Kelab Greenboc |
- [MENYEDIHKAN] Dia Pecah-belahkan Parti & Jauhkan Orang Dari PAS..
- Ustaz Ridzwan: Saya Perwakilan Bukan Pemerhati!
- Isu Fitnah: Hj Hadi Boleh Disaman Oleh YB Shaari & YB Hasnul
- [OFF-POLITIC] Pelajar IPTA Tidak Senonoh Dalam Bas Ditahan
[MENYEDIHKAN] Dia Pecah-belahkan Parti & Jauhkan Orang Dari PAS.. Posted: 22 Sep 2014 01:01 AM PDT Ke mana hala tuju ahli progresif dalam PAS? Soalan sebenar selepas berakhirnya Muktamar Tahunan PAS Ke-60 yang penuh hangat semalam bukan mengenai hala tuju parti itu, tetapi tindakan yang akan diambil ahli progresif dan liberal selepas ini. Apakah mereka yang tidak setuju dengan cara Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang konservatif itu akan terus berdiam diri atas nama wala' dan taat kepada pemimpin, atau mengambil sesuatu tindakan. Berbeza dengan kebiasaan pemimpin tertinggi parti melafazkan ikrar perpaduan dan kesatuan pada penutup persidangan, Hadi pada hari terakhir muktamar melontarkan cabaran kepada mereka yang tidak bersetuju dengan pendekatan beliau agar meninggalkan parti itu. "Dalam jamaah (parti) hanya ada satu imam. Kalau nak jadi imam juga, cari tanah lain dan buat masjid lain," katanya ketika memberikan ucapan penggulungan semasa muktamar di Batu Pahat, Johor semalam. Ucapan itu adalah yang paling ketara menunjukkan sikap beliau terhadap pihak yang berbeza pendapat dengannya. Sikap Hadi ini sangat berbeza dengan pimpinan PAS yang lain, termasuk pimpinan PAS sebelum ini. Bekas presiden, Allahyarham Datuk Fadzil Noor dalam usaha menyatukan dua kumpulan besar dalam PAS mengambil pendekatan memprofesionalkan ulama dan mengulamakan profesional. Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali sewaktu penggulungan muktamar semalam berkata, PAS tanpa ulama buta, tanpa profesional tempang. Ucapan penutup lazimnya digunakan oleh pimpinan PAS untuk menyatukan perbezaan pendapat dalam parti, tetapi Hadi pula mengambil sikap "menghalau" mereka yang tidak bersetuju dengannya. Awal bulan ini, ketika berdialog dengan penyokongnya di Terengganu, Hadi juga membuat ungkapan hampir sama ketika ditanya mengenai badan bukan kerajaan (NGO) baru, PasMa. "Penubuhan parti baru, ini perkara biasa dalam negara demokrasi berparlimen, siapa-siapa yang nak tubuh parti, sila tubuh. "Jadi mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia nak tubuh parti, sila. Baik dia keluar, dia tubuh parti sendiri, senang tak payah duduk dalam," katanya dalam satu sesi penjelasan isu semasa di Rusila, Marang. Sejak kebuntuan kes menteri besar Selangor, para pemimpin dalam Jawatankuasa PAS Pusat banyak berbeza pendapat dengan Hadi. Ia bermula apabila presiden parti Islam itu mengumumkan sokongan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor, selepas PKR dan DAP memutuskan menyingkir Khalid dan menggantikannya dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Pada waktu itu, sokongan yang dibuat Hadi terhadap Khalid sebelum mesyuarat yang dijadualkan pada 17 Ogos mengejutkan ramai pemimpin PAS. Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar kemudiannya berkata, ia adalah pandangan peribadi Hadi kerana keputusan rasmi belum dibuat. Ekoran itu, para penyokong Hadi terus menerus menyerang mereka dan memomokkan mereka sebagai tidak wala' dan taat kepada presiden sehinggalah ke muktamar tiga hari yang berlangsung di Batu Pahat, Johor. Dalam muktamar kali ini, sekurang-kurangnya tiga kejadian besar menjadi bukti perkara ini. Pertama, peristiwa 50 perwakilan Pemuda PAS yang memakai jaket "Kami sokong presiden dan Majlis Syura" meninggalkan dewan ketika Mat Sabu memulakan ucapan perasmian muktamar sayap itu. Kedua, perwakilan Wilayah Persekutuan Dr Azhar Yaakub berdoa sambil melaknat mereka yang tidak wala' dan tidak taat kepada Hadi. Ketiga, ketika Pengerusi Lujnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS (Luham), Mohamed Hanipa Maidin berkata PAS perlu menolak jika dilantik sebagai menteri besar Selangor, beliau dicemuh dengan seruan "boo" oleh pengikut fanatik Hadi. Sesuatu yang di luar dugaan apabila beliau dicemuh kerana yang diperkatakannya ialah keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat. Ketiga-tiga peristiwa ini menjadi titik hitam dalam muktamar itu. Ke mana hala tuju PAS selepas ini? Ramai berpendapat cara Hadi memberi ucapan penutup di muktamar itu menunjukkan PAS sedang merancang satu tindakan yang lebih besar dalam hubungannya dengan Pakatan Rakyat selepas ini. Namun, mereka tidak mahu membuat demikian dalam muktamar. Ini dibayangkan melalui ucapan penutup beliau dan ucapan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din semasa merasmikan Muktamar Dewan Ulama. Haron ketika itu berkata tahaluf siyasi dengan Pakatan ada syaratnya. Jika syarat itu dilanggar, ia perlu dikaji semula. Namun, ketika muktamar panas pada hari kedua sidang, Haron bangkit dan memberi arahan agar tidak dibincangkan lagi soal perbezaan antara presiden dengan pucuk pimpinan PAS yang lain. "Tindakan besar mahu diambil tetapi tidak mahu dibincangkan dalam muktamar. "Sebab itu semua usul berkaitan dengan kedudukan PAS dalam Pakatan dan isu menteri besar Selangor tidak dibahaskan," kata seorang pemimpin PAS yang tidak mahu dinamakan. Persoalannya kini, apakah ahli parti yang tergolong dalam kumpulan liberal dan progresif, dan tidak bersetuju dengan Hadi akan terus wala' dan taat kepada beliau? Kumpulan yang fanatik ulama jelas mengambil sikap 'mahu membunuh' semua yang berbeza pendapat dengan mereka. Ini diperlihatkan melalui laman Facebook El-Haraki, yang digunakan sepenuhnya untuk menyerang lawannya dalam PAS. Sebab itulah apabila timbul sahaja isu PasMa, El-Haraki membariskan semua yang dianggap berbeza pendapat dengan Hadi, memegang jawatan dalam NGO baru yang dituduh berhasrat menubuhkan parti politik baru ini. Kini semua menunggu dengan penuh debaran, apakah sikap yang akan diambil oleh mereka? Berdiam diri dengan wala' dan taat sehingga mereka 'dipenggal' dalam muktamar tahun depan atau bertindak dari sekarang? Semua mata tertumpu kepada kumpulan yang dilabelkan sebagai Erdogan, progresif atau profesional ini. -TMI
ULASAN GB GB dah kata, setiap ungkapan buruk akan kembali kepada diri sendiri. Pusing dan putarbelitlah makna "barua" itu. Sama seperti haramjadah yang menimpa Najib dulu. Kini ungkapan "barua" kini kembali kepada si penuturnya.... lihat banner itu.. menyedihkan.... Namun demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan... Nak sangat berbaik dengan UMNO, itu yang UMNO berikan kepadamu.. fikir-fikirkanlah... apakah kamu tidak berakal? Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Ustaz Ridzwan: Saya Perwakilan Bukan Pemerhati! Posted: 21 Sep 2014 09:10 PM PDT Nota pemerhatian di muktamar PAS Ke 60 Oleh Ridzwan Abu Bakar Pada 16 September, 2014, saya bertolak dari Alor Setar ke Kota Tinggi, Johor untuk mengikuti Muktamar Pemuda PAS dan seterusnya menyertai muktamar penuh PAS sebagai "Perwakilan" dari kawasan Kuala Kedah. Bertolak ke Kota Tinggi dan Batu Pahat dengan membawa 3 persoalan dan 2 harapan besar. Tiga persoalan itu ialah mengenai masa depan PAS dalam Pakatan Rakyat, hala tuju dan garis panduan perjuangan PAS untuk jangka pendek bagi tempoh setahun mendatang, dan juga bagaimana kemelut dan krisis yang melanda PAS akan diuruskan pimpinan. Manakala harapan pula ialah, semua kemelut yang berlaku akan ada jalan keluarnya dengan bimbingan dan pedoman dari ucapan dasar yang dikemukakan, serta saya juga mengharapkan motivasi diri untuk menggalas tugas jamaah akan meningkat apabila mendapat suntikan ilmu dan informasi dari pimpinan. Selepas solat Maghrib, saya dan rakan-rakan menjadi pemerhati di Muktamar Pemuda PAS Malaysia. Muktamar berlangsung penuh dramatik, ada pasukan sorak, provokasi melampau, ada adegan lari keluar dewan (pada sesi petang), cubaan menolak minit mesyuarat, diselangi dengan celahan provokatif dan kemuncaknya persoalan kecil seperti "kononnya" ada kawasan haram telah digempitakan. Menariknya, muktamar ditangguhkan 10 minit, tetapi sesi penangguhan itu bertukar menjadi kuliah sejarah yang "dijulingkan", diselangi dengan laungan doa wehdah yang dipimpin oleh Timbalan Pengerusi Tetap. Demikian hari pertama yang mewarnai muktamar . Pada 17 September 2014, sebelum ketibaan perwakilan, saya dan rakan-rakan yang berstatus pemerhati telah terpacak di hadapan Dewan Chon Moi, Kota Tinggi, untuk menghirup dan menikmati perbahasan dari adik-adik pemuda. Alhamdulillah, bakal penerus perjuangan PAS telah berbahas mengikut keupayaan mereka. Saya simpulkan, isu-isu dalaman dan istilah haraki serta simpulan "laqab" haraki telah berkumandang dengan megahnya di dewan muktamar, beberapa insiden yang menimbulkan tanda tanya telah berlaku dalam muktamar tersebut. Muktamar Pemuda bagi tahunan 2014 menutup tirai. Pada 18 September, Muktamar PAS ke-60 dirasmikan dan ucapan dasar presiden bertajuk "Terus Beristiqamah" telah dikemukakan. Selepas Zuhur, sesi perbahasan bermula, pelbagai idea dikemukakan. Ada pro dan kontra, ada sindiran, sesekali ada unsur hentakan dan kadang kala nada marah. Semua perwakilan memberi tumpuan dan menilai hujah yang dikemukakan pembahas, kalau pun ada protes mungkin sesama perwakilan di tempat masing-masing dan kalau ada sokongan, diluahkan melalui laungan takbir, tepukan atau sorakan. Perbahasan berakhir dengan harmoni. Pada 19 September, hari kedua muktamar diteruskan, perbahasan dimulakan oleh wakil Perlis disusuli beberapa perwakilan yang lain. Apabila sampai giliran wakil Wilayah Persekutuan, Dr Azhari Ariffin, beliau memulakan "perbahasan" dengan meminta para perwakilan menadah tangan berdoa memohon pertunjuk supaya konflik yang sedang dihadapi dapat diselesaikan. Para perwakilan mengangkat tangan untuk berdoa. Dr Azhari pun memulakan perbahasan dengan gaya berdoa, ia berlanjutan sehingga memakan masa panjang dan melebihi masa diperuntukkan, lebih tragis apabila beliau menggunakan kesempatan itu menghentam pelbagai pihak dan jalur pemikiran yang ada dalam PAS, bahkan menggunakan ungkapan "nila berjenama Morib dan Hulu Kelang" dan menganggap mereka sebagai "pengkhianat". Melihat "melampau"nya Dr Azhari dalam "perbahasan" gaya doanya dan juga telah memesongkan para perwakilan muktamar dengan mengunakan "doa", saya menuju ke rostrum dan menunggu sehingga beliau habis "berdoa" dengan diselangi "tawar menawar" masa dengan pengerusi tetap. Saya ke rostrum untuk meminta Pengerusi Tetap Muktamar membuat "ketetapan" melarang pengunaan helah doa, kerana masa itu diperuntukkan untuk "berbahas", seharusnya beliau berbahas, amat berbahaya kalau "melampau" dalam perbahasan gaya doanya disertakan pula dengan sindiran dan hukuman dalam doa tersebut tidak dihalang. Ada peluang "berbahas", maka berbahaslah. Saya "Perwakilan", bukan "Pemerhati". ULASAN GB Pertamanya GB mahu ucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada Ustaz Ridzwan Abu Bakar di atas tindakannya memberhentikan doa laknat oleh Dr Azhar bin Yaakub @ Ariffin. Ustaz Ridzwan bertatus "pemerhati" di Muktamar Pemuda tetapi "Perwakilan" di Muktamar PAS. Laporan sebelum ini: Ia turut menimbulkan kemarahan wakil Kuala Kedah, Ridzwan Abu Bakar, yang meluru ke pentas dan menuntut agar tindakan dikenakan ke atas Azhari. Tindakan Ustaz Ridwan tersebut dipuji kerana bertindak dengan ilmunya dan insiden tersebut juga memaparkan wajah sebenar golongan pro-ulama (sebelum ini dikenali UG) yang amat melampaui batas. Bermula dengan kumpulan 50 pemuda bervest hitam di Mutamar Pemuda keluar dewan semasa Timbalan presiden berucap dan cubaan menolak minit mesyuarat bagi menggulingkan Ketua pemuda. Insiden merampas mikrofon oleh Unit Amal agak keterlaluan. GB selama ini amat mengkagumi mereka, tetapi apabila Unit Amal meluru ke rostrum mematikan mikrofon sewaktu Ustaz Ridzwan berucap sesuatu yang telah menyebabkan kredibiliti Unit Amal tercalar. Persoalannya: Pengerusi tetap tak bagi arahan pun untuk Unit Amal bertindak. Semasa pengerusi tetap menegur empat kali perwakilan Wilayah itu berdoa panjang tidak pula Unit amal mencabut Microfon tersebut. Apakah Unit Amal pada ketika itu sudah menjadi broker dan barua (meminjam istilah Tuan Presiden) golongan tertentu di dalam parti? Dimana keadilan? Sebelum ini GB telah mengulas: Camkanlah, dari dulu golongan yang mengaku diri mereka pro-ulama ini memang golongan yang melampau batas. Golongan pro-Ulama ini bebas lepas di dalam PAS, apatah lagi apabila mendapat sokongan moral dari Tn presiden sendiri apabila beliau turut menggunakan isitilah "broker" dan "barua" kepada dua ADUN yang dituduhnya tanpa bukti konon telah "dibeli" oleh PKR. Kemudian kumoulan pro-ulama ini memutarbelitkan kononnya istilah "beli" itu tidak merujuk kepada wang ringgit, tetapi dipujuk, dipengaruhi dan sebagainya. Walau apapun maksudnya, hakikatnyaa, dua ADUN PAS itu telah dituduh tanpa bukti dan diaibkan dan boleh diambil tindakan di mahkamah. GB yakin Allah akan selamatkan parti ini dari golongan yang melampau batas itu walaupun yang melampau batas itu adalah Presiden sendiri yang kini ulamak terkekemuka dunia. Allah tidak memandang kedudukan itu, kerana yang mulia di sisi Allah ialah "muttaqin" walau dia tukang sapu sampah di jalanan. Muttaqin bukan pakaian di zahir yang digelarkan ulama atau ustaz tetapi muttaqin itu pakaian batin (hati) yang menjadi asas pertimbangan di yaumul masyar nanti seperti dijelaskan oleh hadith nabi saw: "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim). Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Isu Fitnah: Hj Hadi Boleh Disaman Oleh YB Shaari & YB Hasnul Posted: 21 Sep 2014 05:18 PM PDT Dakwaan broker dan barua: Saari tuntut penjelasan Hadi SHAH ALAM: Saari Sungib hari ini menuntut Datuk Seri Abd Hadi Awang memberi penjelasan berhubung teguran keras Presiden PAS itu terhadap ADUN partinya yang menyokong PKR dalam isu menteri besar Selangor dengan menggelar mereka sebagai 'broker' dan 'barua'. Malah, ADUN Hulu Kelang itu berkata jika benar dakwaan Hadi bahawa beliau telah dibeli, kepimpinan tertinggi parti itu perlu membawa perkara tersebut kepada pihak berwajib. "Saya tak tahu apa maksud broker, barua, dicuri dan dibeli jadi PAS terpaksa jelaskan sebab sebelum ini tak pernah dengar saya ini broker atau barua dan dibeli. Dibeli ini adakah dengan cara jual beli pantun macam itu atau pun melibatkan wang ringgit? "Kalau melibatkan wang ringgit ini kes besar, kes rasuah politik wang dan ia perlu dilaporkan kepada SPRM dan bukan setakat memberi teguran di muktamar tetapi kena melibatkan agensi yang membuat siasatan iaitu SPRM," tegasnya memberitahu Antarapos. Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam membidas PKR sebagai mengkhianati tahaluf siyasi dan menyifatkan dua ADUN PAS di Selangor sebagai "barua" kerana menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon MB negeri itu. "(Mereka) curi wakil rakyat kita, beli wakil rakyat. Inikah etika kita bertahaluf?," kata Hadi merujuk kepada PKR. "Kita (juga) tidak pandang ringan (dua ADUN PAS) yang sanggup menyeberang, yang jadi broker, yang jadi barua," kata presiden PAS itu dalam menggulung muktamar PAS ke 60 yang berakhir semalam. Sehubungan itu, Saari yang dihubungi berkata beliau bersedia dikenakan tindakan disiplin termasuk dipecat keahlian parti. "Kalau proses itu berlaku dengan adil dan terbukti kesalahan saya serta tidak layak lagi menjadi ahli PAS maka saya terimalah," ujarnya. Bagaimanapun, usaha Antarapos untuk mendapatkan respon ADUN Morib Hasanul Baharuddin berhubung kenyataan presiden PAS itu gagal. -AP
ULASAN GB Petang tadi, GB bersembang sambil mengeteh dengan seorang peguam yang juga seorang ahli PAS. Kami berbincang mengenai banyak perkara dan salah satunya ialah isu "broker" dan "barua" yang diungkapkan oleh Presiden PAS di ucapan penggulungan di muktamar semalam. Menurutnya, apa yang diucapkan oleh Hj Hadi itu sesuatu yang berat, fitnah yang menjatuhkan reputasi seseorang di mata masyarakat. Apa yang diucapkan oleh Haji Hadi berkenaan sudah boleh menjadi asas bagi tuntutan dalam tort fitnah (defamation) di bawah Akta Fitnah 1957 (Defamation Act 1957) Hj. Hadi cukup terkenal dengan membuat fitnah-fitnah melampau ke atas orang yang tidak disukainya. Kes beliau memfitnah bekas calon PKR mengenai isu pil kuda kini masih berjalan di mahkamah. Chegu bard, bekas calon PKR di Sungai Acheh juga telah memfailkan saman ke atas Hj. Hadi. Haji Hadi juga pernah memfitnah bekas calon Kota Damansara dengan isu komunis. Kesemua fitnah itu dilakukan semasa PRU13 sebagai satu justifikasi untuk beliau secara sendirian mengeluarkan watikah untuk calon-calon PAS bertanding di tempat yang telah dipersetujui untuk ditandingi oleh PKR. Semalam beliau mengeluarkan fitnah lagi. "(Mereka) curi wakil rakyat kita, beli wakil rakyat. Inikah etika kita bertahaluf?," kata Hadi merujuk kepada PKR. Adalah jelas yang dimaksudkan dengan "wakil rakyat kita" itu ialah dua ADUN PAS yang menandatangani Akuan Bersumpah (SD). Perkataan "beli" di situ menunjukkan bahawa beliau memfitnah YB-YB berkenaan kononnya YB-YB berkenaan menerima bayaran tertentu dan jika demikian tuduhannya, menjadi beban kepada beliau untuk menunjukkan "bukti"nya (evidences). Jika tiada, maka ia jelas satu "fitnah". Kedua-dua Shari Sungip dan Hasnul Baharuddin adalah wakil rakyat yang telah dipilih dan fitnah yang dilemparkan oleh Hj Hadi jelas menjejaskan reputasi mereka sebagai wakil rakyat yang sah. Kedua-duanya berhak dan layak untuk menyaman Hj Hadi bagi menndapatkan remedi pampasan dan gantirugi kerana reputasinya sebagai wakil rakyat telah terjejas di mata masyarakat. Selain daripada memfitnah, Hj Hadi terkenal juga membuat kenyataan-kenyataan mengaibkan orang lain iaitu terhadap Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail kononnya sebagai seorang yang tiada kebolehan, oleh itu tidak layak menjadi calon Menteri besar Selangor. kesemua fitnah di atas tersebar luas di media masa termasuk video-video di media sosial dan youtube. Dan kesemua pihak yang difitnahkan itu layak untuk menyaman Hj.Hadi di mahkamah. Fitnah yang dilakukan Hj.Hadi jatuh di dalam kategori "libel" bukan sekadar "slander". Hj. Hadi sanggup memfitnah demi mencapai apa juga tujuannya. Ia seolah-olah menggunakan teknik haiwaniah Machievilisme "Matlamat Menghalalkan Cara" yang bertentangan dengan Islam. Justeru itu, kaedah yang beliau gunakan itu tidak lagi mewajarkan beliau untuk terus memegang jawatan sebagai Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS). GB telah lama mengingatkan pimpinan PAS bahawa mereka perlu bersedia untuk diheret ke mahkamah pada bila-bila masa. Di dalam satu tulisan GB sempena Maal Hijrah tahun 2009 lagi GB telah menjangkakan: Tanpa melupai fakta bahawa sebagai sebuah organisasi dakwah, PAS akan menghadapi tribulasi-tribulasi, tetapi di dalam bentuk baru. PAS akan menempuh gelombang tribulasi Badar, Uhud dan Khandaqnya sendiri, malah PAS akan mengharungi "Perjanjian Hudaibiyah" dan "fathul Makkah"nya sendiri. Wallahu alam. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
[OFF-POLITIC] Pelajar IPTA Tidak Senonoh Dalam Bas Ditahan Posted: 21 Sep 2014 04:45 AM PDT Kantan – Polis menahan sepasang kekasih yang berkelakuan tidak senonoh di dalam sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Terengganu menuju Kuala Lumpur pagi semalam. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata pihaknya menerima aduan berhubung kejadian itu daripada pemandu bas berkenaan kira-kira 2.01 pagi. "Dia mendapati pasangan itu yang berumur 20 tahun sedang melakukan perkara tidak senonoh di tempat duduk penumpang ketika di Chendor dekat sini. "Berikutan itu pasangan tersebut yang merupakan pelajar jurusan Diploma Perakaunan sebuah insitusi pengajian tinggi awam di Terengganu ditahan untuk diambil keterangan," katanya. Pasangan berkenaan yang sedang bercuti untuk mengulang kaji pelajaran, mengaku melakukan perbuatan itu. – Bernama ULASAN GB Bagus bila ada pemandu bas yang membuat aduan dan laporan seperti di atas. Kerja-kerja maksiat di dalam bas ekspres telah lama berlaku. Kejadian-kejadian kemalangan buruk yang melibatkan bas ekspres sebagai satu "pemberitahuan dari langit" tidak pernah diambil pelajaran. Trend baru remaja-remaja IPTA/IPTS kini ialah dengan membawa pasangan dengan kereta sendiri.... Banyak juga kemalanagn dilaporkan berlaku melibatkan pelajar-pelajar berkereta ini. Tetapi maksiat di kalangan pelajar IPTA/IPTS ini terus berlaku kerana tiada undang-undang yang menghalang mereka berbuat demikian. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki dengan produk kami. Sila klik SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan