Kelab Greenboc |
- UPSR Bocor: Bila Terkena Batang Hidung, Baru Terhegeh-hegeh Tindakan Gantung
- Merindui Almarhum Fadzil Noor...
- Dia Tinggalkan Dunia Lakonan Untuk Jaga Hubungannya Dengan Allah
- FELDA OH FELDA... Dengan Kisah BANGAU OH BANGAU...
UPSR Bocor: Bila Terkena Batang Hidung, Baru Terhegeh-hegeh Tindakan Gantung Posted: 14 Sep 2014 12:25 AM PDT Muhyiddin kata cucu sedih kertas UPSR bocor Kementerian Pendidikan sudah mengambil tindakan sewajarnya dalam menangani isu soalan kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bocor, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata kementerian sama sekali tidak memandang ringan perkara itu dan akan mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap pihak yang telah membocorkan soalan peperiksaan mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris itu. "Kita (Kementerian Pendidikan) sudah mengambil tindakan sewajarnya dengan cepat dan segera. Saya sememangnya rasa dukacita dan kini kita serahkan kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan. "Biar pihak berkuasa ambil tindakan dan pada masa yang sama jawatankuasa bebas yang kita tubuhkan akan membuat beberapa cadangan bagi penambahbaikan UPSR," katanya kepada pemberita selepas selesai proses penamaan calon pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat, hari ini. Muhyiddin berkata beliau telah meminta Lembaga Peperiksaan mengadakan semula peperiksaan bagi kedua-dua kertas pada 30 Sept dan menurutnya beliau berharap tidak ada lagi berlaku kebocoran soalan. Beliau berkata siasatan awal pihak kementerian telah mengenal pasti individu yang terbabit dalam membocorkan soalan-soalan kertas berkenaan. "Saya nasihatkan anak-anak jangan bimbang dan kita memahami apa yang mereka rasa dan saya sendiri pun merasa kecewa apatah lagi cucu sulung saya yang bernama Suraya turut mengambil UPSR," kata Muhyiddin. Menurutnya cucunya itu juga menangis dan sebagai datuk, beliau turut menasihatkan cucunya itu agar bersabar dan bertenang. Katanya kerajaan akan melihat daripada semua sudut untuk mengelak berulang kejadian seumpama itu dan akan mengambil contoh aspek keselamatan yang diambil pada soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dicetak di United Kingdom. Muhyiddin juga berkata kerajaan mempunyai pengalaman yang lama dalam menguruskan UPSR namun tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab itu telah mencemarkan segala-galanya. "Kita sudah ikut SOP (Prosedur Operasi Standard) tetapi ada juga yang tidak amanah. Ini semua kita akan teliti semula," katanya. - Bernama
ULASAN GB Demikianlah keadaannya. Apabila terkena batang hidung - apabila anggota keluarga sendiri terlibat - baru-baru terhegeh-hegeh mahu ambil tindakan tegas. Kertas soalan bocor berlaku saban tahun, tindakan semacam melepaskan batuk di tangga sebelum ini. Sekarang bila cucu sendiri terlibat, barulah kecoh kesemuanya, baru ambil tindakan menggantung mereka yang bertanggungjawab. Samalah macam kes peristiwa pesawat MH17... bila nenek tiri Najib dan Hishamuddin terlibat iaitu Puan Sri Siti Amirah Prawira Kusuma juga diantara mangsa, barulah ada tindakan segera, sampai semua-semua pergi ke Ukraine. Sebelum di dalam kes MH370.... seperti semacam dilepaskan tangungjawab itu kepada pihak luar, pun sampai kini tiada hasilnya. GB juga tertanya-tanya sebelum ini mengapa tiada pelan kontigensi oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia jika berlaku kebocoron? Sepatutnya sudah wujud beberapa set soalan sebagai langkah mengelak kebocoran soalan peperiksaan. Tetapi tidak ada. Pelik! Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Merindui Almarhum Fadzil Noor... Posted: 13 Sep 2014 11:21 PM PDT September bulan keramat. Di sini lahirnya sebuah perjua ngan. Anwar Ibrahim dipecat daripada kedudukan Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998. 'Satu Malaysia' terpinga-pinga ketika itu kerana tidak tahu apakah sebenarnya yang berlaku. Apa yang pasti, ia adalah berita baik untuk pembangkang. Selama ini pembangkang bernafas di jalur retakan parti pemerintah. Semakin besar retakannya, maka semakin longgarlah ruang kebebasan yang ada. Lebih-lebih lagi Anwar Ibrahim adalah musuh tradisi PAS sebelum tahun 1998. Kita sedia maklum bahawa Mahathir Mohamad mengundang Anwar ke dalam Umno pada tahun 1982 untuk menyaingi PAS dari segi Islam. Maka bermulalah persaingan antara Anwar dengan rakanrakan seperjua ngan ABIM-nya, seperti Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan Tuan Guru Hadi Awang yang berjuang dalam wadah PAS. Sudah tentu kelebihan memihak kepada Anwar kerana beliau berada dalam parti pemerintah, dengan segala jentera yang boleh dikerahnya untuk menyebar pengaruhnya. Maka kita semestinya hairan apabila Almarhum Fadzil Noor tampil ke kediaman Anwar pada malam Anwar dipecat. Saya dimaklumkan bahawa Almarhum sedar bahawa rakan seperjuangannya dalam PAS mungkin tidak merestui keputusan beliau. Namun Almarhum tetap dengan keputusannya, malah menubuhkan Gerak ketika zaman itu untuk memimpin gerakan rakyat. Jelas, Almarhum telah merasai bahang Reformasi, dan mengambil langkah pantas untuk menyahut seruan zaman. Mata lebam Anwar menjadi simbol kezaliman Mahathir yang menghangatkan sentimen "lawan tetap lawan." Namun emosi perlu dipandu. Gerakan rakyat perlu disusun agar tidak berselerak. Kuasa rakyat perlu diinstitusikan untuk mencetuskan momentum yang kuat agar menggegarkan kedudukan rejim Umno-BN. Ia bukan mudah pada zaman di penghujung abad ke- 20. Pembangkang sudah biasa dengan cara berlawan secara bersendirian. Tiada konsensus dan tiada dasar bersama. PAS me nyerang Umno kerana tidak Islam, sementara DAP menyerang MCA kerana menjadi Cina yang pengecut. Tetapi kita berkongsi pengetahuan am bahawa selagi pembangkang berpecah, mustahil Umno-BN ditumbangkan. Kita boleh mencubit dari kiri dan kanan, mencetus impak sedikit sebanyak bergantung kepada masanya. Tetapi hakikatnya, mustahil pembangkang menumbangkan rejim pemerintah. Dari segi strateginya, kuasa rakyat harus digabungkan. Sudah tentu kita berdepan dengan masalah yang rumit untuk duduk semeja. Masing-masing akan cuba menonjolkan agenda diri, dan kemudian cuba mendominasi ge rakan tersebut. Situasi ini lumrah dalam politik. Namun untuk me reka yang berpandangan jauh, mereka akan melihat bahawa adanya potensi untuk mengembangkan pengaruh dan mengangkat agenda perjuangan dirinya, seandainya dirinya terlibat dalam gabungan tersebut. Di sini hebatnya ketokohan Almarhum Fadzil Noor. Dendam mahupun permusuhan antara Anwar dengan PAS diketepikan. Almarhum menjangkakan kedudukan PAS akan dilambung tinggi jikalau diletakkan di tengah- tengah gelombang Reformasi. Jikalau dibandingkan dengan pembangkang yang lain ketika itu, PAS mempunyai jentera dan mekanisme yang paling lengkap, dan mungkin juga "canggih" namanya. Keputusan PRU10 pada tahun 1999 membuktikan kehebatan Almarhum membaca denyutan nadi masyarakatnya, dan kemudian menggarap imaginasi kolek tif ketika itu. Lebih penting, beliau berlapang dada dan berjiwa besar. Dendam dan dengki tidak mengaburi matanya. PAS telah menerima manfaat terbesar daripada satu krisis yang bukan berpunca daripadanya. Dengan kata lain, di bawah pimpinan Almarhum Fadzil Noor, PAS meraih kemenangan daripada kekalutan parti lain. Hasil usaha Almarhum telah kita rasai, meskipun kesinambungannya terputus seketika lantaran perpecahan Barisan Alternatif pada waktu itu. Hari ini tidak kurang nikmat yang kita rasai lantaran kerjasama Pakatan Rakyat. Syarat sedia ada sudah tentu le bih senang dan matang berbanding tahun 1998, kerana pembangkang telah mempunyai pengalaman kerjasama lebih enam tahun – bukan sekadar bersama membantah, tetapi bersama memerintah! Maka saya agak terkejut apabila persoalan ditimbulkan pada hari ini, berbunyi mengapa satu krisis yang bermula daripada masalah dalaman Parti KeADILan Rakyat, kini berakhir sebagai kemelut dalam PAS yang semakin ketara? Mereka yang membangkitkan soal an ini barangkali tidak berpuas hati kerana tidak faham mengapa PAS yang dipersalahkan, sedangkan masalahnya berpunca daripada KeADILan. Seandainya kita melihat persoalan ini dari sudut lain, ia akan berbunyi, mengapa PAS kini terjejas lantaran krisis parti lain, sedangkan suatu ketika dahulu, PAS dimanfaatkan daripada krisis parti lain? Secara jujur, dari segi ideologi, PAS dan DAP adalah musuh. Kedua- dua parti ini lebih rapat dengan KeADIL an di tengah-tengah. Pada masa yang sama, kedua-dua PAS dan DAP adalah musuh kepada KeADILan dalam hal peng agihan kerusi – kerana berlaku pertindihan antara kedua-dua PAS dan DAP dengan KeADILan. PAS dan DAP jarang bertindih untuk bertanding di kerusi yang sama. Untuk suatu ketika dahulu apabila KeADIL an dilanda krisis, PAS dipuji sebagai parti yang berdisip lin dan beramanah. Misalnya krisis Perak bermula daripada KeADILan dan DAP, sungguhpun PAS terkesan lantaran lompatan katak, tetapi Nizar Jamaluddin berjaya mengangkat martabat PAS di hati pe ngundi. Mereka melihat pemimpin PAS lebih beramanah, dan sanggup berganding bahu bersama Pakatan untuk mengharungi krisis tersebut, sungguhpun bukan berpunca daripada PAS. Pemimpin PAS menampilkan ketokohan yang berjiwa besar. Saya tidak pasti apa yang terjadi pada hari ini. Nampaknya ribut bakal melanda pada September ini. Saya tidak pasti apakah September masih lagi bulan keramat, tetapi sudah pasti saya amat merindui Almarhum Fadzil Noor -Oleh LIM HONG SIANG Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki dengan produk kami. Sila klik SINI |
Dia Tinggalkan Dunia Lakonan Untuk Jaga Hubungannya Dengan Allah Posted: 13 Sep 2014 06:05 PM PDT Bob Lokman & 'Warong Sarapan Pagi Dengan Menu Kelantannya . . . Setelah dimaklumkan bahawa dari segi hukum, dia masih boleh berlakon atau seumpamanya dengan menjaga batas-batas syari'at untuk mencari rezeki, abang Bob Lokman masih mahu meninggalkan dunia itu. Bimbang, kalau-kalau tidak dapat menjaga hubungannya dengan Allah, abang Bob Lokman, sanggup meninggalkan dunia lakonan dan lain-lain yang bersangkutan; yang menjadi sumber pendapatannya selama ini. Abang Bob Lokman, kini, gigih mengusahakan Warong Menu Sarapan Pagi Selera Kelantan di Kuang yang mula dibuka seawal 6:30 pagi hinggalah ke jam 11 pagi untuk melayani para pelanggannya. BUKA SETIAP HARI, KECUALI JUMAAT. Masakannya, tidak usahlah diragui. Kita dijanjikan rasa enak dan kepuasan, apabila menikmati hidangan yang disediakannya itu. Semua dijemput, memberikan sokongan kepada abang Bob Lokman di dalam usahanya mencari rezqi yang halal bagi menyara anak-anaknya yang sebahagian besar, masih kecil. Warongnya, di tepi jalan sahaja. Jika dari simpang 3 Sungai Plong (dekat Balai Polis), berada di sebelah kanan selepas beberapa kilometer. Jika dari simpang 4 Kuang, berada sebelah kiri, juga selepas beberapa kilometer. Warong abang Bob menyewa di warong cendol; 'ILIN CENDOL HOUSE'. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki dengan produk kami. Sila klik SINI |
FELDA OH FELDA... Dengan Kisah BANGAU OH BANGAU... Posted: 13 Sep 2014 05:01 AM PDT Adakah nasib Felda Global Ventures akan menjadi seperti glc-glc kerajaan? RM3.70 kedudukan terkini. Jauh melepasi pembukaan awal semasa menyertai bursa Malaysia iaitu RM4.55. Apa lagi yang nak dibanggakan. Adakah nasib Felda Global Ventures akan menjadi seperti glc-glc kerajaan yang saban tahun rugi seperti glc-glc yang lain. Sudahlah mempertaruhkan tanah-tanah peneroka felda. Apalah akan jadi kepada harta peneroka felda sekiranya keadaan ini terus berkekalan, saham terus turun menjunam. Kerajaan pula hanya berjanji tetapi hasilnya kosong. Peneroka felda terus terhimpit dengan hutang yang terpaksa dibayar kepada bank. -tikaqbuloh
ULASAN GB Bila ditanya nanti mengapa FELDA jadi begitu, nanti ada menteri akan jawab harga saham turun-naik.... itu adat... Oklah tu, tetapi kalau dah memanjang jer turunnya tak naik? Menteri yang sama akan jawab: itu dah suratan...macam kisah bangau oh bangau...sampai di penghujungnya, hai ular, kenapa kau nak makan katak? Ular jawab dah itu memang makanan aku.... Dan maaf cakap, sememangnya yang bodoh-bodoh akan menjadi "makanan" si UMNO.. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki dengan produk kami. Sila klik SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan