Nuffnang

Pengikut

Kelab Greenboc

sumber :-

Kelab Greenboc


Betulkah Pengundi Luar Tak Balik Faktor Kekalahan?

Posted: 26 Sep 2014 12:24 AM PDT


PAS: Masalah dalaman bukan punca kalah

Pengarah Jentera PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, faktor ketidakhadiran pemimpin Pakatan Rakyat dan masalah dalaman parti bukan punca kekalahan PAS.

"Secara keseluruhan, ketidakhadiran pemimpin Pakatan terutama DAP tak jadi masalah besar. Bukan faktor. Cuma ia hanya polemik dalaman tentang apa yang berlaku.

"Kalau kita tengok, semua orang pun turun (berkempen). Tak timbul soal ada masalah (dalaman). Saya reda dengan apa yang berlaku. Soal sedih memanglah, cuma hak kita ialah usaha, ikhtiar dan tawakal," katanya pada sidang media selepas pengumuman kemenangan calon BN di markas besar PAS Kampung Geting, Tumpat.

BN mendapat 9,961 undi manakala PAS mendapat 7,326 undi. Calon bebas pula mendapat 38 undi.

Seramai 73 peratus daripada 23,929 pemilih berdaftar keluar mengundi, lebih rendah daripada kadar 80 peratus pada pilihan raya umum lepas.

Dalam pilihan raya umum ke-13 pada Mei tahun lalu, bekas ADUN BN Datuk Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Pengundi luar tak balik

Selain itu, Tuan Ibrahim juga berkata, faktor bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada masyarakat miskin di kawasan itu juga menjadi salah satu punca kekalahan mereka.

Malah, beliau juga berkata, kekalahan pilihan raya kecil kali ini juga mungkin disebabkan faktor pengundi luar yang tidak balik untuk mengundi.

"Faktor pengundi luar yang menyokong PAS tak boleh balik juga antara punca kekalahan kerana pengundi luar ini cenderung pada PAS. Dan pengundi muda di kawasan ini juga di luar jangkaan kerana prestasi pengundi muda di kawasan ini seperti ada sesuatu yang tidak kena. Kita akan tengok balik.

"Dalam masyarakat miskin, bantuan yang terlalu besar mungkin menjadi elemen. Selain itu sogokan yang tidak dapat dinafikan juga akan pengaruhi golongan miskin dan kita harap akan buat post-mortem mengenai perkara ini," katanya lagi.

Calon: Saya reda

Sementara itu, Wan Rosdi pula berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentera dan turut reda dengan kekalahan tersebut.

"Saya reda dan sebagai calon parti saya ucapkan terima kasih pada seluruh jentera parti dari seluruh kawasan dan negeri," katanya ringkas. -mk

ULASAN GB

Kita cukup lemas dengan sindrom penafian. Tak mahu mengaku mengenai "masalah dalaman".

Jika faktor pengundi luar tidak mengundi itu alasan utama, lama sebelum PRK berjalan lagi, Prof Madya Dr Agus Yusof di dalam status FB pada 2 September membuat rumusan awal:

"Hasil penelitian ringkas saya, BN dalam laluan untuk menang.

"Ini bukannya kerana BN hebat, jentera BN kuat, wang BN banyak, calon BN baik atau media BN kawal, tetapi kerana anak muda sudah bosan dengan politik PAS dan PR.

"Maka, ramai anak muda yang tidak akan balik mengundi. Dan mereka juga tidak kisah dengan hasil pilihan raya kecil ini.

"...Mengapa anak muda bosan? Jawapan mudahnya kerana krisis Erdogan vs. ulama dalam PAS dan juga kerana kerjasama dalam Pakatan Rakyat yang kacau. Maka, harapan mereka untuk melihat PR membawa wajah politik baru negara hancur."


Dan ini petikan dari beberapa komentar di blog GB

Anonymous said...
aku sokong pas sejak dr sekolah menengah..buat pertama kali aku rasa sungguh..tak tau nak gambarkan perasan aku tengok akhlak pemimpin utama parti dlm muktamar baru2 ni dan juga media..kalu ikit hati tak tau berapa bakul dah makian aku nak hamburkan tp aku masih control..tp hati aku betul2 dah tawar dkt PAS.

September 25, 2014 at 10:23 PM

Anonymous said...
Samalah jugak dgn aku, family aku, kwn2 aku....semuanya kini dah kata mula tawar dan dah tak percaya lagi pada pas terutama presiden dan geng2 ug serta ulamanya...

in response to aku sokong pas sejak dr sekolah menengah..buat pertama kali aku rasa sungguh..tak tau nak gambarkan perasan aku tengok akhlak pemimpin utama parti dlm muktamar baru2 ni dan juga media..kalu ikit hati tak tau berapa bakul dah makian aku nak hamburkan tp aku masih control..tp hati aku betul2 dah tawar dkt PAS., by Anonymous.

September 25, 2014 at 11:17 PM

Dengar dan baca kesemua keluhan ahli-ahli dan penyokong PAS. Jika pimpinan PAS tidak jujur di dalam muhasabah, PAS akan terus berhadapan dengan kekalahan demi kekalahan, kegagalan demi kegagalan.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





[VIDEO] Jawatan Exco PAS Dikurangkan Kpd 3, Sallehin & Halimah Digugurkan

Posted: 25 Sep 2014 08:46 PM PDT


Kuota empat kerusi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang diperuntukkan kepada PAS sebelum ini dikurangkan menjadi tiga.

Dua exco senior PAS, Sallehen Mukhyi dan Dr Halimah Ali tidak dilantik semula dalam barisan baru kepimpinan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Mereka digantikan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Templer Mohd Zaidy Abdul Talib.

Kini exco PAS hanya Iskandar Samad, Dr Ahmad Yunus ‎Hairi dan Mohd Zaidy.

Komposisi terbaru yang diumumkan Azmin menyaksikan jumlah kerusi PKR menjadi empat, diikuti DAP tiga dan Pas tiga.

"Kerusi Pas dikurangkan selepas mengambil kira semua pandangan PR semalam," ujar Azmin pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.

Semalam, Azmin telah menafikan bahawa komposisi exco negeri kekal dengan empat exco PAS dan masing-masing tiga dari PKR dan DAP.

"Laporan media mengenai pengagihan kuota ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri adalah tidak tepat kerana proses rundingan masih berjalan," katanya di Twitter.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sudah memperkenan senarai nama ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) baharu.

Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu semalam yang ditemui selepas kunjungan hormatnya ke pejabat MB Selangor semalam berkata,

"Tidak ada perbincangan mengenai senarai Exco. Itu terserah pada menteri besar," katanya ketika ditemui di Lobi Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Semalam, Pas Selangor bertegas mahu mempertahankan komposisi empat orang Exconya dalam pentadbiran Selangor. Pengerusinya, Iskandar Abdul Samad berkata, adalah tidak patut meminta Pas yang memenangi 15 kerusi Dun mengurangkan kuota empat orang Exconya.

Namun beberapa pihak di dalam Pakatan Rakyat mahu exco PAS dikurangkan kerana PAS dilihat tidak bersama Pakatan Rakyat semasa krisis MB Selangor.

"Kemenangan 15 kerusi PAS semasa PRU13 adalah kerana rakyat mengundi di atas dasar Pakatan Rakyat, bukan PAS semata-mata", menurut sumber.

Sementara itu jawatan Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor akan diisi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PAS.

"Nik Nazmi Nik Ahmad telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor.

"Saya bersetuju supaya jawatan Timbalan Speaker disandang oleh PAS bagi mewakili Pakatan Rakyat," kata Mohamed Azmin dalam sidang media di Bilik Gerakan, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, pagi ini.

Jelas beliau keputusan ini sudah mendapat persetujuan ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat (PR) dan Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Perlantikan Exco akan dilangsungkan pada hari ini, jam 3.00 petang di Istana Alam Shah, Klang.

1. Elizabeth Wong - PKR
2. Daroyah Alwi - PKR
3 Nik Nadzmi Nik Ahmad - PKR **
4. Amiruddin Shari - PKR **
5. Teng Cang Khim - DAP
6. Ean Yong Hian Wah - DAP
7. V Ganabatirau - DAP
8. Iskandar Samad - PAS
9. Ahmad Yunus Hairi - PAS
10. Zidi Abdul Talib - PAS**

** muka baru












IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





[RASMI] BN Menang DUN Pengkalan Kubor, Majoriti 2,635

Posted: 25 Sep 2014 05:05 PM PDT


Keputusan rasmi menunjukkan BN mengekalkan kerusi Pengkalan Kubor dengan majoriti 2,635 undi.

Bernama melaporkan, mengikut keputusan rasmi, BN mendapat 9,960 undi manakala PAS mendapat 7,335 undi. Calon Bebas pula mendapat 37 undi.

Seramai 73 peratus daripada 23,929 pemilih berdaftar keluar mengundi apabila pusat pengundian ditutup pada jam 5 petang tadi.

Peratusan keluar mengundi itu, seperti yang dijangkakan, adalah lebih rendah daripada 80 peratus yang keluar mengundi pada pilihan raya umum lepas.

PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

PRK itu diadakan susulan kematian wakil rakyat DUN itu daripada BN Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas.

Dalam pilihan raya umum ke-13 pada Mei tahun lalu, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Sebelum ini, 11 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan sebanyak 23,929 orang pengundi biasa menunaikan tanggungjawab mereka.

Kesemua pusat mengundi itu ditutup tepat jam 5 petang ini dengan 73 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

Calon Pas Wan Rosdi Wan Ibrahim mengundi di Sekolah kebangsaan Bendang Pak Yong pada jam 8.03 pagi.

Manakala calon BN Mat Razi Mat Ail mengundi di Sekolah Kebangsaan Simpangan pada jam 8.30pagi.

Sementara itu, Bernama melaporkan, penjumlahan undi dijangka bermula sebaik pusat mengundi ditutup dan akan dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Biji Wangsa.

Pengundian awal pada 21 September lepas, menyaksikan sebanyak 96.3 peratus atau 105 orang daripada 109 pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab mereka di Dewan Delima, Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat. -petikan mkini









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





10 Exco Baru Selangor Angkat Sumpah Esok

Posted: 25 Sep 2014 04:51 AM PDT

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah perkenan untuk menerima pelantikan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang baharu.

Seramai 10 Exco yang telah disenaraikan itu akan mengangkat sumpah di Istana Alam Shah pada Jumaat.

"Saya telah persembahkan nama-nama yang akan dilantik sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) kepada Tuanku.

"Alhamdulillah baginda telah memperkenankan senarai yang telah saya persembahkan. Saya akan umumkan nama mereka esok," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Sultan Selangor selama lebih satu jam di Istana Mestika di sini pada Khamis.

Azmin berkata, beliau mengekalkan jumlah pembahagian kerusi exco yang digunapakai sebelum ini, iaitu empat daripada PAS, Parti Keadilan Rakyat (tiga) dan DAP (3).


Adun PAS, Saari Sungib Tolak Jawatan Exco Selangor

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang, Saari Sungib sedia menarik diri sekiranya beliau dicalonkan sebagai exco Selangor baharu yang akan mengangkat sumpah pada Jumaat.

Beliau berkata, jawatan sebagai panel penasihat bagi memantau pengagihan dana dan pentadbiran syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) di Selangor yang telah diberikan kepadanya sebelum ini sudah memadai.

"Saya akan tarik diri sekiranya nama saya tersenarai sebagai exco. Semalam (Rabu) pun saya secara peribadi telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada menteri besar supaya tidak meletakkan nama saya dalam barisan exco," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Menurutnya, selain Exco, tugas sebagai Adun juga boleh menjadi 'check and balance' kepada polisi yang dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat di Selangor.

"Seperti yang sudah saya lakukan selama dua penggal menjadi Adun di Selangor, kita mahu memastikan tiada ketirisan berlaku, semua polisi yang dilaksanakan dapat mencapai tahap pelaksanaan hingga 90 peratus. Semua bantuan yang dijanjikan harus sampai kepada golongan sasar seperti yang ditetapkan.

"Prinsip ini akan saya teruskan dan kami sedia menjadi penasihat kepada kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Selangor baharu, Azmin Ali," katanya.

Justeru, beliau berharap supaya kepimpinan menteri besar baharu dapat meneruskan legasi pentadbiran yang ditinggalkan Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Kita berharap Azmin dapat membawa Selangor terus maju dan mengumpul lebih banyak rizab tunai yang dapat membantu rakyat kurang berkemampuan di negeri ini.

"Dalam masa yang sama, polisi sedia ada diteruskan dan ditambah baik serta kerjasama dengan kerajaan pusat dapat diteruskan terutamanya dalam melibatkan kepentingan rakyat Selangor," katanya.

Sejak Rabu, terdapat beberapa senarai nama yang didakwa barisan Exco Selangor yang baharu tersebar di laman sosial. Nama Saari dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin dikatakan tersenarai sebagai exco yang mengangkat sumpah di Istana Alam Shah, Klang pada Jumaat.

Sebelum ini, Saari dan Hasnul telah menandatangani akuan bersumpah (SD) menyatakan sokongan mereka kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail supaya dilantik sebagai menteri besar Selangor untuk menggantikan Khalid.

Bagaimanapun tindakan tersebut mendapat kecaman beberapa pihak termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pimpinan PAS yang menyifatkannya sebagai pengkhianatan kepada parti dan bertentangan dengan keputusan yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama yang menyokong agar Khalid dikekalkan sebagai menteri besar.
-mstar


BERITA TERKINI

Menteri Besar Selangor Azmin Ali menafikan bahawa komposisi exco negeri kekal dengan empat exco PAS dan masing-masing tiga dari PKR dan DAP.

"Laporan media mengenai pengagihan kuota ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri adalah tidak tepat kerana proses rundingan masih berjalan," katanya di Twitter beliau sebentar tadi.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT