Isnin, 25 Ogos 2014

WARKAH SERATING

WARKAH SERATING


FIREWALLS

Posted: 25 Aug 2014 02:31 AM PDT

Surah 18, Verse 97:

فَمَا اسْطَاعُوا أَن يَظْهَرُوهُ وَمَا اسْتَطَاعُوا لَهُ نَقْبًا

So they were not able to scale it nor could they make a hole in it.

Surah 18, Verse 97:

فَمَا اسْطَاعُوا أَن يَظْهَرُوهُ وَمَا اسْتَطَاعُوا لَهُ نَقْبًا

So they were not able to scale it nor could they make a hole in it.

Surah 18, Verse 97:

فَمَا اسْطَاعُوا أَن يَظْهَرُوهُ وَمَا اسْتَطَاعُوا لَهُ نَقْبًا


So they were not able to scale it nor could they make a hole in it.

Surah 18, Verse 97:

فَمَا اسْطَاعُوا أَن يَظْهَرُوهُ وَمَا اسْتَطَاعُوا لَهُ نَقْبًا

So they were not able to scale it nor could they make a hole in it.

Surah 18, Verse 97:

فَمَا اسْطَاعُوا أَن يَظْهَرُوهُ وَمَا اسْتَطَاعُوا لَهُ نَقْبًا

So they were not able to scale it nor could they make a hole in it.

Surah 18, Verse 97:

فَمَا اسْطَاعُوا أَن يَظْهَرُوهُ وَمَا اسْتَطَاعُوا لَهُ نَقْبًا

So they were not able to scale it nor could they make a hole in it.

Surah 18, Verse 97:

فَمَا اسْطَاعُوا أَن يَظْهَرُوهُ وَمَا اسْتَطَاعُوا لَهُ نَقْبًا

So they were not able to scale it nor could they make a hole in it.

Bersih: Juham Selangor fail saman pemula

Posted: 16 Jul 2011 05:31 PM PDT

Written by Ismail Hashim  

SHAH ALAM, 16 Julai: Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi (Juham) Dewan Pemuda PAS Selangor semalam memfailkan saman pemula terhadap pihak polis yang menahan seorang Pemuda PAS pada 24 Jun lalu.

Menurut Pengarah Juham Selangor, Peguam Zainal Said, dalam saman pemula itu, mereka memohon mahkamah isytiharkan penangkapan Musfari Abdullah Azmi dari Padang Jawa, dekat sini sebagai tidak sah.

Juham juga memohon perampasan barang-barang milik Musafri iaitu 8 helai baju T-Shirt berwarna kuning bertulisan 'Bersih 2.0 Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil' adalah tidak sah dan hendaklah dikembalikan kepadanya.

Saman pemula itu telah dibuat di Mahkamah Tinggi Malaya bahagian sivil, di sini petang semalam.

Turut hadir dalam sidang media di situ adalah AJK PAS Pusat selaku Ahli Parlimen Shah Alam, Haji Khalid Samad, Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Adun Meru, Dr Abd Rani Osman, Setiausaha PAS negeri, Peguam Mohd Khairudin Othman dan Exco Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzan.

Zainal yang juga Exco Juham Pusat berkata, saman pemula ini adalah yang pertama di negara ini, dikemukakan secara rasmi kepada mahkamah dan berharap banyak lagi sama seumpama ini dapat dibuat oleh negeri-negeri lain.

Menurutnya, saman itu tertakluk Dalam Perkara 5, 9, 10, dan 13 Perlembagaan Persekutuan, Dalam Seksyen 23 (1) Kanun Prosedur Jenayah termasuk Dalam Perkara Penahanan Pemohon pada 24 Jun.2011 di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Selangor dan Dalam Perkara perampasan 8 (Lapan) helai T-Shirt berwarna kuning bertulisan 'Bersih 2.0 Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil'.

Juham dalam saman mereka menamakan: 1. John Doe sebagai orang yang menangkap, 2. Inspektor Misbahudin Haji Hamdan (I/16615), 3.ACP Zahedi Ayob sebagai Ketua Polis Daerah Shah Alam dan 4. Menteri Dalam Negeri sebagai responden.

Zainal berkata, Juham juga memohon deklarasi bahawa responden-responden telah menyalahgunakan kuasa yang diberikan kepada mereka, menuntut gantirugi am, gantirugi teladan dan gantirugi teruk, kos; dan lain-lain perintah yang difikirkan adil dan suaimanfaat oleh mahkamah.

"Juham juga mengemukakan alasan-alasan bagi permohonan kerana pemohon telah ditahan pada 24 Jun 2011 lebih kurang jam 11:20 malam dalam perjalanan balik ke rumah beliau daripada mesyuarat sukan rakyat di Pejabat JKK Padang Jawa, Klang, Selangor, pemohon tidak diberitahu tentang alasan mengapa beliau ditahan.

"Penahanan oleh anggota polis terhadap Pemohon adalah tidak sah di sisi undang-undang, begitu juga perampasan barang-barang milik Pemohon juga tidak sah di sisi undang-undang dan penahanan pemohon telah menjatuhkan imej baik beliau di mata masyarakat setempat memandangkan cara penahanan pemohon seperti seorang penjenayah," tegas saman itu.

Saman Pemula ini juga disokong oleh afidavit Musfari yang turut difailkan bersama.

Sementara itu, Musafridi dalam afidavit menyatakan pada 24 Jun 2011 lebih kurang jam 10.00 malam, beliau telah menghadiri satu mesyuarat di balai JKKK Padang Jawa bagi membincangkan tentang sukan rakyat yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat.

"Selepas mesyuarat berakhir dan semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, saya telah didatangi dan ditahan oleh empat (4) orang yang memakai pakaian biasa dengan sebuah kereta Waja dan memperkenalkan diri mereka polis dari IPD Shah Alam tanpa menyatakan nama mereka. Bersama-sama saya ketika itu adalah beberapa orang kawan saya yang juga selesai pulang dari mesyuarat tersebut.

"Sebuah kereta peronda polis datang ke tempat kejadian dan anggota-anggota polis tersebut telah mengarahkan pula saya memasuki kereta Waja.Selepas itu kereta  peronda polis dan Waja tersebut  bergerak ke IPD Shah Alam sambil siren kereta peronda dibunyikan setelah mula bertolak dari tempat kejadian dan menyebabkan orang ramai terkejut.

"Saya berasa amat malu, seolah-olah seperti seorang penjenayah dan imej baik saya telah jatuh di mata masyarakat setempat.

"Semasa sesi soalsiasat tersebut, saya telah bertanyakan Responden Kedua mengenai nama anggota yang menangkap saya dan di atas kesalahan atau alasan apa saya ditangkap, tetapi beliau enggan memberikan sebarang jawapan," jelasnya.

Musafri berkata dalam afidavit, beliau telah dilepaskan pada pukul 1.49 pagi setelah ditahan selama lebih kurang 2 jam 30 minit.

Pada 29 Jun.2011, beliau membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam untuk melaporkan kejadian penahanan dan rampasan tersebut. .

Beliau sekali lagi bertanyakan pegawai polis di kaunter mengenai butiran nama Responden Pertama (pegawai yang membuat tangkapan) tetapi pegawai berkenaan enggan memberitahu nama-nama mereka.

Musafri menyatakan sesungguhnya, setelah dinasihati oleh peguamcaranya dan mempercayainya bahawa penahanan ke atas beliau adalah bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak dan kebebasan dirinya. (Harakahdaily)

KOMEN:

1) Kedegilan polis boleh diajar antaranya dengan mengheret mereka di Mahkamah.

2) Apabila mereka disoal-balas(cross-examination) dalam kandang saksi barulah terlihat tindakan mereka yang bersifat separuh-masak.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

CARA "CROSS-EXAMINATION" SAKSI PLAINTIF DALAM KES KEMALANGAN

Posted: 12 Feb 2011 08:56 AM PST

1. Saya pernah suatu ketika dahulu dalam posting yang lepas-lepas membicarakan cara berhujah dalam kes kemalangan terutamanya dari sudut seorang peguam Plaintif.

2. Sekarang saya ingin membicarakan cara-cara untuk soal-balas (cross-examination) saksi-saksi bagi peguam Defendan. Dengan kata lain soal-balas saksi-saksi Plaintif.

3. Pertamanya, amatlah sukar untuk menafikan kecuaian Plaintif secara anggapan pertama (first inference) kerana jika dia cuai kenapa dia menyaman Defendan?

4. Namun begitu kes-kes bukanlah semua begitu. Ada antara kes-kes Plaintif itu layak untuk di tolak (dismiss) oleh Mahkamah atau ada kecuaian sertaan (contributory negligence) oleh Plaintif.

5. Antara saksi-saksi yang biasa dikemukan untuk kes Plaintif adalah (1) Plaintif sendiri (2) Majikan (3) Isteri (4) Suami (5) Ibu-bapa (6) doktor pakar (7) pomen (8) saksi bebas dll.

6. Saksi utama bagi kes Plaintif adalah Plaintif sendiri kerana beliaulah yang menjadi pihak menuntut.

7. Kebiasaanya Plaintif tidak berpengalaman dalam memberi keterangan di mahkamah kerana kemalangan yang beliau terlibat adalah satu kali sahaja. (Nota: Namun begitu saya tidak nafikan ada di kalangan Plaintif yang terlibat dalam kemalangan lain sebelum itu. Tetapi situasi ini adalah jarang berlaku)

8. Sebagai peguam Plaintif memanglah mereka akan memberi tunjuk ajar kepada saksi-saksi Plaintif bagaimana untuk bercakap di dalam kandang saksi.

9. kegagalan untuk mengajar mereka adalah 'fatal'. Saksi boleh memberi keterangan yang mengarut dan tidak berpihak kepada kes mereka.

10. Tunjuk-ajar dari peguam Plaintif bukanlah satu kesalahan kerana di dalam Akta Keterangan 1950 mempunyai peruntukan yang mengatakan bahawa komunikasi antara peguam dan anak guamnya adalah 'previlege communication". Dengan kata lain ada 'kekebalan' di sini.

11. Selepas saksi-saksi Plaintif di soal-utama (examination in chief) maka peguam Defendan akan diberi peluang untuk soal-balas (cross-examination).

12. Cara untuk soal-balas Plaintif bukanlah dengan menanyakannya sesuatu yang akan dia nafikan seperti samada dia sedang menggunakan handset semasa kemalangan berlaku atau beliau bercakap-cakap dengan penumpang/pembonceng semasa kemalangan berlaku kerana ini bersifat 'fishing question'. Nota: melainkan perkara ini diakui dalam laporan polisnya.

13. Peguam Defendan harus menfokuskan bagaimana Plaintif mengawal kenderaannya iaitu tentang pergerakan kenderaannya. Contohnya: adakah dia cuba elak kemalangan. Jika ada ke arah mana. Jika dia elak kenapa kemalangan masih berlaku? Jika dia tidak elak ini bermakna ada sumbangan kecuaian dari pihaknya.

14. Jika ada kesempatan lain saya akan membincangkan bagaimana untuk soal-balas saksi-saksi Plaintif yang lain.

ILMU MIMPI

Posted: 10 Jan 2011 06:34 PM PST

1. Saya pernah menulis berkenaan ilmu mimpi. Betapa ilmuan Barat seperti Sigmund Freud berpandangan mimpi mempunyai kaitan dengan alam nyata.

2. Sekarang saya ingin menulis berkenaan ilmu mimpi di dalam Islam.

3. Di dalam surah Yusuf dinyatakan tentang mimpi Nabi Yusuf as bahawa 11 planet dan matahari sujud kepadanya. Akhirnya alamat mimpinya menjadi kenyataan apabila 11 adik beradiknya sujud kepadanya apabila beliau menjadi menteri kewangan kerajaan Mesir.

4. Di dalam hadis sahih ada dinyatakan "sesiapa melihatku di dalam tidur, maka sesungguhnya dia melihatku secara benar. Sesungguhnya syaitan tidak dapat menyerupaiku".

5. Di dalam hadis sahih lain Nabi saw bersabda "Sesiapa yang melihatku di dalam tidur maka dia akan melihatku secara jaga (yaqozoh)"

6. Ini menunjukkan bahawa ada dua kategori mimpi. Satu: mimpi yang dilihat dalam tidur. Kedua: mimpi secara yaqozoh (jaga).

7. Allahlah yang maha mengetahui berkenaan alamat-alamat dalam mimpi.

8. Mimpi menjadi sebahagian dari rahsia alam roh.

9. Roh manusia adalah satu unsur yang sangat rahsia. Hanya sedikit sahaja ilmu berkenaannya diberikan kepada kita.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kering Idea

Posted: 08 Jan 2011 05:16 AM PST

1. Kering idea untuk berkarya. Saya hanya berkarya apabila mendapat ilham.

2. Ilham itu didapati samada secara pembacaan atau memikirkan secara mendalam dalam satu-satu perkara.

3. Ilham juga boleh datang dengan memerhatikan apa yang berlaku disekitar kita.

4. Ia lebih manis lagi juga ilham itu adalah ilham rabbani. Ilham rabbani ini datang dengan perantaraan malaikat-malaikat Allah.

5. Ada seseorang yang mengajar saya dengan mengesan 'gelombang' yang datang dari seseorang yang kita berhubung dengannya.

6. Betapa saya telah mengesan, selepas itu, beberapa gelombang yang pelbagai dari pelbagai jelmaan rupa orang yang saya suspek adalah datang dari para malaikat-Nya yang berhubung dengan saya.

6. Seseorang telah memperkenalkan kepada saya bahawa namanya "Orso" yang memancarkan gelombangnya kepada ubun-ubun saya sehingga menyebabkan saya menuliskan di hanset saya namanya "Orso". Saya yakin makhluk yang memancarkan geombang itu bernama Orso dan adalah malaikat-Nya. Hanya saya tidak tahu apakah tujuannya datang kepada saya.

7. Ada seorang yang memancarkan gelombangnya dari atas terus ke ubun-ubun saya lantas terpantul dari mulut saya kata-kata ini "This is how money is created".

8. Semuanya saya yakin datang dari malaikat-malaikat-Nya.

9. Saya tahu membezakan gelombang dari jin-jin kawan saya dari alam ghaib. Berbeza gelombang mereka dengan gekombang-gelombang yang dibawa oleh malaikat-malaikat-Nya.

10. Saya pun tertunggu-tunggu ilham rabbani dari mereka. Sungguh seronok hati jiwa menerima ilham rabbani kerana ia adalah "nur".

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tenaga Nuklear Dan Kaitannya Dengan Jin dan Malaikat

Posted: 28 Dec 2010 01:10 AM PST

1. Tenaga nuklear adalah tenaga pemusnah besar-besaran yang ditakuti.

2. Ia mempunyai kaitan rapat antara ilmu alam ghaib. Sains dan alam ghaib.

3. Di dalam surah al-hadid: 25 seperti yang saya hujahkan sebelum ini mempunyai kaitan rapat dengan malaikat dan jin.

5. Besi "al-hadid" itu mempunyai khadam jin dan malaikat.

6. Jin dan malaikat yang 'spesial'. Mereka mungkin arif tentang seni peperangan, jika tidak mengapa mereka terbelenggu dengan besi yang mempunyai kekuatan amat sangat.

7. Selain itu surah al-hadid juga membahaskan tentang konsep "nur" dan "dhzulmat".

8. Inilah hakikat dalam peperangan iaitu konsep cahaya dalam menerangi kegelapan.

9. Kunci kepada peperangan nuklear saya katakan terletak pada ''al-hadid".

10. Barang siapa yang hampir dengannya maka memperolehi "nur" kerana besi spesial ini mempunyai nur yang khusus.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

ILMU DUIT (2)

Posted: 23 Dec 2010 08:00 AM PST

1. Dalam perbincangan yang lepas saya mendedahkan bagaimana duit baru masuk pasaran dengan sekali "swipe" kad kredit.

2. Serta bagaimana kekuatan wang itu bergantung kepada bagaima ayat-ayat dalam duit itu dideraf.

3. Saya ada sebut berkenaan undang-undang dideraf untuk mengekalkan mutu dan nilai wang di pasaran. Oleh itu adanya AMLA dan Penal Code.

4. Penal Code atau Kanun Keseksaan menyebut tentang peruntukan untuk menjaga wang palsu dari masuk pasaran.

5. AMLA atau Anti-Money Laundering Act 2001 pula digubal bagi menghalang "pengubahan wang haram" dari memasuki pasaran.

6. "Pengubahan wang haram" ditafsirkan Seksyen 3 AMLA (a) melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung, dalam transaksi yang melibatkan hasil sesuatu aktiviti haram (b) memperoleh, menerima, memiliki, menyembunyikan, memindahkan, mengubah, menukar, membawa, melupuskan, menggunakan, mengalihkan dari atau membawa masuk ke Malaysia hasil daripada sesuatu aktiviti haram; atau (c) merahsiakan, menyembunyikan atau menghalang pemastian sifat sebenar, sumber, lokasi, pergerakan, pelupusan, hakmilik, hak berkenaan dengan, atau pemunyaan, hasil daripada apa-apa aktiviti haram"

7. Jelasnya pentafsiran di atas bermaksud wang haram dari aktiviti haram dicegah oleh AMLA dari memasuki pasaran.

8. Soalnya apa kata kalau dana yang terbeku itu adalah dari sumber halal atau dengan kata lain dari wang halal.

9. Untuk menyatakan maksud secara ikhlas bagaimana hamba Allah yang diberi kebolehan memasuki alam ghaib kemudian bekerja di sana. Maka dia mendapat duit di alam ghaib seperti alam jin atau alam malakut. Adakah duitnya dibekukan dari memasuki pasaran dunia zahir?

10. Bunyinya macam sukar diterima akal. Jika anda berkata begina saya cadangkan tuan-puan berjumpa dengan pakar alam jin dan malakut.

12. Salam dan selawat kepada Nabi Muhammad saw. Perhatikan dua gambar di atas yang saya sertakan. Dapatkah tuan-puan lihat 2 keping USD5 yang saya baru perolehi. Serupa tapi tak sama.

13. Salah satunya mempunyai jota kerajaan Amerika dan salah satu lagi tiada jota keranjaan Amerika. Tapi kedua-duanya adalah asli. Saya telah suluh dengan cahaya ultra-violet kedua-duanya mempunyai ciri-ciri keaslian.

14. Saya yakin salah satunya dari alam jin dan/atau malakut. Kedua-duanya sah dipergunakan.

15. Saya sebagai manusia telah berjaya mengeluarkan wang ini. Ini menunjukkan, kalaulah keyakinan saya berasas, bahawa wang dari alam jin dan/atau malakut boleh dikeluarkan ke dalam alam zahir.

16. Begitulah jika ada hamba Allah yang masuk ke alam jin dan berkerja di sana kemudiannya beliau mahu mengeluarkannya ke alam zahir maka wang tersebut tidak harus disekat oleh AMLA. Apatah lagi jika wang itu datang dengan zikir-zikir dengan memuji dan memuja Tuhan..

ROHAN

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

ILMU DUIT

Posted: 15 Dec 2010 12:33 AM PST

1. Pohon maaf kerana lama tak kemaskini blog warkah serating. Bukan kerana tak pedulikan langsung dengan tak menjenguknya. Saya kadang-kadang menjenguk juga cuba untuk memuhasabah diri dengan apa yang ditulis.

2. Tajuk 'Manfaat besi' dianggap penting oleh saya. Oleh itu saya percaya saya dan tuan-puan memerlukan masa untuk menghadamnya.

3. Sekarang saya ada satu topik yang sangat penting. Iaitu 'Ilmu Duit'.

4. Kalau duit tiada dalam poket beranikah anda keluar dari rumah? Bahkan kalau anda berada dirumah pun tanpa duit apa yang anda hendak makan?

5. Kata seorang kawan saya 'kepala Agong' ini kalau tiada dalam poket kita akan susah dengan merujuk kepada lambang kepala Agong kepada wang kertas.

6. Saya bukan hendak ceritakan perbezaan-perbezaan pada wang kertas atau syiling atau dinar atau dirham. Apa yang hendak saya ceritakan keajaiban wang.

7. Menurut penulis buku "The Web of Debts" wang tercipta dengan satu 'swipe' kad kredit. Ini satu rahsia ilmu wang. Iaitu wang tercipta dengan hutang baru terlebih dahulu dibuat dengan pembayaran selepas hutang dibuat.

8. Seterusnya jika kita perhatikan pada wang kertas USD ada perkataan ''This note is a legal tender for all debts public and private''.

9. Cuba kita bandingkan dengan perkataan pada wang kertas Malaysia ''WANG KERTAS INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI''.

10. Pasaran matawang menujukkan wang kertas USD lebih kuat dan kukuh. Adakah kerana ayat-ayat yang ada di dalamnya?

11. Saya sebagai peguam menjawab secara setuju dengan soalan di atas.

12. Saya berpandangan bahawa penderaf wang USD lebih teliti. Kata-kata dalam USD menujukkan ia mampu menjelaskan SEGALA HUTANG PIUTANG (ALL DEBTS)!!

13. Oleh itu kita tidak hairan bahawa walaupun US mempunyai hutang bernilai trillion USD tetapi wangnya telah dideraf mampu menjelaskan segala hutang!!

14. Satu lagi untuk mengekalkan mutu wang, kerajaan telah meluluskan beberapa akta seperti Penal Code dan AMLA.

15. Anda tentu ada menerima email dari individu tak dikenali tentang duit yang tersadung dalam akaun-akaun tertentu. Situasi ini jika diteliti ia jatuh kepada kes AMLA.

16. Walaupun saya akui ada individu-individu tertentu yang mengalami kesulitan dalam mencairkan wangnya dari dana luar negara. Dalam kes ini undang-undang tertentu harus diteliti agar tidak jatuh di dalam kes AMLA.

17. Nanti jika ada kesempatan saya akan bahaskan lagi ILMU DUIT.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Manfaat Besi

Posted: 23 Oct 2010 09:28 PM PDT

1. Sepertima saya telah huraikan dalam " saya dan besi", banyak lagi manfaat-manfaat besi.

2. Besi yang digunakan pada jalan Allah adalah besi yang terpancar padanya hikmat-hikmat besi.

3. Besi berkait rapat dengan alam ghaib, Allah dan Rasul-Nya.

4. Besi yang diolah seperti yang saya katakan terdahulu boleh menjadi kereta yang boleh dinaiki oleh manusia.

5. Besi yang diolah menjadi senjata-senjata seperti keris, senapang dan lain-lain.

6. Manfaatnya boleh menegakkan agama Allah di muka bumi ini dan sebagai perisai diri, keluarga, harta benda dll dari segala anasir yang tidak baik dan mudarat kepada empunya diri.

7. Besi berkait rapat dengan alam ghaib.

8. Besi (al-hadid) yang saya telah hujahkan di dalam surah al-hadid adalah lagenda pedang "zul fiqar" milik Rasulullah s.a.w kerana ia datang dengan isim makrifat yang bermaksud (1) satu itu sahaja (2) tertentu bukan besi-besi lain.

9. Rasullah s.a.w menggunakan "zul fiqar" untuk menegakkan agama Allah dimuka bumi ini.

10. "Khumus" hasil rampasan perang diperuntukkan untuk Allah dan Rasul-Nya.

11. Ia menjana pendapatan bagi Rasul-Nya dalam peperangan sudah tentu dengan menggunakan "al-hadid".

12. Walaupun itu sudah menjadi lagenda yang berlalu, tetapi kita boleh mengambil iktibar dengan memiliki besi.

13. Besi dapat menolong kita dalam membuka pintu-pintu rahsia alam ghaib kerana besi berkait rapat dengan alam ghaib.

ROHAN
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ayat-ayat sihir!!!!

Posted: 19 Oct 2010 04:41 PM PDT

1. "Daripada kejahatan mereka yang meniup kepada ikatan": al-Falaq:4

2. Perhatikan ayat di atas. Itulah antara teknik-teknik menyihir yang didedahkan dalam al-Qur'an.

3. Pertama; ia memerlukan "tiupan". Kedua; ia memerlukan "ikatan".

4. Iktibar dari petikan ayat di atas (pertama) tiupan membawa satu "energy" dan dipindahkan kepada satu rumusan dalam bentuk "ikatan".

5. Tiupan itu berasal dari diri manusia. Manakala ikatan itu pula satu rumusan atau perumpamaan dalam bentuk benda untuk menguatkan sihir.

6. Ayat-ayat sihir terbentuk dengan bacaan-bacaan bagi memukau manusia dengan bentuk "khayalan" kepada mata atau pancaindera lima manusia.

7. Seperti yang dikatakan bahawa ayat-ayat sihir melalui simpulan tali. Maka bagi merungkai sihir adalah juga dengan merungkai simpulan tali sihir tersebut. Lebih baik lagi dengan hembusan oleh mereka yang ingin merungkai sihir.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PEPERANGAN MASA HADAPAN

Posted: 09 Oct 2010 06:47 PM PDT

1. Peperangan masa hadapan bukan dengan penciptaan-penciptaan senjata pemusnah besar-besaran seperti 'nuclear warhead' tetapi dengan zikir-zikir dan bacaan al-quran.

2. Manakan nak sama antara kegelapan (zulmah) dan cahaya (nur)?

3. Lagipun apakah nilai dengan keupayaan membunuh manusia secara besar-besaran?

4. Atau ia satu 'irrational anxiety' and 'complex fear syndrome' maka nyawa mereka dijaga oleh Weapon of Mass Destruction (WMD)?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MANFAAT MENULIS

Posted: 07 Oct 2010 08:40 PM PDT

1. Jika kita menulis kita akan menjadi tajam pemikiran lebih-lebih lagi apa yang kita tulis itu untuk tatapan pembaca-pembaca lain.

2. Apa yang kita tulis akan dinilai oleh mereka.

3. Oleh itu kita berhati-hati dalam menulis kerana tulisan dan kata-kata kita ada pihak yang menilainya dari setiap aspek dan perspektif menurut cara fikir si pembaca.

APA ITU MEDIASI?

Posted: 06 Oct 2010 10:07 PM PDT

1) Mediasi adalah satu proses penyelesaian kes secara damai antara pihak-pihak bertelingkah dalam kes-kes dengan dikendalikan oleh peguam-peguam dari kedua-dua pihak dengan nasihat atau tanpa nasihat dari hakim dan tanpa hakim memutuskan kes tersebut.

2) Pihak-pihak boleh menyelesaikan kes dengan merekodkan penghakiman persetujuan bagi kes sivil atau mengaku bersalah dalam kes jenayah dengan hukuman dikurangkan.

ROHAN

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

FACEBOOK MENGGANGGU BLOGGER?

Posted: 06 Oct 2010 01:50 AM PDT

Setelah berhijrah kepada BlackBerry dengan teknoloji facebook for blackberry tumpuan saya teralih kepada facebook menyebabkan kurang perhatian diberi kepada weblog saya..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

NAIK-TARAF WARKAH SERATING

Posted: 30 Sep 2010 11:52 PM PDT

1. Untuk makluman pengunjung Warkah Serating sekarang sedang menjalani penaikan-taraf kepada rekabentuk (design) HEADER...Apayang terlihat di atas bukanlah kekal...Ia masih dalam rundingan dengan sebuah syarikat rekabentuk...

2. Apa2 cadangan dari tuan-puan dialu2kan...

Sekian terima kasih...

Lady Gaga: Agen Illuminati??!!

Posted: 24 Sep 2010 04:20 AM PDT

1. Populariti Lady Gaga tiba-tiba naik mendadak seperti bintang kejora di waktu malam.

2. Lagu-lagunya menjadi dengaran seantero dunia. Hits kepada lagu "alajendro" (sebut alahendro) di YouTube mencecah lebih 80,000,000 ketika tulisan ini dipost!!!

3. Apakah rahsia kepada kemunculan mendadak artis yang suka separuh bogel ini??

4. Di sini ada yang berta'akkul bahawa ia dinaikkan oleh kumpulan rahsia yang dinamakan "Illuminati".

5. Kumpulan ini dikaitkan dengan protokol Yahudi yang mahu menakluk dan mengawal dunia.

6. Ada pula yang beranggapan bahawa Lady Gaga naik kerana kebolehannya sendiri dengan tiada apa-apa konspirasi pertubuhan 'secret society'.

7. Bagi yang menghujahkan dia dinaikkan oleh "Illuminati" lagu 'alejandro' seperti klip video di YouTube jelas menunjukkan unsur-unsur "Iluminati" dalam tariannya.

8. Bagi yang baru mendengar apa itu Illuminati rujuk di sini untuk gambaran awalan:http://nwoobserver.wordpress.com/2009/11/17/who-are-the-illuminati/.

9. Apapun saya juga telah menkayakan Lady Gaga sebanyak RM47.80 dengan membeli cdnya.

10. Kita tidak tahu apa yang kita tulis jika kita tidak mendalaminya..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sistem Kehakiman Malaysia Terhakis??!!!

Posted: 21 Sep 2010 12:59 AM PDT

1. Panggilan kecemasan terhadap sistem kehakiman Malaysia oleh Tun Salleh Abbas di terima secara perlahan-lahan walaupun tegas oleh sebahagian rakyat Malaysia.

2. Bagi yang berpendapat sistem kehakiman terhakis oleh kuasa eksekutif menganggap "May Day For Justice!" oleh Tun Salleh Abbas sebagai panggilan kecemasan yang harus dibalas dan bertindak dengan segera.

3. Manakala kuasa eksekutif harus dikurangkan "Executive: Delimiting Its Growth" tulis seorang peguam senior dalam satu jurnal undang-undang keluaran Majlis Peguam Malaysia.

4.Manakala bagi kumpulan ini (yg mengatakan sistem kehakiman terhakis) titik permulaan kehakisan tersebut tercetus dengan peristiwa pemecatan hakim lagenda Tun Salleh Abbas.

5. Bagi yang menyokong pemecatan Tun Salleh Abbas pula mereka berpendapat ia bukan isu sistem kehakiman terhakis tetapi ia merupakan "kes salahlaku" seorang hakim tertinggi negara.

6. Penentu utama kuasa eksekutif telah masuk menceroboh dalam sistem kehakiman ialah kes liwat (1) Dato' Seri Anwar Ibrahim, hujah mereka.

7. Mengapa Anwar didakwa sedangkan dakwaan tentang tarikh Tivoli Villa belum siap ketika liwat yang didakwa itu berlaku.

8. Manakala liwat (2) yang berlaku ketika pemerintahan Perdana Menteri yang lain pula menjadi bukti kes liwat bukanlah rekaan pihak pemerintah, hujah pula pendokong parti yang memerintah. Oleh itu tiada teori campurtangan eksekutif dalam kebebasan kehakiman. Justeru sistem kehakiman tidak terhakis.

9. Kes klip video VK Lingam pula timbul.

10. Maka ini bukti sistem kehakiman diatur oleh tangan-tangan ghaib yang jika dibicarakan akan terbuka tabis hijabnya..

11. Salahkah hakim mempunyai "political-party affiliation"??!!

12. Pengalaman negara kuasa dunia menunjukkan ia tidak salah. Black's Law Dictionary melaporkan hakim-hakim Mahkamah Agung USA yang silih berganti antara parti Federalist, Jeffersonian, Democrat, Whig, Republican dan Independent.

13. Pengalaman ini membawa keamanan kepada negara besar ini dan rakyatnya boleh menerima kecenderungan hakim dalamn urusan politik.

14. Mungkin ada yang berkata bahawa ini tidak boleh disamakan dengan kes klip video VK Lingam.

15. Tetapi itulah hakikat, di Amerika hakim-hakim diundi dan diatur oleh tangan-tangan ghaib; rujuk "The Appeal" oleh John Grisham.

16. Negara kita mungkin dalam proses pematangan. Sistem kehakiman adalah satu cabang kuasa yang penting dalam negara. Ia tidak harus diganggu melainkan ada 'precedent' di negara lain yang boleh diikut...

ROHAN
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

POHON KEMAAFAN

Posted: 19 Sep 2010 11:34 PM PDT

Saya memohon kemaafan kepada pengunjung2 blog saya kerana kegersangan posting semenjak puasa dan sepanjang hari raya kerana kesibukan..

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

ROHAN
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bulan takkan terbelah bagi kali kedua...

Posted: 08 Sep 2010 05:49 AM PDT
















1. Antara mukjizat Nabi Muhammad s.a.w kepada kaum Quraish sebagai bukti kenabiannya ialah terbelahnya bulan.

2. Mukjizat itu hanyalah sekali sahaja..

3. Dalam politik kepartian di Malaysia parti Islam yang berlambangkan bulan purnama penuh pernah "retak" dan terbelah dua dalam tahun 1980-an.

4. Peristiwa itu dirakamkan oleh seorang penulis Halim Mahmood. Dengan kulit buku melambangkan bulan yang retak dan gambar Asri dan Hj Hadi.

5. Matan presiden Pas ketika itu menghadapi tentangan dari dalam Pas oleh "young turk" yang diketuai oleh TG Nik Abdul Aziz dan TG Hj Abdul Hadi.

6. Akhirnya presiden Pas yang berjaya membawa kepada 'unity goverment' dengan BN selepas sengketa kaum 1969 tersingkir selepas revolusi dalaman Pas.

7. Ramai generasi muda Pas pasca-kepimpinan ulamak tentu sudah lupa peristiwa ini.

8. Tetapi jika dibuka buku 'Asri Dalam Dilema' kita akan dihidangkan dengan detik-detik kejatuhan 'parti Asri sekeluarga'.

9. Bulan retak akibat 'unity goverment' dengan BN yang diarkitekkan oleh Asri dan Tun Razak.

10. Ada yang beranggapan roda kitaran Pas berputar dengan dulunya Hj Hadi menentang polisi Asri berbaik dengan Umno. Sekarang beliau cuba melakar polisi berbaik dengan Umno dan menjadi mesra polisi Asri seperti zaman kritikal dahulu.

11. Walaupun saya dalam beberapa posting mengambarkan mesra 'unity goverment' saya tidak lupa peristiwa ini.

12. Peristiwa inilah yang menyebabkan beberapa pemimpin Pas phobia dengan idea 'unity goverment' kerana "bulan takkan terbelah untuk kali keduanya"..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Mansuhkan saja PAS?

Posted: 04 Sep 2010 05:40 PM PDT

1. Itulah apa yang terkandung dalam Perlembagaan Pas. "Cara memansuhkan PAS": Fasal 78 Perlembagaan Parti Islam Semalaysia PAS (Pindaan 1993).

2. Jadi apa yang diutarakan oleh pemimpin atasan Pas bahawa Pas boleh dimansuhkan jika Umno yang mahu melaksanakan Islam secara syumul, adalah berasas dan berperlembagaan (constitutional).

3. Keikhlasan adalah urusan hati dan sukar untuk ditafsirkan tetapi kita boleh mentafsirkan apa yang tersurat. Dan yang tersurat adalah jelas bahawa Pas boleh dimansuhkan jika Umno betul-betul ingin laksanakan Islam.

4. Pas hanyalah "alat" bagi menyampaikan hasrat untuk "tujuan-tujuan" seperti yang terkandung dalam Fasal 5 (tujuan Pas).

5. Jika tujuan-tujuan Pas boleh dicapai tanpa perlu wujudnya alat yang dinamakan Pas, maka Pas sudah tidak diperlukan lagi. Dengan kata lain "mansuhkan saja Pas!"

6. Debat tentang mengapa zaman Nabi Muhammad s.a.w tidak ada "sistem kepartian" adalah juga menarik.

7. Undang-undang negara menetapkan bahawa jika sekumpulan warganegara atau lebih spesifik umat Islam mahu berpolitik maka mereka perlu menubuhkan sebuah parti. Oleh sebab itulah Pas didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS).

8. Mankala dalam al-Qur'an disebut "Hizbullah" atau "Parti Allah". Mungkin disini mengilhamkan pengasas Pas untuk menubuhkan Parti Islam SeMalaysia.

9. Hizbullah tidak terikat dengan ROS. Tetapi Pas terikat dengan ROS.

10. Apapun Parti Allah tidak akan luput selagi al-Qur'an masih ada. Manakala Pas boleh dimansuhkan jika menepati Fasal 78 Perlembagaan PAS.....

UMNO melancarkan perang siber?

Posted: 02 Sep 2010 07:20 PM PDT

1. Saya masih ingat satu statement daripada matan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi bekenaan kekalahan beberapa negeri dan kerusi strategik kepada Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya ke 12.


2. Beliau menyalahkan bahawa kekalahan ("kehilangan" adalah lebih tepat kerana BN masih memerintah Kerajaan Persekutuan) tersebut akibat BN kalah perang siber. Beliau sendiri tepaksa berundur sebagai PM kerana menjadi kambing hitam kepada kehilangan-kehilangan tersebut!

3. Taktik perang siber tidak semestinya secara langsung. Ia boleh berlaku secara "reverse" atau "sebalik" atau istilah dalam Bahasa Arab "mafhum mukhalafah".

4. Jika kita analisa satu persatu taktik dan bunga langkah Umno dalam perang siber adalah sangat menarik.

5. Mereka pada awalnya mendakwa tokoh-tokoh tertentu dalam blogosphere. Kemudiannya menjadi mesra Umno dalam posting-posting mereka.

6. Kalau kita masih ingat Kickdefella adalah warblogger kepada Husam Musa. Kemudiannya ditangkap polis gara-gara menyiarkan dalam blognya gambar bendera Malaysia terbalik.

7. Selepas beliau dibebaskan, tiba-tiba beliau menjadi mesra Umno dan agenda-agenda parti Melayu ini.

8. Kemudian beberapa blogger juga ditahan polis. Akibat sensai ditahan ini menyebabkan mereka secara "reverse" diiklankan kepada MSM (mainstream media) yang menambahkan populariti mereka dikalangan pelanggan media lama.

9. Ini secara "reverse" juga menyebabkan hit kepada blog mereka meningat dengan mendadak.

10. Blog-blog bebas dan pro-Unity Government juga diwar-warkan seperti www.zul4kulim.blogspot.com, Aduka Taruna dan blog Tantawi.

11.Ia seperti kumpulan penunjuk perasaan kepala lembu yang didakwa. Walaupun sabit kesalahan mereka dan dihukum, tetapi mesej iaitu jangan melangkah kegaris milik kami! adalah telah berjaya disampaikan kepada massa. Ini adalah satu manifestasi "reverse" taktik Umno dalam perang siber, jikalah kita dengan jayanya mengaitkan kumpulan penunjuk perasaan itu dengan Umno...

12. Terkini Utusan 3.9.2010 melaporkan "Hassan Skodeng didakwa buat komen palsu". Beliau didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

13. Beliau adalah editor eksekutif dalam MSM iaitu The Malay Mail. Beliau bukan barua Pakatan Rakyat.

14. Utusan juga melaporkan warblogger mesra Umno ada hadir di mahkamah bagi memberi sokongan moral kepada Hassan.

15. Saya telah melayari blog beliau di http://nose4news.wordpress.com/. Posting-posting beliau lebih mirip kepada isian-isian dalam MSM.

16. Umno mempunyai dua kategori perang siber (1) bersifat perang gerila- dengan menyembunyikan (anonymous) posting seperti Parpukari, Faisal dll. (2) perang bersemuka dengan warblogger yang menggunakan nama sebenar.

17. Saya percaya Umno akan lebih banyak merekrut warblogger bagi melancarkan perang siber!



Tiada ulasan: