Khamis, 4 September 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Kenalilah orang yang suka maki hamun Presiden PAS

Posted: 04 Sep 2014 09:08 AM PDT

SMS peribadi yang dihantar kepada Haji Hadi dan Mustafa Ali tersebar 
secara meluas di facebook. Gejala siapakah yang menyibarkannya?
Beliau telah menghantar SMS peribadi kepada Presiden PAS dan Mustafa Ali.Entah macamana pula SMS tersebut telah tersibar luas di facebook. Hanya Presiden dan Mustafa Ali sahaja yang tahu.... 

Benarkah dia hantar mesej tiap-tiap hari maki hamun Presiden PAS? Cer korang lihat dan teliti sendiri status beliau di face booknya dan nilailah sendiri samada orang macam dia ni bersikap macam itu? 

Penjelasan Ustaz Mahmud Zaim Musa mengenainya SMS nya itu

Bismillahirrahmaanirrahiim.. 

Penjelasan SMS saya kepada Presiden PAS.. 

 1 . Memang benar saya yang menghantar message tersebut kepada Presiden pada 27 Ogos yang lalu dan saya salinkan kepada Cikgu Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS. 

 2. Mulanya saya bertanya betulkah beliau pergi jumpa Azmin, tapi dia tidak menjawab dan saya tahu bahawa memang dia pergi jumpa. 

 3 . Oleh itu, saya menghantar sekali lagi sms kepada beliau agar dia melepaskan jawatannya sebagai Presiden kerana tindakannya pergi berjumpa dengan Azmin secara gelap dan memujuk Azmin mengkhianati partinya sendiri untuk membentuk kerajaan di Selangor. 

 4 . Saya ingin jelaskan sms tersebut adalah bersifat peribadi, siapa pun tidak tahu, bukan secara terbuka dalam laman facebook.Persoalannya, salahkah saya hendak tanya beliau secara peribadi? 

 5. Untuk makluman, tiada sepatah perkataan pun saya mengeluarkan perkataan kesat apatah lagi memaki. 

 6. Sepatutnya tidak menjadi isu pun kerana saya, Presiden dan Cikgu Mustafa Ali sahaja yang tahu sms tersebut. 

 7. Jika sms yang dihantar kepada beliau boleh tersebar secara meluas di facebook sudah tentulah beliaulah yang menyuruh penulis upahan untuk menyerang saya. 

 8. Beginikah sikap Presiden PAS yang sangat berpengaruh didunia nak lawan dengan saya yang kerdil ini? 

 Mahmud Zaim Musa. 
Hamba Allah Yang Hina...

Gembiralah wahai UG...Selangor lu punya!

Posted: 04 Sep 2014 12:20 AM PDT

Hadi Mahu PAS Duduki Kerusi MB Selangor

 PETALING JAYA: Krisis menteri besar di Selangor telah menemui kemelut terbaharu apabila PAS dipercayai telah mengemukakan nama tiga ahli majlis eksekutif untuk jawatan itu.

 Tiga nama tersebut ialah Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi dan Ahmad Yunus.

 Surat daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dihantar sebelum tarikh 3 September bagi mengemukakan lebih daripada dua nama calon jawatan menteri besar berikutan pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari PKR, menurut beberapa sumber di negeri ini. 

 Mereka berkata Hadi secara peribadi telah menandatangani surat untuk istana, menamakan tiga ahli exco parti itu dalam pentadbiran negeri sebagai calon.9 Pembantu kanan Hadi ketika dihubungi The Star untuk mendapatkan komen, tidak menafikan surat itu telah dikemukakan dan berkata terpulang kepada kepimpinan parti untuk membuat kenyataan mengenai perkara itu.

 "Ini adalah perkara yang sulit dan oleh itu, saya tidak boleh membincangkannya," katanya.

 Surat itu akan dilihat sebagai satu penghinaan kepada konsensus yang dipersetujui oleh sekutu Pakatan Rakyat yang lain iaitu PKR dan DAP yang telah bersetuju untuk mengemukakan hanya satu nama iaitu nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke istana untuk dipertimbangkan.

 PAS menegaskan bahawa lebih dari dua nama hendaklah dikemukakan mengikut permintaan istana. SUMBER

Nota : Update 3.28 ~ Menurut Datuk Mustafa Ali (gambar), laporan portal berkenaan tidak benar dan cadangan menamakan tiga exco berkenaan kepada istana Selangor dibatalkan.

 "Laporan itu tidak betul kerana cadangan untuk mencadang ketiga-tiga nama itu sudah dibatalkan," kata setiausaha agung PAS itu kepada The Malaysian Insider. Bagaimanapun, Mustafa enggan mendedahkan buat masa ini nama yang dicalonkan PAS kepada istana.SUMBER

Masih berteka teki....kenapa? Orang nak menipu macam tulah. Belit sana , beli sini, lepas tu salahkan orang sebab salah lapor?? Kah!3

Tiada ulasan: