Telok Bakong Online |
Anwar: Pendakwaan sahkan konspirasi penjarakan saya Posted: 25 Sep 2014 01:01 AM PDT KUALA LUMPUR 25 SEPT: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendakwaan terhadap peguamnya, N Surendran di bawah Akta Hasutan mengesahkan konspirasi untuk memenjarakannya.Merujuk rayuannya terhadap sabitan kes Fitnah II yang akan didengar di Mahkamah persekutuan pada 28 dan 29 Oktober ini, Anwar berkata perkembangan mutakhir menjejaskan haknya untuk mendapat pendengaran yang adil.Menurut Anwar, kenyataan-kenyataan yang dibuat Surendran kini dijadikan asas pendakwaan jenayah terhadap peguamnya itu. "Ini jelas dilakukan untuk menakut-nakutkan pasukan pembelaan saya dan menghalang mereka daripada melakukan tugas-tugas profesional serta mencabul hak saya di bawah perlembagaan untuk mendapat khidmat guaman yang baik. "Sekali lagi saya nyatakan bahawa dakwaan konspirasi adalah salah satu hujah pembelaan saya di mahkamah. "Pendakwaan-pendakwaan terhadap Surendran ini hanya mengesahkan dakwaan konspirasi terhadap saya dan mengukuhkan kepercayaan bahawa pihak kerajaan berusaha sedaya upaya untuk memenjarakan saya," kata Anwar dalam kenyataan medianya hari ini. Pada 19 dan 28 Ogos lalu, Surendan didakwa sebanyak dua kali di bawah Akta Hasutan. Dakwaan pertama berkaitan kritikannya terhadap keputusan hakim Mahkamah Rayuan yang mensabitkan Anwar bersalah dalam kes liwat II. Manakala dakwaan kedua pula berhubung kenyatan media Surendran bahawa wujud satu konspirasi dalam pertuduhan terhadap Anwar. Menurut Anwar, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengikut jejak langkah Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1998 dengan menggunakan jentera kerajaan untuk memastikannya dipenjara. "Najib Razak melakukan perkara yang sama seperti mentornya, iaitu dengan mengerahkan keseluruhan jentera termasuk media, polis, Peguam Negara dan badan kehakiman untuk memastikan keadilan tidak ditegakkan dan saya dibuang dari persada politik tanah air," jelas Anwar. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=63115 |
You are subscribed to email updates from Telok Bakong Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan