Khamis, 30 Oktober 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


PAS takut dengan bayangan sendiri...nampak bayang disangka hantu...

Posted: 30 Oct 2014 03:03 PM PDT


PasMa semakin berkembang dalam PAS walau diharamkan Majlis Syura

 Ketika rasa tidak puashati terhadap konservatif dalam PAS semakin merebak, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) kini berkembang pesat dengan penubuhan cawangan di semua negeri walaupun Majlis Syura Ulama parti itu melarang ahlinya terlibat dengan kumpulan itu.

 The Malaysian Insider diberitahu, PasMa kini telah melantik pemimpin di setiap negeri dan sedang merancang membuka pejabat tetap dan melantik kakitangan sepenuh masa mengendalikan perkembangannya.

Orang ramai yang memenuhi sebuah dewan hotel di Kangar, 
 September lalu dalam satu majlis anjuran PasMa. – 
 Gambar Facebook Zokharnain Abidin, 30 Oktober, 2014.  

Di Terengganu, negeri presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di mana kumpulan ini berdepan dengan tekanan paling hebat, hampir kesemua daerah di negeri itu telah mempunyai pemimpin PasMa, begitu juga Kedah di mana terdapat pemimpin PasMa di semua daerah.

 "Kita bukan pertikai Majlis Syura. Apa yang berlaku ada kenyataan bercanggah antara kenyataan Setiausaha Agung PAS dengan Syura.

 "Setiausaha Agung kata tak salah sertai PasMa kerana hanya sebuah NGO, MSU pula nasihatkan jangan," kata Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi, merujuk kepada kenyataan Datuk Mustapha Ali yang berkata PasMa hanya sebuah NGO.

Phahrolrazi  berkata, terserah kepada pemimpin PAS menguruskan percanggahan arahan ini, sambil menambah pihak yang berhak mentafsirkan perlembagaan parti adalah Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS.

 Sementara itu, AJK PAS Pusat, Khalid Samad akan menyertai program PasMa di Ipoh 8 November ini manakala rakannya, Dr Dzulkefly Ahmad akan menyertai program di Temerloh 15 November ini bersama Tengku Puji Tengku Abdul Hamid, bekas pemimpin PAS yang kini dilantik mengetuai PasMa Pahang.

 Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, setiap ahli berhak menyertai mana-mana pertubuhan bukan kerajaan, dan PAS tidak boleh menghalang sekiranya ada ahli mahu sertai program PasMa.

 "Namun, Majlis Syura sudah mengeluarkan arahan atau mungkin disebut sebagai nasihat melarang untuk ahli sertainya. Maka keadaan ini mungkin mencetuskan keraguan dan keresahan ahli-ahli PAS.

 "Oleh itu elok diadakan diskusi antara kedua-dua pihak bagi mencari jalan penyelesaian," kata Salahudin sebagaimana dilaporkan Sinar Harian.

 Pada 12 Oktober lalu, Majlis Syura, badan tertinggi dalam PAS, menasihatkan semua ahli PAS jangan terlibat dengan kumpulan ini.

 Setiausahanya, Nik Zawawi Salleh berkata larangan ini selari dengan peringatan Hadi dalam ucapan penutup di Muktamar PAS ke 60 di Batu Pahat, Johor, bulan lalu.

 Dalam ucapan yang sangat berbeza dengan ucapan pemimpin utama PAS sebelumnya, Hadi memberikan amaran keras terhadap perpecahan yang semakin teruk dalam PAS yang disifatkannya sebagai "jemaah dalam jemaah" di dalam parti itu.

 Beliau kemudiannya mempertahankan keputusan Majlis Syura melarang penglibatan ahli PAS dalam PasMa, dan berkata ia berasaskan aduan di peringkat negeri mendakwa salah laku ahli PasMa.

 Tetapi Setiausaha Agung PasMa, Mohd Taib Ahmad menafikan dakwaan PasMa adalah parasit kepada PAS dan tuduhan bahawa mereka mendaftar sebuah parti baharu.

 "Itu merupakan sesuatu yang dikehendaki musuh supaya dapat pecahbelah PAS, supaya Barisan Nasional kekal. Ia strategi yang ditunggu-tunggu oleh BN supaya PAS pecah," katanya kepada The Malaysian Insider. Phahrolrazi pula menegaskan, PasMa akan terus kekal sebagai NGO dan menjadi pemerhati dan pengkritik kepada Pakatan Rakyat atau Pakatan Watch.

"Kita akan kekalkan PasMa. Jika jadi parti, akan berlaku kekosongan peranan itu," katanya merujuk kepada peranan yang mahu dimainkan PasMa iaitu memantau Pakatan Rakyat khasnya PAS agar sentiasa berada di landasan betul.

 Pertemuan pertama PasMa dibuat pada Hari Merdeka lalu di kemuncak krisis menteri besar Selangor bagi memastikan PAS terus kekal dalam Pakatan Rakyat.

Lebih 100 ahli PAS bertemu di Kota Bharu hari itu dan menubuhkan PasMa di kala spekulasi bertiup kencang PAS akan bersama Umno membentuk kerajaan di Selangor bagi menyelesaikan krisis itu.

 Tetapi menurut pengkritik PasMa yang kebanyakan terdiri dari kumpulan pro-ulama, PasMa dipimpin dan disertai oleh ahli PAS yang kecewa dan tidak mendapat tempat dalam parti itu.

 Taib menolak dakwaan itu.

 "Orang yang kecewa akan duduk diam, tetapi pejuang akan terus berjuang," katanya.

Bagi beliau, ada usaha musuh PAS menarik parti itu keluar Pakatan Rakyat.

"Ada usaha musuh-musuh untuk bawa PAS keluar dari PR, PasMa akan dedahkan usaha jahat musuh ini. Kita ada bukti-bukti kukuh," tambahnya. – 30 Oktober, 2014. SUMBER

Tragedi Kg Chubadak - teguran ikhlas dari anak muda

Posted: 30 Oct 2014 09:00 AM PDT

Sekadar gambar hiasan

Ini satu teguran ikhlas dari anak muda kepada pimpinan mana-mana parti politik. Isu robohan Kampung Chubadak bukanlah isu baru, sepatutnya sudah mampu diselesaikan atau paling tidak dibawa ke Parlimen.

 Ini tidak, rumah sudah roboh barulah nampak muka. Datang melawat orang kampung bagi sumbangan kemudian ambil gambar letak di FB kononnya akulah yang paling berjiwa rakyat. Tidak salah untuk menempel muka sebegitu rupa, tapi biarlah sepadan dengan tindakan yang sekufu dengan jawatan kita. 

Tolonglah fikir jauh sedikit, agak-agak sampai bila kita ingin bersikap sedemikian rupa. Apa guna jadi ahli Parlimen kalau gagal bawa isu rakyat untuk dinasionalkan? Bawa isu ini ke Parlimen, bahaslah berdasarkan Tanah Rizab orang Melayu ataupun Akta Tanah Negara. 

 Kalau tidak, kita akan sibuk mengulangi kitaran yang sama yang sudah boleh diramal. Rumah diroboh - Kecoh di media - politikus datang tunjuk muka - Isu tidak selesai - Rumah diroboh balik - Kecoh balik -

Datang tunjuk muka balik. Aduhai, malanglah kalau lebih ramai ahli parlimen yang bersikap populis dan sibuk meraih kredit politik sedang masalah tidak selesai-selesai pun. ~  Abdul Muqit Bin Muhammad

Inilah Akibatnya cium mulut

Posted: 30 Oct 2014 05:32 AM PDT

Inilah padahnya, wanita tu dah sebulan tak gosok gigi...
(gambar jenaka sebagai hiasan sahaja)
Wartawan Sinar Harian
 October 30, 2014 JOHOR BAHRU - Akibat mencium mulut seorang wanita minggu lalu, seorang penganggur menerima padah apabila dihukum penjara dua bulan Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

 Tertuduh, Dall Zakaria, 26, di sini, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Sri Pandan, di sini, pada jam lebih kurang 5.00 petang, 25 Oktober lalu.

 Mengikut kertas pertuduhan, Dall didakwa menggunakan kekerasan jenayah, mencabul kehormatan seorang wanita, Nor Baizura Mahat, 29 dengan mencium mulut.

 Majistret Mohd Azlan Shah Allias menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati tertuduh bersalah di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.SUMBER

Saifol : 3 hari bontot tak basuh tapi spenda dibasuh?

Posted: 30 Oct 2014 12:33 AM PDT


Ikut pengakuan Saiful, 3 hari dia tak mandi, 3 hari dia tak berak, 3 hari dia tak kentut; semata-mata mahu menyimpan bukti yang ada dalam bontotnya. Kah! Kah! kah!

Liwat II: Hari ke-3 sorot isu DNA, seluar dalam

Berikut laporan langsung daripada Putrajaya:

8.00am: Setakat ini, hanya 16 orang penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan di perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya pada hari ketiga kes rayuan liwat II.

 Berbanding sebelum ini, tiada kumpulan penyokong yang bersorak atau membawa sepanduk bagi menyatakan sokongan mereka kepada Anwar.

 Pada ketika ini, perkarangan Istana Kehakiman hanya dipenuhi oleh para wartawan dan anggota polis.

8.55am: Terdapat wakil daripada pelbagai kedutaan di mahkamah, termasuk Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom dan Kesatuan Eropah.

9.10am: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk ke mahkamah.

  Isteri, anak-anak dan bapa mertunya turut berada di dalam untuk mengikuti perjalanan kes.

9.25am: Ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah masuk ke dalam mahkamah. Mahkamah bersiap untuk bermula dan Anwar kelihatan berbincang sesuatu dengan ketua pasukan pembelaan Gopal Sri Ram. Dewan mahkamah penuh.

9.36am: Prosiding mahkamah bermula selepas Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria dan empat lagi panel hakim kes itu mengambil tempat.

 Ram teruskan penghujahannya yang tertangguh semalam.

9.38am: Ram Karpal berhujah berhubung penemuan 18 alel (allele), yang sepatutnya dilaporkan.

 "Ini sepatutnya dilaporkan. Ini bermaksud ia tercemar dan dan kita tidak tahu siapa.

 "(Ahli kimia) Dr Seah Lay Hong (kiri) gagal ikut garis panduan (dia sepatunya melaporkan)."

 9.51am: Peguam bela Ram Karpal berkata 18 alel juga ditemui di tuala yang diambil daripada lokap.

 "Kehadiran 18 alel mustahil daripada doktor yang memeriksanya. IO (pegawai penyiasat) mungkin telah mencemarkannya.

 "Perkara ini patut disiasat lanjut. Ahli kimia Nor Aidora Saedon juga tidak menyiasat kehadiran 18 alel itu."

 Selain tuala, profil DNA 18 alel juga ditemui di dubur Saiful.

 "Fakta menunjukkan 18 alel di sini (tuala) dan juga B9 (sapuan pada rektum tinggi Saiful) yang diperiksa Seah, berasal daripada orang yang sama – mungkin IO – yang mencemarkan kedua-dua eksibit."

 10.07am: Ram Karpal berkata, saksi pakar pasukan pembelaan dalam perbicaraan setuju bahawa 18 alel itu patut dilaporkan.

 "18 alel itu bukan milik 'Lelaki Y'."9 Katanya, sampel-sampel itu mungkin dicemari DNA pihak ketiga yang diuruskan oleh pegawai penyiasat Jude Periera.

Seah, jelasnya, menerima sampel (Saiful) dan juga seluar dan seluar dalam daripada Pereira pada 30 Jun dan 1 Julai 2008, yang kemudian menemui kesan air mani pada B5, B7, B8 dan B9.

10.20am: Ram berkata, tiada sebab untuk Jude membuka semula spesimen apabila kembali ke pejabat kerana ia ditutup secara berhati-hati oleh doktor HKL.

 Jude, tambahnya, membuka P27 (beg plastik mengandungi sampel daripada Saiful).

 "Ia (sampel) mungkin dikompromi," katanya.

 "Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mempertahankannya dengan berkata Jude mengikuti Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO).

 Ram berkata, Jude ditanya berhubung IGSO dan pegawai penyiasat setuju bahawa dia tidak mengikutinya dengan teliti.

 "Dia tutup semua bekas dan letakkannya secara berasingan dalam beg plastik berbeza dan tutup setiap beg plastik dan masukkan dalam beg plastik lebih besar (P27), yang ditutup sekali lagi."

10.30am: Anggota parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar masuk ke mahkamah dan duduk sebelah adik perempuannya.

 Ram Karpal teruskan penghujahan dengan berkata apa yang berlaku merupakan isu serius pencemaran bahan.

 Katanya, pegawai penyiasat Jude Pereira juga mengaku bahawa IGSO tidak benarkannya membuka eksibit yang sudah ditutup.

 "Garis panduan IGSO direka bagi memastikan integriti eksibit tidak dikompromi dengan memastikan ia dilabel berasingan dan tidak bercampur dengan eksibit tidak berkaitan."

 Hakim Tan Sri Suriyadi Halim Omar, salah seorang hakim Mahkamah Persekutuan bertanya sama ada dia mencemarkan keseluruhan sampel atau hanya membuka plastik beg besar.

 Ram berkata ia dikira keseluruhan sampel sebagai kesan daripada tindakan itu.


10.45am: Penyokong Anwar semakin bertambah. Kira-kira 100 orang kini berada di perkarangan Istana Kehakiman.

 Mereka hanya duduk dan berborak sesama mereka.

 Turut kelihatan ialah Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang hadir ke Istana Kehakiman bagi mengikuti perkembangan kes rayuan liwat II.

 Bagaimanapun, tiada pemimpin PKR kelihatan pada waktu ini.

 Selain penyokong, terdapat juga peniaga yang mengambil peluang menjual kemeja-T bertulis "Rakyat Hakim" Negara kepada orang ramai.

10.50am: Ram berkata terdapat penyalaharahan yang menyebabkan kesilapan mahkamah ketika Mahkamah Rayuan tidak mengambil kira perkara itu.

 Beliau kemudian berhujah, doktor Pusrawi Dr Mohd Osman Abdul Hamid patut dipertimbangkan, dan jika dia tidak bercakap benar dalam kes pembelaan, pendakwaan boleh mengetahui dan mencabarnya.

 "Bagaimanapun, keterangan Dr Osman tidak dibantah, walaupun dia menyatakan Saiful mengadu sakit di dubur selama seminggu dan plastik dimasukkan dalam dubur Saiful."

11.40am: Ram berkata, doktor HKL tidak menemui sebarang tanda koyakan atau atau luka akibat mempertahankan diri daripada Saiful.

 Justeru, kata Ram, terdapat keraguan terhadap tembusan faktum pada Saiful.

 Peguam bela juga berkata, Dr Mohd Osman (kanan) mendapat duburnya dalam keadaan normal.

 "Bagaimana kamu temui air mani dalam rektum apabila tiada terdapat bukti tembusan (penetration)," katanya.

 Katanya, perkara itu hanya boleh ditemui jika sampel berbeza digunakan.

 Justeru, katanya, hakim perbicaraan dan hakim mahkamah rayuan terkhilaf dengan menjangkakan sampel yang betul ditemui.

11.50am: Ram berkata, Saiful mendakwa kejadian liwat itu berlaku lima minit (ketika memberi keterangan) tetapi memberitahu Supt Jude dan doktor HKL bahawa ia berlaku selama 30 minit.

 "Jika begitu (tempoh) lebih lama, akan terdapat tanda-tanda kecederaan.

 "Ia menimbulkan keraguan jelas pada testimoni Saiful," katanya.

 12.00pm: Ram berkata, laporan pro forma di hospital menunjukkan Saiful melawan tetapi tiada luka akibat mempertahankan diri.

 "Empat doktor, termasuk tiga daripada HKL, menyatakan tiada tanda-tanda kecederaan.

 "Saiful berkata beliau diperlakukan secara kasal, menyebabkan kesakitan luar biasa tetapi tiada kecederaan."

 12.05pm: Terdapat sedikit kekecohan apabila Ronnie Liu daripada DAP ditahan daripada memasuki mahkamah kerana tidak mempunyai pas masuk.

Katanya, beliau sudah dua minggu memasuki mahkamah tanpa pas dan justeru tidak harus ditahan.

 Sementara itu, dalam mahkamah, Ram bertanya, bagaimana air mani boleh ditemui dalam rektum sedangkan tiada tembusan.

Katanya, satu-satunya kesimpulan yang boleh dibuat, ia bukan sampel yang sama.

12.10pm: Ram berkata, tiada kesan air mani pada seluar Saiful selepas insiden itu.

 Hakim Suriyadi bertanya jika terdapat bukti bahawa seluar dalam Saiful dibasuh.

 Ram berkata, seluar dalam Saiful yang digunakan pada hari insiden dibasuh tetapi kesan mani ditemui pada seluar dalam lain, yang tidak digunakannya pada hari itu.

 "Jika kesan mani ditemui pada seluar dalam sebelum itu, ia patut sama dengan kesan pada seluar yang digunakannya pada hari insiden," tambahnya.

 Ram berkata, ahli kimia kerajaan berat sebelah apabila tidak mahu menjawab soalan oleh peguam bela.

 12.25pm: ‎Ram berkata, sel sperma tidak dipisahkan dengan betul oleh Jabatan Kimia.

 Katanya, bukti DNA dan bukti saintifik tidak boleh dipercayai dan dengan itu tiada pentahkikan terhadap dakwaan Saiful diliwat.

 Ram tamatkan penghujahan. Sangget pula sekarang membangkitkan berkaitan diari lokap ang menunjukkan keadaan sel Anwar.

 12.40pm: Sangeet menunjukkan sel didiami Anwar kotor sebelum dia memasukinya.

 Dia juga tunjukkan tandas dalam sel itu dan ketiadaan sinki. Katanya, sinki terletak di luar sel.

 Hakim Abdull Hamid sebelum itu bertanya berhubung testimoni polis yang saling bertentangan bahawa Anwar didengar memberus gigi, yang berbeza dengan penghakiman di Mahkamah Tinggi bahawa Anwar dilihat memberus gigi.

 "Ini menunjukkan bahawa Anwar tidak boleh memberus gigi di luar kerana sinki berada di luar sel," kata Sangeet.

12:55: Mahkamah ditangguhkan untuk makan tengah hari dan pendakwaan pada sebelah petang, tetapi Shafee  meminta supaya dibuat pagi esok. Katanya, beliau bercadang untuk menyelesaikannya esok juga. Para hakim membincangkan permintaan itu.


1:00pm: Ketua Hakim Arifin membenarkan permintaan Shafee itu untuk mengemukakan esok dan pembelaan untuk membalas pada Isnin. Mahkamah ditangguhkan untuk hari itu.

Laporan penuh menyusul] Laporan tambahan Zulaikha Zulkifli.

Bagaimana DNA orang ketiga boleh terdapat pada barangan DSAI?

Posted: 29 Oct 2014 09:49 PM PDT

Peguam bela Ramkarpal Singh, meneruskan penghujahannya pada rayuan Liwat II, mempersoalkan bagaimana DNA orang ketiga ditemui pada item yang disita daripada lokap di mana orang yang didalamnya hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Ram berkata kehadiran DNA asing dengan jelas menunjukkan bahawa ada pencemaran.

 Item ini telah dikenal pasti sebagai alel 18. 

 Walau bagaimanapun, alel 18 bukan milik pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, atau untuk "Male Y", yakni Anwar. 

 Merujuk kepada ahli kimia kerajaan, Ramkarpal berkata, perkara itu sepatutnya telah dilaporkan oleh ahli kimia kerajaan, Siti Aidora Saedon, yang melakukan profil pada item lokap. 

 Walau bagaimanapun, ia telah gagal untuk berbuat demikian.

 Mengulangi maksudnya, Ramkarpal berkata bahawa ia adalah aneh bahawa DNA orang ketiga ini boleh dijumpai ketika Anwar adalah satu-satunya orang di dalam lokap itu. SUMBER

Meh sini sat, macai -macai Zulkifli Kulum!

Posted: 29 Oct 2014 06:39 PM PDT

 Aku ingat Nik Abduh dari PAS tu saja yang dah jadi macai Perkasa.... Rupa-rupanya member dari PKR pun ada juga.... hairanlah juga aku bila jengok blog ini - penyokong kuat PR suatu ketika dulu, tapi dah jadi macai Zulkifli Kulum pula dah. 

Ini semua gara-gara marahkan kepada Anwar dan terlalu kasihkan MB lama si Khalid Ibrahim.... alahai... takkanlah sampai macam tu punya bingai sampai dah tak kenal mana musuh dan mana kawan...Ni aku ada cerita untuk kamu  macai-maci Perkasa hazamkan!


(Malay Mail Online) - Sokongan untuk pelantikan kontroversi Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai peguam utama membela Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam berprofil tinggi liwat rayuan yang terakhir itu datang dari sumber yang tidak dijangka pada hari ini, sebagai peguam yang diupah oleh kerajaan untuk membawa pihak pendakwaan itu berkata tidak ada yang salah dengan seorang hakim bersara berdiri di sisi lain daripada Bar lagi. 

Peguam swasta terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu pemberita bahawa Anwar mempunyai hak untuk memilih sesiapa yang dia ingin menjadi peguam, termasuk bekas hakim, dan menambah bahawa Gopal juga mempunyai kebebasan untuk menerima pekerjaan. 


 "Saya tidak fikir kita boleh menyekat sesiapa termasuk seorang bekas hakim. Ia adalah pilihannya. 

 "Malah, Ketua Hakim Negara telah membuat komen mengenai perkara ini, tidak ada sekatan di sini," kata Muhammad Shafee di Istana Kehakiman di Putrajaya, selepas Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan Anwar terhadap sabitan liwat ditangguhkan  ke esok (hari ini).

Tiada ulasan: