WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- AJK PAS BERPURA PURA UNTUK CARI MAKAN
- SEBUT BARUA CAM BAGUS
- "HARAMJADAH" KALAU BER "UG"
- SULTAN SELANGOR BELUM PERKENAN JUMPA WAKIL PKR?
- PAS PERLU TUNAI JANJI
AJK PAS BERPURA PURA UNTUK CARI MAKAN Posted: 20 Sep 2014 09:07 PM PDT Tiada lagi maklumat tentang mamat ini kecuali sebagai wakil WP dalam Muktamar PAS 60 dan doa laknatnya. Cari atas nama Azahar Yaakub, jumpa ini:
Syarikat konsultansi ini menjalankan beberapa program dengan agensi yang dikawal oleh Kerajaan @ BN, termasuk IPT (Detail di sini). Oleh kerana itu Yong faham kenapa dia tak guna nama sebenarnya dalam PAS. Jika tersebar, kemungkinan besar sumber rezeki syarikat konsultansi ini terjejas. Sudah tentu dia amat memahami karektor UMNO dalam memilih syarikat konsultansi untuk membuat program motivasi, etc. Kalau syarikat itu menjurus pada pembangkang, siaplah kau! Dia tahu UMNO itu jenis apa kalau dapat kuasa. Boleh dikatakan hampir semua ahli PAS faham apa makna kezaliman. Tetapi mamat ini cakapnya menentang dasar BN, tetapi memilih untuk tidak memahami mengapa dua orang ADUN PAS memihak kepada PR (DAP dan PKR). Kenapa masih mahu menyokong: PAS 15 + UMNO 12 + BEBAS 1 = 28? Kecuali dia ada agenda sendiri... Kedua ADUN PAS itu cuba menyelamatkan situasi Kerajaan Selangor jatuh kepada BN melalui kerjasama seperti di atas! Seorang pakar motivasi (dia mengaku master trainer), sudah tentu tahu perbezaan antara dogmatism, dan motivation. DARI YONG SUKA KUNING | ||
Posted: 20 Sep 2014 03:42 PM PDT Bagaimana pulak dengan berusaha nak ber UG ? Tak suka boleh bawa keluar ahli atau keluar dari Pakatan.Tidak ada sesiapa pun nak menghalang kalau hanya untuk mendapat sokongan india dancina di bandar. Kenapa nak campur tangan jika hanya ada menantu dan menjadi barua di GLC. | ||
Posted: 20 Sep 2014 05:00 AM PDT 'Broker', 'barua' curi 2 Adun PAS tandatangan SD sokong Wan Azizah, kata HadiISebenarnya malas aku nak layan dah sikap Presideng PAS ni. Sebab dah banyak orang ramai cakap soal Kerajaang Perpaduang atau UG. Tetapi oleh kerana Hadi memberikan fakta dan memanggil "Barua" dan "Broker" maka terpanggil pula untuk memberikan sedikit sebanyak ulasan ini kerana team blogWRLR ini mengulas isu penyingkiran Khalid sejak awal bermulanya langkah Kajang sehinggalah ke hari ini. Hadi menipu menyatakan beliau telah memberitahu PKR dan DAP, Malah menyatakan kedua parti tersebut bersetuju Jika Khalid sejak awal lagi mengundurkan diri secara terhormat , perkara ini tidak akan berpanjangan.Malahan menjadi mudah.Tetapi oleh kerana Khalid ni keras kepala dan Haji Hadi cuba campurtangan, maka ianya menjadi bertambah panjang. Sehinggalah terjadinya peristiwa peristiwa lompat.Sebenarnya bukan Saari Sungip sebagaimana umum mengetahui bahawa beliau adalah pengerusi JIM yang mula mula mengambil bahagian didalam gerakan reformasi 1998.Beliau tidak mudah dibeli dan percaya apa yang dijelaskan oleh Hasnul boleh dibaca oleh Haji Hadi.Tapi malangnya "Hadi bukan membaca pun berita dalam negara.Kalau orang bagi, kalau orang tak bagi pada Hadi , dia tak akan membaca." demikian jelas salah seorang yang pernah berkhidmat dipejabat MB Terengganu diketika Hadi menjadi MB. Ini bukan apa, Takut takut nanti kena saman lagi berjuta juta pulak,Ini antara contoh bagaimana penasihat beliau memberikan maklumat dan akhirnya disaman.Siapa yang menjadi broker dan barua? Adakah dengan berhasrat untuk ber UG dan gagal, maka menyalahkan orang lain? Banyak maklumat yang boleh dibaca di bawah ini: Selamat membaca dan menilai. http://wrlr.blogspot.com/2014/09/calon-mb-satu-nama-ikut-perlembagaan.html http://wrlr.blogspot.com/2014/09/majlis-syura-langgar-ketetapan-muktamar.html http://wrlr.blogspot.com/2014/09/tiga-kali-tukar-nama-mb-buang-tabiat.html http://wrlr.blogspot.com/2014/09/dengar-gang-50-kencing-bercabang-kena.html http://wrlr.blogspot.com/2014/09/ucaptama-hadi-tiada-yang-baru-untuk.html http://wrlr.blogspot.com/2014/09/puak-presiden-huru-harakan-pas.html http://wrlr.blogspot.com/2014/09/subky-latif-pula-terkena-sindrom-kurang.html http://wrlr.blogspot.com/2014/09/kekalkan-hadi-rakyat-akan-singkir-pas.html http://wrlr.blogspot.com/2014/09/buat-anak-tok-guru-pkr-khianat-hukum.html | ||
SULTAN SELANGOR BELUM PERKENAN JUMPA WAKIL PKR? Posted: 19 Sep 2014 11:55 PM PDT Oleh: Amirulmukminin Walau pun heboh bahawa perlantikan Azmin sebagai bakal MBSelangor yang baru, namun pihak PKR masih lagi berusaha untuk menemui Sultan Selangor bagi menyelesaikan krisis MB yang berlaku di negeri tersebut. Walau dilihat adanya jalan penyelesaian, namun kemelut ini dilihat sebagai akan berpanjangan kerana ianya melibatkan beberapa perkara dimana Azmin sendiri dilihat menyokong Presiden parti bagi dilantik sebagai MB Selangor yang baru. Ada beberapa perkara yang akan merumitkan keadaan ini kerana dengan sokongan DAP, mana-mana pihak tidak akan mendapat majoriti sebagaimana yang telah di perolehi oleh Presiden PKR. Namun ada pandangan juga menyatakan bahawa SD yang ditandatangani oleh 30 wakil rakyat yang menyokong Presiden PKR itu , bukanlah muktamat , kerana wakil yang lain juga akan menandatangi ikrar dan SD kepada wakil yang lain pula kecuali sokongan tanda tidak bersetuju atau undi tidak percaya terhadap perlantikan MB yang baru. Baru baru ini Mat Sabu mencadangkan agar PAS tidak menerima tawaran sebagai MB kerana akan menyebabkan krisis ini berpanjangan. Saranan Mat Sabu ini mudah dibaca sebagai amaran kepada janji yang telah di nyatakan dalam mesyuarat parti berkenaan dan diketika muktamar baru baru ini.Pandangan Mat Sabu yang lama berada dalam politik ini harus diambil kira oleh PAS. Pertamanya PAS akan dianggap sebagai parti yang menikam kawan dan mengambil kesempatan diketika krisis berlaku. Ini tidak baik bagi penyokong bangsa asing yang akan melebel PAS parti yang tidak menepati janji.Sebagai parti yang berlandaskan agama, ini tidak sihat bagi PAS meletakkan calonnya di kawasan bandar kerana pengundi berbilang kaum melihat PAS tidak setia berkawan. PAS juga akan menghadapi masaalah jika timbulnya undi tidak percaya dari PKR dan DAP menjelang sidang dewan sebulan lagi. Sudah tentu untuk meluluskan rang undang undang kewangan negeri akan terbantut dan krisis ini akan berpanjangan dan boleh menyebabkan berlakunya pilihanraya negeri. Sebagaimana pemerhati melihat ini amat merugikan PAS kerana beberapa kawasan termasuk kawasan Iskandar Samad juga akan tumpas. Hanya satu jalan penyelesaian yang dapat dibuat Istana dimana wajib mengukuhkan perlembagaan dengan menghormati perlembagaan negeri dimana calon yang mendapat sokongan majoriti. Jika Istana menafikan perlembagaan ini, ianya dilihat akan meneruskan masaalah sebagaimana yang telah dibincangkan tadi.Masing masing pihak akan menyalahkan yang lain dan ini tidak baik untuk Selangor. Cuma adakah jika Azmin dilantik , beliau akan dipecat sebagaimana yang terjadi ke atas Khalid Ibrahim kerana melanggar arahan parti? Adakah diketika ini Umno sedang mempersiapkan jentera pilihanrayanya??? | ||
Posted: 19 Sep 2014 09:22 PM PDT |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan