Jumaat, 8 Ogos 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


HADIR DAN DENGAR

Posted: 08 Aug 2014 09:51 AM PDT








FAKTA @Khalid_Ibrahim: Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang menegur Kerajaan Selangor dalam membelanjakan geran persekutuan untuk membaiki jalan menjadi titik perbincangan di peringkat KEADILAN kerana peratusan geran yang dibelanjakan adalah rendah:

a) 69.3% dibelanjakan dalam tahun 2010
b) 59.3% dibelanjakan dalam tahun 2011 dan
c) Hanya 42.7% dibelanjakan dalam tahun 2012.

Khalid mempunyai kecenderungan untuk menyimpan geran tersebut sebagai hasil terkumpul Kerajaan Selangor dan tidak dibelanjakan sehingga mempunyai kesan kepada kualiti jalan di Selangor.

Di antara tahun 2010 hingga 2012, hanya RM640.24 juta dibelanjakan seperti yang sepatutnya untuk membaiki jalan sedangkan baki RM499.76 juta disimpan sebagai wang terkumpul.

Adalah tidak adil menyimpan wang ini dengan harapan menunjukkan prestasi pengurusan kewangan yang baik melalui simpanan rizab RM3 bilion sedang sebahagian dari dana ini sepatutnya dihabiskan setiap tahun untuk membaiki jalan di seluruh Selangor.

Tetapi semua fakta ini dan isu sampah berjadual diketepikan Khalid sehinggalah kelmarin.

Mengapa?

Setelah Kajang Move dilancarkan khusus untuk menggantikannya, dia merasakan kedudukannya masih selamat setelah melihat Anwar Ibrahim gagal menjadi calon DUN Kajang dan digantikan Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dan apabila keputusan untuk menggantikannya mula menjadi polemik, barulah kelmarin Khalid terhegeh-hegeh menjenguk tapak pelupusan sampah (RDF) di Kajang yang selama ini diabaikannya dipercayai dengan kerjasama YDP MPKj yang diketahui pro-Umno.

Dan semalam tiba-tiba 'prihatin' dengan masalah sampah dan wabak nyamuk Aedes di DUN yang diwakilinya, Pelabuhan Klang.

Yang dikejarnya adalah MoU Langat 2 yang kini memasuki tahap berbahaya untuk rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana tarif air akan dinaikkan sebaik sahaja perjanjian termetrai.

Keputusan Majlis Syura tidak mengikat keputusan PR

Posted: 08 Aug 2014 09:33 AM PDT



Tindakan Majlis Syura membincangkan isu MB Selangor adalah satu bentuk "coup-de-tat" dan di luar perbatasan kuasa yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan PAS.
Seharusnya ada orang buat laporan disiplin kepada keseluruhan ahli Majlis Syura Ulama PAS-
 TULANG   BESI

 

ABDUL AZIZ NIK MAT @nikabdulaziz - ISU POLITIK SELANGOR DI DALAM SIDANG MEDIA DI KEDIAMAN RASMI MENTERI BESAR DI KOTA BHARU, KELANTAN - 7 OGOS 2014

MINIT KE 0:20: "Petang kelmarin Mesyuarat Syura, saya menjadi pengerusi sekejap, dalam tak sampai setengah jam lari tubik, kerana berasa sekak, alhamdulillah hari ni segar balik."
MINIT KE 2:12: "Saya hadir sekejap je, belum sampai keputusan dah keluar, jadi kaedah mesyuarat ni ada jurucakap dia, saya tak boleh jadi jurucakap, ada setiausaha dia, dia setiausaha tu pergi ke rumah saya belum waktu maghrib, lepas pada maghrib dia naik ke rumah saya, terang pada saya keputusannya, saya tak boleh sebutlah hari ni, kena disebut oleh setiausaha mesyuarat, jaga peraturan, tak boleh tiap-tiap orang bercakap saja, walaupun langit terbuka, bumi pun terbuka sekarang ni, tapi kita ada peraturan, ada nizam."


MINIT KE 4:47 "Politik Selangor tu, saya sebut dah hari tu, Kelantan lagi saya beri kepada orang lain, usahkan nak ganggu Selangor pula, Kelantan yang saya buat semacam anak, negeri Kelantan saya jaga macam jaga anak, pun saya beri kepada orang lain, kerana letih, ini nak jaga Selangor buat apa, pandailah orang Selangor buat."


PADA MINIT KE 5:33 "Saya ulangi, kenyataan saya di Selangor saya tak boleh buat."
Nota: Sekarang siapa yang berbohong? Tok Guru atau Majlis Syura??
 

Anwar Ibrahim menegaskan bahawa keputusan parti telah dibuat dan percaya proses tersebut berlaku dengan baik

MG_8552

PETALING JAYA: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS untuk menyokong Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor, hanyalah pandangan mereka dan ini tidak mengikat keputusan yang telah dibuat di dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Kita hormati pandangan itu tapi ia tidak akan mengikat pandangan dalam Pakatan Rakyat.
"Terdapat hal-hal berkenaan isu Menteri Besar Selangor yang perlu diberi penjelasan dan kita akan melihat maklumat lengkap keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura," katanya.

Anwar meminta supaya pimpinan dalam PKR menghormati pandangan yang dibuat oleh setiap parti. "Walaubagaimanapun kita akur fakta-fakta yang diberikan membuat isu pertukaran MB selangor ini menjadi sengit.

"Saya juga meminta kita menjaga hubungan dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan jangan sampai beliau tersinggung dalam memberikan komen.

"Saya mengakui kadang-kadang ahli-ahli dalam PKR memberikan komen yang sensitif. Namun saya meminta supaya kita mengawalnya dan menumpukan kepada fakta sahaja," jelasnya lagi.

Anwar juga menambah bahawa desakan daripada ahli parti sudah lama dan ia bukan sahaja daripada PKR.

"Kita telah putuskan sejak 5 Januari lalu untuk mengadakan peralihan pimpinan dan kemudian Langkah Kajang.

"Saya tidak mahu apa-apa terjejas untuk menjaga dasar parti dan kepentingan rakyat.

"Keputusan parti telah dibuat dan ini masalah dalaman parti, saya percaya proses berlaku dengan baik," ujarnya.

Katanya lagi, segala keputusan mengenai kedudukan Khalid sebagai MB Selangor akan ditentukan selepas keputusan dua mesyuarat lain iaitu Mesyuarat Lembaga Disiplin yang berlangsung hari ini dan Mesyuarat Kepimpinan Pusat PKR, esok.


Khalid Ibrahim hanya perlu jawab satu dari lima

Posted: 08 Aug 2014 09:29 AM PDT

Khalid Ibrahim hanya perlu jawab satu dari lima

Menurutnya, jika Khalid dapat menjawab persoalan itu dengan jawapan yang boleh diterima, munasabah, dan bukti yang lengkap sebelum 13 Ogos ini, pastinya tuduhan yang dikenakan terhadapnya akan ditarik semula.


khalid7SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendesak supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjawab hanya satu sahaja daripada persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh Lembaga Disiplin PKR.

Menurutnya, jika Khalid dapat menjawab persoalan itu dengan penjelasan yang boleh diterima, munasabah dan disertakan dengan bukti yang lengkap sebelum 13 Ogos ini, pastinya tuduhan yang dikenakan terhadapnya akan ditarik semula.

"Jika Khalid dapat memberi jawapan berkenaan hutangnya dengan Bank Islam, isu Tropicana dan juga Ecoworld dengan baik, pastinya Majlis Syura turut menyokongnya," ujar beliau sewaktu sidang media di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Shah Alam.

Ianya termasuk adakah benar bahawa baki hutang Khalid dengan Bank Islam yang bernilai hampir RM70 juta pada tahun 2006 dilupuskan setelah sebahagian yang lain dibayar melalui penjualan saham yang dicagarkan oleh beliau kepada Bank Islam?

"Selain itu, adakah benar Khalid tidak membayar dan enggan bayar hutang tersebut sehingga dibawa ke Mahkamah?

"Juga, adakah Khalid pernah berhujah bahawa beliau tidak perlu untuk membayar hutangnya kerana Bank Islam telah melanggar perjanjian yang menurutnya tidak Islamic," soal Khalid Samad.
Bahkan, Khalid Samad turut mempersoalkan adakah benar terdapat 'penyelesaian luar mahkamah' yang dicapai antara Khalid dan Bank Islam, pada Februari 2014, itu pun selepas Khalid hampir-hampir kalah?

Bukan itu sahaja, Khalid Samad turut berharap Menteri Besar Selangor itu mendedahkan butiran penyelesaian luar mahkamah yang telah dicapai dan rahsia untuk melenyapkan hutang RM66.67 juta.
"Saya juga berminat untuk mengetahui bagaimana Tan Sri menghilangkan hutang hampir RM70 juta itu," ujarnya.

Dalam pada masa itu, Khalid juga diminta untuk menjawab bahawa adakah benar penyelesaian luar mahkamah ini telah dirunding dengan bantuan dari Tan Sri Rashid Manaf dan juga adakah ianya benar bahawa Khalid Ibrahim berkata Bank Islam telah tarik balik saman atas sebab Khalid Ibrahim akan saman Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan beliau yakin akan menang saman bernilai RM300 juta itu.

"Kini, tempoh tiga bulan telah pun luput dan saman Khalid Ibrahim terhadap PNB masih tidak kelihatan jadi bagaimana Khalid boleh yakin bahawa beliau akan menang?," ujarnya.

Kata Khalid Samad lagi, tidak sampai sebulan selepas kes itu ditarik semula oleh Bank Islam melalui 'penyelesaian luar mahkamah', Tropicana Corporation Berhad telah menjual 308.72 ekar tanahnya kepada Ecoworld Berhad yang mana Tan Sri Rashid mempunyai kepentingan dan saham dalam Ecoworld Berhad.

"Adakah 308.72 ekar tanah ini adalah sebahagian dari 1,172 ekar tanah yang telah dijual oleh PNSB kepada Tropicana dengan harga RM1.3 billion tetapi melalui satu perjanjian yang amat menguntungkan Tropicana?

"Harap Khalid jelaskan keseluruhan latar belakang penjualan dan pembelian ini supaya semua pihak memahami sebab-sebab Tropicana diberikan layanan Istimewa sedemikian rupa dan kenapa jualan Tropicana ke Ecoworld itu tidak dihalang oleh kerajaan negeri.

"Ini kerana, sambil Tropicana mendapat tempoh bayaran yang begitu baik, mereka telah mendapat wang segera melalui penjualan kepada Ecoworld," ujarnya bagi menerangkan urusan jual beli yang diragui itu.

Juga, selepas sebulan Bank Islam menarik semula kes beliau,maka Khalid telah menandatangani MOU dengan Ecoworld yang menganugerahkan projek pembinaan 2,400 unit rumah pangsa mampu milik yang dianggarkan bernilai RM591juta.

"Adakah pada asalnya projek berkenaan telah ditawarkan melalui tender terbuka dan adakah Ecoworld merupakan syarikat yang telah disenarai pendek?

"Harap beliau dapat jelaskan, dan sekiranya ia dapat dijelaskan dengan munasabah dan baik pastinya pimpinan Pakatan Rakyat akan bersetuju untuk mengekalkan beliau sebagai Menteri Besar," ujarnya.




CATATAN : KENAPA BELIAU NAK PEGANG JAWATAN SETELAH PARTI MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KENAPA BELIAU BERKERAS TIDAK MAHU BERJUMPA DENGANPIMPINAN?

BANYAK MAKNA TU......

PAS harus percepatkan mesyuarat, bukan melewatkannya – Shahbudin Husin

Posted: 08 Aug 2014 05:47 AM PDT

PAS kini diperlekehkan oleh anak muda sebagai parti yang tidak setia ,berubah ubah dan tidak jujur terhadap rakan Pakatan.

Kemelut politik di Selangor sekarang pada asasnya berpunca daripada dua sebab. Pertama, kedegilan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mahu berundur apabila diarahkan oleh parti dan kedua, sokongan terbuka PAS yang mahu beliau terus dikekalkan.
 
Jika hanya Khalid yang berdegil tetapi tidak mendapat sokongan PAS, sudah lama ianya selesai. Begitu juga jika sekadar PAS yang menyokong tetapi Khalid akur dengan kehendak partinya, ia tidak akan menjadi kalut sehingga sekarang ini.

Disebabkan adanya kedua-dua sebab itulah dan ianya pula seolah-olah saling bahu-membahu serta senada dan seirama, walaupun berlainan parti, kekalutan ini terus berlarutan.


Ketika Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat kenyataan memberi sokongan kepada Khalid, parti itu sebenarnya sudah menetapkan tarikh mesyuaratnya pada 10 Ogos untuk membuat pendirian rasmi mengenainya.

Sebab itu, kenyataan Hadi yang mendahului mesyuarat dan bersifat peribadi itu adalah punca segalanya.

Jikanya Hadi lebih berhemah dan tidak mengeluarkan kenyataan tanpa bermesyuarat atau sanggup bersabar sehingga 10 Ogos dengan menghormati konsep bermuafakat dalam membuat keputusan, kemelutnya tidaklah berlarutan seperti ini.

Lantaran itu, dalam usaha membendung ianya daripada terus menjadi polemik, dua pemimpin PAS iaitu Ketua Pemudanya, Suhaizan Kayat dan AJK PAS, Dr Zulkifli Ahmad menyarankan agar PAS mempercepatkah tarikh mesyuarat daripada 10 Ogos yang diputuskan sebelum itu.

Hasrat mereka ialah agar segala kurap, kudis dan nanah dapat dibendung lebih awal lagi. Niat kedua pemimpin PAS yang tidak berserban ini adalah baik dan suci.
 
Namun demikian, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali tegas menolak saranan yang baik itu dengan alasan jika diubah ia akan mengganggu jadual lain yang ditetapkan.

Akhirnya semua orang menunggu tarikh 10 Ogos itu, walaupun hari demi hari makin banyak kekalutan dan kekeliruan yang terus berlaku.

Bermula dengan sokongan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap pendirian Hadi, tersebarnya tulisan di whatsapp oleh seorang AJK PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki yang bersifat rasis dan mahu bekerjasama dengan Umno, keputusan Majlis Syura yang juga menyokong pengekalan Khalid, tindakan PAS Selangor dan Dewan Pemuda mengadakan majlis sembahyang hajat di kediaman Menteri Besar dan bermacam-macam rentetan lagi, semuanya menjurus kepada keadaan yang lebih huru-hara.

PAS jadi berpecah, PKR juga retak dan Pakatan Rakyat (PR) yang diharapkan mampu memberi cabaran kepada Barisan Nasional (BN) turut sudah hilang rentaknya di mata umum. Umno dan BN hanya senyum memerhati wayang percuma ini.

Walaupun Khalid turut dipersalahkan dalam kemelut ini sehingga ramai tidak faham kenapa beliau bersungguh-sungguh mahu bertahan, tetapi nyata sekali PAS paling banyak dipersalahkan kerana dilihat tidak lagi menghormati persetujuan yang memberi hak kerusi menteri besar Selangor kepada PKR.

Lebih menghairankan apabila Majlis Syura membuat keputusan mempertahankan Khalid, ada yang bertanya sejak bila majlis itu mempunyai hak membuat keputusan yang melibatkan parti lain selain PAS.

Majlis itu juga diingatkan bahawa penukaran pemimpin tidak memerlukan hukuman bersalah oleh SPRM atau mahkamah semata-mata kerana sejarah Islam sendiri memperlihatkan bahawa Khalid Al Walid juga pernah ditukar tanpa ada kesalahan apa-apa yang dibuktikan.

Ada juga bermulut jahat mengingatkan PAS bahawa parti itu juga pernah memecat Dr Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor dan Exco Agama, juga berdasarkan pertimbangan politik walaupun tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana perkhianatan kepada amanah rakyat atau didapati bersalah di mahkamah serta SPRM.

Ramai akhirnya yang mengharapkan tarikh 10 Ogos ini adalah penentu segala-galanya.
Apabila PAS bermesyuarat dan diikuti dengan mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada sebelah malamnya, diharapkan isu ini tidak berlarutan lagi.

Ia mungkin diakhiri dengan pemecatan Khalid, pendirian rasmi PAS dan PR mengenainya atau suatu pilihan raya negeri bakal diadakan.

Apa saja kemungkinan, semua pihak sudah sedia menghadapinya.

Malangnya, dalam situasi yang semakin kalut ini, PAS melalui Mustafa yang sebelum ini menolak untuk mengubah tarikh mesyuarat, tiba-tiba mengeluarkan kenyataan tarikh baru mesyuarat ditunda daripada 10 Ogos kepada 13 Ogos.

Kemudian, belum pun sehari tarikh itu disebarluaskan, hari ini beliau menangguh lagi kepada 17 Ogos pula.

Apa sudah jadi dengan PAS ini? Kenapa asyik tangguh-tangguh dan tidak berani membuat keputusan segera?

Jika sudah berani membuat kenyataan terbuka, menulis di WhatsApp serta mengadu kepada Tuhan melalui sembahyang hajat, kenapa pula takut untuk membuat keputusan rasmi?

Tindakan PAS melewatkan tarikh mesyuarat, tidak lain akan menjadikan isu ini makin kalut dan caca-marba.

Makin banyak mulut yang bersuara, makin banyak jari yang gatal menulis di WhatsApp atau apa saja medium serta mungkin makin banyak majlis sembahyang hajat lagi selepas ini.

Tidak diketahui apa pendirian PAS, apakah penangguhan ini untuk memberi ruang mereka berfikir dan mengkaji semula sokongan kepada Khalid dan akur dengan muafakat bersama dalam PR atau untuk menambah lagi tekanan kepada PKR dan Anwar?

Banyak kekalutan dapat diselesaikan jika tarikh mesyuarat PAS diawalkan atau setidak-tidaknya dikekalkan pada 10 Ogos. Menangguhkan lagi hanya memberi ruang kekalutan makin berpanjangan.

Setelah PAS mensabotaj Anwar dengan menolaknya sebagai calon perdana menteri menjelang detik-detik akhir Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, mungkinkah penangguhan ini suatu lagi sabotaj PAS terhadap PKR dan Anwar?





 – shahbudindotcom.blogspot.com, 8 Ogos, 2014.

Tiada ulasan: