Ahad, 14 September 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


PM Najib Mesti Dengar Cakap Idris Jalal

Posted: 14 Sep 2014 06:08 AM PDT

Oleh Zainuddin Maidin


PEDULIKAN  SUARA PELAMPAU MELAYU, UMNO BODOH DAN ISLAM BIGOT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib mesti dengar suara Idris Jala yang membantah tindakan untuk menuduh seorang pensyarah UM, Azmi Sharom di bawah Akta Hasutan 48.

Najib mesti dengar cakapnya kerana dia adalah Menteri Kabinet yang berpengaruh di dunia kewangan, telah disenaraikan oleh Bloomberg di antara 50 tokoh the most influential di bidang Koporat Bank dan sebagainya di dunia.

Jangan pedulikan suara orang Melayu, jangan pedulikan suara orang UMNO, jangan pedulikan suara orang Islam kerana jika tekanan membantah tindakan di bawah Akta Hasutan 48 telah semakin hebat terutama dari Guan Eng yang mak hamun i KPN, Ambiga, siswa bukan Melayu dan ramai lagi tidak didengar, maka populariti Datuk akan merudum.

Najib mesti  dengar cakap mereka jika tidak mahu hilang populariti  di kalangan bukan Melayu dan dunia antarabangsa. Sekarang semua polisi termasuk politik mesti disesuaikan dengan semangat globalisasi dan bukan lagi glocal.

Jika berani memulakan tindakan di bawah tekanan, maka mengapa tidak berani pula menarik balik semua tindakan di bawah tekanan. Pergi jahanam dengan suara semua orang Melayu, orang UMNO,Perkasa, Isma dan suara suara  NGO Melayu lainnya. Ini semua suara ekstremis, bigot, bodoh, sempit dan tidak setaraf dengan pemikiran Western Liberalisme Datuk.

Jika ISA pun ditarik balik dengan cara persendirian maka apalah perlu dicadangkan dulu pindaan sehingga timbul perbahasan dan berbagai tekanan terhadap Akta Hasutan 48. Bukalah lagi apa nak buka. kita mesti bebas sebebasnya. 

Idris Jala: Azmi Sharom should not have been charged


PETALING JAYA: A Cabinet Minister has expressed his dis
agreement over the sedition charge against Universiti Malaya law lecturer Prof Azmi Sharom.
"Azmi Sharom should not (have) be(en) charged with sedition. Academic freedom is required in pursuit of knowledge," Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Idris Jala said on his Twitter account on Saturday.
"Malaysia must continue to pursue the path of moderation.
"Constructive criticism (or) dissent should be allowed, as long as it does not create a serious fault-line in the social fabric of our society," he tweeted.
Azmi, a columnist for The Star, was charged on Sept 2 with sedition over comments made on an online portal regarding the 2009 Perak crisis.
He claimed trial after being charged under Section 4(1)(b) and Section 4(1)(c) of the Sedition Act 1948- Star online..

Sampai bila asyik P Ramlee, tiada seniman lain?

Posted: 14 Sep 2014 04:21 AM PDT

Oleh RAYUSA 


RTM menerusi saluran TV1 dengan kerjasama Suhan Movies & Trading Sdn Bhd (SMTSB) dan akhbar Utusan Malaysia menganjurkan pertandingan penghasilan telefilem terbaik dalam kalangan pengarah berwibawa dan ternama tanah air, iaitu Tribute P Ramlee.

Program yang mengangkat martabat drama Melayu ke satu tahap dan kualiti tersendiri itu merupakan acara tahunan mulai tahun lalu. Pada tahun ini, Tribute P Ramlee Musim Kedua adalah antara usaha RTM untuk 'Menjenamakan TV1'.

Pertandingan tersebut menampilkan idea penulis, daya kreatif pengarah serta gabungan lakonan mantap ramai pelakon terkenal dan handalan negara.

Kolaborasi tersebut menjadikan Tribute P Ramlee sebagai sesuatu yang dapat meninggalkan kesan positif kepada industri berkaitan.

Pada tahun ini, 13 telefilem bertanding, termasuk dua telefilem terbitan Unit Drama RTM yang turut berentap merebut Anugerah Telefilem Terbaik Anugerah Tribute P Ramlee yang akan berlangsung pada Februari tahun depan. Pada tahun ini, telefilem yang bertanding berdasarkan lagu ciptaan dan nyanyian P Ramlee.

Semuanya ditayangkan menerusi TV1 pada setiap Ahad jam 10 malam selama kira-kira tiga bulan, mulai 21 September hingga 21 Disember depan.

Telefilem tersebut adalah Kalau Itu Takdirnya, arahan Amie Maziah lakonan Zahiril Adzim dan Shera Ayob daripada lagu 'Di Mana Kan Ku Cari Ganti' pada 21 September, Cinta Kedua ('Bila Mama Pakai Celana'/Eirma Fatima/Dato' Rahim Razali, Azizah Mahzan/28 September), Seteguh Kasih Ibunda ('Ibu'/ Osman Ali/Fauziah Ahmad Daud. Izara Aisyah/5 Oktober), Nak Kahwin Lagi ('Madu Tiga'/Nizam Zakaria/Norman Hakim, Didie Alias/19 Oktober), Mengapa Ku Diseksa ('Ingin Tahu'/Zul Huzaimy Marzuki/Zul Huzaimy Marzuki, Linda Rafar/26 Oktober), dan Apabila Kau Tersenyum ('Apabila Kau Tersenyum'/Kamaruddin Ambak/Arjaa Lee, Elly Mazlein/2 November).

Seterusnya, Menunggu Hujan Teduh ('Tunggu Sekejap'/Isma Yussof/Zaidi Omar, Fatimah Abu Bakar/9 November), Kasih Antara Kita ('Sedangkan Lidah Lagi Tergigit' Ismail Yaacob/ Fauziah Ghous, Kamal Adli/16 November), Apa Guna Berjanji ('Apa Guna Berjanji'/Datin Paduka Shuahimi Baba/Zizan Nin, Niezam Khuzaimi/23 November), Mahabbah Rindu ('Azizah'/Badar Azmi/Nazim Othman, Intan Ladyana/30 November), Jeritan Batinku ('Jeritan Batinku'/Michael Ang/ Amar Asyraf, Erin Malik/7 Disember), Demi Waktu Mahani ('Tiada Kata Secantik Bahasa'/ Fahmi Sarindi/Fadzley Ali, Azam Pitt/14 Disember), dan Kau Laksana Bulan ('Kau Laksana Bulan'/Eirma Fatima/ Nadiya Nisaa, Shukri Yahya/21 Disember).

Apabila Kau Tersenyum dan Demi Waktu Mahani merupakan telefilem terbitan Unit Drama RTM.
Sementara itu, Konsert Tribute P Ramlee disiarkan secara langsung menerusi TV1 pada 14 September di Auditorium Perdana, Angkasapuri dan Pertandingan Bintang P Ramlee pula pada 9 Oktober dari Kuching, Sarawak.

Namun, selain usaha mengadaptasi daripada lagu dan memberi peluang kerja kepada pengarah, pelakon dan tenaga produksi, tiada yang benarbenar mengagumkan mengenai program tersebut.
Kesinambungannya seolaholah menunjukkan SMTSB dan RTM hanya tahu P Ramlee sahaja – seolah-olah tiada tokoh perfileman dan seni suara tanah air lain yang boleh diangkat sama.
Sudahlah sejak tahun - tidak ingat bila, RTM menerusi TV2 terus menayangkan filem lakonan/arahan P Ramlee – berulang-ulang sekitar 62 filem tidak jemu-jemu!

Mengenai persoalan 'tidak habis-habis dengan P Ramlee' yang dibangkitkan oleh seorang wartawan semasa sidang media Tribute P Ramlee Musim Kedua, 27 Ogos lalu di Restoran Berputar, Menara Kuala Lumpur, Pengarah Urusan SMTSB, Dato' Mohd Noor Shamsuddin atau lebih dikenali sebagai Rosyam Nor menjawab, kisah yang dipaparkan menerusi telefilem berkenaan turut mencari legenda seni selain anak kelahiran Pulau Pinang tersebut.

Itu juga sekali gus menjawab – seperti yang diakui oleh Rosyam – bahawa SMTSB tidak mungkin akan menganjurkan Tribute Nordin Ahmad, Tribute Jins Shamsudin, Tribute Ahmad Mahmood, Tribute S Kadarisman, dan lain-lain.

Bagaimanapun, saya fikir jawapan itu sekadar menutup kecenderungan mengangkat P Ramlee semata-mata. Ia juga ekoran masyarakat yang terlalu menyanjung Seniman Agung tersebut (meskipun pada penghujung usianya anak kelahiran Pulau Pinang itu telah dicemuh).

Rosyam juga tidak memberi jawapan yang jelas mengenai sehingga bila Tribute P Ramlee akan dianjurkan. Bagi saya, jika program itu mahu diteruskan selagi termampu, elok berikan tempoh lima tahun misalnya, untuk P Ramlee. Selepas itu, berikan pula penghargaan kepada Dato' Aziz Sattar, Tan Sri Jins Shamsuddin, Dato' Ahmad Mahmood, Nordin Ahmad dan tokoh lain – juga masing-masing selama lima tahun.

Parti Komunis China akui utamakan Umno

Posted: 14 Sep 2014 04:18 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Parti Komunis China (CPC) mengakui ia memberi keutamaan kepada hubungannya dengan Umno, sekali gus akan mengeratkan hubungan dua hala antara China dengan Malaysia.

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini melaporkan Timbalan Ketua Pengarah Biro Pertama Jawatankuasa Pusat Jabatan Antarabangsa CPC Zhang Xuy I berkata, keutamaan itu jelas terbukti dalam hubungan cemerlang Beijing-Kuala Lumpur sejak 40 tahun lalu.

"Hubungan China dan Malaysia sangat cemerlang, malah China sifatkan Malaysia sebagai rakan utama di Asia Tenggara, dalam ASEAN (Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara).

"Pemimpin dari kedua-dua negara turut meletakkan keutamaan kepada hubungan dua hala ini dengan mewujud hubungan pada peringkat tertinggi serta kerjasama dalam banyak sektor dan usaha sama," tegas beliau kepada kumpulan wartawan Malaysia yang berkunjung ke Beijing kelmarin.

Kumpulan wartawan itu menyertai Seminar Peringkat Tinggi: Pembangunan Media Baharu Malaysia anjuran CFPD dan Universiti Renmin, China dengan kerjasama CPC dan Umno.

Menurut Utusan, Seminar berkonsepkan lawatan sambil belajar itu manifestasi kerjasama rapat Umno dan CPC selepas terjalinnya hubungan diplomatik Malaysia-China sejak 40 tahun lalu.

Zhang berkata, hubungan rapat antara CPC dan Umno merupakan asas utama kepada hubungan sangat cemerlang China-Malaysia.

"Wujud suasana saling mempercayai antara CPC dengan Umno, yang membolehkan pertukaran lawatan antara pemimpin dan pegawai dapat kerap dilakukan.

"Ini meningkatkan lagi hubungan jangka panjang antara kedua-dua parti utama, apatah lagi CPC dan Umno berkongsi kepentingan bersama terhadap melihat kemajuan di kedua-dua negara," tambah beliau.

"Saya Sendiri Kecewa, Cucu Sulung Saya Pun Ambil UPSR" - Muhyiddin

Posted: 14 Sep 2014 04:11 AM PDT

Oleh: IZRA ABDUL RAHMAN 
 
 
Muhyiddin bersalaman dengan Nik Aziz sebaik tiba di pusat penamaan calon PRK DUN Pengkalan Kubor di Tumpat, Sabtu. -NORAFIFI EHSAN/The Star
 
 
 
TUMPAT: "Cucu sulung saya pun ambil UPSR, namanya Suraya, dia menangis tanya tok ayah kenapa jadi begini," kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri memberi reaksi spontan itu ketika ditanya mengenai insiden kertas soalan Sains dan Bahasa Inggeris dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bocor.

Malahan, apa yang dilaluinya itu membuatkan Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan memahami perasaan ibu bapa, keluarga serta pelajar dan berjanji akan membawa pihak terbabit ke muka pengadilan.

"Saya nasihat kepada anak-anak...jangan bimbang.

"Saya sendiri rasa kecewa. Cucu saya yang sulung pun ambil UPSR, namanya Suraya dia menangis, tanya tok ayah kenapa jadi begini...jadi tok ayahnya kena tenteramkan," katanya pada sidang media selepas menghadiri proses penamaan calon bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor di sini, Sabtu.

Sehubungan itu, Muhyiddin menasihatkan ibu bapa dan pelajar yang mengambil UPSR supaya tidak terlalu kecewa dengan insiden itu, malahan ibu bapa perlu memberi semangat kepada anak-anak supaya tidak tertekan dengan apa yang berlaku.

"Ayah dia (Suraya), anak saya pula kata...tak apalah. Semalam saya tanya khabar dia (Suraya) dan dia katanya dalam keadaan baik.

"Anak-anak yang berusia 12 tahun memang begitu. Kalau dah besar mereka pandai uruskan sendiri," katanya.

Sambil menyifatkan kejadian itu kerana perbuatan pihak tidak bertanggungjawab, beliau berjanji akan mengenakan hukuman sewajarnya terhadap pihak terbabit.

"Sekolah sudah atur kursus, bermalam di sekolah dan sebagainya, sekali bila duduki peperiksaan kata bocor pula.

"Tapi ini (perbuatan) orang tak bertanggungjawab, sebab itu saya tak pandang ringan, kita kena ambil tindakan dari segi undang-undang," katanya.

Mengulas lanjut perkembangan isu sama, Muhyiddin berkata, pihak kementerian telah menjalankan siasatan dan kini menunggu pihak penguatkuasa mengambil tindakan.

Beliau berkata, beberapa perkara dan penambahbaikan perlu dilakukan berkaitan isu ini yang melibatkan kerahsiaan dan keselamatan.

Kerajaan Pusat Setuju Kongsi Wang Ihsan Dengan Kerajaan Kelantan

Posted: 14 Sep 2014 04:10 AM PDT

Oleh: IZRA ABDUL RAHMAN 
 
 
mustapa mohamed
 
 
 
PENGKALAN KUBOR: Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk berkongsi separuh daripada hasil minyak dan gas di negeri itu dengan kerajaan Kelantan bermula tahun hadapan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, persetujuan tersebut telah dibuat selepas Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Faudzi Che Mamat mengadakan beberapa pertemuan dan mesyuarat dengan kerajaan Pusat.

"Setelah mendapat cadangan daripada Majlis Agama Islam Kelantan (Maik), kerajaan Pusat bersetuju dan telah diadakan perbincangan, bermula tahun depan wang ihsan akan dibahagi 50-50 di antara Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri Kelantan dengan Maik.

"Ini sudah dipersetujui secara prinsip cuma belum ditandatangani lagi, mesyuarat telah diadakan di Kementerian Kewangan dan kita anggap Maik sebagai kerajaan negeri (wakil)," katanya pada sidang media di Pusat Operasi Barisan Nasional (BN) di sini, Ahad.

Mustapa berkata, persetujuan ini menunjukkan kerajaan Pusat yang sebelum ini menyalurkan semua wang ihsannya melalui JPP bersikap terbuka dan bersedia berkerjasama dengan kerajaan negeri dalam menyelesaikan apa jua masalah.

Beliau yang juga Pengerusi BN Kelantan berkata kerajaan negeri dan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob sepatutnya tahu dan telah dimaklumkan tentang persetujuan pembahagian wang ihsan ini.

"Kita kena ada kematangan dalam menguruskan negara, bukan cara rotan, laung merata-rata seperti Kumpulan R (Royalti) yang masih lagi berkeliaran melaungkan isu ini.

"Saya rasa mustahil menteri besar Kelantan tak tahu tentang perkara ini.

"Sepatutnya mereka naikkan sepanduk berterima kasih kepada kerajaan Pusat...kenapa nak sembunyikan ini daripada rakyat" katanya.

Mengenai pembahagian wang ihsan tersebut, beliau berkata ia akan diuruskan oleh Kementerian Kewangan.

Wang ihsan tersebut digunakan untuk memberi sumbangan kepada khairat kematian, pelajar-pelajar yang masuk ke universiti, pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan dan golongan miskin.

Jelasnya, hasil atau angka yang diterima setiap tahun tidak tetap kerana ia bergantung kepada 'volume' pengeluaran minyak dan gas, namun pembahagiannya tetap kekal dengan nisbah 50-50.

Permohonan fidlot di Pdg Besar akan dipertimbang

Posted: 14 Sep 2014 04:04 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menimbang permohonan mana-mana pihak untuk memajukan ternakan fidlot di Padang Besar, kata menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata Padang Besar dan Kedah yang bersempadan dengan Thailand paling sesuai dijadikan pusat kuarantin atau ternakan lembu dan kerbau yang diimport secara fidlot dari negara jiran itu.

"Perlis dan Kedah paling ideal melaksanakan projek ini berbanding tempat lain kerana kerajaan menggalakkan pengimportan lembu dari negara-negara Asia Tenggara seperti Myanmar dan Kemboja selain Thailand.

"Kerajaan tidak mahu bergantung kepada satu atau dua negara sahaja untuk bekalan daging agar tidak menghadapi masalah kelak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Padang Besar di Padang Besar, hari ini.

Ismail Sabri (atas) berkata keputusan Australia menetapkan syarat penyembelihan ketat terhadap lembu yang diimport dari negara itu menimbulkan banyak masalah dan jumlah terbesar daging lembu diimport ialah dari Australia.

Ketua Umno Bahagian Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin dalam ucapannya pada majlis tersebut sebelum itu meminta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani supaya memberi keutamaan untuk menjadikan Padang Besar sebagai pusat kuarantin atau fidlot nasional.

Ismail Sabri berkata pengimportan lembu, kambing, ayam dan khinzir tidak lagi memerlukan permit import (AP) kerana telah diliberalisasikan sejak dua tahun lepas.

Beliau berkata bagi jenis tumbuhan hanya kopi, kobis dan kelapa yang memerlukan AP.

"Sesiapa sahaja yang berkemampuan atau ada hubungan boleh mengimport terus haiwan tersebut atau sayur dari mana-mana negara selain tiga jenis itu yang masih perlukan AP," tambahnya.

Ismail Sabri berkata 11 pusat kuarantin yang ada di Perlis mampu menampung lembu-lembu yang diimport melalui sempadan Malaysia/Thailand di Perlis ataupun Kedah.

Malaysia mengimport kira-kira 70 peratus daging dan 30 peratus sahaja yang dikeluarkan dalam negara untuk memenuhi keperluan tempatan, katanya. - Bernama

PasMa : Timbulnya Sebuah Kapal Selam

Posted: 14 Sep 2014 04:02 AM PDT

Oleh : Nasrudin bin Hassan At Tantawi.


1. Pentas politik tanahair kita semakin menarik dengan lahirnya PasMa. Ia kini menjadi bahan bualan ahli - ahli politik termasuk para penganalisisnya. Justeru PasMa bukanlah sebuah ngo kebajikan yang lahir atas orientasi kebajikan seperti Yayasan AMAL, Muslim Care dan lainnya. Juga bukan sebuah ngo yang diwujudkan untuk memperjuangkan hak rakyat tertindas seperti Royalti (R) , ANAK dan lainnya. Sebaliknya ia adalah sebuah ngo yang diluncur ke tengah arus politik tanahair dengan sentimen dan agenda politik tersendiri.

2. Pertemuan PasMa pada 31 Ogos 2014 di Pustaka Az Zahra Kota Bharu tempohari jelas mempotraitkan rupa wajah PasMa yang sebenar. Pastinya ia bukan pertemuan yang merancang strategi dan aktiviti kebajikan sebagaimana tanggapan setengah pihak terhadap ngo ini. Sebaliknya ia adalah sebuah pertemuan yang sarat dengan perbincangan dan kritikan kepada pucuk pimpinan PAS iaitu Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. Malah mereka bincang bagaimana untuk menjatuhkan Tuan Guru Presiden.

3. Pertemuan tersebut turut merencana Plan A dan Plan B sehingga menelurkan idea perlaksanaan konsep 1 Jamaah 2 Parti. Satu idea yang membawa maksud menubuhkan sebuah parti baru bagi menggantikan PAS di dalam Pakatan Rakyat setelah mood pertemuan tersebut dibentuk dengan satu persepsi kononnya PAS yang sedang diterajui oleh Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang mahu bekerjasama dengan UMNO dan dilabel sebagai Geng UG sementara mereka pula adalah Pro PR. Jika konsep 1 Jamaah 2 Parti itu menjadi kenyataan, barangkali Parti Ummah Sejahtera ( فاس ) akan wujud.

4. Lebih jauh perbincangan mereka ialah strategi untuk menjatuhkan Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS. Saya difahamkan oleh seorang saksi yang hadhir dalam pertemuan PasMa pada 31 Ogos 2014 tempohari , bagaimana Shaikh Umar Bagharib bin Ali seperti mencabar seorang pemimpin kanan PAS Pusat yang turut hadhir dalam pertemuan itu, betapa 24 orang AJK PAS Pusat yang pro mereka (dari 36 orang keseluruhannya) kenapa tidak boleh menguasai keputusan PAS pusat ? . Menganggap Tuan Guru Presiden PAS sebagai bodoh siasah dan menyebut bahawa Jawatan Kuasa PAS Pusat yang ada pada hari ini boleh turunkan Presiden PAS tanpa perlu pun menunggu muktamar.

5. Seorang peserta yang lain pula menyebut bahawa fokus mesti dialihkan kepada Setiausaha Agung Musthafa Ali untuk dijatuhkan dengan maksud jatuh Musthafa Ali maka lemah dan jatuhlah Tuan Guru Presiden. Fokus dialih kerana disebabkan reputasi Tuan Guru Presiden yang sedang harum dengan perlantikan sebagai Naib Presiden Persatuan Ulamak Sedunia tempohari.

6. Sementara resolusi pertemuan itu disampaikan oleh Ust Mohd Taib Ahmad Setiausaha PasMa. Beliau menegaskan jika AJK PAS Pusat tidak mahu menurunkan Presiden PAS, maka semua AJK PAS Pusat kita turunkan termasuk Mohamad Sabu Timbalan Presiden, Naib - Naib Presiden, Dato' Mahfuz Omar dan semua AJK PAS Pusat kita turunkan semuanya. Kenyataan beliau berasaskan satu keyakinan bahawa terdapat usaha mahu menubuhkan kerajaan campuran dengan UMNO di Selangor.

7. Menyentuh soal rahsia parti pula, beliau menyebut bahawa baiah yang dibuat oleh pimpinan PAS Pusat boleh dilanggar kerana ia dianggap batil dan melanggar baiah boleh diselesaikan dengan menyembelih seekor kambing ( sebagai membayar kifarah ). Ucapan resolusi PasMa itu juga turut menegaskan bahawa Majlis Syura PAS hanya diperalat oleh Musthafa Ali. Musthafa Ali over rule segalanya, beliaulah Presiden PAS yang sebenarnya.

8. Penjelasan ini adalah sebahagian dari keseluruhan perbincangan yang jelas menggambarkan agenda sebenar PasMa . Pertemuan itu menjadi majlis "membelasah" pimpinan PAS khasnya Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang Presiden PAS.

9. PasMa menjadi forum yang akan bergerak secara terbuka ke seluruh negara dengan membawa agenda tersebut. Himpunan mereka di Pustaka Az Zahra' menyaksikan kesungguhan mereka mendokong agenda yang mengatasnamakan usaha menyelamatkan PAS itu. Antara yang mengambil bahagian berucap dan melontarkan pandangan dalam Perhimpunan PasMa yang berlangsung di Pustaka Az Zahra Kota Bharu tempohari ialah Ustaz Mohamad Hussin selaku pengerusi dan menyampaikan ucapan alu - aluan, sementara penceramah pertama ialah Yb. Dr Hatta Ramli dan penceramah kedua ialah Dato Phahrolrazi bin Zawawi.

10. Saya melihat tidak mustahil PasMa akan menjadi pintu laluan ke arah penubuhan parti baru atau serpihan PAS yang bakal dianggotai oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS sebagaimana sejarah telah merakamkan penubuhan Hamim dan Berjasa.

Segera duduk semeja jangan sampai rakyat muak

Posted: 14 Sep 2014 03:44 AM PDT

 WARTA UTARA


GEORGETOWN: Para pemimpin Pakatan Rakyat disaran selalu duduk semeja bagi menyelesaikan masalah yang timbul sekali gus merangka strategi untuk menghadapi BN, kata Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang, Rosidi Husein

"Saya harap semua pemimpin Pakatan Rakyat kembali duduk semeja berbincang untuk kita terus mara.

Usaha sayap pemuda dan wanita parti-parti Pakatan Rakyat untuk menjernihkan keadaan perlu didukung semua," tegasnya ketika diminta mengulas perkembangan berhubung krisis pertukaran Menteri Besar Selangor.

Menurut beliau, rakyat pastinya gembira melihat kesepaduan Pakatan Rakyat  khususnya untuk berhadapan dengan pilihan raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor, Kelantan penghujung September ini.

Rosidi mahu lanskap politik baru yang diterokai Pakatan Rakyat diteruskan.

"Halakan laras senapang kita kepada Umno dan BN supaya rakyat tidak muak. Kumpulkan kekuatan kita kembali untuk berhadapan dengan BN yang meneruskan dasar-dasar tidak menguntungkan rakyat.

Beliau turut menasihati pemimpin PAS, DAP dan KeADILan di semua peringkat supaya berlapang dada ketika menghadapi karenah rakan politik.

Pakatan Rakyat, ujarnya sudah berjaya menampilkan kerajaan negeri yang baik, tidak melakukan rasuah, tidak menyeleweng wang rakyat dan seumpamanya.

"Menjadi tanggung jawab bagi pemimpin Pakatan Rakyat di semua peringkat bersatu tenaga dan mencambahkan buah fikiran bagi menghadapi BN dalam PRU14 nanti," ujarnya.

Zam: Pergi jahanam suara orang Melayu...

Posted: 14 Sep 2014 03:39 AM PDT

MALAYSIAKINI



 


Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin hari ini dengan sinis meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mendengar pandangan Umno mengenai Akta Hasutan.

Sebaliknya dalam tulisan blognya hari ini beliau meminta Najib mendengar cakap Datuk Seri Idris Jala (bawah) yang secara sinis dikatakan sebagai menteri kabinet yang "berpengaruh".

"Pergi jahanam dengan suara semua orang Melayu, orang Umno, PERKASA, ISMA dan suara-suara  NGO Melayu lainnya.

"Ini semua suara ekstremis, bigot, bodoh, sempit dan tidak setaraf dengan pemikiran Western Liberalisme Datuk," kata beliau yang nampaknya kecewa dengan pentadbiran Najib yang telah menarik Akta Keselamatan Dalam Negeri dan kini menilai pemansuhan Akta Hasutan pula.

Zainuddin yang juga bekas ketua pengarang akhbar milik Umno, Utusan Malaysia turut mencadangkan Najib 'membuka seluasnya' negara ini ke arah lebih liberal.

"Sekarang semua polisi termasuk politik mesti disesuaikan dengan semangat globalisasi dan bukan lagi glokal.

"Jika ISA pun ditarik balik dengan cara persendirian maka apalah perlu dicadangkan dulu pindaan sehingga timbul perbahasan dan berbagai tekanan terhadap Akta Hasutan 48.

"Bukalah lagi apa nak buka. kita mesti bebas sebebasnya," kata beliau.

Zainuddin juga meminta agar suara akar umbi Umno dan orang Melayu tidak lagi diendahkan Najib kerana Idris "adalah menteri kabinet yang berpengaruh di dunia kewangan, telah disenaraikan oleh Bloomberg antara 50 tokoh the most influential di bidang Koporat Bank dan sebagainya di dunia."

"Jangan pedulikan suara orang Melayu, jangan pedulikan suara orang Umno, jangan pedulikan suara orang Islam kerana jika tekanan membantah tindakan di bawah Akta Hasutan 48 telah semakin hebat terutama dari (Lim) Guan Eng yang maki hamun KPN, (Datuk S) Ambiga, siswa bukan Melayu dan ramai lagi tidak didengar, maka populariti Datuk (Najib) akan merudum," kata penyokong kuat bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad itu.

Beberapa menteri kabinet sebelum ini mempertahankan tindakan mengekalkan Akta Hasutan dan penggunaan dalam siri pendakwaan ke atas pemimpin pembangkang, NGO, wartawan dan aktivis kebelakangan ini.

Nik Aziz: Tak beri royalti berdosa dunia akhirat

Posted: 14 Sep 2014 03:35 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan, mereka yang tidak memberi wang royalti kepada Kelantan sebagai berdosa di dunia dan akhirat.

Malah, bekas menteri besar itu berkata, beliau turut mempersoalkan penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) berhubung pemberian wang ihsan di negeri itu.

"Royalti hak Kelantan. Kenapa negeri lain boleh, Sarawak boleh (dapat) royalti, Sabah boleh (dapat) royalti, Terengganu boleh (dapat) royalti. Kenapa Kelantan tak boleh. Berdosa dunia akhirat. Dia (kerajaan) mesti beri.

"Saya nak soal, kenapa Kelantan sahaja yang ada JPP? Kerana apa? Dia tak percaya dengan pegawai kerajaan ke? Duit bukan beri pada saya tetapi beri pada setiausaha kerajaan (negeri) dan pegawai kewangan kerajaan.

"Kenapa tak beri (wang royalti)? (Ini perbuatan) khianat. Jahat. Tak selamat. Berdosa dunia akhirat. Saya tak izin satu sen pun. Saya tak izin sebagai ketua kerajaan. saya tak izin," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap di Surau Lama Kampung Geting, Pengakalan Kubor, Kelantan.

Selain itu, ketika ditanya apakah bukti yang mengatakan kerajaan persekutuan berhutang wang royalti kepada kerajaan negeri, Nik Aziz dengan tegas berkata, pembayaran wang tersebut tidak dilakukan secara terus kepada kerajaan negeri.

Sebaliknya beliau berkata, wang tersebut telah diberi kepada pihak lain dan bukan kepada kerajaan negeri.

"Tak bayar pada kerajaan Kelantan. Bayar pada orang lain. Itu bukan bayar. Saya berhutang duit pada saudari, tapi saya bayar pada orang lain, itu bayar ke?

"Fikirlah. Kita manusia ini ada otak. Lembu tak ada otak, kerbau tak ada otak, gajah tak ada otak. Yang ada otak ini manusia. Manusia yang mesti bertanggungjawab di dunia dan akhirat," katanya lagi.

Tindakan Undang-Undang Jika BN Terus Bangkit Isu Royalti - Takiyuddin

Posted: 14 Sep 2014 03:31 AM PDT


Oleh: IZRA ABDUL RAHMAN


 
 
 
PENGKALAN KUBOR: Kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Barisan Nasional (BN) sekiranya terus membangkitkan isu royalti secara terbuka.

Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan berkata, hal ini kerana isu tersebut masih di peringkat di mahkamah dan ia tidak boleh dibincangkan secara spesifik di khalayak ramai.

"Ingin saya ingatkan bahawa isu royalti masih dalam kes mahkamah dan isu dalam mahkamah adalah isu yang tidak boleh diperbincangkan.

"Jika mana-mana pihak khususnya kerajaan cuba membangkitkan perkara ini kemungkinan dari segi undang-undang kita akan buat laporan kepada pihak yang berkenaan atau mahkamah," katanya pada sidang media di Markas Besar PAS di sini, Ahad.

Menurut Takiyuddin, satu komuniti akan dibentuk oleh kerajaan negeri yang akan memberi input dari segi berkara-perkara yang dibangkitkan termasuklah isu royalti.

Beliau berkata, sekiranya BN tetap membangkitkan perkara sama secara terbuka dan membuat tuduhan terbuka, pihaknya terpaksa mendedahkan data-data yang dirasakan perlu.

"Jika perkara ini dibangkitkan di sebelah sana (BN), kita tak ada pilihan.

"Kita terpaksa dedah apa-apa data yang perlu untuk tangkis tuduhan kepada kita," katanya.

Menjawab pertanyaan mengenai PAS yang turut membangkitkan dan membincangkan isu royalti dalam cerama-ceramahnya, beliau menjawab, ia tidak mendedahkan isu secara spesifik.

"Menyebut isu royalti tak boleh secara spesifik.

"Kalau secara umum bercakap apa yang kita tuntut, kenapa kerajaan negeri tuntut dan setakat mana keadaan berada (perkembangan), setakat itu tak apa nak sebut," katanya.

PAS sebelum ini mendakwa syarikat minyak dan carigali Petronas tidak membayar royalti berjumlah RM12 bilion kepada kerajaan Kelantan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan menganggapnya sebagai fitnah serius.

Mesyuarat khas perhalusi SOP UPSR esok

Posted: 14 Sep 2014 03:29 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan mesyuarat khas esok bagi memperhalusi secara  terperinci Prosedur Operasi Standard (SOP) penyediaan kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata mesyuarat itu, yang akan diadakan di Putrajaya, akan dihadiri pihak berkenaan serta pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan bagi memastikan kes kebocoran kertas soalan UPSR tidak berulang.

"Mesyuarat esok juga akan tumpukan kepada persediaan peperiksaan gantian dua kertas Sains dan Bahasa Inggeris pada 30 Sept ini, biasanya persiapan peperiksaan akan diserahkan kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia tetapi saya juga harus tahu bagaimana proses itu dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Umno Bahagian Sungai Siput dan bangunan baharu Wisma Umno Sungai Siput di Sungai Siput, hari ini.

Muhyiddin berkata mesyuarat itu juga akan membincangkan soal keselamatan dan langkah pihak lain, yang turut mengambil tindakan membantu kementerian dalam kes kebocoran itu termasuk Polis DiRaja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Beliau berkata soal keselamatan dalam SOP penyediaan kertas peperiksaan sehingga proses ia dibawa masuk ke sekolah perlu diperketatkan dan dipatuhi selain pegawai yang diberi kuasa perlu menjaga amanah yang diberi.

"Pentingnya pegawai yang dilantik beramanah, malangnya ada juga kes-kes yang sebabkan kebocoran berlaku. Bila sudah berlaku, kita tidak boleh ambil mudah, perlu perkukuhkan peraturan sedia ada," katanya.

Muhyiddin turut mengulangi bahawa ibu bapa dan guru perlu memainkan peranan penting dalam menenteramkan emosi anak mereka supaya tidak tertekan untuk menduduki semula peperiksaan pada hujung bulan ini.

"Dalam sistem kementerian, sekiranya tidak lulus UPSR pun tetap naik ke Tingkatan 1, tetapi ada kalangan masyarakat kita hendak melihat pencapaian anak mereka dengan memperoleh semua A. Ada persaingan sebab itu ada tekanan, yang penting peranan ibu bapa untuk tenteramkan anak," katanya.

Beliau berkata akibat daripada kes kebocoran itu, kerajaan terpaksa menanggung kos berganda untuk dua mata pelajaran itu apabila perlu menyediakan semula soalan baharu dan mencetaknya selain membayar elaun guru yang diberi tugas tambahan menjaga dewan peperiksaan.

Pada Rabu lepas, Lembaga Peperiksaan Malaysia mengumumkan peperiksaan UPSR bagi mata pelajaran Sains 018, 028, 038 yang dijadualkan pada Khamis ditangguhkan berikutan kebocoran kertas peperiksaan.

Keesokannya, Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh pula berkata  bahawa kertas UPSR mata pelajaran Bahasa Inggeris 1 dan 2 juga bocor dan pelajar perlu menduduki semula peperiksaan itu.

Lembaga Peperiksaan Malaysia kemudian mengumumkan 30 Sept ini sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 serta kertas Sains. - Bernama

Isu MB: PKR mungkin kemuka calon kedua

Posted: 14 Sep 2014 12:38 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
TUMPAT: PKR membayangkan bahawa parti itu akan mengemukakan nama calon selain Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
 
Menurut Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin, kemungkinan itu akan dibincangkan sekiranya rundingan dengan pihak Istana gagal.
 
"Mungkin ada. Pasti akan ada cadangan penyelesaian berkenaan isu ini nanti.
 
"Setakat ini memang tiada lagi perbincangan khusus mengenai calon baru oleh pimpinan tertinggi (PKR), tetapi kita tidak menolak kemungkinan akan ada perbincangan susulan jika rundingan dengan Istana menemui jalan buntu," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
 
Shamsul dan seorang lagi Naib Presiden, Tian Chua, adalah wakil pemimpin tertinggi PKR yang hadir pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor yang berlangsung di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat, di sini, pagi tadi.
 
Shamsul berkata, Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga sudah menghantar surat penjelasan kepada Istana Selangor berkenaan sebab mereka hanya menghantar satu nama untuk diperkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Menteri Besar baharu.
 
"Setakat ini kita lebih kepada usaha memujuk baginda Tuanku. Kita juga berharap dapat mengadap Tuanku, berbincang secara jelas pendirian dan keputusan parti mengambil langkah sedemikian," katanya yang dipetik Berita Harian Online.
 
Mengenai PRK DUN Pengkalan Kubor, Shamsul berkata PKR setuju memberi laluan kepada PAS meletakkan calonnya selepas melihat peluang parti itu untuk menang adalah lebih cerah.
 
Beliau juga menafikan dakwaan bahawa ketidakhadiran pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat terutama DAP bukan kerana mereka tidak merestui calon PAS sebaliknya kerana bilangan pengundi Cina tidak ramai.
 
"Saya tidak fikir ketiadaan pemimpin tertinggi termasuk Presiden dan Timbalan Presiden PKR serta DAP menunjukkan calon PAS tidak mendapat restu," katanya.
 
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad pula menjelaskan tidak timbul soal PKR boikot calon PAS kerana keputusan itu dipersetujui oleh Wan Azizah sendiri.
 
Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yakin peluang PAS untuk menang pada PRK DUN Pengkalan Kubor adalah cerah selepas mengambil kira Parlimen Tumpat yang sudah ditakluki PAS sejak beberapa penggal lalu.
 
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa pula berkata tindakan PKR memberi laluan kepada PAS bertanding di kawasan itu adalah bukti perpaduan di kalangan pakatan pembangkang masih utuh dan tidak berpecah seperti digembar-gemburkan.

Isu MB: Chegubard tuduh Azmin cuba lobi istana untuk jadi MB

Posted: 14 Sep 2014 12:37 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
 
SHAH ALAM: Ahli PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard yang digantung keahlian parti terus mengasak Mohamed Azmin Ali apabila menuduh timbalan presiden PKR itu cuba melobi Istana Selangor untuk menjadi menteri besar Selangor.
 
Badrul berkata mengetahui cubaan Azmin mengadakan pertemuan dengan beberapa individu untuk mendapat akses ke istana.
 
"Azmin dan kartelnya secara konsisten memberikan tekanan kepada pimpinan PKR kononnya memilih jalan salah mencipta konfrontasi dengan istana kerana tidak mengemukakan namanya.
 
"Tidak terhenti di situ, Azmin sendiri bertemu beberapa individu untuk mendapat akses melobi ke istana," katanya dalam satu sidang media di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor hari ini.
 
Usaha menghubungi Azmin bagi mendapatkan maklum balas terhadap dakwaan tersebut bagaimanapun masih gagal setakat ini.
 
Tidak cukup dengan tuduhan tersebut, Badrul juga mencabar Azmin supaya mempersembahkan surat kepada istana, tidak akan menerima jawatan MB sekiranya dicalonkan.
 
"Azmin dicabar mempersembahkan surat ke istana segera, maklumkan beliau tidak akan menerima jika dinamakan sebagai MB dan mempertahankan keputusan parti mencalonkan Dr Wan Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) sebagai calon MB," katanya.
 
Beliau juga mendakwa pemimpin PKR tersebut sebagai punca kekalutan krisis Pakatan Rakyat di Selangor berlaku ketika ini.
 
"Di hadapan umum dia bersetuju Dr Wan Azizah sebagai calon MB, malah kononnya menolak pencalonan tetapi umum perlu mengetahui lobinya untuk menjadi MB secara sulit sebagai punca kekalutan PKR, Pakatan dan Selangor ini," katanya.
 
Tindakan tersebut bagi Badrul tidak menghairankan kerana Azmin sememangnya sudah lama mengintai jawatan penting di negeri terkaya itu.
 
"Memang sejak awal dia impikan jawatan MB Selangor.
 
"Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Azmin menjaja cerita kononnya Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menjanjikan dia jawatan MB tetapi menipu dan tidak melantik dia," katanya.
 
Badrul digantung kerana membuat kenyataan kepada media dengan menyatakan proses pemilihan PKR kotor dan tidak telus.
 
Beliau juga didapati bersalah kerana membuat dakwaan terbuka dengan menyatakan, "petugas JPP menjadi agen kepada Azmin Ali".
 
Krisis MB Selangor bermula sejak PKR memperkenalkan "Langkah Kajang" yang bertujuan menjadikan Anwar sebagai menteri besar bagi menggantikan Khalid.
 
Bagaimanapun, Khalid berdegil sehingga menyebabkan kepada pemecatannya.
 
Pakatan juga berpecah dan berbeza pendapat dalam isu MB Selangor apabila PAS secara terbuka menolak Dr Wan Azizah sebagai calon MB.
 
Istana Selangor sehingga kini masih belum memuktamadkan untuk melantik siapa yang layak sebagai pengganti Khalid. – themalaysianinsider

Bocor lagi, lagi, dan lagi-lagi

Posted: 14 Sep 2014 12:34 AM PDT


*RAMAI murid di dewan peperiksaan pagi itu tersenyum panjang sebaik kertas soalan subjek Ilmu Hisab – sekarang disebut Matematik – diedarkan. Seminggu sebelum hari peperiksaan mereka sudah diberitahu mengenai soalan-soalan tersebut.

Tepat seperti yang dixerox oleh seorang guru, soalan yang diberitahu seminggu lalu, keluar sebiji-sebiji. Peperiksaan belum bermula, soalan sudah diketahui siang-siang, dan tersebar dari xerox ke xerox.

Seyogia diingat itu terjadi pada tahun 1969, ketika saya dan kira-kira 60 murid lain menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sebuah sekolah kampung di Muar, Johor.

Ertinya, 45 tahun dahulu – atau mungkin lebih awal dari itu – sudah ada soalan bocor...

*MAKA, apa yang hendak dihairan dan dihebohkan sangat apabila dua tiga hari lalu terjadi lagi kebocoran untuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)?

Mula-mula diberitahu kertas soalan untuk subjek Sains, telah bocor. Kemudian disahkan oleh Kementerian Pendidikan bahawa kertas subjek Bahasa Inggeris 1 dan 2, juga bocor.

Mangsa kebocoran tersebut ialah 472,853 murid tahun 6 di seluruh negara yang terpaksa menduduki semula peperiksaan untuk subjek-subjek tersebut pada 30 September.

Maka bertambahlan tekanan ke atas murid-murid berkenaan. Sepatutnya sudah boleh bercuti, tiba-tiba terpaksa bertungkus-lumus lagi untuk menjawab soalan. Tidak kurang tertekan dan ditekan ialah ibu kanak-kanak berkenaan. Lagi-lagi bocor!

*BOCOR dulu-dulu berbeza dengan bocor sekarang. Setengah abad dulu, teknologi tidaklah canggih. Kalau ada soalan bocor – untuk SRP, SPM, STPM dan lain-lain peperiksaan penting – kebocoran itu hanyalah dari mulut ke mulut, atau paling hebat pun melalui edaran salinan xerox.

Hari ini kita berada dalam kecanggihan ICT dan kehebatan dunia siber. Orang tidak perlu beratur panjang di kedai fotostat untuk menyalin soalan. Juga tidak perlu lagi menelefon seorang demi seorang untuk menyebarkan kebocoran.

Kini dengan menggunakan media sosial, sms, dan sebagainya, benda-benda bocor itu boleh diedarkan hanya menggunakan hujung jari. Bukan kepada seorang, malah kepada beribu-ribu orang, dalam sekelip mata.

Agaknya kebocoran luar biasa yang dilambakkan menerusi alam maya itulah menyebabkan tahun ini ia heboh 'satu Malaya', gamat bagaikan ledakan tsunami.

Daripada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pak-pak menteri, dan member teh tarik di gerai tepi longkang, semua bersemangat dan marah-marah sebab kebocoran.

Tetapi ramai juga yang buat 'dhek' sebab soalan bocor ini telah terjadi setiap tahun sejak lebih 50 tahun dulu. Pendek kata, perihal kebocoran tidak ada apa yang menghairankan.

*ADA pun yang menghairankan – sebenarnya amat menghairankan! – ialah kenapa sejak zaman saya sekolah hingga sekarang isu kertas soalan bocor masih tidak dapat diatasi?

Perkara yang sama berulang hampir setiap tahun. Setiap kali bocor, kerajaan akan siasat. Lembaga Peperiksaan menubuhkan jawatankuasa penyiasat. Selalu umum bertanya, apa sebenarnya yang disiasat?

Lebih penting lagi, apa hasil siasatan? Apa tindakan yang dikenakan ke atas mereka yang terlibat, kalau ada. Dengan begitu banyak jawatankuasa penyiasat, berapa ramai telah diambil tindakan? Berapa ramai kena buang kerja? Berapa ramai masuk
penjara?

Dalam kes terbaharu seorang guru di Johor telah ditahan polis kerana disyaki bertanggungjawab membocorkan kertas soalan UPSR. Harap-harap siasatan ini akan betul-betul membongkar kebocoran yang telah lama berlaku.

Kalau ikut kata-kata Muhyiddin dia mahu perkara ini disiasat hingga ke akar umbi, hingga ke lubang cacing. Pada saya siasat hingga ke lubang cacing pun bukan perkara luar biasa di tempat kita.

Setiap kali ada yang tidak betul selalu ada seruan supaya 'siasat hingga ke lubang cacing'. Banyak sudah lubang cacing kita siasat, tetapi tidak pernah dapat cacing. Agaknya kita hanya berjaya mengesan tahi cacing.

*AKHIR kalam, perihal soalan Ilmu Hisab yang bocor semasa saya mengambil SPM, saya hanya dapat markah D. Bukan sebab saya tidak dapat soalan xerox itu, tetapi sebab saya memang lemah subjek tersebut.

Kalau soalan itu bocor setahun sebelum peperiksaan pun saya tidak akan dapat A. Dulu dan kini Ilmu Hisab saya memang teruk.

Akta lebih menyeluruh jika mansuh

Posted: 14 Sep 2014 12:32 AM PDT

SINAR HARIAN

Akta Hasutan Akta Hasutan
 
 
 
SUNGAI BESAR - Akta Hasutan 1948, jika dimansuhkan, bakal digantikan dengan satu akta baharu yang lebih menyeluruh, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata, akta sedemikian diperlukan antaranya bagi memantau penulisan dan penerbitan yang boleh dianggap mengganggu keharmonian dan perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

"Oleh itu, sebarang penulisan atau kata-kata yang menghasut jika tidak kita ditangani dari awal, ia akan membawa kepada satu perbalahan yang lebih besar dan serius," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Sungai Besar di Sekichan, di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai gesaan sesetengah pihak yang mahu Akta Hasutan dikekalkan selain permintaan pihak yang mahu ia dimansuhkan.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos dan Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Sungai Besar yang juga Ahli Parlimen kawasan Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon. - Bernama

Polis minta calon mohon permit awal

Posted: 14 Sep 2014 12:26 AM PDT

SINAR HARIAN


PRK Pengkalan Kubor
 
 

TUMPAT - Polis meminta semua calon dan wakilnya memohon permit ceramah  lebih awal sepanjang tempoh berkempen PRK Dun Pengkalan Kubor.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, Asisten Komisioner, Mohd Dahlan Noor berkata, permohonan tersebut boleh dibuat pada hari yang sama dengan ceramah.

Menurutnya, permohonan awal adalah bagi memudahkan pihak berkuasa menjalankan pemantauan termasuk keselamatan orang ramai.

"Kami mendapati jarak tempat berceramah antara parti bertanding adalah kira-kira 100 hingga 150 meter sahaja dan ia berada di tepi jalan raya," katanya kepada media sebentar tadi di Pejabat Polis Marin Pengkalan Kubor.

Mohd Dahlan berkata, kegagalan memohon permit berceramah boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Kita boleh membuka kertas siasatan dan mengesyorkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk siasatan selanjutnya,"katanya.

Tambahnya, bagi melancarkan proses  berkempen polis akan memudahkan urusan kelulusan permit walaupun ia dipohon di saat akhir.

"Asalkan pohon permit. Sebab kita mahu elak berlaku pertindihan ceramah antara calon mahupun wakil mereka kerana pembesar suara yang digunakan boleh mengganggu ketenteraman awam memandangkan jarak lokasi adalah dekat," katanya.

Beliau berkata, sehingga hari ini terdapat enam permohonan dikemukakan iaitu satu daripada Pas dan lima (Umno).

"Masing-masing semalam satu ceramah sudah diadakan dan pagi ini Umno sudah memohon empat permit berceramah," katanya.

Pada masa sama, Mohd Dahlan berkata, sepanjang PRK Dun Pengkalan Kubor, seramai 841 anggota ditugaskan bagi mengawal keselamatan di kawasan ini.

Mengulas mengenai proses penamaan calon yang berlangsung semalam, Mohd Dahlan memberitahu ia berjalan secara lancar tanpa kejadian jenayah.

Malah beliau turut menafikan terdapat perarakan kumpulan yang dikaitkan dengan desakan memansuhkan Akta Hasutan yang membawa patung pocong.

"Sepanjang pemantau polis ia tidak berlaku. Penamaan calon semalam bersih," katanya.

Tiada Minyak Masak Diimport Dari Syarikat Taiwan

Posted: 14 Sep 2014 12:20 AM PDT

MSTAR ONLINE


Minyak masak keluaran syarikat Chang Guann Co.
 
 
 
KUALA LUMPUR: Malaysia tidak mengimport minyak masak keluaran syarikat Chang Guann Co dari Taiwan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata ia hasil maklumat yang diperoleh daripada Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM).

Bagaimanapun, sebagai langkah berjaga-jaga, Dr Noor Hisham berkata pihak kementerian telah mengenakan larangan import ke atas minyak masak keluaran syarikat berkenaan.

"Kementerian sedang mendapat maklumat lanjut dari 'Taiwan Economic and Cultural Office' di Malaysia mengenai produk makanan yang diperbuat menggunakan minyak masak tersebut," katanya menerusi satu kenyataan di sini, Sabtu.

Dr Noor Hisham berkata demikian sebagai mengulas skandal minyak masak kitar semula dan produk makanan yang diperbuat menggunakan bahan itu di Taiwan yang didakwa dilakukan oleh syarikat Chang Guann.

Katanya siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkuasa di Taiwan untuk mengenal pasti syarikat makanan yang menggunakan minyak masak daripada syarikat terbabit bagi menghasilkan produk mereka.

SPRM Periksa Sistem, Tatacara Kerja Kastam

Posted: 14 Sep 2014 12:18 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjalankan pemeriksaan ke atas sistem dan tatacara kerja berkaitan pengurusan serta penguatkuasaan barangan bebas cukai oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM, Datuk Mohamed Yusoff Akope berkata pemeriksaan itu bertujuan memastikan sistem kerja dan penguatkuasaan Kastam dapat dijalankan dengan lebih teliti dan efektif.

Beliau berkata pemeriksaan itu dilakukan di Zon Bebas Cukai seluruh negara susulan operasi khas SPRM baru-baru ini.

"SPRM yakin sistem dan prosedur Kastam akan bertambah baik demi mengelak ruang dan peluang rasuah serta penyelewengan oleh pihak tidak bertanggungjawab," katanya dalam kenyataan di sini, Sabtu.

Selain itu, Mohamed berkata pihaknya telah mengadakan Bengkel Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) bersama Kastam di zon utara, selatan, timur, tengah, Sabah dan Sarawak sejak awal tahun ini.

Bengkel itu bertujuan memberi penekanan terhadap sistem dan prosedur penguatkuasaan keluar masuk barangan di pintu masuk utama negara iaitu pelabuhan, sempadan dan lapangan terbang yang diwartakan kerajaan.

"SPRM yakin langkah ini akan membantu Kastam mengatasi kes-kes penyeludupan yang mendapat perhatian banyak pihak sekarang," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohamed memuji usaha Kastam untuk melakukan rombakaan besar-besaran melibatkan 13,000 anggota dan pegawainya di seluruh negara.

Langkah proaktif itu akan memantapkan pengurusan pihak berkuasa itu selain dapat memelihara intergriti kakitangan jabatan berkenaan, katanya.

Kanak-Kanak Malaysia Maut Tercampak Permainan Berpusing Di Australia

Posted: 14 Sep 2014 12:14 AM PDT

Oleh: AFP
 
 
 
SYDNEY: Pihak berkuasa Australia sedang menyiasat mengenai kematian seorang kanak-kanak perempuan rakyat Malaysia yang tercampak ketika menaiki permainan berpusing di pertunjukan Royal Adelaide di sini.

Kanak-kanak berumur lapan tahun itu yang dilaporkan melawat Australia bersama keluarganya tercampak daripada permainan yang dikenali sebagai AirMaxx 360 pada petang Jumaat, demikian menurut kenyataan Polis Austalia Selatan.

Mangsa pada mulanya dirawat oleh pasukan paramedik sebelum dibawa ke hospital namun disahkan meninggal dunia di Hospital Adelaide beberapa minit kemudian.

Malinda Dunwoodie berkata, dia berada berhampiran roda berkenaan apabila dia melihat kanak-kanak itu 'terbang di udara'.

"Dia tergantung dengan kaki di luar roda itu cuba untuk menghalang dirinya terjatuh.

"Dia 'terbang' kira-kira 10 hingga 15 meter di udara dan saya mula memecut ke arahnya. Dia kelihatan seperti anak patung terbang di udara.

"Ia begitu mengejutkan. Seperti sebuah filem seram. Saya tidak nampak dia jatuh di tengah-tengah orang ramai tetapi apabila saya berjaya menemuinya, saya tidak melihat matanya bergerak. Semua orang menjerit," kata Dunwoodie kepada akhbar The Advertiser

Pesawat MH198 Ke Hyderabad Mendarat Cemas Di KLIA

Posted: 14 Sep 2014 12:06 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS)yang menuju ke Hyderabad dari Kuala Lumpur malam tadi, terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang KL di Sepang (KLIA) berikutan kegagalan kawalan pandu auto.

MAS dalam kenyataannya pada Ahad menyatakan pesawat MH198 berlepas dari KLIApada 10.20 malam Sabtu dan berpatah balik sebelum mendarat di lapangan terbangitu pada 2.01 pagi tadi.

"Dakwaan yang mengatakan pesawat itu terbakar, seperti yang tersebar dimedia sosial, adalah tidak benar," kata MAS.

Menurutnya kegagalan kawalan pandu auto itu tidak memberi kesan kepada keselamatan penumpang namun, sebagai langkah keselamatan, kapten yang mengendalikan pesawat itu memutuskan supaya pesawat itu berpatah balik ke KLIA.

Berikutan itu, penerbangan MH198 telah dijadual semula sebagai penerbangan MH198D dan akan berlepas dari Kuala Lumpur pada tengah Ahad dan dijadual tiba di Hyderabad pada 1.35 petang (waktu tempatan) hari ini.

"Malaysia Airlines kesal dengan gangguan jadual perjalanan tetamunya," jelas  kenyataan itu.

Ia menegaskan bahawa keselamatan para penumpangnya tetap menjadi keutamaan syarikat penerbangan itu.

MAS berkata ia amat menghargai kerjasama orang ramai dengan tidak membuat sebarang spekulasi bagi mengelak keresahan dalam kalangan penumpang.

Kenaikan Harga Minyak RON95 2015 Naik RM2.23 Seliter (13 sen)? Punca, Cukai GST 6%? Setuju?

Posted: 13 Sep 2014 04:59 PM PDT

 


kenaikan harga minyak 2015



Berita Kenaikan Harga Minyak RON95 2015 Naik RM2.23 Seliter (13 sen)? Punca, Cukai GST 6%? Setuju : Berdasarkan semakan yang Berita Semasa lakukan terhadap cukai GST pada pertengahan tahun 2014, petrol dan diesel tidak berada dalam Senarai Pembekalan Berkadar Sifar & Senarai Pembekalan Dikecualikan yang mana dilihat tiada pengecualian untuk caj cukai GST. Walaubagaimanapun….

Walaubagaiamnapun, pada masa itu pihak Jabatan Kastam dan Eksais belum mengeluarkan kenyataan mengesahkannya walaupun sudah tertera jelas pada dokumen tersebut, petrol dan diesel dikecualikan daripada dikenakan cukai GST. Tiada. Ini sudah pasti merisaukan jutaan rakyat marhaen yang sekali lagi berhadapan dengan situasi di mana mereka terhadap ubah gaya hidup dan lanskap perbelanjaan harian dan bulanan mereka dek kerana kenaikan dan peningkatan kos perbelanjaan minyak mereka kelak.

Berita Kenaikan Harga Minyak RON95 2015 Naik RM2.23 Seliter (13 sen)?

 

Anda boleh semak satu persatu Dokumen Senarai Pembekalan Dikecualikan yang telah disediakan oleh pihak Jabatan kastam seperti di bawah ini :

Terdapat 2 kemungkinan harga minyak Petrol & Diesel bagi GST 2015
  1. Harga minyak petrol RON 95 sekarang adalah berada pada kadar RM2.10 untuk seliter. Boleh jadi kemungkinan pada masa pelaksanaan GST kelak RM2.10 yang dibelanjakan, anda hanya akan dapat 0.95 liter ( Yang mana isipadu minyak dikurangkan). Boleh jadi. Ataupun….
  2. Ataupun mekanisme keduanya adalah harga minyak petrol RON 95 dikenakan termasuk dengan caj cukai GST. RM2.10 + 6% yang mana terpapar di resit pembayaran anda harga minyak yang anda bayar termasuk dengan caj cukai GST menjadikan ia sejumlah RM2.23 seliter
Kali terakhir kenaikan harga minyak RON 95 naik yang majoritinya digunakan oleh rakyat marhaen di Malaysia adalah pada bulan September 2013 yang lalu yang diumumkan atas nama "pelarasan subsidi" atau perkataan yang lebih indah lagi "rasionalisasi subsidi".

Dan berita terkini berdasarkan laporan berita Sin Chew Jit Poh, Jabatan Kastam & Eksais telah mengesahkan dalam forum cukai GST yang dianjurkan Universiti Tunku Abdul Rahman & Persatuan Institut Setiausaha dan Pentadbir Berkanun Syarikat (MAICSA) di Kuala Lumpur. yang mana setakat ini petrol tidak akan dikecuali daripada cukai GST. Apa maknanya?
  • Mengenakan cukai GST kepada petrol contohnya sama seperti mengurangkan subsidi minyak sejumlah 13 sen ke atas rakyat marhaen
  • Natijahnya, kenaikan harga minyak naik lagi akan berlaku
  • Nantikan…

Kenaikan Harga Minyak RON95 2015 Naik RM2.23 Seliter (13 sen)? Patutkah?

 

Alasan yang dikemukakan oleh Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Ishak Daud tidak mengecualikan petrol daripada dikenakan cukai GST adalah disebabkan petrol adalah cukai progresif. Lagi apa kata Ishak Daud?
  1. Pembayaran tambahan BR1M pada tahun 2015 lebih dari cukup menampung perbelanjaan tambahan melibatkan cukai GST yang dibayar oleh anda semua rakyat Malaysia bermula tahun hadapan
  2. Ini kerana analisa yang telah dijalankan mengenai pelaksanaan cukai GST 2015, anda hanya perlu bayar RM120 setahun secara puratanya dan pemberian RM300 lebih daripada cukup untuk menampungnya.
Apa respon anda dengan kemungkinan kenaikan harga minyak naik 2015 dek kerana pertambahan kos perbelanjaan anda menjelang perlaksanaan cukai GST 6%? Bersedia?


Wajar bawa balik serpihan bangkai MH17

Posted: 13 Sep 2014 04:50 PM PDT


  Datuk Seri Liow Tiong Lai Datuk Seri Liow Tiong Lai
 
 
 
GEORGETOWN - Kerajaan komited untuk membawa balik serpihan bangkai pesawat MH17 di samping mencari tujuh lagi mayat mangsa warga Malaysia di lokasi kejadian, kata Menteri Pengangkutan Datuk seri Liow Tiong Lai.
  
"Selain usaha mencari mayat, kami juga perlu membawa balik serpihan bangkai pesawat supaya kita boleh mendapatkan hasil siasatan terperinci," katanya kepada pemberita selepas merasmikan konvensyen tahunan MCA Pulau Pinang di sini hari ini.
  
Tiong Lai berkata, tujuh daripada 43 mangsa warga Malaysia masih belum dikenal pasti.
  
Beliau berkata, pasukan siasatan Malaysia di Ukraine sudah bersedia dan mempunyai kelengkapan penuh bagi menghadapi musim sejuk yang dijangka tidak lama lagi.
  
"Sebagai persediaan musim sejuk, kami sedang mendapatkan pakar-pakar kita, pegawai Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan jurutera untuk bersedia membawa balik serpihan bangkai pesawat pada bila-bila masa," katanya.
  
Penerbangan MH17 terhempas di wilayah timur Ukraine pada 17 Julai lepas, dipercayai ditembak jatuh, ketika membawa 298 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
  
Sejumlah 43 rakyat Malaysia berada di dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) Boeing 777-200 dan setakat ini 36 mangsa telah dikenal pasti. - Bernama

Pusingan U PM ancam survival 1Malaysia

Posted: 13 Sep 2014 04:47 PM PDT


Lim Guan Eng Lim Guan Eng
 
 
 
SHAH ALAM – Tindakan pusingan U oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangguhkan pemansuhan Akta Hasutan 1948 merupakan langkah ke belakang daripada komitmen asalnya dan ia adalah pemberian yang menyedihkan ketika negara di ambang sambutan Hari Malaysia ke-51.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa kegagalan Najib memansuhkan Akta Hasutan seperti mana yang dijanjikan sejak dua tahun lalu itu juga membuktikan beliau merupakan seorang pemimpin yang tidak menepati janji dan mengancam kelangsungan slogan 1Malaysianya.

"Najib telah membuat janji ini buat kali pertama dua tahun lalu dalam sebuah ucapan di majlis makan malam Jabatan Peguam Negara, ia kemudian diulang dalam sebuah wawancara bersama rancangan BBC World News pada 2 Julai 2013 dan kemudian diulang lagi pada 6 September 2014.

"Jelas sekali sikap 'flip-flop' Najib ini menunjukkan bahawa beliau tidak mampu bersemuka dengan para ekstremis yang mahu supaya terlantiknya sebuah kepimpinan diktator dengan kuasa autoritarian demi mencabul hak asasi manusia.

"Najib mesti mengakui bahawa gerakan moderatnya dan gagasan 1Malaysia adalah suatu kegagalan," katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

Semalam, Presiden Umno itu berkata kerajaan tidak akan bertindak tergesa-gesa dalam usaha menggantikan Akta Hasutan.

Katanya, kerajaan juga masih belum memutuskan sama ada akan memansuhkan atau meminda akta tersebut.

Tambahnya, akta baru itu perlu "lebih baik" berbanding Akta Hasutan dan bertindak mengawal fahaman serta pergerakan radikal, ekstrem atau fanatik selain mengekang pelampau kaum dan agama dalam masyarakat.

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata lagi keputusan Najib baru-baru ini yang mewujudkan satu lagi laman web peribadi didakwa untuk menjauhkan diri daripada laman web sebelum ini (www.1Malaysia.com.my) yang telah tercemar dengan pelbagai janji yang telah dimungkiri.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bagan itu juga mengecam keras terhadap siri pendakwaan menghasut terhadap pemimpin PR termasuk seorang pensyarah undang-undang kerana ia didakwa bermotifkan politik.

"DAP mengecam keras tindakan sedemikian yang bermotifkan politik kerana tiada pula tindakan tegas diambil terhadap Perkasa atau pemimpin Umno yang membuat kenyataan yang berbaur hasutan terhadap orang bukan Melayu dan bukan Islam, termasuk Perkasa yang pernah mengugut untuk membakar Bible berbahasa Melayu.

"Jika Azmi Shahrom, seorang pensyarah undang-undang yang pernah menjadi Timbalan Dekan Fakulti Undang-undang Universiti Malaya, fakulti undang-undang utama dalam negara, boleh dituduh menghasut kerana memberikan pendapat ilmiahnya, tidak ada harapan lagi terhadap kedaulatan undang-undang di Malaysia," katanya lagi.

Hari bekerja tidak galakkan pengundi luar mengundi

Posted: 13 Sep 2014 04:42 PM PDT

ASLANI M 


TUMPAT: Naib Presiden PKR, Tian Chua mempersoalkan mengapa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan hari mengundi pada hari bekerja iaitu 25 September.

Ini, katanya kerana ia menyusahkan para pengundi yang tinggal di luar Kelantan.

Katanya, strategi itu dianggap bukan langkah terbaik bagi menggalakkan orang ramai keluar mengundi.

"Kaedah yang sama digunakan pada PRK Parlimen Teluk Intan sehingga menyebabkan tidak ramai yang pulang mengundi," ujarnya kepada media pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Pengkalan Kubor pagi tadi.

PRK Dun Pengkalan Kubor menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Wan Rosdi Wan Ibrahim, Mat Razi Mat Ail (BN) dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas).

SPR menetapkan tarikh pengundian PRK Dun Pengkalan Kubor pada 25 September sementara pengundian awal 21 September.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, di Guangzhou, China pada 20 Ogos lalu kerana kanser hati.

Pada Pilihan raya Umum ke-13 lepas, yang mendapat 10,174 undi menewaskan calon PKR, Saharun Ibrahim (8,438) dan Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary (65) dengan majoriti 1,736 undi. - HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: