Isnin, 1 September 2014

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Yang Baham Duit Rakyat Macam Mana?

Posted: 01 Sep 2014 07:17 AM PDT



Mereka ni tak fikir soal mati ke? Patut rosmah nasihat geng yang dok putrajaya tu dulu.

Nadwah Pemerkasaan Duat [NEKAD]

Posted: 31 Aug 2014 07:45 PM PDT

Tuan guru Presiden sedang berucap..

[Live Now]

Nadwah Pemerkasaan Du'at (NEKAD)
Dengarkan melalui:
1) www.hijau.fm
2) Aplikasi android Hijau.FM
3) Aplikasi Tune In: http://tun.in/se8fb

Tentatif:
Nadwah Pemerkasaan Duat [NEKAD]

Tarikh : 1 Sept 2014
Hari : Isnin ( cuti umum )
Masa : 10.00 am - 5.40 pm
Tempat : KUIZM Tmn Melewar Gombak.
_

9.00 - 10.00 am : Daftar - RM10 shj

10.00 am : Majlis Perasmian

10.20 am : Perasmian
Oleh : Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang [Presiden PAS.]

11.00 am : rehat & jamuan ringan.

11.15 am : Kertas 1
Tajuk : Duat : Mengangkat Izzah Islam dan Jamaah
Oleh :

1~ Dr Zuhdi Marzuki
AJK PAS Pusat

2~ Al Fadhil Ust Dr Azhar Yaacob.
[ AJK Dewan Ulamak PAS Pusat ]

12.45 pm : Rehat, makan dan Solat.

01.40 pm : Kertas 2
Tajuk : Duat : Membugar Fikrah dan Menyebar Risalah
Oleh : Dato' Dr Khairudin Aman Razali at Takiri
[ Ketua Penerangan DUPP ]

2.30 pm : Pidato Am
Tajuk : Duat : Agen Jamaah
Oleh :

1~ Dr. Ridhuan Mohd Nor
[ AJK PAS Pusat merangkap Timbalan Pengerusi 4 Lajnah Dakwah PAS Pusat ]

2~ Al Fadhil Ustaz Mokhtar Senik
[ AJK DUPP merangkap Ketua DUPN Pahang ]

4.00 pm : Kertas 3 ( Penutup )
Tajuk : Duat : Mendepani Cabaran Perang Cyber
Oleh : Ustaz Nasrudin bin Hassan at Tantawi
[ Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat ]

4.50 pm : Solat Asar.

5.00 pm : Penutup
Oleh : Tuan Guru Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden PAS merangkap
Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat

5.40 pm : Bersurai

Anjuran Lajnah Dakwah PAS Pusat.

Cita-cita Anwar Jadi PM Berkubur?

Posted: 31 Aug 2014 06:59 PM PDT

DrAzman Ibrahim

Ramai orang yang kata termasuk Tan Sri Mad Taib bekas MB Selangor, bahawa PAS akan rugi jika keluar PR. Ya! Saya akui memang rugi. Tapi bukan hanya PAS yang rugi, PKR dan DAP juga rugi.

Persoalannya, bila pula pimpinan PAS keluar kenyataan kata nak keluar dari PR? Kalau kenyataan yang kata PAS tidak lagi diperlukan dalam PR oleh 2 lagi parti banyak juga saya dengar. Tapi pimpinan PAS tak ada pun nak melatah.

Sejarah membuktikan bila berpakat, PAS tak khianat. PAS masuk BN. Bukan PAS yang keluar tapi ditendang keluar. PAS dalam APU, bukan PAS yang keluar tapi Semangat 46 yang gali kubur sendiri. PAS dalam Barisan Alternatif, bukan PAS yang keluar tapi DAP yang menarik diri.

Sekarang dalam PR. Kalau PAS dikeluarkan, jangan ingat PAS akan menangis. Tidak sama sekali. PR bukan aqidah, aqidah perjuangan kita adalah Islam. Tetapi apabila berpakat, Islam mengajar kita untuk setia dengan perjanjian.

Yang pastinya, kalau PAS dikeluarkan dari PR, cita-cita seorang hamba Allah untuk jadi PM akan berkubur terus!

Tiada ulasan: