Ahad, 19 Oktober 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Wahai Tuan Man.... ketahuilah siapa syaitan itu

Posted: 19 Oct 2014 09:00 AM PDT


Berikut ini adalah tulisan ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. Aku cuma cuba tolong bagi sedikit pencerahan ikut apa yang aku fahamlah...korang tak setuju, korang bagilah hujah korang pula....kalau hujah aku tak betul, tang mana salahnya... tolong ajarkan aku dengan petunjuk dari Allah dan rasul...

Wahai anakku,
Andainya engkau kecewa kerana pandanganmu tidak dihargai atau ditolak oleh jamaah, sedarlah bahawa syaitan telah menguasai perasaan dan fikiranmu. Ia berusaha agar engkau bersedih, marah dan kecewa. Syaitan akan terus menghasutmu untuk memecah-belah jamaah melalui lidah dan tanganmu. Awasilah. 

Wahai anakku,
Jangan sesekali kamu menjadi punca yang menghancurkan keputusan jamaah.

Wahai anakku,
Awasilah golongan yang kecewa kerana mereka akan dikumpulkan bagi menyemarakkan kekecewaan dan kemarahan terhadap keputusan jamaah, sehingga ia akan membentuk gelombang kemarahan dan pemberontakan terhadap jamaah. Di kala itu mereka akan merosakkan perjuangan ini.

Wahai anakku,
Musuh ingin melihat perpecahan di kalangan kita dengan menimbulkan buruk sangka dan hilangnya hormat antara satu sama lain. Mereka gembira apabila kita hilang adab dalam memberi pandangan. Di kala itu segala pandangan baik tidak lagi menjadi kebaikan. Kerana kebaikan hanya akan lahir bila kamu berkasih sayang serta hormat yang tinggi pada seseorang. Bilamana hilang hormatmu pada mereka, maka hilanglah hormat mereka kepadamu.

Wahai anakku,
Kalau kamu dibenci kerana kamu membenci dan kalau kamu mengasihi kamu akan dikasihi. Janganlah engkau melampau dalam kasih sayang kepada seseorang melebihi apa yang diizinkan Allah. Kerana terlampau kasih dan sayang akan cepat mengundang rasa kecewa. Bersederhanalah dalam segala tindakan, kerana engkau akan lebih tenang dalam pandangan penghormatan.

Benar sungguh madah itu mu itu  Wahai  Tuan…

Pada mesyuarat 17 Ogos lalu, mesyuarat AJK PAS pusat memutuskan hantar dua nama calon MB Selangor, WAWI dan Azmin. Kemudian bermesyuarat lagi pada 25 Ogos cuba nak pinda keputusan mesyuarat 17 Ogos tu, tetapi bertelagah dan gagal melakukannya. 

Kemudian seperti kata tuan, "syaitan telah menguasai perasaan dan fikirannya..." lalu dia buat keputusan sendiri, hantar nama calon sendiri. Hinggakan Timbalan Presiden, Hj Mohd Sabu pun tidak tahu mengenainya.



Ketika ada wartawan bertanya kepada Wan Zawawi, Setiausaha MSU, dia (Wan Zawawi) mengesahkan bahawa Majlis Syura Ulama PAS bertanggungjawab memutuskan senarai calon bagi jawatan Menteri Besar Selangor.

Dengan angkuh dia jawab secara sinis  "Ya… ya betul. Majlis Syura yang putus nama. Majlis Syura ini badan tertinggi (dalam PAS)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Dan apakah benar ada orang berniat jahat nak memburukan MSU dengan menyebarkan surat arahan palsu sebagaimana kenyataan menantu suci ini:



Kalau arahan tersebut benar 'palsu' bagaimana pula tuan, dan lain-lain PJ negeri selain Selangor telah keluar arahan menyokong arahan MSU tersebut?

Tindakan tuan dan PJ negeri yang melarang ahli PAS di negeri masing-masing menyertai PasMa, memperlihatkan kecenderungan atau simpati kepada PasMa dengan menghadiri program pertubuhan itu, kalau ikut kenyataan menantu suci diatas tu, Tuan dan PJ semua itu adalah: "berniat jahat mengimejkan MSU extreme"  Tak gitu? Bukan aku kata... Menantu suci itu yang kata!

Wahai tuan, bukankah sudah jelas siapa yang menjadi punca yang menghancurkan keputusan jemaah? Syaitan bertopengkan ulama ramai dalam MSU tu kan? Elok sangat tukar maksud akronim MSU tu jadi  Majlis Syetan Ulama!

Isis cukup ‘gila’ tanpa campur tangan AS

Posted: 19 Oct 2014 05:00 AM PDT

 Dr Tareq Suwaidan bercakap tentang 'Islam, Demokrasi dan Isis' 
semasa perbincangan kepimpinan di Kuala Lumpur semalam. 
– Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari

Meskipun tanpa campur tangan Amerika Syarikat (AS) seperti didakwa sesetengah pihak, kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) "cukup gila" dengan tindakan mereka, kata pemimpin Ikhwan Muslimin Kuwait, Dr Tareq Suwaidan.

 Tareq berkata "kegilaan" yang dilakukan Isis adalah tindakan kumpulan militan itu sendiri tanpa penglibatan AS.

 "Isis bukan dari AS, jika ada yang berpendapat begitu, kamu tidak kenal Isis, kamu tidak kenal AS. Saya kenal kedua-duanya," katanya.

 "Tidak perlu orang gila untuk gerakkan mereka (Isis), saya tahu mereka sendiri cukup gila untuk lakukannya," katanya, dalam ceramah di ibu negara malam tadi.

 Gerakan militan Isis melakukan keganasan di kawasan Iraq dan Syria mengakibatkan kematian, termasuk memenggal kepala wartawan. 

 Kumpulan militan itu dikatakan berjuang bagi menubuhkan sebuah negara Islam dan menggelar pemimpin mereka 'khalifah' di wilayah yang ditakluki mereka.

 Seramai 39 rakyat Malaysia dikesan menyertai kumpulan itu, dengan 38 individu lelaki dan seorang wanita yang direkrut melalui laman sosial Facebook, termasuk beberapa bekas pemimpin dan ahli PAS.

 Turut dilaporkan terdapat wanita yang menyertai "Jihad Al Nikah", atau jihad seks untuk kumpulan berkenaan, namun Putrajaya menafikan laporan berkenaan dan menganggap ia sekadar khabar angin.

 Tareq berkata militan Isis itu terlalu merbahaya, kerana mereka berpegang kepada akidah Ali Sunnah Wal Jamaah, namun berperwatakan seperti kumpulan Khawarij.

 "Mereka memiliki ideologi Khawarij, tindakan Khawarij, namun pegangan agama Sunni.

 "Mereka sangat berbahaya," katanya.

 Khawarij merupakan kumpulan penganut Islam yang menghalalkan darah sesama Muslim dan kumpulan bukan Muslim yang ditakrifkan mereka sebagai "kafir."

 Beliau berkata, sehubungan itu, umat Islam harus menolak Isis, dan menentang perjuangan yang diamalkan militan berkenaan.

 "Pemikiran mereka berbeza. Sekiranya mereka bertemu dengan anda di jalanan, mereka akan bertanyakan soalan, sekiranya jawapan itu salah, mereka akan penggal kepala anda," katanya.

 "Sebab itu kami ambil pendirian akan bekerjasama dengan sesiapa yang menentang mereka." – 19 Oktober, 2014. - SUMBER

Larangan kalimah ‘Allah’ tak masuk akal, kata pemimpin Ikhwanul Muslimin

Posted: 19 Oct 2014 01:00 AM PDT

Oleh Mohd Farhan Darwis 
Published: 19 October 2014 

Larangan menggunakan kalimah "Allah" bagi bukan Islam "tidak masuk akal", kata pemimpin Ikhwan Muslimin Kuwait, Dr Tareq Suwaidan.

 Dalam ceramah anjuran Lajnah Antarabangsa PAS dengan kerjasama Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS di Kuala Lumpur Malam tadi, Tareq berkata tiada undang-undang Islam berhubung larangan penggunaan Allah oleh komuniti bukan Islam.

 "Saya mengikuti perkembangan di Malaysia, berhubung kalimah Allah, ia tidak masuk akal... tidak ada undang-undang Islam untuk perkara ini," katanya.

 Beliau berkata terdapat ribuan bukti yang menunjukkan tidak terdapat larangan penggunaan perkataan Allah oleh bukan Muslim.

 "Jangan keliru, ini salah, saya ada ratusan, malah ribuan bukti, kita perlu efektif," katanya, di hadapan lebih 100 hadirin di Hotel Vistana, Kuala Lumpur malam tadi.

 Mahkamah sebelum ini memutuskan larangan penggunaan perkataan Allah kepada penerbitan Mingguan Herald berbahasa Melayu, dengan merujuk konteks perkataan itu digunakan merujuk kepada Tuhan.

 Perkataan Allah dikatakan hak eksklusif penganut Islam, dan penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu didakwa akan memesongkan akidah dan menjadi ancaman kepada umat Islam.

 "Benar Islam harus memerintah dunia, dan Allah memilih Islam untuk itu.

 "Tetapi ia tidak akan berfungsi tanpa usaha manusia," kata Tareq.

 Pihak berkuasa agama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) turut merampas Bible berbahasa Melayu dan Iban daripada Persatuan Bible Malaysia di Damansara kerana mengandungi perkataan Allah di dalamnya.

 Kesemua 300 Bible berkenaan dikatakan masih lagi berada dalam simpanan pihak berkuasa berkenaan meskipun Jabatan Peguam Negara berkata agensi berkenaan harus mengembalikan kesemua kitab penganut Kristian itu kepada pemiliknya. – 19 Oktober, 2014. - SUMBER

Elok sangat kalau projek lanun di lebuh raya ini dihapuskan terus ...

Posted: 18 Oct 2014 09:00 PM PDT

Projek AES bernilai RM700 juta kini jadi 'gajah putih'

Setelah diperkenalkan dua tahun lalu, Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bernilai RM700 juta untuk merakam pemandu laju kini menjadi gajah putih, tidak dapat memenuhi tujuan mencegah pelanggaran had kelajuan kerana berhadapan dengan isu undang-undang yang masih tertangguh.

 Saman masih dikeluarkan menerusi sistem ini – hampir 1.5 juta mengikut jumlah terkini – tetapi hanya sedikit yang membayar, kerana tindakan Peguam Negara membekukan penguatkuasaan terhadap pesalah yang disenarai hitam kerana tidak membayar denda dalam tempoh ditetapkan.

 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendedahkan hanya kira-kira 200,000 saman daripada jumlah itu diselesaikan, tetapi tanpa kuasa untuk menyenaraihitamkan mereka yang tidak membayar, AES menjadi alat tidak berkesan untuk mencegah mereka yang memandu melebihi had laju.

 Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad berkata kepada The Malaysian Insider, AES masih relevan, tetapi ia jadi sia-sia selagi pembekuan masih diteruskan.

 "AES terus beroperasi dan kami terus memberi saman, tetapi belum ada keputusan daripada Peguam Negara sama ada kita boleh menyenaraihitamkan mereka yang tidak membayar dalam tempoh masa tertentu.

 "Selagi tidak ada keputusan mengenai perkara itu, kita tidak boleh menyenarai hitam sesiapa. Justeru, ini menyebabkan AES tidak berkesan," katanya.

 Dalam satu sidang Parlimen, Kementerian Pengangkutan dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar (PAS), sejumlah 1,492,084 saman AES bernilai RM51.4 juta dikeluarkan sejak ia ditubuhkan pada 23 September 2012 hingga Ogos 31 tahun ini.

 Daripada jumlah itu, 1,298,015 saman masih belum dibayar lagi.

 Kementerian itu dalam jawapan bertulisnya juga mengatakan terdapat 10 kamera tetap dan empat kamera AES bergerak beroperasi di 14 lokasi yang sering berlaku kemalangan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Perak.

 Di bawah sistem itu, gambar-gambar dan imej video kenderaan melanggar peraturan lalu lintas diambil sebelum saman dikeluarkan kepada pesalah.

 Masalah timbul kerana polis meneruskan penguatkuasaannya terhadap pengguna jalan raya yang memandu laju selari dengan AES yang diswastakan, menyebabkan pengguna jalan raya mengeluh disaman dua kali.

 Segelintir mencabar saman yang diterima di bawah sistem AES di mahkamah, yang membawa kepada pembekuan Peguam Negara.

 Ismail berkata, jika pesalah trafik yang disaman tidak mahu membayar samannya, tiada apa yang boleh dilakukan JPJ.

 "Kita tidak boleh berbuat apa-apa selain terus mendesak mereka membayar. Tetapi jika tidak, kita tidak boleh memaksa mereka atau berbuat apa-apa sementara menunggu keputusan Peguam Negara," katanya, sambil menambah JPJ masih boleh menyenarai hitam pemilik kenderaan kesalahan lain yang tidak berkaitan dengan AES.

 "Kami bersedia pada bila-bila masa untuk senarai hitam jika AG beri lampu hijau. Tetapi sudah tentu, akan ada tempoh notis bagi pemilik kenderaan menjelaskan kompaun mereka sebelum disenarai hitamkan."

 JPJ sebelum ini berjanji memasang sejumlah 831 kamera untuk menangkap pemandu laju bagi mencegah kematian di jalan raya sebagai sebahagian fasa perintis projek AES yang dilaksanakan pada bulan September 2012. Namun tiga bulan kemudian, Pejabat Peguam Negara memerintahkan semua prosiding mahkamah berkaitan saman yang dikeluarkan di bawah AES dihentikan untuk membolehkan kajian terhadap isu undang-undang yang dibangkitkan berikutan kemarahan orang ramai.

 Prospek pemandu berhadapan dua denda selepas polis yang menguatkuasakan undang-undang pemanduan laju berkata, mereka akan meneruskan penguatkuasaan dan meletakkan perangkap laju mudah alih berhampiran kamera AES. Pemimpin parti pembangkang juga mempersoalkan perjanjian memberikan kontrak AES bernilai RM700 juta untuk dua firma – ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap – yang akan berhak mendapat RM16 setiap saman sah bagi lima juta pertama saman yang dikeluarkan. Dilaporkan, pendapatan selebihnya akan berpecah sama rata antara kedua-dua syarikat dan kerajaan sehingga kepada had sebanyak RM270 juta setiap satunya.

 Firma akan menerima 7.5% daripada hasil baki dan kerajaan akan mendapat selebihnya.

 Pakatan Rakyat mendakwa syarikat-syarikat ini ada kaitan dengan MCA dan Umno, tetapi ia dinafikan sekeras-kerasnya. Tahun lalu, bekas pemangku menteri pengangkutan Datuk Seri Hishammudin Hussein mengumumkan diskaun 50% bagi saman AES, di mana pesalah trafik hanya perlu membayar RM150 dan bukan RM300 bagi setiap saman AES jika mereka membayar dengan cepat.

 Beliau juga berkata syarikat milik penuh kerajaan, AES Solutions Sdn Bhd, akan mengambil alih pengurusan daripada ATES dan Beta Tegap. – 18 Oktober, 2014. - sumber

Tiada ulasan: