Selasa, 2 September 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Gadis ‘Malam Merdeka’ Diminta Tampil Buat Laporan Polis Jika...

Posted: 02 Sep 2014 01:49 AM PDT



[Harian Metro] Kuala Lumpur: Wanita tempatan yang muncul bogel sebelum gambarnya tersebar melalui laman sosial Facebook (FB) sejak kelmarin diminta membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan terperinci dilakukan.

Wanita dipercayai berusia 20-an itu sebelum ini mencetuskan kegemparan apabila terdapat tulisan 'Malam Merdeka' pada gambar lucah yang tersebar. 

Gambar berkenaan yang turut dikongsi ramai pemilik FB mencetuskan rasa kurang senang apatah lagi wanita itu tampil memakai tudung. 

Gambar itu turut dipercayai dirakam bersama seorang lelaki di dalam sebuah bilik berdasarkan gambar tangan seorang lelaki yang meraba wanita itu.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Datin Asmawati Ahmad berkata, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius penyebaran gambar lucah itu yang jelas menyalahi undang-undang.

Menurutnya, wanita itu yang mungkin mangsa perbuatan pihak tidak bertanggungjawab perlu tampil membuat laporan polis secepat mungkin sekiranya dia dirogol atau sebaliknya. 

"Polis kemudian akan melakukan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang. 

"Polis juga menyeru masyarakat tidak berkongsi dan menyebarkan apa sahaja bahan tidak senonoh di dalam media sosial yang boleh mengaibkan pihak tertentu sehingga menimbulkan kegusaran awam," katanya. 

Dia menyifatkan kegiatan penyebaran gambar seumpama itu hanya akan memalukan mangsa selain menyebabkan ia menjadi ikutan golongan remaja.  - 2/9/14


Gila, Suami Paksa Isteri Hamil Buat Seks dengan Pekerja Bangladesh

Posted: 02 Sep 2014 01:37 AM PDT



[Mstar] PETALING JAYA: Seorang wanita mengandung tidak dapat menanggung derita selepas suaminya berulang kali memaksanya mengadakan hubungan seks dengan seorang pekerja Bangladesh untuk memenuhi nafsu seksualnya.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad pada Selasa berkata wanita berusia 27 tahun itu melarikan diri dari rumah selepas menerima panggilan daripada suaminya yang berusia 34 tahun kira-kira pukul 10.30 malam Ahad yang memberitahunya bahawa dia akan membawa pulang seorang lelaki Bangladesh untuk tidur dengannya. 

"Takut dengan permintaan suaminya, wanita itu meninggalkan rumah dan meminta bantuan daripada pihak polis.

"Ini bukan kali pertama suaminya memaksa dia mengadakan hubungan seks dengan pekerja Bangladesh berusia 26 tahun itu yang hanya dikenali sebagai Nizam.

"Sebelum ini dia dipaksa mengadakan hubungan seks dengan Nizam sebanyak dua hingga tiga kali.

"Dia sedang mengandung tujuh bulan apabila suaminya meminta dia tidur dengan lelaki itu pada bulan Julai," katanya.

Wanita itu mendakwa suaminya akan terangsang dengan melihat mereka melakukan seks dan kemudiannya akan mengadakan hubungan seks dengannya.

Dia juga berkata Nizam tidak dikenakan sebarang bayaran untuk tidur dengannya.

Dia telah dihantar ke Hospital Selayang untuk penilaian perubatan, menurut laporan. 

"Kami menahan Nizam di kedai mainan di Chow Kit pada hari Isnin, manakala suami wanita itu ditahan di rumah pasangan itu di Taman Daya Kepong.

"Kedua-dua lelaki itu ditahan selama seminggu bagi membantu siasatan," kata Ali. 

Kes ini diklasifikasikan sebagai rogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. -2/9/14


Jurugambar Bebas Disyaki Berkhalwat Dengan Ustazah

Posted: 02 Sep 2014 01:29 AM PDT


[Sinar Harian] JOHOR BAHRU – Seorang jurugambar bebas ditahan pihak berkuasa agama selepas disyaki berkhalwat dengan seorang wanita yang juga ustazah di salah sebuah sekolah tahfiz di sini, awal pagi kelmarin.

Ketika ditahan lelaki berkenaan yang berusia lingkungan 20-an itu mendakwa dia baharu masuk ke bilik bakal tunangnya itu untuk menghantar ubat atas permintaan ustazah berkenaan yang demam.

Lelaki berkenaan yang mendaftar dua bilik berasingan sebelum itu mendakwa dia dari Tangkak, Ledang dan bermalam di hotel berkenaan kerana mempunyai urusan kerja di bandaraya ini.

Ustazah terbabit memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa untuk membungkus pakaiannya sebelum dibawa menaiki van Jabatan Agama Islam Johor (Jaij).

Sementara itu, seorang wanita warga Vietnam hanya mampu menangis dan merayu penguat kuasa supaya tidak ditahan selepas ditangkap berdua-duaan dengan pasangannya yang berasal dari Bangladesh.

Kedua-duanya yang berusia lingkungan lewat 20-an didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah ditahan untuk siasatan lanjut selain akan diserahkan kepada pihak Imigresen bagi proses pengusiran.

Kesemua yang ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Negeri Johor) itu dibawa ke Balai Polis Johor Jaya untuk proses dokumentasi sebelum dibawa ke pejabat Jaij untuk tindakan lanjut.

Serbuan Operasi Ambang Merdeka disertai sembilan anggota dan pegawai diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jaij, Mohd Zamri Kambari yang juga bertindak sebagai ketua penguatkuasa operasi berkenaan. – 2/9/14


[PANAS] Isu Selangor: Umno Mahu Kerjasama PAS Kembalikan Majoriti 2/3 Parlimen - Husam

Posted: 01 Sep 2014 11:00 PM PDT




[The Malaysian Insider] Umno melalui kumpulan Timbalan Presidennya Tan Sri Muhyidin Yassin sedang berusaha bekerjasama dengan PAS di Selangor untuk matlamat jangka panjang iaitu mendapat sokongan dua pertiga di Parlimen bagi membolehkan persempadanan semula kawasan pilihan raya atas nama kepentingan Melayu, dakwa Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.

Husam dalam tulisannya hari ini berkata pembentukan kerajaan PAS dan parti Melayu itu di Selangor hanya pancingan Umno sahaja.

"Hasrat utama kumpulan ini adalah untuk mencapai dua pertiga di Parlimen dan seterusnya meluluskan tambahan kerusi Parlimen yang kononnya memperkuat kuasa politik Melayu.

"Selangor adalah umpan terdekat mereka," kata Husam dalam tulisan yang dikirimkan kepada The Malaysian Insider.

Husam bagaimanapun penuh yakin usaha itu akan menemui jalan buntu kerana katanya, "PAS adalah PAS."

Beliau mengulas tentang desas-desus pembentukan kerajaan PAS, Umno dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bebas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Selangor yang sedang hangat diperdebatkan sekarang ini.

"Saya katakan, bukan sahaja sukar tetapi mustahil. Baik dari sudut bilangan, prinsip, pelaksanaan dan kesan jangka pendek dan panjang serta dinamisme parti-parti yang terlibat," kata Husam yang juga Adun Salor, Kelantan.

Husam turut menolak spekulasi PAS akan menerima Khalid yang juga bekas parti rakan Pakatan Rakyat (PR) mereka menyertai parti Islam itu dengan harapan dapat mencukupkan korum membentuk kerajaan perpaduan (UG) bersama Umno.

Beliau berkata, jika parti Islam itu mahu bergabung dengan Khalid dan 12 Adun Umno menjadikan bilangannya 29 kerusi bagi membentuk kerajaan minoriti, itu perlu diputuskan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat.

"Saya tidak nampak keahlian mereka akan diluluskan oleh PAS Pusat. Banyak sebab asas kenapa saya berpandangan demikian tetapi rasanya tidak perlu dihuraikan di sini.

"Pokoknya, keahlian mereka tidak akan diterima," kata Husam.

Beliau berkata, mendapatkan PAS melalui pintu belakang Selangor bermakna akan berlaku garis pemisah politik Malaysia yang sangat menakutkan.

"Umno mendapat tambahan sokongan pengundi Melayu dengan dokongan PAS melalui pencabulan moral politik parti itu, tetapi kesannya ia akan menjarakkan lagi sokongan pengundi bukan Melayu kepada Barisan Nasional (BN).

"Pengundi bukan Melayu terpaksa terus menyokong PR tanpa PAS. Malaysia terbelah dua," katanya membayangkan akibat daripada sokongan Melayu yang kuat kepada kerajaan manakala bukan Melayu akan menjadi pembangkang.

Husam turut mendedahkan ada usaha terancang daripada kalangan Umno untuk menyerapkan agenda mereka ke dalam PAS, khususnya daripada kumpulan Muhyiddin.

Katanya, kumpulan ini berpendapat, dengan menguasai institusi tertentu dalam PAS, PAS akan bergerak mengikut kehendak mereka.

"Mereka gagal memahami PAS adalah parti yang berbeza dengan Umno," kata Husam.

Bagaimanapun menurut Husam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak berminat dengan usaha yang sehingga kini masih dalam kerangka Umno sahaja.

"Itulah sebabnya kumpulan Najib tidak berminat sepenuhnya dengan apa yang cuba diatur," katanya.

Menurut Husam, serangan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad yang sebelum ini menarik balik sokongan terhadap Najib juga ada asasnya.

"Selain terperangkap dalam skandal hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang bukan untuk kepentingan negara sebanyak berbillion ringgit, Najib juga gagal memulihkan kepercayaan majoriti rakyat Malaysia sehingga hari ini," katanya.

"Setakat yang saya ikuti perbincangan pelbagai kumpulan strategik Umno, masalah terbesar Umno kini bukan sangat parti Pakatan Rakyat tetapi menjadi satu trend umum Umno ditolak oleh rakyat atas nama dan sifat mereka sebagai Umno. Rakyat yang menolak Umno.

"Najib gagal pada mata Mahathir. Jika Umno mahu diselamatkan, Najib perlu diundurkan."

Disebabkan situasi itu juga menurut Husam, sesetengah kumpulan strategi dalam Umno melihat peluang daripada keadaan di Selangor sekarang.

"Tinggal lagi mereka gagal memahami PAS sepenuhnya dalam rangka gerakan strategi mereka," katanya.– JAMILAH KAMARUDIN/2 September, 2014.

Tiada ulasan: