Khamis, 25 September 2014

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


JUHAM Tangkap "Pengundi Hantu" Di PRK Pengkalan Kubor

Posted: 25 Sep 2014 01:10 AM PDT


PRK N01 PENGKALAN KUBOR: Kenyataan Media JUHAM - "Pengundi Hantu"

1) JUHAM menerima aduan daripada petugas pilihanraya PAS di UPU Bendang Pa'yong, Pengkalan Kubor tentang seorang pengundi yang disyaki bukan warganegara Malaysia, namun mempunyai kad pengenalan dan passport Malaysia.

2) Peguam-peguam JUHAM yang bertugas di situ dengan serta-merta menahan dan menyoal-siasat pengundi terbabit serta menyemak kad pengenalan serta passport beliau. Pengundi tersebut asalnya diiringi oleh Penghulu Kampung Bendang Pa'yong. Namun setelah menyedari kehadiran peguam JUHAM, penghulu tersebut terus melarikan diri dan meninggalkan pengundi tersebut.

3) Keraguan semakin memuncak apabila ketika disoal peguam JUHAM, pengundi tersebut langsung tidak tahu berapa nombor Kad pengenalan beliau, berapa umur beliau dan di mana alamat beliau di Pengkalan Kubor.


4) Malah yang lebih aneh adalah pengundi tersebut juga tidak tahu apakah nama Dun tempat beliau mengundi undi ini dan apakah nama tempat UPU beliau mengundi.

5) Namun, pengundi tersebut mengaku bahawa beliau memangkah calon Barisal Nasional.

6) Berdasarkan rekod di dalam passport beliau, beliau kerap berulang-alik ke Thailand. Apabila ditanya, beliau mengesahkan keluarga beliau menetap di Thailand dan kali pertama beliau mengundi adalah ketika pilihanraya umum ke-13 baru-baru ini.

7) Justeru JUHAM menyeru kepada semua petugas-petugas pilihanraya untuk lebih berwaspada dan cakna dengan individu-individu yang mencurigakan. Sekiranya wujud individu yang mencurigakan, petugas-petugas diminta untuk segera melaporkan kepada peguam JUHAM yang bertugas.

Noorazmir Zakaria
PENGARAH JABATAN UNDANG-UNDANG & HAK ASASI MANUSIA









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



[LIVE] PRK Pengkalan Kubor - Gambar & Video

Posted: 24 Sep 2014 11:50 PM PDT


Sebanyak 11 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan sebanyak 23,929 orang pengundi biasa menunaikan tanggungjawab mereka.

Kesemua pusat mengundi itu akan ditutup pada pukul 5 petang ini.

Penjumlahan undi dijangka bermula sebaik pusat mengundi ditutup dan akan dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Biji Wangsa di sini.

Terdapat 45 saluran mengundi bagi PRK itu membabitkan 11 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 1, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2, Sekolah Menengah Ugama (Arab) Meheliah Geting, Sekolah Kebangsaan Geting (1).

Sekolah Kebangsaan Simpangan, Maktab Rendah Sains MARA Tumpat, Sekolah Kebangsaan Bunohan, Sekolah Kebangsaan Sri Neting, Sekolah Kebangsaan Bendang Pa' Yong, Sekolah Kebangsaan Teluk Jering dan Sekolah Menengah Kebangsaan Geting.

LINTAS LANSUNG
dari pelbagai sumber, MSTAR, mkini, TMI, harakahdaily, mutaligat dll

3.00 petang - Peratus keluar mengundi, 69 peratus (16,530 pengundi)

2.00 petang - Peratus keluar mengundi, 64 peratus (15,443 pengundi)

1.00 petang - Peratus keluar mengundi, 60 peratus (14,578 pengundi)

12.30 tengahari - Ketegangan belaku di kawasan daerah mengundi Geting yang merupakan kawasan 'panas' setiap kali pilihan raya berikutan tindakan segelintir penyokong fanatik parti-parti bertanding.

Caci maki dan kata-kata kesat mewarnai hari pengundian apabila mereka saling melemparkan fitnah kepada parti lawan dengan pelbagai jolokan seperti 'PAS parti barua', 'BN parti fitnah', 'BN bodoh', 'PAS celaka' dan 'hancur BN'. -FMT

12.15 tengahari - Calon Bebas beliau sudah 'menang' kerana semua pengundi menggunakan pen. Beliau menggunakan lambang pen dalam pilihan raya kali ini.

-mstar 12.15 tengahari - Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata proses pengundian berjalan secara tenang dan terkawal. Beliau yakin keadaan ini akan berterusan sehingga proses pengundian tamat pada pukul 5 petang.

12.00 tengahari - Peratusan keluar mengundi, 54 peratus (12,945 pengundi).

11.45 pagi : Menurut SPR, sebanyak 43 peratus atau 10,367 pemilih telah keluar mengundi sehingga pukul 11 pagi.

10.45 pagi : Kira-kira 27 % pengundi telah membuang undi di kesemua 11 pusat pengundian pada PRK Pengkalan Kubor. Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh SPR.

9.15 pagi : Cuaca di Pengkalan Kubor di awal pagi ini kelihatan baik dan cerah. Ini membolehkan para pengundi keluar membuang undi tanpa masalah. SPR menjangkakan 70 % pengundi akan membuang undi hari ini.

8.58 pagi - Calon BN, Mat Razi Mat Ail tiba di SK Simpangan untuk membuang undi. Beliau keluar dari pusat mengundi. Beliau berkata keadaan tenang dan terkawal.

8.20 pagi - Keadaan di SK Simpangan masih tenang dan terkawal walaupun kehadiran pengundi semakin ramai.

8.12 pagi - Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor Wan Rosdi Wan Ibrahim selesai membuang undi awal pagi ini.

8.02 pagi - Calon PAS hadir ke pusat mengundi diiringi Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, Siti Zailah.

8.00 pagi - Semua pusat mengundi dibuka untuk proses membuang undi.

7.55 pagi - Keadaan di SMK Simpangan masih tenang. Ramai petugas dan media sedang menunggu ketibaan calon.

7.50 pagi - Pengundi yang datang awal dan telah membuat semakan daftar pemilih dibenarkan masuk ke perkarangan pusat mengundi dan beratur sementara menunggu proses pengundian bermula.

7.35 pagi - Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Yusof tiba untuk memberi sokongan kepada calon PAS. 7.30 pagi - Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pemantau mula memasuki perkarangan tempat mengundi. Polis mengawal di bahagian luar pusat pengundian.






akan dikemaskinikan setiap 15 minit. Harap refresh







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





[PENGAJARAN] Kisah Seorang Ibu Membeli Kambing Untuk Qurban

Posted: 24 Sep 2014 05:16 PM PDT

Seorang pedagang haiwan qurban berkisah tentang pengalamannya:

Seorang ibu datang memperhatikan dagangan saya. Dilihat dari penampilannya sepertinya tidak akan mampu membeli. Namun tetap saya cuba hampiri dan menawarkan kepadanya, "Silakan bu…", lantas ibu itu menunjuk salah satu kambing termurah sambil bertanya,"kalau yang itu berapa Pak?".

"Yang itu 700 ribu (RM190) bu," jawab saya. "Harga terrendahnya berapa?", Tanya kembali si Ibuu. "600 (RM160), harga itu untung saya kecil, tapi tak apalah…… . "Tapi, uwng saya hanya 500 ribu (RM130), boleh pak?", pintanya. Waduh, saya bingung, karena itu harga modalnya, akhirnya saya berbincang dengan teman sampai akhirnya diputuskan diberikan saja dengan harga itu kepada ibu tersebut.

Sayapun mengantar haiwan qurban tersebut sampai kerumahnya, begitu tiba dirumahnya, "Astaghfirullah……, Allahu Akbar…, terasa menggigil seluruh badan kerana melihat keadaan rumah ibu itu.

Rupanya ibu itu hanya tinggal bertiga, dengan ibunya dan seorang anak lelaki dirumah usang berlantai tanah tersebut. Saya tidak nampak pun tilam, kerusi di ruangtamu, apalagi perabot mewah atau barang-barang elektronik,. Yang terlihat hanya katil kayu beralaskan tikar dan bantal lusuh.

Diatas katil, tertidur seorang nenek tua kurus. "Mak…..bangun mak, ni.. lihat saya bawa apa?", kata ibu itu pada nenek yang sedang tidur sampai akhirnya terbangun. "Mak, saya sudah belikan emak kambing buat qurban, nanti kita hantar ke Masjid ya mak….", kata ibu itu dengan penuh kegembiraan.

Si nenek sangat terkejut meski nampak bahagia, sambil membelai kambing, nenek itu berucap, "Alhamdulillah, akhirnya kesampaian juga kalau emak mau berqurban".

"Ni Pak, wangnya, maaf ya kalau saya menawar harga kambing ini terlalu murah, kerana saya hanya tukang cuci di kampung sini, saya berusaha mengumpulkan wang untuk beli kambing yang akan diniatkan buat qurban atas nama ibu saya….", kata ibu itu.

Kaki ini bergetar, dada terasa sesak, sambil menahan titis air mata, saya berdoa, "Ya Allah…, Ampuni dosa hamba, hamba malu berhadapan dengan hamba-Mu yang pasti lebih mulia ini, seorang yang miskin harta namun kekayaan imannya begitu luar biasa".

"Pak, ini sedikit wang upah menghantar kamibng itu…", panggil ibu itu," sudah bu, biar tambang kendaraanya saya yang bayar', kata saya.

Saya cepat pergi sebelum ibu itu tahu kalau mata ini sudah basah kerana tak sanggup mendapat teguran dari Allah yang sudah mempertemukan dengan hambaNya yang dengan kesabaran, ketabahan dan penuh keimanan ingin memuliakan orang tuanya…….

Untuk mulia ternyata tidak perlu harta berlimpah, jawatan tinggi apalagi kekuasaan, kita dapat belajar keikhlasan dari ibu itu untuk menggapai kemuliaan hidup. Berapa banyak diantara kita yang diberi kecukupan penghasilan, namun masih saja ada kengganan untuk berkurban, padahal boleh jadi harga handfon, tablet, jam tangan, tas, ataupun aksesoris yang menempel di tubuh kita harganya jauh lebih mahal dibandingkan seekor haiwan qurban. Tak kira lagi perabot rumah dan kereta. Namun selalu kita sembunyi dibalik kata tidak mampu atau tidak dianggarkan. -Aidil Heryana







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Tiada ulasan: