Jumaat, 12 September 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


S'pura umum tol naik lebih 200 peratus

Posted: 12 Sep 2014 05:12 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pihak berkuasa pengangkutan darat Singapura mengumumkan kenaikan kadar baru tol lebih 200 peratus bagi kenderaan yang masuk dan yang meninggalkan negara tersebut melalui Tambak Johor.

Kenaikan tersebut yang berkuatkuasa 1 Oktober bagaimanapun tidak meliputi motosikal, menurut kenyataan lembaga berkenaan.

Kadar bayaran tol bagi kereta meningkat dari RM3 kepada RM9.60 manakala kadar bagi van dan kenderaan perdagangan ringan meningkat dari RM4.80 kepada RM14.60.

Kadar bagi teksi dan bas pula masing-masing akan meningkat dari RM1.50 dan RM2.50 kepada RM4.80 dan RM7.80.

Pengumuman itu susulan tindakan Lembaga Lebuhraya Malaysia yang menaikkan kadar tol di Tambak Johor sehingga tiga kali ganda, berkuatkuasa 1 Ogos lalu.

Saya masih tak sokong Najib, kata Mahathir

Posted: 12 Sep 2014 05:05 AM PDT

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau masih tidak menyokong Datuk Seri Najib Razak selepas beliau membuat pengumuman menarik sokongan terhadap perdana menteri itu bulan lalu.

"Saya masih tidak sokong dia (Najib), " katanya dipetik Astro Awani ketika ditanya pemberita tentang perhubungannya dengan Najib ketika ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan buku '#WahaiMelayu' karya Anas Zubedy, semalam.

Sebelum ini, media melaporkan beliau sebagai berkata akan meletak jawatan jika menjadi perdana menteri pada hari ini.

Kenyataan itu dilihat sebagai sindiran sinis yang ditujukan kepada Najib selepas beberapa penulisan di blog beliau yang tegas mengkritik Najib sebagai lemah.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan perwakilan Umno di peringkat bahagian mencontohi beliau agar berani mengkritik pemimpin yang tidak melakukan perkara yang betul.

"Kadang-kadang pemimpin perlu dikritik. Dalam bahasa Melayu kita panggil menegur.

"Apabila ada seseorang melakukan melakukan sesuatu yang anda fikir tsalah, anda perlu mempunyai hak untuk menyatakan ia bersalah," katanya.- HARAKAHDAILY

Sabotaj Muhyiddin, Umno ada masalah dalaman

Posted: 12 Sep 2014 05:03 AM PDT

SALMIYAH HARUN


KUALA LUMPUR: Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak menolak kemungkinan beliau disabotaj ekoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bocor, menunjukkan Umno kini sedang dilanda masalah dalaman, demikian tegas Ajk PAS Pusat, Idris Ahmad.

Menurut Idris, tindakan sabotaj itu juga memberi gambaran masalah dalaman Umno kini semakin serius sehinggakan ungkapan itu sendiri terkeluar daripada Muhyiddin.

"Masalah dalaman Umno nampak semakin serius, tiba-tiba Muhyiddin sendiri yang keluarkan kenyataan menyebabkan beliau jadi seperti itu. Ertinya beratlah masalahnya," kata beliau kepada Harakaahdaily.

Malah Idris yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, melahirkan rasa kesal dengan apa yang berlaku kerana perbuatan itu mengundang keresahan ibu bapa, guru apatah lagi murid-murid yang menduduki peperiksaan tersebut.

"Kasihan anak-anak mereka dah lama tunggu saat-saat 'merdeka' tiba-tiba terpaksa ambil peperiksaan sekali lagi akhir bulan ini, perancangan mereka rosak tambah lagi minggu depan cuti sekolah," katanya.

Justeru, semangat kejujuran dan integriti yang tinggi semakin terhakis bukan sahaja di peringkat atasan bahkan di peringkat bawahan.

Seramai 473,175 calon UPSR seluruh negara akan menduduki semula peperiksaan Bahasa Inggeris dan Sains pada 30 September nanti, ekoran soalan kedua-dua kertas itu didapati bocor semalam.

Ekoran insiden yang berlaku, Muhyiddin yang berada di luar negara melahirkan rasa marah dan tidak menolak itu perbuatan sabotaj.

Sebuah jawatankuasa bebas berprofil tinggi ditubuhkan bagi menyiasat kejadian itu. – HARAKAHDAILY

Penduduk tidak kenal calon BN

Posted: 12 Sep 2014 05:00 AM PDT

ASLANI M Foto MIJIE YUSOF 


TUMPAT: Calon BN, Mat Razi Mat Ail pada peringkat awal tidak ada dalam senarai utama. Malah ia tidak mencerminkan kehendak awal Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu calon muda ditampilkan.

Kemunculan bekas penolong pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Tumpat itu mengenepikan pemimpin yang sudah lama menabur bakti dalam Umno.

Sedangkan senarai yang diketengahkan dalam kajian Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) iaitu Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendapat 35 peratus sokongan daripada 507 responden.

Turut disenaraikan Timbalan Ketua Umno Tumpat, Datuk Mohd Rosdi Abdul Aziz (29 peratus), Razidi Mohmad (16 peratus), Wan Johani Wan Hussin (9 peratus) dan Wan Hanafi Wan Yaacob (9 peratus).

Nama Mat Razi langsung tidak tersenarai dalam jangkaan ramai. Berbeza calon Pakatan Rakyat, Setiausaha PAS Tumpat, Wan Rosdi Wan Ibrahim yang mendapat sokongan 28 peratus hasil kajian UMcedel.

Seorang penduduk di Kampung Geting, Abdullah Sabri (gambar) mengakui penduduk kurang mengenali Mat Razi biar pun beliau merupakan anak tempatan.

"Penduduk kampung tidak mengenalinya kecuali mereka yang sering berurusan di Pejabat Pelajaran Daerah. Sedangkan Wan Rosdi orang ramai sudah lama kenal hati budinya.

"Ini memberi kesan yang besar. Jauh berbeza di antara kedua-dua perwatakan itu. Biasanya penduduk kampung menilai kemampuan seseorang berpandu kepada jasa dengan hubungan dengan masyarakat," katanya ketika ditemui di sini.

Zainab Che Mat, 49 (gambar) dari Kampung Tujuh juga memberitahu tidak pernah mendengar nama Mat Razi biar pun beliau anak tempatan Pengkalan Kubor.

Wan Rosdi diumumkan sebagai calon Pakataan Rakyat malam tadi dalam misi menafikan pengaruh Umno di Dun terbabit sejak 2004.

Sumber yang rapat dengan Umno memberitahu ramai pemimpin di peringkat bahagian Tumpat kelihatan kecewa kerana orang yang sudah lama berkhidmat diketepikan.

Katanya, jentera kempen kalangan pemimpin tempatan agak hambar berbanding jentera Umno dari luar Tumpat. - HARAKAHDAILY

Wan Rosdi rapat dengan penduduk Pengkalan Kubor

Posted: 12 Sep 2014 04:56 AM PDT

ASLANI M


TUMPAT: Pelbagai pihak di sini menyifatkan pemilihan Setiausaha PAS Tumpat, Wan Rosdi Wan Ibrahim, 57, dalam misi menafikan kekuatan Umno di Dun Pengkalan Kubor sebagai pilihan terbaik dan tepat.

Ini memandangkan beliau berkhidmat sebagai Penyelia Dun kawasan berkenaan sejak 2009 dan begitu rapat dengan masyarakat.

Ketua Cabang PKR Tumpat, Shaharun Ibrahim berkata, parti itu berdiri teguh di belakang calon PAS yang bertanding dalam misi merampas Dun berkenaan daripada Umno.

"Saya meminta semua penyokong KeADIlan dam pengundi di sini memilih Wan Rosdi pada 25 September ini. Kami tetap berdiri teguh di belakang calon yang dipilih bagi menghadapi Umno," katanya pada majlis pengisytiharan calon Pakatan Rakyat pilihan raya kecil Pengkalan Kubor malam tadi.

Pengumuman dibuat Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Datuk Ahmad Yakob yang juga Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.

Calon BN pula diisytiharkan pada petang Rabu lalu dilakukan Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Anggota jawatankuasa Umno Tumpat, Mat Razi Mat Ail, 49 diumumkan sebagai calon.

Shaharun yang juga calon PKR di Pengkalan Kubor pada PRU 2013 berkata, pendirian parti itu jelas bagi membantu rakan-rakan Pakatan Rakyat bertanding dalam mana-mana pilihan raya.

Seorang penduduk Omar Rahmat, 47 dari Kampung Pak Keran berkata, pemilihan Wan Rosdi sebagai calon PAS sebagai tepat.

"Ini kerana beliau sudah enam tahun berkhidmat sebagai Penyelia Dun. Ramai orang di sini kenal kerana beliau begitu ramah dan banyak membantu menyelesaikan masalah penduduk.

"Jarang orang tidak mengenalinya. Beliau seorang aktivis masyarakat yang bekerja untuk rakyat tanpa mengira masa," katanya. - HARAKAHDAILY

UPSR: Tiga penjawat awam disiasat

Posted: 12 Sep 2014 04:49 AM PDT

 
Beberapa individu lain yang dikatakan bertanggungjawab dalam kes kebocoran kertas soalan UPSR berkenaan juga telah dikenalpasti.


SAC-Gan-Kong-MengKUALA LUMPUR: Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata bahawa pihaknya telah memanggil dan merakam keterangan dari tiga orang penjawat awam berhubung kebocoran kertas soalan Sains dan Bahasa Inggeris UPSR 2014.

"Apa yang penting kita sedang siasat untuk kumpulkan keterangan dahulu," ujarnya lagi.

Difahamkan, salah seorang daripada mereka adalah seorang guru di sebuah sekolah rendah di Johor.

Pihak polis telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes ini dan difahamkan bahawa pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga telah mengenal pasti beberapa individu lain yang dikatakan terlibat dalam kes ini.

Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh pada sidang media hari ini berkata, pihak berkuasa juga berjaya mengenal pasti beberapa 'hotspots' (titik panas) di mana kebocoran berlaku.

"Individu yang tidak memegang amanah ini mengkhianati rahsia negara untuk kepentingan diri dan peribadi. Hukuman yang paling keras mesti diambil ke atas mereka," katanya.

Pengarah LP digantung tugas serta merta

Posted: 12 Sep 2014 04:29 AM PDT

 
Sementara itu, segala tugasan beliau akan diambil alih oleh Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Keguruan sehingga kes itu disiasat.


Dr Na'imah Ishak


PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan penggantungan tugas Pengarah Lembaga Peperiksaan, Dr Na'imah Ishak berkuatkuasa serta-merta hari ini.

Menurut Muhyiddin, Pengarah Lembaga Peperiksaan perlu bertanggungjawab di atas kejadian tersebut kerana ia telah menjejaskan integriti kementerian dan peperiksaan awam.

Katanya lagi, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Keguruan, Misrah Ibrahim akan memangku tugas sebagai pengarah Lembaga Peperiksaan buat sementara sehingga kes itu disiasat.

Selain itu, Timbalan Pengarah Operasi Lembaga Peperiksaan, Dr Wan Ilias Wan Salleh turut digantung tugas berkuatkuasa serta-merta.

Pada Rabu, Lembaga Peperiksaan mendapati kertas soalan Sains 018 (sekolah kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil bagi UPSR 2014) yang dijadualkan semalam bocor dan pelajar perlu mengambil peperiksaan tersebut pada 30 September ini.

Tidak sampai 24 jam selepas itu, lembaga tersebut mendapati kertas soalan Bahasa Inggeris 1 dan 2 pula (melibatkan SK) juga bocor dan menetapkan pelajar mengambil peperiksaan kertas itu juga pada 30 September ini.

Pembangunan Pulau Pinang hampir RM2 bilion bagi separuh penggal 2014

Posted: 12 Sep 2014 04:08 AM PDT

LGE_Mission_Home_Possible

Roketkini.com


GEORGE TOWN: Pulau Pinang berjaya menarik pelaburan dalam bentuk pembangunan fizikal berjumlah 160 projek dengan nilai hampir RM 2 bilion, berdasarkan statistik dikeluarkan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, 135 projek pembangunan bagi separuh penggal pertama 2014 itu melibatkan pihak swasta, manakala bakinya merupakan projek pembangunan awam kerajaan.

"Dari segi nilai projek, ia berjumlah RM1,985 juta dengan RM140 juta daripada sektor kerajaan dan RM1,845 sektor swasta.

"Kerajaan Pulau Pinang menyediakan iklim pelaburan yang kondusif untuk kedua-dua pelabur tempatan dan asing," kata Guan Eng pada sambutan ulangtahun ke-137 Persatuan Pemborong & Pembekal Barangan Bangunan Pulau Pinang (PBBMDA).

Guan Eng berkata, beliau bagi pihak kerajaan negeri menghargai peranan aktif PBBMDA dalam pelbagai kerjasama pada semua peringkat termasuk agensi kerajaan negeri sehingga ke jawatankuasa kecil dalam usaha membangunkan negeri ini.

Tambahnya, tumpuan khusus kini diberikan kepada potensi pembangunan di negeri ini, berikutan penyiapan jambatan kedua Pulau Pinang dan Projek Landasan Berkembar Elektrik yang dijangka memperlahankan kerancakan sektor pembinaan.

Namun, kata Guan Eng, kerajaan negeri mengambil langkah proaktif melalui galakan sektor swasta dan pelaburan asing dengan pengumuman projek terowong bawah tanah Pulau Pinang,

Projek yang dikenali sebagai Penang Tunnel tersebut dilengkapi kemudahan jaringan jalanraya melalui Pelan Bersepadu Pengangkutan Pulau Pinang dan dijangka menelan belanja berjumlah RM27 bilion.

Rebat air 35% ke tapak pembinaan

Dalam pada itu, kata Guan Eng, sebagai sebuah kerajaan negeri yang sentiasa peka kepada keperluan industri, Pulau Pinang akan memberikan rebat sebanyak 35 peratus kadar air bekalan komersial ke tapak pembinaan dari kadar RM3 per meter padu.

Dalam kata lain kata Guan Eng kadar sebenar yang dibayar adalah RM1.95 per meter padu, meningkat 28 peratus daripada kadar lama iaitu RM1.52.

"Kadar RM1.95 per meter padu ini meletakkan Pulau Pinang sebagai antara negeri terendah (caj air industri) di Malaysia dan saya berharap rebat 35 peratus ini membantu menghadkan peningkatan kos," katanya.

Guan Eng turut memaklumkan kerajaan negeri menggariskan strategi menyeluruh untuk pertumbuhan masa depan Pulau Pinang dalam tempoh sepuluh tahun akan datang.

Katanya, mulai tahun lalu kerajaan negeri menerimapakai konsep 'Paradigma Pulau Pinang' sebagai kerangka pembangunan negeri menyeluruh untuk tempoh 10 tahun ke arah membentuk masyarakat yang berimbang.

"Di bawah pelan ini, kami telah menggariskan strategi menyeluruh untuk pertumbuhan masa depan Pulau Pinang menjadi sebuah negeri pintar dan bertaraf antarabangsa menjelang tahun 2023," ujarnya. – Roketkini.com

DBKL pilih kroni majukan Plaza Rakyat tanpa tender?

Posted: 12 Sep 2014 04:06 AM PDT

plaza_rakyat_pudu

Roketkini.com.


KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) gagal melaksanakan dasar tender terbuka apabila 'memilih' syarikat Profit Consortium Sdn Bhd untuk membangunkan semula projek Plaza Rakyat.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, DBKL bertanggungjawab memberi penjelasan berhubung penganugerahan projek ini, kerana dibimbangi wujud unsur rasuah.

"Tindakan DBKL memberikan projek berbilion ringgit di pusat bandar Kuala Lumpur kepada syarikat milik bekas tentera tanpa sebarang tender menyebabkan kita sangsi.

"DBKL perlu memberi penjelasan, demi kepentingan rakyat kenapa perkara sebegini boleh terjadi?, kata Lip Eng dalam satu kenyataan.

Akhbar The Star sebelum ini melaporkan DBKL gagal melakukan penawaran secara terbuka kepada pihak-pihak lain yang berminat sebelum bertindak memberikan projek tersebut kepada Profit Consortium Sdn Bhd.

Tegas Lip Eng, tindakan itu bercanggah dengan dasar Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bahawa semua perolehan kerajaan menggunakan tender terbuka atau pun tender terhad bagi projek tertentu.

"Mesyuarat Kabinet pertama selepas Pilihanraya Umum ke-13 memberikan gambaran indah kepada kita bahawa kerajaan Barisan Nasional menjamin proses pentadbiran yang telus," kata Lip Eng.

Namun kata Lip Eng DBKL sendiri gagal menerapkan prinsip 'penyertaan dan ketelusan' orang ramai seperti yang ditetapkan pihak berkuasa itu dalam perkara Agenda Tempatan 21.

"Saya menuntut supaya Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib supaya segera mengadakan sidang media bagi memberi penjelasan dan membuka ruang soal jawab kepada wartawan mengenai pemberian projek tersebut.

"Sekiranya gagal, ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat Kuala Lumpur pastinya akan membangkitkan hal ini di sidang Parlimen bulan hadapan.

"Datuk Bandar mesti menjelaskan apa sebabnya projek ini dianugerahkan kepada syarikat yang mempunyai hubungan dengan ahli politik kerajaan Barisan Nasional tanpa sebarang tender," tegasnya – Roketkini.com.

Kertas UPSR bocor, ibu bapa hilang keyakinan pada kerajaan

Posted: 12 Sep 2014 04:04 AM PDT

ong_kian_ming

Roketkini.com


KUALA LUMPUR : Masalah kebocoran kertas peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris tahun ini menyebabkan ibu bapa dan penjaga pelajar hilang keyakinan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming berkata, kecuaian Lembaga Peperiksaan memberi kesan kepada 472,853 pelajar Darjah Enam yang sedang menduduki peperiksaan UPSR di seluruh negara.

"Kesan yang terbesar ialah keyakinan para ibu bapa dan pelajar yang semakin merudum terhadap kerajaan dalam memastikan kerahsiaan dan integriti kertas peperiksaan daripada dibocorkan.

"Pelajar-pelajar yang telah bersiap sedia daripada aspek mental untuk menamatkan peperiksaan UPSR dalam masa tiga hari kini terpaksa menunggu selama tiga minggu lagi," kata Kian Ming dalam satu kenyataan.

Pada 10 September, Kementerian Pelajaran menangguhkan tiga kertas peperiksaan UPSR mata pelajaran Sains – 018, 028 dan 038 yang dijadualkan semalam kepada 30 September 2014.

Akibat penangguhan itu kata Kian Ming menyebabkan ibu bapa dan penjaga yang telah merancang aktiviti musim percutian bersama keluarga terpaksa menyusun semula perancangan mereka.

Dalam pada itu kata Kiang Ming, masalah kebocoran kertas peperiksaan tersebut tidak hanya selesai dengan permoohonan maaf Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan Menteri Pelajaran Malaysia.

Dalam masa sama Muhyiddin tidak memberi jaminan bahawa kertas peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia tidak akan bocor.

"Integriti dan keselamatan kertas peperiksaan PT3, SPM dan STPM lebih penting. kerana sekiranya berlaku kebocoran keputusan mengambil semula atau menangguhkan peperiksaan tidak relevan memandangkan masa yang terhad pada akhir tahun 2014," ujarnya.

Mengulas kebocoran kertas UPSR bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris melalui telefon pintar dan teknologi salinan 'softcopy', Kian Ming berkata Lembaga Peperiksaan perlu bekerja keras bagi memastikan integriti dan keselamatan kertas peperiksaan tersebut.

Beliau bimbang kertas peperiksaan dimuat turun ke dalam komputer guru-guru di sekolah-sekolah dan menjadikan mereka sasaran mudah penggodam serta pihak tidak bertanggungjawab yang berniat 'mencuri' kertas peperiksaan untuk kepentingan komersial dan peribadi.

Dalam pada itu Kian Ming turut mengingatkan Kementerian Pelajaran pernah mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas berperanan menyiasat laporan berhubung kebocoran kertas peperiksaan SPM pada 2013.

"Sekiranya jawatankuasa khas ini telah melaksanakan tugas mereka dengan baik, bukankah cadangan ataupun tindakan proaktif telah dirancang untuk mengelak kebocoran kertas peperiksaan UPSR pada tahun ini?, katanya. – Roketkini.com

MAA : Lupus Kereta Lama & Berusia. Tidak Selamat! Dasar Skrap Nasional Bakal Dilaksanakan? Setuju?

Posted: 12 Sep 2014 01:44 AM PDT



lupus kereta lama



MAA : Lupus Kereta Lama & Berusia. Tidak Selamat! Dasar Skrap Nasional Bakal Dilaksanakan : Masih ingat dalam ingatan Berita Semasa, sekitar tahun 1998 pelajar Malaysia yang menuntut di US hanya membeli kereta Hyundai pada harga US$500. Kemudian, ia akan diturunkan kepada pelajar junior pula. Tiba-tiba, apabila balik ke Malaysia……kereta yang sama tetapi kereta terpakai dijual pada harga RM30,000. Anda mampu? Fuh…..berpeluh sekejap.

 
Jikalau di Jepun ada ditawarkan mekanisme menukar & lupus kereta lama. Sebab apa? Kereta di Jepun murah, atas nama keselamatan, keseimbangan jumlah kereta di atas jalan raya ia sangat sesuai untuk dilaksanakan.

Dan berita terkini yang diperolehi, Malaysia tampak semakin berminat untuk mengikut model yang diamalkan dasar lupus kereta lama di Jepun untuk dilaksanakan pula di Malaysia. Setuju?
KLIK SINI : Harga Kereta Perodua Myvi RM46,000 (Cukai Kereta 85%). Kerajaan Untung RM21,140! Boleh Turun Harga?

 

Berita Dasar Skrap Nasional Lupus Kereta Lama & Berusia

 

KUALA LUMPUR: Dengan pertambahan lebih 600,000 unit kenderaan baharu setiap tahun, dasar skrap nasional untuk melupuskan kenderaan berusia wajar dirangka, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad, berkata persatuan itu sudah mencadangkan kepada kerajaan supaya dasar itu diwujudkan bagi memastikan adanya kaedah tersusun dalam jangka panjang untuk melupuskan kenderaan yang tidak lagi selamat di jalan raya.
Katanya, dasar skrap kenderaan perlu dirumus secara menyeluruh untuk membabitkan semua model dan jenama.
Lagi Sambungan Butiran Berita Dasar Skrap Nasional di bawah ini..
 
Bagi Berita Semasa melihatkan harga kereta di Malaysia yang cukup menakutkan sehinggakan diangkat sebagai negara yang menawarkan (KLIK : Harga Kereta Malaysia Kedua Termahal di Dunia), selepas Singapore sehingga terpaksa mengikat perut membayar hutang kereta 9 tahun.
"Berapa ramai yang mampu buat pinjaman kereta 7 tahun, apatah lagi sesingkat 5 tahun?"
Terkini, rakyat Malaysia diajak bersedia untuk pelaksanaan lupus kereta lama sekaligus "memaksa" anda semua terus membuat hutang baru dan menjadi pelanggan setia bank-bank di Malaysia.

Bagi Berita Semasa sendiri merasakan bukan semua rakyat Malaysia mampu membeli tukar dan beli kereta baru jika mekanisme lupus kereta lama dilaksanakan kelak.

Dasar Skrap Nasional (Lupus Kereta Lama) VS Penambahbaikan di Malaysia

 

Lebih baik pada masa sekarang tumpukan kepada beberapa aspek seperti di bawah ini sebelum mahu melaksanakan mekanisme lupus kereta lama :
  1. Hapuskan AP yang diberikan secara terus dengan kadar segera kepada kapitalis-kapitalis di Malaysia yang jadi kaya-raya hasil "Skim Cepat Kaya" versi VVIP ini di Malaysia. Wujudkan Sistem AP yang benar-benar terbuka. Tiada lagi istilah "AP KING di Malaysia"
  2. Pendapatan rakyat Malaysia kelas pertengahan ke bawah perlu ditingkatkan
  3. Kualiti sistem jalan raya di Malaysia dipertingkat
  4. Tingkatkan perkhdimatan awam bukan hanya berlegar di Lembah Klang sahaja tetapi di seluruh negara
  5. Ini kerana pembeli kereta datang daripada seluruh negeri di Malaysia, bukan sekadar di bandar-bandar besar di Malaysia sahaja
  6. Duti eksais dikurangkan
  7. Jikalau lupus kereta lama pelru ditawarkan diskaun yang munasabah, bukan hanya diberikan saguhati RM5,000. Ini gimik namanya.
  8. Sekaligus kuasa beli rakyat Malaysia akan meningkat semula
  9. Dan pada masa itu, adalah masa terbaik untuk melaksanakan mekanisme lupus kereta lama ini sepertimana yang dipraktikkan di Jepun, Singapore
Kereta Proton Lama Dilupuskan

Hakikatnya, kita hanya mengikut cara dan dasar negara lain sekerat-sekerat sahaja.
  1. Di Singapore contohnya, perkhidmatan pengangkutan awam di sana cukup efisien dan menyeluruh meliputi 95% kawasan.
  2. Jikalau di UK, dengan gaji 3 ribu pound sterling, selepas 5,6 bulan sudah boleh beli kereta baru Mini Cooper
  3. Jikalau di US, jikalau anda kerja part time cuci kereta sebulan dua boleh ambil sebuah kereta terpakai
  4. Malaysia?
HASIL KAJIAN : 4 Juta Pekerja Malaysia Berpendapatan RM2,000 Sebulan. 80% Berpendapatan Bawah RM7,000 Sebulan? Gaji Anda?
Ini kerana Berita Semasa sedar keperitan rakyat Malaysia yang brpendapatan rendah dan serdahana (lebih-lebih tinggal di bandar) apabila mekanisme lupus kereta lama dilaksanakan kelak.

P/S : Bagi Berita Semasa jikalau mahu dilaksanakan sekalipun pada masa sekarang atas "nama keselamatan" sedangkan mahu meningkat penjualan kereta di Malaysia. Silakan. Tetapi bukannya paksaan tetapi andaikata ada yang sukarela. Apa pendapat anda pula? Bersetuju dengan pelaksanaan Dasar Skrap Nasional (Lupus Kereta Lama)? Ada cadangan daripada anda?

Skim Sewa Beli Rumah PR1MA PRIMA Khas Untuk Rekod CCRIS Kurang Elok, Gagal Pinjaman Perumahan Bank!

Posted: 12 Sep 2014 01:40 AM PDT




skim sewa beli prima



Skim Sewa Beli Rumah PR1MA PRIMA Khas Untuk Rekod CCRIS, CTOS Kurang Elok, Gagal Pinjaman Perumahan Bank: Berita terkini yang baik untuk rakyat Malaysia yang masih lagi tercari-cari, teraba-raba untuk memiliki dan beli rumah sendiri, apabila kerajaan Malaysia tampil dengan idea alternatif untuk mengurangkan sedikit sebanyak beban anak-muda, golongan berkeluarga untuk beli rumah sendiri. Sebenarnya…

Sebenarnya, idea dan rancangan terbaru kerajaan Malaysia ini pernah popular dan dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia melibaykan projek Rancangan perumahan Awam sekitar tahun 80an hingga 90an. Masih ingat lagi?

Nah…sekarang kerajaan Malaysia tampil berminat untuk melaksanakan konsep seumpamanya untuk anda pemohon Perumahan Rakyat 1Malaysia PR1MA PRIMA yang mana dipanggil Skim Sewa Beli Rumah PR1MA PRIMA selepas melihatkan senario di mana walaupun kerajaan Malaysia telah melancarkan skim rumah PR1MA PRIMA sebelum ini untuk memiliki rumah idaman, tetapi malangnya masih ramai lagi yang gagal.

BACA SINI : Daftar Borang Rumah PR1MA Malaysia 2014 : Perumahan PRIMA RM100K-RM400K. RM200K Bulanan RM400-RM500 sahaja?

 

Butiran Maklumat & Syarat Skim Sewa Beli Rumah PR1MA PRIMA?

 

  1. Khusus untuk generasi muda yang masih belum memiliki dan beli rumah sendiri
  2. Khusus untuk anda yang permohonan pinjaman perumahan bank ditolak atas alasan tidak berpendapatan tetap atau mempuntai rekod CCRIS, CTOS yang kurang elok dan tidak cantik
  3. Pemohon Skim Sewa Beli Rumah PR1MA PRIMA perlu bersetuju sewa untuk jangka panjang selama tempoh antara 20 hingga 30 tahun yang mana selepas itu rumah PR1MA tersebut akan menjadi milik mereka
  4. Pihak bank akan memudahkan urusan skim beli rumah (Rent to Own) ini

skim sewa beli pr1ma

Permohonan Skim Sewa Beli Rumah PR1MA PRIMA : Berminat?


Alhamdulillah satu langkah dan idea yang yang bagus daripada pihak kerajaan Malaysia yang bakal membantu ramai orang muda dan golongan yang berkeluarga memiliki rumah sendiri selepas ini ditambah pula sekarang ini apabila garis panduan terbaru meletakkan syarat yang menyukarkan permohonan pinjaman perumahan termausklah penerimaan elaun sudah lagi tidak dikira.

Semoga pelaksanaan skim sewa beli rumah PR1MA PRIMA ini (Rent to Own) sebagaus idea yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Sangatlah merugikan jika idea yag baik seperti ini disia-siakan oleh pelaksanaan yang "melepaskan batuk ditangga". Insyaallah moga dipermudahkan urusan antara pihak kerajaan dan golongan yang masih tercari-cari beli rumah sendiri.

P/S : Harapan Berita Semasa agar sskim sewa beli rumah PR1MA PRIMA (Rent to Own) tidak diambil kesempatan dan dimanipulasi oleh kelompok yang tidak layak untuk mendapatkannya dan merancang untuk membuat keuntungan di atas kesusahan dan keperitan orang lain.

P/S : Kepada yang mampu beli rumah sendiri, saranan Berita Semasa teruskan niat anda. Berikan peluang kepada yang kurang berkemampuan. Apa pandangan anda pula dengan pengumuman Skim Sewa Beli Rumah PR1MA PRIMA yang ditawarkan ini?

Jerebu: Pengurus ladang M'sia dipenjara di Riau

Posted: 12 Sep 2014 01:31 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Seorang pengurus ladang Malaysia dipenjara setahun dan didenda lebih RM500,000 oleh mahkamah daerah Riau ekoran kes kebakaran ladang yang menyebabkan negara jiran, termasuk negara ini dilanda jerebu.

Laporan The Straits Times menyebut, Danesuvaran KR Singam dari ADEI Plantation, sebuah anak syarikat Kuala Lumpur Kepong (KLK) dijatuhkan hukuman itu atas kesalahan gagal mencegah kebakaran di ladang milik syarikatnya.

"Defendan cuai dalam tugasnya mengawasi ladang itu. Beliau sepatutnya mencegah pihak tidak bertanggungjawab dari menyelinap masuk ke ladang dan memulakan kebakaran," kata Hakim Donovan Kusuma Bhuwono.

Hakim Donovan turut mendenda ADEI Plantation sebanyak RM404,619 dan memerintahkan syarikat itu membayar RM4,073,160 bagi memperbaiki kerosakan alam sekitar.

Pendakwa raya pada asalnya memohon hukuman penjara selama lima tahun terhadap Danesuvaran.

Danesuvaran dan syarikat majikannya bercadang untuk merayu hukuman tersebut ke mahkamah yang lebih tinggi.

Hukuman terbaru ke atas Danesuvaran ini dilihat sebagai satu mesej dari pihak berkuasa Indonesia yang mahu dilihat bertindak tegas dalam menghukum jenayah alam sekitar.

Pada 2001, seorang pengurus atasan ADEI, C Gobi dipenjara selama dua tahun kerana menggunakan api untuk melapangkan tanah.

Hukuman itu kemudian dikurangkan kepada lapan bulan sahaja.

MCA cabar PAS umum tak laksana hudud depan wat Buddha

Posted: 12 Sep 2014 01:24 AM PDT

MALAYSIAKINI



 


Menjelang pilihan raya kecil (PRK) Pengkalan Kubor, MCA menggesa kerajaan Kelantan pimpinan PAS supaya melupakan hasratnya untuk melaksanakan undang-undang hudud.

Ketika membuat gesaan tersebut, Ahli Jawatankuasa MCA pusat,  Lua Choon Hann berkata adalah baik jika PAS boleh membuat pengumuman penting itu di depan mana-mana wat Buddha di kawasan pilihan raya itu, untuk menunjukkan keikhlasan dan rasa hormatnya kepada agama bukan Islam dan orang bukan Islam, khususnya masyarakat Cina dan Thai.

Katanya, PAS telah sekian lama menggunakan kewujudan patung
duduk Buddha yang terbesar di Asia Tenggara di Pengkalan Kubor dan patung Buddha yang lain di Kelantan sebagai testimoni sikap keterbukaannya terhadap agama-agama lain.

Oleh itu, tegas Lua,  mereka perlu menghentikan usaha untuk melaksanakan undang-undang yang kontroversi itu.

Begitu juga, kata Lua, dengan DAP dan PKR, sebagai rakan gabungan PAS, supaya mengambil peluang itu untuk memaksa PAS melupakan undang-undang hudud demi keharmonian rakyat Malaysia yang pelbagai kaum.

Russia Tuduh Ukraine Terlibat Nahas MH17

Posted: 12 Sep 2014 01:20 AM PDT

Merdeka-Banner
RAKYATNEWS


alt
 


MOSCOW - Menteri Pertahanan Russia Sergei Shoigu menuduh Ukraine bertanggungjawab bagi kejadian jet Penerbangan Malaysia MH17 terhempas di timur negara berkenaan.

Beliau juga dipetik sebagai berkata kejadian itu tidak akan berlaku sekiranya Kiev tidak mengangkat senjata.

"Bencana ini berlaku di ruang Ukraine, yang bertanggungjawab sepenuhnya mengenai apa yang berlaku," kataya dipetik agensi berita Interfax.

Laporan oleh Lembaga Keselamatan Belanda semalam berkata pesawat MH17 Penerbangan Malaysia itu berkecai di udara berikutan impak objek bertenaga tinggi. - REUTERS

Perjanjian Air Selangor Muktamad

Posted: 12 Sep 2014 01:15 AM PDT

RAKYATNEWS


alt


 

PUTRAJAYA - Pelan penstrukuran semula air Selangor akhirnya dimuktamadkan apabila selesainya majlis menandatangani perjanjian antara pentadbiran kerajaan pusat dan kerajaan negeri di Putrajaya, hari ini.

Majlis itu berjalan lancar walaupun terdapat suara yang menimbulkan kontroversi sama ada ia sah atau tidak memandangkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berada di dalam proses transisi sekarang.

Majlis tersebut berlangsung di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dengan menterinya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Khalid sendiri menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) itu.

Setiausaha Akhbar Khalid, Arfa'eza Abdul Aziz memuat naik dua gambar di akaun Twitternya menunjukkan Khalid dan Maximus berjabat tangan.

"@Khalid_Ibrahim sealed the Master Agreement ceremony with the KeTTHA minister Datuk Dr Max Ongkili," menurut tweetnya.

Umno-BN berusaha keras lumpuhkan Pakatan

Posted: 12 Sep 2014 01:10 AM PDT






 DETIK DAILY


MUKADIMAH: Untuk terus kekal berkuasa, Umno-BN telah menggunakan pelbagai taktik kotor sejak dahulu hingga kini bagi melumpuhkan pembangkang.

Antaranya termasuklah penggunaan Akta Hasutan 1948, campur tangan terhadap perbicaraan di mahkamah, dasar pecah dan perintah, membeli wakil rakyat pembangkang dan penyebaran fitnah, sehingga akhirnya turut mendatangkan kesan buruk kepada mereka.

Ikuti pandangan PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Kamarudin Jaffar mengenai perkara ketika ditemubual Wartawan Kanan Harakah, AZIZ MUDA

WARTAWAN: Dalam menghadapi PAS atau Pakatan, Umno-BN menggunakan pelbagai taktik kotor untuk melumpuhkan gabungan. Ditangkap, didakwa dan macam-macam lagi... 

DATO' KAMARUDIN JAFFAR: Ia sangat terkesan. Ini boleh dirujuk kepada tindakan pihak kerajaan Umno-BN dengan melakukan pendakwaanpendakwaan dengan menggunakan Akta Hasutan.

Ini merupakan perkara dasar dan perubahan sikap Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak. Mereka yang kena bukan sahaja pemimpin-pemimpin Pakatan, tetapi juga pegawaipegawai kerajaan, orang-orang profesional, pensyarahpensyarah.

Kesannya, mereka yang terkena itu pasti akan mengkaji semula sikap kerajaan Umno- BN terhadap mereka, terhadap rakyat yang penuh dengan penindasan terhadap rakyat.

Mereka juga akan melihat tindakan kerajaan itu sebagai satu perkembangan yang negatif dan menjejaskan suasana politik dan ekonomi.

Pegawai-pegawai kerajaan atau orang-orang profesional yang terkena itu pasti akan menyifatkan tindakan yang dikenakan ke atas mereka itu sebagai tekanan politik ke atas mereka. Ini pasti menyebabkan berlaku keadaan yang tidak menyenangkan dan tidak selesa ke atas rakyat.

Terdapat banyak dakwaan pemimpin Umno-BN didakwa turut campur tangan dalam proses mahkamah melibatkan seteru mereka.

Yang jelasnya biasanya pendakwaan-pendakwaan khususnya yang berlaku sekarang berlaku setelah adanya desakan, bukan sahaja daripada dalaman Umno seperti juga yang sedang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ke atas Dato' Seri Najib sekarang, tetapi juga daripada NGO-NGO perkauman seperti Isma dan Perkasa. Ini jelas.

Ini boleh kita tafsirkan sebagai pendakwaan terpilih.

Sepatutnya pemimpin-pemimpin NGO perkauman seperti Isma dan Perkasa dan pemimpinpemimpin BN yang jelas menghasut boleh juga didakwa di bawah Akta Hasutan, tetapi ini tidak berlaku.

Sebaliknya Akta Hasutan hanya digunakan ke atas pemimpin-pemimpin atau ahliahli parti pembangkang sahaja.

Akta Hasutan hanya digunakan untuk politik kepartian, bukan untuk kesejahteraan negara dan masyarakat.

Dasar pecah dan perintah juga digunakan oleh Umno- BN untuk melumpuhkan pembangkang.

Tidak dapat dinafikan, dasar pecah dan perintah merupakan satu dasar dan taktik politik yang diamalkan oleh partiparti politik. Di negara-negara lain juga turut digunakan taktik pecah dan perintah dan ia masih lagi dilihat dalam perkembangan politik yang agak biasa untuk menghadapi pihak lawan. Tetapi di Malaysia akta digunakan, contohnya Akta Hasutan.

Selain itu, di Malaysia pihak kerajaan turut menggunakan jabatan-jabatan kerajaan, radio dan televisyen dan semua media dikawal oleh kerajaan.

Inilah yang membezakan dasar pecah dan perintah di negara kita dengan negara-negara demokrasi lain di dunia ini.

Dasar pecah dan perintah dalam konteks kepartian boleh kita terima sebagaimana di negara-negara lain untuk menghadapi parti lawan, tetapi kalau ia berakhlak, adil dan saksama. Ini amat berbeza berbanding di negara kita yang bagaikan bermain bola di padang yang tak sama rata dan pengadilnya yang tidak bebas.

Akta Hasutan dilihat tidak lagi relevan dengan perkembangan semasa...

Akta Hasutan ini dibuat oleh penjajah zaman penjajahan British ke atas negara kita dulu untuk kepentingan penjajah.

Dalam suasana sekarang, Akta Hasutan sudah tidak perlu lagi. Malah sekarang kita sudah ada undang-undang lain untuk digunakan bagi menjaga keselamatan negara dan untuk mendakwa orang yang disabitkan dengan menghasut seperti Akta Keharmonian Nasional.

Jelas sekali, Akta Hasutan perlu dimansuhkan dan ditukar kepada undangundang lain seperti Akta Keharmonian Nasional.

Tambahan pula, kerajaan sendiri telah mengumumkan untuk memansuhkan Akta Hasutan.
Proses untuk menggunakan Akta Keharmonian Nasional pun dah dimulakan.

Jadi, kerajaan perlu membawa akta itu segera ke Parlimen untuk dibahaskan dan diluluskan.

Kita dari pembangkang bersedia untuk menyokong Akta Keharmonian Nasional jika ia dibawa ke Parlimen. Kita dari pembangkang sememangnya menyokong undang-undang baru yang lebih adil.

Adakah teknik membeli wakil rakyat pembangkang masih terus diamalkan oleh Umno- BN hingga sekarang?

Ia berlaku dari zaman awal 60-an lagi. Amalan ini dilakukan bersekali dengan politik wang yang melibatkan pemberian wang deposit kepada wakil rakyat terbabit. Selain itu, ia turut membabitkan penggunaan alat-alat dan jentera kerajaan, ugutan-ugutan dan penahanan di bawah ISA dan sebagainya.

Kita harap penggunaan politik wang ini tak lagi menjadi amalan mana-mana pihak. Rakyat perlu diberikan kebebasan dalam pilihan raya untuk memilih sesiapa sahaja calon yang dikehendaki oleh mereka.

Rakyat berhak mendapatkan perkhidmatan yang baik daripada wakil rakyat mereka melalui proses pilihan raya.

Rakyat berharap agar wakil rakyat mereka tidak lagi diugut dan berhadapan dengan tindakan-tindakan di luar undang-undang seperti juga politik wang.

Umno-BN juga tanpa segan silu menggunakan fitnah untuk mengalahkan lawan politiknya, sedangkan ia ditegah keras oleh agama.

Dalam menghadapi politik, kita memerlukan politik yang matang, politik yang maju, politik yang bermoral.

Politik yang mengaibkan, memfitnahkan, mengongkong media dengan kuasa sebagai kerajaan adalah budaya yang bukan sahaja bercanggah dengan Islam, bahkan negaranegara bukan Islam dan negara-negara Barat pun tak lagi mengamalkan politik seperti ini.

Maruah dan penghormatan pemimpin-pemimpin tinggi politik dan segenap lapisan anggota masyarakat tak boleh dicerobohi oleh pihak pemerintah. Amalan ini amat jijik dari sudut agama dan moral dan tiada siapa pun yang terlibat yang boleh dibiarkan terlepas dari dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Ternyata taktik-taktik kotor yang dipasang Umno-BN nampaknya telah memberikan kesan buruk kepada Umno-BN sendiri.

Umno sendiri pun sepatutnya sedar, menggunakan taktiktaktik kotor bukan hanya akan menjejaskan parti-parti lawannya, tetapi ia pasti akan memberikan pelbagai keburukan kepada partinya sendiri.

Sekarang kesan buruk dari permainan taktik-taktik kotor itu juga sudah dirasai dalam Umno-BN sendiri, sehingga menyebabkan dalam Umno sendiri pun sekarang sudah menjadi sangat tak stabil.
Pimpinan Umno sendiri sekarang sedang dikritik hebat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tindakan Dr Mahathir itu samalah seperti yang dilakukan ke atas Pak Lah dulu dan sekarang terkena kepada Dato' Seri Najib pula. Ini membuktikan taktik-taktik kotor yang digunakan itu pasti akan turut menjejaskan politik dalaman parti mereka sendiri seperti yang sedang dialami Umno sendiri sekarang.

Nik Aziz hafal kitab Matan Alfiah ketika usia 8 tahun - TGSBA

Posted: 12 Sep 2014 01:05 AM PDT



Oleh Dinsman


SAYA sudah bicarakan buku "Tok Guru – Sebuah Biografi Awal" (TGSBA) di tempat lain. Di Pesta Buku Selangor, SACC Shah Alam, 4 September (bersama Dr Shaharir Mohd Zain dan Lim Hong Siang), dan di dalam Malaysian Insider. Jadi tak perlu saya ulangi lagi di sini, kecuali satu bahagian di dalamnya yang saya sangat teruja dengannya.

Kisah Nik Mat Alim, atau nama sebenarnya Raja Muhammad Raja Banjar, iaitu ayah kepada Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan 1990-2013. Kenapa saya sangat teruja dengan kisah Nik Mat Alim seperti yang diceritakan oleh Habibul Izzah Ahmad dalam bukunya yang diterbitkan oleh Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) itu?

Cara bagaimana Nik Mat Alim mendidik anak-anaknya. Itu yang membuatkan saya jadi teruja. Maklumat yang dibentangkan oleh Habibul Izzah mengenai perkara itu, bagi saya, sudah cukup untuk memberi nilai yang tinggi kepada bukunya. Pedulikanlah soal dia memasukkan unsur-unsur lagenda, mitos dan dongeng dalam penceritaannya. Dan pedulikanlah juga beberapa kesilapan fakta sejarah yang terdapat dalam buku itu.

Yang pentingnya ialah kisah bagaimana Nik Mat Alim mendidik anak-anaknya itu, khasnya bagaimana dia mendidik Nik Aziz itu sendiri, sehingga Nik Aziz menjadi Tok Guru Nik Aziz seperti yang kita kenalinya hari ini.

Apakah Tok Guru Nik Aziz tidak akan menjadi Tok Guru Nik Aziz seperti yang kita kenali itu sekiranya Nik Mat Alim tidak mendidiknya seperti yang diceritakan oleh Habibul Izzah di dalam bukunya TGSBA itu?

Ya, bagi saya jawapannya: Ya, TG Nik Aziz tak akan jadi seperti dirinya yang kita kenali itu sekiranya ayahnya Nik Mat Alim tidak mendidiknya seperti yang dia telah lakukan sejak anaknya itu dilahirkan pada tahun 1931, hinggalah dia dihantar ke India untuk belajar di Darul Ulum, Deoband, ketika berumur 21 tahun.

Namun apa pun, telah ditaqdirkan oleh Allah SWT begitu, maka begitulah. Dan demikianlah yang telah terjadi, seorang kanak-kanak yang tidak pernah masuk ke mana-mana sekolah kebangsaan atau sekolah rendah, dan jauh sekalilah memasuki Tadika, dan tidak pernah juga menjejakkan kakinya ke mana-mana sekolah menengah – akhirnya berjaya mendapat ijazah Sarjana Perundangan Islam daripada Universiti Al-Azhar, Mesir, sebelum pulang ke tanahair pada Februari 1962.

Dan pada tahun 1967 menjadi Ahli Parlimen Malaysia, melalui pilihan raya kecil Kelantan Hilir, dan pada tahun 1990 menjadi Menteri Besar Kelantan.

Mengikut buku Habibul Izzah, dan juga buku "Peribadi Tuan Guru" oleh Hussain Yaakub (1992), Nik Aziz tidak pernah melibatkan diri dengan mana-mana persatuan pelajar atau aktif dalam apa-apa aktiviti pelajar sewaktu di Universiti Al-Azhar mahupun di Deoband, India.

Maka di manakah anak muda ini mendapat latihan kepemimpinan atau pengalaman berorganisasi, maka dia tiba-tiba berjaya memimpin sebuah masyarakat sebagai Menteri Besar selama 23 tahun, dengan membuktikan banyak kejayaan yang penting bukan sahaja untuk masyarakat di Malaysia bahkan boleh diteladani oleh ummah di seluruh dunia?

Dan dia masih diperlukan oleh jemaah PAS di Malaysia untuk memimpin parti politik itu, sebagai Mursyidul Am, walaupun umurnya sudah 83 tahun.

Saya tidak mengatakan bahawa Nik Mat Alim itu bertanggungjawab ke atas kejayaan TG Nik Aziz sebagai Menteri Besar. Itu adalah kejayaan peribadi TG Nik Aziz sendiri. Tetapi didikan yang diperolehnya sewaktu dia kanak-kanak dan remaja, yang membentuk keperibadiannya, adalah hasil yang dilakukan oleh Nik Mat Alim itu.

Pengarang telah membuat kajian dan penyelidikan yang cukup teliti, selama sejak dia di universiti lagi, tahun 1996. Buku ini asalnya kajian ilmiah peringkat Sarjana Mudanya di Universiti Malaya. Pernah tergendala sekejap kajian itu, kemudian disambung semula, dan baru tahun ini, awal 2014, diterbitkan.

Tumpuannya menceritakan agak terperinci mengenai Nik Mat Alim itu, hingga boleh dikatakan buku ini sebenarnya ialah biografi awal Nik Aziz dan juga biografi Nik Mat Alim – seorang yang alim dan sangat tegas dalam melaksanakan ibadah dan dalam mendidik anak-anaknya menunaikan perintah beribadat.

Misalnya dia memastikan anak-anaknya bangun seawal jam 3 pagi (mengikut Hussain Yaakub jam 4 pagi) untuk bertahajud, membaca Quran dan ibadah-ibadah lain, dan tidak tidur lagi hingga siang. Semua anak-anaknya, walau masih kecil. Dan selepas Subuh anak-anak itu diajaknya pula berkebun.

Nik Aziz ialah produk sekolah pondok. Dan sebelum ke pondok, rumahnya adalah sekolahnya, dan Nik Mat Alim adalah guru pertamanya (di samping Mek Aminah, ibunya, yang mengajar anak-anaknya menulis dan membaca tulisan jawi). Dan guru pertama ini bukan sahaja mengajar hal-hal biasa seperti yang biasa diajar oleh kebanyakan ayah, tetapi dia menjadi guru yang lebih daripada itu.

Kata Izzah, "Apabila usia Nik Aziz 7 tahun, Nik Aziz telah mula berjinak-jinak menghafal kitab-kitab nahu dan saraf, termasuk kitab Matan Alfiah" – iaitu kitab nahu bahasa Arab yang menjadi bacaan wajib di sekolah pondok. Ia dikatakan kitab yang sukar dipelajari – mengandungi 1000 bait syair. Nik Aziz menghafal kitab ini sewaktu berusia 8 tahun.

Anda kena baca buku ini, kalau ingin mengetahui yang selebihnya. Saya tak mungkin menceritakan lebih daripada ini. Dan saya juga ingin mencadangkan kepada IPTG supaya buat sesuatu untuk mencungkil lagi bagi mengetahui kaedah pendidikan Nik Mat Alim itu.

Istimewanya buku ini, Izzah tidak membeberkan teori mengenai pendidikan cara Islam, tetapi dia menceritakan terus pelaksanaannya oleh seseorang, dan membuktikan keberkesanan kaedah yang digunakannya itu. Hingga apabila mendengar seorang pendakwah sedang menyampaikan tazkirah, saya terfikir begini:

Cubalah kalau pendakwah kita tidak usah banyak sangat bersyarah dan berceramah di sana-sini, tetapi masing-masing melaksanakan didikan seperti yang dilaksanakan oleh Nik Mat Alim itu kepada keluarga masing-masing. Tentulah kita akan mendapat suatu ummah yang sangat berjaya.

Kenapa saya katakan demikian? Ialah kerana didikan oleh Nik Mat Alim itu tidak sama dengan didikan yang dilakukan oleh orang lain. Ketegasannya dan disiplin ketat yang dikenakan ke atas anak-anaknya dalam melaksanakan perintah Allah, seperti yang diceritakan oleh Habibul Izzah itu, adalah sesuatu yang ketara dan jelas berbeza. 

Sistem peperiksaan online telah ditambah baik

Posted: 12 Sep 2014 01:04 AM PDT

SINAR HARIAN


Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam
 
 
 
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah melakukan penambahbaikan sistem yang digunakan bagi peperiksaan secara dalam talian atau online yang mengalami masalah baru-baru ini.
 
Pengerusinya, Tan Sri Mahmood Adam berkata, penambahbaikan dilakukan dari segi peningkatan server dan aplikasi bersama-sama dua syarikat penyedia perkhidmatan iaitu Jaring Communications Sdn Bhd dan Syarikat Novatis Resources Sdn Bhd.
 
Penambahbaikan itu dilakukan dengan mengambil kira aduan serta pandangan yang dikemukakan bagi tujuan peperiksaan ulangan yang telah diadakan dan pada masa akan datang, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
 
Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada arahan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa semalam supaya SPA memperbaiki pelaksanaan kaedah peperiksaan dalam taliannya.
 
Ia susulan masalah teknikal yang berlaku semasa peperiksaan online bagi jawatan Penguasa Kastam Gred W41 pada Sabtu lalu, sehingga menjejaskan sebahagian calon, dan menyebabkan peperiksaan ulangan diadakan pada malam Rabu.
 
Mahmood berkata, SPA juga telah mengemukakan laporan penuh berhubung pelaksanaan kedua-dua peperiksaan itu kepada Ketua Setiausaha Negara.
 
Dalam pada itu, katanya seramai 30,487 daripada 84,856 calon yang menduduki peperiksaan itu telah diperakukan lulus bagi tujuan panggilan temu duga. - Bernama

Undang-undang ganti Akta Hasutan perlu berkesan

Posted: 12 Sep 2014 01:01 AM PDT


Zaini (pakai berret hijau) pada majlis perasmian Perasmian Forum dan Pameran Keganasan Komunis di Seremban, semalam. Zaini (pakai berret hijau) pada majlis perasmian Perasmian Forum dan Pameran Keganasan Komunis di Seremban, semalam.
 
 
 
SEREMBAN - Undang-undang baharu yang akan menggantikan Akta Hasutan 1948 kelak seharusnya jauh lebih baik dan berkesan dalam memelihara keharmonian negara, demikian kata bekas Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohd Said.

Menurutnya, beliau khuatir undang-undang baharu nanti tidak mampu berfungsi sebaik akta sedia ada, lantas mengundang keadaan tidak diingini dalam masyarakat.

"Undang-undang baharu itu perlu dikaji secara terperinci. Sekiranya didapati membawa sedikit bahaya dan sedikit perpecahan sekali pun, ia tidak patut digunakan.

"Buat apa kita hendak mengambil sesuatu yang lebih buruk, walhal akta sedia ada sudah cukup elok," katanya kepada Sinar Harian  selepas menghadiri Perasmian Forum dan Pameran Keganasan Komunis sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-57 di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Sembilan, di sini semalam.

Menurutnya, apa yang paling menjadi kerisauannya sekarang, jika akta baharu itu digunakan pihak tidak bertanggungjawab sebagai alat untuk menindas mana-mana individu atau kumpulan yang tidak bersetuju dan bertentangan pendapat dengan mereka.

"Namun, seandainya perkara tersebut dapat diperkemaskan lagi sehingga situasi sebegitu dapat dielakkan, maka itu tidak mengapa.      

"Paling penting, undang-undang baharu itu (kalau perlu diadakan) kualitinya mestilah sama atau lebih baik berbanding Akta Hasutan 1948, tanpa ada ruang untuk disalahgunakan," katanya.

Measat-3b bukan penyelesaian masalah MH370

Posted: 12 Sep 2014 01:00 AM PDT

SINAR HARIAN


Datuk Jailani Johari Datuk Jailani Johari
 
 
 
KOUROU - PERANCIS. - Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata,  pelancaran satelit Measat-3b tidak harus dilihat sebagai persediaan dan penyelesaian kepada masalah seperti tragedi yang menimpa MH370.
 
Beliau berkata satelit berharga RM1.12 bilion milik Measat Satellite System Sdn Bhd hanya berfungsi meningkatkan keupayaan bidang telekomunikasi, bukannya membekalkan imejan jika berlaku sesuatu kemalangan termasuk berkaitan pengangkutan udara.
 
"Kalau kita lihat Measat sudah melancarkan enam satelit termasuk Measat-3b, di mana setiap satu dilancar ke orbit untuk tujuan berbeza, contohnya Measat-5 lebih kepada mengurangkan jurang digital di luar bandar menerusi keupayaan jalur lebar.

"Measat-3b pula kegunaannya lebih kepada sektor telekomunikasi dan penyiaran, bukan untuk membantu menjejak objek atau merakamkan imejan seperti dalam kes kehilangan MH370," katanya.
 
Bercakap pada sidang media selepas menyaksikan pelancaran satelit Measat-3b di Pusat Angkasa Eropah di sini Khamis, Jailani, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan, Komunikasi dan Media bagi MH370 berkata perkara tersebut perlu diperjelaskan bagi memastikan tidak timbul salah faham masyarakat berhubung fungsi satelit itu.

Penerbangan MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal. Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
 
Pesawat Boeing 777 itu masih belum ditemui walaupun pencarian besar-besaran telah dilakukan di selatan Lautan Hindi, berhampiran Perth, tempat pesawat itu dipercayai berakhir. Usaha untuk mencari pesawat itu masih berterusan.
 
Jailani berharap masyarakat faham bahawa enam satelit yang dimiliki syarikat itu semuanya direka berpaksikan matlamat meningkatkan kualiti telekomunikasi, penyiaran serta teknologi maklumat.
 
Beliau berkata pelancaran satelit berkeupayaan tinggi itu diharap mampu memberi sokongan terhadap kelancaran siaran televisyen berbayar kerana kolokasi  Measat-3b bersama-sama Measat-3 dan Measat-3a akan menyokong platform televisyen Terus Ke Rumah (DTH).
 
Gangguan ketika hujan merupakan masalah utama perkhidmatan sistem televisyen berbayar dan saya difahamkan kewujudan satelit ini mampu membantu menangani masalah itu, katanya.

Dengan jangka hayat 15 tahun, dilengkapi transponder 48 Ku-band, MESAT-3b akan digunakan untuk menyokong perkhidmatan data dan video di Malaysia, India, Indonesia dan Australia.
 
Melalui penggunaan enam satelit komunikasinya, Measat kini mengendalikan satelit dengan rangkaian pengguna meliputi dua bilion penduduk di negara-negara tersebut.
 
Pelancaran satelit Measat-3b seberat 5,897kg itu yang hanya mengambil masa 48 minit untuk tiba di orbit, turut disiarkan secara langsung dan disaksikan 400 pelajar sekolah menengah di Pusat Sains Negara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. - Bernama

Soalan bocor: Kegagalan berterusan justifikasi ganti menteri

Posted: 12 Sep 2014 12:57 AM PDT


Oleh NURUL IZZAH ANWAR



Lembaga Peperiksaan telah mengumumkan bahawa kertas soalan UPSR bagi subjek Sains 018, 028 dan 038 telah bocor, menyebabkan sebanyak 473,175 murid tahun 6 yang sedang menduduki peperiksaan tersebut terkesan.

Peperiksaan tersebut dilaporkan ditunda sehingga 30 September yang akan datang; mengikut rancangan awal UPSR sepatutnya berakhir hari ini.

Sumber Kementerian Pendidikan dipetik berkata, "peperiksaan tersebut ditangguhkan ke 30 September kerana perlu menunggu siasatan pihak berkuasa selain mengambil kira waktu cuti persekolahan yang akan bermula 13 September ini. Dalam tempoh itu juga kementerian perlu merangka kembali soalan baharu bagi kertas Sains berkenaan."

Malah, Astro Awani melalui laman sesawangnya juga mendakwa kertas peperiksaan bagi Matematik turut bocor - dakwaan yang enggan diulas Lembaga Peperiksaan.

Lembaga Peperiksaan Malaysia telah membuat laporan polis tentang insiden kebocoran kertas peperiksaan Sains yang sedang disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi; sementara siasatan dalaman Kementerian belum lagi diumum status dan perinciannya.

Dalam pada itu, kita masih menantikan keputusan jawatankuasa khas yang menyiasat dakwaan kebocoran kertas peperiksaan SPM 2013 yang diwujudkan Kementerian Pendidikan pada tahun lepas. Keputusan serta hasil siasatan jawatankuasa tersebut wajib dipapar kepada umum.

Kementerian Pendidikan bersama Lembaga Peperiksaan perlu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kebocoran-kebocoran ini. Permohonan maaf tidak memadai; dan sebuah pasukan sepatutnya dibentuk untuk mengenalpasti sumber kebocoran - dengan transparen dan bertanggungjawab. Lembaga juga seharusnya merangka sebuah prosedur untuk memastikan sekiranya perkara ini berlaku lagi, sebuah pelan kontigensi dapat digerakkan untuk memastikan peperiksaan berjalan dengan lancar - contohnya menerusi set kertas peperiksaan alternatif.

Lembaga Peperiksaan sepatutnya mengambil iktibar daripada sebuah kejadian yang pernah berlaku di Untied Kingdom; AQA telah memberikan set soalan alternatif untuk digunakan dalam peperiksaan A-Levels di United Kingdom apabila didapati set soalan asal dalam peperiksaan Pengajian Perniagaan telah bocor.

Dalam sebuah lagi kes yang pernah berlaku di Ireland pada tahun 2009, sebuah peperiksaan Bahasa Inggeris hanya ditangguhkan sebanyak 3 hari, apabila soalan peperiksaan tersebut didapati bocor.

Soalan alternatif diberikan kepada lebih 50,000 pelajar setelah seorang petugas peperiksaan telah tersalah membocorkan soalan sehari sebelum peperiksaan itu diambil.

Penangguhan peperiksaan adalah suatu penganiayaan kepada anak-anak sekolah yang bertungkus-lumus membuat persediaan untuk peperiksaan tersebut; termasuklah keluarga mereka yang terkesan.

Kementerian Pendidikan dan Lembaga Peperiksaan sepatutnya telah lebih bersedia dalam menangani kemelut ini dan dengan serta-merta mempamerkan kebertanggungjawaban yang menyeluruh dalam menjawab, menyiasat dan respons berkala kepada umum berkait sebarang dakwaan kebocoran - tanpa mengganggu konsentrasi anak-anak yang menduduki sebarang peperiksaan awam, termasuk PT3, UPSR, SPM dan STPM. Kegagalan berterusan hanya memberi justifikasi kepada penggantian menteri.

Penulis ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Naib Presiden PKR.

Ahli politik banyak bercakap dan menjadikan diri sendiri bahan jenaka

Posted: 12 Sep 2014 12:55 AM PDT



Oleh Ng Kee Seng


Keupayaan atau kecenderungan untuk bercakap besar tentu bukannya ukuran untuk menjadi seorang pemimpin yang bijak.  Dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan adalah seseorang yang melakukannya tanpa mengetahui bahawa beliau kerap ditertawakan orang lain.

Ingat lagi apabila Mohamad, pada kemuncak krisis air Selangor pada bulan April, menawarkan untuk menjual 20 juta gelen air setiap hari?

Walau bagaimanapun Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menolak tawaran Negri Sembilan itu kerana ia tidak cukup untuk menangani krisis air di negeri yang lebih besar dan kaya itu.

Hari ini, The Star melaporkan pengenaan catuan air di tiga daerah tenggara Negeri Sembilan dari 22 September, kerana cuaca kering yang berpanjangan.  

Langkah ini akan memberi kesan kepada kira-kira 15,000 isi rumah di Rembau, Tampin dan Gemencheh.

Mohamad berkata, sebagai permulaan, catuan itu akan dikenakan selang sehari selama sebulan.
"Kami tidak ada pilihan kerana paras air di empangan Gemencheh telah jatuh ke tahap yang berbahaya," katanya.  

Mohamad, adakah anda ikhlas atau hanya cuba untuk menunjuk-nunjuk atau bercakap besar apabila anda menawarkan untuk menjual air kepada Selangor?  

Ahli-ahli politik seperti Mohamad perlu sedar bahawa apa yang mereka katakan atau lakukan sentiasa boleh mengenai batang hidung mereka sendiri.

Hari ini, ahli-ahli politik dari kedua-dua belah jurang politik adalah sama bersalah seperti Mohamad yang bercakap besar dan memperbodohkan diri mereka sendiri.  

Yang terbaru adalah Ketua Menteri Pulau Pinang dari parti DAP, Lim Guan Eng yang terpaksa memohon maaf kepada Sultan Selangor selepas membuat rentetan "cakap besar" retorik politik – berkenaan mempertahankan hak-hak rakyat dan perlembagaan persekutuan.  

Dalam hal yang sama, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut terpaksa momohon maaf kepada Sultan Selangor kerana mengemukakan hanya satu nama bagi jawatan MB Selangor, tetapi beliau menjelaskan bahawa dia dan PKR hanya bertindak dalam kerangka perlembagaan.

Ahli-ahli politik dari kedua-dua belah pihak harus menjaga lidah mereka dan memastikan bahawa mereka mampu mempertahankan semua yang mereka katakan atau janjikan.

Jika tidak, mereka perlu diam kerana lebih banyak yang mereka tuturkan dan gagal untuk sampaikan, lebih banyak kewibawaan yang mereka hilang. Mereka juga mula kehilangan keyakinan rakyat.  

Itulah apa yang berlaku kepada kedua-dua belah jurang politik, termasuk pemimpin-pemimpin Umno yang diketuai oleh presidennya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak

UPSR: Pengarah Lembaga Peperiksaan Buat Laporan Polis

Posted: 12 Sep 2014 12:45 AM PDT

MSTAR ONLINE


Dr Na'imah Ishak
 
 
 
PUTRAJAYA: Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia Dr Na'imah Ishak membuat laporan polis berhubung kebocoran kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 (Kertas 1 dan 2) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Laporan itu dibuat pada 7.50 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini selepas beliau mendapati paparan di sebuah akhbar tabloid Bahasa Melayu hari ini sama dengan soalan sebenar kertas peperiksaan Bahasa Inggeris UPSR.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata kes akan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

"Keterangan pengadu telah diambil. Polis masih menjalankan siasatan. Setakat ini, tiada tangkapan dibuat," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Ini merupakan laporan polis kedua dibuat Dr Na'imah.

Pada Rabu, beliau membuat laporan berhubung kebocoran kertas peperiksaan Science 018, 028, 038 di IPD sama.

Kertas peperiksaan 018, 028, 038 bagi UPSR 2014, yang dijadualkan hari ini, telah ditangguhkan ke 30 September.

Suspek Bocor Kertas Soalan UPSR Dikenal Pasti - Idris Jusoh

Posted: 12 Sep 2014 12:41 AM PDT

Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
 
 
Akibat perbuatan pihak tidak bertanggungjawab, calon UPSR terpaksa menduduki semula kertas soalan Sains dan Bahasa Inggeris pada 30 September ini.
 
 
 
PUTRAJAYA: Beberapa suspek yang terlibat membocorkan kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sudah dikenal pasti, kata Menteri Pendidikan ll, Datuk Seri Idris Jusoh.

Katanya, ia berdasarkan hasil siasatan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Idris berkata, hasil siasatan turut mengesan empat lokasi panas (hotspot) dipercayai terbabit dengan kes pembocoran kertas soalan UPSR.

"Beberapa individu telah dikenal pasti dan kini sedang disiasat oleh polis," katanya pada sidang media di Lembaga Peperiksaan Malaysia di sini, Jumaat.

Ditanya mengenai empat hotspot itu, Idris enggan mendedahkannya kerana ia hanya akan mengganggu siasatam.

"Saya juga tidak boleh beritahu kawasan, negeri mana dan individu tersebut," katanya.

Kertas soalan UPSR Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dan kertas bagi subjek Sains 018, 028 dan 038 disahkan berlaku kebocoran.

Lembaga Peperiksaan Malaysia pada Khamis mengumumkan 30 September ini sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kertas berkenaan.

Sementara itu, Idris berkata, beliau memohon maaf berhubung insiden yang berlaku dan melakukan yang sebaik-baiknya dalam pengendalian dan pengurusan peperiksaan berkenaan.

"Kita telah mengambil sebaik-baik cara dan gerak kerja untuk pastikan tiada kebocoran tetapi masih berlaku," katanya sambil menambah bahawa Kementerian Pendidikan satu jawatankuasa bebas yang terdiri daripada individu berprofil tinggi bagi meneliti semula dan menambah baik Prosedur Operasi Standard (SOP) mengenai pengendalian dan pengurusan peperiksaan awam.

Tiada ulasan: