Sabtu, 13 September 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Komen Orang Bukan Islam: Orang yang Menghafal al-Quran Tidak Sebanyak Artis

Posted: 13 Sep 2014 07:06 AM PDT



Komennya betul-betul "makan dalam".

Tidak perlu diulas panjang lebar.

Orang Islam mohon terasa dan sila ambil tindakan. -DCM

"U-Turn" Lagi, Presiden PAS Mahu Khalid Kekal MB Selangor, Akan Pantau Kelemahan Khalid - Nik Nazmi

Posted: 13 Sep 2014 06:36 AM PDT


[The Malaysian Insider] Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar (MB) Selangor, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad sebagaimana yang dikatakan Hadi dalam pertemuan dengan Pemuda Pakatan Rakyat (PR) semalam.

Hasil pertemuan tersebut menyaksikan Hadi berkata hanya dengan mengekalkan Khalid, kemelut isu MB Selangor akan selesai.

"Apabila ditanya tentang pandangan Tuan Guru Haji Hadi tentang jalan keluar isu ini, beliau memberi jawapan akhirnya adalah dengan mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Tuan Guru sendiri akan memantau kelemahan Tan Sri Khalid," kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan hari ini, yang turut berada dalam pertemuan semalam itu.

Pertemuan tersebut juga turut disertai bersama Ketua DAPSY Teo Kok Seong dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat.

Bagi Nik Nazmi, perkembangan tersebut agak merisaukan ketika PKR sendiri sudah memutuskan untuk memilih presiden partinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Khalid.

"Pilihan itu tentulah bertentangan dengan sokongan majoriti Adun Selangor terhadap Dr Wan Azizah sebagai MB Selangor.

"Meskipun isu perlantikan MB belum selesai, tetapi Khalid kini hanya bertindak sebagai MB peralihan yang diterima Sultan Selangor. Apatah lagi Khalid kini hanyalah Adun Bebas, tidak berparti," kata beliau.

Krisis MB Selangor bermula sejak PKR memperkenalkan "Langkah Kajang" yang bertujuan menjadikan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar bagi menggantikan Khalid.

Bagaimanapun, Khalid berdegil sehingga menyebabkan kepada pemecatannya.

Pakatan juga berpecah dan berbeza pendapat dalam isu MB Selangor, PAS secara terbuka menolak Dr Wan Azizah sebagai calon MB.

Hadi juga sebelum ini mempertikai kelayakan dan kebolehan Dr Wan Azizah sebagai calon MB.

Istana Selangor sehingga kini masih belum memuktamadkan untuk melantik siapa yang layak sebagai pengganti Khalid.

Nik Nazmi bagaimanapun menggesa supaya kekusutan dalam krisis MB Selangor diselesaikan dalam kerangka bersama Pakatan. – 13 September, 2014.


KENYATAAN MEDIA

RENTETAN PERTEMUAN PEMUDA PAKATAN DENGAN PRESIDEN PAS

Saya ingin merakamkan penghargaan AMK kepada Tuan Guru Dato Seri Haji Hadi Awang Presiden PAS kerana kesudian beliau bertemu saya bersama-sama Ketua DAPSY Teo Kok Seong dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat pagi Jumaat 12 September yang lalu.

Suhaizan juga telah memberi maklumat ringkas tentang pertemuan tersebut kepada portal Malaysian Gazette.

Pertemuan itu adalah antara siri pertemuan dengan pimpinan tertinggi parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang dipersetujui Pemuda Pakatan dalam usaha menyelesaikan hubungan dalaman Pakatan berikutan isu Menteri Besar Selangor.

Cuma yang agak merisaukan saya adalah dalam perbincangan itu apabila ditanya tentang pandangan Tuan Guru Haji Hadi tentang jalan keluar isu ini, beliau memberi jawapan akhirnya adalah dengan mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Tuan Guru sendiri akan memantau kelemahan Tan Sri Khalid.

Pilihan itu tentulah bertentangan dengan sokongan majoriti ADUN Selangor terhadap Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi MB Selangor. Meskipun isu perlantikan MB belum selesai, tetapi Tan Sri Khalid kini hanya bertindak sebagai MB peralihan yang telah diterima DYMM Sultan Selangor. Apatah lagi Tan Sri Khalid kini hanyalah ADUN bebas tidak berparti.

Ini ditambah dengan beberapa keputusan yang berubah-ubah sebelum ini malah berbeza dengan keputusan PAS sendiri.

Sebarang penyelesaian isu ini mestilah dibuat dalam kerangka bersama Pakatan.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN
TIMBALAN SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI SERI SETIA

13 Sept 2014


P/s: "U-turn" lagi! Dalam mesyuarat setuju nama lain. Selepas mesyuarat setuju nama lain pula. Kini, Tuan Presiden mahu MB yang telah dipecat keahliannya oleh PKR kekal menerajui Selangor. Walhal dua parti lain bersetuju MB sedia ada diganti oleh WAWI.

Mengapa susah sangat mahu melepaskan sokongan terhadap TSKI. Adakah kerana dakwaan ini?



Mengapa PKR memecat dan mahu menggantikan TSKI sebagai MB Selangor?

Jawapannya di sini.

Bakal Presiden dan Naik Presiden Indonesia Guna Kenderaan Rasmi Lama

Posted: 13 Sep 2014 12:51 AM PDT



[Harian Metro] Jakarta: Bakal Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla berkata, dia dan Joko Widodo (Jokowi) serta anggota Kabinet mereka akan menggunakan kenderaan rasmi lama walaupun kerajaan semasa bercadang membeli kereta baru selepas kedua-dua mereka dilantik secara rasmi 20 Oktober ini.

"Kereta saya, Toyota Crown Royal Saloon masih dalam keadaan baik walaupun sudah digunakan selama 12 tahun," katanya kepada media baru-baru ini.

Dia ditemui di rumahnya di Jalan Brawijaya, Jakarta Selatan dan dipetik tribunnews.com.

Kata Jusuf, pegawai kerajaan di peringkat kementerian lain sewajarnya menggunakan kenderaan berkuasa 2,000cc, manakala peringkat lebih bawah perlu menggunakan kereta yang lebih kecil kuasanya.

"Seperti saya, gabenor semua wilayah juga perlu menggunakan Toyoya Camry atau kereta lain yang sekelas dengannya.

"Untuk ketua jabatan, mereka perlu menggunakan kenderaan lebih rendah seperti Toyota Avanza," katanya. -13/9/14


P/s: Salut!!!!

Dalam PKR ada pemimpin macam ini? Dalam PAS dan DAP? Siapa baru setahun jagung diangkat menjadi pemimpin memandu Vellfire, Mercedes, dalam masa yang sama mengajak rakyat berjimat cermat dan bersederhana? 

Dalam UMNO, usah cerita!!!

Admin pernah mendengar cerita MP daripada PSM yang sanggup menjual AP yang diperolehnya untuk membina jambatan di kawasan Parlimennya.

Salut!!!


Rogol: Hukuman terhadap Bekas Anggota Ruffedge Kekal

Posted: 13 Sep 2014 12:35 AM PDT


[Sinar Harian] SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan hukuman 20 tahun penjara dan 10 sebatan terhadap bekas anggota kumpulan Ruffedge atas kesalahan merogol anak tirinya, dua tahun lalu.

Hakim Nurchaya Arshad mengekalkan keputusan itu sekali gus menolak permohonan rayuan perayu terhadap sabitan dan hukuman.

Menurutnya, hukuman yang diputuskan oleh hakim mahkamah sesyen itu adalah setimpal terhadap kesalahan yang dilakukan.

"Rogol bukan sahaja kesalahan serius malah lebih menyedihkan lagi apabila mangsa menghadapi trauma sepanjang hayatnya.

"Kita tidak mahu anak, adik, kakak mahupun ibu diperlakukan sebegitu," katanya, hari ini.


Beliau berkata, sepatutnya perayu yang telah berkahwin dengan ibu mangsa melindungi anak kecil itu walaupun bergelar bapa tiri.

"Seorang bapa perlulah melindungi anaknya," katanya.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol anak tirinya pada ketika itu berusia 14 tahun di sebuah rumah di Gombak, Selangor.

Perbuatan itu didakwa dilakukan jam 9 pagi pada 2 Februari 2012.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Faizah Mohd Salleh mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan minimum 10 sebatan.

Perayu yang juga guru vokal diwakili peguam, Azmin Talib.

Sebelum ini, Hakim Mahkamah Sesyen Kajang, Nor Hazani Hamzah menjatuhkan hukuman itu pada 6 September 2013. -TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
13/9/14




Hutang 1MDB Ancaman Besar kepada Negara – Rafizi

Posted: 13 Sep 2014 12:11 AM PDT


[Keadilan Daily] KUALA LUMPUR 11 SEPT: Hutang besar yang ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah satu ancaman besar kepada kestabilan ekonomi negara, kata Naib Presiden KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli.

Beliau mengulas krtikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di blognya semalam mengenai dana 1MDB yang dikumpul daripada hutang dan bukan keuntungan yang dijana.

"Tun Mahathir Mohamad juga mempersoalkan kenapa sejumlah besar dana 1MDB disimpan di pusat kewangan luar pesisir pantai (offshore financial centre) iaitu Pulau Cayman yang sudah pasti tidak telus dan menyembunyikan maklumat pengurusan dana.

"Saya selalunya berbeza pendapat dengan Tun Mahathir Mohamad dalam banyak perkara. Namun saya menyokong penuh pendirian dan pendapat Tun Mahathir Mohamad mengenai 1MDB," ujarnya dalam satu kenyataan media.

Mahathir dalam blognye semalam berkata 1MDB membelanjakan berbilion ringgit untuk membeli stesen janakuasa dari Genting dan Ananda Krishnan dengan harga yang lebih tinggi daripada pasaran.

Beliau juga mengeluh kerana 1MDB banyak berhutang dan terdapat laporan ia kini berhutang kira-kira RM38 bilion selepas 5 tahun beroperasi sebagai dana kekayaan negara.

Menurut Rafizi, laporan dari akhbar kewangan meletakkan jumlah hutang 1MDB melebihi RM30 bilion berdasarkan beberapa siri penerbitan bon.

Jelasnya, jawapan perdana menteri di parlimen menyatakan jumlah hutang 1MDB hanya RM5 bilion iaitu jumlah bon pertama yang diterbitkan oleh syarikat strategi itu.

Manakala jumlah hutang yang lain tidak dijamin oleh Kerajaan Malaysia.

"Saya mempunyai dokumen yang boleh mengesahkan bahawa jawapan Datuk Seri Najib Tun Razak itu adalah tidak tepat dan memberi gambaran salah kepada Parlimen," ujarnya.

Kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya

Menurut Rafizi, siasatannya setakat ini menunjukkan keseluruhan hutang 1MDB berjumlah RM30 bilion adalah tanggungjawab sepenuh Kerajaan Malaysia.

Katanya, ia bermakna sekiranya 1MDB gagal melunaskan hutang-hutang tersebut, kerajaan Malaysia bertanggungjawab melangsaikan hutang itu, dan sudah tentu ia menggunakan wang rakyat.

"Oleh sebab itu, saya berpendirian bahawa hutang 1MDB yang begitu besar adalah satu ancaman besar kepada kestabilan ekonomi negara terutamanya kerana tidak ada tanda-tanda prestasi yang memberangsangkan yang ditunjukkan 1MDB setakat ini," jelasnya.

Menurut Rafizi, kali terakhir beliau menimbulkan isu dana 1MDB yang disimpan di Pulau Cayman, 1MDB menghantar surat saman untuk mengambil tindakan mahkamah terhadapnya.

"Sekiranya apa yang ditimbulkan oleh Tun Mahathir Mohamad itu tidak betul, maka sewajarnya 1MDB turut menghantar surat saman kepada Tun Mahathir Mohamad dalam masa terdekat ini," ujarnya.


‘Saya tidak pernah setuju GST, kenyataan Najib mengelirukan’

Posted: 13 Sep 2014 12:06 AM PDT



[Keadilan Daily] KUALA LUMPUR 12 SEPT- Tidak jujur dan mengelirukan, itu kata Datuk Seri Anwar Ibrahim merujuk dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa Ketua Umum KEADILAN itu bersetuju untuk mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan(GST) pada tahun 1992.

Kata Anwar, beliau telah menyatakan dengan jelas di Parlimen bahawa GST perlu dilakukan dengan cara 'telus dan cekap' dan perlu memenuhi beberapa pra-syarat tertentu sebelum melaksanakannya.

"Ini termasuk urus tadbir yang sesuai, ketelusan, tiada ketirisan dan pembaziran, dan mengelakkan daripada berlakunya amalan rasuah.

"Saya juga telah menekankan bahawa GST harus bermula pada tahap yang rendah," katanya dalam satu kenyataan

Anwar berkata GST tidak dilakukan sehingga sekarang kerana pra-syarat itu tidak dipenuhi.

"Ini pra-syarat yang tidak dipenuhi sebab itulah tidak pernah dilaksanakan semasa saya menjadi Menteri Kewangan," katanya

Menurut laporan Malaysian Insider pada 10 Sept, Najib berkata Anwar pernah menyatakan hasrat dalam ucapan bajetnya untuk melaksanakan GST pada tahun 1992 namun Anwar berpatah balik dan tidak melaksanakannya. - nadia hanafi

Tiada ulasan: