Sabtu, 18 Oktober 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Kenapa kita perlu sokong perjuangan Anwar

Posted: 18 Oct 2014 09:00 AM PDT

Anwar merupakan individiu yang jelas teraniaya melalui konspirasi berbentuk jahat jijik dan fitnah bertujuan semata-mata untuk menjatuhkan karier DSAI sebagai ahli politik yang disegani.

 Sebagai manusia yg memperjuangkan keadilan, kita semua patut terus bersama dengan perjuangan Anwar Ibrahim kerana menyakini bahawa Anwar Ibrahim telah dizalimi dan difitnah semata-mata kerana beliau menentang pemimpin umno/bn yang zalim, rasuah dan korup. 

 1) Dendam terhadap Anwar oleh kerana Anwar telah membuat laporan Polis membabitkan salahlaku jenayah dan perbuatan rasuah Rahim bersabit Tun.H.S.Lee Rpt:22517/99 pada 20.8.1990Iaitu lebih kurang 3 bulan sebelum Video Seks Pertama diedarkan kepada umum pada 24/25 November 1999.

Selain daripada laporan Polis melibatkan Rahim, Anwar juga telah membuat 3 laporan berasingan melibatkan beberapa orang kenamaan lain beberapa bulan sebelum pengedaran Video Seks Pertama itu,seperti berikut:

 1. Dang Wangi Rpt:20255/99 bertarikh 9.7.1999.Laporan ini mendakwa Perdana Menteri,Peguam Negara dan Gani Patail telah menyalahgunakan kuasa kerana tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Datuk Seri Rafidah Aziz, atas sifat Menteri MITI, telah dengan secara rasuah memberikan saham kepada menantunya.

 2. Tun H.S.Lee Rpt:19625/99 bertarikh 21.7.1999.Laporan ini mendakwa Perdana Menteri menyalahgunakan kuasanya dengan menghalang tindakan undang-undang terhadap Tan Sri Eric Chia (mendiang), yang telah dikatakan melakukan penyelewengan dan rasuah menyebabkan Kumpulan Perwaja mengalami kerugian RM 2.7 billion.

 3. Tun H.S.Lee Rpt:20455/99 bertarikh 30.7.1999.Laporan ini mendakwa Perdana Menteri menyalahgunakan kuasa dengan melindungi perbuatan rasuah Tun Daim Zainuddin.Dalam laporan ini juga Anwar membuat dakwaan khusus terhadap Tun Daim yang dikatakan telah mengumpul harta peribadi secara rasuah bernilai ratusan juta ringgit.Anwar turut menyertakan tiga surat perakuan oleh individu berlainan selaku penyimpan dan pemegang amanah harta bagi pihak Tun Daim.Mereka yang dimaksudkan ialah;Tan Sri Abdul Halim Saad sebagai pemegang amanah saham-saham dalam Syarikat Senarai Awam bernilai lebih kurang RM 150 juta.Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah sebagai pemegang tunai berjumlah RM 150 juta.dan Tan Sri Tajuddin Ramli sebagai pemegang tunai RM 70 juta.

 KJSJ Kuala Lumpur memberi perhatian kepada laporan-laporan yang dibuat oleh Anwar seperti diatas memandangkan dokumen-dokumen bukti yang Anwar kemukakan dengan tiap satu laporan beliau,telah diperolehinya ketika beliau masih memegang jawatan dalam Kerajaan sebagai Timbalan Perdana Menteri.Laporan-laporan beliau diterima sebagai dibuat oleh seorang mantan Timbalan PM dan bukan sebagai seorang individu bernama "Anwar".

 Sama ada pendedahan yang beliau buat seperti diatas telah menyebabkan individu-individu terlibat atau orang-orang sekeliling mereka marah dan menyimpan dendam terhadap Anwar tidak diketahui tetapi tidak boleh diketepikan… (Sumber rujukan : di sini )

Kerajaan umno/bn sanggup menyalahgunakan sistem kehakiman, mahkamah, undang-undang, akta-akta dan agensi kerajaan untuk menghalang suara rakyat yang menentang kerajaan umno/bn yang zalim, salahguna kuasa, rasuah, boros, songlap dan korup.
Hj Hadi bersama Anwar; 
ketika ini kentut masing-masing wangi...


 Kita patut mencontohi kegigihan Anwar dalam perjuangannya yang tidak bernoktah.Dijasadnya mengalir darah perjuangan.Beliau digeruni oleh musuh malah oleh rakan sendiri. Beliau bukan sahaja mendepani konspirasi jahat dari musuh yang jelas, malah terpaksa melayan karenah rakan-rakan sendiri yang berusaha untuk menikamnya dari belakang.


 Kita perlu meneruskan memperjuangkan keadilan sekalipun Anwar Ibrahim sudah tiada lagi kerana itu adalah tugas pejuang-pejuang yang berpendirian teguh dan gigih menghadapi apa juga cabaran dan halangan sebagaimana yang dipamerkan kepada kita oleh Anwar.

NGO: Masih ramai mahu pengadilan buat Anwar

Posted: 18 Oct 2014 04:04 AM PDT

Walaupun Lensa membuat kenyataan yang tidak disenangi oleh Jingga 13 adan Amk, namun mereka ini tidaklah emosi seperti samseng Abang Long PAS yg mengherdik dan mecemuh Safwan Anang ketika menghantar memao ke Pejabat PAS Jln Raja Laut dulu tu. 

Masing-masing menyatakan bantahan mereka dengan hujah memasing. Ok lah tu.Suka join, tak suka duk diamlah sajer kat rumah. Ikuti laporannya :


Satu NGO bawah PKR, Jingga 13 kecewa dengan sikap NGO Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) yang mahu ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara dari politik.

 Jingga 13 turut mempertahankan program perhimpunan 'Rakyat Hakim Negara' untuk menyokong Anwar, yang dijadualkan berlangsung pada akhir bulan ini.

 Pengerusinya, Fariz Musa berkata masih ramai yang mahu melihat Anwar mendapat pengadilan ke atas fitnah yang dilemparkan ke atas bekas timbalan perdana menteri itu.

 "(Kenyataan LENSA) benar-benar menunjukkan kekecewaan dan lemah anak muda yang tidak mengenali Anwar sebagai bapa reformasi Malaysia.

 "Ramai yang menyatakan simpati dan tidak sanggup melihat Anwar Ibrahim terpenjara, apa lagi menyedari semuanya adalah fitnah serta konspirasi bagi tujuan menamat dan menghancurkan karier politiknya," kata Fariz dalam kenyataannya.

 Menurutnya lagi, LENSA tidak merasai ketika golongan anak muda mengikut Anwar turun ke jalanan ketika bekas timbalan perdana menteri Umno itu dipecat dari kerajaan.

 "Perjuangan yang digerakkan oleh para reformasi 16 tahun lalu, sekarang dikecapi oleh anak muda seperti LENSA dan sebagainya," kata Fariz lagi.

 LENSA dalam kenyataannya semalam berkata menolak usaha untuk menggembleng para penyokong Anwar untuk berhimpun sekali lagi pada tarikh keputusan rayuan terakhir Anwar di Mahkamah Persekutuan dalam kes Liwat II.

 Jurucakapnya, Ekhsan Bukharee mendakwa semakin ramai yang menunjukkan sikap negatif ke atas Anwar.SUMBER

Doa Menangtu termakbul : Allah dedahkan penjahat-penjahat laknat itu...

Posted: 17 Oct 2014 09:10 PM PDT

Ketika ditanya adakah perlu PasMa dibubarkan, Ahmad berkata ia masalah lain tetapi yang penting anggota PAS perlu mengikut arahan yang dikeluarkan.

Sebelum ini, Majlis Syura Ulama menegaskan supaya semua ahli parti PAS mematuhi ketetapan majlis berkenaan untuk tidak menyertai PasMa.


Katanya, sebagai ahli parti itu, mereka perlu patuh segala ketetapan parti dengan tidak sesekali melanggar arahan untuk menyertai persatuan berkenaan.


"Kita ini berparti dan perlu patuh kepada keputusan parti dan itulah keputusan kita (Majlis Syura).

ULASAN AL-HUSSEYN

Demikian itu antara kenyataan Ahmad Yakob selaku Timbalan Ketua MSU. Yang peliknya, dia buat kenyataan tersebut walaupun dia juga turut menyatakan :

Majlis Syura Ulama akan menunggu keputusan PAS Pusat sama ada perlu mengambil tindakan atau sebaliknya kepada anggotanya yang menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa).

 "Kita dengar keputusan PAS Pusat dulu mengenai mereka yang menyertai Pasma ini," katanya di sini .

Kalau sedang menunggu keputusan PAS Pusat mengenainya, apasal yang kamu ni gatal mulut buat kenyataan melarang orang nak menyertai PasMa?

Kemudian aku bertambah pelik, bukankah hari tu puak hangpa sendiri yang beriya-iya benar mendakwa MSU adalah badan yang tertinggi dalam organisai PAS?

Nik Zawawi turut mengesahkan bahawa Majlis Syura Ulama PAS bertanggungjawab memutuskan senarai calon bagi jawatan Menteri Besar Selangor. 
 "Ya… ya betul. Majlis Syura yang putus nama. Majlis Syura ini badan tertinggi (dalam PAS)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini. 
Bukan main sombong dan angkuh, Nik Zawawi dengan sinis mengatakan, "(Mohamad) bukan Majlis Syura," bila Malaysiakini bertanya kenapa Mat Sabu tidak mengetahui tentang calon-calon tersebut. 

Korang tanyalah Mat Akob tu, apa perlunya mau tunggu keputusan PAS Pusat? Bukankah hari tu bertekak ngaku MSU badan tertinggi dalam PAS.Tuduh orang lain pengkhianat bagai...Baru hari ini sedar dari mabuk ketum ker?


KENYATAAN ISKANDAR ABDUL SAMAD  DAN PENAFIAN MENANTU

Kenyataan PJ Selangor, Iskandar Abdul Samad : Pas Selangor tiada hak melarang ahlinya menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) kerana ia adalah sebuah pertubuhan NGO dan tiada kaitan dengan politik (baca lagi di sini ) dikeluarkan pada 17 Oktober. 

Apakah ianya secara kebetulan sahaj dengan hari dimana kenyataan penafian oleh menantu Hj Hadi, Zaharudin Muhammad dibuat pada 17 Oktober 2014 juga?




ULASAN AL-HUSSEYN

Amboi sodapnya dia tuduh orang lain buat kerja jahat merosakkan imej Majlis Syura Ulama PAS konon. Dia kata kenyataan Zawawi itu adalah paslu dengan niat mengimejkan MSU sebagai ekstrem.... 

 "Jom pakat-pakat doa dihari berkat semoga penjahat-penjahat ini dihukum bukan sahaja di akhirat, tetapi di dunia ini lagi dengan diperlihatkan oleh Allah kepada kita semua siapa mereka sebenarnya," katanya lagi..

Jom korang semua tadah tangan aminkan doa manusia suci ni. Amin ya Rabul 'Alamin. Kamu perlihatkanlah kepasda kami ya Allah siapa sebenarnya penjahat-penjahat yang ada dalam jemaah kami ini. (Teruskan bacaan anda kalau nak tahu....)

Kenyataan Wan Zawawi mengenai larangan menyertai PasMa itu telah dikeluarkan pada 12 Oktober 2014.


Ianya tersebar luas dimedia sosial.Malah pada 13/10/2014, Utusan Meloya pun turut menyiarkannya dengan tajuk Majlis Syura Ulama larang ahli Pas sertai Pasma

Reaksi dari mereka yang sewaktu dengannya telah turut menguatkuasakan arahan Zawawi itu dinegeri masing-masing.Perak, Trengganu dan PAS WP pula larang ahlinya sertai PasMA

Sekiranya arahan tersebut benar-benar palsu sebagaimana dakwaan menantu Tok 'Alim itu, kenapa sehingga kini  Wan Zawawi sendiri selaku Setiausaha MSU yang terlibat dengan arahan palsu tersebut tidak segera membuat penafian? Mustahil dia tidak menyedara atau mengetahuinya.


Bertambah pelik pula bila menantu Hj Hadi, yang tolong buat kenyataan penafian untuk Wan Zawawi...

Dan apa Ketua Penerangan MSU YB. Dato' Dr. Us. Hj. Mohd Khairuddin B. Aman Razali At-Takiri buat? Sibuk sangat jual kismis jampi ker?


Doa menangtu Tok 'Alim yang suci itu, benar-benar mustajab. Allah makbulkan permintaannya supaya mereka yang buat kerja jahat merosakkan imej Majlis Syura Ulama PAS diperlihatkan oleh Allah. Ini apa? Dari laman web rasmi sendiri : 


                                                   SUMBER DI SINI

Semoga penjahat-penjahat ini dihukum bukan sahaja di akhirat, tetapi di dunia ini lagi ..... Amin ya Allah, Maha Suci Engkau ya Allah!

Tiada ulasan: