Selasa, 16 September 2014

Tempayan Retak

Tempayan Retak


Mohamad Sabu Beri “Lampu Hijau” kepada PasMa

Posted: 16 Sep 2014 08:31 AM PDT


Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) sudah diiktiraf sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) politik apabila Timbalan Presiden Pas, Haji Mohamad Sabu  tidak melarang ahli parti menyertai, malah mengalakkannya pada ucapan perasmian Muktamar Pemuda PAS Malaysia kali ke-55 di Kota Tinggi petang tadi.

"Bukan kita tolak, nak tubuh NGO tidak mengapa, bekerjasama dengan Pakatan Rakyat (PR)," katanya, ketika berucap merasmikan Muktamar Pemuda PAS ke-55 di Kota Tinggi, Johor hari ini.|

Menurut pemerhati politik kenyataan ini adalah seperti isyarat memberikan kebenaran pengerakkan PasMa yang akhir ini begitu terbuka membuat forum menjemput penceramah yang dilihat anti-Presiden PAS. Malah dalam forum-forum berkenaan Presiden PAS dilihat ditentang secara terbuka sehingga ada yang ingin singkirkan.

Ramai penulis dan penganaslisis politik membuat ulasan bahawa penubuhan PasMa adalah satu usaha yang lebih terancang untuk memastikan golongan yang lebih pro kepada Anwar Ibrahim menguasai PAS pada pemilihan Muktamar kali ke-61 pada tahun hadapan.

Tindakan Mohamad Sabu ini dilihat oleh sestengah pemuda sebagai satu tindakan yang kurang ajar kepada Presiden dan Majlis Syura Ulama dengan beberapa siri kenyataan Mohamad Sabu yang dilihat bertentangkan dengan keputusan Majlis Tertinggi PAS berkenaan.

Atas sikap ini ada sestengah pemuda memulau ucapan perasmian beliau petang tadi.

Mohamad Sabu juga dilihat tidak begitu prihatin dengan perkembangan di pengkalan kubur sehingga media UMNO Pengkalan Kubor membuat video bagaimana Mohamad Sabu tidak boleh ingat nama calon PAS di Pengkalan Kubor ketika kempen memperkenalkan calon malam selama. Video durasi 2 minit menunjukkan bangaimana Mohamad Sabu begitu lancar, bersemangat dan ghairah dalam kempen Diyana di Perak.

Malah petang tadi Mohamad Sabu juga tidak boleh ingat Muktamar Pemuda kali ke berapa untuk majlis perasmian.

Semua perkara ini mungkin dilihat kecil bagi kita tetapi amat besar kepada pemerhati dibawah kata pemerhati politik.

Adakah nasib Mohamad Sabu lebih buruk lagi Muktamar PAS di Batu Pahat sama kita saksikan nanti.



TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)

Hj Mohamad Sabu Sepatut Faham Kehendak Pemuda

Posted: 16 Sep 2014 06:14 AM PDT


Sebahagian perwakilan Pemuda Pas yang menghadiri Majlis Perasmian Muktamar Pemuda Pas kali ke-55 di Dewan Choon Moi, Kota Tinggi dilihat meninggalkan tempat selepas Timbalan Presiden, Mohamad Sabu memulakan ucapan perasmian menurut laporan beberapa portal berita melainkan Malaysian Insider yang dilihat untuk menutup berita ini.

Ada yang menyebut sekitar 50 orang perwakilan mungkin boleh disebuthampir separuh daripada perwakilan pemuda yang hadir. Yang dikenali pasti perwakilan Pahang, Terengganu, Wilayah Persetuan, Selangor dan sebahagian daripada negeri-negeri lain.

Beberapa blogger yang anti-Presiden PAS dilihat menyiarkan berita kononnya tak ada perwakilan yang keluar melainkan mereka menunaikan solat asar kebetulan semasa ucapan perasmian itu waktu asar sudah masuk. Jawapan ini tidak masuk akal, takkan perwakilan jauh ini tak tahu kelebihan solat jamak! atau untuk nak sedap percakap kita anggap semuanya perwakilan dari pelbagai negeri sepakat nak jamak ta'akhir kot!

Ada juga menyebut tindakan ini dianggap tindakan tidak beradap terhadap Timbalan Presiden PAS dan saya ada sedikit persetujuan atau alasan tidak beradap ini, sebab kita diasaskan atas adap dan kesopanan.

Tapi bila saya teliti beberapa rintik perjalanan tentang peranan Timbalan Presiden PAS yang telah dimaktudkan dalam perlembangaan sebagai tunggak kepada Presiden saya rasa tindakan pemuda adalah wajar.

Saya juga meneliti pergerakkan Haji Mohamad Sabu (Abang Mat) sebelum pemilihan pada muktamar lalu tentang kempennya bahawa tugasnya adalah untuk membantu Presiden. Abang Mat turun segenap kawasan secara tertutup termasuk kawasan saya menyatakan hasratnya sebagai pembantu Presiden dimana Presiden tak boleh buat. (Pada masa itu saya faham mungkin berdemo kot..)

Tapi malangnya setelah menang saya lihat Abang Mat tidak memahami Presiden PAS dan bukan itu lagi malang Abang Mat tidak memahami perjuangan PAS yang meletakkan Islam sebagai asas perjuangannya. Memahami perjuangan PAS dari segi fikrahnya yang asal. Kita mungkin tidak setuju dengan perkara ini macam mana orang lama berjuang tak faham fikrah?

Saya tertatik untuk membawa apa yang berlaku kepada Ustaz Nakhie Ahmad yang sepatut lebih jelas fikrah PAS daripada abang Mat jika dilihat dari segi lulus agamanya.Tapi apa terjadi pada Nakhie?

Baru ini  Nakhaie berkata  PAS perlu ubah pemikiran dan kepimpinan dan cara Nakhaie ini sama seperti kata-kata Abang Mat.

Saya berpendapat tindakan pemuda pada perwakilan kali ini memberikan 'signal' atas beberapa siri kegagalan Abang Mat memahami kehendak Presiden PAS dalam beberapa pertemuan yang Abang Mat mewakilinya adalah satu 'tanda' bahawa Abang Mat tidak memahami gerakan Islam yang hendak dibawa oleh Presiden sekali gus akan menyebab akan berlaku kecamuk dalam kepimpinan dan pergerakan PAS dimasa-masa akan datang.




TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)

Tiada ulasan: