Khamis, 11 September 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Jururawat Diperkosa Dalam Ambulans

Posted: 11 Sep 2014 06:12 AM PDT

KELAB GREENBOC






Mersing - Seorang jururawat berdepan detik hitam selepas mendakwa dirogol di dalam ambulans oleh seorang pemandu di belakang asrama hospital di daerah ini, 4 September lalu. Gambar hiasan.

Dalam kejadian yang berlaku awal pagi itu, mangsa berusia 31 tahun mendakwa semasa mengemas barang untuk dibawa turun dari ambulans, dia yang keletihan terlelap seketika di dalam kenderaan terbabit.

Sebelum itu, dia dan suspek serta seorang lagi pembantu baharu sahaja sampai dari sebuah hospital di Johor Bahru.

Bagaimanapun, sebaik sahaja sedar, mangsa mendapati ambulans sudah berada di belakang asrama hospital dan pintu kenderaan itu berkunci.

Bimbang keselamatan dirinya, mangsa cuba mencari sesuatu untuk membuka pintu ambulans terbabit, namun keadaan gelap menyukarkan usahanya.

Tanpa disedari oleh mangsa, pemandu terbabit yang berseorangan didakwa berada di dalam ambulans itu terus memperkosa dan merogolnya, walaupun dia bergelut untuk menyelamatkan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superitendan Zulkepli Hashim ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

"Repot telah diterima dan kita sedang siasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Lelaki itu telah kita tangkap untuk siasatan lanjut," katanya di sini semalam.

Difahamkan lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu itu direman selama tujuh hari bermula semalam. SH

Bantah tindakan Felda, Anak adu kepada Suhakam

Posted: 11 Sep 2014 06:09 AM PDT

MUHAMMAD FAIZAL






KUALA LUMPUR: Dianggarkan hampir 500 peneroka Felda seluruh negara hadir di pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini bagi membantah tindakan Felda yang menekan para peneroka.

Himpunan aman peneroka yang dianjurkan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) ini bertujuan agar Suhakam dapat berbincang dengan Felda dan kerajaan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi peneroka.

Presidennya, Mazlan Aliman memberitahu pertemuaan ini bertujuan agar Suhakam mendengar segala permasalahan melibatkan peneroka dengan Felda.

"Kita amat berpuashati dengan maklum balas dari pertemuan tersebut serta kerjasama yang diberikan.

"Ini yang kita harapkan ada segala apa yang peneroka luahkan ini menemuai jalan penyelesaian yang terbaik serta memihak kepada golongan peneroka," katanya selepas pertemuan tersebut.

Mazlan pada pertemuan tersebut meminta agar Suhakam meneliti kembali perjanjian antara peneroka dengan Felda di bawah Perjanjian Tanam Semula dan Pengurusan Kebun yang dilihat sebagai berat sebelah.

"Adalah tidak munasabah setelah peneroka membayar hutan piutang dan memperolehi gerah hak milik tanah, mereka sekali lagi dipaksa menandatangani perjanjian.

"Ini bukan sahaja berat sebelah tetapi turut memberi implikasi buruk kepada peneroka," katanya.

Tambah beliau lagi, Suhakam juga diminta untuk menyiasat tentang insentif Hari Raya dan dividen yang dijanjikan Perdana Menteri pada 5 Julai lalu sebanyak RM72.69 juta kepada seluruh peneroka.

Namun, terdapat peneroka yang dinafikan penerimaan insentif dan dividen tersebut walaupun peruntukan tersebut disediakan untuk seluruh peneroka seramai 112,635 orang.

"Dalam pada itu kita turut menekankan sikap diskriminasi terhadap peneroka yang tidak bersama Felda.

"Sepatutnya mereka diberikan penghargaan atas usaha mereka selama ini tetapi tidak mereka dicemuh dan dilabelkan dalam masyarakat, malah turut diancam serta dipulaukan.

"Dalam rayuan lain kita turut meminta agar Kadar Perahan Gred (KPG) dikaji dan disegerakan kerana ia membawa kerugian besar kepada peneroka," sambung beliau.

Sementara itu, Pesuruhjaya Suhakam James Nayagan yang mendengar rayuan peneroka itu turut berjanji akan menjalankan siasatan atas aduan yang telah diterima.

"Hasil dari siasatan ini, kita akan bincangkan di peringkat majlis suruhanjaya.

"Selepas siasatan ini juga kita akan adakan satu rundingan meja bulat bagi mencari jalan penyelesaian, dalam masa yang sama satu lawatan dan perbincangan dengan Putrajaya turut dilakukan.

"Selain dari itu, mana-mana kes di mahkamah membabitkan peneroka dan Felda, Suhakam akan menghantar satu wakil bagi mengikuti penjalanan perbicaraan tersebut," katanya selepas mendengar aduan dan rayuan dari peneroka.

James turut menerima memorandum daripada Mazlan di hadapan 500 peneroka selepas selesai pertemuaan tersebut.

Dalam pada itu, Anak akan turut menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di pejabatnya di Putrajaya jam 3 petang hari ini.

Kesemua peneroka akan turut berkumpul di hadapan pintu utama pejabat Perdana Menteri sebagai menyatakan bantahan mereka terhadap Felda.

Turut hadir pada himpunan tersebut adalah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. - HARAKAHDAILY







Pendapatan RM5,900 sebulan: Kita tahu ia mengarut

Posted: 11 Sep 2014 06:07 AM PDT

STEVEN SIM 


Lazim dikatakan bahawa ahli politik kerap menipu. Sebenarnya, ahli politik lebih kerap memberi kita statistik. Apa perbezaannya? Mark Twain memberitahu: "Terdapat tiga jenis penipuan; penipuan, penipuan celaka, dan statistik."

Statistik terbaru yang ditayangkan dengan bangga oleh kerajaan Malaysia ialah laporan bahawa pendapatan isi rumah di negara kita telah melepasi RM5,900 sebulan. Perkara ini disebut oleh Datuk Seri Abdul Wahid Omar, bekas taukeh Maybank yang dilantik ke dalam Kabinet sebagai "Menteri Ekonomi". (http://www.bernama.com/bernama/v7/newsindex.php?id=1066627)

Gerak hati kita tahu kenyataan tersebut mengarut. Kenapa?

Ini kerana ramai keluarga yang kita kenali, mungkin termasuk keluarga kita sendiri, tidak mempunyai pendapatan RM5,900 sebulan.

Ini kerana kerajaan sendiri telah mewar-war bahawa program BR1M telah memanfaatkan sebanyak 80% isi rumah di Malaysia. Berdasarkan syarat untuk menerima BR1M, iaitu pendapatan bulanan isi rumah mesti kurang daripada RM3,000 sebulan, maka bagaimana pula Menteri Ekonomi kata pendapat isi rumah sudah lebih RM5,900 sebulan sedangkan majoriti besar isi rumah menjadi penerima BR1M?

Ini kerana dalam sidang Parlimen yang lepas di September 2013, kerajaan dalam menjawab soalan saya menyatakan bahawa 82.5% orang muda Malaysia yang berumur 30 ke bawah, bergaji kurang daripada RM3,000 sebulan. Golongan ini merupakan satu pertiga daripada jumlah tenaga kerja di Malaysia.

Ini kerana mengikut laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2012 (PPRI/KA 2012), 40% terbawah ("bottom 40%) isi rumah Malaysia hanya berpendapatan kira-kira RM1,800 sebulan.

Tambahan pula, walaupun PPRI/KA 2012 melaporkan isi rumah Malaysia sudahpun berpendapatan RM5,000 sebulan pada tahun 2012, 50% daripada isi rumah Malaysia sebenarnya berpendapatan kurang daripada RM3,626 sebulan.

Bagaimana ini boleh terjadi?

Statistik, seni "putar belit" rasmi

(Kaveat: saya sebenarnya suka akan statistik kerana dengan penggunaan yang bertanggungjawab ia memberi perspektif berguna bagi memahami realiti)

Menteri Ekonomi menggunakan laporan PPRI/KA 2014 terbaru, yang masih tidak dimuatatas ke laman web Jabatan Statistik Malaysia. Maka, saya akan menggunakan laporan PPRI/KA 2012 untuk menunjukkan bagaimana pak menteri mempergunakan statistik bagi melakar gambaran yang "indah khabar dari rupa" tentang pendapatan kita.

Abdul Wahid menggunakan min pendapatan isi rumah untuk menunjukkan pendapatan isi rumah sudah mencapai RM5,900 sebulan. Sebenarnya dalam PPRI/KA  2012 yang saya sebut di atas, min pendapatan isi rumah sudah mencecah RM5,000 sebulan. Ini diperoleh daripada membahagikan jumlah keseluruhan pendapatan semua isi rumah dengan jumlah isi rumah tersebut; iaitu mengambil puratanya.

Kita sedia maklum cara ini berkesan sekiranya nilai-nilai dalam suatu set data cukup dekat dengan satu sama lain; dalam erti lain, cara ini berkesan sekiranya semua isi rumah yang dibanci mempunyai pendapatan yang lebih kurang sama. Sebaliknya, jika wujud satu atau dua nilai yang tinggi dalam set data tersebut, purata akan menjadi tidak tepat. Sebagai contoh: Jika diambil purata gaji Bill Gates dan beberapa orang pekerja bawahan yang lain, maka setiap satunya akan menjadi jutawan.

PPRI/KA 2012 juga melaporkan bahawa median pendapatan isi rumah di Malaysia hanya RM3,626. Median memberikan gambaran yang lebih tepat sekiranya set data mengandungi nilai-nilai yang amat berbeza antara satu sama lain. Set data tersebut dibahagikan kepada dua, nilai-nilai atas dan nilai-nilai bawah, dengan nilai median di tengah. Justeru, menurut laporan PPRI/KA 2012, separuh daripada isi rumah Malaysia sebenarnya berpendapatan kurang daripada RM3,626 sebulan, walaupun secara puratanya pendapatan adalah RM5,000 sebulan.

Kedua-dua merupakan statistik yang sah, jadi di mana masalahnya?

Masalah dengan "ketidakjujuran" ini bukannya kerajaan menipu kita, tapi kerajaan menipu diri sendiri. Apabila kerajaan telah berbangga dengan "pencapaian" tersebut, maka ia sekali gus gagal melihat keadaan seadanya dan usaha-usaha yang masih perlu dilaksanakan.

Dalam sidang parlimen pertama saya pada tahun 2013, Menteri Ekonomi yang sama dengan megahnya memaklumkan Dewan Rakyat, kerana kadar pengangguran berada di bawah paras 4%, maka mengikut ahli ekonomi John Maynard Keynes, Malaysia boleh dianggap mencapai penggajian penuh ("full employment").

Sejak masa itu, saya telah berkali-kali menunjukkan bahawa perspektif "syok sendiri" sebegini telah membutakan kerajaan terhadap situasi penggajian yang benar dalam negara ini dan masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dalam sektor pekerjaan termasuk kadar pengangguran tinggi dalam kalangan anak muda, isu "underemployment", amalan industri yang tidak adil, diskriminasi jantina di tempat kerja, kebergantungan tinggi Malaysia kepada pekerja migran berkemahiran rendah dan penghijrahan cerdik pandai ("brain drain").

Justeru, dalam kes ini juga, sekiranya seorang pemimpin bertaraf Menteri Ekonomi mengatakan bahawa kita sudahpun berpendapatan RM5,900 sebulan, besar risikonya kerajaan akan terlepas pandang masalah sebenar: gaji rendah, kos hidup yang tinggi, hutang isi rumah dan hutang individu yang tinggi dan jurang pendapatan yang semakin melebar.

Biarpun banyak laporan menunjukkan pertumbuhan ekonomi, kita telah gagal dalam tempoh 20 tahun ini untuk mengecilkan jurang ketidaksamarataan.

Menurut Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni, Indeks Gini Coefficient Malaysia, yang mengukur ketidaksamarataan (0 bermaksud sama rata sempurna, 1 bermaksud tidak sama rata sempurna), adalah 0.431 pada tahun 2012 dan merupakan antara yang tertinggi di rantau ini, berbanding negara-negara seperti Thailand (0.4) dan Indonesia (0.37).

(http://www.thestar.com.my/business/business-news/2013/08/03/malaysias-income-distribution-inequality-still-high/)

Maka, masalah paling besar bercakap bohong bukannya orang lain akan percaya, tapi pembohong sendiri mempercayai bohong-bohongnya itu.

*Penulis merupakan Ahli Parlimen Bukit Mertajam

Polis kenal pasti suspek utama tikam pelajar UiTM

Posted: 11 Sep 2014 06:02 AM PDT

BERNAMA 


MELAKA: Pihak polis telah mengenal pasti suspek utama berhubung kes pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Alor Gajah yang ditikam dalam rompakan di Pangsapuri Dimensi, Lendu semalam.
  
Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah, DSP Abd Rahman Jid berkata suspek yang dipercayai bekerja sebagai penarik kereta berusia 30-an dan berasal dari Melaka sedang dikesan.
  
"Lelaki tersebut melarikan diri dengan sebuah kereta selepas kejadian dan polis percaya suspek masih berada di negeri ini," katanya kepada Bernama.
  
Dalam pada itu, beliau berkata dua lelaki berusia 16 dan 20 tahun dipercayai rakan suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.
  
Dalam kejadian 5.30 pagi itu, Siti Irina Ridzwan, 20, pelajar jurusan Diploma Komunikasi Massa ditikam kerana dikatakan menjerit dan cuba melawan suspek ketika rompakan tersebut.
  
Mangsa yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan dilapor ditikam sebanyak enam kali di dada dan tangannya dengan pisau. - Bernama

Projek tebatan sekerat jalan punca banjir

Posted: 11 Sep 2014 05:54 AM PDT

ASLANI M |



 


TUMPAT: Sebelum dibina batas air masin di Kampung Bendang Pak Yong sehingga ke sempadan di Dun Meranti, banjir yang melanda cepat surut.

Bagaimanapun selepas jalan keselamatan (Kesban) yang juga dijadikan sebagai batas mengelakkan air masin masuk ke sawah siap dibina, banjir melanda lambat surut.

Penyelia Dun Pengkalan Kubor, Wan Rosdi Wan Ibrahim berkata, banjir menenggelamkan Kampung Simpangan, Kubang Sawa, Bendang Pak Yong dan Juluk sehingga dua minggu.

"Maka tidak hairanlah orang kampung menggelarkan sebagai banjir air termenung. Termenung kerana penduduk tidak boleh melakukan apa-apa aktiviti sepanjang ditenggelami bah.

"Hendak pergi membeli keperluan harian pun terpaksa menaiki sampan melintasi beberapa kampung. Penduduk juga tidak dapat melakukan sebarang pekerjaan," katanya ketika ditemui di sini.

Biar pun dalam kesibukan kempen pilihan raya kecil Dun Pengkalan Kubor beliau sedia meluangkan masa untuk ditemubual petang semalam.

Selepas itu beliau menghadiri mesyuarat Perhubungan PAS Negeri yang diadakan di Markas Operasi PRK Pengkalan Kubor di Kampung Tebing.

Menurut Wan Rosdi masalah dihadapi penduduk mendapat perhatian kerajaan negeri, di mana setiap musim tengkujuh bantuan banjir bernilai lebih RM40,000 diberi kepada mangsa banjir.

Katanya beliau bersama petugas Majlis Tindakan Dun (MTD) Pengkalan Kubor menghantar keperluan harian kepada penduduk yang terperangkap menggunakan bot.

"Pada akhir 2012 saya terpaksa mencari dana sehingga RM70,000 termasuk disumbang kerajaan negeri bagi menyediakan keperluan asas diagih kepada penduduk.

"Bantuan diagih dari rumah ke rumah kerana keseluruhan kawasan itu ditenggelami air bah. Rumah saya juga tenggelam. Di halaman rumah di paras dada," ujarnya yang juga tinggal di Kampung Bendang Pak Yong.

Penghulu Bendang Pak Yong, Mohd Azmi Ibrahim berkata, banjir air termenung berlaku kerana projek batas air masin yang dibina kerajaan pusat hanya sekerat jalan.

Katanya, projek itu hanya berakhir di Kampung Kuala Jambu dan dari kampung tersebut ke Rantau Panjang jalan yang dibina lebih rendah.

Menurutnya air banjir yang masuk melalui kampung tersebut akan terperangkap tidak boleh keluar kerana pintu air dibina kecil.

"Pintu air yang dibina di Kampung Naga Ibu tidak sepadan dengan air yang deras mengalir masuk dari arah Meranti. Air hanya surut dalam tempoh agak lama," katanya.

Oleh itu beliau berkata, masalah banjir hanya akan dapat diatasi sekiranya projek tebatan dibina sehingga ke Rantau Panjang seperti dilaksanakan di sebelah Thailand.

Sebelum ini kerajaan pusat acap kali menguar-uarkan projek tebatan banjir antara Rantau Panjang ke Pengkalan Kubor, namun ia tidak menjadi kenyataan sehingga sekarang. - HARAKAHDAILY

Tuntutan mutaah RM300,000: Aidil tidak setuju

Posted: 11 Sep 2014 05:46 AM PDT


Aidil Zafuan Aidil Zafuan
 
 
 
PEMAIN bola sepak Harimau Malaya, Aidil Zafuan Abdul Razak, 27, tidak bersetuju dengan nilai tuntutan mutaah RM300,000 yang dipohon oleh bekas isterinya, Rita Rudaini Mokhtar, 38.

Aidil Zafuan menerusi peguamnya, Rushdan Sujak Rafie memfailkan pembelaannya di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Atrasina Mohd Zahrullail semalam.

Rushdan berkata, di dalam pembelaan, anak guamnya memberi alasan nilai mutaah yang dipohon oleh Rita Rudaini adalah melampaui jumlah sepatutnya.

"Anak guam saya tidak bersetuju dengan nilai yang dituntut oleh bekas isterinya," katanya kepada wartawan di luar mahkamah," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Menurutnya, kegagalan Aidil Zafuan hadir ke mahkamah pada tarikh yang lalu adalah kesuntukan masa selain perlu menyertai perlawanan bola sepak.

"Saman diterima oleh Aidil Zafuan adalah singkat sebelum kes ini disebut dan dia juga tidak sempat untuk membuat lantikan peguam.

"Pada kali ini dia juga tidak hadir atas alasan menyertai pasukan kebangsaan untuk perlawanan persahabatan di China sebelum menyertai Sukan Asia, Incheon, Korea esok," katanya.

Mahkamah menetapkan 9 Oktober depan sebagai sebutan semula kes tersebut.

Sebelum ini, Rita Rudaini yang juga seorang pelakon terkenal memfailkan tuntutan tersebut pada 7 Julai lalu.

Pasangan itu bernikah di Songkhla, Thailand pada 2008 dan disahkan bercerai oleh Mahkamah Rendah Syariah Seremban pada 6 September 2013.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3.

Calon BN diterima pengundi atas pagar

Posted: 11 Sep 2014 05:42 AM PDT


PRK Pengkalan Kubor
 
 
 
TUMPAT - Umno yakin calon BN, Mat Razi Mat Ail  mampu meraih sokongan rakyat untuk mempertahankan kemenangan BN pada PRK Dun Pengkalan Kubor.

Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Mat Razi adalah calon terbaik yang elok dari segi sifatnya kerana beliau antara lain adalah 'orang masjid'.

Bagaimanapun, Mustapa tidak menafikan setiap manusia itu ada kelemahan dan cacat celanya.

"Kita bersyukur pengumuman terhadap calon diterima baik berdasarkan riak wajah penyokong atas pagar," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Taklimat Gerakraya PRK N01 di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Biji Wangsa, di sini, sebentar tadi.

CEO Celcom nafi bakal terajui MAS

Posted: 11 Sep 2014 04:26 AM PDT


Ahmad Jauhari Yahya. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM Ahmad Jauhari Yahya. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
 
 
 
SHAH ALAM - Khabar angin yang mengatakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom Axiata Bhd, Datuk Seri Shazalli Ramly akan menerajui MAS ternyata tidak benar apabila beliau menafikan perkara itu.

Berita yang mengatakan beliau akan menggantikan CEO MAS, Ahmad Jauhari Yahya adalah tidak benar, lapor sebuah portal.

Menurut Shazalli, beliau akan kekal berada di Celcom untuk lima tahun akan datang bagi mengukuhkan syarikat berkenaan.

Sebelum ini, nama Shazalli disebut-sebut sebagai calon CEO yang berpotensi untuk menerajui syarikat penerbangan yang sedang menghadapi masalah itu.

Selain Shazalli,  Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala dan Ketua Axiata Group milik Khazanah, Datuk Seri Jamaludin Ibrahim turut dikatakan akan menjadi calon menduduki jawatan penting itu.

Namun, Idris sebelum ini telah menafikan akan menjawat jawatan tersebut.

Khazanah juga kini sedang meninjau calon-calon berpotensi dari industri penerbangan global dan juga tempatan untuk menjadi CEO baharu MAS.

Ahmad Jauhari, yang kontrak tiga tahunnya dijadual tamat bulan depan, akan terus menerajui entiti sedia ada MAS sehingga 1 Julai 2015 bagi melicinkan peralihan daripada entiti lama kepada entiti baharu MAS yang disusun semula.

Hutang 1MDB, Rafizi sependapat dengan Tun M

Posted: 11 Sep 2014 04:24 AM PDT


Rafizi Ramli Rafizi Ramli
 
 
 
SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sependapat dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung hutang dan penggunaan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Menurut Rafizi, kedudukan kewangan 1MDB dan pengurusannya yang tidak telus merupakan ancaman kepada kestabilan ekonomi

"Saya selalunya berbeza pendapat dengan Tun Mahathir dalam banyak perkara. Namun, saya menyokong penuh pendirian dan pendapat Tun mengenai 1MDB.

"Malah, saya berpendapatan kedudukan kewangan 1MDB dan pengurusannya yang tidak telus merupakan satu ancaman kepada kestabilan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau mendakwa, hutang 1MDB yang dilaporkan melebihi RM 30 bilion itu merupakan di bawah tanggungjawab kerajaan.

"Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab dalam Parlimen bahawa hanya RM5 bilion sahaja hutang 1MDB yang dijamin kerajaan. Beliau menjawab secara rasmi bahawa jumlah hutang yang lain tidak dijamin oleh kerajaan.

"Hasil siasatan saya setakat ini menunjukkan bahawa keseluruhan hutang 1MDB berjumlah RM 30 bilion itu adalah tanggungjawab sepenuhnya kerajaan.

"Ini bermakna bahawa sekiranya 1MDB gagal melunaskan hutang-hutang tersebut, kerajaan Malaysialah yang bertanggungjawab melangsaikan hutang itu dan sudah tentu menggunakan wang rakyat," katanya.

Sehubungan itu beliau bakal mendedahkan dokumen bukti tersebut dalam masa terdekat.

"Saya percaya Tun Mahathir Mohamad mempunyai maklumat yang sama. Sebab itulah beliau tidak dapat menyembunyikan lagi kebimbangan beliau.

"Saya akan mendedahkan dokumen bukti mengenai hutang 1MDB dalam masa terdekat yang menunjukkan Kerajaan Malaysia bertanggungjawa kepada hutang-hutang yang dikumpul 1MDB," katanya.

Pemuda PR bayangkan Akta Hasutan tak akan dimansuh

Posted: 11 Sep 2014 04:22 AM PDT


Akta Hasutan Akta Hasutan


PUTRAJAYA - Pemuda PR hari ini membayangkan bahawa Akta Hasutan 1948 bakal diteruskan walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pernah berjanji untuk memansuhkan akta tersebut.

Perkara itu dinyatakan Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad selepas selesai mengadakan pertemuan dengan wakil Kementerian Dalam Negeri bagi berbincang mengenai akta berkenaan di ibu pejabat kementerian itu, di sini.

"Saya bersama kawan PR bertemu dengan wakil pihak kementerian Datuk Awang Din Husain (Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam) hari ini.

"Kita sampaikan memorandum kita dan sudah ada cop terima daripada mereka, kita nyatakan pandangan serta, hasrat kita. Sementara disoal mengenai perkembangan tersebut Datuk Din hanya menjawab tiada perkembangan, kenyataan tersebut disebut beliau berulang kali," ujarnya kepada pemberita.

Pemuda PR sebelum ini ke KDN untuk bertemu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi tujuan itu.

Sementara itu, menurut Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat, satu perbincangan khas akan diadakan pihaknya selepas menerima 'jawapan' daripada wakil KDN itu.

"Tindakan seterusnya kita akan bincang semula, kita akan meneliti apakah langkah yang boleh kita lakukan, kemungkinan satu 'roadshow' akan kita adakan bagi menuntut penjelasan tuntas daripada KDN," katanya.

Mengulas lanjut Suhaizan berkata, perkembangan terbaru itu sangat membimbangkan pihaknya.

"Bila tiada perkembangan tangkapan pun banyak saya sendiri berpandangan itu moodnya barangkali akan diteruskan itu sangat membimbangkan kita," katanya.

Pada 12 Julai lalu, Perdana Menteri pernah berjanji akan memansuhkan Akta Hasutan 1948, selaras dengan program transformasi yang dibawa oleh beliau.

Perdana Menteri turut pendirian pentadbirannya mahu memansuhkan Akta Hasutan dan menggantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional, baru-baru ini.

Kertas BI: Peperiksaan semula 30 Sept

Posted: 11 Sep 2014 04:16 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Lembaga Peperiksaan hari ini membatalkan kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 kerana didapati turut bocor.
  
Dalam kenyataannya, badan peperiksaan itu mengumumkan 30 September sebagai tarikh baharu untuk kertas peperiksaan berkenaan, bersekali dengan pengambilan semula kertas Science 018, 028 dan 038 yang ditangguhkan sebelum ini kerana kebocoran kandungan soalan yang dikesan.
  
"Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan telah menerima laporan bahawa kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 bagi  UPSR 2014 telah didapati bocor.
  
"Lembaga Peperiksaan telah menjalankan siasatan dan mendapati perkara ini benar," kata kenyataan itu.
  
Semalam, ia mengumumkan kertas peperiksaan Science 018, 028, 038 ditangguhkan ke 30 September ini kerana kandungan soalannya didapati tersebar melalui media sosial.
  
Lembaga Peperiksaan berkata ia akan menyiasat semua dakwaan kebocoran kertas peperiksaan yang berlaku.
  
"Kita akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dan seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan," kata badan itu.  

Sebelum ini, Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata perkara itu disahkan pada 11 pagi tadi selepas kementerian menerima maklumat malam tadi yang  disebarkan melalui media sosial.
  
Beliau berkata kementerian memohon maaf atas insiden kedua itu selepas soalan mata pelajaran Sains 018, 028 dan 038 yang dijadualkan hari ini bocor dan terpaksa ditangguhkan ke 30 Sept.
  
"Kita akan pastikan mereka yang bertanggungjawab diambil tindakan yang sekeras-kerasnya kerana kita melihat integriti telah dipersoalkan dan perkara ini tidak sepatutnya berlaku.
  
"Saya sekali lagi merakamkan rasa dukacita tentang apa yang berlaku dan memohon maaf kepada ibu bapa yang terpaksa menanggung kesusahan," katanya di sidang media selepas menghadiri majlis menandatangani perjanjian dan pelaksanaan Program Latihan Berteraskan Continuous Professional Development (CDP) di Putrajaya hari ini.

Idris berkata satu jawatankuasa bebas akan dibentuk dalam masa terdekat bagi menyiasat insiden tersebut yang disifatkannya telah mencemarkan kredibititi dan integriti kementerian itu.
  
"Ianya (set kertas peperiksaan) merupakan soalan yang lengkap. Jadi kita akan tubuhkan satu jawatankuasa bebas dan berprofil tinggi dengan mengambil kira keseriusan dan untuk melihat apa yang telah berlaku sebenarnya.
  
"Jawatankusa ini bukan sahaja untuk menghukum mereka yang terlibat tetapi juga memastikan perkara ini tidak berulang selain memberi pandangan kepada kementerian apakah langkah-langkah yang perlu diambil," katanya.
  
Beliau berkata panel jawatankuasa itu akan dilantik berdasarkan mereka yang memahami aspek keselamatan tinggi seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat.
  
"Kita akan pastikan jawatankuasa ini berterusan dan akan terus memberikan cadangan-cadangan kepada kementerian apakah langkah, tindakan, tahap keselamatan yang perlu dibuat dari semasa ke semasa supaya kita dapat mengatasi isu-isu perkembangan teknologi yang digunakan oleh mereka-mereka yang ada akses kepada teknologi atau menyalahgunakan kuasa," katanya.
  
Mengenai tarikh untuk menduduki semula kertas itu, Idris berkata kementerian sedang meneliti sama ada ia boleh diadakan pada 30 September bersama peperiksaan kertas Sains atau pada tarikh lain.
  
Beliau berkata tarikh baru adalah perlu dengan mengambil kira pelbagai aspek antaranya isu logistik dan teknikal termasuk soal keselamatan soalan dan integriti kerana ia melibatkan 473,175 murid, 8,299 pusat peperiksaan, 51,438 petugas peperiksaan dan 382 bilik kebal.
  
Idris berkata kementerian akan memastikan tidak berlaku lagi soalan peperiksaan bocor.
  
Katanya hasrat kerajaan memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah untuk mengurangkan fokus kepada peperiksaan dan mengelakkan insiden sebegini berlaku.
  
Mengenai program CPD, beliau berkata program itu diadakan dengan kerjasama strategik bersama institusi pengajian tinggi tempatan dalam menawarkan program latihan yang memberi manfaat kepada pegawai menerusi pengiktirafan berbentuk peningkatan kelayakan akademik iaitu di peringkat sarjana dan diploma kepada warga kementerian tersebut.

Semalam Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan bahawa tarikh peperiksaan untuk mata pelajaran Sains bagi peperiksaan itu ditunda ke 30 September ini.

Ia memandangkan peperiksaan mata pelajaran itu, yang sepatutnya diduduki pada 11 September dikesan tersebar luas di laman sosial. - Bernama

Kes hasutan: Aktivis rela meringkuk di lokap

Posted: 11 Sep 2014 04:14 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Aktivis Ali Abd Jalil lebih rela untuk terus meringkuk di lokap polis daripada ditahan semula selepas diikat jamin.

Peguamnya, Fadilah Md Fazil berkata Ali bimbang akan didakwa sekali lagi selepas ini berhubung kesalahan melibatkan Akta Hasutan sekiranya diikat jamin.

"Tadi bila kita jumpa dia dan tanya apa yang dia mahu, dia minta supaya beri masa sehingga Isnin untuk ikat jamin," katanya.

Beliau berjaya menemui Ali di lokap polis, di bangunan kompleks mahkamah di Shah Alam hari ini.

Siswa di sebuah institut pengajian tinggi swasta itu dibawa ke mahkamah hari ini untuk proses jaminan namun berkeras untuk terus berada di lokap, katanya.

"Lagipun dia tak mahu diikat jamin kerana keadaan dia dalam penjara Sungai Buloh, OK. Dia gembira," kata Fadilah.

Tambahnya, Ali juga tidak menerima sebarang gangguan di penjara itu.

"Fizikal dia pun OK. Dia kata dia dapat banyak pengalaman dan belajar banyak perkara dalam penjara," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau kali pertama dihadapkan di Mahkamah Sesyen Selayang pada hari Isnin lalu atas tuduhan menerbitkan penerbitan berbaur hasutan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

Tuduhan tersebut adalah berhubung tulisan di laman Facebook bernama "Regimen Anarki" yang didakwa dimiliki Ali.

Beliau dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 selepas mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut.

Bagaimanapun, pemuda itu kemudiannya ditahan semula sebaik diikat jamin pada hari sama.

Beliau kemudian di bawa Mahkamah Sesyen Shah Alam dan dihadapkan dengan dua lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan kerana menghina Sultan Selangor dan institusi beraja di Malaysia.

Ali bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan itu dan minta dibicarakan.

Untuk dua pertuduhan itu, beliau dibenar diikat jamin RM4,000 bagi setiap pertuduhan dan mahkamah mengarahkan beliau menyerahkan pasport antarabangsa.


 

PKR turun padang jelaskan isu S'gor di 56 DUN

Posted: 11 Sep 2014 04:08 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Berdepan pelbagai kritikan dari dalam dan luar parti, PKR menggerakkan jentera mereka untuk memberi penerangan mengenai isu kemelut menteri besar Selangor.

Pimpinan tertinggi PKR termasuk Ketua Umum Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim akan menjelajah ke seluruh 56 Dewan Undangan Negeri Selangor bagi menerangkan secara terus perspektif parti dan penjelasan mengenai isu ini.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail memberitahu Malaysiakini, langkah itu diambil oleh biro politik selepas mesyuarat mereka kelmarin.

"Isu Selangor dah berlaku dan kita sedang berdepan satu kemelut. Jadi pimpinan parti berpendapat satu siri penerangan lebih sistematik bagi menerangkan kepada semua menurut perspektif parti.

"Anggota parti perlu lebih memahami bagaimana langkah yang dijalankan pimpinan parti dan apakah strategi yang disusun kepimpinan," kata beliau kepada Malaysiakini hari ini.

PKR dilaporkan hanya mencalonkan satu nama kepada Istana sebagai calon menteri besar Selangor iaitu presiden mereka Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Istana sebelum ini melabel parti itu sebagai biadab dan derhaka kerana tidak menghantar lebih dari dua nama yang diminta.

PKR dan DAP kemudiannya memohon ampun kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Bagaimanapun Anwar dalam jawapan beliau kelmarin menegaskan akan mengikut "konvensyen" sebelum ini dan dilaporkan mahu menghadap Sultan bagi menjelaskan sendiri hal ini kepada baginda Tuanku.

Sementara itu, satu jawatankuasa bersama telah dibentuk selepas mesyuarat di antara Anwar, Anggota Parlimen, ADUN dan sebahagian ketua cabang PKR di Selangor.

Sumber menyatakan jawatankuasa peringkat negeri itu akan diketuai oleh penyandang timbalan PKR Selangor Zuraida Kamaruddin dan disertai oleh beberapa lagi pimpinan pusat yang terdiri dari anggota parlimen dan beberapa ketua cabang.

Sumber tersebut turut menyatakan beberapa pimpinan negeri meluahkan bantahan dan tidak dimasukkan dalam jawatankuasa bersama ini.

Hal itu bagaimanapun dinafikan Saifuddin yang menyatakan tiada sebarang bantahan atau protes dibuat ketika mesyuarat peringkat biro politik kelmarin atau peringkat negeri semalam.

"Tak timbul keputusan biro politik diprotes atau dibincangkan wakil Selangor.

"Kerana parti baru selesai pemilihan, jawatankuasa negeri masih belum dilantik, tetapi sepertimana di Kelantan di mana pimpinan Kelantan diberi peranan, begitu juga di Selangor, pimpinan negeri diberi peranan," kata beliau.

Saifuddin turut menjangkakan akan mengambil masa beberapa minggu bagi menyelesaikan siri penerangan ini.

"Kalau ada (ahli) yang tidak bersetuju, kita akan terangkan kepada mereka," kata beliau.

Tiada ulasan: