Tempayan Retak |
Zul Kuala Krai Ibarat “anak nakal” dalam penjara Posted: 18 Sep 2014 02:48 PM PDT Apabila Zul Yaakub (spesis Zul Nordin) Kuala Krai membuat ucapan menyerang sebahagian perwakilan Muktamar Pemuda PAS Malaysia, ramai blogger Anti-Presiden PAS seperti Greenboc, al-Husseyn, ZAKRI ALI, Bloglist Malaysia dan berapa lagi menyiarkan berita sebagai berita utama. Sebelum ini mereka ini terkial-kial untuk mendapatkan berita yang boleh 'menghentam' ulama PAS. Ucapan Dasar Muktamar Ke-60 yang mengandungi 14 perkara utama mengariskan pergerakan PAS tidak diambil endah, malah mereka ini lebih suka mencari keburukan daripada membuat petikan yang berfaedah di blog masing-masing. Zul Kuala Krai merupakan pengerak PasMa Kelantan menyalahguna masa untuk membahas laporan dengan menyerang Pemuda PAS Malaysia. Blogger anti_Presiden PAS yang saya sebut sebelum ini beriya-iya membela pengerusi pemuda dalam tulisan mereka tetapi jadi bisu dan kelu dalam hal ini sedangkan Zul Kuala Krai beberapa kali ditegur oleh pengerusi atas sifat yang tidak menghormati ruang laporan dengan membuat kecaman kepada Pemuda PAS Malaysia. Mana sifat rasional dalam 'copy paste' mereka? Seluruh Malaysia sudah tahu dan baca tentang majlis-majlis kecam Presiden PAS dan Ulama termasuk Majlis Syura Ulama PAS tetapi Zul Kuala Krai kata mana ada? mana ada? Apakah Zul Kuala Krai jenis orang tak membaca? Apalah kalotnya Zul Kuala Krai kononnya bertanya dalam dewan muktamar siapa yang nak jatuhkan Presiden sila bangun? Kan dikatakan bangang dia marah. Sama juga kalau kita tanya PasMa yang buat majlis hentam Presiden pun akan kata dia sayang Presiden. Tak percaya?? Banner majlis PasMa dia orang ini tertulis tanda "Ssayang Presiden..." Itu manusia berbulu ayam! Saya pun hairan bila Zil Kuala Krai ini boleh sebut "Diberi alasan ambil wuduk (untuk solat asar), wah, alimnya mereka! Itu jawapan politik. Tidak pernah berlaku dalam parti, sedangkan yang menyebut perkara ini adalah Timbalan Presiden PAS haji Mohamad Sabu bila ditanya wartawan. Yang hairannya transkrip ini tidak pula ada dalam blog al-Husseyn yang beriya-iya membuat transkrip... memang jenis nak perkena aje. Apakah dengan mendapat pujian daripada geng utama PasMa, Zul Kuala Krai rasa bangga? Termasuk pula daripada pimpinan PAS tertinggi? (Jika duduk bersembang semasa makan semeja jangan ingat semua orang setuju dengan demo... "jangan kecek ikut ser" apa sangat nak bangga dengan perangai demo yang suka kecam Presiden dan utamakan pimpinan parti lain!) Demo sepatutnya jaga kawasan Kuala Krai. Apa demo buat di kawasan demo? Kawasan sendiri kalau tak terjaga tak payahlah nak kritik Presiden PAS. Contohlah macam Tok Guru Nik Abdul Aziz dia hebat tapi dia tetap hormat Presiden. Tok Guru orang yang tinggi ilmu mantiknya pernah berkata PKR ni seperti "anak manja" yang semua perkara dia nak, kalau tak dapat mula dia merenggek dan menaylahkan orang tua dia. Zul Kuala Krai pula bagai "anak nakal dalam penjara", rata-rata kita jumpa budak yang hisap dadah, yang jadi perompak atau pencuri yang kena tangkap dan berada dalam lokap, bila ditanya pasal mak bapak dia orang, budak-budak ini akan kata dia sayang mak bapak dia. Tapi perangai nakal dan jahat dia sebenar merosakkan mak bapak dia sendiri. itu dia tak sedar! TEMPAYAN RETAK http://tempayanretak.blogspot.com/ (* Klik gambar untuk besarkannya) |
You are subscribed to email updates from Tempayan Retak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan