Selasa, 14 Oktober 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Ahmad Maslan Oh Ahmad Maslan..

Posted: 14 Oct 2014 05:46 AM PDT

shahbudindotcom.


Kalau ada anugerah atau trofi yang patut diberikan kepada pemimpin UMNO yang paling gigih membela dan mempertahankan Najib Razak, pemenangnya tidak lain ialah Ahmad Maslan.

Beliau yang merupakan Ketua Penerangan UMNO dan Timbalan Menteri Kewangan, bila saja ada isu mengenai Najib, selalu saja tampil dengan idea dan hujahnya yang tersendiri dan lain daripada yang lain.

Berbanding Timbalan Perdana Menteri, menteri dan timbalan menteri yang lain, Ahmad Maslan seperti menumpukan sebahagian masa, tenaga dan buah fikirannya untuk menjadi pembela nombor satu kepada Perdana Menteri.

Walaupun banyak hujahnya sebelum ini dipertikaikan, dijadikan bahan ketawa, sindiran, dianggap pandir dan seumpamanya sehingga menjadi satu-satunya pemimpin yang pernah menunjukkan pointer CGPA yang diperolehinya untuk membuktikan dirinya "tidaklah bodoh sangat" tetapi beliau tetap dengan kegigihannya itu.

Barangkali baginya, yang penting asalkan Najib gembira dengan kerja-kerja yang dilakukannya, itu sudah memuaskan hatinya. Kalau isteri Najib, Rosmah Mansor turut dapat dibela dan gembira sama, tentunya ia merupakan bonus berganda lagi baginya.

Dalam isu Bajet 2015 yang baru dibentangkan Najib, Ahmad Maslan sekali lagi tampil dengan kegigihannya yang luar biasa itu. Jika semalam beliau membela Rosmah mengenai peruntukan yang diterima Permata dengan mengatakan isteri Perdana Menteri itu tidak mendapat manfaat walau sesen pun daripada peruntukan yang diberikan kerajaan, hari ini giliran Najib pula dibela dan dipertahankannya.

Mempertahankan kenaikan gaji Ahli Parlimen yang diumumkan Najib, beliau berkata, ia bukan saja dikira masih rendah, malah gaji Perdana Menteri sendiri hanya menyamai gaji Perdana Menteri Zambia saja.

Dengan gaji RM22 ribu yang diterima Najib, Ahmad Maslan juga berkata, jika di sektor swasta ia hanya menyamai gaji seorang pengurus besar saja manakala gaji Ahli Parlimen sebanyak RM6500 pula tidak berpatutan jika dikira dengan jumlah pengundi yang sekurang-kurangnya berjumlah 50 ribu di sesebuah kawasan Parlimen.

Tentang pemotongan subsidi minyak sebanyak 20 sen pula, beliau berkata, melalui tindakan itu kerajaan dapat membina 40 buah universiti dan 2000 dewan orangramai di seluruh negara dan oleh itu adalah bodoh meneruskan pemberian subsidi itu.

Mengenai kenaikan BR1M, beliau mengatakan pemberian itu bukan untuk menjadikan rakyat bermewah dan sebab itu, katanya, ia dilakukan sebanyak tiga kali setahun.

Kalau diberi sekaligus, sudah tentu ramai yang memberi telefon baru, katanya sambil menunjukkan telefon i Phone 6 baru miliknya yang didakwanya dibelikan oleh anaknya di London.

Jika dilihat semua hujah Ahmad Maslan ini, ia bukan saja boleh dipertikaikan, malah mengundang senyuman sinis dan ketawa orangramai.

Dalam memperkatakan gaji Perdana Menteri yang didakwa menyamai Zambia itu, kenapa beliau tidak menyebut mengenai pelbagai kemudahan dan elaun lain yang dinikmati oleh Najib, termasuk penggunaan jet untuk Rosmah juga? Itu belum dikira lagi peluang mengumpul kekayaan melalui cara lain sehingga menjadikan, bukan saja keluarga mana-mana Perdana Menteri, malah tiada juga keluarga bekas menteri yang sederhana hidupnya. Semuanya super mewah.

Begitu juga dengan gaji Ahli Parlimen, beliau hanya menyebut tentang gaji asas tetapi tidak mengambil kira jawatan dan gaji lain yang diterima, sama ada dalam kerajaan sebagai menteri, timbalan menteri atau mahupun pengerusi mana-mana GLC.

Dengan menyebut jumlah pengundi yang diwakili oleh seseorang Ahli Parlimen, Ahmad Maslan juga menyembunyikan hakikat bahawa mereka juga sebenarnya diberikan peruntukan tahunan untuk menyelesaikan pelbagai masalah rakyat dan bukannya bergantung kepada gaji RM6500 itu saja.

Mengenai pembinaan 40 universiti dan 2000 dewan orangramai pula, tidakkah ini menunjukkan kerajaan pimpinan Najib terlalu "bodoh", lemah dan hilang upaya, sehingga hanya dengan memotong subsidi minyak saja, barulah ada wang untuk membina segala kemudahan itu?

Secara tidak langsung jawapan Ahmad Maslan mengenai pemotongan subsidi yang sudah banyak dilakukan sebelum ini memudahkan lagi rakyat menolak kerajaan pimpinan Najib ini.

Begitu juga jawapannya mengenai BR1M, walau kaedah itu terus dikecam oleh banyak pihak, termasuk oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad tetapi Ahmad Maslan terus tampil dengan hujah yang lain pula untuk mempertahankan dasar yang dianggap populis dan menjadikan kebergantungan berterusan rakyat dengan kerajaan.

Itulah Ahmad Maslan dan dari semasa ke semasa, beliau akan terus tampil dengan hujah dan gaya pemikirannya yang tersendiri. Di sebalik rakyat tertekan dengan kenaikan harga barang, beban kos dan kemarahan yang semakin membara terhadap Najib dan kerajaan, hujah-hujah beliau boleh pula dijadikan penghibur dan bahan ketawa.

Mungkin sudah sampai masanya Najib memikirkan kenaikan pangkat atas peranannya itu.

Semak Status Samada Anda Boleh Ke Luarnegara Atau Tidak Di Sini

Posted: 14 Oct 2014 05:33 AM PDT

KELAB GREENBOC


Peminjam PTPTN Antara 1.14 Juta Dalam Senarai Hitam Imigresen

PUTRAJAYA: Satu sekatan secara meluas oleh Jabatan Imigresen dikenakan ke atas mereka daripada meninggalkan negara ini.

Bukan sahaja pesalah cukai malah mereka yang mempunyai rekod jenayah turut berhadapan dengan sekatan di pemeriksaan di pintu sempadan atau di lapangan terbang.

Perangkaan terbaharu menunjukkan kira-kira 85,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tidak membayar semula pinajaman mereka berada di dalam senarai hitam Jabatan Imigresen.

Mereka merupakan antara 1.14 juta orang di dalam senarai hitam Imigresen termasuk 701,266 rakyat Malaysia.

Jabatan Imigresen menasihatkan rakyat Malaysia untuk membuat semakan status perjalanan terlebih dahulu sekiranya mereka tiada halangan untuk meninggalkan negara ini.

"Tidak kira sama ada anda merancang untuk meninggalkan negara menerusi kapal terbang, jalan raya, kereta api atau perjalanan laut.

"Selagi anda berada di dalam senarai hitam, anda tidak akan dibenarkan melepasi pemeriksaan Imigresen, meskipun anda mempunyai tiket penerbangan yang sah," kata Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pasport Jabatan Imigresen, Ibrahim Abdullah kepada The Star.

Setakat 3 September lalu, sekatan ke luar negara yang dilakukan oleh jabatan itu termasuk mereka yang diisytiharkan bankrap. Seramai 277,693 rakyat Malaysia telah disenaraihitamkan oleh Jabatan Insolvensi.

Rakyat Malaysia yang tidak mematuhi undang-undang imigresen negara asing seperti tinggal lebih masa atau menyalahgunakan visa perjalanan mereka turut disenaraihitamkan.

Ibrahim berkata, sekatan itu mungkin menghalang pesalah tersebut untuk memasuki semula ke negara berkenaan dan maklumat ini akan dikongsikan dengan jabatan imigresen tempatan, seperti Malaysia di mana ia kemudian akan meletakkan pesalah dalam senarai pemerhatian.

Seramai 32,516 rakyat Malaysia di dalam kategori ini kerana tinggal lebih masa di negara lain, serta 115,803 warga asing yang mempunyai kesalahan yang sama dengan menetap lebih masa di Malaysia dan mereka turut dikenakan sekatan daripada meninggalkan negara ini.

"Jika mana-mana rakyat Malaysia yang berada dalam senarai pemerhatian cuba untuk meninggalkan negara ini, mereka akan dihalang dan di bawa untuk siasatan sehingga diyakinkan bahawa mereka tidak akan melakukan kesalahan yang sama di negara lain lagi," kata Ibrahim.

Pesalah cukai yang degil juga menunjukkan jumlah yang ramai dalam senarai hitam perjalanan ke luar negara di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan 135,111 orang.

The Star pada 26 Ogos lalu melaporkan bahawa pesalah cukai tidak akan dibenarkan ke luar negara sehingga mereka membayar cukai yang diwajibkan.

Sekatan yang sama turut dikenakan terhadap mereka yang mempunyai isu tertunggak dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), seperti mereka yang gagal untuk memfailkan potongan KWSP.

Seramai 10.219 rakyat Malaysia dan 532 warga asing disenaraikan di bawah kategori ini.

Manakala 133,314 bukan warganegara dihalang daripada meninggalkan negara ini kerana taraf kerakyatan mereka ditarik balik atau permohonan mereka ditolak oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Daripada jumlah itu, 88,830 telah memasuki negara ini secara haram dan telah diklasifikasikan di bawah Kes Tanpa Izin oleh Jabatan Imigresen.

Menurut Ibrahim, seramai 210 rakyat Malaysia turut berada di dalam kategori ini, yang merujuk kepada mereka yang dikenal pasti oleh Kementerian Dalam Negeri kerana terlibat dengan aktiviti membabitkan pekerja asing tanpa izin.

Beberapa kategori lain berkaitan jenayah turut disenaraihitamkan, termasuk mereka di bawah pemerhatian polis (15,699 kes), dakwaan berkaitan dadah (7,673 kes) dan jenayah (5,090 kes).

Terdapat juga 4,953 rakyat Malaysia yang disekat ke luar negara kerana tidak mematuhi peraturan Kastam.

Bagi memastikan sekiranya anda dikena sekatan ke luar negara, anda hanya perlu memasukkan nombor MyKad di portal semakan status perjalanan di http://sspi2.imi.gov.my/
sumber:mstar

Tidak perlu larang ahli Pas sertai PasMa

Posted: 14 Oct 2014 05:31 AM PDT

MSO


Larangan tidak rasmi (berbentuk personal) telah dikeluarkan oleh pemimpin Pas agar ahli parti agama itu tidak terlibat dengan kegiatan Persatuan Ummah Sejahtra Malaysia atau PasMa. Setiausaha Majlis Syura Ulamak (MSu), Nik Zawawi Nik Salleh dan Naib Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man, antara pemimpin yang mengeluarkan nasihat agar ahli Pas tidak terlibat. Agak garang juga nasihat mereka?

Tidak ada alasan kemas yang diberikan melainkan kerana rasa bimbang dengan hala tujuan PasMa yang dianggap berusaha untuk menjatuhkan presiden Abdul Hadi Awang. Sebenarnya ahli Pas tidak perlu dilarang daripada melibatkan diri dengan PasMa. Pas tidak perlu takut dengan kemunculan PasMa yang semua orang jelas akan tujuan dan maksudnya.

Kita harus percaya kepada matlamat PasMa adalah untuk menjadi benteng kepada Pas agar tidak keluar dari Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat suatu pakatan yang perlu diperkuatkan sekiranya mahu melihat perubahan politik dan pentabiran negara ini. Pakatan Rakyat bukan hak sendirian berhad sesiapa.

Mengenai hal tujuan dan maksud PasMa dinyatakan dengan terang dan jelas. Adapun pendapat mengatakan PasMa hendak menjatuhkan Abdul Hadi, itu tidak benar. PasMa tidak boleh menjatuhkan Abdul Hadi kerana ia bukan parti. Dan kalaulah itu matlamat tersembunyi PasMa ia tidak boleh dikecam begitu sahaja melainkan perlu berfikir kenapa kalau Abdul Hadi hendak dijatuhkan.

Jatuh atau tidak Abdul Hadi akan dibuat dalam muktamar Pas. Itulah forum yang munasabah dan berpelembagaan. Mereka yang merasakan PasMa bergerak untuk menjatuhkan presiden atau menjadi parti dalam parti adalah mereka yang takut kepada bayang-bayang sendiri. Orang yang tidak mempunyai kekuatan dan wisdom. Saya melihat kewujudan PasMa tidak menjadi jemaah dalam jemaah, sebaliknya yang beraku MSU menjadi badan eksekutif kedua selepas Jawatankusa Kerja Pas. Dalam Pas ada eksekutif dalam eksekutif.

Pas terutamanya pemimpin tertinggi harus menerima kehadiran PasMa seperti mana Umno menerima kehadiran Pertubuhan Perkasa Malaysia (Perkasa). Perkasa sebuah Ngo yang disertai seratus peratus oleh ahli Umno. Tetapi Umno tidak pun merasakan takut dengan peranan dan fungsi Ngo berkenaan. Bahkan dalam hal-hal tertentu Umno menerima Pekasa sebagai sahabat yang membantu parti berkenaan.

Nah, begitu juga Pas dengan PasMa. Pas perlu menerima PasMa sebagai sebuah Ngo yang memperkukuhkan kedudukan Pas itu sendiri. Sesuai dengan ahli PasMa terdiri daripada golongan profesional, tenaga dan buah fikiran mereka boleh digunakan untuk perkuatkan Pas. PasMa boleh membawa dirinya menjadi sebuah badan pemangking kepada Pas. Cubalah berfikir secara positif bukannya dengan rasa cuak dan cemuh.

Sesiapa yang berhajat untuk menjadikan PasMa sebagai organisasi untuk berdepan dengan Pas, atau menghancurkan parti agama itu, ia harus ditolak da dikecam. Itu bukan caranya. Adalah berdosa besar PasMa kalau bermatlamat demikian. Mengenai hal ini ahli Pas bijak dan sedar segala-galanya mengenai PasMa. Generasi muda yang menerima PasMa ada perkiraan dan hujah tersendiri.

Apa yang berlaku kini saya nampak ada segelinir ahli Pas yang sengaja menimbulkan persepsi buruk kepada PasMa dengan niat tertentu. Mereka berbuat demikian tidak melihat kepada nawaitu Ngo berkenaan dalam rangka Pakatan Rakyat, tetapi kerana cemburu dengan penampilan atau pesornaliti mereka yang menggerakkan Ngo berkenaan disebabkan krisis perbadi. Itu sahaja.

Jelas kalau persepsi itu dibuat berdasarkan rasa cemburu dan irihati ia tidak akan membawa kebaikan sebaliknya akan menambah keburukan dalam parti agama itu sendiri. Yang harus dilayani oleh Pas mengenai Ngo ini ialah menerima dengan fikiran dan sikap terbuka dan bersangka baik. Kalau kumpulan atau halaqah lain yang dibentuk secara senyap menerusi kumpulan whatsaap boleh diterima kenapa gerun dan takut menerima Ngo yang jelas dan nyata seperti PasMa?

Belanjawan 2015: Wanita dilupakan, peruntukan rendah berbanding Jabatan Perdana Menteri

Posted: 14 Oct 2014 05:26 AM PDT

teo nie ching

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan belanjawan 2015 Jumaat lalu bahawa wanita adalah istimewa dan kerajaan mengiktiraf peranan golongan itu dalam pembangunan nasional dan mendidik generasi akan datang, hanyalah omong kosong.

Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching berkata, peruntukan kepada Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat (KWKPM) meningkat hanya sebanyak 3.7 peratus, iaitu dari RM 2.2 bilion pada 2014 kepada RM2.26 bilion )2015).

"Kenaikan peruntukan di bawah purata (lebih rendah daripada kenaikan keseluruhan) dengan sendirinya membuktikan wanita dipinggirkan," kata Nie Ching dalam sidang media di Dewan Rakyat hari ini.

Tambah Nie Ching, peruntukan kepada (KWKPM) lebih rendah berbanding kepada Jabatan Perdana Menteri yang menerima RM19.06 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 15.9 peratus berbanding tahun sebelumnya (RM16.45 bilion).

"Kita jangan lupa bahawa sebahagian besar peruntukan kepada KWKPM adalah untuk kebajikan sosial dan bukannya khusus untuk wanita," katanya lagi.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan itu turut membidas pemotongan sebanyak 60 peratus kepada Institut Pemberdayaan Wanita NAM (NAM Institute for The Empowerment of Women, NIEW) daripada RM.4 juta kepada 3.2 juta.

"Sementara saya mengalu-alukan usaha kerajaan seperti program Young Professional Women Entrepreneurs Development dan program Women Career Comeback, golongan wanita bukan profesional telah dilupakan," katanya lagi.

Cuti jaga anak dihadkan

Dalam pada itu kata Nie Ching bukan sekadar peruntukan belanjawan, hak wanita untuk mendapatkan cuti bagi penjagaan anak (child care leave) turut dikurangkan.

Bermula tahun hadapan, kemudahan cuti tanpa gaji kakitangan awam wanita bagi penjagaan anak dihadkan hanya kepada usia setahun, berbanding sehingga anak berusia lima tahun bagi kebenaran sama semenjak 2007.

"Ini bermakna tiada lagi pilihan bagi penjawat awam wanita untuk memohon cuti menjaga anak lebih daripada setahun. Selain itu, kenapa perlu ada had umur? Pilihan sepatutnya diberikan kepada ibu," kata Nie Ching. – Roketkini.com

Taman riadah jadi stor barang, ADUN Mentakab minta PBT jawab

Posted: 14 Oct 2014 05:24 AM PDT

taman_rimba_tengku_zulpuri
Tengku Zulpuri bersama penduduk di Taman Rimba, Mentakab membantah pembinaan stor di taman riadah

Roketkini.com


MENTAKAB: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak sepatutnya mengambil kawasan riadah orang awam tanpa mengambil kira pendapat penduduk setempat, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Mentakab Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.

Dalam satu kenyataan kepada Roketkini katanya, beliau sendiri melawat taman riadah tersebut di Tanah Lot bernombor 2958, Taman Rimba, di sini tengah hari tadi dan mendapati sebuah papan tanda dinaikkan atas nama cadangan projek 'Cadangan Membina Setor Menyimpan Barang-barang Runcit'.

"Taman ini telah wujud semenjak tahun 1975 dan menjadi tempat utama penduduk, tanpa mengira lapisan umur untuk beriadah.

"Pada jam 6 pagi, penduduk akan berlatih 'tai chi', manakala sebelah petang anak muda akan bermain bola keranjang," katanya dalam satu kenyataan.
 
Menurut Tengku Zulpuri, beliau dimaklumkan tentang perkaa tersebut oleh penduduk yang kehairanan melihat kontraktor memasang papan tanda dan mula mengorek tanah jam 9 pagi tadi.

Perkara itu katanya, mendatangkan kecurigaan kepada penduduk apabila pihak kontraktor serta-merta menghentikan kerja mereka selepas disoal penduduk.

Taman Rimba, yang merupakan antara kawasan perumahan terawal di Mentakab berada di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Temerloh.

Menurut papan tanda yang dipasang, pihak Majlis Perbandaran Temerloh telah pun meluluskan projek menukar padang awam itu kepada tempat menyimpan barang dengan nombor kelulusan pelan 10/2/3277(BB025/2014).

Justeru katanya, pihak berkuasa tempatan tidak boleh mengambil pusat riadah sepenting itu tanpa sekurang-kurangnya memberikan pilihan lain.

"Sepatutnya PBT dan juga penghulu memahami ini adalah tempat kemudahan awam. Jumlah rumah di sini melebihi 1,000 buah rumah, maka padang ini digunakan ramai orang.

"Kemana tempat lain lagi yang boleh mereka gunakan?" kata Ketua Pembangkang DUN Pahang itu lagi.

"Sekiranya tanah tersebut adalah hak persendirian, PBT mestilah memikirkan jalan penyelesaian yang tidak meminggirkan mana-mana pihak," katanya lagi. – Roketkini.com

PAC arah JPJ jelas harga plat ‘BMW’ ratusan ribu

Posted: 14 Oct 2014 05:20 AM PDT

 
Selain isu nombor pendaftaran kenderaan ia juga berhubung dengan isu pengurusan MySikap yang dikatakan bermasalah.


bmw bida paling tinggi kaya jpj


KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed menyatakan pihaknya akan memanggil pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada 5 November ini.

Ia berhubung dengan isu tender pendaftaran nombor kenderaan yang pernah menjadi isu.
Bukan itu sahaja, Nur Jazlan turut menyatakan selain isu nombor pendaftaran kenderaan ia juga berhubung dengan isu pengurusan MySikap yang dikatakan bermasalah seperti yang dilaporkan dalam laporan Ketua Audit Negara.

Sebelum ini, Pengarah JPJ Datuk Ismail Ahmad enggan mendedahkan anggota Kabinet, hakim, dan kerabat diraja adalah pemenang bidaan yang tidak dinamakan bagi nombor pendaftaran "BMW".

Katanya, nama pemenang bidaan itu dirahsiakan adalah prosedur biasa yang diamalkan bagi mengelakkan persepsi negatif masyarakat.

Pembida yang tidak dinamakan itu turut membayar bagi nombor pendaftaran BMW 1, BMW 2, BMW 7, BMW 9 dan BMW 10, namun JPJ enggan mendedahkan jumlah bidaan mereka yang diterima JPJ.

"Mereka bida nombor-nombor pendaftaran itu dan memenanginya. Kami tidak dedahkan nama dan jumlahnya untuk mengelakkan persepsi negatif masyarakat," kata Ismail.

Selain itu, pada 27 Oktober PAC juga menyatakan bahawa akan memanggil kontraktor Empangan Paya Peda, 28 Oktober pula akan memanggil pihak Kastam, manakala 29 Oktober pula akan memanggil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung urusan hasil papan iklan dan akan memanggil Felcra pada 3 November.

PAC mahu SPRM siasat 'rasuah' projek sekolah

Posted: 14 Oct 2014 05:10 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mencadangkan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan rasuah dalam pemberian kontrak keselamatan RM2 bilion di sekolah-sekolah.

Cadangan itu dinyatakan dalam laporan PAC hari ini selepas penelitian Laporan Ketua Audit Negara 2012 terhadap projek-projek Kementerian Pendidikan.

Laporan yang dibentangkan di parlimen hari ini menyebut, PAC mencadangkan kementerian meneliti secara serius dakwaan amalan rasuah melalui siasatan terhadap pengurusan kontrak keselamatan.

PAC juga mencadangkan SPRM menjalankan siasatan berasingan dalam kes itu.

Laporan Ketua Audit Negara sebelum ini mendedahkan salah pengendalian RM2.051 bilion berhubung pengambilan kontraktor keselamatan untuk sekolah-sekolah antara 2010 hingga 2012.

RSF: Indeks akhbar M'sia dijangka makin teruk

Posted: 14 Oct 2014 05:05 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pemantau kebebasan akhbar antarabangsa menyifatkan alasan menteri berhubung kemerosotan kebebasan akhbar sebagai "muslihat" Putrajaya untuk mengelak dipertanggungjawabkan.

Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) berkata, berdasarkan dapatan penyelidikan mereka, Malaysia memang berada pada kedudukan teruk.

Katanya, kesimpulan itu dibuat berdasarkan tiga persoalan besar yang diteliti, iaitu kawalan dan pemilikan kerajaan pada media, amalan lesen penerbitan dan laporan langsung wartawan.

"Itu adalah soalan-soalan asas yang ditanya dalam kaji selidik tersebut dan sememangnya Malaysia berada dalam kedudukan yang teruk dalam tiga persoalan tersebut," katanya wakilnya di Malaysia Hata Wahari.

Beliau menjelaskan, kaji selidik Indeks Kebebasan Akhbar Sedunia (PFI) dikendalikann RSF setiap tahun mendapat maklum balas pelbagai pihak, termasuk pengamal media pelbagai bidang dan kumpulan NGO.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini berkata, tindakan Pulau Pinang menghalang Utusan Malaysia membuat liputan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) turut menyumbang kemerosotan PFI.

Beliau berkata demikian ketika membidas Nga Kor Ming (DAP-Taiping) di parlimen yang merungut tentang prestasi PFI yang kini menyaksikan Malaysia di tangga 147 daripada 180 negara.

Dalam kenyataannya hari ini, Hata juga berkata, kedudukan Malaysia dalam indeks kebebasan akhbar sedunia juga dijangka terus merosot ekoran langkah terkini kerajaan.

Ini, katanya, termasuk tindakan Datuk Seri Najib Razak menyaman Malaysiakini dan penggunaan Akta Hasutan 1948 terhadap wartawan dan ahli akademik.

"Indeks kebebasan media di Malaysia hanya boleh dipertingkatkan hanya dengan Putrajaya melepaskan semua kawalan terhadap media termasuk media cetak dan media atas talian," katanya.

Jeffrey dakwa 'Projek IC' India, Pakistan pula

Posted: 14 Oct 2014 05:03 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Seorang pemimpin politik Sabah mendakwa warganegara Indonesia, Pakistan dan India diberikan kad pengenalan MyKad dan direkrut sebagai anggota Umno.

Menyifatkannya sebagai ancaman, Ketua Parti Reformasi Negeri (STAR) Sabah Datuk Jeffrey Kitingan mendakwa, sumber yang boleh dipercayai mendedahkan pemberian kad pengenalan kepada rakyat Filipina merosot tetapi warga asing lain meningkat.

"Malah NGO India dan Bugis dilapor terlibat membantu pendatang baru mendapatkan MyKad dan merekrut mereka sebagai anggota Umno dan pengundi untuk diupah," dakwanya.

Jika rekod "pemegang Projek IC rakyat Filipina" digunakan sebagai kayu ukur, Jeffrey berkata, warganegara Indonesia, Pakistan, dan India menjadi "bom jangka".

Jual hidupan liar dalam Facebook

Posted: 14 Oct 2014 04:51 AM PDT


Rahim (tengah) menunjukkan haiwan liar yang berjaya dirampas. Rahim (tengah) menunjukkan haiwan liar yang berjaya dirampas.
 
 
KUALA LUMPUR – Taktik dua beradik menjual hidupan liar melalui laman sosial Facebook terbongkar, apabila mereka diberkas anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor, Jumaat lalu.

Berikutan kejayaan itu, Perhilitan merampas 30 haiwan yang dilindungi, antaranya beruang matahari, jampok kubur, musang pandan, kucing batu, kubung dan landak raya yang kesemuanya bernilai RM30,000.

Kegiatan yang melanggar Akta Perlindungan Hidupan Liar 1976 tersebut dikesan hasil pemantauan dan risikan jabatan itu sejak seminggu lalu.

Pengarah Perhilitan Selangor, Rahim Ahmad berkata, dua lelaki terbabit ditahan di Plaza Tol Ayer Hitam, Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) selepas pihaknya menyamar sebagai pembeli.

"Kita menemui empat ekor jampok kubur, seekor beruang matahari dan seekor musang pandan di dalam sebuah kereta Naza Ria dinaiki suspek," katanya.

Menurutnya, susulan tangkapan itu, pihaknya menyerbu sebuah rumah di Bandar Seri Sendayan, Seremban Negeri Sembilan dan menemui 24 haiwan liar.

Menurutnya, setiap hidupan liar yang dirampas mempunyai nilai pasaran tinggi berikutan sukar ditemui di negara ini.

"Misalnya harga seekor beruang matahari boleh mencecah RM10,000, kucing batu RM2,000 seekor dan landak raya (RM1,000)," katanya.

Dua beradik yang berusia 20 dan 29 tahun itu ditahan reman sehingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 60(1)(a) dan 68(1)(a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

5,000 pengikut ajaran Millah Abraham dikesan

Posted: 14 Oct 2014 03:13 AM PDT


Ibu bapa pengikut ajaran Millah Abraham sedang mendengar taklimat mengenai ajaran sesat itu yang disampaikan pegawai dari Bahagian Penguatkuasaan Jaip di Balai Polis Muadzam Shah Ibu bapa pengikut ajaran Millah Abraham sedang mendengar taklimat mengenai ajaran sesat itu yang disampaikan pegawai dari Bahagian Penguatkuasaan Jaip di Balai Polis Muadzam Shah



MUADZAM SHAH – Satu ajaran sesat dikenali Millah Abraham dipercayai pecahan daripada Gerakan Pemuda Kahfi Indonesia yang difatwakan haram oleh Jabatan Mufti Pahang sekitar tahun 2009 dikesan di Felda Keratong, di sini, melibatkan 13 individu.

Jurucakap Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), berkata, pengikut ajaran sesat ini pada mulanya dikesan di Jerantut selepas ibu bapa kepada seorang pemuda di sana membuat aduan kerana berasa hairan dengan pendapat dan pandangan anaknya itu mengenai Islam.

"Ibu bapa pemuda berkenaan yang belajar di salah sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS) di Selangor telah membuat aduan kerana mendapati pendapat dan pandangan anak lelakinya itu agak bertentangan dengan ajaran Islam.

"Pihak penguat kuasa Jaip menemui pemuda itu dan menjalankan soal siasat seterusnya membongkar 13 lagi pengikut Millah Abraham berada di Felda Keratong, Muadzam Shah, Rompin," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Jurucakap Jaip menjelaskan, enam keluarga pengikut ajaran sesat Millah Abraham di Felda Keratong berjaya dikesan dan satu sesi taklimat mengenai ajaran sesat berkenaan diberikan di samping menjalankan soal siasat di Balai Polis Muadzam Shah, baru-baru ini.

Menurutnya, ajaran sesat yang didapati menyeleweng daripada akidah Islam itu dipercayai mempunyai ramai pengikut di Selangor dan kira-kira 5,000 pengikut seluruh Malaysia.

Katanya, pengamal ajaran sesat itu juga menyasarkan golongan muda yang kurang ajaran Islam menjadi medan dakwah mereka.

"Mereka (pengikut ajaran sesat Millah Abraham) mengaku bukan beragama Islam kerana mendakwa Islam bukan agama yang asli tetapi menganggap Millah Abraham adalah agama sebenar yang kononnya ajaran Nabi Ibrahim selain tidak makan daging sembelihan orang Islam.

"Terdapat enam fasa dalam ajaran sesat ini iaitu pertama, dakwah secara sembunyi dan ini sudah dilepasi, kedua adalah dakwah secara terang-terangan yang merupakan fasa terkini, ketiga fasa hijrah serta fasa keempat adalah jihad kital iaitu bunuh orang yang tidak mengikut ajaran mereka, fasa kelima mewujudkan sistem pemerintahan sendiri dan keenam menubuhkan negara," katanya.

Jurucakap itu berkata, fasa keempat dakwah ajaran sesat berkenaan mempunyai unsur militan dan pihak Jaip kini dengan kerjasama polis sedang melakukan pemantauan.

Selain itu, cara pengikut ajaran sesat ini bersembahyang adalah hanya dengan menyampaikan makna-makna yang terdapat dalam al-Quran melalui penggunaan Bahasa Melayu.

"Mereka mengiktiraf Nabi Muhammad SAW sebagai Rasulullah tetapi hanya pada waktu itu kerana mereka percaya ada nabi lain hingga kini selain mereka juga tidak berpegang pada hadis," katanya.

Penganalisis: Pasma bakal senasib Semangat 46

Posted: 14 Oct 2014 03:09 AM PDT


Penganalisis Politik, Profesor Dr Ismail Sualman Penganalisis Politik, Profesor Dr Ismail Sualman

SHAH ALAM - Nasib Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) bakal berakhir seperti Semangat 46 apabila penubuhan badan itu tidak berlandaskan kepada wadah perjuangan yang kukuh sama ada atas nama bangsa ataupun agama.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Ismail Sualman berkata, lazimnya badan seperti itu tidak boleh bertahan lama kerana ia wujud apabila timbulnya krisis atau kepimpinan bermasalah dalam sesuatu parti.

"PasMa diwujudkan atas nama ketidakpuasan hati terhadap pemimpin atau sebarang isu,

"Bagi saya ia diwujudkan kerana ura-ura Pas akan keluar dari PR akibat kemelut politik di Selangor pada bulan lepas.

"Kemelut di Selangor nampaknya sudah reda dan ramai berpendapat mereka tidak perlu lagi lari dari Pas kerana Pas masih lagi berada dalam PR," katanya kepada Sinar Harian Online, semalam.

Mengulas lanjut, Ismail bagaimanapun tidak menafikan Pasma masih mempunyai 'pasaran' dan akan menjadi pilihan generasi muda atau golongan liberal namun mengekalkan pendekatan beragama.

"PasMa merupakan satu pertubuhan untuk mereka yang tidak bersetuju dengan pendekatan Pas Pusat.

"Oleh kerana ada beberapa pergeseran dalam Pas sekarang ini menyebabkan wujudnya dua aliran, satu aliran menonggak ulama sebagai pemimpin yang masih bersifat ortodoks manakala satu aliran lagi ialah golongan pembaharuan dalam Pas.

"Saya fikir mereka yang tidak bersetuju dengan Pas itu, mereka akan keluar dan mencari laluan lain dengan masuk ke dalam Pasma yang lebih liberal, terbuka, lebih hendak cepat dalam buat segala keputusan, berbanding Pas sedia ada," ujarnya.

Ismail berkata lagi, kewujudan Pasma didakwa ditunjangi oleh beberapa pemimpin PKR untuk memberi pilihan kepada ahli Pas yang mahukan parti itu keluar daripada PR.

Walaupun beliau menafikan Pasma tempat kepada ahli dan pimpinan Pas yang kecewa, namun Ismail mengakui badan itu dianggotai oleh mereka yang tidak 'sebulu' dengan pimpinan Pas yang ditunjangi golongan ulama.

"Perkataan itu mungkin agak keterlaluan bagi saya, tetapi ia lebih kepada mereka yang tidak sebulu dengan Pas kerana Pasma bersifat liberal," katanya.

Tiga dinding flat Jalan Loke Yew tercabut

Posted: 14 Oct 2014 03:02 AM PDT


Keadaan bilik-bilik unit terlibat selepas ribut yang menerbangkan dinding papan Keadaan bilik-bilik unit terlibat selepas ribut yang menerbangkan dinding papan
 
 
KUALA LUMPUR - "Setelah berdepan detik cemas angin kencang masuk ke bahagian ruang tamu, saya pergi ke bilik untuk tutup tingkap. Masa tu saya nampak hanya tinggal langsir yang ditiup angin".

Demikian menurut ibu tunggal, Sunita Rosti, 35, salah seorang mangsa tiga unit Perumahan Awam, Jalan Loke Yew, Cheras, di sini, yang dindingnya tercabut dan terjejas akibat ribut melanda ibu negara, petang kelmarin.

Bercerita lanjut, Sunita berkata, ketika kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, dia berada dalam bilik di unit rumahnya di tingkat 10, sebelum pergi ke ruang tamu untuk menutup pintu beranda mengelakkan tempias hujan.

Namun menurutnya, angin terlalu kuat sehinggakan dia tidak mampu menarik pintu beranda dalam masa sama terpaksa bertahan melawan angin kencang.

"Tak semena-mena saya turut ditolak angin dan terduduk ke belakang di ruang tamu. Masa tu saya baru teringat tingkap belum tutup jadi saya bergegas masuk bilik.

"Nasib saya baik kerana biasanya kalau nak tutup tingkap bilik masa hujan, saya akan berlari dari ruang tamu. Tapi semalam (kelmarin) dengan kuasa ALLAH SWT, saya hanya berjalan ke bilik sebelum sedar hanya tinggal langsir di dinding. Kalau saya berlari, tak tahulah apa
nasib saya, mungkin dah jatuh agaknya," katanya kepada Sinar Harian.

Jelas Sunita, keadaan dalam biliknya bagaimanapun seperti tidak ada apa yang berlaku kerana semuanya dalam keadaan baik.

"Almari tempat di mana saya letakkan al-Quran di atasnya tidak terjejas meskipun terletak betul-betul di tepi dinding. Buku-buku dalam bilik pun tak teralih.

"Bila sedar dinding papan dah tercabut, jiran sudah mula datang ke rumah saya tolong alihkan barang.

"Malam tadi (semalam) saya hanya tidur di rumah seorang diri kerana anak-anak berada di Klang. Memang tak lena tidur dibuatnya," katanya yang menyifatkan dinding papan biliknya itu kelihatan amat kukuh.

Cadar, selimut tebal jatuh dibawa angin

Dalam pada itu, berbeza dengan sebuah lagi unit di tingkat 13, apabila dinding papan dua bilik kediaman itu tercabut ditiup angin.

Suri rumah, Erdawati Rahman, 40, berkata, ketika kejadian, dia sekeluarga dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum mendapat panggilan telefon daripada jiran memaklumkan kejadian itu.

"Saya tiba di rumah pada jam 6.30 petang keadaan di ruang tamu berselerak macam kapal karam. Barang atas meja semua jatuh dan ada yang pecah. Angin terlalu kuat.

"Alhamdulillah kami tiada di rumah masa tu. Kalau ada, tak taulah apa nasib kami. Ada cadar dan selimut tebal jatuh ke bawah dibawa angin," katanya.

Tambahnya yang telah menghuni di situ sejak tiga tahun lalu, sebelum kejadian, keadaan dinding papan tidak menunjukkan sebarang kerosakan.

"Bila jadi begini, trauma memang ada. Malam tadi (semalam) kami dapat tajaan daripada Umno Cheras untuk tidur di hotel dan hanya suami saya yang tidur di rumah. Itu pun dia tak dapat lena," katanya sambil berharap kerja membaiki dinding bilik dapat disegerakan.

DBKL pasang dinding batu bata

Sementara itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan memaklumkan dalam kejadian berkenaan, dinding bilik di tiga unit kediaman tingkat 10, 13 dan 18 tercabut.

Katanya, unit di tingkat 18 bagaimanapun tidak berpenghuni.

"Tindakan segera telah dibuat dengan memasang dinding batu bata di unit terlibat dan kerja-kerja baik pulih tersebut di jangka akan siap dalam tempoh tiga hingga tujuh hari.

"Sebagai tindakan susulan daripada kejadian tersebut, Bahagian Penyelenggaraan, Jabatan Pengurusan Perumahan & Pembangunan Komuniti DBKL akan membuat bancian ke atas unit-unit di kawasan Perumahan Awam Jalan Loke Yew bagi mengenal pasti tahap  kerosakan seperti dinding bilik yang diperbuat daripada kayu terutamanya unit–unit tepi," katanya.

Muhammad Shafee kekal ketua pasukan pendakwaan

Posted: 14 Oct 2014 02:54 AM PDT


Muhammad Shafee Muhammad Shafee
 
 
PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan Putrajaya menolak rayuan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengishtiharkan perlantikan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah adalah tidak sah.

Penal lima hakim Mahkamah Persekutuan, membuat keputusan itu atas alasan hujahan yang dikemukakan perayu tidak cukup.

Sehubungan itu Muhammad Shafee kekal sebagai Timbalan Pendakwa Raya dalam rayuan terakhir Anwar yang disabit bersalah tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, enam tahun lalu.

ROS digesa isytihar segera status CEC DAP

Posted: 14 Oct 2014 02:52 AM PDT


Ramesh Rao (kanan) menunjukkan kenyataan DAP yang di akaun twitter lidah rasmi parti itu di pekarangan ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) di Putrajaya, hari ini. - Foto Sinar Harian Online oleh NIZAM ZAIN Ramesh Rao (kanan) menunjukkan kenyataan DAP yang di akaun twitter lidah rasmi parti itu di pekarangan ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) di Putrajaya, hari ini. - Foto Sinar Harian Online oleh NIZAM ZAIN
 
 
PUTRAJAYA - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) digesa mengisytiharkan segera status terkini Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP selepas agensi itu masih 'berdiam diri'.

Pengerusi Pertubuhan Minda dan Sosial Priharin, Ramesh Rao berkata, ROS perlu mengambil tindakan tegas apabila DAP mengeluarkan kenyataan yang mendahului keputusan ROS dan Jabatan Peguam Negara dalam portal lidah rasmi dan akaun Twitternya pada 7 Oktober lalu.

"Selepas DAP mengisytiharkan kononnya CEC adalah sah dari segi undang-undang, dan lepas tiga hari ROS sendiri memberitahu yang ia belum disahkan lagi.

"Bila ROS sudah sahkan perkara itu, tiba-tiba dalam portal RoketKini mengatakan ROS seolah-olah cuba pinggir Pejabat Peguam Negara.

"Persoalan saya kepada ROS ialah adakah kenyataan DAP yang itu halal datang dari Pejabat Peguam Negara ataupun ROS mengeluarkan kenyataan tanpa mengusul periksa dengan Pejabat Peguam Negara, yang mana satu benar," katanya selepas menyerahkan surat meminta penjelasan mengenai isu itu di ibu pejabat ROS, di sini, hari ini.

Pada 4 Oktober lalu, Timbalan Ketua Pengarah ROS, Mohd Norzam Mustapa berkata badan itu masih belum mendapat apa-apa makluman dari mahkamah berhubung status sebenar jawatankuasa berkenaan.

Jelas Mohd Norzam, ROS sedang menyiasat perkara itu dan berharap dapat memperoleh jawapan terhadap beberapa persoalan melibatkan CEC DAP.

Mengulas lanjut, Ramesh menambah, selepas kenyataan itu dimuat naik dalam portal lidah rasmi parti itu, selang beberapa jam ia telah dipadam serta-merta bagi mengelakkan ia dihidu.

Oleh kerana CEC DAP belum disahkan, beliau mahu ROS memberi status terkini Lim Gua Eng sebagai Setiausaha Agung DAP dan watikah pilihan raya yang ditandatanganinya ketika membentuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang selepas PRU13 lalu.

"Ketika Guan Eng tandatangan watikah itu, status CEC DAP masih belum disahkan, adakah watikah pelantikan itu halal atau haram.

"Oleh kerana CEC DAP belum disahkan mengikut undang-undang, DAP tidak boleh mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai parti atau menjalankan sebarang aktiviti di atas nama parti," katanya.

Menurut Ramesh, ROS perlu bertindak segera memandangkan pada November ini, DAP akan melakukan Mesyuarat Agung Tahunannya di sebuah hotel di Damansara Utama sedangkan CEC lalu masih tidak disahkan.

"Sebelum DAP dapatkan status terkini, bagaimana parti itu boleh melakukan mesyuarat tahunan parti itu.

"Adakah tindakan DAP ini sah dan relevan menurut peruntukan undang-undang dalam ROS?

"Kita mahu ROS secara terbuka perkara termasuk adakah mereka dibenarkan melakukan aktiviti termasuk jamuan parti mencari dana di atas nama parti," katanya.

Sementara itu, usaha Sinar Harian Online untuk mendapatkan Timbalan Ketua Pengarah, Mohd Norzam Mustapa gagal apabila beliau enggan ditemui dan memberi sebarang komen kepada wakil media yang hadir di pekarangan ibu pejabat ROS Putrajaya hari in

Adun BN Akan Dedah Bantuan Kerajaan Pusat Dalam Bajet

Posted: 13 Oct 2014 10:58 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Mustapa Mohamed.
 
 
 
KOTA BAHARU: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) akan memperincikan setiap perkara mengenai bajet defisit yang diumumkan kerajaan Kelantan dalam perbahasan mereka esok.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata ini kerana rakyat perlu mengetahui bajet berkenaan yang langsung tidak menyebut peranan kerajaan persekutuan dalam bajet berkenaan.

"Kerajaan negeri perlu berlaku adil kepada kerajaan pusat. Dalam bajet sebelum ini ada dia menyentuh mengenai peranan kerajaan pusat dan kali ini tidak menyebut langsung.

"Maka esok ADUN BN akan mengupas secara terperinci supaya rakyat faham mengenai maklumat tepat. Kita rasa ada maklumat yang tidak tepat yang sengaja diputar belitkan," katanya kepada pemberita selepas pembentangan bajet kerajaan Kelantan bagi 2015 di Kota Darul Naim di sini, petang Isnin.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob hari ini membentangkan bajet bagi negeri itu untuk tahun hadapan dengan defisit berjumlah RM70.69 juta.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata kerajaan Persekutuan sebenarnya banyak membantu Kelantan dalam mengurangkan defisit tetapi ia masih tidak dihargai kerajaan negeri.

"Kalau kita tengok di setiap tahun maka kerajaan Pusat membantu untuk membiayai defisit itu tetapi itu tidak diberi pengiktirafan oleh kerajaan Kelantan.

"Saya rasa kerajaan negeri dalam konteks kerjasama perlu berlaku adil dengan memberi maklumat yang tepat," katanya

Tutup Hentian Putra Januari 2015

Posted: 13 Oct 2014 10:56 PM PDT

Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK
 
 
Hentian Putra bakal ditamatkan operasi Januari 2015
 
 
 
KUALA LUMPUR: Operasi bas di terminal Hentian Putra akan ditamatkan dan dipindahkan ke lokasi baharu selewat-lewatnya Januari 2015.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk J Loga Balan Mohan bagaimana berkata, lokasi baharu hentian bas bagi laluan pantai timur itu masih belum ditentukan.

Menurut beliau, pada masa ini perkhidmatan bas di Hentian Putra hanya beroperasi di luar terminal kecuali kaunter tiket.

"Hentian Putra yang digunakan sebagai hentian bas ekspres pantai timur mengalami kerosakan struktur paip air buat kali kedua. Oleh itu operasi bas dari terminal itu dihentikan mulai 8 Ogos lalu.

"Pada masa ini operasi bas adalah di luar terminal kecuali kaunter tiket dan ruang menunggu," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Beliau menjawab soalan Ahmad Baihaki Atiqullah (PAS-Kubang Kerian) yang ingin mengetahui sama ada kerajaan berhasrat untuk menaik taraf kemudahan Hentian Putra yang sudah lama dan uzur.

"Memandangkan terminal akan dipindahkan, DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menaik taraf kemudahan di terminal ini.

"Bagaimanapun penyelenggaraan biasa seperti tandas, penghawa dingin, lampu, surau dan kebersihan kawasan akan dilakukan seperti biasa sehingga tarikh pemindahan," katanya.

Hadi: Bukan Islam Boleh Minum Arak, Tetapi Perlu Penguatkuasaan Tegas

Posted: 13 Oct 2014 10:54 PM PDT

Oleh: T. AVINESHWARAN
 
 
 
 
 
PETALING JAYA: Penguatkuasaan yang tegas perlu dilaksanakan meskipun penganut bukan Islam tidak sepatutnya dilarang meminum arak, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurut beberapa laporan berita dalam talian, Presiden PAS itu dilaporkan sebagai berkata pada Isnin bahawa parti tersebut tidak menghalang sesuatu yang dibenarkan oleh agama lain, tetapi kawalan diperlukan.
Beliau bagaimanapun berkata, garis panduan diperlukan supaya tidak menyentuh sensitiviti orang Islam.
"Sebagai contoh apabila mereka dibenarkan melakukan sesuatu perkara dalam agama mereka, terdapat keperluan untuk mengadakan kawalan supaya ia tidak menyentuh sensitiviti masyarakat Islam juga agama-agama lain yang tidak bersetuju dengan apa yang mereka lakukan," katanya sambil menambah bahawa agama-agama lain seperti Islam, tidak membenarkan penganutnya untuk melakukan aktiviti-aktiviti tidak bermoral.
"Tanya sami, tanya paderi, saya rasa mereka pun tidak bersetuju. Sebab itu perlu tapis semua ini," kata Abdul Hadi.
PAS Presiden menjawab persoalan mengenai penganjuran pesta Oktoberfest yang menerima tentangan kuat daripada banyak pihak dan pertubuhan, termasuk ahli-ahli politik dari PAS yang mahu acara itu dibatalkan apabila penganjur tidak mempertimbangkan sensitiviti masyarakat Islam.
Sabtu lalu, Ahli Parlimen Seputeh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kinrara telah memuat naik gambar-gambar parti Oktoberfest yang diadakan di One Utama, yang turut dihadiri oleh Exco Selangor, Elizabeth Wong dan Ean Yong Hian Wah, serta Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.
Di dalam satu kenyataan di Facebook, Kok menulis bahawa beliau memutuskan untuk menghadiri parti itu selepas "pihak tertentu" cuba untuk membantah penganjuran majlis itu.
PAS Selangor pada minggu lalu menggesa supaya Kerajaan Selangor mengubah lokasi atau membatalkan acara itu, yang disifatkan tidak menghormati sensitiviti agama dan budaya masyarakat Islam.
Festival itu, yang diadakan pada Jumaat lalu, telah berpindah lokasi dari tempat letak kereta terbuka di aras bawah pusat membeli-belah itu kepada sebuah kawasan di tempat letak kereta di aras empat.

Bekas Adun Bukit Lada Meninggal Dunia

Posted: 13 Oct 2014 10:52 PM PDT

MSTAR ONLINE


Ahmad Izzat Mohamad Shauki
 
 
 
ALOR SETAR: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lada,  Ahmad Izzat Mohamad Shauki  meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) jam 11.10 malam Isnin.

Allahyarham yang berusia 35 tahun adalah Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah  dimasukkan ke hospital berkenaan pada 19 September lalu selepas terjatuh ketika mendirikan solat dan tidak sedarkan diri.

Susulan itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah itu menjalani pembedahan di bahagian kepala kerana terdapat darah beku akibat pendarahan di bahagian otaknya.

Jenazah Allahyarham dibawa pulang  ke rumah ibunya di Batu 2 Lebuhraya Sultan Abdul Halim dan solat jenazah akan diadakan di Masjid Derga pada pukul 10.00 pagi sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena.

Saman trafik pengunjung kuliah TG Nik Aziz

Posted: 13 Oct 2014 10:48 PM PDT

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri diminta menyatakan jumlah saman trafik yang dikenakan kepada pengunjung kuliah Jumaat Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz di Dataran Ilmu Kota Bharu sepanjang 2012, 2013 dan 2014.

Demikian soalan bagi jawab lisan yang dikemukakan oleh Ahmad Marzuk Shaary [PAS-Bachok] pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau juga meminta menteri berkenaan menyatakan sejauh manakah budi bicara polis dalam mengatasi kesusahan meletak kereta bagi ribuan pengunjung kuliah ilmu Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan kaedah yang diguna pakai oleh polis trafik dalam mengendalikan kesesakan lalu lintas di mana-mana majlis ilmu dan ceramah.  

Pertanyaan bagi jawab lisan daripada ali-ahli parlimen PAS yang kain hari ini seperti di bawah.

Dato' Kamarudin bin Jaffar [Tumpat] minta Perdana Menteri  menyatakan apakah tahap kesesuaian dan keselamatan landasan keretapi laluan Tumpat-Gemas dan adakah penjagaan landasan itu mengikut jadual.  

Wan Hasan Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah ada garis panduan berpakaian ahli sukan wanita Islam semasa menyertai pertandingan.  

Idris Ahmad [Bukit Gantang] minta Perdana Menteri menyatakan berapa ramaikah saintis Malaysia yang menyahut seruan Kerajaan supaya pulang berkhidmat di dalam negara ini sehingga 2013 mengikut negara-negara yang mereka berkhidmat sebelum ini.   

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz [Pasir Mas] minta Menteri Kesihatan menyatakan langkah yang diambil untuk meningkatkan penerangan kepada masyarakat mengenai penyakit denggi yang kian menular di negara kita.  

Dato' Seri Abdul Hadi Awang [Marang] minta Perdana Menteri menyatakan apakah status keselamatan terkini di wilayah keselamatan yang ditadbir oleh Eastern Sabah Security Command (ESSCOMM) setelah berlakunya siri pencerobohan dan penculikan baru-baru ini.  

Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapakah statistik di seluruh negara jenayah gengsterisme yang berlaku di sekolah mulai 2010 hingga 2014. Apakah punca golongan ini terlibat dan langkah mengatasi yang diambil Kerajaan.  

Dato' Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta Perdana Menteri menyatakan sejauh mana Jawatankuasa Majlis Bencana Alam yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri untuk menghadapi masalah banjir dan El Nino. Adakah Kerajaan bercadang untuk mengimport beras untuk bekalan "bufferstock" beras negara.

Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [Kuala Terengganu] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan memandangkan fasa pertama pembinaan Pasar Baru Cabang Tiga, Kuala Terengganu jelas melanggar garis panduan Kementerian mengikut jawapan parlimen pada sesi awal 2014, adakah fasa kedua pembinaan tersebut yang melibatkan pembinaan jenis bangunan yang sama akan dihentikan melalui „stop work order‟ dari Kementerian.  

Dr. Mohd Hatta Md. Ramli [Kuala Krai] minta Perdana Menteri menyatakan sama ada pihak Kerajaan benar-benar berhasrat untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan jika benar, jelaskan tarikh sebenar ianya dicadangkan untuk dimansuhkan. - HARAKAHDAILY

Najib, adakah anda PM untuk semua rakyat atau golongan tertentu?

Posted: 13 Oct 2014 10:42 PM PDT




Oleh Ng Kee Seng


Adakah Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia atau hanya untuk Barisan Nasional, Umno dan dirinya sahaja? Semua rakyat Malaysia yang cintakan keamanan ternyata bingung dan terkejut dengan apa yang diucapkan Najib pada perhimpunan agung tahunan MCA pada Ahad lalu.

Untuk fanatik perkauman dan agama untuk mengucapkan apa yang dikatakannya dijangka. Tetapi dari seorang Perdana Menteri?

Najib memberitahu masyarakat Cina tidak membuat tuntutan jika mereka tidak dengan kedua-dua BN adalah menjijikkan dan menghormati kebebasan bersuara, pilihan dan Perlembagaan Persekutuan.

Nah, YAB Perdana Menteri, di mana undang-undang yang mengatakan tidak menyokong BN atau Umno adalah menyalahi undang-undang?

Mengapa bersusah payah untuk mengadakan pilihan raya umum jika rakyat Malaysia hanya perlu mengundi atau menyokong BN-UMNO?

Dalam nada yang sama, jika BN-Umno tidak bersedia untuk berkhidmat kepada semua rakyat Malaysia, iaitu hanya mereka yang menyokong BN-Umno, boleh semua orang-orang yang tidak menyokong itu tidak membayar cukai kepada kerajaan BN-Umno?

Minda anda, mereka yang tidak menyokong BN-Umno membayar jumlah yang sama cukai dijadualkan kerajaan. Mereka mengharapkan layanan yang adil. Mereka mengharapkan sebuah kerajaan yang adil dan saksama, bukan satu yang mendiskriminasikan untuk agenda politik.

Sejak, BN-Umno tidak mahu untuk berkhidmat semua rakyat Malaysia, maka mengapa mesti semua rakyat Malaysia membayar cukai?

Masalah dengan pentadbiran Najib yang dipimpin ialah BN-Umno terlalu sombong setelah berkuasa selama lebih daripada lima dekad.

Ia telah lupa bahawa ia adalah kerajaan yang dipilih oleh rakyat (orang) dan bahawa ia mempunyai kehilangan undi popular dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

BN-Umno telah lupa bahawa rakyat yang telah mengundi dan meletakkan mereka di Putrajaya. Sehubungan itu BN-Umno perlu memikirkan rakyat adalah bos mereka.

BN-Umno juga telah kehilangan deria rasa pentadbirannya. Ia tidak dapat membezakan di antara politik dan pengurusan tadbir urus telus.

Selepas memenangi pilihan raya, BN telah lupa bahawa tugasnya adalah untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara, bukannya diskriminasi rakyat Malaysia berdasarkan pilihan mereka.

Najib dan jentera kerajaannya hanya perlu turun ke  padang untuk mentadbir rakyat dan negara untuk kemakmuran sosio-ekonomi.

Bukannya hanya terus berpolitik dan membuat diskriminasi sewenang-wenangnya. Adakah Najib boleh memberitahu rakyat Malaysia mengapa mereka yang tidak mengundi BN harus menjadi mangsa diskriminasi?

Adakah ia haram, menyalahi undang-undang atau jenayah untuk mengundi mana-mana pihak lain selain daripada BN? Jika tidak, mengapa anda perlu mengambil ke atas rakyat Malaysia yang tidak mengundi BN?

Najib, anda telah menghina kerusi Perdana Menteri Malaysia dan anda pasti berhutang permohonan maaf kepada semua rakyat  yang cintakan keamanan Malaysia yang menghormati perlembagaan persekutuan.

Permata: Bimbang wujudnya sistem pendidikan dua darjat

Posted: 13 Oct 2014 10:37 PM PDT

SALMIYAH HARUN


KUALA LUMPUR: Peruntukan besar yang sering diberikan untuk program Permata Negara berbanding sekolah-sekolah kebanyakan dibimbangi wujudnya sistem pendidikan dua darjat.

Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof berkata, peruntukan yang diberikan kepada Sekolah Agama Rakyat di dalam Bajet 2015 sebanyak RM50 juta dan Sekolah Pondok RM25 juta.

"Apakah ini adil? Apakah asasnya kerajaan mengagihkan dana ini. Apakah ikut keperluan pelajar atau perkapita pelajar?

"Sedangkan Sekolah Agama Rakyat mempunyai lebih 2,000 buah sekolah di seluruh negara," katanya ketika membahaskan Bajet 2015 di Dewan Rakyat, petang semalam.

Beliau juga meminta kerajaan menjelaskan berapa ramai jumlah pelajar yang terlibat di dalam program Permata dan berapa peruntukan diberikam bagi setiap pelajarnya.

"Kita paling bimbang duit Permata adalah daripada cukai yang dibayar rakyat, dengan peruntukan begitu besar disalurkan kepada Permata," katanya yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.

Beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang tidak menggunakan dana itu untuk memperkasakan institusi pendidikan yang ada.

"Ada sekolah yang tidak ada tandas,  tidak ada elektrik. Kenapa perlu ada pihak yang bermewah-mewah dengan dana rakyat?" soalnya.

Di dalam Bajet 2015, kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM711 juta kepada Permata yang dinaungi  isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama Kementerian Pendidikan, Tabika Kemas dan Tabika Perpaduan bagi mengukuthkan pendidikan awal kanak-kanak.

Permata Negara yang dipertanggungjawabkan di bawah Jabatan Perdana Menteri mempunyai 82 buah pusat di seluruh negara manakala seramai 1,780 kanak-kanak yang yang  menghadiri di  pusat-pusat berkenaan seluruh negara. - HARAKAHDAILY

PAS Perak ucap takziah kepada Zambry

Posted: 13 Oct 2014 10:33 PM PDT

HARAKAHDAILY


IPOH: Seluruh saf kepimpinan PAS Perak merakamkan ucapan takziah kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta seluruh ahli keluarganya di atas pemergian ayahanda beliau pagi tadi.

"Kami berharap beliau dan seluruh ahli keluarga tabah serta bersabar dengan ketentuan ini dan didoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

"Semoga pemergiannya itu tidak mematahkan semangat beliau untuk terus memimpin negeri ini dengan adil dan penuh saksama," ujar Pesuruhjaya PAS negeri, Razman Zakaria (gambar) dalam satu kenyataan.

Ayahanda Zambry, Abd Kadir Muhammad, 73, atau lebih dikenali sebagai Pak Karim menghembuskan nafas terakhir pada 1.10 pagi di Hospital Desa Pangkor di Pulau Pangkor kerana serangan jantung.

Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Ketua Kampung Teluk Raja Bayang selama 23 tahun sebelum bersara pada tahun lepas. - HARAKAHDAILY

Projek baru tawar peluang pekerjaan di Kelantan

Posted: 13 Oct 2014 10:31 PM PDT

ASLANI M 


KOTA BHARU: Ribuan peluang pekerjaan menanti rakyat Kelantan apabila kilang simen dan kilang besi beroperasi di Gua Musang tidak lama lagi.

Kilang simen pada tiga tahun pertama beroperasi akan mengeluarkan simen sebanyak 2,000 metrik tan sehari dan selepas tiga tahun pengeluaran bertambah kepada 10,000 metrik tan.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, kedua-dua kilang tersebut menawarkan ribuan pekerjaan kepada rakyat Kelantan.

"Kilang besi yang membabitkan pelaburan antara RM350 juta hingga RM900 juta akan menyediakan sehingga 2,000 peluang pekerjaan.

"Kilang simen akan memberi pulangan hasil kepada kerajaan negeri sebanyak RM2.5 juta setahun dalam tempoh tiga tahun pertama beroperasi dan selepas itu meningkat kepada RM5 juta," katanya menjawab soalan Abdul Halim Abdul Rahman (PAS-Chetok) pada persidangan Dun hari ini.

Kilang simen membabitkan pelaburan RM1.2 bilion pula akan menyediakan lebih 500 peluang pekerjaan.

Selain itu kata beliau lebih 20,000 peluang pekerjaan diwujudkan melalui pembangunan bandar baru di Tunjung yang melibatkan 12 pelabur bernilai RM4.39 bilion.

Manakala projek dijalankan SensaTimur pula melibatkan pelaburan RM800 juta akan menyediakan kira-kira 5,000 peluang pekerjaan.

Menteri Besar juga berkata, kerajaan negeri akan meningkatkan punca hasil melalui perlombongan emas di Kampung Pulai Gua Musang.

Katanya, perlombongan tersebut yang dijalankan dalam tempoh Ogos 2011 sehingga 2013 telah menghasilkan emas yang bernilai RM29 juta.

"Dalam tempoh itu kerajaan negeri melalui PKINK mendapat bayaran tribute sebanyak RM2.2 juta dan royalti kepada Pejabat Tanah dan Galian pula sebanyak RM1.4 juta," katanya.

Menurutnya juga kerajaan negeri akan meningkatkan lagi peluang pekerjaan melalui projek mini hidro yang dilulus di Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli.

Manakala projek lain yang dirancang termasuk projek Bandar baru dan komersial di Lubuk Jong, Pasir Mas, Kota Seribong dan Jalan Raja Dewa di Kota Bharu yang akan menyediakan lebih banyak lagi peluang pekerjaan.

Sementara itu Datuk Mustafa Mohamed (BN-Air Lanas)ketika mengajukan soalan tambahan memberitahu kerajaan pusat menyediakan peruntukan sebanyak RM250 juta bagi membina enam pejabat kerajaan di Bandar baru Tunjung.

Menjawab soalan Adun terbabit Menteri Besar berkata, kerajaan negeri turut merakam ucapan terima kasih kepada Adun Air Lanas yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa da Industri membawa pelabur dari Korea melabur di Kelantan.

Bagaimanapun beliau berharap menteri terbabit berusaha untuk memastikan kerajaan pusat mewujudkan iklim pelaburan sempurna di Kelantan dengan menyediakan lebih banyak kemudahan asas.

"Lapangan terbang bertaraf antarabangsa dan pelabuhan cukup penting bagi menarik lebih ramai pelabur datang.

"Kerajaan negeri menjalin kerjasama erat dengan kerajaan pusat berasas peruntukan Perkara 9 Perlembagaan Negara," ujarnya. - HARAKAHDAILY

Kelantan bentang belanjawan sejahtera rakyat

Posted: 13 Oct 2014 04:31 PM PDT

SALMAH MAT HUSAIN 


KOTA BHARU: Kelantan membentang Belanjawan 2015 bertema Kesejahteraan Rakyat Keutamaan Negeri bagi merancakkan pembangunan ekonomi rakyat.

Selain itu memperkasa pembangunan insan berteras Islam, pembelaan golongan dhaif, OKU, armalah dan warga emas dan mengukuhkan keupayaan institusi serta badan pelaksanaan.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, perolehan hasil tahun hadapan dianggar berjumlah RM530.82 juta, manakala perbelanjaan mengurus sebanyak RM601.51 juta.

"Bajet Kelantan tahun 2015 merupakan belanjawan defisit berjumlah RM70.69 juta. Ia meningkat berbanding dengan anggaran defisit bajet 2014 yang  berjumlah RM10.39 juta.

"Keadaan ini berlaku disebabkan penyediaan bajet 2015 berdasar pendapatan yang diyakini bakal diperolehi," katanya ketika membentang Belanjawan 2015 di persidangan Dun hari ini.

Bagaimanapun kata beliau pendapatan jangkaan yang masih dalam proses penyelesaian iaitu royalti gas dan petroleum tidak dimasukkan dalam senarai hasil.

"Namun kerajaan negeri berharap royalti gas dan petroleum akan benar-benar menjadi punca hasil kepada Kelantan," katanya.

Anggaran hasil negeri 2015 meliputi cukai sebanyak RM173.04 juta, hasil bukan cukai sebanyak RM222.21 juta dan terimaan bukan hasil - RM135.57 juta.

Menteri Besar berkata, jumlah tersebut menunjukkan berlaku penurunan hasil sebanyak RM18.44 juta atau sebanyak 3.36 peratus berbanding anggaran hasil 2014.

Hasil tanah akan menjadi penyumbang terbesar dengan jumlah RM129.57 juta atau 24.40 peratus daripada keseluruhan jumlah hasil.

Ini berlaku peningkatan sebanyak RM24.13 juta dibanding anggaran belanjawan 2014.

Hasil tanah meliputi pungutan cukai tanah sebanyak RM42 juta, premium tanah  RM40 juta, bayaran pendaftaran RM6.74 juta serta bayaran gadaian sebanyak RM5.34 juta.

Manakala hasil perhutanan menyumbang sejumlah RM114.91 juta atau 21.65 peratus daripada keseluruhan jumlah hasil.

"Ia juga menunjukkan peningkatan sebanyak RM47.5 juta jika dibandingkan anggaran belanjawan tahun 2014 yang berjumlah RM67.41 juta.

"Hasil hutan meliputi royalti kayu-kayan yang akan menyumbangkan sebanyak RM30 juta, bayaran Jabatan Hutan sebanyak RM10 juta, permit lesen perhutanan menyumbang RM1 juta dan premium perhutanan sebanyak RM70 juta.

"Hasil perlombongan pula meliputi cukai galian, barite, bijih besi, manganese, feldspar dan emas akan menyumbang sebanyak RM 71 juta.

"Ini menunjukkan hasil perlombongan meningkat berbanding bajet lepas iaitu sebanyak RM29.5," katanya.

Menteri Besar juga berkata, selaras keputusan Kerajaan Persekutuan memperuntukkan Bantuan Khas Kewangan maka kerajaan negeri turut menyediakan peruntukan serupa.

Bantuan khas RM500

Pada 15 Julai lepas kerajaan negeri membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pegawai perkhidmatan awam sebagai menghargai khidmat mereka memacu program pembangunan negeri.

Kata beliau juga bangunan baru di Kompleks Kota Darulnaim yang membabit kos RM42.5 juta sedang giat dibangunkan dan dijangka siap tahun hadapan. Manakala pembinaan Pejabat Tanah dan Jajahan Kecil Lojing yang melibatkan kos sebanyak RM1.2 juta dijangka siap hujung tahun ini.

Selain itu kerajaan negeri menyediakan peruntuk sejumlah RM75.5 juta bagi menyedia kemudahan infrustruktur untuk keselesaan rakyat.

Peruntukan tersebut meliputi sebanyak RM54.5 juta bagi penyediaan infrastruktur asas dan RM21 juta disediakan kepada JKR Negeri.

"Kemudahan infrastruktur disediakan bagi merancakkan pembangunan ekonomi rakyat," ujarnya. - HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: