Kelab Greenboc |
- [OFF-POLITIK] Wanita Ini Pamer Kehebatan Bunuh Harimau Bintang
- Yang Ni Apa Pulak? Iskandar Kata Kenyataan Mustafa Kenyataan Peribadi?
- Peluang Wan Azizah Sebagai Menteri Besar Masih Cerah
[OFF-POLITIK] Wanita Ini Pamer Kehebatan Bunuh Harimau Bintang Posted: 29 Aug 2014 12:00 AM PDT Wanita guna Sabit bunuh harimau bintang Seorang wanita berusia 54 tahun membunuh seekor harimau bintang dengan hanya mengguna peralatan kebun selepas haiwan itu menyerangnya ketika dia dalam perjalanan pulang dari ladang. Kamla Devi yang cedera selepas bertarung selama kira-kira sejam dengan haiwan itu berhampiran kampungnya di daerah Rudraprayag, Uttarakhand Ahad lalu, kini dirawat di hospital. Ibu satu anak itu hanya mengguna sabit dan penyodok kecil untuk melawan harimau bintang berkenaan sebelum berjalan kira-kira setengah kilometer untuk mendapatkan bantuan. Dia mengalami luka yang dalam dan patah di tiga bahagian tubuhnya serta kehilangan banyak darah sebelum tiba di hospital. Haiwan itu kemudiannya ditemui mati berhampiran kampungnya, Koti Bodna. Pakar hidupan liar, Lakhpat Rawal berkata, dia terkejut dengan masa bertarung yang begitu lama. "Harimau bintang biasanya akan berundur jika mendapati mangsanya kuat. Biasanya, serangan itu hanya mengambil masa tidak lebih 10 minit. "Mungkin harimau bintang itu terlalu tua atau terlalu muda dan tidak berpengalaman. "Mungkin juga haiwan itu terdorong untuk terus menyerang dengan harapan untuk membunuh wanita itu selepas melihat terlalu banyak kecederaan pada tubuh mangsa," katanya. Kamla yang kematian suami 30 tahun lalu bagaimanapun memberitahu media tempatan, dia masih ingat keseluruhan kejadian dan tempoh masa ia berlaku. Kakitangan perubatan berkata, walaupun keadaan wanita itu stabil, dia terpaksa menjalani lebih 100 jahitan memandangkan luka yang dalam pada kepala dan kakinya. Dia juga dirawat kerana patah tulang tangan kanan dan kiri.- Agensi Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki dengan produk kami. Sila klik SINI |
Yang Ni Apa Pulak? Iskandar Kata Kenyataan Mustafa Kenyataan Peribadi? Posted: 28 Aug 2014 09:25 PM PDT Kenyataan Mustafa isu calon MB belum muktamad' SHAH ALAM - Pas Selangor hari ini menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali semalam berhubung calon Menteri Besar Selangor yang baharu bukan satu keputusan muktamad. Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad sebaliknya berkata penentuan calon sebenar bagi jawatan tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat pemimpin Pas Pusat sebelum diserahkan kepada istana Selangor. "Kita lihat, apa yang dinyatakan Datuk Mustafa hanya sekadar bayangan saja namun kita mahu dengar keputusan akhir berkenaan siapa calon layak daripada pimpinan Pas Pusat sendiri. "Namun demikian, pihak saya (Pas Selangor) tidak menghantar nama untuk dicalonkan bagi jawatan itu (menteri besar baharu)...kita serahkan saja pada Pas Pusat untuk menentukan siapa yang layak sebelum nama dihantar (ke istana) Rabu depan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Ditanya sama ada nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut tersenarai sebagai calon menteri besar baharu yang dicadang Pas Pusat, Iskandar bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya. Semalam, Mustafa berkata, Pas akan mencalonkan sekurang-kurangnya tiga Adun daripada PKR untuk menjawat kedudukan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu. Menurutnya, ia berikutan Pas Selangor tetap dengan keputusan untuk tidak menamakan anggotanya sebagai calon bagi jawatan tersebut. - Bernama ULASAN GB Dah pun bersilang seketa sesama sendiri. Semasa ramai AJK Pas Pusat menyatakan Tuan Presiden membuat kenyataan bahawa TS Khalid Ibrahim perlu kekal sebagai MB itu sebagai kenyataan peribadinya, ada juga yang menyelar kenyataan-kenyataan AJK PAS Pusat tersebut sehingga ada yang mencadangkan supaya Mat Sabu, Hanipa Maidin, Dzulkefly Ahmad dan lain-lain dikenakan tindakan disiplin. Marah sangat bila kata itu kenyataan peribadi presiden. Sekarang PJ Selangor buat kenyataan yang tidak menyenangi kenyataan Setiausaha Agong PAS Mustaha Ali yang telah tegas menyatakan: MUKTAMAD - Jawatan MB Selangor Milik PKR. Ia seolah-olah menganggap kenyataan Mustafa Ali sebagai kenyataan peribadi Mustafa, menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung Pas semalam berhubung calon Menteri Besar Selangor yang baharu bukan satu keputusan muktamad. Iskandar berkata penentuan calon sebenar bagi jawatan tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat pemimpin Pas Pusat sebelum diserahkan kepada istana Selangor. Apakah Iskandar terkilan dengan kenyataan Mustafa Ali itu yang menutup jalan bagi namanya tersenarai sebagai MB? Wallahu 'alam.... Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Peluang Wan Azizah Sebagai Menteri Besar Masih Cerah Posted: 28 Aug 2014 05:01 PM PDT Muktamad, jawatan MB Selangor milik PKR - Mustafa KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan bahawa jawatan Menteri Besar Selangor adalah milik PKR. Justeru, katanya PAS tidak akan menghantar nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada parti itu sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu. "Kita tidak akan calonkan Adun PAS untuk jawatan itu kerana Menteri Besar Selangor adalah jawatan milik PKR. Kita hormati perkara ini, ini adalah muktamad," ujarnya ketika dihubungi pagi ini. Malam tadi, beliau mengadakan mesyuarat dengan kepimpinan PAS negeri itu yang turut disertai Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Exco Kerajaan Selangor, Iskandar Abdul Samad dan setiausaha PAS negeri, Mohd Khairuddin Othman. Menurutnya, mesyuarat itu tidak menyentuh mengenai isu Menteri Besar Selangor sebaliknya beliau hanya menjelaskan kronologi kemelut jawatan menteri besar kepada ahli PAS negeri itu. PAS, katanya tetap dengan pendirian akan mempersembahkan tidak kurang daripada dua nama Adun PKR kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai calon menteri besar yang baharu. "Jika ada laporan yang sebut saya kata sekurang-kurangnya tiga nama, itu tak betul," jelasnya. Beliau berkata, PAS akan menghantar senarai nama itu kepada Istana Selangor sebelum 3 September ini. Semalam, Istana Selangor menghantar surat rasmi kepada PKR, PAS dan DAP yang menitahkan supaya menghantar lebih daripada dua nama calon menteri besar sebelum 3 September. Surat itu dialamatkan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dengan salinan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut mahukan calon yang dinamakan itu beragama Islam dan berketurunan Melayu menurut Perkara L1 (2), Undang-undang Tubuh Negeri Selangor. Kelmarin, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Khalid sebagai Menteri Besar Selangor sehingga pelantikan baharu ditentukan. Baginda menitahkan supaya PAS, DAP dan PKR masing-masing mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu bagi memudahkan baginda menentukan calon berkelayakan. - HARAKAHDAILY
ULASAN GB Jika diteliti hujjah-hujjah di dalam laporan-laporan di atas, harapan untuk Dr. Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor adalah cerah. Ini adalah kerana sekalipun PAS akan menghantar lebih 1 nama selain nama Dr. Wan Azizah, namun Sultan terikat untuk memilih nama yang mendapat sokongan majoriti ahli dewan. Sebelum ini GB pernah mengulas: Sepatutnya kena jengah dulu Undang-undang Tubuh Negeri Selangor. Yang penting majoriti ahli dewan menyokongnya. Sekalipun PAS ada menghantar nama orang lain sebagai MB Selangor selain Wan Azizah, ia tetap dari PKR. Dan ADUN-ADUN PKR seperti Azmin dan nama ADUN Ijok, Dr Idris Ahmad misalnya, namun kedua-dua ADUN berkenaan telah terikat dengan Akuan Bersumpah untuk menyokong Presiden mereka, Dr. Wan Azizah sebagai MB. Soal samada Sultan Selangor berkenan atau tidak terhadap nama berkenaan tidak timbul. Soal PAS tolak wanita sebagai MB pun tidak benar. Jika benar, PAS tak lansung calonkan nama Wan Azizah sebagai MB. Desas-desus menyatakan Sultan Sulangor tidak berkenan dengan Wan Azizah sebagai MB itu juga tidak benar. Ia hanya propaganda pihak tertentu. TS Khalid Ibrahim sendiri pernah menyatakan bahawa Istana belum menolak pencalonan Wan Azizah. Cuba lihat video ini: Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan