Khamis, 11 September 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Video] Calon MB: "Saya dulu pun beri satu nama saja" - Tun M

Posted: 11 Sep 2014 05:33 AM PDT


[Malaysia Kini] Dalam keadaan yang jarang berlaku, Tun Mahathir Mohamad dilihat bersetuju dengan pendapat musuh ketatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas perdana menteri itu mendedahkan sepanjang perkhidmatan beliau selama 22 tahun, beliau hanya menghantar satu nama sahaja sebagai calon menteri besar kepada istana.

"Sepanjang zaman saya, sentiasa serah satu nama sahaja. Saya tak pernah ada masalah dengan mana-mana sultan," kata beliau ketika ditanya pernahkan mana-mana istana meminta lebih dari satu nama sebagai calon menteri besar.

Bagaimanapun, Mahathir tetap tidak melepaskan peluang "mengenakan" Pakatan Rakyat yang diketuai Anwar (atas).

Beliau berkata keadaan itu berlaku mungkin kerana mereka telah "menjengkelkan" sultan Selangor.

"Anda tak boleh buat orang jengkel (kepada kita) dan mahukan mereka bekerjasama dengan anda. Mereka bukan sahaja menjengkelkan sultan tetapi ramai orang dengan perselisihan mereka," tambah beliau.

PKR dan DAP menimbulkan kemurkaan Istana Selangor dengan hanya menghantar satu nama iaitu presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar walaupun sultan menitahkan untuk menghantar lebih dari dua.

Istana kemudiannya memberi teguran dan mendakwa PKR dan DAP sebagai "biadap" dan "derhaka." -11/9/14

P/s: Apa agenda di Selangor? Siapa di balik isu ini? PR hanya menghantar satu nama selepas PRU13, mengapa ada masalah sekarang?

[Video-Wajib Tonton] Penjelasan Isu MB Selangor & Pemecatan Khalid Ibrahim

Posted: 11 Sep 2014 02:10 AM PDT








P/s: Penjelasan tentang hal ini jelas. Fakta demi fakta. Tonton semua video. Jika fakta yang dikemukakan salah dan berunsur fitnah, maka TSKI boleh mengambil tindakan terhadap mereka.

Video-video ini wajib ditonton oleh geng Pak Lebai.


Jururawat Dakwa Dirogol di dalam Ambulans

Posted: 10 Sep 2014 09:57 PM PDT


[Sinar Harian] MERSING - Seorang jururawat berdepan detik hitam selepas mendakwa dirogol di dalam ambulans oleh seorang pemandu di belakang asrama hospital di daerah ini, 4 September lalu.

Dalam kejadian yang berlaku awal pagi itu, mangsa berusia 31 tahun mendakwa semasa mengemas barang untuk dibawa turun dari ambulans, dia yang keletihan terlelap seketika di dalam kenderaan terbabit.

Sebelum itu, dia dan suspek serta seorang lagi pembantu baharu sahaja sampai dari sebuah hospital di Johor Bahru.

Bagaimanapun, sebaik sahaja sedar, mangsa mendapati ambulans sudah berada di belakang asrama hospital dan pintu kenderaan itu berkunci.

Bimbang keselamatan dirinya, mangsa cuba mencari sesuatu untuk membuka pintu ambulans terbabit, namun keadaan gelap menyukarkan usahanya.

Tanpa disedari oleh mangsa, pemandu terbabit yang berseorangan didakwa berada di dalam ambulans itu terus memperkosa dan merogolnya, walaupun dia bergelut untuk menyelamatkan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superitendan Zulkepli Hashim ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

"Repot telah diterima dan kita sedang siasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Lelaki itu telah kita tangkap untuk siasatan lanjut," katanya di sini semalam.

Difahamkan lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu itu direman selama tujuh hari bermula semalam. - 11/9/14


P/s: Admin ada terbaca perincian kes yang didakwa ada kaitan dengan kes ini disebuah blog pro-AMNO. Menurut laporan itu, si perogol hanya menghenjut dua kali sebelum klimaks.

Berbaloikah perbuatan lahanat itu dengan hukuman yang bakal dihadapi oleh suspek ini?



Peguam PAS akui Majlis Syura Ulama Langgar Perlembagaan Parti

Posted: 10 Sep 2014 09:24 PM PDT


[Wargamarhaen] Lajnah Undang-undang PAS bersetuju serta menyokong pendirian anggotanya bahawa Majlis Syura Ulama telah melanggar perlembagaan parti apabila melibatkan entiti itu dalam krisis pelantikan Menteri Besar Selangor. 

Ketuanya Asmuni Awi berkata penegasan Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi (LUHAM) PAS Pusat itu adalah tepat selain berasaskan kepada fakta dan perlembagaan parti. 

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut namun mengakui turut menyertai perbincangan yang diadakan. 

"Saya cuma nak kata saya setuju keseluruhannya di situ sebab saya pun turut dalam perbincangan dan saya tak nak ulas lebih daripada itu. 

"Lepas ini apa-apa pun kenyataan akan dikeluarkan oleh LUHAM secara rasmi. 

"Yalah, LUHAM akan keluarkan kenyataan secara rasmi selepas daripada ini," katanya kepada Antarapos. 

Semalam Setiausaha LUHAM PAS Pusat Abang Ahmad Kardee Abang Masagus menegaskan Majlis Syura Ulama telah melanggar perlembagaan parti itu apabila badan itu membuat keputusan dalam krisis yang berlaku di Selangor. 

"Menurut Fasal 7 (1) Perlembagaan PAS, kekuasaan parti adalah dipegang oleh Muktamar PAS. 

"Memandangkan Muktamar PAS, sebagai kuasa tertinggi, telah memutuskan bahawa PAS bertahaluf dengan Pakatan maka tidak dapat tidak, di dalam apa sahaja tindakan dan keputusannya, maka Majlis Syura Ulama mahupun PAS mesti bertindak selari dengan ketetapan Muktamar PAS tersebut," katanya. 

Menurut beliau, PAS sebelum ini bersetuju mengadakan tahaluf atau kerjasama dengan Pakatan Rakyat dan kerjasama tersebut telah disahkan oleh Muktamar PAS dan sehingga kini tidak pernah dibatalkan. 

"Isu pokok yang berbangkit dalam isu Menteri Besar Selangor ini adalah Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) telah membuat ketetapan untuk menghantar nama daripada PAS sebagai calon menteri besar (yang kemudiannya disokong oleh Majlis Syura Ulama). 

"Sedangkan, presiden sendiri sebelum ini telah menyatakan bahawa PAS tidak akan menuntut jawatan menteri besar Selangor memandangkan ia adalah milik PKR," katanya dalam satu kenyataan. 

Jelas Asmuni lagi, kenyataan dikeluarkan Abang Kerdee cukup jelas dengan berlandaskan peruntukan perlembagaan PAS. 

"Yalah, benda itu dah disebut dalam itu sebab itu saya kata saya tak nak ulas lanjut sebab tak nak ada kenyataan bercanggah. 

"Tapi apa yang disebut di situ clear, perkara itu diperbincangkan dan saya pun turut di dalam perbincangan tersebut keseluruhannya," katanya. 

Ahmad Kardee turut mempertikaikan tahaluf siyasi PAS dengan DAP dan PKR apabila menghantar nama daripada PAS, sedangkan Abdul Hadi sebelum ini menyatakan PAS tidak akan menuntut jawatan itu kerana ia milik PKR. 

"LUHAM percaya ini adalah berdasarkan kepada ketetapan Muktamar yang memutuskan bahawa PAS bertahaluf dengan Pakatan. Justeru, apabila nama ADUN PAS turut dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor, tidakkan ia menyalahi perjanjian PAS di dalam Pakatan itu sendiri? 

"Tidakkah perlanggaran ini menjurus kepada pelanggaran keputusan Muktamar itu sendiri? 

"Oleh itu, LUHAM berpendapat tidak wujud sebarang perselisihan faham dalam hal keputusan Muktamar ini yang perlu kepada tafsiran oleh Majlis Syura Ulama," katanya lagi. - 11/9/14


Buat Anak Tok Guru: PKR Khianat, Apakah Hukum PAS Bertanding Kerusi PKR dalam PRU13?

Posted: 10 Sep 2014 07:16 PM PDT


[Wartawan Rasmi Laman Reformasi] Tidak sampai 24 jam Presiden PKR Dr Wan Azizah memutuskan langkah untuk berbaik-baik dengan PAS melalui tindakan parti itu memberi laluan PAS bertanding di kerusi Pengkalan Kubor, PKR diserang lagi oleh puak ulama PAS.

Kali ini anak Mursyidul Am, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menuduh PKR secara terbuka sebagai pengkhianat dan menikam PAS dari belakang berhubung keturut sertaan dua Adun PAS Saari Sungip dan Hasnul Baharuddin menyokong Dr Wan Azizah, 6 Ogos lalu.

"Pengkhianatan PKR terhadap setiakawan dengan PAS dalam (Pakatan Rakyat) apabila menerima pengkhianatan dua ADUN PAS dengan mengiktiraf sokongan mereka kepada PKR.

"Sebagaimana dua ADUN itu memutuskan wala' dan kesetiaan kepada presiden, begitu juga PKR telah memutuskan setiakawan dengan PAS," katanya.

Begitu mudah seorang AJK PAS Pusat menuduh PKR sebagai pengkhianat. Rasanya Nik Abduh kuat ingatan dan ingat tindakan PAS menurunkan calon di beberapa kerusi DUN pada pilihan raya umum ke 13 lalu. Adakah tindakan itu bagi Nik Abduh sebagai bukan pengkhianatan?

Dalam perbincangan antara Setiausaha Agung PKR dan PAS, diputuskan kerusi-kerusi yang bertindih tersebut ditandingi oleh calon PKR. Bagaimanapun PAS pada saat akhir sehari sebelum tarikh penamaan calon telah mengeluarkan watikah untuk calonnya bertanding.

Dalam peraturan SPR dua individu sahaja yang boleh menandatangani surat watikah untuk bertanding pilihan raya. Sama ada Setiausaha Agung Mustafa Ali atau Presiden Hadi Awang.

Kesannya, akibat pertandingan sesama sendiri itu, keenam-enam kerusi kalah kepada BN. Kekalahan yang paling menyakitkan hati adalah di Kota Damansara dan Sungai Acheh apabila jumlah undi PKR dan PAS jika dicampurkan mengatasi jumlah undi yang diperolehi calon BN.

Oleh kerana dalam PAS banyak ustaz maka sehingga ke hari ini tindakan mereka meletakkan calon di DUN yang telah dipersetujui ditandingi PKR dianggap bukan pengkhianatan. Begitu juga dengan ahli PAS yang berdegil berkempen agar penyokong PAS mengundi calon PAS sahaja tidak diambil tindakan.

Lebih menonjol lagi Presiden Hadi Awang tidak memohon maaf kerana menuduh seorang calon PKR di Terengganu menjual pil kuda sebagai alasan menolak kelayakan calon tersebut bertanding .

Manakala hujah Nik Abduh, bahawa Hadi mengambil keputusan tidak menarik keluar PAS dari Pakatan tetapi hanya tidak lagi berunding dengan parti komponen yang lain menunjukkan tolak ansur selepas dikhianati, adalah sesuatu yang mengarut.

Sambung baca di sini. - AmirulMukminin/10/9/14

Laporan tentang kenyataan Nik Abduh di sini.

Tiada ulasan: