Rabu, 10 September 2014

Tempayan Retak

Tempayan Retak


Wan Azizah Terguris, Khalid Ibrahim Luka Parah

Posted: 10 Sep 2014 05:17 AM PDT


Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (DSWA) mengakui beliau sedikit terguris dengan kritikan dan "serangan peribadi" yang dibuat presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap beliau.

Bagaimanapun beliau tidak marah dan menganggap komen bahawa beliau "tidak berkelayakan" menjadi menteri besar, sebagai teguran dan meminta ahli partinya tidak membuat sebarang kenyataan balas.


"Saya sedikit terguris dengan serangan peribadi yang dibuat terhadap saya walaupun saya menghormati pendapat Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai kebolehan dan kemampuan saya.

"Walau bagaimana pun, tidak timbul kemarahan dan saya menerimanya sebagai teguran agar boleh memperbaiki diri Insya-Allah," kata beliau dalam satu kenyataan kepada akbar tempatan.

Kenyataan DSWA dianggap satu kenyataan terbaik oleh sesetengah pihak dalam keadaan hubungan PAS-PKR yang makin tegang.

Walaupun begitu ada yang komen kenyataan tersebut termasuk Tony Pua, Pengerus DAP Selangor. Ada sesetengah blogger menjadikan isu ini menyerang kepimpinan Presiden PAS.

Saya suka mengimbau kembali awal krisis ini di mana PKR telah menjadikan medan ceramah sebagai pentas untuk menghentam, menghendik dan mencerca Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) dengan pelbagai tuduhan. TSKI sekadar berdiam diri dan akan menjawab melalui tuntutan mahkmah.


Kita kadang kala dikeliru dengan emosi dan sentimen. Kita tidak melihat fakta dan urutan isu bagi membuat keputusan. Kadangkala yang menjadi mangsa bukan yang membuat onar tetapi yang cuba membela kebenaran.

Krisis Selangor perlu diperhati daripada awal sehingga ke penghujungnya barulah kita dapat memahami sebenar kita telah lama dipermainakan. Emosi dan sentimen kita dirobek dengan maklumat dan fakta yang mengelirukan sehingga kita sukar membuat keputusan mana satu yang benar dan mana satu hanya sendirwara dusta.



TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)

Tiada ulasan: