DUNIACACAMARBA |
- PAS pada Pandangan Bukan Islam
- 18 Coli Didakwa Milik PUNTIANAK
- [Gambar] Tubuh Wanita Hamil Berkecai Digilis Kereta Api
- PKR Kecewa Kenaikan Tarif Air di Johor
- Kalau Bukan Kerana Mereka, Khalid Mungkin Masih MB
PAS pada Pandangan Bukan Islam Posted: 27 Sep 2014 04:46 PM PDT PAS yang Saya Kenali [Harakah] Gelombang "Reformasi" meledak sebelum saya memasuki dewan peperiksaan SPM. Saya tidak mengenali PAS ketika itu. Imej PAS dibentuk melalui bacaan komentar dalam media bahasa Cina. Negara Islam, hukum hudud, konservatif, ektremis dan sebagainya, antara inilah yang paling memahat dalam minda. Pengalaman bersemuka dengan orang PAS hanya bermula selepas memasuki universiti. Kami dibawa senior untuk menghadiri ceramah politik. Ketika itu saya amat teruja dengan ucapan Mahfuz Omar yang berapi-api. Kemudian kami diatur untuk berdialog dengan Hu Pang Chaw (bekas Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS), melawat ke Kelantan untuk melihat dengan mata sendiri keadaan sebenarnya. Pemikiran kami dipengaruhi senior pada ketika itu, yang aktif dalam DEMA – satu pertubuhan mahasiswa. Kami lebih cenderung untuk mempertahankan Barisan Alternatif, maka DAP dianggap sebagai "penghalang", yang menggagalkan pertukaran kerajaan. Kami berkempen untuk calon Parti KeADILan ketika PRU11 pada tahun 2004. Seringkali kami ditanya oleh pengundi Cina yang tebal prejudisnya terhadap agama, bagaimana ulamak boleh mentadbir negeri, sedangkan mereka tidak tahu apa-apa tentang ekonomi? Terpegun juga kami di situ, kerana gagal memberi jawapan. Akhirnya kami dicelikkan seorang senior, "Padahal pemimpin tertinggi hanya memainkan peranan untuk memastikan agar halatuju pentadbiran tidak terpesong dari landasan demokrasi. Soal teknikal dalam pentadbiran boleh diuruskan oleh teknokrat dan birokrat." Kami menganggap jawapan itu memuaskan, lalu kita menggunakan jawapan skema ini berkali-kali untuk meyakinkan mereka yang masih keraguan. Ini kisah lama. Generasi kami melalui proses kematangan secara berperingkat-peringkat. Pada satu peringkat saya mulai bersikap kritis terhadap PAS. Saya masih ingat pengalaman saya sebagai wartawan, hadir di sidang media Mujahid Yusof Rawa, yang pada ketika itu bersungguh-sungguh untuk berdialog dengan masyarakat Cina selepas PRU11. Beberapa soalan dilontarkan oleh wartawan Cina lain, berdasarkan prejudisnya terhadap PAS. Mujahid ketika itu berjaya menyanggah tuduhan-tuduhan dalam soalan itu dengan fakta, kerana sememangnya PAS tidak seburuk sebagaimana yang digambarkan. Akhirnya saya mengajukan soalan, bagaimana PAS mendakwa dirinya mendukung kebebasan bersuara, sedangkan dirinya mengharamkan tulisan Farish Noor dan Khalid Jaafar di Harakah, ketika itu. Giliran Mujahid terpegun seketika dengan soalan itu. Bagaimanapun soalan-soalan sedemikian kerap ditimbulkan pada zaman pasca PRU11 dan sebelum PRU12. Saya masih ingat pengalaman Dr.Dzulkefly Ahmad diasak oleh NGO dalam satu forum, bagaimana PAS mendakwa dirinya memperjuangkan kebebasan berpersatuan, sedangkan PAS mengambil sikap yang agak keras terhadap Sister-In-Islam, sehingga mencadangkan agar ianya diharamkan? Namun saya sedar keperluan politik ketika itu. Saya nampak bagaimana sekumpulan pemimpin PAS, seperti Mohamad Sabu, Hatta Ramli, Dzulkefly Ahmad, Syed Azman dan lain-lain lagi, turun untuk memprotes kenaikan harga minyak. Maka semakin yakinlah saya bahawa adanya sekumpulan pemimpin dalam PAS yang memperjuangkan nasib rakyat. Lebih penting, susuk tubuh pemimpin inilah yang dijadikan contoh untuk meyakinkan masyarakat Cina bahawa PAS juga komited dalam perjuangan pendemokrasian politik dan ekonomi. Ikon-ikon ini digunakan untuk memecah imej stereotaip masyarakat Cina, bahawa pemimpin PAS hanya memperjuangkan isu agama semata-mata. Ia memakan tempoh bertahun-tahun untuk membina semula keyakinan khalayak umum terhadap PAS. Ramai Cina yang masih ragu-ragu, takut bahawa PAS akan bersikap angkuh seperti UMNO setelah berkuasa. Mungkin PAS tidak mengambil pendekatan perkauman, tetapi diganti dengan agama. Maka kami cuba menonjolkan betapa indahnya Islam yang ditampilkan PAS. Tokoh-tokoh seperti Mat Sabu dijadikan jambatan, untuk membawa masyarakat Cina mengenali semula Islam yang ditampilkan PAS. Barulah masyarakat Cina mula menghayati nilai Islam, dan menyanjung Tok Guru Nik Aziz melalui kesederhanaan cara hidup beliau. Kesemua ini dilonggok sedikit demi sedikit, dari hari ke hari, dari minggu ke minggu, dari bulan ke bulan, dari tahun ke tahun – sehinggalah kita mengecapi hasilnya dalam PRU13. Hasil perjuangan ini bukan datang dengan tohmahan atau tuduhan tanpa bukti ke atas benda yang belum kita tahu. Ia datang dengan curahan titisan peluh mereka yang memperjuangkan perubahan dan pendemokrasian di Malaysia. Secara terus-terang saya terkilan dengan apa yang berlaku dalam tempoh beberapa bulan ini, khususnya muktamar kali ini. Belum berkuasa sudah ada orang PAS yang menggunakan istilah "jentik" terhadap "non-muslim". Malah label-label dihamburkan begitu sahaja secara terbuka tanpa bukti. Ada pula yang secara angkuh mempertikaikan kelayakan Wan Azizah untuk mentadbir. Pemimpin yang selama ini menyumbang untuk menggilap imej PAS seperti Mat Sabu, cuba dihina. Malah muktamar PAS membenarkan perwakilan untuk membaca doa bagi mengutuk rakan seperjuangannya! Saya tidak terdaya untuk mempertahankan gelagat sebegini. Molek bunyinya untuk mendakwa "kita meraih perbezaan pandangan", "mendengar luahan dari hati pemimpin" dan sebagainya. Namun orang umum tidak mempertikaikan perbezaan pandangan dalam PAS, yang dipertikaikan adalah cara untuk menangani perbezaan pandangan. Hatta Mahathir Mohamad, musuh politik kita sekalipun kita doakan agar beliau dipanjangkan umur, mengapa dibacakan doa untuk mengutuk pemimpin dalam parti? Orang yang kuat agama sentiasa menyeru agar kita bersyukur. Bersyukur kepada Tuhan mempunyai maksud tersurat, bahawa apapun kejayaan kita padahalnya disempurnakan Tuhan, dengan mempertemukan kita dengan orang-orang yang sudi membantu kita. Maksud tersiratnya saya tafsirkan sebagai "padahal kehebatan kita tidak ke mana tanpa faktor-faktor lain yang turut sama menyumbang". Hari ini kita menyaksikan bagaimana sekumpulan perwakilan cuba menyerang tokoh-tokoh yang membina semula keyakinan orang ramai terhadap PAS seketika dahulu. Mereka menyerang kedua-dua orang ADUN yang menyokong Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor, seolah-olah tidak sedar bahawa dua orang inilah yang menjadi "penyelamat Pakatan Rakyat di Selangor" di mata kebanyakan penyokong. Saya tidak pasti apakah ini PAS yang saya kenali. Hu Pang Chaw yang seketika dahulu cuba membuktikan bahawa masyarakat Cina boleh menyokong PAS – kini sudah tiada tempat di dalam parti. Tokoh yang seketika dahulu turun untuk bertembung dengan FRU, kini dijadikan sebagai musuh dan parasit dalam parti. Loceng amaran membingitkan telinga, apabila saya membaca komen-komen dalam laman sosial. Ada yang kata lebih baik PKR dan DAP meninggalkan PAS sebelum diheret untuk tenggelam bersama PAS. Saya tidak terkata apa-apa, melainkan menterjemahkan semula apa yang saya nampak kepada kalian. – Lim Hong Siang/Harakah versi cetak, 26-28 September 2014, edisi Jumaat | ||
18 Coli Didakwa Milik PUNTIANAK Posted: 27 Sep 2014 04:36 PM PDT
[Harian Metro] Klaten: Penduduk sebuah kampung di daerah Jawa Tengah ini gempar apabila 18 coli ditemui tersidai di jemuran belakang rumah seorang penduduk, kelmarin. Sehubungan itu, ketua polis daerah berkenaan, Suginoto berkata, pihaknya akan menyiasat dan menjejaki pemilik pakaian dalam itu. "Kami sudah menerima laporan dan sudah mengambil coli itu untuk menjalankan siasatan. "Kami juga ingin tahu motif orang yang meletakkan coli itu di rumah berkenaan," katanya.. seperti yang dipetik akhbar tempatan, Jateng Pos. Polis mengambil coli berkenaan untuk memastikan tidak ada perkara buruk berlaku. Selain itu, beberapa kenyataan daripada penduduk juga diambil. Penemuan coli itu menggemparkan penduduk kampung berkenaan kerana khabar angin mendakwa ia milik puntianak. Seorang penduduk, Eko, 22, yang mendiami sebelah rumah tempat coli itu ditemui berkata, sebelum ini, 17 coli bersaiz besar ditemui di tempat sama. "Ini kejadian kedua. Sebelum ini pernah berlaku. Dulu jumlahnya 17 dan saiznya juga besar. Penduduk membakar semuanya," kata Eko. Menurutnya, coli itu berada di ampaian jirannya secara tiba-tiba. "Ada penduduk mendakwa melihat wanita tua, berkuku dan berambut panjang di kawasan itu," katanya. Cerita penemuan coli itu tersebar begitu pantas, termasuk ke kampung berhampiran menyebabkan ramai yang datang ke rumah terbabit untuk melihat sendiri coli yang tergantung itu. Mulanya jumlah coli yang ditemui 18. Tetapi, ketika polis tiba, jumlah berkurangan kepada 17. "Mungkin ada yang datang untuk melihat mengambil satu coli itu," kata Eko. - 28/9/14/JPNN | ||
[Gambar] Tubuh Wanita Hamil Berkecai Digilis Kereta Api Posted: 27 Sep 2014 04:16 PM PDT [TerengganuTimes] Alor Setar – Seorang wanita bersama janinnya maut dipercayai digilis kereta api barang yang dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam ke Pulau Pinang, berhampiran Kampung Kuala Alor, Alor Merah, dekat sini, pagi ini. Mayat Ku Nurul Shuhada Ku Rosli, 28, yang juga ibu kepada kanak-kanak lelaki berusia 18 bulan ditemui penduduk kampung yang kemudiannya memaklumkan kejadian kepada polis. Difahamkan, mangsa difahamkan ke kedai berhampiran rumahnya kira-kira 8 pagi, namun gagal pulang selepas 30 minit menyebabkan ahli keluarga termasuk suaminya keluar mencarinya. Bagaimanapun, mereka kemudian dimaklumkan penemuan mayat dan janin cukup sifat dalam keadaan menyayatkan hati di landasan kereta api terbabit. Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Md Jan mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima laporan kejadian 10 pagi. "Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah," katanya. -28/9/14 Berkaitan: Ibu, Janin Berkecai [Harian Metro] Alor Setar: Seorang wanita yang sarat mengandung ditemui meninggal dunia dalam keadaan mengerikan dengan anggota badannya terpisah, begitu juga janinnya, akibat dilanggar kereta api dalam kejadian berhampiran Kampung Kuala Alor, Alor Merah di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi, mangsa, Ku Nurul Shuhada Ku Rosli, 28, yang sarat mengandung tujuh bulan ditemui dalam keadaan anggota badan terpisah pada jarak kira-kira 50 meter manakala janinnya, daripada bahagian pinggang ke bawah, dijumpai di tepi landasan kereta api oleh penduduk kampung. Penduduk kemudiannya memaklumkan kejadian kepada polis. Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang mempunyai seorang anak lelaki berusia 18 bulan dilihat berjalan di sekitar kampung berkenaan sambil menegur beberapa penduduk. Tanpa disedari, Ku Nurul Shuhada masuk ke kawasan landasan kereta api yang berpagar itu. Suami mangsa yang mahu dikenali sebagai Saiful, 43, berkata, Ku Nurul Shuhada memaklumkan mahu ke kedai yang terletak berhampiran kediaman mereka. "Bagaimanapun, saya tidak sedap hati apabila isteri masih tidak pulang selepas 30 minit sedangkan kebiasaannya, ia hanya mengambil masa kira-kira 10 minit. "Saya bersama bapa mentua, Ku Rosli Ku Hassan yang berusia 50-an, dengan bantuan penduduk kemudian keluar mencari Ku Nurul Shuhada di sekitar kawasan kampung tetapi gagal sebelum pulang ke rumah jam 10 pagi," katanya ketika ditemui di Balai Polis Alor Setar. Menurut Saiful, tidak lama kemudian, penduduk kampung memaklumkan ada kejadian membabitkan orang dilanggar kereta api di belakang kampung, lalu dia pergi ke sana untuk mengetahui siapa mangsanya. "Apabila melihat baju serta serangkai kunci kereta, saya terus sebak kerana tahu ia adalah mayat isteri kerana saya memang mencari kunci kereta dan arwah pula membawanya bersama. "Isteri saya mengalami kemurungan sejak beberapa bulan lalu. Kami sudah melakukan pelbagai ikhtiar termasuk mengubatinya secara tradisional. Keadaannya berubah agak baik tetapi kembali teruk seperti sejak seminggu kebelakangan ini," katanya. Ku Rosli pula berkata, dia puas mencari anak sulung daripada lima beradik berkenaan selepas Ku Nurul Shuhada keluar dari rumah. "Dia (Ku Nurul Shuhada) keluar rumah (ke kedai) dan lambat balik lalu saya keluar cari melilau (merata-rata) sampai ke hospital tapi dia tiada. Apabila balik rumah, orang beritahu ada kemalangan di landasan kereta api, saya tak sangka dia boleh ditimpa kejadian itu. "Arwah salam saya dan salam serta cium ibunya juga sambil minta maaf kelmarin. Saya kata, dari dia beranak (lahir) sehingga la ni (sekarang), sudah maafkan dia (Ku Nurul Shuhada), selepas itu dia hanya gelak," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Md Jan ketika mengesahkan perkara terbabit berkata, kejadian berlaku apabila mangsa dipercayai digilis kereta api barang yang dalam perjalanan dari arah Bukit Kayu Hitam menuju ke Pulau Pinang. "Kami menerima laporan berkaitan kejadian jam 10 pagi sebelum sepasukan anggota dihantar untuk melakukan siasatan di tempat kejadian. "Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat," katanya. - Ahmad Saufi Mansor/28/9/14 | ||
PKR Kecewa Kenaikan Tarif Air di Johor Posted: 27 Sep 2014 04:10 PM PDT [Malaysia Kini] PKR Johor kecewa dengan kenaikan tarif air di negeri Johor bermula pada tahun depan yang turut menyaksikan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula April 2015. ADUN Bukit Batu, Jimmy Puah dan Ketua Cabang PKR Johor Bahru Akmal Nasir menggesa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hasni Mohammad menjelaskan kenaikan itu atas alasan menjaga kepentingan Syarikat Air Johor (SAJ). Dalam kenyataan bersama, mereka mendakwa Hasni mengumumkan kenaikan itu ekoran kenaikan kos merawat air akibat kenaikan elektrik dan meningkatnya pencemaran air. "Adakah benar kerajaan Johor meletakkan kepentingan SAJ yang majoriti sahamnya dipegang oleh syarikat swasta sebagai perkara utama tanpa mengambil kira nasib rakyat Johor juga berdepan dengan peningkatan kos sara hidup? "Adakah kerajaan negeri tidak peka bahawa rakyat Johor akan turut berdepan kenaikan harga barang akibat pelaksanaan GST yang akan bermula pada April 2015?" kenyataan bersama mereka dipetik. Dalam kenyataan sama mereka turut mempersoalkan alasan tarif air Johor yang merupakan yang tertinggi dalam negara terus dinaikkan ketika ia baru sahaja dinaikkan pada 2011. Mereka juga mempertikaikan dasar air percuma di Johor yang didakwa hanya dinikmati sebahagian kecil pengguna sahaja. "Mengikut jawapan di sidang DUN tahun 2013, hanya 791 keluarga menerima manfaat skim ini sedangkan terdapat lebih kurang 1.5 juta akaun pengguna yang berdaftar dengan SAJ," kata mereka lagi. -27/9/14 P/s: Masa PRU13, bukan main hebat promosi air percuma di Johor, rupa2nya hanya 791 keluarga yang terima manfaat walaupun ada lebih 1.5 akaun pengguna yang berdaftar dengan SAJ. Nasiblah orang Johor yang masih memilih Amno. Sebelum ii juga Kerajaan P. Pinang bercadang untuk menaikan tarif air. Tindakan ini dijaja satu Malaysia dan laporan dibuat seolah-olah kerajaan negeri bertindak zalim dan membebankan rakyat. Mari kita lihat carta tarif air mengikut negeri pada tahun 2012: Berdasarkan carta di atas, walaupun kerajaan P. Pinang menaikkan tarif harga 100%, harga air di sana masih lagi antara yang terendah di Malaysia. Bayangkan jika Johor menaikkan tarif air? Hidup Melayu! | ||
Kalau Bukan Kerana Mereka, Khalid Mungkin Masih MB Posted: 27 Sep 2014 03:58 PM PDT
[Sinar Harian] PETALING JAYA - Kalau bukan kerana tindakan dua Adun Pas yang menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu, mungkin Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih kekal sebagai menteri besar. Adun Bukit Gasing, Rajiv Rashyakaran berkata, tindakan Adun Morib, Hasnul Baharuddin dan Adun Hulu Klang, Shaari Sungib inilah yang mengubah haluan krisis politik Selangor dan akhirnya membawa kepada penyelesaian konflik. "Walaupun pada asalnya sokongan itu dibuat untuk Wan Azizah, tetapi akhirnya Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang dipilih. "Mereka ini bukan pengkhianat, mereka ini perwira rakyat. Disebabkan mereka, cubaan Umno untuk bergabung dengan Pas dan membentuk kerajaan di Selangor tidak berjaya," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam DAP di sini, malam ini. Katanya lagi, tindakan dua Adun tersebut dianggap wira kerana menyelamatkan Pakatan Rakyat (PR). Hasnul dan Shaari adalah dua ahli Pas masing-masing Adun mewakili kawasan Morib dan Hulu Kelang yang menyokong pencalonan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor baharu menggantikan Abdul Khalid. Tindakan dua Adun tersebut jelas tidak diketahui pimpinan Pas dan mereka kini berhadapan dengan tindakan tatatertib yang bakal diputuskan oleh Pas Pusat. Turut hadir dalan majlis tersebut ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Adun Morib, Hasnul Baharuddin dan Adun Hulu Klang, Shaari Sungib. - 27/9/14/FATHIN ATHIRAH HASLI P/s: Fakta ini cuba dibelitkan oleh macai UG. Mereka masih mempertahankan tindakan Presideng dan 4 Exco menyokong Tan Sri Khalid yang sudah dipecat oleh PKR. Bagi mereka 4 Excotersebut merupakan wira sebenar yang mengelakkan "Kerajaan PR" daripada tumbang. Walhal yang dipertahankan oleh mereka ialah Kerajaan PUKI (PAS + UMNO + Khalid Ibrahim). Sedangkan pada masa itu, TSKI telah memecat hampir kesemua ADUN DAP dan PKR. YB Roziah kemudian mengambil tindakan meletakkan jawatan untuk menyatakan solidariti dan sokongan kepada PR. Malah, PR sendiri melalui calon pilihan mereka sudah memperoleh sokongan 30 ADUN dan jika mengikut kes Perak, peralihan kuasa sepatutnya berjalan dengan lancar. Namun, penolakan geng pak lebai terhadap calon PR menyebabkan krisis ini berlanjutan. Kenyataan "Kalau Bukan Kerana Mereka, Khalid Mungkin Masih MB" menunjukkan sikap kumpulan Presideng dalam isu MB ini. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan