Rabu, 10 September 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Tafsiran terhadap Perlembagaan PAS : Fitri vs Kamaruzaman

Posted: 10 Sep 2014 06:24 AM PDT


Berikut adalah respon saya terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh saudara Kamaruzaman Mohamad, TPJ 1 PAS WP. 

 LUHAM USAH TERBURU-BURU AIBKAN MAJLIS SYURA ULAMAK PAS DAN PRESIDEN SECARA TERBUKA

Saudara Kamaruzaman Mohamad menyebut:

 1. Bahawa Luham tidak menyatakan kaedah dia merujuk dan menafsirkan perlembagaan. Dari segi locus standi, Luham tidak mempunya kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan parti untuk menafsirkan maksud sebenar perlembagaanitu sendiri justeru ia merujuk kepada dasar perlembagaan, iaitu Al-Quran dan sunnah Rasulullah saw, Ijmak dan Qias.

Respon saya:

 Kenyataan rasmi LUHAM itu bukan bermaksud untuk mengambil kuasa sedia ada MSU dalam menafsirkan Perlembagaan PAS. LUHAM mengiktiraf kuasa sedia ada MSU tersebut. LUHAM hanya memberikan pandangan undang-undang terhadap tafsiran Perlembagaan PAS yang sebenar dan tidak pernah memaksa MSU untuk menerimanya. 

Saudara Kamaruzaman Mohamad menyebut:

 2. Untuk memahami Al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W, Ijmak dan Qias, ilmu-ilmu asas seperti Bahasa Arab, Usul Fekah, Hukum Fekah, Ilmu Tafsir, Hadis dan lain-lain perlulah dihadamkan terlebih dahulu. Semua ahli PAS boleh bersetuju dengan roh perlembagaan dan perjuangan parti, bahawa segala yang bercanggah dengan 4 sumber syariat yang menjadi dasar parti secara automatik adalah tertolak. Yang paling layak dari segi pengajian bagi memahami maksud sebenar 4 sumber yang menjadi dasar perlembagaan parti adalah majlis syura ulama, sebagai mana peguam-peguam LUham layak memamahami maksud undang-undang konvensional yang dipelajari oleh mereka.

 3. Penafsiran Luham dilihat menggunakan tatacara dan gaya penafsiran undang-undang konvensional yang merujuk kepada kaedah-kaedahnya tersendiri sedangkan perlembagaan PAS merujuk kepada Al-Quran dan sunnah Rasulullah saw, Ijmak dan Qias.

Respon saya:

 a) Untuk menafsir Perlembagaan PAS dan mana-mana undang-undang bertulis hatta undang-undang bertulis yang digunapakai di Mahkamah Syariah sekalipun, tiada keperluan untuk pengamal undang-undang memahami Bahasa Arab, Usul Fekah, Hukum Fekah, Ilmu Tafsir & Hadis. Saya tidak faham di mana kita hendak mengaplikasikan ilmu Tafsir dan Hadis dalam menafsirkan Perlembagaan PAS. Saya semakin tidak faham di mana keperluannya untuk kita memahami Bahasa Arab untuk menafsirkan Perlembagaan PAS yang dicetak di dalam Bahasa Melayu. Tak mengapalah, saya cuba bersangka baik dengan beliau. Mungkin apa yg saudara Kamaruzaman maksudkan ialah, untuk memutuskan samada Presiden PAS mempunyai 'prerogative power' atau tidak, ia memerlukan kepada kefahaman Fekah Islam dan ilmu-ilmu Islam yang lain. 

b) Suka untuk saya nyatakan di sini bahawa, tafsiran terhadap Fasal 26(1)(a) Perlembagaan PAS atau mana-mana Fasal di dalam Perlembagaan PAS tidak langsung menyentuh mengenai hukum hakam Fekah. Tidak ada istilah penafsiran mengikut undang-undang konvensional atau penafsiran mengikut undang-undang Islam terhadap mana-mana undang-undang bertulis. Prinsip dan kaedah penafsiran adalah sama terhadap semua bentuk undang-undang bertulis termasuk undang-undang bertulis yang digunapakai di Mahkamah Syariah. 

 c) Kaedah dalam menafsirkan bidangkuasa Presiden di dalam Perlembagaan PAS adalah dengan membuat perbandingan dan rujukan terhadap Fasal-Fasal sedia ada di dalam Perlembagaan PAS itu sendiri secara keseluruhannya, di samping memahami struktur organisasi dan roh Perlembagaan PAS. Kesilapan MSU adalah bilamana mereka hanya merujuk kepada Fasal 26(1)(a) dan Fasal 26(9)(m) sahaja. Bagaimana pula dengan Fasal 26(1)(c), 26(1)(d), 26(1)(e), 27(4) dibaca bersama 27(6) dan lain-lain yang menetapkan agar setiap keputusan itu hendaklah dimaklumkan dan disahkan oleh JKPP? Tidakkah MSU melihat bahawa keputusannya yang memberi kuasa 'Prerogative Power' kepada Presiden tersebut bertentangan, bercanggah dan tidak selari dengan Fasal-Fasal yang tersebut di atas sedangkan Presiden sendiri merupakan salah seorang anggota JKPP dan JKHPP? 

 c) Saudara Kamaruzaman menyebut dalam perenggan 2, "....segala yang bercanggah dengan 4 sumber syariat yang menjadi dasar parti secara automatik adalah tertolak". Saya nak tanya saudara Kamaruzaman, adakah undang-undang yang mewajibkan Presiden terikat dengan keputusan mesyuarat JKPP dianggap bercanggah dengan 4 sumber syariat? Kenyataan saudara Kamaruzaman tersebut bukan sahaja tidak berasas, malah ia sendiri bertentangan dengan roh Perlembagaan dan perjuangan parti yang mendokong prinsip syura dan musyawarah di dalam PAS. 

Saudara Kamaruzaman Mohamad menyebut:

 4. Kuasa prerogatif presiden yang telah ditafsirkan oleh Majlis Syura Ulama merujuk kepada surah Saba' berkenaan kisah ratu balqis, tindakan Rasulullah S.A.W dalam peristiwa Hudaibiyah, tindakan Amru b. Ash dalam kisah peperangan Zat As-Ssalaasil serta kisah Saidina Abu Bakar memerangi golongan murtad. 

Respon saya:

 a) Kalau benarlah kuasa prerogatif Presiden yang telah ditafsirkan oleh MSU merujuk kepada contoh-contoh yang disebutkan oleh Kamaruzaman di atas, maka jelaslah bahawa kuasa prerogatif Presiden tersebut tidak mengikut Perlembagaan kerana tidak terdapat langsung Fasal-Fasal yang dirujuk di dalam Perlembagaan.

 b) Sekiranya saudara Kamaruzaman Mohamad ingin mengatakan bahawa contoh-contoh di atas adalah tafsiran kepada Fasal 26(1)(a) Perlembagaan PAS, di manakah perkataan dan perenggan di dalam Fasal tersebut yang secara jelas menyatakan bahawa Presiden mempunyai kuasa prerogatif? Fasal 26(1)(a) menyebut bahawa tugas Presiden adalah: "Bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS bagi mencapai tujuan-tujuan yang termaktub dalam Perlembagaan ini mengikut dasar yang diperuntukkannya dan yang diputuskan oleh mana-mana badan yang diberika kuasa oleh Perlembagaan ini bagi menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS serta membuat ketetapan-ketetapan mengenainya." 

 Tafsiran sebenar kepada Fasal 26(1)(a) tersebut ialah: 9 (i) Presiden bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS: Maksud "Presiden bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS" ialah Presiden bertanggungjawab melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS secara kolektif dengan JKPP yang merupakan badan eksekutif tertinggi PAS sepertimana yang termaktub di dalam Fasal 26(9)(a) - (m) Perlembagaan PAS;

 (ii) ... bagi mencapai tujuan-tujuan yang termaktub dalam Perlembagaan ini mengikut dasar yang diperuntukkannya: Maksud "bagi mencapai tujuan-tujuan yang termaktub dalam Perlembagaan ini mengikut dasar yang diperuntukkannya" ialah bagi mencapai tujuan-tujuan sepertimana yang termaktub di dalam Fasal 5 Perlembagaan PAS mengikut dasar yang diperuntukkan oleh Perlembagaan PAS di dalam Fasal 3 iaitu Islam;

 (iii) ... dan yang diputuskan oleh mana-mana badan yang diberik kuasa oleh Perlembagaan ini bagi menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS serta membuat ketetapan-ketetapan mengenainya: Yang dimaksudkan dengan "mana-mana badan" ialah merujuk kepada MSU kerana hanya MSU saja yang diberi kuasa oleh Perlembagaan PAS di dalam Fasal 8(1)(a) untuk menghurai, menjelas dan mentafsir dasar PAS. Maksud "serta membuat ketetapan mengenainya" merujuk kepada ketetapan terhadap huraian, penjelasan dan tafsiran yang dibuat oleh MSU terhadap dasar PAS.

 Berdasarkan tafsiran di atas, Fasal 26(1)(a) Perlembagaan PAS secara kesimpulannya ingin memberitahu bahawa Presiden berperanan sebagai ketua kepada JKPP yang merupakan badan eksekutif tertinggi PAS yang bertanggungjawab melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS bagi mewujudkan di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara mengikut dasar Islam. 

 c) Sekiranya Perlembagaan PAS memberi kuasa Prerogatif kepada Presiden sepertimana yang ditafsirkan oleh MSU, mesti ada satu peruntukan yang menyebut mengenainya secara khusus samada peruntukan itu disebut di dalam Fasalnya yang tersendiri atau di dalam mana-mana bahagian di dalam Fasal 26(1)(a) - (e) Perlembagaan PAS kerana:-

 (i) kuasa itu adalah kuasa khusus yang hanya ada pada Presiden yang tidak ada kepada mana-mana ketua samada Ketua Dewan Ulama, Ketua Dewan Pemuda dan Ketua Dewan Muslimat PAS;

 (ii) Kuasa itu adalah pengecualian kepada Fasal 27(6) Perlembagaan PAS yang menyatakan bahawa SEMUA KEPUTUSAN dan TINDAKAN yang dibuat oleh Jawatankuasa Harian PAS Pusat hendaklah dimaklumkan dan disahkan oleh JKPP kerana menurut Fasal 26(1)(e), tugas Presiden antara lainnya adalah mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Pusat; dan

 (iii) kuasa itu adalah pengecualian kepada prinsip Syura yang menjadi dasar utama Islam dan PAS. 

 d) Kalau benarlah kuasa prerogatif Presiden yang telah diputuskan oleh MSU merujuk kepada contoh-contoh seperti yang disebutkan saudara Kamaruzaman di atas, ia bukanlah satu tafsiran sebaliknya merupakan satu pindaan dan penambahan terhadap bidangkuasa Presiden. Tindakan MSU itu sudah tentu bertentangan dengan Fasal 8(1) yang hanya memberi kuasa kepada MSU untuk menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS dan Perlembagaan kerana kuasa meminda atau menambah apa-apa peruntukan di dalam Perlembagaan PAS hanya terdapat di dalam Muktamar Tahunan PAS sahaja sepertimana yang termaktub di dalam Fasal 86(1). 

 c) Dari sudut hujah agama (kalau ini yang menjadi sandaran MSU) pula, tidakkah saudara Kamaruzaman sedar bahawa Syura adalah dasar yang paling utama dalam sistem pemerintahan Islam. Bahkan jika seseorang pemimpin bertindak membelakangi syura, maka jawatan pemimpin itu boleh dipecat. Al-Qurtubi di dalam tafsirnya menaqalkan kata-kata Ibn Athiyyah yang menyebut bahawa, "Syura merupakan salah satu dasar syariah dan tunggak segala hukum. Sesiapa yang tidak mengambil pandangan para intelektual dan ulama, jawatannya wajib dilucutkan". Ibn Khuwaiz Mandad juga berkata bahawa, "Wajib ke atas penguasa/pemimpin untuk bermesyuarat dengan para ulama dalam urusan yang tidak mereka ketahui atau dalam urusan yang menimbulkan kemusykilan agama dengan ketua dan pegawai-pegawai dalam tentera dalam perkara yang berkaitan dengan peperangan atau dengan ketua-ketua masyarakat, menteri, para pekerja dalam urusan yang berkaitan dengan masyarakat, negara dan pembangunan". Almarhum Syeikh Dr. Abdul Karim Zaidan dalam kitabnya Usul Dakwah mengambil pandangan Ibn Taimiyah yang mengatakan bahawa, "Seseorang pemimpin itu tidak terlepas daripada mesyuarat kerana Allah memerintahkan Nabinya untuk melaksanakan mesyuarat". Hasan al-Basri dan Sufyan ibn Uyainah berkata, "Allah memerintahkan RasulNya agar bermesyuarat agar orang lain mengikutinya dengan bermesyuarat dan perintah tersebut menjadi satu sunnah kepada umatnya". Dalam seerah baginda SAW juga menunjukkan bahawa baginda SAW bermusyawarah bersama pada sahabat dalam banyak keadaan contohnya di hari kemenangan Perang Badar di mana Rasul SAW berbincang mengenai 70 orang tawanan perang. Begitu juga musyawarah Baginda dengan para sahabat mengenai stratergi peperangan Uhud sehingga para ulama menyatakan bahawa tidak ada seorang pun yang paling banyak berbincang dengan sahabat-sahabatnya melainkan Rasul SAW. Syeikh Al-Qaradhawi adalah antara tokoh ulama kontemporari yang mewajibkan syura dan menganggap setiap keputusan mesyuarat itu sebagai mulzimah, bukan muklimah. 

Saudara Kamaruzaman Mohamad menyebut:

 5. Membataskan kuasa syura mengikut penafsiran LUHAM adalah sesuatu yang dilihat seolah-olah meletakkan Majlis Syura Ulamak sama seperti golongan feudal meletakkan golongan agama mereka di zaman gelap Eropah. Sedangkan nabi bersabda: "Nabi-nabi adalah pemimpin politik mereka." 

 6. Dari segi perlembagaan, kuasa Majlis Syura Ulamak PAS bukan sahaja perlu ditafsirkan dari segi kedudukan institusi portfolio Majlis Syura Ulama, tetapi ia juga melibatkan bidang kuasa Mursyidul Am sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan parti.

Respon saya:

 Bukan LUHAM yang membataskan bidangkuasa MSU tetapi Perlembagaan PAS yang membataskannya. Bidangkuasa MSU mengikut Perlembagaan PAS terbatas mengikut Fasal 8 Perlembagaan PAS. Kalau saudara Kamaruzaman beranggapan perlunya bidangkuasa MSU diperluaskan, buatlah usul di Muktamar mengikut Fasal 86(2) Perlembagaan PAS agar dibuat pindaan. Sekiranya dua pertiga perwakilan Muktamar PAS bersetuju dengan usul tersebut, maka bidangkuasa MSU akan diperluas mengikut hasrat saudara Kamaruzaman. 

Saudara Kamaruzaman Mohamad menyebut:

 4. Apa hujah LUHAM yang melihat isu MB selangor hanya isu teknikal sedangkan ia melibatkan isu Tahaluf Siasi yang sebenarnya dibawah bidang kuasa Majlis Syura Ulamak . Ianya melibatkan isu dasar kerana perlaksanaan dan penilaian tahaluf siasi sebelum ini seperti hubungan PAS dalam Barisan Alternatif, CCC, semangat 46 dan lain-lain dinilai dari segi dasarnya oleh pihak Majlis Syura Ulama. 

Respon saya:

 a) Pertamanya, tak perlu tanya lagi apa hujah LUHAM kerana LUHAM telahpun memberikan hujahnya di dalam kenyataan rasminya itu. Saya musykil samada saudara Kamaruzaman sudah membacanya atau belum ketika mengajukan soalan ini;

 b) Keduanya, menurut Fasal 8(1)(a) - (c) Perlembagaan PAS, bidangkuasa MSU hanya terbatas mengenai masalah dalaman PAS semata-mata. Ini jelas dinyatakan dalam Fasal 8 tersebut bahawa kuasa-kuasa MSU ialah menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS dan mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan serta mendengar dan memutuskan semua rayuan semula tatatertib yang dikemukakan oleh ahli PAS. 

Saudara Kamaruzaman Mohamad menyebut:

 5. Tindakan LUHAM dilihat cuba mencalarkan imej Majlis Syura Ulamak dan sengaja mewujudkan pertembungan dengan badan tertinggi parti. Pihak LUHAM sepatutnya boleh memohon untuk berjumpa dan bersemuka dengan pihak MSU. Sikap LUHAM ini seolah-olah menjemput pihak MSU ke gelanggang awam untuk bertarung tentang penafsiran Pelembagaan PAS.

Respon saya:

 LUHAM tidak pernah berhasrat untuk mencalarkan imej MSU dan mempertikaikan kuasa MSU sebagai badan pentafsir Perlembagaan PAS. Sebagai Lajnah Undang-Undang PAS, LUHAM hanya bertindak memberikan pandangan undang-undang (Legal Opinion) yang tepat terhadap kekeliruan yang berlaku berkaitan dengan kuasa prerogatif Presiden PAS yang telah menjadi viral di kalangan ahli-ahli PAS.

Saudara Kamaruzaman Mohamad menyebut:

 Sekalipun saya bukan ulamak, tetapi saya dapat memahami perkara ini melalui usrah yang saya ikuti sejak awal saya sertai PAS. Saya sedia menjadi benteng kepada mana-mana pihak yang ingin mencalarkan kredibiliti Majlis tertinggi parti yang dianggotai oleh mereka yang paling dihormati oleh ahli-ahli parti.

 Jadi saya cadangkan LUHAM melalui proses pengajian dan usrah, kemudian diadakan peperiksaan penilaian tahap pengetahuan asasi berkaitan perkara ini.

Respon saya:

 Setelah saya meneliti kenyataan saudara Kamaruzaman, saya nampak saudara Kamaruzaman tidak memahami pun selok belok Perlembagaan PAS dengan baik. Oleh itu, saya mencadangkan saudara Kamaruzaman ikuti pengajian undang-undang secara tersusun atau merujuk kepada LUHAM, kemudian dudukilah peperiksaan asas berkaitan perkara ini. Untuk pengetahuan saudara Kamaruzaman juga, LUHAM bukan saja bersedia menjadi benteng kepada mana-mana pihak yang cuba merosakkan kredibiliti MSU, LUHAM juga bersedia menjadi benteng kepada setiap ahli PAS hatta di peringkat cawangan sekalipun sekiranya mereka ini dianiaya dan dizalimi oleh undang-undang yang zalim dan kami telah membuktikan komitmen kami.

 Sekian

 c.c Kamaruzaman Mohamad

Raja yang zalim itu terasa dipersendakan...

Posted: 10 Sep 2014 01:39 AM PDT

dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam Seksyen 4(1)(c )Akta
Hasutan mempersoalkan melalui status di facebooknya pada tahun
2012 mengenai kelayakan Sultan Selangor sebagai Ketua Agama
Akisahnya, Si Luncai seorang miskin dari hujung kampung begitu ingin menatap sendiri wajah rajanya. Namun, biarpun telah beberapa kali mencuba, hasratnya gagal disebabkan wajahnya yang buruk serta tidak mempunyai pakaian yang sesuai untuk mengadap raja.

 Namun, pada suatu hari, dia berjaya juga masuk ke istana dan mengadap raja. Malangnya, dia ditimpa malang. Apa tidaknya, ketika menghadap raja, terluncur kata dari mulutnya bahawa muka raja mirip wajah arwah bapanya.

 Raja yang zalim itu terasa dipersendakan. Baginya, mukanya tidak sekali-kali boleh disamakan dengan rakyat biasa … apatah lagi dengan muka arwah bapa Si Luncai yang miskin dan dipandang hina itu.

Tanpa mempertimbangkan perkara ini dengan adil dan teliti, raja pun menjatuhkan hukuman. Penghinaan Si Luncai mesti dibayar dengan nyawa. Dan untuk itu, Si Luncai dihukum bunuh secara dicampakkan ke tengah laut.

Begitulah nasib yang menimpa orang bawahan biasa kita macam Ust Wan Ji At-ta'aduddi. 

Cer bandingkan pula dengan orang-orang besar negara yang pernah melondehkan raja-raja.Pernahkah mereka dikenakan apa-apa tindakan?

ketika umno kumpulan Idris Jusoh bantah keputusan Sultan 
Trengganu melantik Ahmad Said jadi MB Trengganu, 
menggunakan perkataan kesat 'natang' iaitu binatang

Pemuda Umno minta Raja-Raja jangan campuri urusan politik
Jom kita sama-sama ikut mengaminkan doa oleh sahabat kita Ust Zolkharnain Abidin al-Abyadhi :

Entahlah. Aku tak tahu macam mana aku nak tolong dia. Doa aku untuk dia,

"Ya Allah, teguhkanlah hatinya. Tenangkanlah fikirannya. Tingkatkanlah semangatnya. Ampunkanlah dosanya. Dan, eratkanlah persahabatan antara kami di dunia dan di akhirat."


"Wahai Tuhan, aku serahkan kepada-Mu mereka yang menzaliminya. Engkau lebih mengetahui siapa si penzalim itu. Cukuplah kepada-Mu kami berserah." — with Wan Ji At-ta'aduddi.

Tiada ulasan: