Ahad, 19 Oktober 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Rizalman Akan Didakwa Dalam Masa Terdekat

Posted: 19 Oct 2014 02:05 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Muhammad Rizalman Ismail.
 
 
 
PETALING JAYA: Pegawai Waran Dua Muhammad Rizalman Ismail, yang didakwa melakukan pecah rumah dan serangan seksual di Wellington akan dihantar balik semula ke New Zealand pada minggu ini untuk menghadapi pertuduhan, demikian menurut New Zealand Herald.


Bagaimanapun, menurut portal akhbar itu, sumber tidak dapat mengesahkan atau menafikan laporan bahawa Muhammad Rizalman akan dihantar balik semula ke negara tersebut dalam masa terdekat.
The Herald pada Sabtu memetik polis sebagai berkata, proses ekstradisi sedang dijalankan.

Muhammad Rizalman ditahan polis New Zealand pada 9 Mei lalu dan dibawa ke mahkamah pada hari berikutnya atas pertuduhan melakukan pecah rumah dan serangan seksual dengan niat untuk merogol seorang gadis berusia 21 tahun.

Muhammad Rizalman dan keluarganya berlepas pulang ke Malaysia pada 22 Mei di mana Kementerian Pertahanan menjalankan siasatan berhubung kes itu dengan segera.

Rizalman dibenarkan keluar daripada penilaian psikiatri di Hospital Tentera Tuanku Mizan pada akhir Julai lalu.

'NGO parasit buat rakyat benci BN'

Posted: 19 Oct 2014 02:03 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pergerakan Pemuda Gerakaan menggesa BN menjauhkan diri daripada NGO perkauman dan keagamaan yang disifatkannya sebagai "parasit" yang menjejaskan parti.

"NGO tersebut selalu memberi tanggapan seolah-olah mereka adalah penyokong BN.

"Sebaliknya, pemimpin mereka mengeluarkan kenyataan ekstremis yang membuatkan rakyat Malaysia marah dan benci dengan BN. Ini hakikat.

"NGO tersebut juga mengugut tidak akan menyokong BN jika permintaan mereka tidak ditunaikan kerajaan," kata Tan.

Tan dalam teks ucapannya tidak menamakan NGO yang dimaksudkan atas alasan enggan memberikan mereka "publisiti murahan".

Namun, beliau dipercayai merujuk kepada NGO pendesak Melayu, PERKASA.

Baru-baru ini, presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata PERKASA akan menarik sokongan terhadap BN jika Akta Hasutan dihapuskan.

Dalam jawapannya, Tan menerusi laman Twitter-nya berkata penarikan sokongan itu adalah perkara yang baik jika berlaku.

Serang Pembangkang Dengan Fakta Bukan Penipuan: Najib

Posted: 19 Oct 2014 02:01 AM PDT

Oleh: A. RUBAN
 
 
 
Najib (kiri) menghadiri Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan di Shah Alam pada Ahad. - foto 

CHAN TAK KONG
 
 
SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa Gerakan untuk tampil dengan sebuah pelan yang lebih baik daripada DAP dalam usaha mendapat semula keyakinan rakyat di Pulau Pinang.

Najib berkata, parti itu seharusnya mengasaskan pelannya berdasarkan kesederhanaan yang diamalkan dalam perjuangan nenek moyang Barisan Nasional (BN).

"Anda harus bertanya kepada mereka mengenai rumah mampu milik yang  dibina untuk rakyat di sana dan pelaburan yang dibawa masuk oleh kerajaan DAP.

"Jangan jadi seperti mereka, serang Pembangkang berdasarkan fakta dan bukan pembohongan," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan di sini, pagi Ahad.

Bogel penuh & bogel separuh

Posted: 19 Oct 2014 01:52 AM PDT


 
*TAHNIAH saya kepada mana-mana pihak yang telah tidak jemu-jemu, pagi-petang, siang-malam melakukan kerja-kerja melobi dan promosi, khasnya kepada Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Megah juga rasa apabila Malaysia berjaya memenangi salah satu Kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) dengan memperoleh 187 daripada 192 jumlah undi. Ini kali keempat kita menduduki kerusi tersebut.

Walaupun tidak sehebat menduduki kerusi Setiausaha Agung PBB, dapat kerusi tidak tetap untuk tempoh dua tahun pun kira okey.

Sekurang-kurangnya ada suara kita – tidak kira sekecil mana pun – dalam pertubuhan dunia yang gah itu.

Seperti yang telah dimaklumkan, di bawah Piagam PBB, Majlis Keselamatan mempunyai tanggungjawab utama untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa. Setiap anggota Majlis mempunyai satu undi.

Dalam keadaan dunia, khasnya rantau negara-negara Islam yang tidak habis-habis bergolak – dan digolak-galikkan kuasa-kuasa besar dunia – sekarang, satu suara kecil Malaysia boleh menjadi signifikan di badan dunia yang dalam banyak perkara dianggap bias dan prejudis terhadap Islam itu.

*BUKANLAH saya iri hati kepada Rozita Che Wan. Tidak juga saya menyalahkan pelakon jelita yang kini menunggu masa untuk melahirkan anak pertama hasil perkahwinannya dengan pelakon Zain Saidin.

Tetapi saya bersetuju dengan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor yang meminta Hospital Ampang Puteri milik Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) supaya menimbang semula tajaan bersalin kepada pelakon berkenaan.

Menurut Penyelaras SAMM Johor Hadzril Rizal aktres popular itu mampu membiayai sendiri urusan bersalin. Katanya seperti yang dilaporkan media: "...sedangkan ramai lagi rakyat negeri Johor yang langsung tidak dapat menikmati apa-apa keistimewaan di pusat-pusat perubatan milik KPJ."

Beliau menyebut kes adik Mohd Aqil Rida dari Parit Sulong, Johor yang terdesak dan memerlukan bantuan kewangan bagi pembedahan jantungnya di Institut Jantung Negara (IJN).

Berbanding dengan Che Ta yang serba mampu, sepatutnya adik Mohd Aqil yang diberi keutamaan sebab dia memang tidak mampu.

*ADA yang kurang senang dan tidak suka, tetapi saya percaya ramai juga yang senang dan teramat suka... itulah halnya apabila empat wanita warga asing bersantai di Pantai Saujana Batu 4, Port Dickson dalam keadaan separuh bogel, beberapa hari lalu.

Wanita mat salih itu – tiga, berusia lingkungan 20an, seorang lagi 50an – berenang dan menjemur tubuh dengan hanya memakai seluar dalam tanpa seurat benang pun menutup bahagian dada.

Seperti yang dilaporkan media, ada pengunjung pantai yang seram-sejuk sambil menutup muka kerana tidak suka dengan dada-dada yang tidak bertutup itu.

Bagi mereka itu adalah perbuatan melampau. Tetapi ramai juga yang sengaja singgah untuk menonton pameran buah-buahan antarabangsa itu!

Apa pun tindakan separuh bogel empat wanita Eropah tidak dapat mengalahkan keberanian – juga kebiadaban – sepuluh orang lelaki dan wanita yang menyertai pesta sukan bogel di Teluk Kampi, Taman Negara Pulau Pinang (TNPP), Teluk Bahang pada Mei lalu.

Mereka, termasuk beberapa orang warga Malaysia, bertelanjang bogel tanpa sedikit pun berasa malu. Agaknya mereka ingat negara ini tidak ada undang-undang sebab itu mereka meniru gaya monyet tidak berpakaian.

Enam telah mengaku bersalah dan masing-masing dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan penjara sebulan. Empat lagi tidak mengaku bersalah dan kes mereka akan diuruskan 21 November ini atas tuduhan di bawah Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 294 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tiga bulan atau denda atau kedua-duanya.

Yang bogel penuh telah dihadapkan ke mahkamah. Apakah kes 'mek salih' yang selamba sahaja mendedahkan dada masing-masing itu akan juga diambil tindakan?

*AKHIR kalam, siapa sahaja yang berduit boleh memohon bidaan untuk membeli nombor plat kenderaan, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Ismail Ahmad.

Beliau memberitahu, tiada sebarang pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dalam penjualan nombor plat eksklusif, dan setiap tahun pihaknya berjaya menjual nombor-nombor istimewa bernilai kira-kira RM400 juta.

"Kesemua wang jualan ini diserahkan terus kepada kerajaan tanpa JPJ mengambil sesen pun," katanya. Bagus juga apabila orang kaya sanggup membayar beratus juta RM untuk nombor plat. Pastikan mereka juga membayar cukai pendapatan!- TOK PERAK

Rasuah: 24 penguatkuasa ditahan SPRM

Posted: 19 Oct 2014 01:47 AM PDT


Rasuah: 24 penguatkuasa ditahan SPRM
 
 
KUALA LUMPUR - Seramai 24 pegawai dan anggota penguat kuasa dari lima agensi penguatkuasaan di Pulau Pinang ditahan Cawangan Perisikan Khas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan selepas dipercayai terlibat menerima wang rasuah daripada sindiket penjualan cakera padat digital (VCD) dan cakera video digital (DVD) cetak rompak.

Difahamkan kesemua mereka ditahan susulan daripada Ops Belot bertujuan memerangi rasuah bagi melepas dan melindungi jenayah yang dilancarkan SPRM baru-baru ini.

Menurut sumber, pegawai yang ditahan didapati menerima wang rasuah mencecah ribuan ringgit secara bulanan daripada sindiket VCD dan DVD.

Mereka dipercayai mengambil rasuah sebagai balasan untuk tidak mengenakan tindakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan sekiranya operasi dilakukan di premis terbabit.

"Pegawai dan anggota penguatkuasa yang sedang disiasat SPRM itu bertugas di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan  Kepenggunaan (KPDNKK) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN)," katanya.

Sumber itu menjelaskan, modus operandi mereka adalah mereka akan berlakon melakukan pemeriksaan di premis perniagaan VCD dan DVD cetak rompak di sekitar Pulau Pinang.

"Setelah mendapati premis tersebut menjual VCD dan DVD cetak rompak, mereka akan berjumpa terus dengan pengusaha untuk berbincang.

"Dalam perbincangan itu, mereka akan meminta bayaran wang rasuah secara bulanan untuk tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pengusaha dan seterusnya bertindak melindungi perniagaan VCD dan DVD cetak rompak tersebut pada masa akan datang.

"Bayaran wang rasuah secara bulanan ini akan dibayar sama ada secara tunai terus kepada pegawai dan anggota penguatkuasa itu ataupun melalui akaun bank (sama ada akaun bank sendiri atau proksi) yang diberi suspek kepada pengusaha VCD dan DVD cetak rompak," katanya.

Sumber itu menjelaskan, selagi bayaran dibuat, pengusaha premis perniagaan VCD dan DVD cetak rompak bebas menjalankan perniagaan dan kebal daripada sebarang tindakan penguatkuasaan.

"Lima anggota polis dan seorang dari KDN akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth dan Seberang Prai, esok.

"Yang lain akan didakwa waktu terdekat. Ada di antara mereka yang telah diambil tindakan tatatertib.

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah, ketika dihubungi Sinar Harian semalam, mengesahkan penangkapan 24 pegawai penguat kuasa dari lima buah agensi penguatkuasaan berkenaan.

DAP Sarawak henti komunikasi dengan Pas, PKR

Posted: 19 Oct 2014 01:33 AM PDT

SINAR HARIAN


Chieng Jen Chieng Jen
 
 
KUCHING - DAP Sarawak hari ini menyatakan ia menghentikan semua komunikasi dengan Pas dan PKR, tetapi terus berada dalam Pakatan Rakyat.

Pengerusinya, Chong Chieng Jen berkata, jawatankuasa negeri parti itu mengambil keputusan memisahkan diri daripada kegiatan bersama Pas dan PKR sehinggalah dua parti itu menjelaskan pendirian mereka.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di sini, beliau berkata DAP Sarawak akan meninggalkan PR jika kumpulan ulama Pas, yang memperjuangkan hukum hudud, menguasai parti itu selepas pemilihan parti pada Jun tahun depan.

"Sekiranya (kumpulan) progresif liberal menguasai (jawatankuasa Pusat Pas), maka tiada sebab kami akan keluar," katanya.

Beliau berkata, PKR juga tidak menjelaskan pendirian mereka berhubung pelaksanaan hukum hudud dan keputusan DAP Sarawak itu menghantar isyarat jelas kepada rakannya dalam PR supaya bersikap jelas berhubung pendirian masing-masing.

"Keputusan untuk keluar (daripada PR) adalah keputusan yang tidak boleh diubah. Sebelum kami mengambil keputusan yang tidak boleh diubah itu, kami perlu bersikap terbuka tentang pilihan yang ada dan menyatakan pendirian kami secara jelas,"  katanya. - Bernama

Posted: 19 Oct 2014 01:26 AM PDT

Serangan jantung boleh terjadi seawal 15 tahun
Sakit dada yang mencucuk tajam, petanda awal serangan jantung. Sakit dada yang mencucuk tajam, petanda awal serangan jantung.
 
 
KOTA BHARU - Serangan jantung yang akhirnya membawa maut dikesan boleh menyerang golongan muda seawal umur 15 tahun termasuk para atlet, kata Presiden Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia, Datuk Dr Rosli Mohd Ali.

Beliau berkata, ia dikesan berpunca daripada faktor pemakanan serta cara mereka bekerja dan faktor genetik.

"Tidak semestinya orang yang aktif seperti atlet tidak terkena serangan jantung kerana penyakit itu boleh menyerang berdasarkan faktor risiko termasuk mempunyai penyakit kencing manis, perokok, kolestrol tinggi, kegemukan dan sejarah keluarga.

"Atlet juga disyorkan membuat pemeriksaan dan penjagaan kerana kita sekarang ini ada kes mereka yang sedang bermain golf, bersenam, tiba-tiba meninggal dunia disebabkan serangan jantung," katanya kepada pemberita selepas Persidangan Kemaskini Kardiovaskular Asia Pasifik Kali Kelapan @ Universiti Sains Malaysia (USM) 2014 di sini, hari ini.

Katanya berdasarkan kajian Daftar Penyakit Kardiovaskular Kebangsaan 2009, serangan jantung di Malaysia secara purata dikenal pasti dialami mereka berusia 59 tahun.

Beliau berkata, ia bermakna rakyat di negara ini dikategori `mati muda' iaitu sebelum mereka berpencen.

Beliau yang juga Ketua Jabatan Kardiologi Institut Jantung Negara (IJN) berkata, terdapat dalam kalangan mereka berusia 15 hingga 35 tahun itu mati mengejut yang berpunca daripada serangan jantung itu.

Katanya, lebih membimbangkan 40 peratus daripada orang yang diserang penyakit jantung di negara ini tidak tahu mereka menghidap penyakit berkenaan.

"Dua puluh tujuh peratus kematian di hospital di negara ini disebabkan penyakit jantung, malah kematian mengejut dalam kalangan orang muda diakui adalah trend baharu dan perlu ditangani," katanya. - Bernama

Gambar intim: Zairil pertimbang ambil tindakan

Posted: 19 Oct 2014 01:23 AM PDT


 Zairil Khir Johari Zairil Khir Johari
 
 
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak yang menyebarkan gambar intim mirip wajahnya dan calon PRK Telok Intan, Dyana Sofya Mohd Daud yang kini menjadi viral dalam media sosial sejak awal pagi ini.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP juga menafikan sekeras-kerasnya sebagai pelaku dalam gambar itu sambil menyifatkannya sebagai fitnah untuk menjatuhkan kariernya sebagai pemimpin Melayu dalam DAP.

"Saya tak nak komen sangat isu bebal macam ini, cuma hendak cakap politik longkang di Malaysia semakin teruk.

"Bukan kali pertama difitnah atau menjadi mangsa, sudah tiada isu lain hendak main," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Sinar Online, hari ini.

Awal pagi tadi, gambar dua mereka menjadi viral apabila ia mula tersebar melalui media sosial WhatsApp dan blog tempatan.

Gambar intim sebanyak sembilan keping itu menunjukkan aksi intim didakwa menyerupai Zairil dan Dyana dalam posisi berpelukan sama ada berpakaian secara formal mahupun tidak formal di beberapa lokasi termasuk kereta dan kawasan umum.

Salah satu blog yang menyebarkan gambar intim itu bagaimanapun mahu dua pemimpin Melayu DAP tersebut tampil menafikan perkara tersebut.

Label arak dan rokok RM77 juta, mana suara ulama Umno, Isma?

Posted: 19 Oct 2014 01:18 AM PDT

Oleh: Fiza Halim


KUALA LUMPUR  Golongan ulama dalam kerajaan diminta menyatakan pendirian mereka berhubung kontrak RM77 juta yang diperolehi adik Menteri Pertahanan bagi label keselamatan arak dan rokok bernilai RM77 juta.

Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Datuk Haji Abdul Malik Abul Kassim berkata golongan itu bagaimanapun senyap dalam isu-isu  melibatkan kepentingan Umno-BN.

"Mana suara ulama Umno, mana suara mufti-mufti kerajaan? Kenapa tiada seorang pun daripada mereka tampil memberi pandangan dan menjawab isu ini.

"Adakah mereka semua sanggup berdiam diri kerana nak jaga periuk nasi masing-masing?

"Arak ini haram bagi umat Islam apatah lagi nak menjaga keselamatan dan label produk tersebut," tegasnya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Beliau yang juga ADUN Maung berkata, ia menggambarkan sikap pilih kasih golongan agamawan dalam Umno yang dilihat hanya berani mengkritik Pakatan Rakyat dalam isu-isu agama.

Sebelum ini, NGO pro Umno seperti Perkasa dan  Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) lantang mempertikai penganjuran pesta arak, Octoberfest yang disertai pemimpin bukan Islam daripada DAP dan KEADILAN.

"Mereka tak akan komen pasal hal ini, kerana hal yang melibatkan anak beranak menteri tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun.

"Ini adalah sikap double standard daripada Umno, mereka akan diam terhadap benda yang beri keuntungan walaupun itu perkara haram," jelasnya.

Anak muda diseru turun ke Putrajaya 28 dan 29 Oktober ini

Posted: 19 Oct 2014 01:16 AM PDT

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : NGO JINGGA 13 menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya Anak muda untuk hadir ke Istana Kehakiman Putrajaya pada 28 dan 29 Oktober ini bagi memberi sokongan terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Koordinatornya, Fariz Musa berkata sokongan tersebut penting berikutan Anwar  selama ini lantang memperjuangkan nasib rakyat, namun menjadi mangsa kekejaman Umno BN.

fariz_musa"Kezaliman terhadap Anwar Ibrahim adalah lambang kezaliman terhadap rakyat, Anwar Ibrahim terseksa kerana memilih untuk bersama rakyat, beliau ialah mangsa politik kotor dan jijik Umno BN.

"Mereka (Umno BN) terpaksa mengunakan institusi kehakiman sebagai 'nyawa' untuk menyelamatkan pimpinan UMNO BN yang bersalut kerakusan, rasuah, penyelewengan, ketirisan dan kezaliman serta mengkhianati rakyat," katanya dalam kenyataan media.

Jelasnya, tindakan Anwar menolak  kemewahan yang ditawarkan  kepadanya memperlihatkan beliau tidak pernah lari daripada perjuangannya untuk menentang kezaliman kerajaan.

"Anwar Ibrahim boleh memilih untuk mengkhianati rakyat dan Pakatan Rakyat dengan menerima tawaran sebagai Timbalan Perdana Menteri atas nama Konsensus Nasional, itulah manusia bernama Anwar Ibrahim yang punya prinsip dan idealisme menolak tawaran tersebut.

"Beliau juga boleh memilih dan menerima tawaran untuk ke luar negara, sepertimana yang ditawarkan oleh Turki, tetapi Anwar Ibrahim adalah pejuang rakyat, mati hidupnya adalah untuk Rakyat Malaysia dan kecintaan beliau kepada Malaysia yang tercinta," katanya.

Justeru beliau menyeru rakyat supaya bangkit mempertahankan institusi kehakiman dan menentang pelbagai akta yang mencengkam kebebasan rakyat seperti Akta Hasutan 1948.

Kempen sentuh anjing dapat sambutan Muslim

Posted: 19 Oct 2014 01:11 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Ratusan hadirin hari ini hadir pada acara "I Want to Touch a Dog" – sebuah acara bagi membantu orang ramai terutamanya yang beragama Islam untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing.

Acara yang bermula pada jam 8 hingga 10 pagi di Central Park, Bandar Utama itu turut memberi peluang kepada orang ramai yang beragama Islam untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik haiwan berkenaan.

Sebelum acara menyentuh anjing bermula, sebuah forum mini oleh penceramah antaranya seorang ustaz, seorang pemandu teksi berbangsa Melayu yang berpengalaman mengendalikan anjing serta doktor haiwan diadakan.

Dalam forum tersebut, hadirin diberi peluang untuk bertanyakan pelbagai soalan dan kemusykilan berhubung haiwan tersebut.

Selepas itu, mereka juga diberi taklimat dan diajar untuk melakukan sertu dengan cara yang betul sekiranya terdapat hadirin yang was-was atau memegang anjing dalam keadaan basah.

Selain menyentuh anjing, acara julung kali yang turut disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat itu juga memberi peluang kepada hadirin untuk mempelajari cara-cara untuk berinteraksi dengan haiwan berkenaan.

Ajar cara samak

Terdapat juga ibu-bapa beragama Islam membawa anak-anak mereka ke acara itu bagi memberi pendedahan dan menyentuh haiwan berkenaan.

Bagi penganjur acara berkenaan, Syed Azmi Alhabshi berkata, beliau gembira dengan sambutan menggalakkan yang diterima pada hari ini.

Katanya, objektifnya untuk mengadakan acara ini juga tercapai apabila rata-rata yang hadir memberi respon positif kepadanya.

"Sambutan amat menggalakkan. Walaupun acara ini hanya dua jam, tapi rasanya ia amat mencukupi. Saya rasa bagus dan objektiftercapai. Apa yang penting kita dapat tengok masyarakat yang majmuk saling membantu.

"Hari ini juga ramai orang Islam yang hadir dan mereka rasa selesa sebab mereka tak was-was dan kita ada ajar cara nak sertu (samak) dan pemilik anjing pun ada bersama. Sebenarnya apa yang penting ialah ilmu pengetahuan," katanya kepada Malaysiakini.

Sementara itu, seorang pengunjung, Aimi Syafiqah Ghazali, 23, berkata, acara tersebut merupakan sebuah acara yang bagus kerana dapat memberi kesedaran dan membuang pemikiran negatif yang mengatakan anjing tak boleh dipegang.

'Islam itu mudah'

Katanya, apa yang paling penting bagi masyarakat kini ialah ilmu dan pengetahuan berhubung haiwan berkenaan.

"Bagi saya acara ini bagus. Biasanya orang Islam di Malaysia ini skeptikal. Itu tak boleh. Ini tak boleh. Tetapi acara ini menyedarkan bahawa Islam itu mudah.

"Saya rasa kita kena buang pemikiran yang begitu. Acara ini satu permulaan yang bagus dan harap akan dibuat lagi acara seperti ini di tempat lain," katanya.

Bagi Siti Khadijah Samsudin, 22, dia turut berpendapat, acara tersebut perlu diadakan lagi untuk mendidik masyarakat Islam supaya memupuk rasa sayang walaupun terhadap anjing.

"Acara ini sangat berguna kepada orang Islam untuk mendidik kita supaya bertanggungjawab kepada haiwan walaupun ianya haram. Kita juga sebenarnya kena saling menyayangi dengan makhluk yang lain," katanya.

Abdullah Fauzi Samsudin, 31, pula berkata, acara tersebut juga bermanfaat untuk mendidik orang Islam supaya tidak lagi takut untuk memegang anjing dan membuang persepsi negatif terhadap haiwan berkenaan.

"Acara ini bermanfaat untuk didik kita. Walaupun anjing ini najis tetapi dia binatang yang sangat mesra. Cuma ada cara untuk pegang dan kita juga sebenarnya boleh memegang anjing jika ia kering. Tak perlu untuk disertu," katanya lagi.

Dyana, Zairil selar edaran gambar 'berkucup'

Posted: 19 Oct 2014 01:07 AM PDT

MALAYSIAKINI


  



Dua anggota Melayu DAP Zairil Khir Johari dan Dyana Sofya Mohd Daud menyelar penyebaran gambar mirip mereka berdua sedang berciuman di Internet.

Mereka menyifatkannya tindakan itu sebagai "politik murahan".

Dyana, bintang muda DAP dan calon pilihan raya kecil Teluk Intan, berkata beliau jijik dengan cubaan untuk mencemarkan nama baiknya itu.

"Sebagai perempuan, saya sasaran mudah. Saya marah.

"Tetapi saya tidak mahu merendahkan diri ke tahap mereka dan melayan dengan komen lanjut," kata Dyana, yang juga setiausaha politik ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang.

Sementara itu, Zairil (kanan) pula ketika dihubungi mengutuk tindakan itu dan enggan mengulas lanjut apa yang disifatkannya sebagai "serangan murahan".

Gambar bersebar luas itu antaranya memaparkan lelaki dan wanita mirip mereka berdua berciuman, berkucupan dan berpelukan.

Tiada ulasan: