Kelab Greenboc |
- Di Mana Suara Kamu Ketika Nik Amar Pecat Tim Pengasas KIAS?
- Tubuh Ibu Sarat Mengandung Bekecai Dililis Kereta Api
- PAS Kini Pada Pandangan Seorang Bukan Islam
- Halimah Bersama Pakatan Atau Khalid Semasa Kemelut PR Selangor?
Di Mana Suara Kamu Ketika Nik Amar Pecat Tim Pengasas KIAS? Posted: 28 Sep 2014 01:34 AM PDT Nasrudin bidas k'jaan PP hukum Iszuree MP PAS Temerloh Nasrudin Hassan membidas tindakan kerajaan Pulau Pinang "mengeluarkan" ahli majlis PAS Iszuree Ibrahim daripada jawatankuasa tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang sekaligus membeku peruntukan terhadapnya. Nasrudin percaya tindakan itu diambil ekoran "teguran dan kritikan" bendahari PAS Pulau Pinang itu dalam muktamar PAS terhadap polisi pembangunan khususnya melibatkan kepentingan umat Islam di negeri itu. Katanya lagi, ucapan Iszuree bukan atas kapasiti peribadi sebaliknya mewakili PAS Pulau Pinang dan difahamkan teks ucapannya disemak oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Mujahid Yusof. "Malangnya tindak balas dari Kerajaan Pulau Pinang sangat drastik. Saudara Iszuree "dipancung" gara-gara kritikan yang membina itu. "Seperti tersimpan satu dendam yang hanya menanti detik untuk dilunaskan. Akhirnya Iszuree terpaksa membayar "harga yang tidak sedikit"," kata Nasrudin. Dalam kenyataannya, beliau itu mendakwa tindakan itu dilihat seperti kerajaan PAP Singapura yang mendiamkan pengkritik mereka dengan tekanan dan tindakan undang-undang. "Saya kira ia sebagai satu langkah untuk menakut dan menggerunkan pihak yang mahu menegur dan mengkritik," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat. Beliau mendakwa tindakan terhadap Iszuree diambil tanpa surat tunjuk sebab atau dipanggil memberi penjelasan. Kesal dengan tindakan itu, Nasrudin tetap mempertahankan Iszuree yang menurutnya membangkitkan masalah yang sekian lama berlaku di negeri Pulau Mutiara itu. Bukan fitnah "Saudara Iszuree bukanlah memfitnah apatah lagi mengkhianati kerajaan sebaliknya beliau menggunakan forum muktamar tahunan PAS bagi membangkit isu ini agar ia menjadi perhatian PAS Pusat. "Di mana secara kebetulannya pesuruhjaya PAS Pulau Pinang ialah timbalan presiden PAS. "Malangnya belum sempat PAS Pusat mengambil apa-apa langkah wajar, saudara Iszuree telah dimangsakan," kata Nasrudin. Nasrudin turut mempersoalkan sama ada kerajaan DAP di negeri itu mahu menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan umum mengenai masalah penempatan dan tanah yang dibangkitkan oleh Iszuree yang menurutnya mempunyai asas dan fakta. Pemimpin muda PAS itu juga berkata beliau maklum dan pernah turun padang berhubung isu itu sewaktu menjadi ketua Pemuda PAS dan Lajnah Tanah PAS Pusat sangat maklum mengenai masalah itu. Sehubungan itu, Nasrudin menggesa supaya PAS Pusat campurtangan mengenai hal ini dan mendesak PAS negeri membela Iszuree dalam hal tersebut. "Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pastinya boleh berperanan untuk menangani isu berbangkit dan berkait kepentingan ummat Islam khasnya tindakan kerajaan Pulau Pinang ke atas bendahari PAS negeri. "Sewajarnya Pas Pulau Pinang mengambil tindakan yang bertanggungjawab bagi membela saudara Iszuree yang telah dizalimi oleh DAP," katanya. -MK
ULASAN GB Tindakan DAP mengeluarkan Iszuree daripada semua jawatankuasa tetap di Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) ekoran kritikannya terhadap polisi setinggan kerajaan negeri di muktamar PAS baru-baru ini tiba-tiba mengundang respons dan kritikan tajam bekas Ketua Pemuda PAS Nasruddin Tantawi. Tetapi yang menghairan GB ialah di mana suara mereka tatkala Timbalan Menteri Besar Kelantan, Nik Mohd Amar Nik Abdullah memecat bekas kadi, Che Ibrahim Mohamed daripada jawatan Timbalan Pendaftar Kolej Islam Sultan Yahya Petra (KIAS), sebuah kolej yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan negeri Kelantan? Malah turut dipecat ialah Asrul Afendi (Pegawai IT KGT Sdn Bhd yang juga pegawai akhbar Husam), Khir Zahri Abdul Ghani (Pengurus Tabung Tok Kenali) dan Fauzi Mohamad (Pengurus Besar PMBK Sawit) selain beberapa kakitangan kerajaan negeri serta anak syarikatnya. Jika DAP lakkan terhadap PAS tidak boleh, tetapi PAS sendiri boleh lakukan ke atas ahli-ahli PAS hanya semata-mata mereka bukan sekumpulan (UG) dengan kamu? Kamu bising untuk menunjukkan kononnya DAP zalim, DAP tidak demokratik dan sebagainya sedangkan sebelum itu pemimpin dari kalangan kamu sudah pun berlaku zalim dan sudah tidak demokratik ke atas ahli-ahli PAS sendiri! Kalau hendak dikisahkan semula betapa kumpulan UG ini gila jawatan gila kuasa, memang banyak. Tetapi kita usah bongkar yang lain, cukup anda menjawab mengenai tindakan tidak demokratik Nik Amar tersebut. Dimana suara kamu ketika itu? Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Tubuh Ibu Sarat Mengandung Bekecai Dililis Kereta Api Posted: 27 Sep 2014 10:05 PM PDT Alor Setar - [DIKEMASKINI] Seorang wanita hamil tujuh bulan sempat memohon maaf sebelum ditemui maut di lintasan kereta api berhampiran Kampung Kuala Alor, Alor Merah, dekat sini, pagi tadi. Ku Nurul Shuhada Ku Rosli, 28, ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila serpihan anggota badannya ditemui dan dipercayai dilanggar kereta api. Wanita itu dipercayai diseret kereta api barang dalam perjalanan dari Padang Besar ke Pulau Pinang sejauh 300 meter sebelum ditemui orang awam kira-kira jam 10 pagi. Suami mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Saiful, 43, berkata, isterinya keluar ke kedai berhampiran kira-kira jam 8 pagi namun masih tidak pulang sejam kemudian. "Selalunya, isteri ke kedai dalam tempoh 10 minit sahaja, namun dia didapati tidak pulang ke kediaman seperti kebiasaannya meskipun sudah jam 9 pagi. "Lalu, saya dan bapa mertua keluar mencarinya sekitar kampung, namun masih gagal sebelum pulang ke rumah," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini. Namun, rakannya memaklumkan ada orang digilis kereta api sebaik mereka tiba di rumah sekitar jam 10 pagi menyebabkannya bergegas ke lokasi kejadian. Beliau terkejut apabila mengenal pasti mayat itu adalah isterinya melalui pakaian dan kunci miliknya. Menurut suami mangsa lagi, mereka memiliki seorang anak lelaki berusia setahun setengah dan sedang menunggu kelahiran anak kedua dijangka dua bulan lagi. Beliau berkata, isterinya sempat memohon maaf kepadanya dan kedua ibu bapa Allahyarham pada malam sebelum kejadian. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Beliau berkata, mayat dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat. Al-Fatihah.
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
PAS Kini Pada Pandangan Seorang Bukan Islam Posted: 27 Sep 2014 05:41 PM PDT PAS yang saya kenali Oleh Lim Hong Siang Gelombang "Reformasi" meledak sebelum saya memasuki dewan peperiksaan SPM. Saya tidak mengenali PAS ketika itu. Imej PAS dibentuk melalui bacaan komentar dalam media bahasa Cina. Negara Islam, hukum hudud, konservatif, ektremis dan sebagainya, antara inilah yang paling memahat dalam minda. Pengalaman bersemuka dengan orang PAS hanya bermula selepas memasuki universiti. Kami dibawa senior untuk menghadiri ceramah politik. Ketika itu saya amat teruja dengan ucapan Mahfuz Omar yang berapi-api. Kemudian kami diatur untuk berdialog dengan Hu Pang Chaw (bekas Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS), melawat ke Kelantan untuk melihat dengan mata sendiri keadaan sebenarnya. Pemikiran kami dipengaruhi senior pada ketika itu, yang aktif dalam DEMA - satu pertubuhan mahasiswa. Kami lebih cenderung untuk mempertahankan Barisan Alternatif, maka DAP dianggap sebagai "penghalang", yang menggagalkan pertukaran kerajaan. Kami berkempen untuk calon Parti KeADILan ketika PRU11 pada tahun 2004. Seringkali kami ditanya oleh pengundi Cina yang tebal prejudisnya terhadap agama, bagaimana ulamak boleh mentadbir negeri, sedangkan mereka tidak tahu apa-apa tentang ekonomi? Terpegun juga kami di situ, kerana gagal memberi jawapan. Akhirnya kami dicelikkan seorang senior, "Padahal pemimpin tertinggi hanya memainkan peranan untuk memastikan agar halatuju pentadbiran tidak terpesong dari landasan demokrasi. Soal teknikal dalam pentadbiran boleh diuruskan oleh teknokrat dan birokrat." Kami menganggap jawapan itu memuaskan, lalu kita menggunakan jawapan skema ini berkali-kali untuk meyakinkan mereka yang masih keraguan. Ini kisah lama. Generasi kami melalui proses kematangan secara berperingkat-peringkat. Pada satu peringkat saya mulai bersikap kritis terhadap PAS. Saya masih ingat pengalaman saya sebagai wartawan, hadir di sidang media Mujahid Yusof Rawa, yang pada ketika itu bersungguh-sungguh untuk berdialog dengan masyarakat Cina selepas PRU11. Beberapa soalan dilontarkan oleh wartawan Cina lain, berdasarkan prejudisnya terhadap PAS. Mujahid ketika itu berjaya menyanggah tuduhan-tuduhan dalam soalan itu dengan fakta, kerana sememangnya PAS tidak seburuk sebagaimana yang digambarkan. Akhirnya saya mengajukan soalan, bagaimana PAS mendakwa dirinya mendukung kebebasan bersuara, sedangkan dirinya mengharamkan tulisan Farish Noor dan Khalid Jaafar di Harakah, ketika itu. Giliran Mujahid terpegun seketika dengan soalan itu. Bagaimanapun soalan-soalan sedemikian kerap ditimbulkan pada zaman pasca PRU11 dan sebelum PRU12. Saya masih ingat pengalaman Dr.Dzulkefly Ahmad diasak oleh NGO dalam satu forum, bagaimana PAS mendakwa dirinya memperjuangkan kebebasan berpersatuan, sedangkan PAS mengambil sikap yang agak keras terhadap Sister-In-Islam, sehingga mencadangkan agar ianya diharamkan? Namun saya sedar keperluan politik ketika itu. Saya nampak bagaimana sekumpulan pemimpin PAS, seperti Mohamad Sabu, Hatta Ramli, Dzulkefly Ahmad, Syed Azman dan lain-lain lagi, turun untuk memprotes kenaikan harga minyak. Maka semakin yakinlah saya bahawa adanya sekumpulan pemimpin dalam PAS yang memperjuangkan nasib rakyat. Lebih penting, susuk tubuh pemimpin inilah yang dijadikan contoh untuk meyakinkan masyarakat Cina bahawa PAS juga komited dalam perjuangan pendemokrasian politik dan ekonomi. Ikon-ikon ini digunakan untuk memecah imej stereotaip masyarakat Cina, bahawa pemimpin PAS hanya memperjuangkan isu agama semata-mata. Ia memakan tempoh bertahun-tahun untuk membina semula keyakinan khalayak umum terhadap PAS. Ramai Cina yang masih ragu-ragu, takut bahawa PAS akan bersikap angkuh seperti UMNO setelah berkuasa. Mungkin PAS tidak mengambil pendekatan perkauman, tetapi diganti dengan agama. Maka kami cuba menonjolkan betapa indahnya Islam yang ditampilkan PAS. Tokoh-tokoh seperti Mat Sabu dijadikan jambatan, untuk membawa masyarakat Cina mengenali semula Islam yang ditampilkan PAS. Barulah masyarakat Cina mula menghayati nilai Islam, dan menyanjung Tok Guru Nik Aziz melalui kesederhanaan cara hidup beliau. Kesemua ini dilonggok sedikit demi sedikit, dari hari ke hari, dari minggu ke minggu, dari bulan ke bulan, dari tahun ke tahun - sehinggalah kita mengecapi hasilnya dalam PRU13. Hasil perjuangan ini bukan datang dengan tohmahan atau tuduhan tanpa bukti ke atas benda yang belum kita tahu. Ia datang dengan curahan titisan peluh mereka yang memperjuangkan perubahan dan pendemokrasian di Malaysia. Secara terus-terang saya terkilan dengan apa yang berlaku dalam tempoh beberapa bulan ini, khususnya muktamar kali ini. Belum berkuasa sudah ada orang PAS yang menggunakan istilah "jentik" terhadap "non-muslim". Malah label-label dihamburkan begitu sahaja secara terbuka tanpa bukti. Ada pula yang secara angkuh mempertikaikan kelayakan Wan Azizah untuk mentadbir. Pemimpin yang selama ini menyumbang untuk menggilap imej PAS seperti Mat Sabu, cuba dihina. Malah muktamar PAS membenarkan perwakilan untuk membaca doa bagi mengutuk rakan seperjuangannya! Saya tidak terdaya untuk mempertahankan gelagat sebegini. Molek bunyinya untuk mendakwa "kita meraih perbezaan pandangan", "mendengar luahan dari hati pemimpin" dan sebagainya. Namun orang umum tidak mempertikaikan perbezaan pandangan dalam PAS, yang dipertikaikan adalah cara untuk menangani perbezaan pandangan. Hatta Mahathir Mohamad, musuh politik kita sekalipun kita doakan agar beliau dipanjangkan umur, mengapa dibacakan doa untuk mengutuk pemimpin dalam parti? Orang yang kuat agama sentiasa menyeru agar kita bersyukur. Bersyukur kepada Tuhan mempunyai maksud tersurat, bahawa apapun kejayaan kita padahalnya disempurnakan Tuhan, dengan mempertemukan kita dengan orang-orang yang sudi membantu kita. Maksud tersiratnya saya tafsirkan sebagai "padahal kehebatan kita tidak ke mana tanpa faktor-faktor lain yang turut sama menyumbang". Hari ini kita menyaksikan bagaimana sekumpulan perwakilan cuba menyerang tokoh-tokoh yang membina semula keyakinan orang ramai terhadap PAS seketika dahulu. Mereka menyerang kedua-dua orang ADUN yang menyokong Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor, seolah-olah tidak sedar bahawa dua orang inilah yang menjadi "penyelamat Pakatan Rakyat di Selangor" di mata kebanyakan penyokong. Saya tidak pasti apakah ini PAS yang saya kenali. Hu Pang Chaw yang seketika dahulu cuba membuktikan bahawa masyarakat Cina boleh menyokong PAS - kini sudah tiada tempat di dalam parti. Tokoh yang seketika dahulu turun untuk bertembung dengan FRU, kini dijadikan sebagai musuh dan parasit dalam parti. Loceng amaran membingitkan telinga, apabila saya membaca komen-komen dalam laman sosial. Ada yang kata lebih baik PKR dan DAP meninggalkan PAS sebelum diheret untuk tenggelam bersama PAS. Saya tidak terkata apa-apa, melainkan menterjemahkan semula apa yang saya nampak kepada kalian. (Harakah versi cetak, 26-28 September 2014, edisi Jumaat) Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Halimah Bersama Pakatan Atau Khalid Semasa Kemelut PR Selangor? Posted: 27 Sep 2014 05:01 AM PDT Halimah: Exco baru tak berdasar 'semangat Pakatan' Barisan baru Exco kerajaan negeri Selangor tidak dilakukan mengikut "semangat Pakatan", dakwa ADUN PAS Selat Klang, Halimah Ali. "...Itu bermakna nama-nama (dalam barisan exco)... tidak ada semangat Pakatan, itu pemahamannya," kata bekas ahli exco negeri itu, yang digugurkan daripada senarai exco baru Menteri Besar Azmin Ali. Ditanya mengenai barisan exco baru itu, respon awal beliau adalah, "Apa lagi yang saya boleh komen? Beliau yang juga bekas exco negeri berkata demikian sewaktu diminta mengulas senarai exco baru yang menyaksikan hanya tiga wakil rakyat PAS dilantik berbanding empat orang sebelum ini. Pentadbiran Selangor menyaksikan PKR kini mempunyai empat orang exco, DAP kekal dengan tiga orang sementara PAS pula dengan tiga orang sahaja. Sebelum itu, Halimah secara ringkas turut mengucapkan selamat maju jaya kepada exco-exco yang baru dilantik. "Selamat maju jaya. Tunaikan tanggungjawab anda," katanya. Halimah yang ditemui wartawan selepas menghadiri taklimat ringkas pembinaan jambatan ketiga Klang, tidak mahu mengulas lanjut mengenai apa yang beliau rasakan masalah dengan barisan baru itu dari segi semangat gabungan itu. Ketika ditemui di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor kemudian, Azmin menolak kenyataan itu Halimah dengan berkata pemimpin PAS telah bersetuju dengan barisan barisan baru Exco itu. "Saya secara peribadi telah berkomunikasi dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang;,Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, dan mereka telah bersetuju," katanya. -MK ULASAN GB Lain macam ajer kedengaran kenyataan bekas exco Halimah Ai di atas. Dulu GB respek juga dengan beliau, tetapi semasa kemelut MB Selangor berlaku, beliau bertindak dengan cara yang tidak sepatutnyanya. Bukankah PAS tak pelahap jawatan, mengapa sekarang Halimah menampakkan rasa tidak puashati dengan penggugurannya sebagai exco? Kedua, mengapa serang Azmin? Bukankah yang menetukan yang menjadi exco dari PAS itu adalah PAS Selangor sendiri terutama Pesuruhjayanya iaitu Iskandar Samad? Iskandar Samad yang menyerahkan nama kepada PAS Pusat yang kemudian menyerahkan nama itu kepada MB Selangor. Tidakkah tindakan Halimah itu sebenarnya mencabar Pesuruhjaya PAS Selangor dan PAS Pusat sendiri? Ketiga, kemungkinan Azmin menrima perkataan beberapa orang ulama PAS yang menyatakan perempuan tak boleh jadi pemimpin, jadi beliau tak lantiklah exco dari PAS. Presiden PAS sendiri kata beliau tak calonkan WAWI kerana tiada kebolehan, jadi berkemungkinan Iskandar dan PAS Pusat pun berpandangan demikian. Kelima GB tertarik dengan satu komen di mkini. Kasar bunyinya tetapi tak sekasar ungkapan BARUA oleh Presiden. Semangat pakatan kau mana waktu krisis???bersama khalid...semangat atok kau Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki dengan produk kami. Sila klik SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan