Khamis, 2 Oktober 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Rakaman perbualan Ustaz Samseng ugut Safwan Anang

Posted: 02 Oct 2014 08:54 AM PDT

ABANG LONG FADIL. Bila ostad ni bangga claim dirinya sebagai Abang Long Fadil dengan merujuk filem lakonan Zizan Razak aku tak pasti sama ada dia benar benar mewarsi watak Zizan Razak dalam filem tersebut atau dia memang tak tahu apa apa pun tentang filem tersebut.

 Filem Abang Long Fadil sebenarnya adalah kesinambungan dari filem KL Gangster yang di komidikan.

 Mengisahkan Fadil yang berangan angan hendak menjadi abang besar dalam gangster.

 Seperti wataknya dalam filem KL Gangster yang hanya berani jika Malik ada bersama samanya dalam filem ini juga fadil yang kebetulan di angkat menjadi abang long kerana membunuh abang long kawasan tersebut. Kisah yang sebenarnya Fadil bukanlah membunuh abang long tersebut tapi kebetulan di ketika Abang Long tersebut hendak memukul Fadil dia telah di serang sakit jantung dan mati di situ.

 Pengikut abang long tersebut yang baru tiba di situ menyangkakan Fadil lah yang membunuh boss mereka lalu dia di angkat mengantikan boss mereka.

Fadil bukanlah seorang yang berani tetapi beliau sentiasa di bayangi dengan bayang bayang Malik yang ketika itu berada di penjara. Hidupnya sebagai abang long hanyalah angan angan di samping di belakangnya ada seorang pemuda yang bernama Adam.

Perbualan Samseng Kampung Dusun mengugut 
dan mengherdik Safwan Anang

Maka adalah tidak di ketahui mengapa ostad ini claim dirinya adalah Abang Long fadil dengan menjadikan poster filem ini sebagai kebanggaannya.

 Ada dua perkara saja.

1- Ostad ni memang pelawak macam watak Zizan dalam filem ni
2- Ostad ni tak tau apa apa pun....

Nasrudin Tantawi, Hang tunggu sat, Writ Saman nak mai !

Posted: 02 Oct 2014 06:00 AM PDT

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng masih meneruskan saman ke atas MP PAS, Nasrudin Hassan yang mempersoalkan satu projek pembinaan terowong bawah laut bawah kerajaan negeri itu.

 Peguamnya, Mureli Navaratnam berkata writ dan kenyataan tuntutan telahpun difailkan dan dikemukakan ke pada semua pihak pada 20 Ogos lalu.

Penjelasan itu timbul susulan dakwaan bahawa beliau telah menggugurkan saman ke atas Nasrudin.

 "Ketika pengurusan kes, kami dimaklumkan bahawa kami dengan tidak sengaja tidak menandatangani writ tersebut.

 "Atas kesilapan teknikal di pihak kami itu, kami memohon maaf kepada KM," kata Mureli dalan kenyataannya.

 "Dokumen kes tersebut akan dikemukakan pada peguam Nasrudin sebaik ia dikeluarkan dari mahkamah," katanya.

 Nasrudin dalam tulisannya di Facebook pada 6 Ogos lalu mempersoal mengapa Menteri Besar Selangor pada masa itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dikecam berhubung projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex).

 Anggota jawatankuasa pusat PAS itu turut mempersoalkan mengapa tindakan sama tidak ditujukan kepada Guan Eng dalam pembinaan terowong dasar laut yang didakwanya diberikan secara rundingan terus.


komen menarik pembaca

Hucare Hucare : apa-apa projek kerajaan, pihak audit yang buat siasatan kalau tiada penyelewengan maka tiada cacat cela pada projek tersebut. Nampaknya dalam projek tersebut pihak audit dah buat siasatan dan didapati tiada unsur yang meragukan, maka kita nantilah hukuman apa si lebai malang ini akan terima.

Mnazrima Mdb :Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana...

Margono Gombal : LGE dah bagi 6 bulan utk Nassaruddin memohon maaf , krana tuduhan itu tidak bnar dan tidak brasas...tapi Nasaruddin langsung tak ambil indah..inilah akibat sombong bodoh..dlm PR tapi mngutuk PR..Sama dgn persiden nya pun mcm tu juga,

Tg Hakimie Rizal : Bkn xdk kompromi..org dh bg pluang utk mnta maaf tk nk..nk tnjuk bebal bodoh sombong.

Berita yang merimaskan Hj Hadi dan menantunya...

Posted: 02 Oct 2014 01:00 AM PDT

MP gesa Azmin kaji jawatan abang Raja Petra

MP Kuala Langat menggesa Menteri Besar Selangor, Azmin Ali agar mengkaji semula kedudukan abang kepada penulis blog Raja Petra Kamaruddin - Raja Idris – dalam beberapa syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) dengan prestasi yang didakwa kurang memberangsangkan.

 Abdullah Sani (bawah) membuat cadangan itu sewaktu menggesa Azmin menyemak semula prestasi-prestasi GLC negeri yang tidak menunjukkan prestasi yang baik kebelakangan ini.

 Beliau mengambil contoh penutupan Hotel Quality Shah Alam di bawah Kumpulan Darul Ehsan dan prestasi kewangan Kumpulan perangsang yang menurutnya berada dalam keadaan kurang memuaskan.

 Raja Idris, 60 tahun, seorang warga British adalah pengerusi Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (KPSB) dan Kumpulan Hartanah Selangor Bhd (KHSB), serta perunding eksekutif merangkap penasihat Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB). "Saya melihat latar belakang ini termasuklah kedudukan Yang Mulia Raja Idris jika perlu, dikaji semula kedudukan beliau untuk mengangkat martabat Selangor," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR.

 Pelantikan Raja Idris ke dalam GLC negeri pada tahun 2012 turut mencuri perhatian pemimpin-pemimpin BN Selangor yang mempertikaikan tindakan kerajaan negeri melantik seorang warganegara asing untuk mengetuai GLC.

 Raja Idris pada masa itu mempertahankan pelantikannya atas alasan beliau adalah seorang kerabat diraja Selangor dan pelantikannya diperkenan oleh sultan Selangor.SUMBER

Bantuan untuk warga emas di kawasan Khalid akan diteruskan

Posted: 01 Oct 2014 11:40 PM PDT

Diterbitkan: Oktober 2, 2014

PKR hari ini berkata pembiayaan program negeri untuk warga emas di kawasan pilihan raya di bawah bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan diteruskan, tetapi akan dilakukan oleh penggantinya Mohamed Azmin Ali.

 Ketua Bahagian Bandar Tun Razak PKR Azman Abidin dalam laporan The Star Online hari ini berkata kenyataan oleh pembantu Khalid Faekah Husin bahawa Selangor telah dibekukan skim ini di kawasan Khalid adalah tidak benar.

 "Bendahari Negeri telah memaklumkan kepada wakil daripada kawasan Parlimen Bandar Tun Razak bahawa Khalid kini calon bebas dan tidak lagi dari Pakatan Rakyat, beliau tidak layak untuk memegang Skim Mesra Usia Emas (SMUE)," katanya yang dipetik sebagai berkata.

 "Sebaliknya, peruntukan ini akan disalurkan melalui DUN Angkat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri. The Angkat DUN akan mengadakan peruntukan bagi kawasan Parlimen Bandar Tun Razak.

 "Bagi kawasan Dewan Undangan Negeri di Pelabuhan Klang, peruntukan ini akan diserahkan kepada penyelaras kerusi negeri yang akan dilantik oleh Menteri Besar tidak lama lagi."

 Azman yang juga bekas setiausaha politik Khalid, dilaporkan berkata bahawa ini adalah satu proses biasa, menafikan bahawa skim bantuan yang telah dibekukan berikutan arahan daripada Azmin.Baca lagi di sini

Komen : Kalau Khalid dah tak dapat nak bagi perkhidmatan kepada orang-orang di kawasannya , eloklah Khalid lepaskan Dun Pelabuhan Kelang dan Parlimen Bandar Tun Razak...tunggu apa tunggu?

Perasan seorang bakal MB tak jadi.....

Posted: 01 Oct 2014 09:53 PM PDT

Kegaglannya untuk jadi MB Selangor suatu ketika dulu tidaklah menjadikannya berputus asa...masih lagi berangan dirinya seolah-olah MB yang sepatutnya...

Itulah perasan namanya!Dia kata Zaidy tu layak pegang portfolio agama menggantikan tempata lamanya dulu tu...Alahai, Zaidy tu kan baru dilantik jadi exco ...biarlah dia buktikan kemampuannya dahulu....


Tiga Adun Pas Selangor layak dapat portfolio kanan

Jika Pas masih diketepikan, katanya, sudah tiba masanya parti itu bangkit membawa usul kepada peringkat Pusat supaya keluar daripada PR.

 "Sudah dua kecacatan yang dilakukan Mohamed Azmin di mana pertama, beliau mengurangkan kuota Exco Pas daripada empat menjadi tiga. Keduanya apabila beliau menawarkan jawatan timbalan speaker yang dilihat peranannya tidak kuat untuk membawa perjuangan.

 "Dan jika berlakunya kecacatan ketiga pula di mana Pas tidak diberikan portfolio peringkat kedua, saya rasa sudah sampai ke kemuncaknya apabila Pas Selangor perlu memikirkan membawa usul keluar PR.

 "Saya yakin apabila Pas tidak dapat portfolio kanan, exco, ahli Pas malah penyokong pun tidak reda perkara itu berlaku kerana ia menampakkan kelemahan Pas satu persatu. Pas perlu bangkit mempertahankan maruah," katanya.

 Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu juga berkata, kemungkinan Pas keluar daripada PR bukan lagi perkara yang mengejutkan kerana ia telah dibayangi golongan pemuda dan ulama parti itu sebelum ini ketika krisis Menteri Besar Selangor sedang memuncak.

 Dalam isu portfolio exco baharu katanya, Pas paling layak memegang exco agama dan infrastruktur bagi mengelakkan Selangor menjadi bandar 'johan' menyumbang kepada penyakit sosial yang selalunya berlaku di kawasan pembangunan pesat.

 Hasan berkata, Adun Taman Templer, Zaidy Abdul Talib dirasakan layak memegang portfolio itu kerana beliau aktif dalam gerakan memperjuangkan Islam. Baca sepenuhnya di sini

Maklumat berkaitan:

Pada 18 Januari 2012, Dr Ahmad Yunus dilantik sebagai Exco negeri Selangor menggantikan Dr Hassan Ali yang dipecat dari PAS pada 8 Januari 2012.

 Dr Ahmad Yunus mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam . Beliau dipertanggungjawabkan terhadap Kebudayaan Melayu, Belia dan Sukan negeri Selangor.

 Hassan Ali sebenarnya menjadi Pengerusi Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. Calon pilihan iaitu Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman menolak jawatan tersebut.


Portfolio Exco Kerajaan Negeri Selangor

 Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kewangan, Pembangunan Tanah, Pengurusan Sumber Alam, Majlis Tindakan Ekonomi Selangor dan Penerangan dipegang Menteri Besar Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian (IKS) & Perdagangan dan Pengangkutan - Datuk Teng Chang Khim 

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar - Iskandar Abdul Samad. 

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongann, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna - Elizabeth Wong.

 Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baharu - Ean Yong Hian Wah.

 Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi - Dr Ahmad Yunus Hairi.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita & Keluarga - Dr Daroyah Alwi.

 Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang - Ganabtirau A/L Verman.

 Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains & Teknologi dan Inovasi - Nik Nazmi Nik Ahmad.

Pengerusi Jawtankuasa Tetap Pembangunan Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan - Amirudin Shari.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrstruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani - Zaidy Abdul Talib. - HARAKAHDAILY

Azmin beku peruntukan kawasan Parlimen dan DUN Khalid, kata Faekah

Posted: 01 Oct 2014 05:00 PM PDT

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali didakwa membekukan saluran peruntukan kawasan Parlimen Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang yang disandang bekas menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata Faekah Husin.

 Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar (MBI) itu mendakwa, Bendahari Selangor mengeluarkan arahan pada 25 September lalu supaya membekukan akaun bank Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di dua kawasan terbabit.

 "Saya percaya ia dibuat atas arahan Azmin," katanya dalam kenyataan hari ini. Baca lagi di sini

Saypol Chegu Pin Pangkor : Sudah tentulah dibekukan sehingga ada Penyelaras DUN ambil alih tugas tersebut kan ADUN ni dah BEBAS tak lagi dalam PAKATAN RAKYAT kecuali ada endorsement dia masuk PAKATAN RAKYAT maka di ADUN yang menguruskan program negeri Tak usah lah ini jadikan issu ini hal pentadbiran cari isu lain lah kakak

Abi Deen : yang dibeku hanya peruntukan yg termaktub untuk ADUN yg dibawah kerajaan PR, bila dipecat dan jadi ahli bebas, hanya tinggal peruntukan seperti yg dinikmati oleh pembangkang yg lain.

Shnakrz Mari : I Tanya , Ada ahli parliament pembangang mendapat peruntukan Dari federal government.

Seniman Wp:Pembekuan akaun bank Skim Mesra Usia Emas dn lain2 peruntukan amat bertepatan skli sbb TSKI adalah wakil rakyat bebes,keculai budi bicara dn ehsan drp YAB MB S'gor sahaja,seperti juga amalan yg d lakukan oleh Krjn UMNO/BN terhdp wakil2 rakyat PR d seluruh Kawasan pilihan raya d Msia.TSKI dn Faekah terimalah hakikat ini.

Tiada ulasan: