Kelab Greenboc |
- LUHAM Terengganu Tidak Patuh (Wala) Kepada LUHAM Pusat (?)
- [PRK PENGKALAN KUBOR] Wan Rosdi (PAS) Bakal Tentang Mat Razi (BN)
- Muhyiddin Dakwa UPSR Bocor Satu Sabotaj, Betulkah?
LUHAM Terengganu Tidak Patuh (Wala) Kepada LUHAM Pusat (?) Posted: 12 Sep 2014 12:40 AM PDT Jawapan kepada kenyataan rakan2 bijaksana LUHAM TERENGGANU. Aku ucapkan terima kasih kpd rakan2 Luham Terengganu kerana telah menunjukkan kpd dunia bahawa kita peguam2 bukan pak turut... Kita peguam2 beramal & mengamalkan profesyen kita secara bebas tanpa memihak malah kita telah membuktikan bahawa kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju. Jika semua peguam bersetuju dengan satu pandangan dlm perundangan maka bagi aku, tidak akan ada peguam plaintif dan peguam defendan kerana semua peguam berfikiran yg sama. Atas dasar bersetuju untuk tidak bersetuju maka izinkan aku untuk menjawap hujah rakan2 bijaksana dari Luham Terengganu. Pertama, Luham Pusat dlm kenyatannya tidak pernah pd bila2 masa menafikan bhw MSU adalah satu2nya badan di dalam PAS yg diberikuasa mentafsir, menghurai & menjelaskan peruntukkan Perlembagaan. Itu amat jelas. Luham Pusat tidak pernah menafikan. Kedua, Luham Pusat tidak mengambil tugas MSU mentafsirkan Perlembagaan. Luham Pusat hanya memberikan pandangan atas kapasiti sebagai badan yg ditubuhkan untuk menasihati badan2 di dlm PAS dari sudut undang2. Menasihati bukan mentafsir. Hal yang sama berlaku di dalam Mahkamah selama kita (peguam) bertindak bg pihak anak guam di mahkamah. Kita bkn mentafsir undang2 tetapi kita membantu Mahkamah mentafsir undang2 kerana kuasa mentafsir undang2 dan membuat keputusan ialah Mahkamah bukan peguam. Jadi Luham telah bertindak sebagai penasihat kpd MSU dr sudut undang2. Sebenarnya Luham bkn sekadar menasihati MSU tetapi lebih dr itu Luham menasihati PAS. Itu lah tujuan Luham diwujudkan iaitu sebagai badan penasihat undang2 PAS. Ketiga, jika rakan2 bijaksana Luham Terengganu berpendapat bhw Luham Pusat tlh melangkaui Perlembagaan mentafsirkan Perlembagaan, maka aku juga mengatakan kenyataan Luham Terengganu juga melanggar Perlembagaan krn Luham Terengganu juga mentafsir Perlembagaan sedangkan hanya MSU berhak mentafsirkan Perlembagaan. Bagaimana boleh Luham Terengganu menghuraikan peruntukkan2 Perlembagaan dlm mempertahankan tindakan MSU sedangkan Luham Terengganu tiada kuasa mentafsir dan menghurai seperti mana Luham Terengganu mengatakan Luham Pusat tiada kuasa? Jika rakan2 bijaksana Luham Terengganu mempertahankan kenyataan mereka maka Luham Pusat juga mempunyai hak yang sama malah jika mengikut hierarki, Luham Pusat lebih berotoriti berbanding Luham Negeri sepertimana PAS Pusat lebih berotoriti berbanding PAS Negeri. Akhirnya, terima kasih rakan2 bijaksana Luham Terengganu kerana mengesahkan secara tidak langsung bhw Luham Pusat berotoriti menasihati dlm hal undang-undang. Jawapan ini aku kapasiti peribadi bkn atas arahan atau bagi pihak Luham Pusat. Zulhazmi Shariff 11/09/2014
ULASAN GB Apa yang jelas kini LUHAM Terengganu tidak akur/tidak patuh/tidak wala kepada LUHAM Pusat. LUHAM Terengganu berpendapat MSU mempunyai kuasa untuk menafsirkan mana-mana peruntukan di dalam Perlembagaan PAS dan tiada badan lain di dalam PAS yang diberikan kuasa untuk menghuraikan Dasar, Perlembagaan, Aturan dan Peraturan di dalam PAS memandangkan rujukan utama bagi penafsiran tersebut haruslah bersandarkan kepada sumber hukum Islam iaitu Al-Quran, As-Sunnah, Ijma' dan Qiyas. LUHAM Pusat sebelum ini menyatkan: Dengan tidak menafikan kewujudan kuasa MSU bagi menghurai, menjelas dan menafsirkan mana mana peruntukan Perlembagaan PAS jika timbulnya kesamaran, LUHAM juga berpendapat menjadi satu keperluan juga bagi MSU benar-benar mengetahui dan memahami kaedah-kaedah penafsiran sesuatu Perlembagan supaya apa-apa tafsiran yang diberikan adalah lebih tepat, munasabah dan memenuhi ruh, matan dan niat perlembagaan itu sendiri. LUHAM berpendapat tidak salah bagi MSU sepatutnya merujuk kepada LUHAM bagi membantu MSU dalam melaksanakan kuasa yang diberi kepadanya untuk menghurai, menjelas dan menafsir peruntukan dalam Perlembagaan PAS kerana LUHAM adalah lajnah yang telah diamanahkan oleh parti di dalam apa-apa urusan perundangan dan berdasarkan amalan yang berlaku di dalam PAS, segala persoalan undang-undang yang melibatkan parti termasuk dalam memahami peruntukan undang-undang termasuk Perlembagaan parti rujukan lazimnya diajukan kepada LUHAM terlebih dahulu. Bagi GB jika MSU berkuasa penuh untuk menghurai, menjelas dan menafsirkan mana mana peruntukan Perlembagaan PAS, maka perlu apa lagi Lujnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia? Sememangnya penafsiran haruslah bersandarkan kepada sumber hukum Islam iaitu Al-Quran, As-Sunnah, Ijma' dan Qiyas dan MSU lebih arif mengenainya, namun di dalam bab-bab pengurusan organisasi seperti kuasa presiden, kuasa MSU dan sebagianya, bukankah sepatutnya LUHAM yang lebih layak? Jika kesemuanya hanya ditangan beberapa orang MSU (yang semua orang tahu MSU yang sekarang ini tempang dari sudut keanggotaan dan peranannya) boleh MSU misalnya uruskan sendiri kes-kes mahkamah yang melibat parti dan para pemimpinnya kerana konon hanya MSU yang pandai menghurai dan mentafsir Perlembagaan? Katakanlah benar MSU berhak untuk mentafsir Perlembagaan kerana Dasar PAS ialah Al-Quran, As-Sunnah, Ijma' dan Qiyas, bolehkah disebutkan hujjah berdasarkan keempat-empat itu (Al-Quran, Hadith, Ijma dan Qias)mengenai kuasa veto Presiden yang menurutnya ada Kata Pemutus? Pembelaan LUHAM Terengganu terhadap Presiden PAS lebih dilihat kepada aspek kenegerian, bukan aspek kebenaran dan keadilan. Itu sebab mengapa berkali-kali GB minta supaya MSU itu sendiri dirombak dan diperkasakan semula. Petikan: Petikan: Nampaknya Muktamar PAS akan datang perlu membincangkan semula Perlembagaan Parti khususnya berkaitan dengan peranan dan keanggotaan ahli Majlis Syura Ulamak. Ia perlukan penilaian, penelitian dan pemerkasaan semula supaya tidak lagi menjadi alat sekumpulan tertentu di dalam parti/jemaah bagi mencapai matlamat tertentu. Boleh dirujuk semula entri-enteri berikut di blog ini: Dan GB telah pertegaskan, bahawa: SELAGI MAJLIS SYURA ULAMA TIDAK DIPERBETULKAN SELAGI ITU JANGAN ADA MANA-MANA PIMPINAN MEMAKSA WALA DARI PARA AHLI KERANA TANPA MSU YANG BETUL, MAKA CIRI SESEBUAH JEMAAH ISLAM BELUM DIPENUHI DAN LANTARAN ITU TIADA PERSOALAN "WALA" BOLEH DITUNTUT DAN DITIMBULKAN. Dengan sebab itu juga GB rasa LUHAM Terengganu tidak wala kepada LUHAM Pusat, LUHAM Pusat pertikaikan MSU adalah semuanya kerana MSU pada ketika ini cacat dan tempang! Jika nak suruh ahli wala kepada kepimpinan parti, pastikan dulu LUHAM Terengganu wala kepada LUHAM PUsat. Baca juga : MEMANTAPKAN DAN MEMPERKUKUHKAN MAJLIS SYURA ULAMAK (MSU) PAS. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki dengan produk kami. Sila klik SINI |
[PRK PENGKALAN KUBOR] Wan Rosdi (PAS) Bakal Tentang Mat Razi (BN) Posted: 11 Sep 2014 09:20 PM PDT Wan Rosdi calon Pakatan PRK Pengkalan Kubor TUMPAT: Setiausaha PAS Tumpat, Wan Rosdi Wan Ibrahim, 57, akan membawa cabaran Pakatan Rakyat dalam misi merampas Dun Pengkalan Kubor yang dikuasai Umno sejak 2004. Pemilihan beliau diumumkan oleh pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Datuk Ahmad Yakob pada satu majlis malam ini. "Sudah lama orang ramai hendak tahu. Calon PR, Wan Rosdi Wan Ibrahim yang tidak asing daripada kita. Katanya, Wan Rosdi ada pengalaman dalam masyarakat dan insya Allah akan berjaya menawan semula Dun Pengkalan Kubor. "Kerja-kerja wakil rakyat sudah jadi rutin baginya," ujar beliau yang juga Menteri Besar Kelantan. Antara yang hadir ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Siti Zailah Mohd Yusoff, Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar. Wan Rosdi merupakan anak tempatan Kampung Bendang Pak Yong. Pernah mengikuti kursus pentadbiran perniagaan di Tokyo, Jepun pada 1984. Wan Rosdi pernah menimba ilmu di Institut Kemahiran Mara di Sungai Petani, Kedah dalam binaan bangunan (1978-1980). Pendidikan peringkat menengah di Maahad Muhamadi Pasir Mas sehingga lulus SPM. Pernah juga belajar di Sekolah Menengah Agama (Arab) Al Ihsan, Tanah Merah. Pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Tanah Merah. Susur galur keluarganya terbabit dengan PAS. Ibunya, Wan Esah Wan Deris merupakan Ketua Muslimat PAS Tanah Merah. Beliau berhijrah ke Tumpat selepas berkahwin dengan Saadiah Salleh yang juga bekas Ketua Muslimat PAS Tumpat. Bagaimanapun isterinya meninggal dunia pada 14 Julai 2013. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan 5 anak. Wan Muhammad Khairul Amili bertugas sebagai jurutera, Wan Nor Hayani lulusan master di UiTM, Wan Shakikah lepasan ijazah USIM. Wan Mohd Shafiq (Ijazah Universiti Islam Sultan Shariff Riau, Pekan Baru Indonesia) dan Wan Najibah lepasan ijazah USIM. Wan Rosdi juga merupakan Ketua Unit Amal Tumpat ketika peringkat awal diwujudkan. Sebelum terbabit sepenuh masa dengan parti beliau mengurus perniagaan sendiri sebagai kontraktor binaan. Kegiatannya dalam parti bermula sebagai ahli jawatankuasa Pemuda PAS Tumpat pada 1991 dan 1997 dilantik sebagai ahli jawatankuasa PAS Tumpat. Selepas pilihan raya umum 1999 Wan Rosdi bertugas sebagai setiausaha Adun Pengkalan Kubor, Wan Hussin Wan Ahmad. Pernah juga dilantik sebagai Penolong Setiausaha PAS Tumpat dan Setiausaha Penerangan PAS kawasan. Dan mulai tahun lepas dilantik sebagai Setiausaha PAS Tumpat. Hubungannya dengan masyarakat di Pengkalan Kubor tambah akrab selepas dilantik sebagai Penyelia Dun Pengkalan Kubor sejak 2009. Beliau juga dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Kompleks Perkayuan Kelantan pada 2013 dan ahli majlis Majlis Daerah Tumpat pada 1997-2007. -HD
ULASAN GB Mungkin ada seoralng lagi calon dari BEBAS. Ini kerana menurut SPR tiga borang pencalonan telah dibeli. Seperti yang GB ulas sebelum ini mengenai PRK Pengkalan Kubor. Petikan: Sukar untuk meramalkan bagaimana keadaan pilihanraya Pengkalan Kubor tatkala PAS & PKR sedang melalui gelombang besar ekoran isu MB Selangor. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Muhyiddin Dakwa UPSR Bocor Satu Sabotaj, Betulkah? Posted: 11 Sep 2014 05:15 PM PDT Muhyiddin: Soalan bocor satu sabotaj Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan berlaku sabotaj dalam kes kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini, menurut Utusan Online. Bercakap di Vientiane, Laos, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata ia mungkin tindakan sabotaj terhadap dirinya dan juga kementerian itu. "Saya anggap ini tindakan sabotaj untuk menjejaskan integriti saya dan kementerian," katanya pada satu sidang media di sana, jelas marah dan dukacita dengan apa yang terjadi. Muhyiddin dilaporkan berkata, tindakan segera bukan sahaja diambil untuk mengesan dalang yang terlibat malah mengkaji keseluruhan prosedur operasi standard (SOP) penyediaan dan pengendalian kertas soalan bagi mengelakkan ia berulang pada masa depan. Timbalan Perdana Menteri itu berkata beliau tidak akan membuat sebarang andaian berhubung siapa yang melakukannya tetapi meminta polis menyiasat sehingga ke akar umbi untuk membawa pelakunya ke muka pengadilan. Beliau yang begitu marah atas insiden itu, berkata beliau memandang serius kejadian itu kerana semua pihak pihak sebelum ini telah dingatkan supaya sentiasa mematuhi segala peraturan dan prosedur penyediaan dan pengendalian kertas soalan bagi mengelak kejadian seumpama itu. "Kita harap pihak polis mengambil tindakan tegas dan seterusnya satu hukuman seberat-beratnya (diambil terhadap pelaku)," katanya pada sidang media untuk menjelaskan perkembangan terbaru mengenai perkara itu. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kebocoran terbaru melibatkan kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 selepas kebocoran kertas Sains 018, 028 dan 038 yang dimaklumkan semalam. Kertas-kertas peperiksaan berkenaan akan diadakan semula pada 30 Sept ini. Dalam pada itu, Muhyiddin berkata satu jawatankuasa bebas akan dilantik dalam masa terdekat melibatkan pegawai berpengalaman dalam menguruskan peperiksaan umum bagi memastikan integriti dan kerahsiaan peperiksaan tidak lagi dikompromi.
ULASAN GB Sekalipun kertas yang perlu diduduki semula, menurut Kementerian hanyalah kertas Sains dan Bahasa Inggeris, namun maklumat yang tersebar luas ialah hampair kesemua kertas UPSR 2014 bocor. Astro Awani semalam melaporkan Adakah kertas Matematik UPSR juga bocor? siap dengan bukti-bukti soalan-soalan yang dikatakan bocor itu. Apa yang menarik perhatian GB ialah dakwaan Muhyiddin yang dilaporkan Utusan Online kebocoran itu adalah satu perbuatan sabotaj terhadap integriti dirinya dan kementeriannya. Persoalan kini, jika dakwaan Muhyiddin itu benar, siapa pula yang mensabotajnya? Apakah beliau hendak menuduh parti pembangkang atau "musuh-musuh politiknya" di dalam partinya sendiri melakukan perbuatan sabotaj berkenaan? Atau pihak tertentudi dalam kementerian sendiri yang sangat tidak berpuashati dengan cara beliau mengendalikan Kementerian Pelajaran sehingga begitu banyak "ujikaji" dan "cubajaya" dilakukan sehingga guru-guru dan murid-murid menjadi mangsa. Kini dengan menduduki semula UPSR, sekali lagi guru-guru dan murid-murid jadi mangsa. Itu tak lagi kita kira pembaziran tambahan kos yang terpaksa dilakukan untuk membiayai peperiksaan semula terseut. GB tertarik dengan sebuah komen di sebuah portal. Tulisnya: Mesyuarat Menteri Pendidikan Asean ke-8 tlh bermula di Vientiene, Laos. Kesemua Menteri Pendidikan dari negara Asean menghadirinya & berita kebocoran soalan UPSR (M'sia) sudah diketahui oleh beberapa negara jiran terdekat. Apakah telahan menteri mengatakan perbuatan sabotaj oleh individu yg ingin menjatuhkan nilai kerja dirinya & kementerian pelajaran yg diselianya bersama dua org menteri, tak mungkin sesekali. Setiap tahun ada terbaca berita kertas soalan peperiksaan SPM asyik dibocorkan oleh mereka yg belum dikenali setakat ini. Adakah penyiasatan dalaman tlh dikendali dengan penuh teliti, mungkin juga setlh diketemui didiam shj utk seberapa hari, setlh reda tak usah diungkit-ungkit lagi. Tahun depan masih ada peluang lagi. Bila kelulusan terbaik akan terpampar di papan kenyataan dipersimpangan jalan utama setiap negeri yg Umno-BN perintahi. Inikah telatah utk memasyorkan diri dgn meramal soalan yg sebenarnya diseludupi, sudah pasti yg berjaya dikenali ttpi tak mungkin boleh menaik taraf pengajian akademik kerana perihal politik (pemerintah) tlh diserapi ke sekolah & varsiti. Bila dibandingkan dgn lain-lain negara Asean, kewajaran sistem pendidikan M'sia tak sanggup dicontohi kerana masih terkebelakang prestasi. Sistem sentiasa diubah, dicuba seumpama ujian tubi, bahasa pengantarnya ada shj diubah dari sessi ke sessi. Diharapkan kpd menteri terlibat (TPM) bersama menteri pelajaran (1) & (2) serta kesemua timbalan &lain-lain wargakerja di KemPel M'sia harus teliti & berhati-hati disetiap sudut kerja yg melibatkan mutu ilmu pendidikan yg diberi. Jangan seronok menyalahi murid / siswa bila guru yg dikenali (urusan politik) tak minat hadiri kelas setiap hari. Tahun ini taraf pencapaian pendidikan di M'sia terlepas ke bawah, apakah tahun-tahun akan dtg kerana asyik mencuba & mencuba sistem akan bertahan ditahap sedemikian tragedi, tak usahlah dilancarkan kebangkalian penamat kerapkali --- transformasi sistem pendidikan janganlah berkali-kali. -mael mad Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki dengan produk kami. Sila klik SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan