu cukup baik.

"Ia telah berjaya mengugat semua konspirasi politik jahat oleh pemimpin Umno sehingga Shafee ambil pendekatan untuk tangguh penghujahan bagi mencipta alasan baru bagi memanipulasi kembali minda rakyat," tegasnya.

Shafee jelas Siti Aishah lagi dipergunakan oleh pemimpin Umno untuk menimbulkan persepsi negetif kepada Anwar dengan cuba mengambarkan Saiful mendapat banyak manafaat diberikan Anwar kerana dianggap istimewa.

"Kita lihat hujah Shafee ini tidak masuk akal.

" Sepanjang fakta yang dikemukakan hubungan yang wujud diantara Anwar dan Saiful sudah tentu hanya hubungan diantara majikan dan seorang pekerja sahaja.

"Shafee diamanahkan untuk timbulkan dan tanam persepsi baru di kalangan rakyat memandangkan peluang Anwar dibebaskan cukup luas," tegas Aishah yang juga merupakan Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.

Mayat Guru Jatuh Jambatan Ditemui

Posted: 30 Oct 2014 11:47 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
SUNGAI PETANI: Mayat seorang guru wanita yang lemas setelah terjatuh ke dalam Sungai Muda berdekatan Kampung Pantai Cicar, Jalan Kuala Ketil dekat sini pagi Rabu, ditemui petang Khamis.

Mayat Siti Hajar Bakar, 48, ditemui pada 4.07 petang tadi kira-kira 1.5 km dari tempat beliau terjatuh di atas sebuah jambatan di situ.Timbalan Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani Rosdi Ismail berkata mayat mangsa ditemui setelah ia timbul semasa usaha mencari dijalankan.

"Mayatnya diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk bedah siasat," katanya di sini.

Lapan anggota Unit Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat terbabit dalam operasi mencari mangsa dengan dibantu tujuh anggota Balai Bomba Sungai Petani.

Turut membantu dalam operasi itu anggota polis, Rela, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, penduduk kampung dan keluarga mangsa.

Bomba menggunakan bot sepanjang operasi itu berikutan keadaan Sungai Muda yang dalam dan berarus deras.

Beberapa penduduk kampung mendakwa melihat seorang wanita mundar-mandir di atas jambatan berhampiran Kampung Pantai Cicar kira-kira 7 pagi Rabu.

Siti Hajar, yang tinggal di kawasan perumahan Taman Petani Jaya di sini, bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Bakar Arang di sini.

Beliau dikatakan ke kawasan itu dengan memandu keretanya, yang diletakkan di tepi jalan raya berdekatan Kampung Pantai Cicar.

6 Dikhuatiri Hilang Kapal Dagang Langgar Bot Tunda

Posted: 30 Oct 2014 11:45 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Operasi mencari enam lagi anak kapal yang masih hilang giat dijalankan.
 
 
 
KUANTAN: Enam anak kapal sebuah bot tunda dikhuatiri hilang selepas sebuah kapal dagang melanggar bot dinaiki mereka di perairan Kuantan kira-kira 9.1 batu nautika dari Tanjung Gelang, di sini, awal pagi Khamis.

Kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu dipercayai berlaku semasa tujuh anak kapal berada di dalam bot tunda tersebut sebelum dirempuh kapal berkenaan.

Menurut Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Maritim, Datuk Nasir Adam, seorang daripada mereka berjaya diselamatkan sebuah bot nelayan yang kebetulan melalui kawasan itu manakala enam lagi masih hilang.

Mangsa yang terselamat dikenali sebagai Martin Sembiring, 30, dari Indonesia.

Katanya, bot tunda jenis YTC M5 itu dinaiki lima warga Indonesia dan seorang warga tempatan dan difahamkan kapal dagang yang melanggar bot mereka itu beredar daripada lokasi kejadian.

"Satu laporan polis telah dibuat dan operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan," katanya pada sidang media di sini, petang Khamis.

Operasi mencari dan menyelamat diketuai APMM dengan dibantu polis serta bomba kini sedang giat dijalankan.

Abu Sayyaf Ugut Hantar Kepala Tawanan Malaysia

Posted: 30 Oct 2014 11:41 PM PDT


MSTAR ONLINE



KOTA KINABALU: Militan Abu Sayyaf mengugut untuk memenggal kepala penternak ikan dalam sangkar, Chan Sai Chuin jika wang tebusan berjumlah RM3 juta tidak dibayar pada November.

Isteri Chan, Chin Pek Nyen berkata, bagaimanapun kumpulan militan itu tidak menetapkan tarikh tertentu namun mengingatkannya bahawa mereka akan membunuh suaminya jika permintaan tidak dipenuhi.

"Mereka (Abu Sayyaf) memberitahu saya bahawa mereka akan menghantar kembali kepala Chan jika saya gagal membayar wang tebusan," kata Chin.

Chin, 42, berkata demikian pada sidang media di sini sambil merayu kepada kerajaan negeri dan Persekutuan supaya meningkatkan usaha untuk membebaskan suaminya.

Beliau berkata ancaman daripada penggas itu diterimanya menerusi panggilan telefon pada Khamis malam.

"Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Saya cuba untuk meminjam wang daripada keluarga dan rakan-rakan bagi mengumpul wang itu.

"Tapi berapa ramai orang boleh bagi pinjaman, saya memerlukan bantuan kerajaan," katanya.

Chan diculik di Kampung Sapang Air, Kunak pada 16 Jun lepas dipercayai berada dalam keadaan selamat.

Pidato Anwar Di UM Bukan Tindakan Saya Seorang - Fahmi

Posted: 30 Oct 2014 11:39 PM PDT

RAKYATNEWS


alt
 
 
 
KUALA LUMPUR - Pemimpin pelajar Universiti Malaya, Fahmi Zainol menolak tuduhan salah guna kuasa sebagai presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPPUM) dalam menganjurkan program pidato menampilkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Isnin lepas.
 
Fahmi memberitahu The Malaysian Insider, beliau menerima sokongan majoriti 43 ahli majlis untuk menganjurkan program itu, manakala hanya empat anggota menentang.
 
Beliau menyifatkan dakwaan tersebut tidak berasas dan berkata pihak yang menuduhnya berat sebelah dan cuba mencari populariti.
 
"Saya masih ingat semasa Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menghadiri program Fit Malaysia, beliau salah seorang ahli majlis pelajar yang menyertai program tersebut.
 
"Sekarang mengapa beliau sendiri tidak membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukan sebagai tokoh politik tapi sebagai bekas pelajar?" soal Fahmi, merujuk kepada ahli majlis MPPUM, Mohd Faridzuan Karim, yang mendakwa program Anwar tersebut tidak dibincang dalam mesyuarat dan beliau sendiri tidak menyokongnya.
 
Faridzuan dilaporkan berkata MPPUM menentang program Anwar diadakan di kawasan kampus atas alasan Jabatan Hal Ehwal Pelajar universiti tidak menyokongnya.
 
"Program ini tidak pernah dibincang dengan kami. Kami diabaikan sepenuhnya, seolah-olah kami tidak penting langsung," kata Mohd Faridzuan dipetik sebuah portal, Rabu lalu.
 
Faridzuan dilaporkan menuduh Fahmi menyalahguna kuasa sebagai presiden MPPUM dan membuat keputusan bersendirian meneruskan program itu.
 
Fahmi bagaimana pun berkata: "Walaupun saya presiden, saya masih perlu mendapatkan pandangan untuk mengadakan program sebegitu. Terdapat 43 ahli majlis pelajar dan hampir setengah bersetuju untuk mengadakannya. 9 ahli berdiam diri dan tiga hingga empat ahli majlis secara terbuka menentangnya."
 
Fahmi mendakwa mempunyai minit mesyuarat sebagai bukti.
 
Tambahnya, daripada empat yang menentang program Anwar itu, hanya seorang menghadiri mesyuarat pada Ahad bagi membincangkan program itu.
 
"Selebihnya yang menentang adalah ahli yang tidak pernah menghadiri mesyuarat sejak dipilih sebagai wakil pelajar dalam pilihan raya lalu. Salah seorang yang hadir dalam pertemuan tersebut, dia datang dua minit sebelum mesyuarat berakhir.
 
"Beliau tidak dengar taklimat atau faham cadangan kami mengadakan program itu," katanya.
 
Menurut Fahmi, Faridzuan mendakwa ramai ahli majlis tidak bersetuju dengan program tersebut tetapi gagal mengemukakan bukti.
 
"Beliau berkata ramai, tapi apabila saya meminta senarai nama beliau gagal buktikannya. Kamu boleh bercakap tapi mana buktinya?" kata Fahmi.
 
Fahmi juga nafi beliau menjadi agen PKR.
 
"Saya adalah peminat Tun Dr Mahathir Mohamad tapi tidak bermakna saya menyokong kerajaan.
 
"Jemputan saya kepada Anwar adalah untuk bercakap kepada pelajar tidak bermakna saya memihak kepada PKR. Sebagai pelajar, kami mampu menilai, menjadi kritikal apabila perlu sama terhadap pembangkang atau kerajaan," kata Fahmi.
 
Menurut Fahmi, beliau hanya menuntut kebebasan akademik dan mahu UM menggalakkan kebebasan sebegitu.
 
Program bertajuk "40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara" Isnin lalu diisytiharkan haram oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UM Profesor, Datuk Dr Rohana Yusof atas alasan "merosakkan imej" universiti.
 
Walaupun dihalang oleh pentadbiran UM, Fahmi dan ratusan mahasiswa dan penyokong Anwar merempuh masuk ke dalam universiti.
 
Dalam pidatonya, Anwar memberi penghormatan kepada para pelajar yang hadir malam itu, memuji keberanian dan ketegasan dalam menjunjung prinsip mereka.
 
"Lihat apa yang dilakukan Putrajaya, mereka menanam kezaliman dan penindasan. Belia Malaysia harus menjadi suara hati nurani bangsa," katanya.
 
UM juga sudah membuat laporan polis mengenai kejadian itu dan pihak universiti memulakan siasatan ke atas penganjur program.
 
Bercakap kepada The Malaysia Insider semalam, Fahmi, pelajar akhir dalam jurusan Pentadbiran dan Keadilan Sosial, berkata beliau ‎tidak takut berdepan dengan sebarang ancaman tetapi berharap dibenarkan menghabiskan pengajiannya.

Anak penumpang MH370 saman MAS

Posted: 30 Oct 2014 11:35 PM PDT

SINAR HARIAN


KUALA LUMPUR - Dua anak lelaki kepada penumpang pesawat MH370 memfailkan saman terhadap Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan empat yang lain bagi menuntut ganti rugi berhubung kehilangan pesawat itu yang dinaiki bapanya, Jee Jing Hang, 8 Mac lalu.

Dua beradik yang berusia 13, dan 11, itu memfailkan saman tersebut melalui ibunya, Ng Pearl Ming, 38, menerusi Tetuan Rusmah Arunan & Associates di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jam 9.15 pagi semalam.

Mereka selaku plaintif turut menamakan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA); Ketua Pengarah Imigresen, Panglima Tentera Utara Diraja Malaysia (TUDM) dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan dalam writ saman tersebut.

Berdasarkan pernyataan tuntutannya plaintif mendakwa defendan pertama, MAS telah memungkiri perjanjian penerbangan antara penumpang sehingga pesawat itu gagal mendarat di Beijing dan tiada pengakhiran sehingga kini.

Pakatan melepasi era Anwar

Posted: 30 Oct 2014 11:31 PM PDT

Oleh A Kadir Jasin


Pertama sekali, sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim bebas atau masuk penjara sekali lagi, hidup kita, seperti kata penulis kanan akhbar The Star, Joceline Tan, akan merasa kesannya.

Menulis dalam edisi Ahad, 26 Oktober, Tan menyimpulkan: "But lives will be impacted again whichever way the court decides next week."
Ada dua senario kepada situasi ini.

1. Kalau Anwar masuk penjara, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat (PR) akan kehilangan ketua yang karismatik, tetapi memperoleh simpati. Setelah bercakaran dan kacau-bilau akibat krisis menteri besar Selangor, PR memerlukan simpati dan persefahaman penyokongnya, dan

2. Kalau hukuman salah Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan diterbalikkan (overturned) Mahkamah Persekutuan, Anwar akan muncul sebagai makhluk suci yang cuba difitnah musuh-musuhnya. Kedudukan beliau di mata kepemimpinan dan penyokong PR akan bertambah kukuh.
Ramalan PR akan hancur musnah kalau Anwar dipenjarakan mungkin pramasa (premature).

Sebaliknya simpati yang tercetus daripada pemenjaraan Anwar akan memberi peluang baru kepada PR untuk memperkukuh dan memperluaskan sokongan. Ia sudah pun sekian lama mempersembahkan liwat 2 sebagai persekongkolan (conspiracy) politik.

Generasi lama sudah semakin lupa dan tidak begitu peduli lagi dengan liwat 1 pada tahun 2000 manakala generasi muda yang kini memegang "trump card" kuasa politik, tidak tahu atau tidak percaya. Pada 8 Ogos 2000 beliau dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun atas tuduhan itu.

Akibat pemecatan Anwar daripada kerajaan dan Umno pada 1998, Barisan Nasional hilang sokongan dalam PRU 1999 walaupun ia dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad yang karismatik dan lincah permainan politiknya. Mahathir mengekalkan majoriti dua pertiga BN.

Ramalan perlu berlapik

Ramalan PR akan berpecah tanpa Anwar perlu berlapik. Ada dua bentuk pemangkin yang membuatkan PR berjaya sejak PRU 2008. Pertama, kemampuan Anwar mencari titik pertemuan di kalangan parti-parti yang berbeza ideologi, khususnya antara DAP dan PAS. Kedua, ia berjaya mengeksploitasi keterdedahan (vulnerability) BN.

Daripada aspek psikologi pula, PR berjaya menjitukan semangat penyokongnya dengan memberikan isyarat yang kuat mereka boleh mengalahkan BN dan pada masa yang sama mengambil kesempatan daripada kekecewaan penyokong BN terhadap parti mereka sendiri.

Satu lagi faktor yang memihak kepada PR adalah barisan kepemimpinan yang muda. Selain veteran seperti Anwar, Lim Kit Siang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nik Abdul Aziz Nik Mat, parti-parti PR, terutamanya PKR dan DAP digerakkan generasi pelapis.

Gabungan kepemimpinan pelapis yang meluas dengan bilangan pemilih muda yang semakin meningkat boleh menjadi dorongan (impetus) kepada parti-parti PR untuk terus berpakat walaupun wujud perbezaan ideologi dan dasar yang ketara.

Mereka boleh memilih untuk berpecah dan kekal pembangkang atau bersatu dalam kepelbagaian dan membina di atas 52 peratus undi majoriti yang mereka peroleh pada PRU lalu.

Sebahagian kekuatan PR berpunca daripada kelemahan BN. Melainkan BN sudah pulih secukupnya daripada bencana Tsunami Cina PRU 2013, ia tidak mungkin boleh meraih apa-apa faedah daripada pemenjaraan Anwar.

Sebaliknya BN mungkin akan menderita beban tuduhan dan kebencian manakala Anwar akan terus "menerajui" PR dari "suite"nya di penjara. Dan seandainya dibuang kes maka jadilah beliau "makhluk suci" yang kalis fitnah. – kadirjasin.blogspot.com,

'Pendapatan tinggi tak jadi M'sia negara maju'

Posted: 30 Oct 2014 09:19 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Malaysia mungkin tidak dapat mencapai status negara maju menjelang 2020 jika hanya menekankan untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi tetapi ketinggalan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
  
Bekas perdana menteri itu berkata hanya memperoleh pendapatan tinggi tidak akan menjadikan Malaysia sebagai negara maju, tidak seperti kemampuan penyeldikan dan kemahiran boleh melakukannya.
  
"Pendapatan Malaysia hampir mencapai negara maju tetapi pengalaman dan kemahiran rakyatnya sama seperti mereka yang berada di negara membangun.

"Pada ketika ini, saya khuatir dan tidak begitu menaruh harapan bahawa menjelang 2020, Malaysia akan menjadi negara maju," katanya.

Dr Mahathir, yang juga pengerusi Proton, berkata demikian pada ucaptamanya pada Seminar "Memperkasakan Industri Automotif Negara' di Cyberjaya semalam.

Beliau berkata Brunei sebagai negara berpendapatan tinggi tetapi ia bukan negara maju, sambil menambah pendapatan tinggi dan produktiviti yang rendah hanya akan menjadikan kos sara hidup meningkat lebih tinggi.
  
"Pemikiran rakyat Malaysia terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D) perlu diubah. Rakyat Malaysia masih kurang memahami kepentingan R&D dan sentiasa mempersoalkan pulangan pelaburan dalam bidang ini," katanya.
  
Dr Mahathir berkata Malaysia merupakan satu-satunya negara membangun yang memiliki industri automotif sendiri dan negara-negara membangun sedang belajar daripada negara ini.
  
Industri automotif boleh menjadi pemangkin dalam menyediakan rakyat Malaysia kemahiran, pengetahuan dan keupayaan dalam bidang kejuruteraan, katanya.
  
Hari ini, katanya, Proton menguasai hanya 18 peratus daripada pasaran kereta di negara ini.   
- Bernama

Pakar: Majlis Peguam tak berkuasa larang Gopal

Posted: 30 Oct 2014 09:17 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berkata ketetapan Majlis Peguam yang melarang bekas hakim kanan daripada bertindak sebagai peguam bukanlah satu undang-undang.

Oleh yang demikian ia tidak berkuasa melarang bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes rayuan sabitan kes Liwat II.

Abdul Aziz berkata, perlembagaan persekutuan memperuntukkan bahawa setiap individu berkuasa untuk memilih peguam mereka sendiri.

Beliau menjelaskan, selagi peguam itu setuju untuk mewakili Anwar, tiada sebab mengapa orang perlu membangkitkan perkara itu.

"Hujah utama bagi Gopal mewakili Anwar adalah perlembagaan, dan ini adalah undang-undang paling tinggi di negara ini. Ia mengatasi yang lain.

"Perhatikan bahawa ketetapan Majlis Peguam berkenaan perkara itu bukan satu undang-undang," katanya dalam kenyataan kepada Malaysiakini malam tadi.

Katanya, Anwar berhak untuk memilih peguamnya, dan pertikaian mengenai tindakan Gopal bertindak mewakilinya dalam rayuan Liwat II bukan satu isu.

Beliau mengulas persoalan yang dibangkitkan oleh ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang dan MP DAP, Lim Lip Eng – sama ada tindakan Gopal mewakili Anwar akan menjejaskan kebebasan kehakiman.

Abdul Aziz seterusnya membangkitkan bahawa ketua hakim Mahkamah Persekutuan sendiri bersetuju dengan tindakan hakim yang bersara untuk kembali ke mahkamah sebagai peguam.

"Selain Gopal, kita ada bekas hakim seperti (Tun) Salleh Abas dan (Datuk) RK Nathan yang kembali mengamalkan undang-undang," katanya.

Menurut pensyarah itu lagi, beliau lebih prihatin dengan isu kebebasan hakim berbanding isu sama ada hakim boleh kembali mengamalkan undang-undang selepas bersara.

"Saya rasa dalam kes ini, kedudukan (peguam kanan, Datuk Seri) Shafee Abdullah lebih membimbangkan dan sukar dibayangkan, berbanding isu Gopal mewakili Anwar," katanya.

Pejabat Peguam Negara menerima kritikan sebelum ini kerana melantik Shafee sebagai pendakwa, dan bukannya dari kalangan pegawai jabatan tersebut.

Penglibatan Shafee dikritik kerana pernah berkhidmat untuk Umno dan peguam itu juga disiasat kerana didakwa mengemukakan afidavit palsu.

Anwar berulang kali berusaha untuk menyingkirkan Shafee dari pasukan pendakwaan tetapi tidak berjaya.

Sementara itu, Bernama melaporkan Majlis Peguam Malaysia (MPM) mengekalkan pendiriannya yang melarang bekas hakim untuk muncul di mahkamah mewakili anak guam mereka seperti dinyatakan dalam resolusi badan itu 15 Mac lepas.
  
Presidennya, Christopher Leong berkata walaupun terdapat kebimbangan badan itu dalam isu ini, yang telah dinyatakan di mahkamah, namun Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa pada masa ini tidak ada apa-apa dalam undang-undang yang melarang hakim bersara daripada muncul sebagai peguam di mahkamah.
  
"Majlis juga menyatakan isu-isu baru-baru ini atau kontroversi membabitkan kepatutan atau pelantikan dan kemunculan ketua pasukan pendakwa dalam kes rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  
"Sekali lagi, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa tidak ada yang tidak tepat dalam dalam hal ini," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata: "Walaupun atas sebab-sebab yang berbeza, isu bersama dan kebimbangan Majlis Peguam berkaitan kedua-dua pelantikan dan kemunculan pendakwa utama dan peguam utama (bekas hakim) bagi Anwar dalam rayuan itu keadilan mungkin tidak dapat dilakukan atau mungkin dilihat tidak dilaksanakan."

Bagaimanapun, Leong berkata Majlis Peguam tidak akan mengulas lanjut kerana pendengarwn kes rayuan masih berjalan di Mahkamah Persekutuan.
  
Mesyuarat 15 Mac badan itu menerima usul bahawa hakim bersara dari mahkamah yang lebih tinggi perlu dilarang atau dihalang dari segi undang-undang untuk bertindak sebagai peguam di mahkamah.
  
Semalam, ketua pasukan pendakwaan dalam kes rayuan Anwar, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu pemberita bahawa tiada sesiapa boleh menghalang bekas hakim bertindak sebagai peguam dan ia adalah pilihan mereka untuk berbuat demikian.
  
Pada 3 Julai, 2013, Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria berkata hakim-hakim bersara bebas untuk muncul di mahkamah mewakili anak guam mereka dan tidak kira siapa yang muncul di mahkamah, pihak kehakiman akan menentukan kes berasaskan merit.
  
Beliau menegaskan bahawa badan kehakiman tidak boleh menghalang bekas hakim daripada menjalankan tugas guaman dan tidak harus menyekat hak mereka untuk berbuat demikian.

Kontroversi timbul selepas bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram mengetuai pasukan pembelaan dalam kes rayuan Anwar terhadap sabitan kes liwat.
  
Anwar, selaku Ketua Pembangkang, Ketua Umum PKR dan anggota Parlimen Permatang Pauh, didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di ibunegara pada 26 Jun 2008.
  
Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar, 67, atas kesalahan tersebut.
  
Pihak pendakwaan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan selepas Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar di akhir kes pembelaan.
  
Mahkamah Persekutuan sedang mendengar rayuan itu sejak Selasa lepas.

Ku Li gesa kerajaan tangguh GST

Posted: 30 Oct 2014 09:12 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah menggesa kerajaan agar menangguhkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang menurutnya akan menyusahkan lagi rakyat.

"Besar kemungkinan pelaksanaan GST pada tahun hadapan akan menambahkan lagi tekanan terhadap kos sara hidup walaupun kesannya sekali sahaja kerana ia diserap oleh keseluruhan sistem ekonomi.

"Demi melegakan beban kewangan rakyat yang semakin meningkat, mungkin GST ini boleh ditangguh sehingga keadaan ekonomi meningkat ke tahap yang lebih kukuh dan kuat," katanya.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan panggilan Ku Li, menyuarakan pandangannya itu dalam satu kenyataan mengenai Bajet 2015, yang diedarkan kepada semua MP di Parlimen hari ini.

"Adalah diharapkan perkembangan ekonomi pada waktu itu akan tumbuh pesat dengan kadar jangka panjang.

"Dan sekiranya cukai ini perlu juga dilaksanakan, adalah diharapkan kadarnya dicongak semula," tambahnya.

Saiful mengaku takut pada Anwar, kata Shafee

Posted: 30 Oct 2014 09:06 PM PDT

MALAYSIAKINI

 

LAPORAN LANGSUNG

11.15am: Shafee meneruskan hujahnya di mana beliau menunjukkan beg plastik telus P27.

Beliau berkata IO (pegawai penyiasat) memotong plastik dan membiarkannya tergantung bagi menunjukkan tidak ada niat yang tidak diingini.

Beliau membacakan 'swab' yang diambil dari Saiful di Hospital Kuala Lumpur.

Katanya bekas plastik dimeterai (sealed) dan Dr Siew Sheue Feng memberi keterangan beliau memeteraikannya dan menandatangan di atasnya dan meminta Saiful untuk menandatanganinya.

Menurut Shafee, ia adalah "tamper proof"

"Saksi pembelaan mengatakan semua ini adalah 'tamper proof', tetapi tidak plastik besar (P27). IGSO menyatakan setiap sampel mesti dipisahkan dan dibungkus," tambahnya.

IGSO ialah Perintah Tetap Ketua Polis Negara.

11.12am: Mahkamah disambung semula.

11.05am:  Bapa Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail berada di mahkamah bersama dengan cucunya, MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Mahkamah bersedia untuk menyambung pendengaran.

10.50am: Di tengah-tengah hujan lebat, kira-kira 200 penyokong
Anwar Ibrahim dibenarkan berlindung di khemah sementara di depan Istana Kehakiman.

Makanan dan minuman disediakan oleh pegawai PKR. Terdapat kira-kira 50 anggota polis di situ.

10.47am: Hakim Arifin meminta mahkamah berihat seketika.

10.41am: Shafee kini berhujah tentang beg plastik P27 yang mengandungi semua spesimen yang diambil dari Saiful.

Shafee menegaskan bahawa ia tidak ditutupkan secara 'heat sealed'.

Merujuk kepada keputusan hakim yang membebaskan Anwar, Shafee berkata hakim membuat kesilapan tentang gangguan pada beg plastik tersebut.

Hujahnya, apabila meterai luar rosak, meterai di dalam tetap utuh.

10.37am: Mengenai KY jelly tidak dijumpai di atas karpet yang ditimbulkan oleh pihak pembelaan, Shafee berkata keterangan Saiful menyatakan bahawa ia mungkin jatuh ke atas permaidani atau tuala yang mereka pakai semasa melakukan seks itu.

Shafee juga menegaskan bahawa karpet tidak dijumpai dari unit kondominium di mana Anwar dan Saiful melakukannya.

"Ironinya karpet itu ditemui di unit lain," kata Shafee.

10.33am: Shafee berhujah bahawa Anwar bukan seorang perayu
biasa kerana dia berkarisma dan mampu mempengaruhi seorang anak muda.

Shafee berkata selepas perilaku seksual itu, Anwar menasihatkan Saiful juga tidak mengabaikan solat.

Katanya, ini menunjukkan mereka adalah mesra dan menunjukkan macam ada kebenarannya.

"Saiful mengaku dia takut pada Anwar," kata Shafee sambil menambah bahawa perbualan itu berlaku ketika mereka sedang minum kopi dan makan karipap.

10.28am: Shafee berkata Saiful mengadu sakit di dubur dan perutnya.

Walaupun Karpal menegaskan kepada Saiful bahawa kejadian itu tidak berlaku, saksi pendakwa  tetap berkata yang ia berlaku.

10.25am: Shafee berkata Saiful menunjukkan (perbuatan fizikal) di tempat kejadian apabila hakim perbicaraan melawat kondominium itu.

Beliau selanjutnya menceritakan insiden liwat itu,  dengan memperincikan bagaimana Saiful diminta memegang zakar Anwar dan memasukkannya ke dalam duburnya di mana dia telah memakai beberapa bahan pelincir.

Shafee memetik Saiful sebagai berkata Anwar sangat kasar dan dia sembur (air maninya) ke dalam Saiful.

10.15am: Shafee seterusnya membaca apa yang didakwa berlaku
pada hari itu untuk menunjukkan bahawa Saiful tidak mungkin mereka keterangannya di mahkamah.

Katanya, pemeriksaan balas oleh Karpal (Singh) di mana sebelum meninggalkan kondominium tersebut, mereka (kedua-dua Anwar dan Saiful) minum Nescafe tiga dalam satu dan karipap.

"Saiful berkata pintu ke kondominium itu terkunci dari dalam apabila mereka melakukannya. Saiful berkata dia mempunyai peluang untuk lari, tapi dia tidak boleh."

"Dia mengakui dia mempunyai peluang untuk lari. Anda tidak dipaksa, Karpal bertanya, tetapi Saiful menjawab dia tak rela."

Shafee berkata, kejadian itu berlaku atas karpet di tepi katil.

Shafee menjelaskan kejadian liwat itu tidak berlangsung 30 minit kerana di antaranya Saiful mencuci dirinya dan ini berjumlah setengah jam.

10.15am: Shafee berkata selepas cuba untuk mengatur jadual hari itu, Anwar bertanya kepada Saiful, "Bolehkah saya f ** k you hari ini?"

Ini menunjukkan hubungan intim antara mereka, hujah Shafee.

Saiful, katanya, keberatan dan Anwar marah dan mereka pergi ke bilik tidur utama dan di sanalah mereka melakukannya.

10.10am: Shafee menjelaskan tugas Saiful sebagai pembantu Anwar.

Katanya, Saiful ikut ke mana-mana bersama tertuduh, Singapura dan Hong Kong dan diberi elaun, di mana dia mengikut tertuduh.

Semua ini, Kata Shafee, walaupun Saiful tidak habis belajar di universiti.

"Anwar juga memberinya Brioni suit, yang saya pun tak ada. Mengapa Anwar perlu mengekalkan hubungan yang demikian (dengan Saiful)," soalnya.

10am: Shafee berkata adalah lebih mudah bagi pihak pendakwa untuk mendakwa dan membuktikan kesnya jika perbuatan itu dilakukan dengan kerelaan, daripada bukan dengan kerelaan.

Katanya, saksi (Saiful) boleh dipercayai dan macam ada kebenarannya.

Beliau menambah bahawa Saiful bukan rakan subahat.

9.54am: Walaupun kritikan Anwar terhadap hakim, Shafee berkata,  hakim yang sama yang membebaskan beliau.

Beliau berkata kejadian liwat didakwa berlaku adalah jam 3 petang dan 4.30 petang di kondominium Desa Damansara.

Shafee berhujah bahawa apabila Saiful berkata, dia tidak berbuat demikian secara sukarela, ia berbeza dengan kerelaan.

"Ia adalah kawasan kelabu (grey area) di mana hati saya berkata tidak, tetapi apa yang hendak saya lakukan apabila majikan saya dominan sepenuhnya? Ia tidak ada kaitan dengan kerelaan."

9.50am: Pendakwa Shafee berkata Anwar juga mengkritik kredibiliti mahkamah perbicaraan yang memanggilnya membela diri.

"Pendek kata, skandal ini lebih buruk dari skandal di Monaco seperti yang dikatakan oleh (hakim) Eusoffe Abdul Kadir," kata Shafee berseloroh dalam menggambarkan kenyataan Anwar dari kandang tertuduh.

"Namun begitu,  bagaimana anda menjelaskan air maninya di bahagian sulit Saiful," kata beliau.

9.35am: Shafee berkata Anwar membuat keributan dengan memberi keterangan di kandang tertuduh yang hakim 'pre-judged' beliau.

Beliau berkata, kita tidak boleh lupa bahawa terdapat 60 penangguhan dan terdapat banyak permohonan yang benar-benar tidak dalam undang-undang seperti di sini dan Komanwel.

Anwar, katanya, juga menyerang badan kehakiman,termasuk bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Malik Ishak.

Katanya, Anwar seterusnya mendakwa penglibatan Najib, Rosmah, Rodwan dan juga IGP Musa.

Shafee seterusnya menyentuh kenyataan Anwar dari kandang tertuduh mengadu bagaimana dia boleh memberi keterangan di kandang saksi kerana mendakwa wujudnya apa yang dikatakan diskriminasi terhadapnya.

Bagaimanapun, Shafee menegaskan bahawa dalam pengalamannya sebagai seorang peguam, pihak pembelaan tidak pernah dibenarkan memperolehi dokumen seperti kenyataan saksi yang tidak diberikan kepada pihak pembelaan.

Kata Shafee, Anwar membayangkan yang sampel telah sengaja diletakkan oleh pihak polis.

Ini, tegas Shafee, adalah tuduhan yang jelas terhadap IO (pegawai penyiasat) bahawa dia telah mengenakan Anwar.

Menurutnya, DNA 'Lelaki Y' ditemui di tempat sulit Saiful. Malah, tegasnya, DNA 'Lelaki Y' yang sama ditemui di sel IPK KL.

'Bagaimana anda mendapatkan air mani segar dari tertuduh yang mana sudah kira-kira 60 jam lamanya dari pengadu?"

9.30am: Shafee berkata Anwar memasukkan Umno dan media (arus perdana) sebagai sebahagian daripada konspirasi tersebut.

Anwar,  katanya, juga menyerang hakim perbicaraan, dan ia penghinaan mahkamah yang serius oleh ketua pembangkang itu

Meskipun demikian, kata Shafee, hakim perbicaraan tetap sabar.

9.25am: Shafee berkata, menurut Anwar, ia adalah satu konspirasi peringkat tertinggi dari PM hingga ke pegawai penyiasat dan bahkan mengaitkannya dengan bekas PM, Dr Mahathir Mohamad.

Shafee berkata, Anwar juga mendakwa Saiful Bukhari Azlan terlibat dalam konspirasi itu bersama-sama dengan Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan.

Menurut Shafee lagi, Anwar telah mengadu bahawa dokumen-dokumen tidak disediakan kepada pihak pembelaan dan ketua pembangkang itu mendakwa pihak pendakwa juga merupakan sebahagian daripada konspirasi itu.

9.20am: Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memulakan penghujahannya dengan berkata sepanjang kes pendakwaan, keseluruhan pembelaan Anwar adalah tertumpu kepada konspirasi politik untuk mengenakan ketua pembangkang dengan jenayah tersebut.

Katanya, beliau akan menganalisisnya dan akan bermula dengan kenyataan Anwar dari kandang tertuduh.

9.16am: Mahkamah memulakan persidangan dengan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin mengetuai lima anggota panel Mahkamah Persekutuan.

8.55am: Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tiba di mahkamah. Mahkamah bersedia untuk mulakan prosiding.

8.53am: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba bersama isteri beliau yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Kelihatan Anwar memeluk Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

8.50am: Keadaan di luar perkarangan Istana Kehakiman tenang dan terkawal. Kira-kira 100 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di luar mahkamah. 

Kesemua penyokong hanya duduk dan berbual sementara menanti pendengaran kes rayuan liwat II selesai untuk hari ini.

8.30am: Peguambela utama, Tan Sri Gopal Sri Ram memasuki dewan mahkamah bersama-sama dengan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Dr Tan Kee Kwong, Ahli Parlimen PAS Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar dan bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Turut berada mahkamah ialah bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Prosiding dijangka bermula pada pukul 9 pagi.

8.15am: Wartawan dan pemerhati antarabangsa dibenarkan masuk ke dalam dewan mahkamah.

Peguam Zamri Idrus, yang mewakili Mohd Saiful Bukhari Azlan, dilihat di mahkamah dengan Timbalan Ketua Pendakwaan (Operasi) Pejabat Peguam Negara, Mohd Hanafiah Zakaria.

Peguambela N Surendran, Eric Paulsen, Sangeet Kaur Deo dan Latheefa Koya juga sudah bersedia untuk prosiding hari ini.

Persidangan hari ke-4

Mahkamah Persekutuan hari ini akan mendengar hujah Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang dilantik mengetuai pihak pendakwa,  mengapa sabitan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri  Anwar Ibrahim dalam kes liwat - yang kedua dalam tempoh 10 tahun - adalah 'selamat'.

Shafee telah menyatakan semalam bahawa beliau akan mengemukakan fakta penuh kes itu kerana beliau mendakwa pihak pembelaan telah mengemukakan "sebahagian" daripadanya. Beliau kemudiannya akan berhujah mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh peguambela utama Tan Sri Gopal Sri Ram dan peguambela yang lain.

Semalam, Shafee memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau memerlukan lebih banyak masa untuk menyusun semula hujahnya kerana perkara-perkara yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan.

Beliau menegaskan bahawa pasukan Anwar telah mengemukakan alasan tambahan rayuan pada hari Selasa - hari permulaan perbicaraan rayuan tersebut. Pada keseluruhannya, Anwar telah mengemukakan 36 alasan bagi rayuan itu.

Menurut Shafee, 85 peratus hujah pembelaan adalah perkara lama dan hanya 15 peratus yang baru.

Hanya beliau yang akan berhujah bagi pihak pendakwa walaupun ada kehadiran Timbalan Ketua Pendakwaan (Operasi) Pejabat Peguam Negara, Mohd Hanafiah Zakaria, yang telah terlibat dalam perbicaraan itu apabila kes itu mula didengar di Mahkamah Tinggi.

Prosiding hari ini dijangka mengambil masa setengah hari dan akan diteruskan pada hari Isnin di mana selepas hujah Shafee, pihak pembelaan akan berpeluang untuk menjawab.

Setelah itu, lima anggota panel Mahkamah Persekutuan akan memutuskan sama ada untuk terus mengumumkan keputusan atau mengumumkannya pada hari yang lain.

Jika mahkamah tertinggi di negara ini itu mengekalkan sabitan ke atas Anwar, maka Shafee dijangka akan memohon hukuman yang lebih beratkan terhadap ketua umm PKR itu.

Malaysiakini membuat liputan secara langung.

Shafee nafi ada konspirasi politik dalam kes rayuan Liwat II Anwar

Posted: 30 Oct 2014 08:48 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
PUTRAJAYA: Pihak pendakwaan kes rayuan Liwat II mensasarkan untuk membongkar apa yang dikatakan konspirasi politik oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata ketua pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kepada Mahkamah Persekutuan hari ini.
 
"Keseluruhan pembelaan utama perayu terdapat konspirasi politik. Sekurang-kurangnya dua peguamnya mengutarakan isu ini," kata Shafee sebaik Mahkamah Persekutuan mula bersidang hari ini.
 
Selasa lalu, Peguam Anwar N Surendran berkata, tuduhan anak guamnya terhadap kes liwat membabitkan Mohd Saiful Bukhari Azlan, 29, pada 2008 bermotifkan politik.
 
Anwar turut membuat dakwaan berkenaan dalam kenyataan setebal 32 muka surat dari kamar mahkamah.
 
Memetik kenyataan Anwar, Shafee berkata tuduhan berkenaan adalah umum dan tidak mempunyai syarat tertentu.
 
Shafee berkata Anwar sekali lagi membuat dakwaan konspirasi seperti yang dilakukan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
Shafee berkata beliau akan memeriksa dan menganalisa maksud konspirasi politik seperti didakwa pihak pembelaan.
 
Tiada sesiapa yang meminta Anwar memberikan kenyataan bukan bersumpah, kata Shafee. Ahli Parlimen Permatang Pauh itu boleh memilih berdiam diri tetapi Anwar mahu menjelaskan mengapa beliau mahu membuat kenyataan itu.
 
Kenyataan bukan bersumpah dari kamar dikira sebagai keterangan yang tidak boleh diterima.
 
Surendran turut meminta mahkamah mempertimbangkan kenyataan bukan bersumpah anak guamnya semasa perbicaraan.
 
Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan menolak kenyataan bukan bersumpah itu dan menyifatkannya penafian kosong pertuduhan.
 
Mahkamah Persekutuan hari ini mendengar hujah pihak pendakwaan dalam perbicaraan rayuan kes liwat Anwar yang masuk hari keempat hari ini.‎
 
Shafee mengetuai pendakwaan dalam menangkis beberapa perkara yang ditimbulkan peguambela Anwar sepanjang tiga hari lalu.

Peniaga wanita di Kelantan tak tutup aurat bakal diambil tindakan

Posted: 30 Oct 2014 08:44 PM PDT

ANTARAPOS,COM


Post Pic
 
 
 
KOTA BARU: Jika tidak bertudung, anda tidak boleh terlibat dengan aktiviti perniagaan.
 
Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kelantan mencetuskan satu lagi kontroversi dengan memberi amaran bahawa mereka akan menguatkuasakan kod pakaian Islam kepada kumpulan yang terlibat dalam perniagaan.
 
PBT Kelantan memulakan Operasi Gempur Aurat iaitu mengenakan denda maksimum RM500 terhadap peniaga dan pekerja wanita yang tidak menutup rambut mereka dan memakai pakaian ketat.
 
Keputusan itu berlaku untuk wanita yang bekerja di pasar basah, pasar raya, pasar raya besar, kedai makanan dan pusat-pusat komersial lain yang memerlukan lesen operasi daripada PBT.
 
Pengusaha bukan Islam juga berisiko didenda jika pekerja mereka yang beragama Islam tidak mematuhi peraturan pemakaian seperti jika majikan mengarahkan pekerjanya untuk memakai pakaian seragam ketat dan berlengan pendek.
 
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Belia dan Wanita Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB), Nor Azariza Mohd Alawi berkata tindakan keras itu adalah tindak balas kepada aduan orang ramai.
 
"Peraturan pakaian ini adalah salah satu syarat untuk mendapatkan permit perniagaan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan," katanya yang dipetik mStar Online.
 
Tambah Nor Azariza, peraturan itu hanya dikenakan ke atas orang-orang 'berinteraksi' dengan orang ramai.
 
Sejak Ops Gempur Aurat dimulakan pada September lalu, 34 pesalah telah didenda.
 
Beliau berkata tindakan keras di Kota Baru itu akan berakhir pada Disember depan.
 
Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB, Ropein Hassan berkata, permohonan untuk melonggarkan syarat itu tidak akan dilayan kerana kod pakaian itu ditetapkan dengan jelas dalam permit perniagaan.
 
Beliau berkata pihaknya juga telah mewajibkan peniaga, termasuk bukan Islam untuk menghadiri kursus tentang cara-cara untuk menjalankan perniagaan dari perspektif Islam.
 
"Kami telah mengambil inisiatif untuk mendidik mereka terlebih dahulu sebelum menguatkuasakan undang-undang kecil ini (pada pakaian)," katanya.
 
Beliau berkata seramai 3,000 peniaga telah mengambil bahagian dalam kursus itu dengan masih terdapat lebih 10,000 senarai menunggu.
 
Pada November 2012, PBT Kelantan mengejutkan banyak pihak apabila menguatkuasakan sekatan ke atas tukang gunting rambut untuk memberi khidmat kepada pelanggan berlainan jantina.

Polis tembak mati dua lelaki disyaki pemberontak Sulu

Posted: 30 Oct 2014 08:42 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Dua lelaki yang ditembak mati oleh polis di Penampang Baru, Sabah semalam dipercayai anggota pemberontak tentera Sulu.
 
Sebelum ini, kedua-dua individu itu disyaki perompak bersenjata yang terlibat dengan insiden berbalas tembakan dengan polis kira-kira pukul 4 petang.
 
Seorang wanita turut ditahan dalam insiden itu.
 
Keadaan di Penampang Baru kembali normal pada pukul 9.15 malam tadi dan laluan yang dikepung dibuka untuk orang ramai.
 
Terdahulu, polis mengekori kedua-dua suspek sebelum menahan mereka di hadapan beberapa bangunan kedai untuk pemeriksaan.
 
Beberapa saksi memberitahu terdengar bunyi tembakan selama seminit menyebabkan orang ramai bertempiaran lari meninggalkan lokasi itu.
 
Pada Februari 2013, negara dikejutkan dengan pencerobohan pemberontak bersenjata tentera Sulu dari Selatan Filipina di Lahad Datu dan Semporna di perairan Pantai Timur Sabah yang menyaksikan 10 anggota pasukan keselamatan negara terkorban.
 
Bagaimanapun, negara berjaya mematahkan tindakan pemberontak itu melalui operasi bersama pasukan tentera dan polis yang dinamakan Operasi Daulat dengan membunuh lebih 100 pemberontak itu dan menangkap ratusan lagi pengikutnya di negeri tersebut.
 
Susulan insiden itu kerajaan menubuhkan perisai keselamatan bagi mengawal insiden pencerobohan, penculikan dan penyeludupan di Sabah, yang dinamakan Esszone (Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah) dan Esscom (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah). - Bernama

Fitnah tiket Piala Malaysia, Nasrudin buat laporan polis

Posted: 30 Oct 2014 08:34 PM PDT

KHAIRIL ABDUL RAHIM

.




TEMERLOH: Setelah dua kali membuat fitnah menerusi media sosial terhadap Ahli Parlimen Temerloh, Ustaz Nasrudin Hassan sekretariat parlimennya hari ini membuat laporan polis terhadap pemegang akaun facebook yang dipercayai menggunakan nama samaran Azamuddin Azim.

Laporan dibuat oleh timbalan pengerusi sekretariat, Hassanuddin Salim yang turut dilibatkan dalam fitnah tersebut iaitu kononnya Nasrudin akan memberikan tiket percuma dan menyedikan pengangkutan ke Stadium Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara pasukan Pahang dengan JDT, Sabtu ini.

Antara lain Hassanuddin menyebutkan, pemilik akaun berkenaan pada 29 Oktober telah meletakkan iklan fitnah berkenaan melalui facebook dalam satu grup (Temerloh) dan turut dipaparkan ialah nombor telefon bimbit peribadinya untuk dihubungi.

"Akibatnya, sejak semalam saya dihujani panggilan telefon, mesej dan WhatsApp yang tidak putus-putus dari sekitar daerah ini dan luar yang bertanya dan mahukan tiket percuma berkenaan.

"Fitnah ini bukanlah kali pertama disiarkan individu berkenaan. Pada 25 Jun lalu juga pemilik akaun tersebut telah menggunakan kaedah yang sama mengiklankan kononnya Ahli Parlimen Temerloh akan mengagihkan benih ikan sangkar dan turut memaparkan nombor telefon saya.

"Tetapi hari ini saya dapati pemilik akaun Azamuddin Azim itu telah menukar namanya kepada Khaiz Hafiz dan saya percaya pertukaran itu dibuat apabila kami turut menyiarkan akan membuat laporan polis petang ini," katanya ketika ditemui di perkarangan ibu pejabat polis daerah di sini.

Tambahnya, demi melindungi diri dan kepentingan beliau meminta bahagian jenayah komersial polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pemilik akaun berkenaan.

Sementara itu Nasruddin yang turut hadir menyokong penuh laporan polis tersebut kerana tidak mahu fitnah terhadap beliau dan PAS berleluasa berdasarkan posting-posting individu berkenaan sebelum ini.

"Kalau perkara ini benar kita akan maklumkan. Masalahnya kita tidak ada kuota tiket perlawanan antara Pahang menentang JDT itu.  Dalam kes ini saya percaya individu berkenaan berniat jahat serta bertujuan untuk menjatuhkan reputasi saya sebagai ahli parlimen.

"Benda yang tiada diada-adakan. Bila orang hubungi Hassanuddin tiket itu tidak ada, apabila tak dapat jadi orang akan marah (kerana menipu). Jadi saya kira itu satu strategi yang sangat jahat," tegasnya.

Katanya, selepas ini akan dibuat laporan SKMM dan apabila sudah dikenal pasti nanti, jika pemfitnah itu tidak tampil memohon maaf, pihaknya akan mengambil tindakan saman. - HARAKAHDAILY

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT