Khamis, 11 September 2014

Tempayan Retak

Tempayan Retak


PASMA menggunakan Jawatankuasa “hidden”

Posted: 10 Sep 2014 03:46 PM PDT


Dalam tulisan analisis "PasMa to replace Pas in Pakatan Rakyat?" yang diterbitkan oleh Malaysia Today telah membuat analisis tentang kewujudan satu parti alternatif mengantikan PAS sekiranya PAS keluar daripada Pakatan Rakyat.

Analisis Malaysia Today juga merujuk kepada laman Tranungkite yang dikatakan antara yang paling kerap menyebut tentang PASMA sebelum perkara ini tersebar luas.

Apa yang menjadi persoalan kepada pembaca ialah siapa sebenarnya Presiden PasMa? Sebelam ini nama YB Dato' Husam Musa disebut sebagai Presidennya. Tapi Husam menafi dan mengatakan sekadar menyediakan tempat untuk PasMa membuat pertemuan.

Begitu juga dengan Dr Hatta Mohd Ramli juga menafikan seoalah-olah tidak tahgu sedangkan maklumat tersebar menyebut Dr Hatta antara yang terlebat dalam mendraf permohonan PasMa.

Pada Isnin lalu, PasMa tampil buat pertama kali secara terbuka dan memperkenalkan barisan kepimpinannya yang diketuai Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Ramai orang mengatakan maklumat awal tentang jawatan kuasa sebelum ini adalah palsu kerana individu yang dinamakan mengatakan palsu.

Tapi saya sendiri membuat analisis dan mengambil maklumat daripada sumber dalaman PASMA saya dapati ada jawatankuasa dibelakang jawatan kuasa termasuk jawatankuasa penaja.

Saya membuat kesimpulan PASMA memang dirancang begitu halus dengan tujuan yang sangat 'detail'. Buat masa ini saya tidak membahaskan tujuan dan perancangan PASMA tetapi adalah lebih baik kita fokus jawatankuasanya.


Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), Mohammad Razin Abdullah berkata, sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang permohonan supaya PasMa didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan politik yang sah selaras Akta Pertubuhan 1966.

Sebenarnya itu strategi yang telah dirancangan bukan parti politik, sebagai NGO dan melihat sejauhmana keberkesanan dan penerima orang ramai terutama ahli PAS dalam hal ini.

Bagaimanapun menerusi kenyataan media ROS, nama Phahrolrazi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS kawasan Pangkalan Kundor tiada dalam senarai seperti yang didaftarkan.

Sebalinya menerusi kenyataan ROS, PasMa diketuai oleh seorang pengerusi iaitu Mohamad Faiz Mohd Taib dan timbalannya, Muhamad Hisomudin Bakar.

Selain itu jawatankuasa PasMa turut dianggotai Mohd Taib Ahmad (setiausaha), Mohd Iqbal Mohd Shariff (penolong setiausaha) dan Mohd Rosli Abu Bakar sebagai bendahari.

Mengikut maklumat saya ada ada 3 bentuk strategi jawatankuasa iaitu:

1. Jawatankuasa Penaja (orang yang kurang dikenali)
2. Jawatankuasa Awam (ini akan didedahkan jika ada musyakah. Pengerusinya adalah Phahrolrazi)
3. Jawatankuasa Sebenar (Hidden) pengerusi dan jawatankuasa ini adalah yang sebenarnya. Saya rasa tak perlu namakan sudah pasti anda boleh membuat telahan sendiri.

Jawatankuasa penaja adalah bertujuan untuk melindung jawatan sebenar dan awam jika keadaan tidak mengizinkan. Manakalah jawatankuasa awam pula adalah jawatankuasa yang menjadi 'wayang atau boneka' umum untuk melidungi jawatankuasa sebenar (hidden), arab sebut syir!

Mengikut maklumat yang ada Jawatankuasa sebenar ini bukan sahaja dianggota oleh pimpinan PAS tetapi terdapat beberapa pimpinan PKR yang dilabelkan "Islamik".

PasMa adalah satu rancangan awal yang membentuk satu kumpulan yang telah bergerak dalam PAS dan PKR secara serius. Mereka cuba mengubah corak pemikiran politik PAS yang dikatakan jumud dan ketinggalan oleh pihak yang dilabelkan sebagai golongan ulama. Mereka mentaksirkan ulama adalah golongan ketinggalan dalam kencah politik kini yang memerlukan pemikiran yang dinamik.



TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)

Tiada ulasan: