Roslan SMS Corner |
- MB Selangor bukan isu wanita (1/8/14)
- Isu Dr Zuhdi - Jaga-jagalah kelambu sendiri (1/8/14)
- Isu MB Selangor: Biar bijaksana dan matang (1/8/14)
MB Selangor bukan isu wanita (1/8/14) Posted: 01 Aug 2014 02:53 AM PDT Apakah sebenarnya isu di Selangor hari ini? Bahawa PKR mahu tukar MB Selangor, bahawa DAP setuju dengan hasrat PKR itu dan bahawa PAS khasnya PAS Negeri Selangor, Presiden PAS, Mursyidul Am dan Ketua Dewan Ulamak PAS lebih selesa MB sekarang dikekalkan hingga hujung penggal. Saya terkejut membaca The Star Online sebentar tadi yang memetik Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai berkata bahawa isu penting yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat 10 Ogos nanti adalah samada boleh atau tidak seorang wanita menerajui Selangor sebagai MB. Benarkah itu isunya?Lim dipetik sebagai berkata: "We intend to "clear the first hurdle" by obtaining a stand from all political leaders that there would be no objection to a woman being a mentri besar."PAS (sekurang-kurangnya PAS Selangor, Presiden dan Mursyidul Amnya) telah menegaskan isunya bukan siapa ganti Tan Sri Khalid, isunya adalah bahawa tidak sesuai kerusi MB ditukar pada waktu dan ketika ini, sebagaimana kenyataan Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang: SAYA menyokong kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad yang menegaskan supaya diteruskan jawatan Menteri Besar Selangor kepada Tan Sri Khalid Ibrahim. Berdasarkan kepada perlu diambil kira tentang rakyat Selangor dan Sultan Selangor itu sendiri. YB Iskandar adalah wakil PAS Pusat yang dilantik oleh PAS Pusat mengikut Perlembagaan untuk mengendalikan urusan PAS negeri Selangor.Kenyataan beliau adalah sebagai kenyataan wakil kita (PAS) di Selangor. Dan saya sendiri telah membuat penelitian melalui beberapa pihak sama ada dalam PAS atau di luar PAS dan membuat kaji selidik. Di mana, didapati bahawa majoriti rakyat Selangor masih bersetuju dengan Tan Sri Khalid menjadi Menteri Besar. Kedua, kita tidak boleh membelakangi Duli Yang Mulia Sultan Selangor dan kita (PAS) serah kepada bagindalah untuk menentukan dan tidak boleh dibelakangi baginda dalam isu (MB) ini, itu (keputusan) terpulang kepada baginda (Sultan).Ketiga, alasan-alasan mahu menukar Menteri Besar ini tidak kukuh. Di mana, saya melihat tidak setuju dengan Tan Sri Khalid ini tidak melibatkan amanah-amanah yang besar. Jika sekiranya, beliau (Khalid) terlibat dengan skandal, terlibat dengan pecah amanah, salah guna duit Selangor itu boleh kita tukar. Tapi, jika alasan yang lain itu boleh kita urus dan bukan dengan tukar Menteri Besar. Ini kerana, kita anggap masih dalam 'perjalanan' dan tidak boleh 'dipintas' dalam perjalanan, kena tunggu hingga habis tempoh penggallah. Itu pandangan saya berdasarkan apa yang saya dapat dari Pesuruhjaya PAS negeri Selangor dan rakan-rakan Exco (kerajaan) Selangor dan wakil-wakil rakyat Dun Selangor dari PAS. Kenyataan Presiden PAS ini kemudiannya disokong oleh Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat dan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Ustaz Dato Mohammad Yakub yang juga MB Kelantan.Tidak berbangkit langsung isu wanita jadi MB sebagaimana dibayangi oleh Guan Eng. Memang PKR mahu Khalid digantikan oleh Dr Wan Azizah, namun bagi PAS bukan siapa pengganti isunya, isunya adalah kesesuaian masa dan ruang. Diketika ini adalah difikirkan Tan Sri Khalid sesuai dikekalkan, kalau perlu sangat tukar maka biarlah sehingga ke penghujung penggal.Silap Guan Eng tu. |
Isu Dr Zuhdi - Jaga-jagalah kelambu sendiri (1/8/14) Posted: 31 Jul 2014 06:51 PM PDT Belum pun selesai isu "tukar paksa" MB Selangor, tiba-tiba meletus pula isu lain. Sekali lagi PAS yang menjadi fokusnya. Kali ini isu "whatsapp" bocor. Bayangkan perbincangan sulit pimpinan PAS Pusat, gerakan Islam tersohor di rantau ini dan terbilang peringkat dunia, dalam group whatsapp boleh bocor! Bukan dibocorkan oleh orang luar kerana tiada siapa yang boleh akses group itu kecuali ahli, ternyata dibocorkan oleh ahli sendiri, iaitu pemimpim yang diberi amanah oleh ahli-ahli untuk memimpin gerakan ini.Apabila bocor maka "perca" kecil (meminjam kata-kata Ustaz Nasaruddin – ahli Parlimen Temerloh) yang tiada hujung dan pangkal itu apalagi menjadi ulasan dan bahan bahas mulut-mulut gatal, kononnya pendukung keadilan, tetapi tidak pula memberi ruang atau hak kepada tertuduh membela diri. "Perca" ulasan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki terus dserang dan dilabel "rasis", penghasut, anti perpaduan, melampau dan macam-macam lagi. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dilaporkan mendesak Presiden PAS menyatakan apakah tindakan disiplin yang akan diambil terhadap Dr Zuhdi. Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook pula dilaporkan endesak PAS mengambil pendirian tegas terhadap Dr Zudi selain menyifatkan cadangan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas itu sangat tidak bertanggungjawab dan ada unsur-unsur membelot kepercayaan rakyat.Sejujurnya, ada tidak Rafizi atau Loke mendapatkan penjelasan dari Dr Zuhdi? Menurut kenyataan Ustaz Nasaruddin yang juga merupakan ahli group whatsapp itu sekiranya keseluruhan perbincangan topik senario politik semasa berkenaan dimuat-turun dan dicetak ia akan mengambil ruang 115 mukasurat jika dicetak atas kertas A4 dengan fon bersaiz 12. Tahu tidak Rafizi dan Loke, atau memang mereka jenis mulut gatal dan cepat melenting dan melompat atau barangkali mereka sebenarnya bersekongkol dengan petualang yang membocorkan whatsapp itu semata-mata untuk mengkambing hitamkan Dr Zuhdi. Perbincangan dalam kumpulan itu adalah sulit, masalah dalam kelambu. Saya pasti hal-hal dalam kelambu PKR dan DAP lebih panas dan hancing. Mengapa mahu selak kelambu orang?Saya bimbang apabila membaca kenyataan Dr Zuhdi yang menyebut: Tujuan si pembocor adalah untuk mendesak PAS khususnya Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang mengambil tindakan terhadap saya kerana saya adalah antara penentang kuat "Kajang Move" yang dicita-citakan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim. Secara tidak langsung juga mereka yang berada di pihak pembocor memberi tekanan supaya pimpinan PAS bersetuju dengan langkah itu.Bimbang kerana apa? Kerana amalan politik kotor dan rakus mush kita yang kita selar selama ini rupa-rupanya telah meresap masuk dalam tubuh kita. Politik kotor, cantas-mencantas, mengadu-domba dan fitnah yang kita serang, hari ini kita pula "player" nya. Berkali-kali saya pernah post kan dalam blog ini bahawa kerja biadap dan hina "membocor" rahsia parti ini sudah lama berlaku. Ada sehingga seorang wartawan boleh tahu siapa yang batuk dan siapa yang terlelap dalam Mesyuarat Jawatakankuasa PAS Pusat, bukan kerana dia memiliki alat "spyware" tetapi kerana ada pengkhianat dikalangan ahli mesyuarat yang seakan menyalurkan maklumat secara langsung kepada beliau.Tindakan tegas perlu diambil, tidak kiralah siapa pemimpin pengkhianat itu. PAS apalagi gerakan Islam ini, tidak perlukan seorang pemimpin yang tidak tahu memelihara rahsia parti, apalagi bertindak subversif (geli saya menggunakan istilah ini kerana istilah inilah digubakan oleh seorang pemimpin terhadap saya semasa saya Setiausaha Akhbar Presiden dahulu) mahu meroboh dan menjahanamkan parti. Dalam pada itu saya hairan apabila seorang pemimpin kanan PAS yang mengaku beliau tidak menjadi ahli dalam group whatsapp berkenaan menuntut supaya Dr Zuhdi dikenakan tindakan. Kata beliau kepada sebuah portal berita:Memang pihak yang membocorkan tulisan dalaman itu juga salah tetapi tanpa ada pihak yang menulis sedemikian rupa ini tidak akan berlaku (Ini bukan tulisan YB Datuk ini perbincangan, pertukaran idea)Sepatutnya Ustaz Nasaruddin menyerahkan 115 mukasurat perbincangan hampir 2 hari itu kepada pemimpin ini biar di abaca dan faham lumat sebelum gatal-gatal mahu ulas tanpa tahu hujung pangkal. Apa pun PAS perlu bertindak, dan rakan-rakan PAS berlapang dadalah, jangan sampai nak masuk kelambu orang sedang kelambu sendiri penuh pijat dan onar. |
Isu MB Selangor: Biar bijaksana dan matang (1/8/14) Posted: 31 Jul 2014 04:35 PM PDT PKR yang mahu memaksa penukaran MB di Selangor tiba-tiba semua kelemahan dan kesalahan ditudingkan ke arah PAS. Banyak sungguh berubah sikap tolak-ansur dan muafakat yang telah membina Pakatan Rakyat sejak 6 tahun dahulu. Isunya hari ini adalah PKR tidak mahu Tan Sri Khalid terus mewakilinya sebagai MB Selangor. Atas sebab-sebab rumah tangga parti mereka, PKR merasakan Tan Sri Khalid perlu dirihatkan dan nama yang disebut-sebut sebagai pengganti adalah Presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah yang telah pun memenangi PRK DUN Kajang baru-baru ini.Sesungguhnya dalam keghairahan melakarkan lanskap untul menukar MB secara paksa ini, ramai yang lupa bahawa Selangor bukannya seperti Pulau Pinang atau Kelantan. Di Pulau Pinang DAP dominan dalam kerajaan negeri begitu juga PAS di Kelantan. Dalam hal ini, jika parti yang dominan mahu menukar teraju dalam pentadbiran negeri, ianya boleh dilakukan lazimnya parti komponan lain terpaksa akur. Namun di Selangor parti yang dominan adalah PAS dan DAP dengan masing-masing menguasai 15 kerusi manakala PKR adalah rakan kongsi terkecil dengan 14 kerusi. Ini bermakna jawatan MB sepatutnya dipegang samada oleh PAS atau DAP, memandangkan MB Selangor dikehendaki dikalangan ADUN yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, selayaknya calon MB Selangor datangnya dari PAS.Walaubagaimanapun atas semangat setiakawan pakatan, maka PAS dan DAP memberi laluan kepada PKR memandangkan DAP dan PAS masing-masing menjadi ketua pentadbir di kedua2 negeri lain iaitu Pulau Pinang dan Kelantan. Dan selain itu satu faktor yang hari ini turut seakan dilupakan adalah kualiti kepimpinan dan kelayakan peribadi Tan Sri Khalid yang telah memimpin Selangor dengan cemerlang pada penggal yang pertama sehingga memberi kekuatan kepada Pakatan menang besar dalam penggal kedua. Hari ini atas sebab gelora rumah tangga, tokoh yang dijulang dicemuh pula demi mahu merampas kerusi MB darinya.Lantaran kecelaruan ini sebagai rakan kongsi yang paling tua usianya dalam politik Malaysia, PAS muncul mempertahankan status quo melalui ketegasan Pesuruhjaya Selangor dan Badan Perhubungan Negeri Selangor. Ini diikuti dengan sokongan kuat dari Presiden sendiri, Mursyidul Am dan Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat. Tan Sri Khalid pada pandangan mereka perlu dipertahankan sebagaimana ditegaskan Mursyidl Am PAS Tuan Guru Nik Abd Aziz:Saya sebagaimana banyak pihak di negara ini turut tertanya-tanya, atas silap dan salah manakah Tan Sri Khalid ingin digugurkan dari jawatan Menteri Besar? Setelah satu penggal beliau memimpin dengan cemerlang sehingga di dalam pilihanraya umum yang lepas, prestasi Pakatan Rakyat di Selangor semakin meningkat dan beliau dikekalkan di atas kerusi Menteri Besar, tiba-tiba hari ini beliau ingin digugurkan. Sudah tentu persoalan yang berlegar ialah, adakah tiba-tiba beliau menjadi mundur dalam prestasi gerak kerjanya? Barangkali beliau ada salah dan silap tidak dapat dinafikan, namun adakah ia sehingga menyebabkan beliau wajar digugurkan? Saya kira persoalan ini perlu diselesaikan terlebih dahulu di meja rundingan Pakatan Rakyat, barulah kita bercakap soal pengganti. Jika tangga pertama pun masih belum dipijak, janganlah pula tergesa-gesa melangkah ke tangga kedua, bimbang nanti kepala tersadung lantai.Tetapi fraksi PKR yang mahu memaksa penukaran ini terus bernafsu dengan tuntutuan mereka. Pendirian Presiden PAS diserang, PAS Selangor diperlekeh. Apa sahaja pandangan dan pendirian yang bertentangan dengan agenda besar mereka itu dilanggar dan ditendang. Lupakah kita senario di Selangor sebagaimana yang saya nukilkan di atas. Ingat Selangor bukan Pulau Pinang, Selangor bukan Kelantan. Fraksi PKR perlu sedar bahawa di Selangor suara PAS dan DAP mengatasi suara mereka, atau adakah mazhab "demokrasi" baru mereka sudah bertukar menjadi feudal, tiada lagi hormat terhadap suara ramai, suara majoriti. Adakah Pakatan menganut mazhab demokrasi dimana suara keramat adalah suara yang paling kecil?Sesungguhnya kalau kita kaji dan lihat secara terperinci apa yang PAS Selangor dan Presiden PAS mahukan, bukannya kerusi MB itu tetapi lebih kepada mengekalkan status quo. Biarlah Tan Sri Khalid kekal sehingga ke akhir penggal ini. Beliau cemerlang, prestasinya baik, kalau bergelora sekali pun rumah tangga, sabar-sabarlah tunggulah sehingga tamat penggal. Malangnya kematangan politik pimpinan PAS ini dipandang serong, lebih malang lagi sesama pimpinan PAS yang berbuat demikian, yang duduk di bawah Presiden apalagi Mursyidul Am dari sudut ranking tiba-tiba menyanyikan lagu-lagu sumbang, meminjam kata-kata TG Nik Abd Aziz, PAS ada nakhodanya, tetapi bagi mereka yang sumbang ini, nakhoda kapal sendiri seakan bukan ketua tetapi nakhoda kapal lain pula dilihat ketua!?PAS perlu konsisten. Ternyata pendirian PAS Selangor, yang didukung Presiden dan Mursyidul Am itu benar dan mewakili juga selera rakyat Selangor yang mahu Selanogr kekal stabil dengan kepimpinan negeri yang baik jauh mengatasi rekod BN sebelumnya. Kematangan pandangan dan pendirian politik pimpinan PAS perlu dihormati bukan diugut dengan keluar Pakatan dan seumpamanya. Semoga kebijaksanaan dan kematangan mengatasi nafsu serakah dalam menanggani isu ini. |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan