Selasa, 9 September 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Bunuh Anjing Guna Mesin Basuh

Posted: 08 Sep 2014 11:05 PM PDT



[Harian Metro] Hong Kong: Polis semalam melancarkan siasatan berhubung kes penderaan haiwan selepas seorang lelaki memuat naik gambar ke Internet yang menunjukkan dia membunuh seekor anjing dengan memerangkapnya di dalam mesin basuh.

Gambar itu yang dimuatnaik oleh lelaki yang menamakan dirinya Jacky Lo menunjukkan seekor anjing kecil cuba memanjat keluar dari mesin basuh itu sementara satu lagi menunjukkan haiwan berkenaan bergelut untuk mengelak dirinya daripada lemas ketika mesin itu berpusing.

'Lo' berkata dia memuat naik gambar itu untuk menunjukkan 'cara paling pantas untuk memandikan anjing.' 

Menjawab satu soalan oleh seorang pengguna yang bertanya sama ada dia membunuh haiwan itu, 'Lo' menjawab dalam ruang komen di bawah gambar itu: "Ya. Ia sudah mati. Anda mahu melihatnya?" 

Hampir 20,000 pengguna Internet di Hong Kong menandatangani petisyen menerusi online menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap lelaki itu. - Agensi/9/9/14


Pandangan Lain: Sultan Boleh Pilih Nama Lain daripada Senarai

Posted: 08 Sep 2014 11:02 PM PDT


[Malaysia Kini] Peguam Datuk Sallehuddin Saidin berkata peruntukan undang-undang membolehkan sultan Selangor melantik menteri besar Selangor yang baru tanpa mengikut senarai yang dikemukakan oleh parti dalam Pakatan Rakyat.

Seorang peguam kanan dan bekas pelapor khas bagi kebebasan hakim dan peguam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Datuk Param Cumaraswamy turut bersetuju dengan pandangan itu.

Param berkata, jika seseorang individu yang dipilih oleh sultan tidak mendapat sokongan majoriti ahli Dewan, sultan boleh membubarkan DUN, kata Param.

Sallehuddin, yang merupakan bekas ketua Jabatan Pendakwaan di Selangor berkata, sultan tidak dihadkan untuk memilih menteri besar dari senarai yang dikemukakan semata-mata.

"Tidak ada di mana-mana bahagian dalam perlembagaan negeri yang kata sultan dihadkan kepada senarai yang dikemukakan kepadanya untuk memilih individu yang mungkin mendapat sokongan majoriti di DUN.

"Ia memberi panduan, tetapi tidak mengehadkan budi bicara baginda. Sultan boleh menggunakan apa jua cara untuk memilih siapa yang patut mendapat sokongan majoriti," kata Sallehuddin kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Peguam itu berkata, apa yang dilakukan oleh sultan itu bukan mengikut amalan biasa tetapi undang-undang membenarkan sultan berbuat demikian.

Sallehuddin berkata syaratnya adalah individu tersebut perlu mendapat sokongan majoriti dari anggota DUN.

Param, yang juga bekas presiden Majlis Peguam berkata, sultan Selangor boleh melantik individu yang bukan dalam senarai tersebut, tetapi yang difikirkan baginda sebagai individu yang mendapat sokongan majoriti ADUN.

Sallehuddin dan Param berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan dikeluarkan oleh setiausaha sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani.

Dalam kenyataan itu, baginda menitahkan bahawa sokongan majoriti bukanlah satu-satunya syarat untuk melantik menteri besar baru dan baginda boleh memilih nama yang tidak tersenarai. -Hafiz Yatim/9/9/14

Pandangan Aziz Bari:



Guan Eng Mohon Ampun, Nyatakan Sebab Kemuka Calon Tunggal

Posted: 08 Sep 2014 09:41 PM PDT


[Malaysia Kini] Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng memohon ampun kepada sultan Selangor atas tindakan parti itu yang hanya mengemukakan nama presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai satu-satunya calon untuk jawatan menteri besar Selangor yang baru.

Satu kenyataan Lim hari ini menyebut, beliau memohon ampun kerana tindakan tersebut menyebabkan sultan berasa dukacita.

Jelasnya, keputusan untuk mengemukakan nama calon tunggal itu dibuat selepas rundingan dengan ketua umum PKR, yang juga suami kepada Wan Azizah, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"...Ia mengikut konvensyen yang dituruti sebelum ini berkaitan dengan lantikan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor pada 2013," katanya.

Tambahnya, keputusan itu juga berdasarkan sokongan bertulis daripada majoriti 30 daripada 56 ADUN Selangor kepada Wan Azizah.

Ia juga berdasarkan sepakat di antara parti Pakatan Rakyat bahawa calon MB baru itu dari parti PKR, katanya lagi. - 9/9/14


Tidak Salah Ingkari Titah Sultan - Aziz Bari

Posted: 08 Sep 2014 09:06 PM PDT



[Mstar] KUALA LUMPUR: Mengingkari titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung krisis berpanjangan membabitkan perlantikan menteri besar yang baharu bukan perbuatan jenayah.

Bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Abdul Aziz Bari berkata, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, penderhakaan terhadap Sultan tidak menjadi satu kesalahan yang boleh didakwa mengikut proses undang-undang.

"Derhaka bukan satu kesalahan. Tak seperti di Thailand kerana mereka ada satu akta, sesiapa yang dianggap kurang ajar ataupun biadap kepada raja boleh di hukum.

"Itu undang-undang mereka, tapi di Malaysia tidak ada. Jadi itu hak pihak yang berkenaan untuk menderhaka (menghukukm) sesiapa supaya menjadi 'katak' atau apa sahaja," katanya di sini.


Kenyataannya itu dilihat merujuk kepada perkembangan terbaharu politik di Selangor apabila Sultan Sharafuddin menzahirkan kedukaan baginda terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang mengingkari titah supaya mengemukakan lebih daripada dua nama calon untuk dipertimbangkan ke jawatan menteri besar.

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel forum terbuka bertajuk 'PAS Campur Umno: Ke Mana Halatuju?' anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) pada Isnin malam.

Abdul Aziz menjawab kepada soalan penonton yang bertanya mengenai kuasa yang dimiliki oleh Sultan Selangor mengikut Perlembagaan dalam melantik seorang menteri besar.

Mengulas lanjut Abdul Aziz berkata, mengikut Perlembagaan Persekutuan dan amalan demokrasi, tidak wujud istilah 'kuasa mutlak' oleh seseorang raja atau sultan.

"No such thing as absolute power sebab kita mengamalkan demokrasi. Dalam demokrasi tidak ada apa yang dikatakan kuasa mutlak. Saya fikir dalam Islam pun tak ada kuasa mutlak.

"Jadi dari mana kuasa mutlak ini (timbul)? Apa asasnya?" soalnya yang dilihat merujuk kepada kuasa budi bicara Sultan Selangor dalam perlantikan menteri besar.

Sebelum ini Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, titah baginda supaya setiap parti Pakatan Rakyat mengemukakan lebih daripada dua calon adalah benar mengikut Perlembagaan.

Menurut Mohamad Munir ia selaras dengan diperuntukan di bawah Perkara LI (1), Perkara LII (2)(a), (4) dan LV (2)(a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 yang menyebut Duli Yang Mulia Sultan Selangor telah diperuntukkan dengan kuasa budi bicara mutlak di dalam pelantikan seorang menteri besar yang pada pendapat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri.

Bagaimanapun Abdul Aziz ternyata tidak bersetuju dengan titah Sultan Selangor berhubung permintaan supaya mengemukakan lebih banyak nama calon berbanding hanya satu calon tunggal iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail seperti yang dilakukan PKR dan DAP sebelum ini.

Katanya, pihak istana seharusnya tidak mencampuri urusan parti politik termasuk dalam perlantikan dan proses penggantian ketua eksekutif negeri mahupun Persekutuan.

"Di selangor sudah ada 30 orang Adun (menyokong Dr Wan Azizah) dengan SD (Akuan Bersumpah). Apa lagi (yang diperlukan)? Pertama kali dalam sejarah Malaysia orang menyatakan sokongan majoriti dengan SD.

"Bila tuanku mengeluarkan perintah mahukan nama lain, pada saya ini tidak ada...ini salah dari segi Perlembagaan. Yang mutlak hanya Allah. Manusia biasa tak kira sesiapa boleh buat salah, dan pada saya mintak nama (lain) setelah Dr Wan Azizah ada 30 majoriti itu salah.

"Sekarang di Selangor, (sultan) perlu mendengar parti (yang mempunyai) majoriti kerana (proses) menentukan kerajaan adalah kerja parti," katanya. - ARIFFUDDIN ISHAK/9/9/14



Awas, Pelajar Dakwa Bagai Dipukau oleh Perogol

Posted: 08 Sep 2014 09:03 PM PDT


Sekadar hiasan.

[The Borneo Post] KUCHING: Seorang remaja mendakwa dirogol seorang lelaki tidak dikenali sebanyak dua kali pada minggu lepas.

Ibu mangsa yang dalam lingkungan usia 40-an memberitahu, anaknya berusia 15 tahun hanya menceritakan kejadian itu kepadanya pada malam Ahad lalu.

Bagaikan dipukau katanya, anaknya mendakwa tidak mengenali lelaki yang mengambilnya di sekolah dan membawanya ke sebuah rumah sebanyak dua kali pada minggu lepas.

"Malah, dia juga tidak tahu di mana lokasi rumah, tempat lelaki itu mengambilnya dari sekolah dan membawanya ke situ sebanyak dua kali pada minggu lepas," katanya ketika ditemui pemberita di One Stop Centre, Jalan Simpang Tiga di sini, semalam.

Difahamkan, suspek menghantar mangsa ke sekolah semula selepas insiden yang berlaku pada Isnin dan Jumaat lepas.

Laporan telah dibuat dan polis sedang menyiasat kejadian itu. -9/9/10


[Video] Nik Aziz Nasihat Khalid Ibrahim Ambil Tindakan Mahkamah Terhadap PKR

Posted: 08 Sep 2014 06:19 PM PDT



Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihati Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar mengambil tindakan mahkamah terhadap parti Keadilan Rakyat kerana memecat beliau yang disifatkan sebagai satu tindakan yang memalukan.

"Kalau saya jadi menteri besar Selangor, saya (akan) bawa kes ini ke mahkamah kerana memalukan saya.

"Kenapa pecat saya (kerana) soal pecat ini bukan perkara main-main, memalukan" ujar kepada pemberita di sini hari ini.

- Kredit Suara TV


P/s: Admin setuju 100%. Selagi tiada tindakan undang-undang untuk membersihkan namanya (isu disiplin, hutang Bank Islam, Langat 2, Kidex), orang beranggapan segala tuduhan yang dilontarkan adalah benar.


Tiada ulasan: