Kelab Greenboc |
- [BERGAMBAR] Tips Kecil Elak Anak Terkunci Dalam Kereta
- [BERGAMBAR] Di Sebalik Kisah "Biawak Lapar" Serang Kanak-kanak...
- [EDISI BERAT] Hassan Ali Dulu Fitnah Azmin Kongasi Isteri -UPDATED
- [VIDEO] Exco Selangor Angkat Sumpah Jumaat Ini, Tiada Jawatan TMB - Azmin
[BERGAMBAR] Tips Kecil Elak Anak Terkunci Dalam Kereta Posted: 24 Sep 2014 01:06 AM PDT Kanak-kanak terperangkap dalam kereta JASIN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun nyaris lemas selepas terperangkap dalam kereta milik bapanya di sebuah stesen minyak di bandar Jasin, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, kanak-kanak terbabit ditinggalkan berseorangan dalam kereta jenis Proton Exora selepas bapanya ke kaunter minyak sebelum kereta yang dimatikan enjin itu terkunci secara tiba-tiba. Seorang pekerja stesen minyak itu yang enggan dikenali berkata, tidak lama selepas lelaki berusia 40-an itu ke kaunter stesen minyak, penggera keretanya berbunyi sebelum dia mendapatkan kenderaannya dan mendapati kunci kereta tertinggal di dalamnya. Menurutnya, ketika itu kanak-kanak terbabit sedang tidur dalam kenderaan berkenaan sebelum terjaga beberapa minit kemudian. "Saya kemudian meminta pelanggan menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk membantu membuka pintu kereta tersebut. "Biarpun tersedar dari tidur, kanak-kanak itu tidak menangis dan sempat diagah oleh orang ramai bagi menghilangkan rasa ketakutan," katanya. Sementara itu, Pegawai Operasi JPAM daerah Jasin Sarjan Mejar Muhamad Alif Abd Rahman berkata, dia mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menyelamatkan kanak-kanak terbabit selepas terpaksa memecahkan salah sebuah cermin kenderaan itu. Menurutnya, sebelum itu, dia bersama empat anggotanya berusaha membuka cermin tingkap kereta sebelah kiri dengan cara manual, namun tidak berjaya. "Disebabkan itu, kami terpaksa memecahkan cermin kereta berkenaan bagi menyelamatkan mangsa," katanya. ULASAN GB Alhamdulillah, mujur anak itu selamat. Jika tidak bukankah sesal tak sudah sang bapanya... Sudah banyak kes anak tertinggal di dalam kereta berlaku. Dan di dalam kes-kes berkenaan, kebanyakannya pula adalah kerana kereta terkunci dari dalam. Ia sepatutnya menjadi pengjaran kepada semua, jangan samasekali tinggalkan kunci kereta di dalam sewaktu anda meninggalkan kereta berkenaan. Kedua, sentiasa bawa kunci pendua (kuncinya sahaja tanpa alat penggera) dan simpan di dalam dompet. Ini memudahkan anda untuk membuka kereta secara manual apabila pintu kereta tertutup secara automatik. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
[BERGAMBAR] Di Sebalik Kisah "Biawak Lapar" Serang Kanak-kanak... Posted: 23 Sep 2014 10:45 PM PDT Bayi 8 bulan terima 50 jahitan akibat diserang biawak Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan menerima 50 jahitan selepas cedera di bahagian muka dan kepalanya setelah diserang oleh seekor biawak ketika berada di dalam walker, di hadapan pintu dapur rumahnya di Pulau Tioman pada pagi kelmarin. Dalam kejadian di kuarters pekerja Berjaya Resort pada 10 pagi itu, bayi berkenaan Nor Hidayah Abdul Rahman dilaporkan ditinggalkan di situ seorang diri sementara ibunya Noraudah Maisarah, 39, seorang suri rumah sedang menyenduk bubur di dapur. Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya berkata secara tiba-tiba datang seekor biawak dari arah luar terus menyerang bayi malang berkenaan. "Melihat keadaan itu, wanita berkenaan terus bertindak menyelamatkan anaknya dan menghalau haiwan berkenaan," katanya, semalam. Kejadian itu kemudian dimaklumkan kepada bapa mangsa Abdul Rahman Ismail, 38, seorang penyelenggara di resort berkenaan yang ketika itu sedang bekerja, sebelum dilaporkan kepada pihak polis. Johari berkata mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Daerah Mersing sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Baharu untuk mendapatkan rawatan lanjut. "Pihak Jabatan Perhilitan dimaklumkan tentang perkata tersebut untuk tindakan lanjut," katanya. Sementara itu di Johor Baharu, bayi malang berkenaan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di HSA. Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Datuk Ayub Rahmat berkata doktor dan kakitangan HSA terus memantau keadaan kesihatan bayi terbabit di wad kanak-kanak hospital berkenaan selepas dipindahkan dari Hospital Mersing semalam. "Keadaan bayi itu stabil. Bayi terbabit mengalami kecederaan di bahagian muka akibat dicakar haiwan itu dan doktor mencuci luka itu serta menjahitnya. "Keseluruhannya, lebih kurang 50 jahitan tetapi doktor menggunakan jarum dan benang paling halus. Luka paling panjang 8cm di atas kening kiri berbentuk 'L'. "Pihak hospital terus memantau keadaan kesihatannya terutama di bahagian yang mengalami kecederaan itu kerana bimbang dijangkiti bakteria," katanya ketika dihubungi. Menurut Ayub, bayi perempuan itu dimasukkan ke wad di HSA 8.30 malam semalam selepas menempuh perjalanan selama beberapa jam dari Mersing. – Bernama
ULASAN GB tatkala kita sedang ghairah menyambut perlantikan MB Selangor... tiba-tiba ada kisah seekor biawak menyerang seorang budak sehingga cedera dan menerima 50 jahitan. PERHILITAN berkata kemungkinan "biawak itu tengah lapar." Bukan bermaksud GB untuk mempolitikkan hal biawak itu, tetapi bagi yang mempunyai mata hati, ada maksud daripada "ayat manzurah" itu... kerana "tidak ada sesuatu pun dari Allah itu sia-sia.. "Dan tidaklah Kami ciptakan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya dengan bermain-main."(al-Anbiyaa`: 16) "Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, dan pertukaran malam dan siang, sungguh terdapat ayat-ayat (tanda-tanda) bagi orang yang berfikir). (Iaitu) orang yang mengingati Allah semasa berdiri, duduk dan berbaring dan mereka bertafakur (memikirkan dengan mendalam) tentang penciptaan langit dan bumi (lalu mereka mengucapkan): "Wahai Tuhan kami! Tidak Engkau jadikan (semua) ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau Ya Allah! Lindungilah kami daripada azab neraka". (Ali Imran: 190-191) Di dalam bicara politik, semalam juga GB ada paparkan kisah seorang bekas exco Selangor yang terhegeh-hegeh mendatangi MB Selangor yang baru. Semua kenal siapa dia. Presiden JATI orangnya. Pengkomen pertaqma di FB Green Boc menulis :"hahahahaha.....sian plak ...lame dah x masyuuuuuukkkkk...agaknye????" Bunyi macam biawak lapar.. hehehe Ada kaitan atau tiada kaitan, persepsi masing-masing tetapi seperti GB katakan tadi, tiada kisah atau ciptaan Allah itu yang sia-sia. Semuanya berguna untuk "kaum yang berfikir"! Demikian adanya. Untuk yang berminat untuk membaca ayat-ayat manzurah lagi, sila klik SINI. Sementara itu, jangan lupa untuk doakan kesembuhan dan keselamatan "anak kecil yang tercedera itu". p/s maaf jika ada yang tak bersetuju dengan tulisan GB. Wallahu alam. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
[EDISI BERAT] Hassan Ali Dulu Fitnah Azmin Kongasi Isteri -UPDATED Posted: 23 Sep 2014 06:25 PM PDT JATI sedia kerjasama dengan Azmin - Hasan Ali KLANG: Pertubuhan Jalur Tiga (JATI) sedia memulakan jalinan kerjasama dengan Menteri Besar baru Selangor, Mohamed Azmin Ali dalam usaha mempertahankan Islam, Melayu dan institusi raja di negeri ini. Presidennya, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali memaklumkan, dia tertarik dengan lafaz Ikrar Aku Janji Menteri Besar khususnya dalam tiga konteks berkenan isu berkenaan dan berharap ia dapat dilaksana sebaik mungkin. "Sebagai Presiden JATI Malaysia, kita akan berikan kerjasama sebaiknya dan kerjasama itu diberikan sekiranya Yang Amat Berhormat betul-betul serius dan punyai kekuatan serta sokongan daripada semua pihak untuk menjamin bahawa Islam, Melayu dan institusi raja itu dapat dipertahankan," jelasnya kepada Astro AWANI selepas Istiadat Angkat Sumpah Menteri Besar di Istana Alam Shah, di sini, hari ini. Sehubungan itu kata Hasan, satu pertemuan akan diatur bagai membincangkan hal tersebut dengan lebih lanjut. "Saya ada bagitau dia (Azmin) tadi, bahawa kita akan adakan satu pertemuan dengan pemimpin-pemimpin JATI untuk bincangkan dengan lanjut di mana tempatnya kami di JATI yang memang dah lama dalam ketiga-tiga bidang ini," "Kalau dapat dijalinkan satu hubungan baik demi Islam, Melayu dan institusi raja akan berikan faedah dan manfaat terbaik kepada Selangor dan rakyat negeri Selangor", katanya. Antara sepuluh intipati Ikrar Aku Janji yang dilafazkan termasuklah memelihara dan melindungi kesucian dan keagungan agama Islam senagai agama negeri dan kepercayaan orang Islam dari diganggu gugat pihak lain. Selain itu ikrar itu turut menyebut akan memelihara kedaulatan institusi raja dan mempertahankannya dari dicemari mana-mana pihak dan memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan pada masa sama kepentingan sah kaum lain seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. JATI merupakan sebuhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menggerakkan massa ke arah membentuk masyrakat madani dengan mengagungkan Islam, memartabatkan bangsa Melayu dan mendaulatkan institusi raja. Sebelum penubuhan JATI, Dr. Hasan adalah bekas barisan exco kerajaan negeri Selangor. Namun, selepas di pecat PAS, dia lantang mengkritik kepimpinan Pakatan Rakyat dalam mentadbir negeri itu. Kelantangannya sering menjadi berdebatan khususnya dengan Azmin termasuk dalam isu Kalimah Allah. Dr Hasan juga pernah membidas Azmin yang didakwa bersikap sikap angkuh dan biadab terhadap keputusan Majlis Syura Pas berhubung isu tersebut. -astroawani ULASAN GB Tiba-tiba Hassan Ali muncul pagi ini menemui MB Selangor yang baru, YAB Azmin Ali. Mungkin nak lobi nak jadi exco? Sedangkan inilah orangnya yang menjaja seluruh negara menabur fitnah menyatakan Azmin kongsi isteri dengan orang lain. (Tonton video di bawah nanti). Sebelum dari ini GB pernah mengulas, petikan: Alhamdulillah, akhirnya duri dalam daging itu akhirnya dapat dikeluarkan. Di dalam satu ulasan GB yang lain, GB menyatakan, PETIKAN: Hassan Ali pernah menggesa rakyat supaya "jangan beri Pakatan walau satu undi". Tetapi apa yang berlaku adalah disebaliknya dimana undi Pakatan Rakyat telah bertambah. Begitu juga ulasan GB yang ini, PETIKAN: Yang jelas, kini Hassan Ali terus akan mencadi sasau dan cacau... dalam erti kata sebenar, "GILA". Di dalam barisan PAS Selangor kini, saki baki geng Hassan Ali masih ada, malah cukup berkuasa. Belum sampai waktunya untuk GB bongkar kesemuanya. Tetapi jika keadaan memerlukan, segala-galanya akan didedahkan demi kebenaran dan keadilan. Jangan main-main dengan hukum kebenaran dan keadilan itu. KISAH BENAR!!! Hasan Ali memfitnah Azmin Ali berkongsi isteri Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
[VIDEO] Exco Selangor Angkat Sumpah Jumaat Ini, Tiada Jawatan TMB - Azmin Posted: 23 Sep 2014 05:24 AM PDT Menteri besar Selangor yang baru, Azmin Ali menjangkakan bahawa barisan ahli Exco baru Selangor akan mengangkat sumpah seawal Jumaat ini. ADUN Bukit Antarabangsa itu berkata beliau akan mengadakan pertemuan terlebih dahulu dengan wakil Pakatan Rakyat petang ini bagi membincangkan hal itu. Katanya, butiran dari pertemuan tersebut dijangka akan dapat diselesaikan pada hari Khamis. "Kita akan mengadakan perbincangan pada petang ini untuk melihat komposisi exco Pakatan Rakyat dan tuanku menitahkan supaya perkara ini dapat diselesaikan segera dan insya-Allah pada hari Jumaat akan ada istiadat angkat sumpah Exco yang baru dari Selangor," kata. Beliau bercakap kepada pemberita dalam sidang media pertamanya selepas mengangkat sumpah sebagai menteri besar di Istana Alam Shah, Klang hari ini. Azmin juga berkata, nasib empat Exco PAS yang kekal dalam kerajaan Pakatan Rakyat sebelum pelantikannya semalam akan ditentukan dalam perbincangan petang ini. MP Gombak itu juga berkata, beliau akan menyemak semula keputusan mesyuarat Exco terakhir semalam yang menutup pejabat penasihat ekonomi Selangor semalam dan memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatan itu. Sementara itu Azmin menafikan khabar angin mengatakan jawatan baharu timbalan menteri besar Selangor akan diwujudkan seperti dilaporkan media semalam. Beliau berkata, isu mengenai jawatan tersebut tidak timbul walaupun khabar angin sebelum ini tersebar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Champaka Iskandar Samad akan dilantik menjawat jawatan itu. "Tidak timbul jawatan timbalan menteri besar," kata Azmin. Semalam portal The Star melaporkan Iskandar yang juga pesuruhjaya PAS Selangor akan dilantik menjadi timbalan menteri besar Selangor. ULASAN GB Kuasa perlantikan exco adalah hak prerogatif Menteri Besar Selangor sekalipun dari aspek mesyuwarah, setiap parti boleh mencadangkan calonnya. Samada barisan exco lama itu kekal atau akan dilantik muka baru, jawapannya di tangan YAB MBnya. Gaji anggota exco kerajaan negeri telah dinaikkan di zaman TSKI daripada RM6,109.29 kepada RM20,250. Tidak kira siapa pun yang bakal dilantik sebagai exco, kita berharap mereka akan menjalankan amanah dan bekerja bersungguh-sungguh untuk rakyat negeri Selangor. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan