Roslan SMS Corner |
DAP masih mahu berkawan atau tidak? (23/9/14) Posted: 23 Sep 2014 03:26 AM PDT Semalam badan tertinggi DAP iaitu CEC nya telah bermesyuarat dan memutuskan menyokong YB Azmin Ali sebagai Dato Menteri Besar Selangor yang baru (sebagaimana dinyatakan oleh Setiausaha Agungnya , Lim Guan Eng) memetik laporan dalam The Star Online, Lim menyatakan: DAP expresses regret at the four PAS exco members for their betrayal of the principles of solidarity and democracy as well as failing to stand loyally together with the six DAP and PKR excos who were unjustly sacked by the previous Mentri Besar who had lost majority support of the state assembly…DAP melahirkan rasa kesal di atas tindakan empat orang EXCO PAS yang telah mengkhianati prinsip kesatuan dan demokrasi dan kerana gagal berdiri teguh bersama keenam-enam EXCO DAP dan PKR yang telah dipecat sewenang-wenangnya oleh bekas MB yang lalu yang telah hilang sokongan majority Dewan Negeri…. Dalam semangat meraikan perlantikan MB yang baru, ternyata kenyataan DAP ini sungguh memeranjatkan dan sangat dikesali. Adakah DAP masih menganggap PAS sebagai rakannya dalam PR atau kini sudah melonggokkan PAS sebagai musuh politiknya, yang tidak lagi merupakan rakan kongsinya dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor?PAS telah pun menyatakan secara jelas sebelum ini bahawa tindakan mengekalkan keempat-empat EXCO nya di dalam kerajaan negeri adalah demi mengekalkan kesinambungan kerajaan PR dan memastikan Umno/BN tidak mengambil kesempatan di atas kegawatan politik ketika itu. Malah sesungguhnya tindakan keempat-empat EXCO PAS berkenaan telah mendapt pujian banyak pihak khasnya rakyat Selangor dan terbaru Tuanku Sultan pun ketika mengambil mengadap keempat-empat EXCO PAS di Istana hari ini telah memuji tindakan EXCO PAS itu kerana membantu menjalankan pentadbiran negeri sehingga pelantikan menteri besar baharu dilantik.Bermakna jika keempat-empat EXCO PAS itu bertindak melepaskan jawatan masing-masing sebagaimana EXCO-EXCO DAP dan PKR, tidak mustahil pihak Umno/BN akan mengambil kesempatan dan ini akan lebih merumitkan suasana dan mencampakkan Selangor ke dalam krisis yang lebih besar dan gawat. Adakah ini pengkhianatan?Guan Eng sebenarnya telah menyembunyikan satu hakikat dan fakta yang besar, bahawa lantaran adanya keempat-empat EXCO PAS itu yang terus mengekalkan kesinambungan kerajaan negerilah maka pentadbiran kerajaan negeri terus berfungsi sehingga hari ini. Kalau DAP mahu memutuskan hubungan terus dengan kerajaan ini semata-mata kerana Tan Sri Khalid MB nya, mengapa jawatan-jawatan lantikkan politik yang lain, yang dijawat oleh pimpinan DAP pelbagai peringkat tidak diputuskan juga. Sepanjang tempoh ini ahli-ahli majlis DAP di PBT-PBT seluruh Selangor terus memegang jawatan termasuklah ahli-ahli lembaga Pengarah GLC dan ketua-ketua kampung baru dan JKKK mereka.Tidakkah itu juga pengkhianatan? Yang keluar hanya kepala tetapi badan dan ekor terus berperanan, makan elaun dan menjalankan kuasa. Mengapa ada "double standard" dalam hal ini? Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga salah seorang EXCO PAS itu, Ustaz Sallehen Mukhyi ketika diminta mengulas kenyataan Guan Eng itu menyebut:"Jangan label Exco PAS sebagai pengkhianat. Saya fikir Lim Guan Eng tidak memahami Undang-undang tubuh Kerajaan Negeri. Sejak awal saya sebut empat orang exco PAS menjadi benteng terakhir Pakatan Rakyat. Lim Guan Eng semak balik ucapan dia. Ucapan politik dia sendiri ada kepentingan"Sememangnya sebagai rakan kenyataan Guan Eng itu pasti menyinggung perasaan ahli-ahli PAS seluruh Negara. Rakan sewajarnya bertegur-menegur demi kebaikan, tetapi apabila rakan menuduh rakan yang lain sebagai pengkhianat, jelas ia tidak mahu berkawan lagi dan sudah bersedia meletakkan kawan itu sebagai musuh. Kesimpulannya saya mahu memetik kenyataan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Perak Ustaz Noarazli Musa berhubung isu ini:Kami mengulangi untuk menegaskan kepada CEC DAP bahawa tundingan ke atas 4 EXCO kami dari Selangor hendaklah ditarik balik atau DAP akan menghadapi risiko dipandang masyarakat Melayu Islam sebagai sebuah parti yang tiada prinsip dan hanya menjaga kepentingan sendiri demi kelangsungan berkuasa dalam lanskap politik tempatan di Pulau Pinang. Kami tiada masalah berkorban nama dan masa untuk rakan-rakan di semua PRK yang ada termasuk PRK Kajang. Namun jika ini yang dibalas, DAP perlu ingat bahawa DAP bukan sahaja nampak sebagai Pak Turut kepada PKR bahkan menjadi batu loncatan kepada Umno dan BN untuk merancang balik merobek kerusi-kerusi mereka di masa akan datang. PAS tidak punya kerugian yang besar kerana kami berjuang bukan setakat laba di dunia tetapi kami percaya segala usaha kami akan diganjarkan dengan ganjaran yang besar oleh Allah. Semoga DAP bertindak rasional dan terus mahu kekal berkawan dengan PAS. |
Bahana menerima nasihat dari penasihat yang tidak sihat (22/9/14) Posted: 22 Sep 2014 08:39 AM PDT Jika semuanya berjalan lancar esok Selangor akan mendapat Menteri Besar yang baru. Menurut laporan Tuanku Sultan Selangor telah berkenan melantik ADUN Bukit Antarabangsa YB Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR sebagai MB menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah dipecat oleh PKR. Alhmadulillah, krisis MB Selangor berakhirlah sudah tambah-tambah dengan pengumuman oleh Presiden PKR sebentar tadi bahawa PKR mengiktiraf perlantikkan tersebut.Selangor yang asalnya tenang dan selesa dengan kemenangan besar Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 lalu tiba-tiba berkocak apabila pihak-pihak dalam PKR mahu menggantikan Tan Sri Khalid sebagai MB atas alasan-alasan mereka sendiri. Umum mengetahui bahawa meskipun PKR rakan terkecil di Selangor dari sudut bilangan kerusi yang dimenangi pada PRU berkenaan, namun PAS dan DAP telah memberi persetujuan bahawa Selangor akan diterajui oleh MB dari PKR. Lalu terciptalah projek "Langkah Kajang" kononnya untuk membawa masuk Anwar Ibrahim ke dalam DUN Selangor bagi memulakan proses penukaran MB berkenaan, walaupun pelbagai hujah diberikan ketika itu kononnya langkah itu bukan bermakna mahu menukar MB, tetapi akhirnya terbongkar juga bahawa alasan utama langkah berkenaan adalah untuk mematikan karier Tan Sri Khalid sebagai MB.Untuk "Langkah" itu kerusi PKR terpaksa dikosongkan. Akhirnya perancangan untuk menaikkan Anwar tidak berjaya apabila beliau dari segi teknikalnya tidak boleh bertanding. Diisilah pula kekosongan itu dengan Dr Wan Azizah. Terkorbanlah seorang ADUN PKR semata-mata untuk memberi laluan ini. Asalanya langkah berkenaan konon-kononnya bukan untuk menukar MB, sekejap mahu tukar, sekejap tidak, sekurang-kurangnya begitulah rakyat diberitahu.Sejurus itu dalam pada ia dan tidak, Tan Sri Khalid dipaksa mengosongkan kerusi MB nya. Apabila beliau enggan, PKR memecatnya dengan mempercayai bahawa tindakan sebegitu akan memaksa kerusi MB kosong, rupanya tidak. Dari sana bermulalah perbalahan terbuka antara Tan Sri dan PKR dan seterusnya terbabit pula sesama PR khasnya antara PKR dan DAP dengan PAS. Berlarut-larutan ketegangan yang asalnya sesama PKR sahaja tetapi kemudiannya menular sehingga menjangkiti PAS. Pening dan terganggu fikiran rakyat Selangor termasuklah pihak istana lantaran kekalutan ini semua khasnya apabila PKR cuma mahu seorang calon sahaja untuk naik sebagai MB Selangor. Tolak dan tarik terus tercetus, memuncak sehingga 2 orang ADUN PAS berpaling tadah setelah di beli dan dibaruahkan.Presiden PAS kehadapan mahu meredakan ketegangan dengan menasihatkan agar nama Azmin turut dikemukakan sebagai calon alternatif. Cadangan berkenaan ditempelak dengan Tidak, Tidak dan Tidak. DAP yang sebelum-sebelum ini fanatik dengan dasar meritokrasi dan hak untuk didengar, juga tergelincir dalam kancah ini apabila menari dengan rentak Tidak, Tidak dan Tidak juga. Malah lebih parah lagi Presiden PAS dtuduh mahu bikin kerajaan campuran dengan Umno dan Azmin turut dipelawa bersama, sungguh jahat dan parah pihak-pihak tertentu. Akhirnya, setakat malam ini kita dimaklumkan. Pertama istana perkenankan pencalonan Azmin dan kedua PKR terima perlantikkan Azmin.Bayangkan betapa banyak kecelaruan dan ketegangan dapat dielakkan, kiranya pada awal-awal lagi, tanpa perlu Kajang Move, tanpa perlu PRK Kajang, tanpa perlu bertelagah sesama PR, Tan Sri Khalid diumum digantikan, dan penggantinya adalah Pengerusi PKR Selangor dan Timbalan Presdien PKR (bukan orang lain) iaitu Azmin Ali. Demikianlah berakhirnya satu krisis yang sepatutnya mudah diselesaikan tetapi menjadi rumit lantaran menerima nasihat dari penasihat yang tidak sihat.Tahniah YB Azmin Ali. |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan