Selasa, 28 Oktober 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Kerajaan tindas rakyat yang mahu perubahan

Posted: 28 Oct 2014 05:36 AM PDT


Khalid Samad percaya tindakan memenjarakan Anwar sebagai konspirasi politik kerajaan bagi menamatkan kerjaya politik ketua pembangkang itu.


Khalid SamadPUTRAJAYA: Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad menyelar tindakan kerajaan sebagai zalim dan menindas rakyat yang mahukan perubahan di bawah kepimpinan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menyatakan bahawa Anwar tidak bersalah dan segala yang dipertaruhkan dalam kes ini merupakan konspirasi politik bagi menamatkan kerjaya politik Anwar.

"Mengambil kira konsep keadilan, sekiranya ada keraguan munasabah sekalipun, ia menuntut orang yang dituduh itu dibebaskan," katanya ketika ditemui pemberita semasa sesi pendengaran rayuan berhenti rehat.

Walau bagaimanapun pihaknya tidak dapat meramal keputusan kes hari ini.

Beliau turut berharap agar penyokong Pakatan Rakyat akan terus setia bersama menunjukkan sokongan padu terhadap Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Hari ini berlangsungnya rayuan terakhir Anwar untuk mengetepikan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Persekutuan.

Fobia BN terhadap Anwar boleh cetuskan penentangan pelajar seperti di HK

Posted: 28 Oct 2014 05:26 AM PDT



Oleh Hazlan Zakaria 


Dalam melarang ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada bercakap dalam sebuah acara yang dianjurkan pelajar Universiti Malaya dan menghukum penganjurnya, pentadbiran yang diterajui BN mungkin akan memarakkan lagi sentimen anti-kerajaan dan gagal menyekat sokongan popular terhadapnya.

Anwar telah dilarang daripada menghadiri dan berucap pada majlis yang dijadualkan pada jam 9 malam ini dan penganjurnya telah diberikan surat tunjuk sebab oleh pihak berkuasa universiti.

Dan seperti apa yang dilakukan pihak berkuasa apabila profesor undang-undang, Azmi Sharom menghadiri acara di UKM beberapa minggu yang lalu yang telah turut diharamkan, laporan berita menyatakan bahawa UM juga akan ditutup melalui sekatan jalan raya oleh pihak polis dan pihak keselamatan kampus.

Laporan juga menyatakan bahawa kakitangan diarahkan untuk pulang awal dan kelas dibatalkan, didakwa disebabkan oleh pencawang elektrik yang rosak di universiti tersebut.

Penganjur bagaimanapun telah berikrar untuk meneruskan acara tersebut, mencabar pihak berkuasa untuk mengambil tindakan, dan menyifatkan apa sahaja yang bakal berlaku sebagai pengorbanan yang diperlukan bagi perubahan dan reformasi yang mereka percaya merupakan paradigma gerakan pelajar.

Tetapi apa-apa sekatan bukanlah sesuatu yang baru kerana kerajaan telah melakukannya selama bertahun-tahun melalui kawalannya ke atas universiti-universiti tempatan melalui Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971. 

AUKU merupakan sebuah akta yang menurut pendapat pengkritik, telah melemahkan kebebasan akademik dan kebebasan mahasiswa.

Sebelum ini, ahli-ahli politik pembangkang yang lain, seorang ahli politik Umno yang liberal dan beberapa pensyarah yang tidak memiliki pandangan yang sama dengan kerajaan, telah diharamkan dari beberapa institusi pengajian tinggi.

Ini di sebalik ahli-ahli politik BN yang sering mendapat akses bukan hanya bagi majlis rasmi kerajaan, tetapi juga demi keuntungan politik.

Walau bagaimanapun, sasaran yang khusus terhadap Anwar bukan sahaja mempamerkan ketakutan yang tidak rasional kerajaan pimpinan BN terhadap kebebasan bersuara dan perbezaan pandangan yang sah, tetapi juga terhadap Anwar. 

Sehinggakan pemimpin pembangkang itu telah diserang dari setiap arah dan dalam segala bentuk yang mungkin, untuk memendamkan pengaruh beliau di kalangan rakyat.

Tetapi ketakutan mereka mungkin boleh difahami kerana dalam sejarah Anwar, UM boleh dianggap sebagai sebuah tanah suci, tempat kelahiran seorang tokoh popular yang, jika cerita-cerita orang tua saya adalah benar, mengosongkan kelas-kelas sewaktu dia berucap.

Di sinilah sisi politik Anwar mula terbit, dari mimbar sudut pidato menara gading itu.

Di sinilah sisi aktivis dalam dirinya ditempa, bukan sahaja di dalam relau gerakan pelajar UM yang terpendam, tetapi juga dalam maraknya api tindakan berat oleh kerajaan yang ketika itu dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamed.

Bagi Anwar untuk berucap di universiti lamanya mungkin bukan sahaja suatu simbolik, tetapi akan menjadi sebuah isyarat yang kuat, yang boleh membantu mencetuskan semula tarikan golongan belia terhadapnya.

Tetapi apa yang tidak rasional adalah, dengan mengambil tindakan keras ke atas Anwar dan mahasiswa UM yang mengundangnya, Putrajaya telah sekali lagi menyalakan api dalam relau aktivisme salah sebuah acuan gerakan pelajar ini. 

Jika pihak berkuasa membenarkan acara itu dijalankan, ia pasti tidak mendapat maklum balas negatif seperti yang sedang berlaku sekarang, dan Anwar mungkin tidak mendapat banyak pengaruh dari sebuah acara yang hanya merupakan detik kecil dalam radar politik semasa.

Dan acara ini mungkin hanya menjadi sebuah lagi acara publisiti sebelum Mahkamah Persekutuan mendengar rayuannya terhadap pembatalan pembebasan kes liwat II beliau esok, dan tidak merebak kepada gerakan aktivisme pelajar yang kelihatan seolah-olah sedang berlaku.

Semua ini disebabkan kesilapan kerajaan dalam serangan paniknya yang telah memakan diri pada ketika yang paling teruk, dan di tempat yang paling buruk. 

Ada yang mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang dipenuhi pihak atas pagar, dan memerlukan kejadian epik untuk memaksa kita mengambil pendirian.

Gangguan yang berterusan dan tindakan keras terhadap gerakan aktivis pelajar mungkin mendorong ramai dari mereka yang berada di atas pagar untuk bersikap anti-pihak yang berkuasa, tidak lama lagi.

UM merupakan 'ground zero' gerakan pelajar suatu masa dahulu, dan mungkin ini akan berlaku sekali lagi jika tindakan keras yang berterusan, dan gangguan terhadap pelajar-pelajar dan ahli akademik dipertingkatkan.

Ini bukan sahaja dapat melahirkan kebangkitan sentimen pro-Anwar di kalangan pelajar, tetapi juga mewujudkan lebih banyak 'pejuang', seperti presiden majlis pelajar Fahmi Zainol yang menghadapi tindakan universiti kerana menganjurkan acara yang mengundang Anwar ke UM itu. 

Fahmi akan menuruti jejak langkah aktivis-aktivis mahasiswa teraniaya seperti Adam Adli, Safwan Anang dan Kumpulan Berempat UKM, dan juga ahli-ahli akademik yang disekat seperti Azmi dan pakar undang-undang, Abdul Aziz Bari.

Jika kita mengkaji revolusi payung di Hong Kong, sebuah protes berterusan yang terus melumpuhkan beberapa bahagian wilayah pentadbiran khas itu, kita boleh melihat bahawa ia adalah pergerakan ahli-ahli akademik dan para pelajar yang bosan dengan penindasan kerajaan.

Dan melalui Anwar ataupun tidak, fobia BN kepadanya mungkin akan menyemai benih-benih gerakan seperti itu di tengah-tengah perbezaan pendapat pelajar-pelajar dan ahli-ahli akademik, yang kedua-duanya telah lama menderita di bawah penindasan kerajaan.

Ada pepatah Melayu, marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Kerajaan BN seolah-olah sedang melakukan kesilapan yang sama

Perbicaraan liwat II Anwar disambung hingga Khamis

Posted: 28 Oct 2014 05:01 AM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan melanjutkan pendengaran kes rayuan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga tiga hari disebabkan jumlah penghujahan yang dikemukakan barisan peguam bela.
 
Pendengaran yang bermula hari ini akan bersambung sehingga Khamis, kata Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria sebelum menangguhkan sesi rehat tengah hari.
 
Peguam utama Anwar yang juga bekas hakim mahkamah persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram sepanjang pagi tadi mengemukakan hujah bagi membuktikan pengadu kes liwat, Mohd Saiful Bukhari Azlan bukan saksi yang boleh dipercayai.
 
Selain Sri Ram, peguam lain yang akan mengemukakan hujah kes adalah Ramkarpal Singh, Sangeet Kaur Deo dan N Surendran.
 
Pihak pendakwa yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akan mengemukakan hujah selepas pihak pembelaan, kemudian diikuti hujah akhir oleh kedua-dua pihak sebelum pendengaran berakhir.
 
Shafee ketika ditemui pemberita semasa sesi rehat berkata, beliau menjangkakan lanjutan itu kerana hujah panjang lebar dan jumlah kertas kerja yang perlu diteliti.
 
"Kami mendengar hujah mereka. Seperti dijangka, kami perlu mengemukakan jawapan balas.
 
"Mahkamah akan dilanjutkan sehari lagi sehingga Khamis, dan kemungkinan sehingga Jumaat," katanya di luar mahkamah.
 
Lima panel hakim mendengar rayuan Anwar, diketuai Ariffin, serta Tan Sri Raus Sharif, Tan Sri Abdul Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.
 
Barisan peguam bela Anwar diketuai Sri Ram, serta 14 peguam lain.
 
Pada Januari 2012, Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar daripada dakwaan meliwat Saiful di sebuah apartmen di Damansara pada Jun 2008.
 
Anwar, 67, dikenakan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan, tetapi mendapat penangguhan sehingga keputusan rayuan di Mahkamah Persekutuan.
 
Sri Ram pada awal tadi mengemukakan beberapa kesilapan bukti dan testimoni Saiful yang tidak konsisten sepanjang perbicaraan.
 
Anwar memberitahu wartawan di luar mahkamah bahawa dirinya yakin akan dibebaskan berdasarkan fakta dan undang-undang.
 
"Saya yakin hanya jika tidak ada campur tangan politik," katanya sejurus keluar daripada mahkamah semasa sesi rehat.

Perbicaraan kes saman Presiden PAS ditangguh 23 Nov

Posted: 28 Oct 2014 04:44 AM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic

 
 
KUALA TERENGGANU: Perbicaraan kes saman terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ditangguhkan kepada 23 November depan.
 
Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu setelah saksi defendan iaitu ADUN Alor Limbat, Aiffin Deraman memberi keterangan.
 
Sebelum itu, Tuan Guru Abdul Hadi dan Pengerusi PKR Terengganu yang juga ADUN Bandar, Azan Ismail turut memberi keterangan.
 
Saksi pihak palintif iaitu wartawan dari akhbar Kosmo dimaklumkan tidak hadir bagi perbicaraan hari ini.
 
Bekas calon PKR Dun Bukit Besi pada PRU13 lalu, Mohd Shamsul Mat Amin memfailkan saman terhadap Tuan Guru Abdul Hadi susulan ceramah Presiden PAS di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang semasa kempen PRU itu.
 
Shamsul mendakwa ceramah itu mengaitkan beliau sebagai calon PKR dengan pil kuda.
 
Presiden PAS yang diwakili Tetuan Awi & Co manakala Shamsul diuruskan Tetuan Vasudevan & Co.

Rizalman Diikat Jamin Selepas Setuju Patuhi Syarat Ketat

Posted: 28 Oct 2014 04:38 AM PDT

MSTAR ONLINE


 Rizalman ketika menghadiri prosiding di Mahkamah Daerah Wellington pada Selasa.

 
 
WELLINGTON: Muhammad Rizalman Ismail yang ditahan sejak Sabtu lalu membabitkan kes pecah rumah dan serangan, dibebaskan dengan ikat jamin oleh Mahkamah Daerah di sini.

Rizalman setuju dengan syarat ketat yang ditetapkan, termasuk peringkat berkurung, tidak menghubungi mangsa, menyerahkan pasport dan diawasi dua pegawai tentera Malaysia.

Berusia 38 tahun dan memakai kemeja gelap, Rizalman hanya dia ketika berdiri di kandang pesalah ketika permohonan remannya didengar di Mahkamah Daerah di sini.

Rizalman, bekas pegawai waran dua di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, dituduh melakukan rompakan dan serangan dengan niat untuk merogol Tania Billingsley, 21, di rumahnya pada 9 Mei.

Meskipun menghadapi perbicaraan di sana, dia kembali ke Malaysia pada 22 Mei selepas Wisma Putra menggunakan kekebalan diplomatiknya.

Rizalman menjalani penilaian psikiatri di Hospital Tentera Tuanku Mizan selepas tiba dan telah dilepaskan pada akhir bulan Julai.

Wisma Putra mengesahkan awal bulan ini bahawa ia telah menerima permintaan rasmi daripada kerajaan New Zealand untuk mengekstradisi Rizalman.

Susulan itu, pada 18 Oktober lalu, Rizalman meninggalkan Malaysia pada 8.55 pagi Jumaat dan tiba di Wellington kira-kira pukul 10 pagi waktu tempatan.

Pada prosiding pagi Selasa, Hakim Arthur Tompkins membenarkan ikat jamin terhadapnya, bagaimanapun peguam Rizalman perlu mengemukakan permohonan semula untuk melanjutkan tempoh perintah itu pada 3 November ini.

Hakim berkenaan juga memerintahkan Rizalman supaya hadir semula ke mahkamah pada 21 November untuk mengemukakan rayuan terhadap pertuduhan yang dibuat.

Jika bersabit kesalahan, Rizalman boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun.

Subsidi Petrol Timbulkan Pelbagai Persoalan

Posted: 28 Oct 2014 04:36 AM PDT

Oleh T. AVINESHWARAN
 
 
 
 
 
PETALING JAYA: Pengumuman mengenai pemilik kenderaan yang berpendapatan lebih RM10,000 sebulan tidak akan menikmati subsidi bahan api mulai tahun depan telah menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan masyarakat.

Ramai yang bertanyakan soalan berkaitan subsidi bahan api itu di laman Facebook dan ada juga yang memberi komen terhadap skim yang diumumkan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Skim yang belum ada mekanisme akhir ini menyatakan bahawa mereka yang berpendapat bawah RM5,000 sebulan akan mendapat subsidi penuh, manakala yang berpendapatan RM5,001 dan RM10,000 akan mendapat separuh subsidi.

Sejak itu, pelbagai persoalan timbul antaranya syarat itu berdasarkan gaji asas ataupun jika gaji itu termasuk kerja lebih masa atau elaun.

Sesetengah orang juga mahu penjelasan jika seseorang itu mengisi minyak menggunakan Mykad anak mereka, perlu ada skim yang boleh mengesahkan tahap gaji.

"Apa yang perlu saya buat untuk mengelak daripada mengisi minyak kereta kawan saya yang kaya?" tanya Hetish Sharma.

Beberapa orang bertanya terdapat apa-apa tanda  jumlah subsidi petrol yang digunakan setiap bulan dan mereka turut bimbang kemungkinan skim ini boleh disalah gunakan oleh individu yang menjual kuota mereka.

Salah seorang ahli perniagaan berkata, subsidi untuk petrol dan diesel hanya bermula jika harga minyak mentah di atas AS$ 80 (RM262) setong di pasaran antarabangsa.

"Bagaimana jika harga turun daripada harga biasa? Adakah petrol akan lebih murah bagi kumpulan yang berpendapatan kurang daripada RM5,000," tanya pengusaha itu.

Sementara itu ada juga yang mempersoalkan mengenai keselamatan maklumat peribadi .

"Dengan segala maklumat yang ada dalam Mykad, adakah pemabantu stesen minyak akan tahu jumlah gaji saya dan di mana saya tinggal?

"Adakah saya akan menjadi sasaran?" tanya Lidia Roro.

Manakala Noel Dass berkata, jumlah gaji sepatutnya menjadi hak milik peribadi.

"Bolehkah sistem ini hanya mendedahkan maklumat gaji secara kasar daripada terlalu terperinci?

"Dan pekerja stesen minyak yang memerhati tahap gaji, alamat rumah serta plat kereta yang boleh membawa kepada sasaran perompak," jelasnya.

Selain itu, Napsiah Mat Salleh bertanya apa akan jadi jika seseorang itu tidak mengemaskini tangga gaji di dalam Mykad?

"Dan bagaimana pula dengan status pesara? Mereka tidak mempunyai gaji," tanya Napsiah.

Vincent Choon Chee Ming yakin pengguna akan beratur lebih panjang untuk mengisi minyak apabila setiap pelanggan perlu menunjukkan Mykad atau dokumen lain sebelum minyak diisi.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kini sedang mengkaji mekanisme penuh berkaitan skim ini.

Benarkah Semuanya Bergantung Pada Najib?

Posted: 28 Oct 2014 01:43 AM PDT

shahbudindotcom


Bermula esok, 28 Oktober, bermulalah rayuan kes liwat kedua yang melibatkan Anwar Ibrahim selama dua hari di Mahkamah Persekutuan. Pada lewat petang 29 Oktober pula, dijangka akan diketahui keputusannya.

Di mana-mana ketika ini orangramai membicarakan apakah nasib Anwar nanti. Apakah beliau akan dikekalkan bersalah sepertimana keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang menjatuhkannya hukuman lima tahun penjara atau akan didapati tidak bersalah dan dibebaskan?

Walaupun yang akan menentukan bersalah atau tidaknya Anwar adalah lima hakim yang arif lagi bijaksana setelah mendengar hujah-hujah pendakwa yang diketuai oleh Shafee Abdullah serta peguambela Sulaiman Abdullah, tetapi rata-rata orangramai mulai meneropong keputusan yang bakal diambil ini dari sudut kemahuan Putrajaya dan Seri Perdana.

Baik orangramai, pemimpin UMNO, pembangkang, ahli perniagaan, anak-anak muda dan sebagainya tetap melihat semuanya bergantung kepada kemahuan serta kata putus daripada Najib Razak selaku Perdana Menteri.

Maknanya,  dari segi keputusannya ia lebih dilihat dan ditanggapi dari sudut politik semata-mata berbanding undang-undang. Dalam ertikata lain, kalau kering hati Najib, ke penjaralah Anwar tetapi jika lembut hatinya, bebaslah Anwar.

Malah ada surirumah sepenuh masa yang tidak memiliki telefon pintar turut mengeluh, "Kalau bersalah, sampainya hati Najib memenjarakan Anwar sedangkan mereka pernah bersabahat baik suatu ketika dahulu."

Bagi kalangan kebanyakan pimpinan UMNO, ramai yang yakin Anwar akan didapati bersalah dan menghuni penjara sekali lagi kerana itulah satu-satunya jalan yang mereka lihat boleh menentukan survival Najib dan BN dalam pilihanraya akan datang.

Dengan Anwar berada di dalam penjara, walaupun simpati rakyat mungkin meningkat kepada pembangkang,  tetapi mereka percaya ketiadaan pengganti karismatik memimpin PR akan membolehkan Najib mengatur strategi baru melemahkan gabungan itu dengan taktik adu-domba atau "membeli" sebahagian yang lain untuk melompat parti.

Sebahagian besar ahli UMNO juga mengharapkan Anwar akan dipenjarakan, bukan kerana Ketua Pembangkang itu bersalah atau tidak meliwat Saiful Bukhari tetapi disebabkan kehadirannya yang lepas bebas dilihat lebih menyusahkan UMNO dan BN di fasa-fasa seterusnya.

Tetapi ada juga pemimpin UMNO yang terang-terang mengatakan memenjarakan Anwar adalah kehendak dan permintaan Rosmah Mansor demi survival kuasa manakala Najib dikatakan agak terbuka serta tidak mempunyai keberanian yang tinggi untuk mengharungi kesan pemenjaraan Ketua Pembangkang itu nanti.

Oleh itu, golongan ini percaya keputusan pada 29 Oktober nanti lebih bergantung kepada sejauh mana Najib mampu "menyenggol" balik isterinya itu.

Golongan ini  juga berhujah bahawa jika Anwar dipenjara, dua kesan langsung yang bakal terbentang di depan matanya ialah  menghadapi persepsi antarabangsa bila mana seorang Ketua Pembangkang yang  seharusnya menyuburkan amalan demokrasi sesebuah negara tiba-tiba dihumban ke penjara dan kedua, menghadapi pilihanraya kecil Permatang Pauh selepas itu.

Dunia antarabangsa akan melihat Najib sebagai pemimpin yang "jahat" dan "tidak berperikemanusiaan"  sehingga tergamak memenjarakan musuh politiknya. Berbanding kecaman, Najib kata mereka,  lebih suka disanjung serta dipuji oleh Barat dan Amerika.

Tidak dinafikan membebaskan Anwar akan membersihkan namanya serta menjadikan persaingan dalam pilihanraya akan datang lebih terbuka tetapi dengan adanya sanjungan serta pujian antarabangsa dan Amerika, Najib juga dikatakan lebih selesa dan kembang jiwa raganya. Berbeza dengan Mahathir yang sedia berbalah dan dibenci Barat atau Amerika, Najib jauh dari sifat itu.

Dengan adanya pilihanraya kecil Permatang Pauh sebaik Anwar dipenjara, jika BN tidak berupaya memperbaiki prestasinya pula ia adalah bukti jelas bahawa tiada sebarang kelebihan kepada UMNO dan BN melalui hukuman penjara yang dijatuhkan itu.

Bagi golongan profesional dan ahli perniagaan pula, nasib Anwar di Mahkamah Persekutuan pada 29 Oktober nanti bergantung kepada siapa paling kuat melobi. Jika Amerika dan Barat lebih kuat melobi Najib, maka tidak bersalah dan bebaslah Anwar tetapi jika Mahathir yang lebih kuat melakukan lobian, ke penjaralah nasib bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Beberapa pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang dan Azmin Ali juga menuntut campurtangan Najib dalam memastikan perbicaraan itu nanti benar-benar adil serta bebas daripada pengaruh politik. Tuntutan dan desakan mereka memperlihatkan adanya elemen politik dalam keputusan nanti.

Menjelang detik-detik akhir yang bakal menentukan hidup mati karier politik Anwar, itulah andaian , kesimpulan dan persepsi yang bermain dalam kepala ramai orang.

Meskipun  pengaruh politik, kemahuan Putrajaya dan Seri Perdana tidak semestinya betul dan benar-benar memainkan peranannya dalam kes Anwar ini, tanggapan pelbagai pihak mengenainya semakin jelas kedengaran ketika ini.

Faktor lima hakim, wibawa pendakwa dan peguambela mengemukakan bukti dan berhujah sudah tidak lagi diambil kira, sebaliknya kemahuan Najiblah yang dilihat menentukan segala-galanya

Melayu Pendatang: GERAKAN Yang Sebut DAP Yang Disalahkan! - Guan Eng

Posted: 28 Oct 2014 01:35 AM PDT

KELAB GREENBOC



 

Kenyataan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik Abdul Rahman yang meletakkan kesalahan terhadap DAP kononnya punca kepercayaan bahawa 'orang Melayu adalah pendatang' jelas menunjukkan agenda politik kotor pertubuhan itu yang pro-BN.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, pertubuhan itu tidak henti-henti menyalahkan DAP, sedangkan kenyataan tersebut diucap perwakilan Gerakan dalam perhimpunan tahunan parti komponen BN itu di Shah Alam 19 Oktober lalu.

"Apakah jenis manusia atau organisasi ISMA ini yang bersedia untuk menggunakan fitnah jahat sedangkan dalam Islam, fitnah adalah satu dosa besar yang lebih berat daripada membunuh orang?

"Prinsip tidak bermoral dan tidak beretika ISMA terserlah bila mereka berbohong bahawa DAPl yang menyebut orang Melayu pendatang, sedangkan ia disebutkan oleh seorang wakil parti komponen BN, Gerakan," kata Guan Eng dalam satu kenyataan.

Kata Guan Eng, ISMA kini menjadi 'pakar' menukarkan hitam kepada putih dan putih kepada hitam akan terlepas daripada sebarang tindakan sekalipun mengeluarkan ucapan ekstrem yang menggugat ketenteraman awam dan menanam kebencian terhadap golongan bukan Islam,

Beliau menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak hanya beretorik dengan agenda wasatiyah (kesederhanaan), dalam masa sama membisu tanpa sebarang tindakan.

Malah, dalam sebuah simposium di Bangi semalam Presiden ISMA Abdullah Zaik membuktikan agendanya yang benci golongan anti-bukan Islam dengan kenyataan terus terang untuk melawan kafir, yang merupakan satu perkembangan baru yang amat bahaya.

"Adakah Menteri Dalam Negeri atau Ketua Polis Negara akan bertindak terhadap ISMA?

"Kegagalan mereka menjadikan Najib sunyi keseorangan dengan ayat-ayat manis wasatiyyah yang hanya merupakan omong kosong," ujar Guan Eng.

Henti gelar-menggelar, bina budaya hormat dan persefahaman

Namun, beliau menghargai kenyataan Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad, yang menyeru masyarakat Malaysia menghentikan tabiat gelar-menggelar seperti memanggil 'pendatang' dan 'penceroboh'.

Dr Mohd Parid berkata, Malaysia adalah tanah tumpah darah termasuk orang bukan Melayu dan bukan Islam, kerena turut bersama menyumbang pembangunan negara dengan jiwa raga mereka.

Manakala imej Islam sebagai agama damai dan dialog harus dikekalkan dan unsur-unsur ugutan, amalan, dan hasutan yang semakin berleluasa pada hari ini mesti dibanteras.

Justeru itu kata Guan Eng, rakyat di negara ini seharusnya memberi fokus kepada usaha mencetuskan suasana saling hormat-menghormati dan memupuk persefahaman antara kaum dan agama.

"DAP percaya bahawa majoriti besar rakyat Malaysia mahu hidup dangan aman dan damai dan tidak berminat dalam usaha lawan-melawan diantara Islam dan bukan Islam menerusi sentimen dan perjuangan melawan kafir," ujar Guan Eng.

Pembangunan: MP BN Sarawak kritik kerajaan

Posted: 28 Oct 2014 01:31 AM PDT

SALMIYAH HARUN 


KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menjelaskan sejauh mana peruntukan pembangunan yang disalurkan ke Sarawak memberi kesan kepada menaik taraf hidup rakyat di negeri itu.

Ini kerana, menurut Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ramai dalam kalangan ahli parlimen BN di Sarawak sering mengkritik kerajaan kerana menganaktirikan pembangunan di negeri mereka.

"MP BN sering meminta peruntukan daripada kerajaan kerana tidak cukup pembangunan.

"Taraf hidup rakyat yang masih jauh ketinggalan walaupun dikatakan mendapat peruntukan besar daripada kerajaan," katanya dalam soalan tambahan pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pagi ini.

Hakikat yang berlaku di Sarawak mahupun di Sabah, katanya banyak pembangunan dilakukan tetapi tidak ada limpahan nikmat pembangunan kepada rakyat negeri itu.

"Berapa hasil pungutan cukai-cukai termasuk korporat, petroleum yang diperolehi Sarawak yang diberikan kepada kerajaan," soalnya.

Sementara itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan rakyat tidak menikmati limpahan pembangunan di negeri mereka.

"Bukan sahaja pembangunan dibuat tetapi limpahan pembangunan untuk rakyat di Sarawak.

"Ladang sawit di sana orang tempatan ramai yang bekerja, berbeza di Semenanjung. Inilah limpahan pembangunan jelas memberi pendapatan lebih baik," jelasnya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Sarikei, Wong Ling Biu meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah peruntukan pusat yang telah diberikan kepada negeri Sarawak untuk segala pembangunan negeri itu dalam lima tahun yang lepas. - HARAKAHDAILY

Akta Hasutan: Pemimpin PR kena, Umno BN tak apa?

Posted: 28 Oct 2014 01:26 AM PDT

HAZAYANI ZAKARIA


PETALING JAYA: PAS konsisten mendesak Akta Hasutan dihapuskan tanpa ada tindakan dan pendakwaan terpilih.
 
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, kerajaan hanya mengambil tindakan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat dan aktivis yang mengkritik kerajaan.
 
Sebaliknya mereka berdiam diri apabila pemimpin Umno Barisan Nasional (BN) bertindak mencetuskan kebencian kaum dan agama.
 
Beliau berkata, isu perkauman, perbalahan agama yang cuba dicetuskan seperti tindakan meletakkan kepala babi di dalam masjid, kejadian membakar gereja serta ucapan dan pandangan yang bersifat perkauman tidak diambil tindakan di bawah Akta Hasutan.
 
"Mahu atau tidak orang seperti Ibrahim Ali ditahan di bawah Akta Hasutan? Saya tak setuju.
 
"Jikalau kita menentang Akta Hasutan dikenakan kepada kita, kita juga tak bersetuju (Akta Hasutan) dikenakan kepada semua," kata beliau ketika berucap di Majlis Makan Malam Bantah Akta Hasutan di Dewan Sivik Petaling Jaya, malam tadi.
 
Beliau turut menjelaskan, majlis makan malam tersebut merupakan usaha awal untuk memberikan kesedaran kepada rakyat agar menentang Akta Hasutan dan juga akta-akta lain yang digunakan untuk menakutkan rakyat.
 
"Oleh itu jamuan ini akan menggerakakan rakyat supaya Akta Hasutan dihapuskan terus di Malaysia.
 
"Jamuan ini satu permulaan penyatuan rakyat  semua kaum dan pertubuhan untuk kita menentang Akta Hasutan dan akta-akta yang diwujudkan pada zaman British yang kini masih digunakan untuk menakutkan rakyat," katanya.
 
Majlis makan malam tersebut dianjurkan oleh Badan Penggerak Demokrasi dan Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH).
 
Ia bertujuan mengumpul dana bagi membantu mereka yang didakwa mengikut Akta Hasutan.
 
Antara mangsa Akta Hasutan yang hadir ialah pemimpin Pakatan Rakyat iaitu Khalid Samad, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, Tian Chua, ahli akademik iaitu Aziz Bari, bekas pemimpin Umno, Datuk Tamrin Ghafar, aktivis Hishamuddin Rais, Adam Adli dan Ustaz Wan Ji.
 
Sebanyak RM30,000 berjaya dikumpulkan malam tadi dan diserahkan kepada wakil peguam, Lateefa Koya bagi kos guaman. - HARAKAHDAILY

Laporan polis individu ugut bunuh KM S'wak

Posted: 28 Oct 2014 12:57 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) membuat laporan polis semalam berhubung ugutan bunuh terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, oleh seorang individu melalui laman facebook.
  
Anggota majlis tertinggi Saberkas, Abdul Aziz Draup yang membuat laporan itu di Balai Polis Sekama di Kuching berkata beliau mengambil tindakan itu kerana menyifatkan ugutan itu melampau dan melibatkan pemimpin tertinggi negeri itu.
  
"Sebagai rakyat Sarawak, saya kecewa dengan perkara ini dan mahukan pihak polis mengambil tindakan sewajarnya ke atas mereka yang terlibat membuat ugutan ini," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berkenaan.

Laporan beliau merujuk kepada kenyataan seorang individu yang hanya dikenali sebagai 'Chopz Suey' dalam facebook yang berbaur hasutan dan mengancam untuk membunuh Adenan berhubung kenyataan pemimpin itu tentang kedudukan Sarawak dalam Malaysia baru-baru ini.
  
Bagaimanapun, komen individu berkenaan telah dipadamkan selepas ia tersebar luas.

Bernama difahamkan polis turut menerima sembilan laporan lain masing-masing dibuat di Kuching, Miri dan Bintulu berhubung perkara yang sama.- Bernama

Penyokong bakar baju gambar Saiful

Posted: 28 Oct 2014 12:48 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Kekeceohan tercetus di luar Istana Kehakiman di Putrajaya ekoran tindakan beberapa orang penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membakar objek dan cuba merempuh sekatan polis.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 11.40 pagi itu, individu berkenaan dilihat membakar dua helai baju-T sambil yang memaparkan gambar pengadu kes Liwat II, Saiful Bukhari Azlan.

Individu berkenaan, yang masih belum dikenalpasti setakat ini, kemudiannya dilihat cuba merempuh penghadang besi di hadapan kompleks mahkamah itu.

Individu berkenaan bagaimanapun ditenteramkan oleh beberapa orang petugas Skuad AMK, dan seterusnya membawa kumpulan itu jauh daripada kira-kira 500 orang yang berhimpun di sekeliling sekatan berkenaan.

Seramai kira-kira 60 orang anggota polis berkawal di sekeliling sekatan berkenaan.

Sementara itu, setiausaha agung PKR Rafizi Ramli pula ketika ditemui pemberita mengakui bahawa jumlah kehadiran penyokong seramai 500 orang hari ini kurang memberangsangkan.

Bagaimanapun, beliau percaya jumlah kehadiran itu akan meningkat pada hari esok, yang merupakan hari terakhir pendengaran rayuan Anwar dalam kes Liwat II.

"Saya rasa orang akan datang esok sebab hari ini hari bekerja dan perbicaraan ini dua hari. Kita dapat maklumat orang ramai akan turun esok.

"Esok kita jangkakan lebih ramai dari hari ini," katanya kepada pemberita di luar kompleks mahkamah.

Kempen untuk menghimpun penyokong untuk hadir ke mahkamah melalui program dinamakan 'Rakyat Hakim Negara' itu dilancarkan oleh ketua AM, Nik Nazmi Nik Ahmad pada 14 Oktober lalu.

Dalam ucapannya kepada para penyokong yang berhimpun hari ini, Nik Nazmi menasihatkan kepada peserta agar bertenang dan memberi kerjasama untuk mengelakkan perkara tidak diingini.

Beliau turut meminta supaya orang ramai turut menghormati petugas keselamatan yang bertugas pada hari ini.

"Kita semua datang dengan semangat sendiri, masing-masing nak bagi sokongan. Kita tak mahu perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

"Jadi saya minta masing-masing dapat bertenang dan hormat. Hormat petugas dan pada masa yang sama hormat orang ramai yang datang dan jangan kita lakukan apa-apa yang tidak diingini," katanya.

Peguam: Tidak ada kesan air mani di karpet

Posted: 28 Oct 2014 12:40 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


LAPORAN LANGSUNG

2.40pm: Gopal berkata intinya ialah keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwa merupakan pentahkikan (corroboration) dalam undang-undang.

Mengenai inti ketiga, peguambela itu meneliti keterangan Saiful mengenai liwat secara rela atau bukan secara rela.

"Saiful memberi keterangan bahawa kes liwat yang dikatakan berlaku itu bukan secara rela tetapi perayu didakwa mengikut Seksyen 377B dan bukan Seksyen 377c (Kanun Keseksaan)," katanya.

2.30pm: Gopal meneruskan hujahnya yang meneliti keterangan Saiful.

Saiful, katanya, memberi keterangan bahawa bahan pelincir jatuh di atas karpet semasa kejadian liwat dikatakan berlaku.

Peguambela itu berkata karpet tersebut telah dirampas oleh DSP Jude pada 30 Jun.

Katanya, Jude pergi ke tempat kejadian dengan pasukan forensik bersama dengan pengadu. Di sana mereka menemui sehelai rambut dan merampas karpet itu.

"Ahli kimia itu tidak menemui kesan air mani di karpet," katanya.

2:23pm: Pendengaran disambung semula.

2.20pm: Anwar kembali dan berseloroh dengan anggota polis di dalam dewan mahkamah, "You tahu, I orang salah, you patut sediakan outrider lah".

2.15pm: Pendengaran mahkamah disambung semula tetapi Anwar
belum hadir. Gopal meminta maaf, dan memberitahu hakim bahawa anak guamnya pergi makan tengah hari.

Hakim Arifin dan hakim-hakim yang lain bersetuju untuk menunggu dan kembali ke kamar masing-masing.

12.45pm: Gopal berkata berlaku penyalaharahan (misdirection) oleh Mahkamah Tinggi dan oleh itu, adalah tidak selamat untuk membuat sabitan.

Beliau akan menyentuh satu lagi isu penyokongan bukti dan memohon untuk berehat. Mahkamah kini berhenti rehat.

12.35pm: Gopal berkata keterangan Saiful patut diberi penelitian yang rapi.

Peguambela itu berkata beliau mempunyai dua jam lagi untuk berhujah ketika hakim meminta beliau berhenti pada jam 1 tengah hari.

Hakim Arifin bertanya sama ada beliau boleh selesai esok.

Shafee menjawab mereka sudah bersedia untuk sepanjang minggu, jadi mahkamah boleh mendengar perkara itu sehingga hari Khamis.

12.25pm: Gopal, yang sebelum ini pernah mewakili Menteri Belia dan Sukan, Mokhtar Hashim, berkata Mahkamah Rayuan gagal untuk menghargai hujah pihak pembela.

Katanya, jika diterima ia akan menunjukkan PW1 adalah rakan jenayah dan tiga doktor HKL tidak boleh menyokong (atas kejadian itu) di bawah undang-undang (kerana mereka bukan yang pertama membuat memeriksa)."

Peguambela itu berkata dalam kes ini, ia bebas diakui oleh pihak pembelaan bahawa Saiful berada di kondominium Desa Damansara tetapi kehadirannya di unit kondominium yang dikatakan itu dipersoalkan.

Semasa perbicaraan, ada bukti bahawa pemilik kondominium itu mempunyai dua unit di situ, di mana salah satu daripadanya telah digunakan untuk mesyuarat Anwar.

Katanya, tidak ada satu pun bukti yang Saiful PW1 berada di kondominium itu (di mana kejadian liwat dikatakan) berlaku.

12:15pm: Gopal berkata aduan pertama dibuat di Pusrawi, dan pihak pendakwaan tidak memanggil Dr Osman.

Pokoknya, kata beliau, ialah aduan ke Hospital Kuala Lumpur tidak boleh diterima, kerana ia tidak menjadi bukti yang menguatkan.

Katanya, hanya aduan pertama dapat digunakan untuk menguatkan dan bukan aduan yang berikutnya," kata bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu.

12pm: Menunjuk ke penghakiman Mahkamah Rayuan, Gopal berkata tidak ada dapatan bebas yang Saiful boleh menjadi seorang rakan jenayah.

Beliau berhujah, Saiful sebagai peserta dalam melakukan satu kesalahan, dalam keadaan persekitaran itu, keterangannya mestilah disokong.

11.50am: Gopal berkata memandangkan bukti kejadian masa lalu telah dihapuskan, maka keterangan itu tidak boleh diambil kira.

Beliau berhujah bahawa satu kesimpulan yang adil ialah Saiful telah menambahnya.

Beliau berkata keterangan dari Saiful adalah bersifat mustahil, memang luar biasa, dan tidak ada penilaian dari hakim yang arif terhadap maksud penting yang menimbulkan keraguan serius terhadap keterangan yang diberikan.

Katanya, jika ia bukan secara rela, mengapa Saiful membawa bahan pelincir.

Menurut Gopal, kenapa Saiful membawa bahan pelincir dan mencuci seluar dalamnya.

Menurutnya, seorang  yang kersik seumpama itu, dia lebih suka untuk tidak mencuci duburnya.

Soalan-soalan ini, tegas Gopal, tidak terdapat dalam kes pendakwaan.

Beliau berkata penemuan hakim perbicaraan mengenai kredibiliti, tidak dapat ditegakkan.

11.40am: Gopal berkata keterangan Saiful yang berkata terdapat bukti liwat yang lalu telah dihapuskan.

Bagaimanapun, Hakim Abdull Hamid berkata Saiful ada memberi keterangan bahawa perayu telah melakukan ejakulasi dalam duburnya seperti sebelumnya.

Hakim Md Raus berkata ini disebutkan semasa Saiful disoal balas.

11.25am: Gopal berkata kelakuan Saiful tidak konsisten dengan seseorang yang telah diliwat 24 jam sebelumnya.

Katanya, Saiful bertemu dengan seorang pegawai polis (Mohd Rodwan) sebelum kejadian liwat itu, dan tidak ada sebab untuk Saiful menunggu selama dua hari sehingga dia membuat laporan polis.

11.20am: Gopal berkata gambar itu adalah untuk menunjukkan sikap Saiful. Saksi itu, tambahnya, mengakui bahawa dia dalam gambar tersebut.

Gambar itu tidak dikemukakan sebagai bahan bukti dan hanya ditanda sebagai ID (pengenalan).

Hakim Abdull Hamid bertanya sama ada Gopal mahu menunjukkan sikapnya (Saiful).

"Ya, dia mengakui dia ada di sana dan tidak mahu menjawab soalan apabila ditanya oleh Karpal yang dia nampak gembira.

"Kamera tidak berbohong. Dia tidak murung," jawabnya.

Gopal berkata hakim perbicaraan melakukan kesilapan undang-undang dengan tidak menerima gambar itu.

Hakim Suriyadi berkata Karpal telah biarkan ia ditandakan sebagai ID.

Bagaimanapun, Gopal berkata ia satu konsesi yang dibuat pada masa itu dan memetik satu kes undang-undang di mana bukti-bukti tersebut diterima.

Tambahnya, Saiful bersikap seperti biasa dan tidak konsisten dengan kes yang mendakwa dia telah diliwat dengan ganas sebelum itu.

11.10am: Pendengaran disambung semula dengan Gopal
meneruskan hujahnya supaya mahkamah menerima gambar Saiful menghidangkan teh di rumah Anwar, sehari selepas kejadian liwat dikatakan berlaku.

Katanya, Saiful bersetuju dia pergi ke rumah Anwar pada pukul 5 petang 27 Jun dan apabila ditunjukkan gambar tersebut, seorang peguam ketika itu berkata Saiful kelihatan agak gembira dalam gambar itu.

Gopal berkata Saiful mengenal pasti dirinya dalam gambar tersebut dengan ahli-ahli kelab Anwar Ibrahim.

"Ada pengakuan tentang kehadirannya (dan ia harus diterima)," tambahnya.

10.25am: Gopal mempersoalkan pelakuan Saiful yang tidak ke tandas selama dua hari dan dia dilihat berada di rumah Anwar pada hari berikutnya selepas kejadian liwat dikatakan berlaku.

Beliau menyerahkan gambar Saiful yang dirakamkan di rumah Anwar.

Bagaimanapun, Ketua Hakim Ariffin berkata gambar itu tidak dikemukakan sebagai bahan bukti. Beliau meminta Gopal berhujah mengenai perkara itu, sama ada gambar tersebut boleh diterima sebagai bahan bukti.

Mahkamah berehat seketika.

10.10am: Gopal berkata KY gel muncul semasa pemeriksaan utama oleh pihak pendakwaan ke atas Saiful.

Peguambela itu berkata jika bahan pelincir merupakan satu bahan bukti yang penting, Jude tidak akan menyerahkannya kepada Saiful pada 28 Jun (2008), hanya untuk Saiful memberikan kembali kepada pegawai polis yang lain pada hari berikutnya.

Ini, katanya, terlepas oleh hakim perbicaraan (di Mahkamah Tinggi).

Gopal berkata keterangan Saiful bahawa dia dalam kesakitan dan dia telah menyimpan air mani di dalam dubur selama beberapa hari.

Dalam pemeriksaan balas, Saiful berkata, dia diminta oleh Anwar untuk memakai KY jelly pada duburnya, dan Gopal seterusnya mengemukakan apa yang dinyatakan oleh saksi itu semasa memberi keterangan secara tertutup.

Gopal berkata, Saiful berada dalam kesakitan di dubur dan juga di perut.

Kewujudan gel itu, tambahnya, telah menimbulkan keraguan dan kekurangan kredibiliti.

Arifin bertanya mengapa kekurangan kredibiliti. Gopal mengatakan jika gel itu telah digunakan, dia tidak akan mengalami kesakitan, menyumbang kepada persekitaran gel yang diserahkan kepada pihak polis.

10am: Pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi, gel itu dikemukakan dan ditandakan, kata Gopal.

Menurutnya, Saiful telah memberi keterangan bahawa mereka melakukan perbuatan itu (liwat) di atas karpet dan dia memakai gel itu pada bahagian sulitnya (dubur).

Gopal menunjukkan satu dokumen yang tiada dalam rekod rayuan, dan beliau berkata, 'keadaan barang kes (senarai barang yang dirampas) tidak termasuk KY Jelly itu.

Ini, katanya, menunjukkan tidak konsistensi dalam keterangannya Saiful.

Menurutnya, bukti itu tidak ada dalam senarai dan ia perlu dipertimbangkan tidak boleh diterima dan kewajarannya (weightage) (dalam pertimbangan) adalah dicabar."

Karpal, katanya, telah bertanya Saiful (sama ada) gel KY itu sesuatu yang difikirkan kemuduan (afterthought) dan saksi itu bersetuju. Laporan polis yang dibuat tidak menyebut tentang gel itu."

9.47am: Gopal berhujah bahawa Mahkamah Rayuan telah silap bahawa Saiful adalah seorang saksi yang boleh dipercayai dan keterangannya telah mentahkikkan:

Perkara ketiga, dia berkata, adalah hak pembelaan untuk menguji pernyataan pegawai polis Jude Pereira dalam menjalankan siasatannya.

Dalam menyentuh alasan pertama rayuan itu, Gopal berkata Saiful mendakwa dia takut untuk membuat laporan polis.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan itu menambah bahawa Dr Osman menyatakan bahawa pada mulannya Saiful tidak bersedia untuk membuat laporan itu.

"Dokuman ini (laporan perubatan) telah ditunjukkan kepada Saiful dan dia menafikannya?"

Saiful berkata dia telah bertemu dengan seorang pegawai kanan polis (Mohd Rodwan) dan menghubungi IGP.

Beliau berkata seseorang yang tidak mahu diliwat tidak akan membeli pelincir.

Katanya, kehadiran gel itu adalah suatu perkara yang meragukan.

9.45am: Gopal berkata dua set seluar dalam Saiful telah dikemukakan. Beliau menambah salah satu seluar dalam itu telah dibasuh dan basah.

Katanya, seluar dalam kedua tidak dipakai oleh Saiful pada hari itu tetapi ia ada bekas air mani.

Ekoran kesimpulan siasatan polis, katanya, Anwar telah didakwa.
Pada perbicaraan itu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkata ada kes prima facie.

Selepas itu, menurut Gopal, hakim itu berkata, beliau tidak berpuas hati dengan kes pihak pendakwa terhadap tertuduh (Anwar).

Gopal berkata pihak pendakwa tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar dan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan akhirnya mensabitkan dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar.

Selepas menggariskan kes itu, Gopal sekarang akan meneliti keterangan Saiful.

9.40am: Peguam Gopal berkata, walaupun menghantar surat peletakan jawatan, Saiful pergi ke rumah Anwar dan malah menyajikan minuman di sana.

Beliau menceritakan pertemuan Saiful dengan doktor Pusrawi Dr (Mohamed) Osman (Abdul Hamid), di mana satu objek plastik dikatakan telah dimasukkan ke dalam duburnya.

"Namun, Saiful menafikan membuat kenyataan itu. Pada pertemuan dengan Dr Osman, dia berkata dia telah diliwat dan (dia) dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur."

Tiga orang doktor, kata Gopal, memeriksa Saiful dan dapatan awal mereka ialah tidak ada penetrasi.

Saiful, kata Gopal, kemudiannya bertemu dengan DSP Jude Pereira dan membuat laporan polis.

9.30am: Peguam Gopal Sri Ram mula berhujah. Beliau berkata tidak ada saksi kepada dakwaan jenayah itu.

Gopal berkata Saiful mendakwa dia terpaksa melakukan perbuatan itu (liwat) dan pelincir digunakan (KY jelly).

"Ini adalah keterangannya bahawa perbuatan itu begitu kuat, dia memicit tuib jeli dan ia (jeli) jatuh ke karpet.

"Saiful berkata ia mencuci dirinya sendiri dan menghantar emel untuk meletak jawatan sebagai pembantu Anwar."

9.27am: Peguambela utama Gopal Sri Ram mahu membaca senarai pemerhati antarabangsa tetapi Ketua Hakim Arifin berkata tidak ada keperluan untuk berbuat demikian kerana ia sudah diketahui.

Gopal memberitahu mahkamah bahawa pihak peguambela menambah satu lagi alasan rayuan.

Muhammad Shafee Abdullah tidak membantah alasan tambahan itu.

9.22am:  Peguambela Latheefa Koya memberitahu wartawan bahawa empat orang akan menyampaikan hujah bagi pembelaan - Gopal, Surendran, Ram Karpal dan Sangeet.

Mahkamah mula bersidang dengan dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria ketua.

Terdapat perubahan dalam panel hakim - Ahmad Maarop digantikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Ramly Ali.

9.10am: Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR Azmin Ali juga kelihatan di mahkamah, bersama-sama dengan Ahli Parlimen Wangsa Maju Tan Kee Kwong, pemangku pengerusi DAP dan Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai, pengerusi DAP Perak dan Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham dan penyokong kuat parti itu Ronnie Liu.

Galeri awam yang mempunyai kira-kira 70 tempat duduk sudah penuh sesak.

"Kalau tak cukup kerusi, boleh sertai saya di kandang tertuduh," kata Anwar berseloroh.

9.05am: Anwar memberitahu wartawan bahawa Sulaiman tidak sihat kerana dia menjalani pembedahan di kakinya dua bulan lalu dan masih dalam kesakitan.

Ditanya tentang keyakinannya, Anwar berkata: "Kita ada bekas Hakim Mahkamah Persekutuan (sebagai peguam utama pembelaan) ... Saya bersedia dari segi mental, tetapi tidak mempunyai banyak harapan."

Dia menyebut bahawa pelakon Hollywood Mel Gibson menghubungi untuk bertanya sama ada bintang 'Lethal Weapon' itu perlu mengeluarkan kenyataan.

"Saya berkata anda boleh buat, tetapi bukan menyokong minum (minuman keras). Dia memberitahu saya, satu perkara yang saya belajar daripada anda (Anwar) ialah jangan masuk politik," kata ketua pembangkang mengenai perbualan singkatnya dengan Gibson.

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwa, tiba di dewan mahkamah.

8.59am:
Anwar tiba bersama isterinya yang juga presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Seorang lagi anggota pasukan peguam Anwar ialah Gobind Singh
Deo. Anwar dilihat berbincang sesuatu dengan peguam utamanya, Gopal Sri Ram.

8.56am: Berlaku sedikit kekecohan di luar mahkamah ketika sekumpulan wartawan cuba mengekori Anwar di luar mahkamah.

Kira-kira 20 petugas media menyelinap melewati kawalan polis dan mengekori Anwar sehingga ke ruang legar mahkamah, tetapi ramai lagi masih berada di luar apabila anggota polis berjaya menutup pintu.

Orang ramai melaungkan "Reformasi" semasa ketibaan Anwar, sehingga beliau masuk ke Istana Kehakiman sejurus kemudian.

8.55am: Dalam satu perkembangan baru, bekas Hakim Mahkamah
Persekutuan, Tan Sri Gopal Sri Ram menggantikan Sulaiman mewakili Anwar.

Difahamkan Gopal dilantik di saat-saat akhir. Menurut peguam Latheefa, Sulaiman tidak sihat dan terpaksa menarik diri.

8.40am: Selain Latheefa, turut menganggotai pasukan peguambela ialah Surendran, R Sivarasa, Sangeet Kaur, J Leela, Ram Karpal dan Eric Paulsen.

Bagi pihak pendakwa, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dibantu peguam dari firma guamannya, bersama dengan timbalan ketua bahagian pendakwaan di Pejabat Peguam Negara, Mohd Hanafiah Zakaria.

Shafee dan peguam kanan Datuk Sulaiman Abdullah, belum sampai.

Turut kelihatan di galeri awam adalah bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Ahli Parlimen Lumut Laksamana (B) Mohamad Imran Abdul Hamid.

8.28am: Lima panel hakim Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.

Yang lain ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.

Di antara mereka yang dilihat di mahkamah ialah Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

8.10am: Peguam Mohd Saiful Bukhari Azlan - Zamri Idrus - memasuki dewan mahkamah. Beberapa pemerhati asing sudah pun berada di dalam.

Pasukan peguambela Anwar - Latheefa Koya dan N Surendran - juga berada di dalam dewan mahkamah.

Wartawan perlu melalui tiga pemeriksaan keselamatan dan ketika berada di dalam kompleks mahkamah mereka perlu mendaftar dengan anggota keselamatan yang bertugas di luar dewan mahkamah di mana rayuan Liwat II akan didengar.

8.00am: Wartawan yang membuat liputan perbicaraan, melalui pemeriksaan keselamatan oleh pihak polis, sebelum dibenarkan masuk ke kompleks mahkamah.

7.40am: Sekumpulan penyokong Angkatan Muda Keadilan (AMK) tiba dan mereka berkumpul dekat khemah polis di tengah-tengah jalan utama menuju ke Istana Kehakiman.

Belum ada yang dibenarkan masuk ke kompleks mahkamah. Pekerja mahkamah masuk ke kompleks melalui belakang bangunan selepas pemeriksaan keselamatan oleh pihak polis.

Seorang wakil mahkamah berkata, ia akan dibuka pada jam 8.15 pagi.

6.50am: Anggota polis mengawal kawasan dan jalan sekitar kompleks mahkamah di Putrajaya itu di mana rayuan Anwar terhadap sabitan pertuduhan Liwat II didengar.

Lebih 50 anggota polis yang mengawal jalan-jalan utama menuju ke bangunan mahkamah. Mereka yang ingin menghadiri pendengaran mahkamah perlu mengambil laluan yang jauh. Khemah yang didirikan oleh pihak polis terletak di tengah jalan utama.

Generasi muda cetus gelombang ketiga kebangkitan

Posted: 28 Oct 2014 12:24 AM PDT

LKS_GHAH

Roketkini.com


.PETALING JAYAT: Keberanian generasi muda dan mahasiswa mempertahankan hak kebebasan bersuara bakal mencetus gelombang kebangkitan baru di kalangan rakyat Malaysia, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Menurut beliau, kejayaan mahasiswa membuka pintu pagar Universiti Malaya bagi membolehkan mereka memasuki kampus malam tadi untuk mengikuti pidato Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan negara ini masih punya harapan untuk perubahan dan keadilan.

"Kita memerlukan geombang ketiga, dan rakyat akan kembali bangkit berjuang," kata Kit Siang di hadapan kira-kira 1,000 hadirin majlis kutipan dana Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) di Dewan Sivik Petaling Jaya malam tadi.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu menjelaskan, 'gelombang pertama kebangkitan' berlaku pada tahun 1998 selepas pemecatan Anwar daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan serta tuduhan liwat pertama oleh kerajaan yang kemudiannya membentuk gerakan Reformasi.

Manakala 'gelombang kedua' berlaku pada 2008 ketika Pakatan Rakyat dibentuk, yang didahului kejayaan parti-parti pembangkang menafikan tradisi kemenangan majoriti dua pertiga kerusi parlimen Barisan Nasional di Dewan Rakyat.

"Gelombang kebangkitan ketiga berlaku pada 2013 (PRU-13) dan kita mendapat sokongan 52 peratus rakyat Malaysia," kata Kit Siang, disambut tepukan gemuruh hadirin.

Dalam ucapannya malam tadi Kit Siang turut menyatakan setiakawan kepada Anwar yang sanggup pulang ke Malaysia dari luar negara bagi menghadapi perbicaraan di bawah sistem kehakiman yang pincang, meskipun berdepan hukuman penjara dalam kes liwat kedua.

"Mengapa Anwar kembali ke Malaysia, (walaupun) dia ada diminta untuk tinggal di Turki dan London? Kerana dia mempunyai pendirian dan mahu menunjukkan tauladan.

"Ini adalah sikap seorang patriot yang cintakan negaranya. Beliau bukan pengkhianat atau pengacau. Oleh itu beliau layak mendapat sokongan rakyat Malaysia.

"Kita (Pakatan Rakyat) membawa politik kesedaran baru kepada rakyat, dan ini adalah tanda gelombang ketiga kebangkitan rakyat untuk perubahan di Malaysia," kata Kit Siang. – Roketkini.com.

Berita ular telan budak palsu

Posted: 28 Oct 2014 12:21 AM PDT


Penyebaran berita palsu di media sosial mengenai kanak-kanak perempuan 11 tahun yang ditelan ular sawa di Perak. Penyebaran berita palsu di media sosial mengenai kanak-kanak perempuan 11 tahun yang ditelan ular sawa di Perak.
 
 
IPOH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menafikan penyebaran berita di media sosial mengenai kejadian kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang didakwa ditelan ular sawa di Perak.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Perak, Mohd Fadli Nik Abu berkata, berita tersebut palsu kerana pusat gerakan operasi JBPM Perak tidak mendapat sebarang panggilan berhubung kes tersebut.

Menurutnya, mengikut maklumat diterima daripada Pegawai Perhubungan Awam JBPM Sabah, kes tersebut berlaku di Tuaran namun cerita sebenarnya adalah berbeza.

"Tiada kes orang ditelan ular sawa berlaku di Perak. Bagaimanapun, di Tuaran, Sabah terdapat kes seorang lelaki yang mereka cerita palsu, dia hampir ditelan ular.

"Ketika anggota bomba tiba di tempat kejadian, tiada ular ditemui sebaliknya mereka hanya menemui lima ekor ikan patin yang dipercayai dicuri lelaki terbabit.

"Sebenarnya, lelaki terbabit dikejar orang kampung akibat perlakuannya dan dia bertindak memanjat pokok untuk mengelakkan dirinya ditangkap," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, lelaki terbabit cuba mengalihkan perhatian daripada kesalahan dilakukannya dengan menjerit meminta tolong di tepi jalan dan mengatakan dia hampir ditelan ular.

Kecoh isu makan biawak

Posted: 28 Oct 2014 12:19 AM PDT


Satu daripada gambar yang dimuatkan dalam Facebook yangmencetuskan reaksi kurang senang daripada pelbagai pihak. Satu daripada gambar yang dimuatkan dalam Facebook yangmencetuskan reaksi kurang senang daripada pelbagai pihak.
 
KUALA KANGSAR - Belum reda isu program menyentuh anjing yang dianjurkan di ibu negara baru-baru ini, warga media sosial dikejutkan pula dengan insiden memakan daging biawak dalam satu program di sini.

Isu tersebut timbul apabila terdapat pihak tertentu memuat naik status menyatakan mereka merasai daging biawak yang disediakan di satu khemah dalam sebuah karnival.

Status "test merasa daging biawak dari booth unit infantri di karnival semarak minda komuniti 1Malaysia negeri perak 2014 di dataran pavilion bersebelahan dewan jubli perak kuala kangsar (dekat masjid ridzuaniah)" itu dimuat naik dalam laman Facebook pada jam 3.02 petang, Sabtu lalu.

Tindakan dilakukan orang Melayu beragama Islam itu dipertikai dan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan ramai pengguna laman sosial.

Menurut seorang pengunjung karnival tersebut yang enggan dikenali, dia mencuba memakan daging biawak tersebut selepas melihat beberapa pengunjung melakukannya.

Katanya, selepas dia menjamah daging tersebut, ramai pengunjung lain turut berbuat demikian, malah pelajar sekolah juga turut mencubanya.

"Daging tersebut diletakkan dalam pinggan dan saya diberitahu itu adalah daging biawak. Saya lihat kawan-kawan saya makan jadi saya pun turut mencubanya.

"Rasanya seperti daging biasa tapi sedikit keras dan liat. Saya hanya makan sedikit kerana berasa geli untuk makan banyak," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Dicabar rakan

Sementara itu, seorang lagi pengunjung yang hanya ingin dikenali sebagai Jai berkata, dia yakin apa dijamahnya itu adalah daging biawak kerana kulitnya keras dan liat, tidak seperti ayam atau lembu.

Menurutnya, terdapat beberapa pinggan di atas meja booth terbabit dan satu daripadanya adalah pinggan berisi daging biawak manakala yang lain diisi daging ayam, lembu dan ikan.

"Saya ambil daging biawak kerana ingin merasa dan pada masa itu saya lihat beberapa rakan lain turut melakukan perkara sama.

"Silap saya juga kerana terlalu ingin mencuba dan dicabar rakan-rakan, sehinggakan saya lupa yang mana satu halal dan yang mana haram," katanya.

Jurucakap tentera yang bertugas di booth berkenaan menafikan dakwaan mengatakan orang Islam memakan daging biawak yang disediakan di situ.

Beliau berkata, anggota bertugas sudah memaklumkan kepada orang awam mengenai daging biawak tersebut dan hanya makanan halal dihidangkan kepada pengunjung beragama Islam.

Katanya, pameran tersebut diadakan untuk memberikan pendedahan kepada orang awam tentang bagaimana anggota tentera meneruskan hidup di dalam hutan dan biawak tersebut hanya untuk dipamerkan serta dimakan pengunjung bukan Islam.

"Anggota yang bertugas pada hari itu ramai juga beragama Islam dan kami tahu halal haram makanan yang disediakan. Takkanlah kami mahu beri orang Islam makan biawak pula.

"Kita ada sediakan makanan lain untuk orang Islam seperti ayam, daging lembu dan ikan. Kita memang tidak beri mereka makan biawak kerana kita peka dengan perkara ini.

"Saya tidak tahu bagaimana perkara ini boleh disebarkan sampai begini. Mungkin sudah menjadi budaya di negara kita yang gemar mencari benda kontroversi untuk diperkatakan," katanya.

Sementara itu, wakil penganjur karnival, Hasan Ashaari Abu Bakar turut mengesahkan daging biawak yang terdapat di booth hanya untuk pameran.

Menurutnya, penganjur menyediakan garis panduan yang perlu diikuti dan petugas di booth terbabit sememangnya mematuhi peraturan ditetapkan.

"Gambar yang tersebar menunjukkan seorang lelaki seperti mahu memakan daging biawak, namun apa yang saya lihat, dia macam berlakon seperti mahu makan daging itu tapi saya percaya dia tidak makan pun.

"Kalau mereka orang Islam, mereka tidak akan makan daging biawak itu kerana mereka tahu ia adalah haram. Penganjur dan penjaga di khemah sudah melarang umat Islam makan daging tersebut," katanya.

Sementara itu Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, perbuatan orang Islam yang memakan daging biawak pada karnival itu adalah haram daripada segi hukum.

Katanya, perbuatan sedemikian tidak sewajarnya dilakukan memandangkan ia hanya satu demonstrasi mengenai survival anggota tentera khususnya komando di dalam hutan.

"Haram hukumnya memakan daging biawak tu. Memang ada komando yang makan ular, biawak ketika di hutan, tetapi itu dalam keadaan 'darurat.' Apa yang dijumpai, itulah yang mereka makan. Bukannya ada bekalan makanan.

"Bukannya nak jadi makanan sangat pun, cuma untuk tenaga. Tapi perbuatan sengaja memakan daging biawak adalah jelas haram," katanya.

Saman fitnah: Kes Hadi berlangsung di Terengganu

Posted: 28 Oct 2014 12:13 AM PDT


Saman fitnah: Kes Hadi berlangsung di Terengganu
 
 
KUALA TERENGGANU - [DIKEMASKINI] Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dipenuhi ratusan penyokong dan pengikut Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang ingin mengikuti perbicaraan kes saman fitnah bekas calon PKR bagi kerusi Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Abdul Hadi, pagi ini.

Pekarangan mahkamah mula dipenuhi penyokongnya seawal jam 8 pagi bagi mengikuti perbicaraan kes itu.

Malah, galeri awam mahkamah turut dipenuhi penyokongnya.

Sementara itu, Abdul Hadi tiba di mahkamah jam 9.30 pagi.

Mahkamah Tinggi di sini, sebelum ini memerintahkan Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul yang juga Ketua AMK Dungun.

Perintah penghakiman ingkar itu dikeluarkan selepas Abdul Hadi gagal hadir bagi menjawab saman yang difailkan Mohd Shamsul sebagai plaintif pada 5 Disember tahun lalu.

Mohd Shamsul memfailkan saman itu bagi membersihkan namanya susulan ceramah Abdul Hadi di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang pada PRU13 lalu.

Beliau mendakwa ceramah itu mengaitkan calon PKR dengan pil kuda sekali gus menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon PKR dan ahli perniagaan.

Plaintif sebelum ini menghantar surat kepada Abdul Hadi menuntut permohonan maaf secara terbuka, namun dalam surat balasnya, Presiden Pas itu menafikan pernah mengaitkan plaintif dengan kegiatan penagihan pil kuda.

Laporan bumi bakal bergelap palsu

Posted: 28 Oct 2014 12:11 AM PDT


Angkasa mengesahkan laporan yang memetik kenyataan Bolden mendakwa bumi akan bergelap selama tiga hari adalah tidak benar. Angkasa mengesahkan laporan yang memetik kenyataan Bolden mendakwa bumi akan bergelap selama tiga hari adalah tidak benar.
 
AUTA

PRESIDEN Agensi Angkasa Amerika Syarikat (Nasa), Charles Bolden berkata, perkara ini berlaku disebabkan ribut suria yang dihasilkan oleh matahari pada 20 Disember ini.

"Pada hari berkenaan, ion-ion akan menyelubungi planet ini dan melawan cahaya matahari yang diperbuat daripada proton-proton," katanya.

Menurutnya, ion ini akan hilang disebabkan pereputan radioaktif untuk menghasilkan gas helium dan tempoh pereputan ini akan berlaku selama tiga hari.

Katanya, selepas proses pereputan ini selesai, barulah cahaya matahari akan sampai ke bumi iaitu pada 24 Disember.

"Namun, perkara ini bukan sesuatu yang sangat serius dan akan menyebabkan kehilangan nyawa," katanya.

Menurut Charles, beliau meminta orang ramai supaya bertenang dan tidak melakukan perkara yang sangat drastik.

FAKTA

Laporan yang mendakwa bumi akan bergelap selama tiga hari berturut-turut bermula 21 hingga 23 Disember ini adalah palsu.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dalam satu kenyataan berkata, laporan yang kononnya memetik kenyataan daripada Presiden Nasa, Charles Bolden adalah tidak benar sama sekali

"Pihak kami membuat pemeriksaan ke atas laman sesawang Nasa di http://science. nasa.gov/. Namun, tiada sebarang berita berkenaan di laman web mereka seperti yang dipetik dalam artikel tersebut.

"Selain itu, sumber lain yang diambil juga tidak dapat dicari untuk sebarang pengesahan. Ia menunjukkan penipuan di sebalik artikel ini," katanya.

Laporan itu menjadi viral di media sosial kononnya ribut suria yang dihasilkan oleh matahari akan menyebabkan bumi bergelap.

Artikel palsu ini telah tersebar sejak tahun 2012 bersama dengan khabar angin bahawa kiamat akan berlaku pada Disember 2012.

Bakar t-shirt: Pekarangan Istana Kehakiman tegang

Posted: 28 Oct 2014 12:00 AM PDT


Polis berkawal di kawasan kekecohan. - Foto Sinar Harian Online oleh RAZIATUL HANUM A RAJAK Polis berkawal di kawasan kekecohan. - Foto Sinar Harian Online oleh RAZIATUL HANUM A RAJAK
 
 
PUTRAJAYA - [VIDEO] Suasana pekarangan Istana Kehakiman Putrajaya sedikit tegang apabila berlaku kekecohan sesama sendiri antara penyokong Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bermula dengan aksi membakar sehelai t-shirt berwarna kuning dipercayai mempunyai gambar bekas pembantu peribadi Anwar, Saiful Azlan Bukhary.

Suasana mula panas apabila insiden tolak-menolak berlaku antara jurugambar dan penyokong Anwar sehingga ramai yang terpaksa berundur.

Namun keadaan kembali tenang apabila Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad menenangkan keadaan.

Sementara itu, beberapa pimpinan PR terus tiba di pekarangan mahkamah ini termasuk dari Pas, Dr Hatta Ramli.

Rafizi: Jangan halang penyokong Anwar

Posted: 27 Oct 2014 11:59 PM PDT


 Rafizi Ramli Rafizi Ramli
 
 
PUTRAJAYA - Pihak berkuasa tidak perlu meletak penghadang besi bagi menghadapi sebarang situasi di kompleks Istana Kehakiman," demikian ujar Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

Katanya kepada Sinar Harian Online, tindakan pihak berkuasa meletakkan penghadang seolah memberi gambaran pihak polis mahu konfrontasi dengan rakyat.

"Halangan ini tidak diperlukan. Keadaan masih terkawal dan pihak berkuasa mempunyai kerahan tenaga untuk mengawal selia situasi semasa di sekitar kompleks mahkamah.

"Kita tidak perlu dihalang dari memasuki pekarangan kompleks Istana Kehakiman. Pihak berkuasa seolah mahu bertegang urat dengan kami," katanya.

Sementara itu beliau turut menjamin tiada sebarang tindakan agresif oleh penyokong Ketua PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya penghadang dihapuskan.

"Soal itu tidak timbul langsung.

"Tidak pernah terjadi insiden di mana penyokong merempuh masuk ke dalam mahkamah," tegasnya.

Bagaimanapun beliau memuji pihak berkuasa yang bijak mengawal keadaan.

"Layanan pihak polis cukup baik dan terkawal, kita diberi kebebasan sepenuhnya untuk bergerak. Itu saya tidak nafikan," ujarnya

Rumah Pena terancam angkara Umno-BN?

Posted: 27 Oct 2014 04:53 PM PDT




Oleh RAYUSA 


PERSATUAN Penulis Nasional Malaysia (Pena) telah membelanjakan banyak wang untuk membaik pulih dan mengubah suai premisnya, Rumah Pena di Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur dari penghujung 2012 hingga pertengahan 2013.

Namun, walaupun sebenarnya belum 100 peratus siap, difahamkan bahawa Rumah Pena yang indah tersergam itu akan tinggal kenangan bila-bila masa sahaja. Kawasan tanah yang turut menempatkan Rumah Gapena (berdekatan dengan Rumah Pena) itu akan dijual oleh kerajaan Umno-BN kepada pemaju.

Banyak pihak telah membida. Antaranya ialah Syed Mokhtar Al-Bukhary yang juga kroni Umno-BN. Seperti dijangka, situasi Rumah Pena yang 'seperti telur di hujung tanduk' itu menjadi perbincangan hangat dalam slot perkara berbangkit semasa Mesyuarat Agung Tahunan ke-51 Pena (Mesyuarat Agung - pemilihan Jawatankuasa Pena 2014-2016) di Rumah Pena, 20 September lalu.

Ahli seumur hidup Pena, Dato' Mohd Noor Yusof atau Dato' Noor Azam yang membangkitkan persoalan tersebut ketika meminta penjelasan daripada Presiden Pena (yang kemudian dipilih sekali lagi dalam mesyuarat tersebut), Dr Mohamad Saleeh Rahamad.

Bagaimanapun, Saleeh yang juga ahli seumur hidup Pena tidak memberi kepastian. Dia hanya memberitahu Pena pernah menerima tawaran daripada beberapa pemaju, tetapi tiada sebarang kata putus. Saleeh juga mengaku dia tidak tahu di mana dapat mengadakan Mesyuarat Agung Pena pada masa akan datang.

Rumah Pena bakal menjadi sejarah jika langkah tegas untuk mempertahankannya tidak segera diambil. Menurut Rasanubari Asmaramah Baharum (Pemeriksa Kira-kira/ahli seumur hidup Pena), beberapa pucuk surat telah diutus kepada pihak berkenaan mengenai nasib Rumah Pena.

Bagaimanapun, situasi premis berkenaan terus dalam bahaya.

Namun, sama ada Rumah Pena dapat dipertahankan atau tidak, yang dikesali ialah 'onar' kerajaan Umno-BN dalam hal berkenaan. Seperti dalam isu PTPTN, hasrat menjual tanah penempatan Rumah Pena juga menjadi sebuah perniagaan bagi rejim tersebut.

Ertinya, tidak kira apa cara perniagaan pun asalkan memperoleh keuntungan. Kalau perlu menjual tanah, itu akan sanggup dilakukan tanpa rasa bersalah.

Adakah kerajaan Umno-BN tidak mempedulikan nasib penulis dan persatuan penulis tanah air? Yang anehnya mereka telah menghulurkan dana peruntukan penulis kepada Pena pada 2012 untuk kelancaran penganjuran aktiviti sepanjang tahun dan pemulihan/ pengubahsuaian premis persatuan itu.

Bagaimanapun, setelah tersergam indah dan gagah, kehebatan imej Rumah Pena itu bakal punah pula. Tentulah ia perkara malang kerana merugikan dan membazir wang rakyat.

Justeru, saranan Noor Azam agar sebuah badan bertindak ditubuhkan untuk menggesa pihak kerajaan Umno-BN memang patut disokong.

Katanya, lakukan apa sahaja yang perlu dan wajar, termasuk berdemonstrasi (walaupun langkah berpiket itu ditentang oleh seorang ahli biasa Pena, Wan Mohd Said Wan Seman @ Seid Mehdi).

Katanya, cara yang berhemah dan mengikut undang-undang tetap akan dilakukan terlebih dahulu.

Jika perlu bertemu dengan Perdana Menteri, itu akan dilakukan. Beliau juga berharap Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr Rais Yatim dapat membantu. Jika semua cara yang 'baik' gagal, maka berdemonstrasi adalah jalan terakhir.

Oleh kerana soal tersebut begitu penting demi masa depan Rumah Pena, saranan Noor Azam itu terus disetujui sebulat suara.

Badan Bertindak Khas Pena ditubuhkan secara rasmi pada 20 September lalu yang akan mempertahankan Rumah Pena.

Noor Azam turut mencadangkan beberapa individu yang sesuai dan berpengaruh untuk mengetuai dan menganggotai badan tersebut, serta bertemu dengan Dato' Seri Najib Razak dan Dr Rais.

Bagi saya, antara individu yang sesuai termasuklah Ketua Satu Gapena, Prof Dato' Wira Dr Abdul Latiff Bakar; Presiden Pena sebelum ini, Sasterawan Negara, Dato' Baharuddin Zain @ Baha Zain,

PAS pertahan kerjasama dalam PR, tentang kezaliman

Posted: 27 Oct 2014 04:41 PM PDT

SALMIYAH HARUN 


 


KUALA LUMPUR: PAS dan Pakatan Rakyat akan terus mempertahankan kerjasama mereka untuk berjuang menentang kezaliman di dalam negara ini.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, kezaliman yang berlaku termasuklah ketidakadilan undang-undang dan kehakimam begitu juga kezaliman Akta Hasutan 1948.

"Kita Pakatan Rakyat dan NGO akan bersama-sama menentang Akta Hasutan yang disalahgunakan dan rata-rata dikenakan kepada mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan,"katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tetinggi Pakatan Rakyat.

Malah beliau yang juga Pengerusi Lajnah Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat juga akan terus memberi tekanan kepada kerajaan agar memansuhkan akta tersebut.

"Seperti kita tekan kerajaan untuk mansuhkan ISA akhirnya diganti dengan Sosma begitu juga Akta Polis ditukar jadi Akta Himpunan Aman. Kita akan lawan sampai Akta Hasutan dimansuhkan,"katanya.

Malam ini satu langkah awal PAS di bawah Lajnah Mobilisasi menyatakan solidariti buat mangsa Akta Hasutan, menganjurkan makan malam yang akan dihadiri beberapa pimpinan utama Pakatan Rakyat iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Azmin Ali dan beberapa pimpinan PAS termasuk Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Masih relevan

Sementara itu, Anwar menegaskan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini menunjukkam gabungan pembangkang masih relevan.

"Perselisihan kecil diketepikan dan sekarang kita mara sebagai satu pasukan padu menentang Umno dengan trend perkauman makin sempit dan jelik.

"Mesyuarat hari ini menguatkan komitmen kami untuk kuatkan hubungan dan teruskan program tak kira apa yang berlaku Rabu ini," kata beliau.

Turut bersama dalam mesyuarat itu Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar, Dr Hatta Ramli, Suhaizan Kaiat dan Siti Zailah Mohd Yusof. - HARAKAHDAILY

Suhakam seru pembaharuan penjara di Malaysia

Posted: 27 Oct 2014 04:40 PM PDT

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) ingin merujuk kepada pendedahan oleh P. Uthayakumar berkenaan pemenjaraan beliau di Penjara Kajang, dan ingin menyatakan bahawa berikutan memorandum yang diterima daripada Persatuan Penasihat Pengguna-Pengguna Malaysia pada 5 Ogos 2013 mengenai layanan buruk yang dialami oleh  P. Uthayakumar di Penjara Kajang, Suhakam telah menjalankan siasatan ke atas tuduhan yang dibuat dan mengambil beberapa tindakan susulan.

Ini, kata Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam termasuk mengadakan lawatan ke Penjara Kajang pada 13 Ogos 2014 untuk mengesahkan aduan yang diterima dengan pihak-pihak yang berkaitan, menghantar surat rasmi kepada Jabatan Penjara pada 21 Ogos 2013 mengenai isu-isu yang diketengahkan dalam memorandum tersebut, dan diikuti dengan satu mesyuarat bersama Jabatan Penjara pada 4 September 2013 untuk membincangkan antara lain, isu prosedur yang berkaitan dengan aduan bertulis yang diterima daripada tahanan, semasa lawatan Suhakam ke penjara.

"Suhakam juga telah mengambil langkah tambahan dengan menjalankan kajian tematik berkaitan hak kepada kesihatan di dalam penjara" ujarnya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, objektif utama kajian itu adalah untuk memastikan bahawa keadaan semua penjara di negara ini adalah konsisten dengan tahap kesihatan dan keselamatan yang wajar, serta melindungi martabat manusia untuk mencapai sistem keadilan jenayah yang menghormati hak-hak individu.

Dalam melaksanakan kajian itu, katanya Suhakam telah membuat lawatan khas ke penjara-penjara di seluruh negara untuk mengumpul data dan maklumat yang berkaitan dengan isu-isu yang dihadapi oleh kedua-dua banduan dan kakitangan penjara.

"Kaedah yang digunakan dalam kajian ini melibatkan kaji selidik melalui borang soal selidik dan sesi temu bual bersama responden yang berkaitan mengenai akses kepada penjagaan kesihatan di penjara," ujarnya.

Beliau berkata, Suhakam telah melawat sebanyak tiga belas (13) penjara - Kajang dan Penjara Wanita Kajang, Sungai Buloh (Selangor), Taiping (Perak), Pengkalan Chepa (Kelantan), Tapah dan Bentong (Pahang), Seremban (Negeri Sembilan), Kuching, Miri, Sibu dan Limbang (Sarawak), serta Kota Kinabalu (Sabah).

Sehingga hari ini, tambah beliau sebanyak 4,086 tahanan, 646 kakitangan dan 37 pembantu perubatan telah terlibat dalam kaji selidik tersebut.

Beliau menjelaskan, laporan yang mengandungi hasil kajian dan syor-syor akan diserahkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan serta pihak kerajaan, sejajar dengan objektif Suhakam dalam projek ini, iaitu untuk memperjuangkan peningkatan taraf kesihatan di penjara-penjara di seluruh Malaysia.

Menurutnya lagi, berdasarkan lawatan berkala telah dijalankannya pada masa lalu, Suhakam melihat keperluan untuk reformasi yang lebih sistematik dan konsisten dalam penjara untuk menangani pelbagai isu asas berkaitan penjagaan kesihatan, termasuk penjagaan kesihatan mental untuk kedua-dua kakitangan dan tahanan, keadaan di penjara, dan juga keadaan kerja kakitangan penjara.

"Suhakam juga sedang menggalakkan pihak kerajaan untuk membuat pindaan tambahan kepada undang-undang penubuhannya yang, antara lain, akan memberikannya kuasa untuk melakukan kunjungan mengejut ke penjara dan pusat tahanan di Malaysia," ujarnya. - HARAKAHDAILY

Statistik terkini jumlah permohonan kes murtad

Posted: 27 Oct 2014 04:37 PM PDT

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: PAS meminta Perdana Menteri menyatakan apakah statistik terkini jumlah permohonan kes murtad bagi penganut agama Islam dan apakah langkah penyelesaian yang sudah diambil untuk menanganinya.  

Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengemukakan soalan demikian dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula jam 10.00 pagi ini.

Soalan daripada ahli-ahli parlimen PAS yang turut disenaraikan hari ini seperti di bawah.

Datuk Kamarudin Jaffar [Tumpat] minta Menteri Luar Negeri menyatakan adakah Kerajaan bercadang membuka pejabat Konsulat General Malaysia di Istanbul memandangkan pentingnya kota itu untuk rakyat dan negara kita.

Idris Ahmad [Bukit Gantang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan berapakah kadar pungutan yang diperoleh oleh PLUS daripada cukai 3% kepada peniaga mengikut setiap R&R PLUS di seluruh negara.  

Datuk Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta Perdana Menteri menyatakan:-   \

(a) statistik terkini penjawat awam Persekutuan serta pengambilan penjawat awam secara lantikan tetap dari tahun 2010 hingga 2014 dan adakah Kerajaan bercadang mewujudkan proses pengambilan dalam pengisian oleh penjawat awam sedia ada yang berpengalaman dan berkelayakan untuk mengisi jawatan lebih tinggi yang dibuka pada orang awam; dan (b) jumlah penjawat awam mengikut gred yang akan bersara wajib pada usia 60 tahun berkuat kuasa tahun 2014 dan jumlah mereka yang disambung perkhidmatan secara kontrak.

Ustaz Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani menyatakan sasaran yang telah dicapai oleh Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) untuk melahirkan usahawan belia dalam industri padi negara.  

Dr Izani Husin [Pengkalan Chepa] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatanmenyatakan sejauh manakah sambutan sektor industri terhadap Konsep Ekologi Perindustrian yang bakal diwujudkan di bawah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA).  

Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air menyatakan peranan yang dimainkan oleh "Malaysian Green Technology Corporation (MGTC)" dalam mempromosikan Teknologi Hijau di negara ini. Sejauh manakah pencapaian MGTC berbanding objektif awal yang disasarkan. - HARAKAHDAILY

Saya masih taruh harapan akan dibebaskan - Anwar

Posted: 27 Oct 2014 04:35 PM PDT

HARAKAHDAILY



 


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau masih menaruh harapan kepada hakim berhubung rayuan Fitnah ll yang akan didengar di Mahkamah Persekutuan bermula hari ini dan esok.

Berbekal kepada harapan itulah kata Anwar, beliau sanggup berdepan dengan kes ini sekalipun ada ditawarkan perlindungan oleh negara luar termasuk Turki.

"Saya masih menaruh harapan hakim buat keputusan mengikut undang-undang.

"Saya tidak bersalah, saya wajib dibebaskan," kata beliau di hadapan hampir 4,000 mahasiswa dan penyokong pada program Pidato Umum Anwar Ibrahim 40 Tahun Dari Um Ke Penjara di dataran Dewan Tunku Canselor (DTC) Universiti Malaya malam tadi.

Kehadiran Ketua Umum PKR ke UM itu sebagai memenuhi jemputan dari Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) selaku penganjur program.

Terdahulu, mahasiswa dan penyokong yang berkumpul di hadapan pintu masuk utama di laluan Kuala Lumpur, tidak dibenarkan masuk oleh pihak keselamatan yang mengunci pintu pagar.

Bagaimanapun selepas sejam membuat rayuan melalui ucapan beberapa pimpinan mahasiswa, mereka nekad merempuh pagar sehingga rantai pengunci tercabut dan pagar dapat dibuka.

Kumpulan ribuan mereka kemudian berarak masuk sambil diperhatikan pihak keselamatan.

Sejurus kemudian, Anwar dilihat tiba dengan ditemani isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anak mereka.

Mereka kemudian dibawa dengan kenderaan pacuan empat roda menuju ke dataran DTC untuk menyampaikan pidato.

Dalam ucapannya, Anwar turut membidas pihak pentadbiran UM yang disifatkan cuba mengongkong kebebasan akademik pelajar.

"Lebih 16 tahun saya dihina. Apa salah saya datang berucap 20 minit pertahan diri saya?

"Umur saya dah 67 tahun, tak munasabah nak tolak saya masuk penjara," kata beliau.

Anwar dalam pada itu turut memuji keberanian mahasiswa yang sanggup meneruskan program itu walaupun berhadapan pelbagai halangan dan tindakan selepas daripada ini.

"Saya kata kepada mereka, saya tidak mengapa jika program ini terpaksa dibatalkan kerana halangan-halangan.

"Saya salute keberanian anak-anak muda ini," katanya.

Himpunan itu kemudian bersurai secara aman setengah jam kemudian. - HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: