Kelab Greenboc |
[PANAS] Kes Selangor: "Sepasang Beruang" Sudah Masuk Perangkap! Posted: 07 Aug 2014 11:01 PM PDT Pasangan beruang masuk perangkap SABAK BERNAM – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor, berjaya menangkap sepasang beruang yang didapati sering merosakkan tanaman di sekitar Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Sungai Panjang di sini, petang kelmarin. Pengarahnya, Rahim Ahmad berkata, dua beruang berkenaan masuk ke dalam perangkap yang dipasang Perhilitan selepas pihaknya menerima aduan daripada Jabatan Pertanian Sabak Bernam berhubung ancaman haiwan berkenaan sejak sekian lama. Bagi menangani masalah, itu, katanya, Perhilitan bertindak memasang sebuah perangkap beruang pada 29 April lalu, bagaimanapun hanya pagi kelmarin, pasangan beruang itu masuk ke dalam perangkap berkenaan. "Kita terima aduan mengenai perkara ini sudah lama dan memasang perangkap lebih tiga bulan lalu, namun kita dimaklumkan bahawa beruang ini masuk ke dalam perangkap pada pagi semalam (kelmarin)," katanya. Rahim berkata, enam anggotanya yang diketuai Pegawai Perhilitan Sabak Bernam, Ahmad Syawal Abdul Ghani bergegas dan tiba di lokasi kira-kira jam 2 petang kelmarin untuk menangkap kedua haiwan terbabit. Beliau berkata, haiwan itu dipercayai sering mencari makanan seperti nangka dan pokok kelapa selain memusnahkan beberapa tanaman lain di kawasan itu hingga mengundang kerisauan Jabatan Pertanian mengenai serangan tersebut. Katanya, kedua-dua beruang hitam itu kemudiannya dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (PMHLK) Sungkai, Perak bagi tujuan rawatan kesihatan dan pemantauan. "Jika keadaan kesihatannya baik, kita akan lepaskan semula ke Taman Negara," katanya. -SH ULASAN GB Di dalam kecoh-kecoh isu MB Selangor diperkatakan orang, tetiba hukum kebenaran dan keadilan pun berjalan...... sepasang beruang sudah masuk perangkap. Ada maksud daripada "ayat manzurah" itu... kerana "tidak ada sesuatu pun dari Allah itu sia-sia.. Sama seperti kisah "ikan berkepala buaya" yang ditemui di Selangor satu ketika dulu, GB kata dulu.. Dia ada di kalangan manusia. Ada di dalam kalangan kita juga. Badannya bersama-sama jemaah, tetapi kepalanya tak sama dengan kita. Kepalanya serupa musuh yang suka membaham. Dan kisah ini tidak jauh, di negeri Selangor adanya. Tup-tup selepas itu Hassan Ali dipecat dari jemaah.. oooh ikan berkepala buaya rupanya dia... Samada berita di bawah ini ada kaitan dengan kes sepasang beruang masuk perangkap atau tidak, hanya Allah Yang Maha Tahu.... namun bagi yang dikurniakan Allah ainul-basirah ia akan membantu untuk memahami ayat manzurah berkenaan... p/s pssst.. GB bukan wali... tetapi peminat dan pembaca ayat-ayat manzurah... ayat-ayat Allah yang dibaca dengan mata hati...
Siapa sepasang beruang itu.. ia dua orang yang "berwang", didedahkan di dalam tulisan di atas. Berminat untuk membaca ayat-ayat manzurah lagi? Sila klik SINI. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki dengan produk kami. Sila klik SINI |
[KANTOI LAGI] Pesta Bogel Disertai Bekas Ketua Wanita GERAKAN Dari BN Posted: 07 Aug 2014 05:35 PM PDT Bekas ketua Wanita Gerakan sertai pesta sukan bogel Seorang daripada peserta terbabit dalam pesta sukan bogel di kawasan pantai terpencil dalam kawasan Taman Negara Teluk Bahang Pulau Pinang adalah bekas ketua Wanita Gerakan Kedah. Timbalan Presiden Gerakan Datuk Dr Cheah Soon Hai berkata, wanita itu yang pernah menjawat jawatan pemimpin sayap pergerakan itu pada 1980-an bagaimanapun kini bukan lagi ahli parti itu. Beliau berkata, keahlian wanita itu tamat tempoh apabila beliau berhenti membayar yuran selama lebih 20 tahun dan insiden di Teluk Bahang berkenaan tiada kena mengena dengan parti. "Saya tidak kenal dia secara peribadi dan saya tidak tonton video acara bogel itu. Beberapa wartawan yang mengetahui mengenai wanita itu kemudian bertanya kepada Gerakan. "Saya minta Gerakan Kedah membuat siasatan dan ia mengesahkan beliau bekas ahli. Beliau adalah bekas ketua Wanita parti di Kedah ketika muda semasa berusia 20-an. Beliau berasal dari Lunas dan kini 54 tahun. "Gerakan juga terkejut dengan acara bogel yang berlaku di Pulau Pinang itu. Ia sesuatu yang tidak dijangka," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider, hari ini. Awal minggu ini, klip video sekumpulan lelaki dan perempuan menyertai acara sukan bogel di Pulau Pinang tersebar luas di Internet. Berbogel di tempat awam tidak dibenarkan di Malaysia dan polis kini menjejaki 15 orang dalam klip video itu. Tujuh daripadanya rakyat Malaysia. Dr Cheah mengadakan siding akhbar di ibu pejabat Gerakan Kedah di Alor Star hari ini dan mengutuk tindakan pengguna media social Facebook yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Sultan Abdul Halim Badlishah. Pengguna Facebook yang menggunakan nama profil "Chandra Lawan Tetap Lawan" memuat naik gambar kemalangan negeri yang disunting dan memasukkan imej Agong. Dr Cheah berkata, kenyataan tidak sensitif mengenai kaum dan agama semakin kerap berlaku akhir-akhir ini di media sosial. "Kini, kerabat diraja juga menjadi sasaran. Ia menunjukkan ada sebahagian golongan dalam masyarakat kita yang suka mencipta ketegangan di kalangan rakyat. "Bagi mengelak keadaan ini, polis perlu siasat dan cari siapa yang melakukannya dan dakwa mereka di mahkamah. "Jika polis tidak dapat kumpul cukup bukti untuk bawa kes ke mahkamah, mereka perlu memaklumkan kepada masyarakat supaya tidak timbul tuduhan polis berat sebelah ketika mengendalikan kes seumpama itu," katanya. Beliau berkata, orang ramai tidak sepatutnya percaya apa yang dilihat di media sosial dan bertindak terburu-buru. "Ada pihak di luar sana yang akan mengambil kesempatan mengganggu sentimen jadi jangan percaya semua yang anda lihat," katanya. Katanya, orang ramai juga tidak sepatutnya mengaitkan semua kejadian dengan isu perkauman, contohnya kes Kiki dalam satu kemalangan jalan raya di Kuantan bulan lalu. "Ia tiada kaitan dengan kaum atau agama. Ia adalah kes ancaman oleh seseorang kepada seseorang yang lain. "Ia menjadikan insiden itu berbeza dan tidak sepatutnya dikelirukan dengan sesuatu berbentuk perkauman dan agama," katanya, merujuk kepada kejadian klip video seorang wanita muda mengancam lelaki warga emas dengan pengunci stereng selepas keretanya dilanggar dari belakang. Dilaporkan semalam Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bekerjasama dengan polis menyiasat pengguna Facebook yang menuduh Agong itu. Pengerusi Suruhanjaya Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata dalam satu kenyataan malam tadi semua pihak ditegah membuat spekulasi mengenai isu itu, kerana ia boleh menjejaskan siasatan dan mengganggu institusi diraja. -TMI Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki dengan produk kami. Sila klik SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan