Isnin, 15 September 2014

Tukar Tiub

Tukar Tiub


JALUR TEMBERANG DIHINA LAGI

Posted: 15 Sep 2014 07:18 PM PDT





Syarikat penerbangan tidak sensitif

PETALING JAYA: Pengguna laman sosial mengecam syarikat penerbangan Firefly yang dikatakan tidak sensitif dengan penyiaran iklan di 'inflight magazine' mereka.
Di dalam iklan tersebut dipaparkan bulan sabit dan bintang pecah 14, yakni lambang agama Islam sebagai agama rasmi diletakkan ditapak kaki pramugari yang menjadi model iklan tersebut.


KAH KAH KAH
woit
kah kah kah
jalur temberang
di hina lagi
kah kah kah

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH





----------

TELAH DI BERI AMARAN

Posted: 15 Sep 2014 06:30 PM PDT








KUCHING 15 Sept. - Seorang penuntut Nigeria ditahan di wad pengasi-ngan penyakit berjangkit di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini setelah menunjukkan tanda-tanda di-jangkiti Ebola. Mangsa dikesan mempunyai...


KAH KAH KAH
woit
betul tak
apa yang tt tulis
warga nigeria
akan bawa penyakit ini
lupa?
atau sengaja buat buat lupa

KAH KAH KAH




-----------

HARI MAL:APETAKA UNTUK SABAH DAN SARAWAK

Posted: 15 Sep 2014 08:59 AM PDT






16 

SEPTEMBER


Iban, dayak, kadazan, melayu, india, cina x sedar2 mereka adalah paria bagi golongan bangsawan brahmin UMNO dan raja2. Segala undang2 dihempukkan keatas golongan paria.

 Manakala golongan brahmin bangsawan hidup senang lenang makan free berak cangkung jer. Punyer susah, golongan paria ni sayang akan agama. Lalu raja melantik diri mereka untuk menjaga agama. Kepala bana apa ini? 

Sedangkan mereka adalah pemilik segala apa yg dilarang agama. Kilang arak, pusat judi dan lendir.. masih tak sedar2 lagi melayu paria ni. on KESEDARAN 50 TAHUN KEMUDIAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/15/14




----------

MINYAK NAIK HARGA

Posted: 15 Sep 2014 07:00 AM PDT







SAH HARGA MINYAK NAIK LAGI DENGAN GST

Laporan akhbar Sin Chew Daily yang turut dipetik oleh laman kereta paultan.org mengesahkan bahawa Umno/Barisan Nasional akan mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas petrol dan diesel.

Mengikut laporan, pengesahan ini dibuat oleh Ishak Daud, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kastam dan Eksais dalam satu taklimat GST anjuran Universiti Tuanku Abdul Rahman (UTAR) minggu lalu.

Ini mengesahkan sangkaan saya selama ini bahawa Umno/Barisan Nasional akan mengenakan GST ke atas petrol dan diesel yang secara langsung bermakna harga minyak akan dinaikkan apabila GST dilaksanakan dalam April 2015 kelak.

Pada kadar GST 6%, harga seliter petrol selepas ini adalah RM2.27 sen. Jika seorang pengguna biasa dianggarkan menggunakan 80 liter seminggu bersamaan 320 liter petrol sebulan, kenaikan harga minyak akibat pelaksanaan GST ini bermakna bil petrol satu isi rumah biasa akan meningkat sebanyak RM50 sebulan.

Pada masa yang sama, kenaikan harga minyak ini juga akan menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang lain.
Akhirnya, bebanan bulanan setiap isi rumah akan bertambah dan saya anggarkan sekurang-kurangnya meningkat RM100 sebulan (kenaikan terus harga minyak dan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang lain) bagi setiap isi rumah di kawasan bandar dan separa bandar.

Saya juga telah menyatakan bahawa Dato' Seri Najib Tun Razak akan melaksanakan penarikan balik subsidi minyak dengan menghadkannya kepada golongan tertentu dan sebahagian pengguna akan terpaksa membayar harga penuh tanpa subsidi.
Saya dimaklumkan keputusan itu telah dibuat tetapi belum dilaksanakan sementara memuktamadkan syarikat yang dianugerahkan kontrak untuk menaiktaraf semua pam minyak bagi tujuan ini.
Sudah tentu apabila ini juga dilaksanakan, bebanan akibat kenaikan harga minyak itu adalah lebih tinggi dan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang menyusul juga lebih tinggi.

Pada ketika pegawai-pegawai Jabatan Kastam dan Eksais telah mula mengesahkan mengenai kenaikan harga minyak akibat pelaksanaan GST ini, Dato' Seri Najib Tun Razak masih diam seribu bahasa dan mahu berahsia.

Saya menggesa supaya Dato' Seri Najib Tun Razak mengesahkan dengan segera bahawa harga minyak akan naik dengan pelaksanaan GST dan berterus terang dengan rakyat.
Pada masa yang sama, saya seru seluruh rakyat Malaysia menzahirkan bangkangan mereka kepada kenaikan harga minyak ini melalui laman-laman sosial terlebih dahulu sebelum disusuli dengan protes yang lebih besar.


RAFIZI RAMLI
Naib Presiden KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan

15 September 2014





---------

PENCERAHAN BAGINDA QUEEN

Posted: 15 Sep 2014 06:30 AM PDT




BAGINDA QUEEN 
YANG MELULUSKAN 
AKTA HASTUIAN 1948


Kami akan 'lawan' GHAH jelajah negara untuk pertahan Akta Hasutan - Mohd Khairul


KUALA LUMPUR: Gerakan Malaysia Mempertahankan Akta Hasutan 1948 akan bersaing dengan Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) di seluruh negara untuk merebut sokongan rakyat yang mahu terus mempertahankan Akta Hasutan 1948.

Fasilitatornya, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, gerakan yang hampir seminggu diwujudkan itu sudah mengumpul hampir 1,000 tandatangan petisyen di atas talian selain menerima hampir 4,000 'like' di laman Facebook mereka.

Sementara itu, aktivis dan bekas pemimpin pelajar Universiti Malaya, Hishamuddin Rais menjelaskan, kewujudan Gerakan Malaysia Mempertahankan Akta Hasutan 1948 merupakan perkembangan sihat yang dapat memberi pencerahan dari dua aspek berbeza.

"Ini perkembangan sihat iaitu kita akan dapat memberi pencerahan kepada dua pandangan berbeza dari satu akta yang menjadi hukum dan undang-undang negara," jelasnya.

Akta Hasutan 1948 sebelum ini telah dipinda sebanyak lima kali dah pindaan terakhirnya adalah pada tahun 1975.


KAH KAH KAH
woit
ya ammpoooon
ini hukum kanun
baginda queen
cakap dah merdeka
cakap lawan inggeris
tapi pakai hukum
baginda queen

KAH KAH KAH





------------

DAPUR JALANAN PERGI KLUANG

Posted: 15 Sep 2014 01:30 AM PDT







NASI PANGGUNG

Displaying IMAG1022.jpg

"Benar kami anak Jalanan,
Tapi kami bukan pengacau keamanan
kami sekadar cari makan
Tapi masih bisa diserbu preman"
.- Ho, Pengamen Jalanan Kota Jakarta

Menu & kontributor untuk Dapur Jalanan minggu lepas:-
Tim Dapur Jalanan - Pasta Marinara
Tim Syed Syahir - Roti Canai / Air Mineral
Qish Awek Cun - Pau Kacang Merah
Kak Nora Reformis - Nasi Lemak
Fazzy kelas kita - Buah Buahan

BERHIBUR DENGAN MUSIK
Displaying IMAG1023.jpg
Para penyumbang tenaga; yang buat sibuk; yang buat ramai:-
Syu, Fazzy, Hazman, Padel MSU, Aisyah & tim awek UIA
Nurul, Ika & awek-awek cun dari Koloni UITM
Ho, Boni, Titi & Tim Jalanan serta KOMAS dari FFF
Tim Awek - Awatif, Quratul, Yan, Nadia, Nadia Kecik, Noreen
Tim Gagal - Hijrah, Amir, Hakim, Fazallah (ketua kumpulan)
& semua kawan-kawan yg saling tak mengenal tapi sama membantu kerja bakti memeriahkan Jalan Panggung kelmarin

PASTA IKAN TERBAIK
Displaying IMAG1017.jpg
Terima Kasih, gracias, danke, благодаря ти, obrigado, merci !!!

++TerNow!! DapurJalananKL akan ke Kluang Jumaat ini (19 September 2014) untuk program Daerah Tanpa Tie II bermula jam 2petang hingga larut malam. Exhibition, Merchandise ada dijual disitu. Jemput datang semua!

TIM JALANAN DARI JAKARTA
Displaying IMAG1020.jpg
++ Untuk info, sila cari & tekan like Facebook page DapurJalananKualaLumpur dan follow twitter: @DapurJalanan & Insta - dapurjalananKL

++ untuk yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun dapur Jalanan,
 CIMB: 8001-7278-49 spkl collective

TIM JALANAN DARI BANGSAR
Displaying IMG-20140914-WA0005.jpg

++ Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh tekan number dibawah 
ezzuandi = 019-267-12-85 
 adi khalid = 012-664-88-73

Dapur Jalanan Kuala Lumpur
 *Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa*
15 September 2014


DAPUR JALANAN 
KE KLUANG

Displaying 10678748_765327013531281_7332661886481604093_n.jpg


--------------

BERITA MENAKUTKAN

Posted: 15 Sep 2014 12:38 AM PDT








MALAYSIA BERBANGGA

Ekonomi Malaysia antara terbaik dunia
KUALA LUMPUR 14 Sept. - Pertumbuhan ekonomi Malaysia pada separuh pertama tahun ini antara yang terbaik di dunia, kata Menteri Kewangan Kedua, Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, Malaysia mencatatkan pertumbuhan kukuh sebanyak 6.4 peratuspada kedua suku, disokong oleh eksport yang lebih tinggi dan kekuatan berterusan dalam permintaan domestik swasta.

"Malaysia dilihat oleh masyarakat antarabangsa sebagai model ekonomi,dengan pertumbuhan ekonominya antara yang terbaik di dunia pada kadar 6.3 peratus bagi enam bulan pertama tahun ini," kata beliau.



KAH KAH KAH
ya ampoooooon
ya maulana
ya guru ji

ekonomi malaysia
antara terbaik dalam dunia
ya ampopoooon
macam mana agaknya
ekonomi negara yang kurang baik

ekonomi malaysia ini penuh rasuah
bangunan runtuh rantah
kerja asalkan siapa
kertas pereksa bocor
hakim boleh dibayar
pm terlibat kes bunuh

ya ampoooooon
kalau ini baik
ya maulanaaaa
seksanya hidup ini

KAH KAH KAH





----------

IKUTI CARA POLIS BUAT KERJA

Posted: 14 Sep 2014 09:39 PM PDT




CARI FAIL TAK JUMPA


Khalid perlu dedah perjanjian air untuk kepentingan Selangor, kata pengkritik


Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan badan pemerhati rasuah mahu butiran perjanjian RM7.45 bilion mengenai industri air Selangor didedahkan kerana bimbang kepentingan awam dijejaskan Abdul Khalid Ibrahim.

Khalid menandatangani perjanjian peringkat akhir penstrukturan air Selangor dengan Putrajaya Jumaat lepas, walaupun sebagai "menteri besar sementara" selepas parti komponen PR, PKR memecatnya bulan lepas kerana enggan memberikan laluan kepada presiden parti Dr Wan Azizah Wan Ismail.




KAH KAH KAH
woit 
tak perlu risau
tanda tanganlah apa pun
buatlah janji apa pun
tak ada makna

ikut cara pihak polis 
ikut cara kerja polis
lengah kan semua pekara
buat lah perjanjian apa pun
semua akan mapooslah 
buka fail tutup fail
hingga letih naik pejabat

KAH  KAH KAH

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Tindakan segelintir pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang dikatakan sengaja melengah-lengahkan proses pembayaran ganjaran kepada pemberi maklumat dipercayai menjadi antara punca sindiket penyeludupan rokok dan arak semakin berleluasa.

Satu sumber mendedahkan, pegawai tersebut bertindak demikian kerana telah menerima imbuhan daripada sindiket penyeludupan barangan itu dan sekali gus melindungi kegiatan haram tersebut.

Katanya, keadaan itu menyebabkan pemberi maklumat berasa tidak puas hati dan mengambil keputusan berhenti menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa kerana ia melibatkan soal keselamatan serta perbelanjaan mereka.

SATU LAGI CONTOH



----------

RUNTUH AKAN SAMPAI

Posted: 14 Sep 2014 09:08 PM PDT






KOMENTAR

awas!  waspada!

berlajar dari sejarah

lagi lemah lagi zalim
hari hari akhir lagi ganas
jepun sebelum menyerah
bunuh banyak tahanan
hitler sebelum kalah
bakar kota amsterdam


Malaysia makin 'rasis' kerana Umno tak kuat lagi, kata pengerusi Negara-ku

Malaysia yang berbilang kaum dan agama menjadi semakin "rasis" dan penuh kebencian kerana Umno bukan lagi sebuah parti kuat, kata Pengerusi Gerakan Rakyat untuk Menebus Kembali Negara Malaysia (Negara-ku), Zaid Kamaruddin.

Zaid berkata majoriti masyarakat Melayu selama ini bergantung pada Umno dan sebahagian daripada mereka terasa tergugat apabila parti Melayu itu semakin kurang pengaruh dan kalah dalam pilihan raya.

INI SATU LAGI PETANDA


KAH KAH KAH
woit
gerombolan sudah lemah ke?
lagi lemah lagi ganas
ganas memang ganas

rosmah akan rembat
sebanyak mungkin
harta negara
kroni akan rembat
depan belakang
akan sain sana
akan sain sini
akan bawa duit lari
ke luar negara

tunggu dan lihat!


---------

PERTAMA KALI DI JOHOR BARU

Posted: 14 Sep 2014 08:19 PM PDT





KAH KAH KAH
pertama kali di johor baru
tim cerita malam jumaat
ke festival johor baru
jamin lawak
kah kah kah
kalau tak lawak
kita gi stulang
Displaying JB ART FEST LAWAK BERDIRI.jpg

KAH KAH KH

tergolek dog ketawa
kah kah kah



JEMPUTAN MALAM INI

Posted: 14 Sep 2014 07:48 PM PDT




MALAM INI

dewan china kuala lumpur
jam 8:30 malam

akan hadir
dr wan azizah
sdr lim kit siang
saudara mat sabu
maria chin abdullah
ambiga
dan dan dan

pak samad 
akan membacakan puisi terbaru
-diatas padang sejarah 2 -

nik jidan
adan mendendangkan lagu baru
- akta baginda queen- 

semua yang dituduh
akan memperkenalkan diri
bukan untuk menghasut
tapi
untuk silatulrahim

anak semua bangsa
dijemput untuk buat ramai


Displaying BANNER GHAH NEW.jpg



Displaying NO 1.jpg

Displaying NO 2.jpg

Displaying NO 3.jpg

Displaying NO 4.jpg

----------

MENYERANG MUSUH

Posted: 14 Sep 2014 07:18 PM PDT





KOMENTAR
dalam perjuangan
musuh adalah musuh
lagi jahat musuh
lagi zalim kerajaannya

united malaya national organisation
musuh anak semua bangsa
ini kerajaan zalim
wajib dilawan
wajib ditentang

apa saje isu
yang merobek
yang menghakis
yang dapat melahirkan kebencian
yang dapat menimbul kemarahan
wajib dimainkan
untuk menyhernag musuh

Jangan main isu royalti dalam kempen

 | September 14, 2014

Kerajaan pusat tidak seharusnya menjadikan isu royalti sebagai bahan kempen dalam PRK N.01 Pengkalan Kubor.
hassanPENGKALAN KUBOR: Kerajaan BN disarankan supaya tidak membangkitkan isu royalti semasa berkempen dalam PRK N.01 Pengkalan Kubor.
Penasihat Jentera Operasi PAS PRK N.01 Pengkalan Kubor, Haji Takiyuddin Hassan berkata isu yang melibatkan pembayaran royalti tidak perlu dibangkitkan BN dalam berkempen di Pengkalan Kubor kerana masih lagi dalam perbincangan mahkamah."Isu royalti masih lagi berada dalam perbincangan mahkamah dan jika mana-mana pihak membangkitkan isu ini, pihaknya akan mengambil tindakan kepada pihak yang melakukannya," katanya.


PAS harus hentikan kempen isu royalti 

minyak, kata Tok Pa - 

PAS perlu menghentikan kempen menuntut royalti minyak di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor kerana Putrajaya sudah pun memberikan wang ihsan kepada Kelantan, kata Mustapa Mohamed.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan itu berkata, isu royalti yang dimainkan PAS itu tiada maknanya kerana sumbangan wang berkenaan sudah pun disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).



BN khianat tak beri royalti, tak selamat dunia akhirat, kata Nik Aziz

14 Sep — Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) yang tidak memberikan royalti minyak kepada Kelantan. Bekas menteri besar Kelantan itu berkata, tindakan kerajaan persekutuan itu jelas…



KAH KAH KAH

woit
pasal apa
ada dua pandangan
tentang royalti 
satu kata tak leh
satu kata tibai

yang mana youji
yang mana pasma

KAH KAH KAH


-----------

Tiada ulasan: