Rabu, 10 September 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Muhyiddin mohon maaf soalan Sains UPSR bocor

Posted: 10 Sep 2014 07:45 AM PDT


Muhyiddin Yassin. - Foto Bernama Muhyiddin Yassin. - Foto Bernama
 
 
 
TUMPAT - Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada ibu bapa dan murid terbabit dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berhubung kertas soalan Sains yang didapati bocor sehingga peperiksaan ditangguh kepada 30 September.

"Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pendidikan telah melaporkan perkara itu kepada pihak polis untuk siasatan terperinci dan berharap perkara tersebut tidak akan berulang lagi," ujar Menteri Pendidikan itu.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, kejadian kertas peperiksaan bocor itu adalah sesuatu yang malang.

Kertas peperiksaan subjek Sains itu sepatutnya diduduki pelajar tahun enam pada jam 8.15 pagi sehingga 9.30 pagi, esok.

Dr M suarakan kebimbangan pada 1MDB

Posted: 10 Sep 2014 07:37 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan kebimbangannya terhadap perbelanjaan dana pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya, dana itu sebenarnya "berlagak sebagai dana kekayaan negara" sedangkan ia bukan daripada lebihan kewangan negara.

"Ia dihutang. Berbilion ringgit dihutang yang menambah hutang negara dengan amat tinggi.

"Hutang oleh negara mesti dibayar. Jika tidak kita akan muflis seperti Argentina.

"Sebuah negara yang mengalami defisit tiap tahun tidak mungkin bayar hutang sebesar ini," katanya.

Menulis dalam blognya hari ini, Mahathir mengingatkan bahawa Malaysia menghadapi belanjawan defisit apabila perbelanjaannya melebihi pendapatan, tidak seperti negara pengeluar minyak seperti Kuwait dan Qatar.

Negara-negara itu katanya, mengadakan dana kekayaan negera kerana mempunyai lebihan daripada jualan beratus juta tong minyak setahun, berbeza dengan Malaysia yang hanya mengeluarkan 650,000 tong sehari.

Peguam: “Abdul Khalid mula saman Bank Islam bukan sebaliknya”

Posted: 10 Sep 2014 07:35 AM PDT

Oleh: LIZAWATI MADFA



SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mula mengambil tindakan undang-undang terhadap Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan bukan sebaliknya.

Perkara itu disahkan peguam Menteri Besar itu, Matthew Thomas Philip dalam satu kenyataan media malam tadi.

islamic-bankPhilip berkata beliau terpaksa membuat penjelasan selepas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mengeluarkan maklumat berkenaan penyelesaian itu yang sepatutnya tidak didedahkan.

"Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bukan BIMB yang pertama sekali mengambil tindakan berhubung penjualan yang salah saham Guthrie miliknya oleh BIMB.

"Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ialah plaintif sementara BIMB ialah defendan dalam kes itu," jelas Philip.

Pada pertengahan bulan lepas, Abdul Khalid meminta Khalid Samad berjumpa kedua peguamnya, Philip dan Derek Fernandez bagi mendapatkan penjelasan berhubung penyelesaian luar mahkamah pinjaman BIMB.

10672338_10154604814165430_6328284949898023354_nArahan itu dilakukan Menteri Besar selepas diminta Khalid Samad bagi menjelaskan penyelesaian berkenaan yang didakwa meragukan oleh bekas parti Abdul Khalid iaitu PKR.

"Sejak awal 2007 lagi, ia menjadi sebahagian rancangan keseluruhannya untuk melihat sebarang kemungkinan penyelesaian luar mahkamah. Ini bukan sesuatu yang baru.

"Kami sudah memberi nasihat yang kami fikir merupakan terma munasabah untuk penyelesaian luar mahkamah dan terma akhir penyelesaian luar mahkamah itu lebih kurang sama seperti yang kami nasihatkan kepada Khalid Ibrahim," kata Philip lagi.

10653684_10154604814260430_3501185267899536367_nTambah Philip, sebagai peguam, pihaknya maklum akan kesemua terma yang terkandung dalam penyelesaian itu tetapi tidak dapat didedahkan kepada umum tanpa kebenaran pihak BIMB.
EZY

Baucar Jom Shopping kepada 17,300 sempena Deepavali

Posted: 10 Sep 2014 07:29 AM PDT

Oleh: AFEEQA AFEERA


SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan mengagihkan baucar Jom Shopping kepada 17,300 penerima berbangsa India sempena sambutan Deepavali yang akan berlangsung pada Oktober depan.

Exco Belia, Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata program itu adalah kesinambungan kepada program yang pernah dianjurkan sebelum ini setiap kali menjelangnya musim perayaan.

MB jom shopping 31 jul 01Katanya baucar berkenaan akan diagihkan kepada penerima di setiap DUN berdasarkan beberapa kategori yang ditetapkan.

"Jumlah pengundi yang kurang daripada 10,000 kita akan beri 300 baucar untuk setiap Dun manakala tambahan 100 baucar akan dibuat bagi jumlah pengundi melebihi 10,000 dan 15,000.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 52 DUN akan menerima 300 baucar, tiga DUN akan menerima 400 baucar sementara hanya satu DUN sahaja akan terima 500 baucar iaitu di Seri Andalas," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco hari ini.

Beliau berkata jumlah penerima baucar bagi tahun ini juga meningkat berbanding 13,900 penerima pada tahun lalu.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa had operasi bagi pusat mencuci kenderaan yang berkuatkuasa sebelum ini ditamatkan serta-merta.

"Penamatan had masa pusat cuci kereta kerana Selangor pada ketika itu memiliki sumber air mentah yang terhad, tetapi kita putuskan ia ditamatkan dan mereka boleh meneruskan aktiviti seperti biasa," katanya lagi.EZY

Zam anggap Harakah Online telah dikuasai Anwarinas

Posted: 10 Sep 2014 07:27 AM PDT

 
Ini rentetan dari kegagalan Harakah melaporkan tentang Nik Abduh yang dilabel sebagai pengkhianat seperti mana yang dilaporkan The Star.


Picture 23


PETALING JAYA: Bekas Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin mengkritik lidah rasmi PAS, Harakah, yang tidak melaporkan berita mengenai anak bekas Menteri Besar Kelantan Nik Abduh mengistiharkan perang "Gerak Kubor" terhadap PKR dan DAP.

Menurutnya, The Star online telah mendahului Harakah dalam menyiarkan berita yang menggemparkan itu.

Dalam laporan yang dibuat akhbar The Star, Nik Abduh yang juga merupakan Timbalan Ketua Pemuda PAS dan angota Jawatankuasa PAS Pusat menyifatkan pemimpin kedua parti itu (PKR dan DAP) sebagai pengkhianat kepada PAS.

Zainudin berkata, Nik Abduh telah membuat satu kenyataan menerusi akaun Facebooknya yang mengatakan Presiden PAS telah memutuskan tidak perlu lagi berunding dengan kedua parti itu dan memberikan amaran bahawa partinya akan mengambil tindakan keras terhadap DAP dan PKR jika mereka terus tidak mempedulikan kesabaran yang ditunjukkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi.

"Beliau mengajak seluruh ahli PAS" Mari kita lancarkan "Gerakan Kubor"…. jumpa disana…

"Harakah Online tidak menyiarkan suara penting dari seorang anggota jawatankuasa pusatnya yang juga anggota Parlimen. Nyatalah suara parti ini dkuasai oleh Anwarinas," jelas Zainudin dalam blog terbarunya.

MMKN sumbang 763 lembu sempena Hari Raya Aidiladha

Posted: 10 Sep 2014 07:26 AM PDT

 
Majlis penyerahan lembu-lembu korban kepada pegawai-pegawai daerah akan diadakan pada 18 September ini di perkarangan Masjid Negeri di Shah Alam


lembu


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini telah bersetuju untuk menyumbang sebanyak 763 lembu bersempena Hari Raya Aidiladha tahun ini untuk diagihkan ke seluruh negeri.

Menurutnya, sumbangan bernilai hampir RM2.6 juta tersebut adalah sumbangan daripada tujuh anak syarikat kerajaan negeri.

"Antaranya Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Permodalan Negeri Selangor Berhad, Kumpulan Semesta Sdn Bhd, Worldwide Holding Berhad, Kumpulan Darul Ehsan Berhad, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor, Menteri Besar Selangor Incorporated dan Yayasan Selangor," katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, majlis penyerahan lembu-lembu korban kepada pegawai-pegawai daerah akan diadakan pada 18 September ini di perkarangan Masjid Negeri di Shah Alam.

"Seperti tahun-tahun sebelum ini, kerajaan negeri bersetuju melantik PKSP secara terus sebagai pembekal lembu-lembu korban ini tanpa menggunakan orang tengah," jelasnya.

Katanya, korban ini juga akan disumbangkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri, Exco, sekolah tahfiz, sekolah pondok dan surau di bawah Jabatan Agama Islam Selangor.

Turut mendapat sumbangan adalah masjid dan surau terpilih di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, PPRT di bawah Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor, PPRT di bawah Majlis Agama Islam Selangor, Orang Asli dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Di Perak ADUN PR disambar, di Selangor ADUN PAS disambar

Posted: 10 Sep 2014 07:16 AM PDT



Oleh SUBKY LATIF


JUSTERU yang buruk, yang huduh dan yang khianat itu dibangsakan untuk PAS saja, seolah-olah yang lain itu elok, betul dan dipercayai belaka.Kita ini semuanya manusia. Semua ada salah dan semua ada silap. Semua ada kebaikan dan semua ada kecantikan. Atas itulah kita berbeza supaya kita berkenalan antara satu sama lain.
  
Saya hendak mengelakkan daripada mengata orang lain salah dan kita saja yang benar. Cuma hendak mengenangkan nasib yang menimpa PAS yang menjadi ujian baginya.

Dulu kita membentuk kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dengan PAS partner minoriti menjadi Menteri Besar. Kita amat rukun. Tiba-tiba tiga ADUN Pakatan Rakyat disambar BN hingga kerajaan itu tumbang. Kita semua kata tindakan BN itu khianat, merampas kuasa dan antara kita kutuk kejadian itu.
   
Sampai hari ini kita hiba atas nasib itu.
   
Dan sekarang PAS malang lagi. Dua ADUN-nya disambar oleh sekutunya sendiri iaitu PKR. Adakah kejadian di Perak itu tidak  sama dengan kejadian di Selangor, sekali pun kejadian di Selangor adalah urusan rumah tangga PR sendiri?
  
PKR tentu ada alasan kerana PAS dikira buat tidak betul padanya. Tetapi BN juga boleh beri alasan kerana sebelumnya PKR sambar ADUN-nya dari Bota. Saya tidak mahu memihak kepada BN dalam pengkhianatannya kepada kerajaan PR Perak itu.
  
Yang saya hendak kenangkan ialah tentang sambaran di Selangor. Adalah benar PAS mempertahankan TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.
   
Dalam apa keadaan PAS menjadikan Khalid sebagai ahlinya walaupun PAS perkenan pada prestasinya memerintah Selangor. Kita percaya Khalid lebih dekat dengan PAS daripada pimpinan PKR. Tetapi mengambil Khalid daripada PKR adalah tidak beradab dan tidak etika terhadap sekutu sendiri.
  
Sekarang Khalid sudah dicerai talak tiga oleh PKR. Apakah PAS wajar ambil janda PKR itu? Tunggu idahnya empat bulan sepuluh hari. Jika takut janda berhias itu disambar BN tidak boleh kita selamatkan dia dengan demikian boleh menyelamatkan satu kerusi PR di Parlimen? Tapi Khalid bukan jenis orang jual diri sama ada menyertai parti lagi atau tidak.
   
Tetapi PKR balas apa yang BN buat pada pakatan di Perak pada PAS di Selangor. Hingga ini tiada bantahan rasmi daripada PAS atas perbuatan sekutunya dan yang ada orang bawah yang kecewa dengan kejadian itu.
  
Apa kata kalau yang disambar itu ADUN DAP? Apakah DAP boleh sabar dan boleh terima? Dan apakah DAP gembira dengan pencurian terhadap ADUN PAS itu?
  
DAP sudah banyak pengalaman ADUN dan MP-nya dicuri orang sejak ia berpolitik. Apa rasanya apabila Richard Ho, MP-nya dari Lumut tahun 1969 dicuri MCA? Itu pengalaman pertamanya. Senang-senang Richard Ho jadi menteri selepas itu. Kita simpati pada DAP.
  
Kalau PKR boleh sambar YB PAS, apakah ia tidak boleh sambar YB DAP satu hari nanti? DAP jangan jadi seperti pelepah atas seronok tengoh pelepah bawah jatuh.
  
Betapa pilu PAS atas dua ADUN-nya yang disambar, tetepi tidak bercadang untuk menuntut seperti Quraisy dalam perjajian Hudaibiyah, menuntut orang Mekah yang lari ke Madinah dipulangkan. Madinah tidak menuntut orang lari ke Mekah dipulangkan. Biarlah mereka gembira dengan orang Mekah.
  
Tetapi patutkah setelah tidak dapat MP Sabah dan Sarawak 16 September 2008, ia sambar ADUN sekutunya? Begitukah orang bersekutu, sedang yang buruk dikatakan hak PAS, dan yang lain semuanya elok?
  
Saya bukan suruh berpecah. Tetapi buatlah perkara yang tidak boleh berpecah. Iaitu semua ada silap dan semua juga ada eloknya.

DAP memohon ampun, Anwar juga memohon ampun tetapi masih ingkar

Posted: 10 Sep 2014 05:16 AM PDT

ASPAN ALIAS

 

DAP telah meminta ampun daripada Tuanku Sultan Selangor kerana bertindak dengan mengingkari titah Tuanku Sultan untuk menamakan lebih dari dua nama untuk menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Tindakan DAP itu adalah tindakan yang sangat dialu-alukan kerana segera meminta maaf setelah Tuanku Sultan murka diatas tindakan ingkar DAP itu bersama PKR dalam isu ini.

Beberapa jam selepas itu ANWAR Ibrahim telah juga memohon maaf diatas kesalahan yang sama tetapi kekal dengan tindakannya hanya menamakan Wan Azizah, isterinya seorang untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar bagi menggantikan Khalid Ibrahim. Anwar juga mengambil kesempatan untuk membidas PM Najib kerana Najib dan UMNO sendiri hanya menamakan satu nama calon untuk jawatan Perdana Menteri negara ini.

Anwar Ibrahim juga berkata tindakan menyenaraikan hanya satu nama untuk jawatan Menteri Besar di Selangor itu adalah mengikut 'convention' dalam mana Khalid Ibrahim adalah satu-satunya nama yang dikemukakan oleh parti dalam memilih Menteri Besar selepas pilihanraya 2008 dan 2013 yang lepas. Alasan yang diberikan oleh Anwar itu adalah alasan yang lemah dan hanya alasan yang dicari-cari untuk meyakinkan tindakan menghantar satu nama sahaja dalam pemilihan seorang Menteri Besar itu adalah satu tindakan yang benar.

Begitu juga UMNO telah menghantar hanya satu nama kepada Tuanku Yang di Pertuan Agong dan kerana tidak ada persoalan dari pihak Istana, maka pencalonan nama yang tunggal oleh UMNO selama ini tidak mempunyai apa-apa rintangan dan diterima dengan baik.

Tetapi dalam kes pencalonan Wan Azizah, pencalonan beliau itu menjadi persoalan oleh banyak pihak, lebih-lebih lagi oleh Istana, maka itulah sebabnya Tuanku menitahkan untuk PKR dan parti-parti lain yang bekerjasama dalam PR itu untuk menghantar lebih dari dua nama untuk pertimbangan Kebawah Duli Tuanku Sultan.  Oleh itu Anwar tidak boleh menjadikan pemilihan Khalid dengan pencalonan tunggal dahulu sebagai konvension atau' precedent' yang perlu diikuti oleh Tuanku Sultan.

Oleh itu tindakan Anwar membidas Najib dalam kenyataannya memohon maaf kepada Sultan Selangor itu adalah satu tindakan untuk mengalihkan pandangan ramai dari masalah yang dihadapi oleh PKR itu. Malahan Anwar tahu yang isterinya itu bermasalah untuk memegang jawatan yang kini masih dipegang oleh Khalid Ibrahim yang dipecatnya dari keahlian partinya beberapa minggu yang lalu.

Tidak guna Anwar memohoin maaf jika beliau terus kekal tidak mahu berganjak dari sikap degil terhadap kehendak Istana itu. Meminta maaf tetapi tetap menunjukkan sikap tidak hormat terhadap institusi yang merupakan proponen penting dalam Perlembagaan Negara dan Negeri itu bukannya untuk membetulkan kesilapan dan kesalahannya.

Pendeknya itu bukan permohonan maaf tetapi menunjukkan sikap angkuh yang lebih dari apa yang telah ditunjukkan sebelum ini. Walau macam mana pun sekarang ini Tuanku boleh memilih siapa diantara yang dicalonkan oleh PAS kerana hanya PAS yang akur terhadap titah Tuanku itu dengan menghantar tiga nama kepada Istana pada 3hb yang lepas.

Tidak pula diketahui samada DAP bertindak menghantar tiga nama seperti yang dititahkan oleh Tuanku selepas Lim Guan Eng bagi pihak DAP telah memohon ampun dari Tuanku Sultan Selangor semalam.

Jika diteliti dengan halus, Tuanku tidak pernah menolak PKR tetapi hanya mempersoalkan kewibawaan Wan Azizah yang pernah diragukan kewibawaannya sebagai Menteri Besar kerana Wan Azizah akan hanya menjadi Menteri Besar 'rubberstamp' sahaja.

Apa masalahnya jika dihantar nama-nama lain dari PKR yang sudah pasti tidak akan membawa masalah kepada perlantikan Menteri Besar baru itu. PKR mempunyai 12 orang ADUN yang lain yang boleh dicadangkan untuk jawatan itu. Apa masalahnya namakan kesemua 12 orang yang lain itu untuk dipilih oleh Istana memegang jawatan Menteri Besar itu?

Sesungguhnya masalah yang timbul diwujudkan oleh PKR sendiri dan tidak ada kena-mengena dengan parti PAS atau yang lain.

Calon diumum Pas esok juga anak tempatan

Posted: 10 Sep 2014 05:05 AM PDT

SINAR HARIAN

PRK Pengkalan Kubor
 
 
 
KOTA BHARU - Pas Kelantan akan mengumumkan calonnya bagi PRK Dun Pengkalan Kubor, esok, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Yakub.

Beliau berkata, buat masa ini, Pas sedang membuat penelitian akhir senarai calon bagi PRK itu yang akan diadakan 25 September ini.

"Apa yang pasti, calon itu adalah anak tempatan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Ahmad yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan berkata, parti itu akan mengumumkan calon itu bersama-sama pimpinan parti PR di Pengkalan Kubor, Tumpat.

Beliau berkata PRK itu dijangka sengit memandangkan Pas mahu merampas semula kerusi itu daripada BN.

Namun, beliau memberi jaminan proses itu akan berlangsung dalam suasana aman dan saling menghormati.

PRK Dun Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar, 57, dari BN akibat kanser hati pada 20 Ogos lepas.

Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Sementara itu, Ahmad berkata kemelut PKR Selangor tidak memberi kesan kepada PR di Kelantan, yang disifatkan masih kukuh. - Bernama

Kes rasuah: Reman pegawai kastam dilanjut

Posted: 10 Sep 2014 05:03 AM PDT


SHAH ALAM - Seorang daripada 12 pegawai kastam yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam operasi khas 3 September lalu, dilepaskan tanpa syarat, hari ini.

Bagaimanapun, Mahkamah Majistret Petaling Jaya memerintahkan empat daripada mereka dilanjutkan reman selama sehari, enam selama tujuh hari lagi manakala seorang lagi dilanjutkan kepada enam hari bermula esok, bagi membantu siasatan.

Mereka antara 22 individu yang ditahan SPRM dalam operasi khas di Lembah Klang 3 September lalu kerana disyaki terbabit dalam aktiviti rasuah berkaitan penyeludupan arak dan rokok.

Turut ditahan dalam operasi itu termasuk 10 pemilik syarikat, ejen dan pemandu lori.

Sementara itu, seorang lagi pegawai kastam yang baru ditahan semalam direman selama enam hari mulai hari ini menjadikan jumlah keseluruhan pegawai yang ditahan kekal 12 orang.

Kesemua suspek berusia di antara 35 hingga 58 tahun itu disiasat di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dan Akta Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2010.

Dua daripada mereka bergelar Datuk, yang mana salah seorang daripadanya adalah pengarah negeri.

Zalif Sidek: Bayaran memang kurang

Posted: 10 Sep 2014 04:57 AM PDT


Zalif Sidek Zalif Sidek
 
 
 
BERIKUTAN  keadaan ekonomi industri perfileman tempatan yang dilihat semakin merosot, banyak pihak terkesan dengan situasi itu terutamanya syarikat produksi tempatan.

Turut terkena tempias itu, produser syarikat Metrowelath (MIG) Sdn Bhd, Mejar K. David Teo akui terpaksa mengurangkan bayaran pelakon-pelakonnya bagi membolehkannya terus kekal mengeluarkan filem biarpun industri perfileman tempatan terus merundum.

Buat pelakon di bawah pengurusan MIG, Zalif Sidek bagaimanapun tidak terkejut malah bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan itu.

"Sebenarnya sudah lama juga saya tidak terlibat dengan penggambaran filem dan paling terbaru adalah pada awal tahun.

"Kalau ikutkan memang bayaran untuk tawaran lakonan tidak sama seperti sebelum ini. Tapi pengurangan pembayaran itu tidaklah terlalu ketara," jelasnya kepada Sinar Harian, kelmarin.

Sebagai pelakon, Zalif akui turut merasa kesannya dan terpaksa mengambil inisiatif lain untuk masa depan yang terjamin.

"Saya rasa ini bukan sahaja melibatkan pelakon-pelakon MIG malah ia sebagai satu persediaan buat semua pelakon dan produksi tempatan untuk berhadapan dengan keadaan kemerosotan industri filem.

"Saya sendiri memang sudah mula rasa kesannya sebab sudah lama tidak tampil dengan produk filem. Saya sudah bersiap sedia untuk menerima apa kesannya dan perlu mencari inisiatif lain untuk menstabilkan ekonomi diri sendiri dengan menceburi bidang lain," katanya yang kini sedang berjinak-jinak menceburi bidang perniagaan dalam sektor perladangan bersama keluarganya.

Walau bagaimanapun, itu tidak bererti dia akan meninggalkan kariernya sebagai pelakon malah akan terus menjalaninya sehingga diperlukan.

"Sebagai pelakon kita perlu sedia dan menerima apa sahaja dugaan dan cabaran ini sebab bayaran pun sudah semakin berkurangan dan pada masa yang sama tawaran lakonan juga akan berkurang.

"Jadi selepas ini usaha perlu berlipat kali ganda, cuba untuk dapatkan tawaran lakonan yang baik. Saya tidaklah harapkan untuk memegang watak yang besar, asalkan ia mampu beri impak kepada jalan cerita, ia sudah memadai," ujarnya.

Di cop 'playboy'

"Saya bukan 'playboy' dan memang agak terkejut bila ada orang kata saya seperti itu sedangkan wanita-wanita yang dikaitkan dengan saya sebelum ini hanyalah kawan," jelas pelakon Zalif Sidek mengenai spekulasi sesetengah pihak yang bersikap serkap jarang terhadap
dirinya.

Akui dirinya seorang yang mudah didekati, Zalif memberitahu sehingga hari ini dia masih belum menemui wanita yang benar-benar serius dengannya.

"Memang saya seorang yang mudah berkawan dan mungkin orang lain tidak pernah kenal mereka sebab itu timbul pelbagai spekulasi.

"Memandangkan usia pun sudah semakin meningkat, memang saya ada perancangan untuk berkahwin tapi setakat ini saya belum jumpa lagi wanita yang betul-betul serius dan beri kebahagiaan pada saya," jelasnya kepada Sinar Harian, semalam.

PM: 'Saya tak akan susahkan rakyat Malaysia'

Posted: 10 Sep 2014 04:56 AM PDT

SINAR HARIAN

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.  - Foto Bernama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. - Foto Bernama
 
 
 
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan pelaksanaan sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula April depan tidak akan membebankan rakyat.

Beliau menegaskan bahawa sistem percukaian itu yang diguna pakai kira-kira 90 peratus negara di dunia perlu dilaksana di Malaysia bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara terus mampan dan berkembang kukuh.
  
Beliau berkata, kerajaan tidak melaksanakan sistem percukaian GST secara terburu-buru, malah ia telah dikaji kerajaan sejak 30 tahun dahulu dan yakin ia akan membawa kebaikan kepada rakyat dan negara.
  
"Yakinlah, saya tidak akan susahkan rakyat Malaysia. Saya sebagai pengerusi BN tidak akan menyusahkan rakyat kerana kerajaan berdiri atas sokongan rakyat," katanya ketika menutup majlis Penerangan Perdana GST di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

GST dijadual diperkenalkan April 2015 pada kadar enam peratus bagi menggantikan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 16 peratus.

Najib juga menerangkan kepada kira-kira 2,000 orang awam yang hadir pada majlis itu mengenai manfaat perlaksanaan GST, yang mampu memacu ekonomi negara ke arah status negara maju.
  
Beliau berkata GST ini bukanlah satu perkara baharu, sebaliknya telah disebut tiga Menteri Kewangan terdahulu, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa membentangkan belanjawan pada 30 Oktober 1992.
  
"Kita mesti ada sumber kewangan yang kukuh. Setiap kali belanjawan dibentangkan setiap tahun, jika tidak disebut bonus, maka belanjawan itu dianggap sebagai tidak baik.
  
"Untuk sebulan bonus, kerajaan perlu mengeluarkan hampir RM5.6 bilion. Ia menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjaga kebajikan penjawat awam sebanyak 1.5 juta orang dan 300,000 pesara, negara memerlukan hasil negara yang mencukupi," katanya.
  
Jelas Najib, bagi menentukan kemampuan kewangan negara terus mampan dan kukuh, maka hasil negara perlu ditambah menerusi perlaksanaan GST, yang mewajibkan rakyat membayar cukai apabila berbelanja.

Sehubungan itu, perdana menteri berkata daripada 12 juta pekerja Malaysia, hanya 1.2 juta orang yang membayar cukai pendapatan, dan wang ini digunakan untuk menampung keperluan 28 juta rakyat Malaysia.
  
"Antara lain, hasil pencukaian perlu untuk bidang kesihatan kerana terdapat keperluan untuk menambah hospital, katil dan sebagainya yang menjadi perkara mendesak untuk rakyat," katanya.
  
Bagaimanapun, Najib secara terbuka mengakui bahawa GST akan menyebabkan berlaku sedikit kenaikan terhadap harga barang tertentu iaitu sebanyak 1.8 peratus.
  
Namun beliau memberi jaminan ia tidak melibatkan barang keperluan asas dan perkhidmatan serta penguatkuasaan lebih rapi akan dilakukan dengan penambahan pegawai dalam Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
  
"Orang ramai juga boleh lapor kepada kerajaan terhadap peniaga yang menaikkan harga barang supaya tindakan boleh diambil," katanya, sambil menambah kata penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) seharusnya menggunakan wang itu sebaik-baiknya.
 
Mulai tahun depan, kerajaan akan memperkenalkan BR1M khas bayaran tambahan sebanyak RM300 kepada jumlah sedia ada bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah berikutan pelaksanaan GST.
  
Najib turut mengingatkan peniaga untuk mendaftarkan perniagaan mereka secepat mungkin agar mudah memahami mengenai GST dan tidak mengamalkan sikap rakyat Malaysia yang suka menunggu sehingga saat akhir. - Bernama

Najis tikus di guni tepung, makanan depan tandas

Posted: 10 Sep 2014 04:51 AM PDT

MALAYSIAKINI


Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengarahkan lima kilang makanan di negeri ini ditutup mulai semalam kerana gagal mematuhi peraturan kesihatan.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) Ku Nafishah Ku Ariffin berkata antara kesalahan menjijikkan dikesan dalam operasi itu ialah najis tikus dibiar melekat pada guni tepung dan stok makanan mentah dilonggok di hadapan tandas.

"Premis terbabit diarah tutup dalam tempoh 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan pemiliknya harus menjalankan kerja pembersihan sebelum diperiksa sekali lagi," katanya kepada pemberita di Georgetown.

Beliau berkata premis terlibat ialah kilang kicap, kilang mi, kilang roti, kilang bawang goreng dan kilang kerepek yang beroperasi di sekitar Jelutong, Kepala Batas dan Bukit Mertajam.

Sebanyak 16 premis diperiksa iaitu Daerah Timur Laut (dua), Barat Daya (tiga), Seberang Perai Utara (dua), Seberang Perai Tengah (lima) dan Seberang Perai Selatan (empat).

Ku Nafishah berkata terdapat juga kes pengusaha menggunakan peralatan mengadun dan menggoreng makanan yang berkarat selain dibiar melekit dipercayai tidak dibasuh secara berjadual.

Beliau berkata pihaknya turut mengeluarkan tiga notis saman berjumlah RM5,000 atas kesalahan mengikut Seksyen 32B Akta Makanan 2009 dan akan meneruskan operasi seumpama itu termasuk di kantin-kantin kilang di negeri ini.

Segelintir pengusaha sedar kesalahan mereka namun mengambil mudah perkara seumpama itu dan lebih cenderung mengambil sikap menunggu tindakan penguatkuasaan diambil terhadap mereka, katanya.

Beliau berkata orang ramai boleh menghubungi talian 04-2017277 atau 04-2017278 jika mempunyai aduan berkenaan premis makanan kotor atau produk makanan rosak di negeri ini.- Bernama

Aktivis berdemo bantah empangan mega

Posted: 10 Sep 2014 04:34 AM PDT

MALAYSIAKINI


 

GALERI FOTO

 


Sekumpulan 100 aktivis berdemonstrasi di depan bangunan KLCC di ibu negara hari ini untuk menolak pembinaan empangan mega di pelbagai tempat di Malaysia.

Pesertanya membawa kain rentang dan plakad bantahan berkata, mereka mewakili pelbagai kumpulan masyarakat di Sarawak, Sabah, semenanjung Malaysia dan malah Indonesia.

Peserta mahu menghantar mesej kepada perwakilan dalam persidangan Minggu Kuasa Asean yang sedang berlangsung di bangunan mercu tanda negara itu.

"Kami mahu pihak bertanggungjawab berhenti membina empangan. Ia tidak perlu.

"Lebih 20,000 orang akan dipindahkan ekoran pembinaan empangan Baram dengan ketinggian 100m di Sarawak," kata Peter Kallang, pengerusi NGO Save Rivers.



Pemantau: Gugur tindakan pada wartawan

Posted: 10 Sep 2014 04:30 AM PDT

MALAYSIAKINI



 


Pemantau media antarabangsa Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) menggesa kerajaan menghentikan tindakan terhadap wartawan Malaysiakini Susan Loone yang ditahan bawah Akta Hasutan 1948 sebelum ini.

Ketua RSF Meja Asia Pasifik Benjamin Ismaïl berkata, Loone (bawah) tidak sepatutnya dihukum kerana melaporkan apa yang dikatakan padanya dalam wawancara.

"Wartawan yang mewawancara seseorang untuk tujuan laporan tidak boleh dipertanggungjawabkan atas apa yang pihak diwawancara itu katakan.

"Wartawan Malaysia akan terus terdedah kepada tindak balas politik selagi Akta Hasutan yang menindas dan usang ini tidak dimansuhkan," katanya dalam kenyataan.

Pemantau berpangkalan di Paris itu juga berkata, tindakan terhadap Loone "tidak berasas sama sekali dan mencabul kebebasannya untuk menyampaikan sesuatu kepada orang lain".

Loone sebelum ini ditahan dan disoal siasat kira-kira sembilan jam kerana laporan beritanya yang memetik ulasan exco Pulau Pinang Phee Boon Poh.

Phee, yang juga pengerusi Pasukan Peronda Sukarela (PPS), sebelum itu turut ditahan bawah akta sama susulan kontrovesi seputar unit itu.

Kes piket RUM: DAP mahu Liow campur tangan

Posted: 10 Sep 2014 04:27 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


DAP menggesa Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai campur tangan dalam tindakan syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memecat kakitangan yang terlibat dalam piket.

Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP, Liew Ching Tong berkata, Liow perlu campur tangan segera demi menjaga kepentingan pekerja dan syarikat KTMB.

"Saya menyeru kepada Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk menghentikan semua pemecatan yang dilakukan oleh KTMB dengan segera.

"KTMB bukan milik presidennya yang telah dilantik iaitu Datuk Elias Kadir.

"Kakitangan daripada kesatuan tidak sewajarnya dikenakan tindakan disiplin hanya kerana mereka menganjurkan piket untuk mendesak presiden (KTMB) letak jawatan," katanya.

MP Kluang itu juga berkata, beliau melihat pengerusi KTMB Datuk Nawawi Ahmad tidak mempunyai kuasa serta tidak dapat membuat keputusan terhadap syarikat berkaitan kerajaan (GLC)  itu.

"Memandangkan pengerusi yang dilantik kerajaan tidak dapat menjalankan kerja dengan efektif dalam menyelesaikan krisis ini, maka inilah masanya untuk Liow campur tangan dengan serta merta," katanya lagi.

Semalam, Presiden Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM)  Abdul Razak Md Hassan berkata, seramai lapan orang lagi anggotanya dikenakan tindakan penyingkiran oleh majikan mereka.

Rabu lalu, Abdul Razak dan timbalannya, R Subramaniam dipecat atas pembabitan mereka pada piket 9 Mei.

Seramai 15 orang lagi digantung tugas berkuat kuasa semalam oleh KTMB di atas penglibatan mereka dalam piket itu manakala seramai 110 orang telah menerima notis tunjuk sebab.

Piket yang disertai ratusan anggota RUM itu bagi mendesak Elias melepaskan jawatan kerana didakwa menunjukkan prestasi yang kurang cemerlang sepanjang perkhidmatannya.

PAS minta PKR hentikan 'drama hindustan'

Posted: 10 Sep 2014 04:25 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
PAS meminta PKR supaya menghentikan 'drama hindustan' dengan meraih simpati rakyat seperti era Reformasi 1998, untuk melantik Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Ketua Pegawai Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki berkata teguran Abdul Hadi mengenai keupayaan Wan Azizah menerajui negeri itu dianggap "satu penghormatan" jika diteliti kemelut politik negeri itu termasuk sejak era Reformasi 1998.

Beliau mengumpamakan Wan Azizah seperti Abu Zar al-Ghifari yang ditegur tidak mampu menjadi pemimpin politik tetapi tetap dihormati apabila dianggap isteri mithali sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim dihina pada 1998.

"Saya melihat teguran Abdul Hadi Awang itu bukan satu penghinaan, sebaliknya satu penghargaan malah satu penghormatan kepada Kak Wan yang telah melaksanakan peranannya sebagai seorang isteri mithali.

"Bagaimanapun, pada pandangan saya usaha untuk menobatkan Kak Wan sebagai MB akan menjadikan semua reputasinya sebagai isteri mithali sebelum ini tercemar.

"Tidak mustahil dia akan disebut selepas ini sebagai 'MB Boneka' atau lain-lain gelaran yang tidak manis. Lebih malang lagi, ia akan menjadi 'benchmark' kepada kepimpinan wanita dalam mengetuai teraju utama siyasah di Malaysia," katanya.

Menurut Dr Zuhdi lagi, ketika suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim ditinggalkan oleh kawan rapatnya, tetapi Wan Azizah terus setia dan percaya dengan kesetiaan suaminya.

"Beliaulah kemudiannya menggalas harapan suaminya sebagai simbol golongan yang dizalimi, dengan memimpin Parti Keadilan Nasional (PKN) dan kemudiannya PKR.

"Meskipun demikian, mereka yang rapat dengan Kak Wan semasa dia memimpin PKN dan sekarang PKR mengetahui secara lebih mendalam keupayaannya dalam melaksanakan amanah kepimpinan.

"Kak Wan adalah seumpama Abu Zar al-Ghifari, seseorang yang ada kelebihan hebat di bidang selain daripada amanah kepimpinan," katanya.

Sehubungan itu, Dr Zuhdi berkata harapan rakyat Selangor mahu melihat kehebatan, kecekapan dan kebijaksanaan seorang menteri besar Pakatan menerajui pentadbiran seperti yang ditunjukkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini.

"Sekarang adalah masa untuk menunjukkan model kepimpinan yang unggul di negeri Selangor, yang akan menjadi contoh sebagai negeri termaju yang juga dikenali dengan 'mini Malaysia'," katanya.
 

Akta Hasutan: Wan Ji mengaku tidak bersalah

Posted: 10 Sep 2014 04:17 AM PDT


Wan Ji Wan Hussin - Foto Facebook Wan Ji Wan Hussin  Wan Ji Wan Hussin - Foto Facebook Wan Ji Wan Hussin
 
 
 
SHAH ALAM - Seorang penceramah bebas mengaku tidak bersalah menerbitkan perkataan menghasut terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, dua tahun lalu.

Wan Ji Wan Hussin, 32, didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948, menerbitkan perkataan itu dalam laman sosial Facebook kira-kira jam 10 pagi pada 5 November 2012.

Beliau yang diwakili peguam Radzlan Jalaludin membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Slamat Yahya.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Azari Harun.

Terdahulu, Sinar Harian Online melaporkan, Wan Ji yang juga bekas Ahli Jawatan Kuasa Pas Selangor, ditahan polis awal pagi tadi di hadapan sebuah restoran di Sungai Buloh, dekat sini kira-kira jam 1.30 pagi.

[ARTIKEL BERKAITAN: Akta Hasutan: Bekas AJK Pas Selangor ditahan]

BN umum Mat Razi calon PRK Pengkalan Kubor

Posted: 10 Sep 2014 04:11 AM PDT


Mat Razi Mat Razi
 
 
 
KOTA BHARU - Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno Bahagian Tumpat, Mat Razi Mat Ail diumumkan sebagai calon BN untuk PRK Dun Pengkalan Kubor.

Nama Mat Razi diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Khidmat BN Dun Pengkalan Kubor sebentar tadi.

Mat Razi, 49 yang dilahirkan pada 19 November 1965 mula bergiat dalam dunia politik semenjak 1990 sebagai Setiausaha Cawangan Simpangan.

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai AJK Umno Bahagian pada tahun 2009 selain menjadi AJK Pemuda Umno pada tahun 2005.

Mat Razi yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sejarah dan Persuratan Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu juga merupakan  pengasas sebuah sekolah pondok di Kampung Simpangan.

Pelajar, pensyarah UM berarak bantah Akta Hasutan

Posted: 10 Sep 2014 04:08 AM PDT

OLEH DIYANA IBRAHIM


Profesor Madya Dr Azmi Sharom berucap di hadapan pelajar dan kakitangan Universiti Malaya membantah Akta Hasutan dan pelanggaran kebebasan akademik, di Universiti Malaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 10 September, 2014.
Profesor Madya Dr Azmi Sharom berucap di hadapan pelajar dan kakitangan Universiti Malaya membantah Akta Hasutan dan pelanggaran kebebasan akademik, di Universiti Malaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari,


Beratus-ratus mahasiswa dan kakitangan akademik Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan protes sebagai tanda solidariti kepada Profesor Madya Dr Azmi Sharom yang menghadapi dakwaan mengikut Akta Hasutan 1948.

Protes digelar "hartal" anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) dan Persatuan Kakitangan Akademik UM (PKAUM) itu bermula dengan perarakan mahasiswa daripada Fakulti Undang-Undang hingga ke perhentian bas utama di kampus tersebut.

Azmi merupakan pensyarah di fakulti itu dan presiden PKAUM.

Antara lain, mereka menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengotakan janji dengan memansuhkan akta zaman penjajah itu.

Protes hari ini juga disertai beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin PKR termasuk Ketua Pemuda, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar.

 Ketua Kordinator Persatuan Belia Baru UM Leong Yu Sheng berkata kebebasan berakademik adalah hak, bukan kelebihan.

 "Mansuhkan Akta Hasutan, gugurkan semua tuduhan ke atas Azmi," katanya. Penyelaras PKAUM untuk 'Solidarity4AzmiShahrom' Dr Lee Hwok Aun menyokong kenyataan itu, mengatakan ahli akademik juga mempunyai hak asasi.

 "Namun rupanya, hak asasi Azmi dicabul dengan Akta Hasutan.

 "Jadi kenapa kita hari ini berdiri mempertahankan kebebasan bersuara? Kerana mana-mana universiti akan terkubur sekiranya tiada kebebasan berakademik," katanya.

Sementara itu, Pengerusi PMUM Fahmi Zainol menuntut semua tuduhan terhadap Azmi mengikut akta ketinggalan zaman itu digugurkan.

 "Kita tuntut akta itu dimansuhkan segera. Ia merupakan peninggalan pemerintah kolonial yang zalim kerana ia mengekang kebebasan asasi bersuara secara mutlak," katanya.

 Mereka juga menuntut semua cabang kerajaan mentadbir urus negara dengan lebih baik dan memberi jaminan terhadap undang-undang dan demokrasi untuk melindungi kebebasan hak asasi bagi semua rakyat.

"Kita mesti memperjuangkan kebebasan akademik kerana tanpanya seluruh universiti di Malaysia akan kekal terbelakang di peringkat antarabangsa."

Azmi didakwa pada 2 September kerana artikel bertajuk "Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told" (Ambil jalan krisis Perak, selesaikan segera kebuntuan Selangor, Pakatan diberitahu), dilaporkan sebuah portal berita pada 14 Ogos.

Pendakwaan Azmi merupakan sebahagian siri serangan besar-besaran mengikut akta itu yang bukan sahaja dikenakan kepada pemimpin PKR, namun juga kepada pihak berhaluan kiri.

Azmi kemudiannya melahirkan penghargaan terhadap solidariti persatuan itu yang ditujukan kepadanya.

 Beliau berkata kumpulan yang hadir menyatakan bantahan bukan semata-mata kerana menyokong dirinya, tetapi bagi memperjuangkan kebebasan bersuara.

 "Saya berterima kasih tetapi ini bukan untuk saya. Hakikatnya mereka hadir kerana sedar pentingnya memansuhkan Akta Hasutan ini. Dan kita akan teruskan perjuangan sehinggalah ia tidak digunakan," katanya kepada pemberita.

Protes diakhiri dengan nyanyian lagu kebangsaan Negaraku. Malah pihak penganjur juga mengatakan akan mengibarkan bendera Malaysia separuh tiang sebagai simbolik 'pencabulan' yang berlaku.

AirAsia sedia ambil kakitangan MAS yang diberhentikan

Posted: 10 Sep 2014 04:02 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


AirAsia menerima dengan tangan terbuka untuk kakitangan MAS yang diberhentikan menyertai syarikat penerbangan tambang murah itu, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes. Gambar fail.
 AirAsia menerima dengan tangan terbuka untuk kakitangan MAS yang diberhentikan menyertai syarikat penerbangan tambang murah itu, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes. Gambar fail.


Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Bhd bersedia mengambil sebahagian pekerja Malaysia Airlines (MAS) susulan rancangan Khazanah Nasional Bhd memberhentikan kira-kira 6,000 petugas di bawah pelan penstrukturan semula syarikat penerbangan nasional itu, minggu lepas.

Angka 6,000 orang itu mewakili kira-kira 30% daripada 20,000 tenaga kerja MAS.

"AirAsia X dan AirAsia semakin berkembang, sudah pasti kami bersedia melakukan yang terbaik untuk menyerap seramai mungkin, dan kami sudah pun (menyerap petugas MAS).

"Kami sudah berkembang daripada 200 pekerja kepada 15,000, dan ramai daripada mereka adalah daripada MAS," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Sri Tony Fernandes kepada pemberita selepas melancarkan kempen "Fill Up and Fly Free" bersama Petronas Dagangan Bhd di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata, perpindahan pekerja dari MAS ke kumpulan AirAsia sihat berdasarkan perbezaan pilihan dalam kalangan pekerja syarikat penerbangan, dengan ada antara mereka mahu bekerja dengan syarikat penerbangan tambang rendah berbanding penerbangan premium.

Kira-kira 50% pekerja AirAsia pernah bekerja dengan MAS.

"Ada pekerja AirAsia berpindah ke MAS dan ia merupakan perkembangan yang sihat memandangkan ada yang mahukan kos rendah dan sebaliknya," katanya.

Khazanah Nasional, cabang pelaburan kerajaan, kini memiliki 69.3% saham syarikat penerangan negara itu dan mahu mengambil alih keseluruhan pemegangan dalam MAS susulan tawaran untuk membeli baki ekuiti 27% saham daripada pemegang saham minoriti.

Penstrukturan semula MAS dijangka menelan belanja RM6 bilion. – Bernama

Kertas Sains UPSR bocor, tangguh ke 30 September

Posted: 10 Sep 2014 03:57 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


Kertas Sains UPSR ditangguhkan ke 30 September berikutan kebocoran soalan peperiksaan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 10 September, 2014.
Kertas Sains UPSR ditangguhkan ke 30 September berikutan kebocoran soalan peperiksaan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari,



Kertas peperiksaan Sains bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dijadualkan esok ditangguhkan ke 30 September berikutan soalan peperiksaan bocor.

Ia disahkan Kementerian Pendidikan menurut satu kenyataan dikeluarkan Lembaga Peperiksaan (LP) petang ini.

Menurut Pengarah Peperiksaan LP, pihaknya menerima laporan yang kertas Sains dengan kod 018, 028 and 038 yang dijadualkan berlangsung esok jam 8.15 pagi hingga 9.30 pagi didapati bocor.

 "Berdasarkan siasatan awal pihak LP, kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut tersebar menerusi media sosial.

"LP membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang," katanya. Tahun ini terdapat 472,853 pelajar Tahun Enam menduduki UPSR seluruh negara.

Ia bermula semalam dan dijadualkan berakhir esok.

MB: “Semak fakta air dulu, jangan tembak sana sini”

Posted: 10 Sep 2014 12:39 AM PDT

Oleh: AFEEQA AFEERA


SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini membidas kenyataan Charles Santiago dengan meminta supaya Ahli Parlimen Klang itu menyemak fakta terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan berhubung isu air di negeri Selangor.

Beliau berkata Charles tidak mempunyai kefahaman tentang itu sama seperti dakwaan yang pernah dikeluarkan sebelum ini bahawa air di kolam takungan beracun dan tidak selamat untuk digunakan.

"Kefahaman saya ialah bahawa orang profesional perlu semak fakta dulu sebelum membuat kenyataan, kalau tak kita akan dikatakan tidak membantu komuniti dan masyarakat.

"Dalam bahasa kedai kopi, asyik menembak sana sini sahaja dia tidak akan memberi nilai, walaupun nampak menjadi pak sibuk tetapi sibuk itu tidak memberi manfaat kepada rakyat," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), hari ini.

Terdahulu, Charles berkata Abdul Khalid tidak patut menandatangani perjanjian industri air di antara Selangor dan kerajaan Persekutuan kerana beliau kini dianggap seorang Menteri Besar sementara.

Katanya ia akan menimbulkan persoalan tentang perjanjian bernilai RM9.5 bilion itu memandangkan semua pihak maklum yang Selangor sekarang berada dalam proses peralihan kepimpinan.
Beliau turut mencadangkan supaya perjanjian itu ditangguhkan dahulu sehingga kepimpinan baru mengambil alih pentadbiran.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai perjanjian industri air yang masih belum dimeterai, Abdul Khalid mensasarkan ia akan dimuktamadkan dalam minggu ini atau selewat-lewatnya minggu depan.

Katanya draf perjanjian itu sudah sampai ke kemuncak dan segala keputusan termasuk isu Syarikat Pengeluar Air Selangor (Splash) yang masih enggan menerima tawaran Kerajaan Negeri akan dimaklumkan sebaik sahaja ia ditandatangani.

"Banyak agensi yang perlu menjadi sebahagian daripada perjanjian itu termasuk Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan lain-lain.

"Ia adalah meletakkan semua perkara dalam satu susunan supaya apabila kita tandantangan perjanjian utama, segalanya dalam keadaan baik dan tidak perlu dibincangkan lagi," katanya lagi.EZY

Tahan Ustaz Wan Ji, Kerajaan Umno-BN makin kejam

Posted: 10 Sep 2014 12:28 AM PDT

WAN_JI_WAN_HUSIN_030214_TMINAJJUA_05_540_360_100
 
Roketkini.com

 
 
KUALA LUMPUR: Pemuda DAP (DAPSY) hari ini mengecam keras penahanan di bawah Akta Hasutan 1948 yang dikenakan terhadap pendakwah bebas Ustaz Wan Ji Wan Hussin.

Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong berkata, penangkapan Wan Ji jelas telah memberi mesej salah terhadap amalan demokrasi negara yang kononnya menjunjung tinggi undang-undang dan memelihara hak rakyat untuk bersuara serta meluahkan pendapat.

"Kami sangat terkejut dengan penahanan beliau awal pagi tadi di Shah Alam.

"Apakah penggunaan Akta Hasutan ini bertujuan untuk menakutkan rakyat yang menggunakan haknya untuk bersuara dan memberi pandangan tentang kebejatan pemerintah?

"Pemuda DAP akan terus bersama rakyat dan NGO untuk terus membantah undang-undang ini, sekaligus menghapuskannya," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rasah menegaskan, Pemuda DAP turut akan bersama rakan-rakan lain berusaha membantu Ustaz Wan Ji dalam apa jua aspek termasuk bantuan guaman dalam kes ini.

Pada 6 September lalu, aktivis pelajar Safwan Anang telah dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara, atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Kerajaan BN kini dilihat semakin agresif menggunakan Akta Hasutan meskipun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2012 memberikan komitmen untuk memansuhkan akta berkenaan.

Pertubuhan hak asasi antarabangsa, Amnesty International Malaysia (AIM) melihat pendakwaan di bawah akta berkenaan kepada lawan politik sebagai tanda 'iklim penindasan' di Malaysia.

Beberapa pemimpin politik dari Pakatan Rakyat (PR) seperti RSN Rayer (DAP),m Rafizi Ramli dan N Surendran (PKR) dan Khalid Samad (PAS) juga dikenakan tindakan di bawah akta berkenaan.

Antara yang turut didakwa menggunakan akta sama sejak dua tahun lalu termasuklah Teresa Kok (DAP), Tian Chua (PKR), dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (PAS).

Turut dikenakan tindakan di bawah akta itu adalah ahli akademik Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Azmi Sharom dan wartawan portal Malaysiakini Susan Loone. -Roketkini.com

RON97: KPDNKK Pantau Harga Turun 10 Sen

Posted: 10 Sep 2014 12:10 AM PDT

Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
 
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan melakukan pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan semua stesen minyak menurunkan harga petrol RON97.
Penurunan harga jualan runcit petrol itu di seluruh negara sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.75 berkuat kuasa tengah malam Isnin.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, Kementerian Kewangan memaklumkan mengenai perkara itu kepada pihaknya menerusi pekeliling yang dikeluarkan lewat malam Isnin.

Sehubungan itu, KPDNKK mengarahkan semua stesen minyak di negara ini yang menjual petrol RON97 supaya menurunkan harga bahan api itu.

"Saya meminta semua stesen minyak yang menjual petrol RON97 supaya menurunkan harga. Pengusaha yang gagal berbuat demikian akan dikenakan tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Harga RON97 yang sebelum ini adalah RM2.85 seliter.

Jelas Alias lagi, hanya sebahagian daripada 3,600 stesen minyak di seluruh negara yang menjual petrol RON97 di mana kebanyakannya tertumpu di kawasan bandar.

Terdahulu, berita mengenai penurunan harga bahan api disahkan oleh Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Hashim Othman.

Tiada ulasan: