Kelab Greenboc |
- Apa Sebab TSKI Liat Sangat Untuk Berundur?
- Kit Siang Selar Tawar Khalid Sertai Parti, Ahmad Yaakob Nafi Berbuat Demikian
- [VIDEO] Israel Terus Serang Gaza Sejurus Gencatan Berakhir
Apa Sebab TSKI Liat Sangat Untuk Berundur? Posted: 11 Aug 2014 01:04 AM PDT Jikalau Tidak Berada-ada Takkan Tempua Bersarang Rendah" Tidak mudah kepimpinan PKR membuat keputusan untuk menyingkirkan TS Khalid Ibrahim dari PKR. Tentulah sudah begitu lama isu kepimpinan TS Khalid di Selangor ini menjadi bahan perbincangan kepimpinan tertinggi PKR dan tentunya sudah lama juga dihazam agar segala keputusan dibuat tidak dilihat sebagai zalim dan tidak menepati prinsip-prinsip keadilan sebagai mana yang diperjuangkan oleh parti berkenaan. Tentulah terdapat sebab-sebab yang konkrit yang melayakkan kepimpinan PKR untuk membuat keputusan yang begitu berat ini. Jikalau keseluruhan kepimpinan 'berani' membuat keputusan demikian, tentulah ada asas yang cukup kuat untuk mereka bertindak demikian. Sekiranya ada pihak yang mempersoalkan keputusan berkenaan, maka tentulah golongan yang berfikiran rasional pula ingin juga mengemukakan soalan. Apakah keseluruhan pimpinan PKR itu tidak dapat menilai antara yang betul dengan yang salah. Ataupun apakah keseluruhan pimpinan PKR itu hanya menjadi pak turut semata-mata. Tentulah tidak sedemikian caranya. Apatah lagi memikirkan prinsip perjuangan parti adalah 'keadilan' kepada semua. Tentulah tidak timbul isu 'kezaliman' apabila hukuman dikenakan ke atas TS Khalid. Jikalau kita berfikir secara rasional, maka inilah saja jalan yang ada kepada kepimpinan PKR untuk membuktikan kepada rakyat umum bahawa PKR adalah sebenarnya parti yang mempunyai integriti, 'accountability' dan tegas dalam mendukung aspirasi rakyat terbanyak. Tindakan PKR ini mungkin 'merunsingkan' juga setengah pihak yang merasakan bahawa tindakan sedemikian sebagai tidak adil, namun tindakan perlu dilaksanakan. Ini yang telah ditegaskan pada awal-awal tadi bahawa keputusan yang diambil oleh kepimpinan PKR bukan sesuatu keputusan yang mudah. Dan sepatutnya TS Khalid juga harus faham dengan 'bebanan' yang dipikul oleh kepimpinan PKR dan Pakatan Rakyat dalam menyelesaikan kemelut di Selangor ini. TS Khalid harus faham bahawa sekiranya beliau sudah tidak mendapat kepercayaan lagi daripada kepimpinan PKR, yang juga bertanggngjawab melantik beliau ke jawatan MB Selangor itu, maka seharusnya beliau dengan rela hati mengundurkan diri, supaya keadaan tidak menjadi sekusut ini. Yang tentu menyedihkan lagi ialah 'maruah' dan 'harga diri' TS Khalid sedikit sebanyak akan tercalar juga apabila beliau seolah-olah 'berdegil' dan terus 'berpaut' kepada 'dahan yang rapuh' itu. Sepatutnya TS Khalid memikirkan juga tentang 'sisa-sisa' hidup yang perlu dilaluinya sebagai warga emas. Tentu ramai juga yang menyoal tentang mengapa TS Khalid begitu bersungguh benar mempertahankan jawatan MBnya sedangkan jawatan MB itu bukan merupakan jawatan 'turun temurun' seperti yang di suarakan oleh TS Muhammad bin Muhammad Taib yang juga pernah menjadi Menteri Besar Selangor dan yang pernah 'disuruh' berhenti dari jawatan berkenaan. Dato' Abu Hassan Omar yang pernah juga 'diarah' meletakkan jawatan MB Selangor pada suatu ketika dahulu tidak ingkar apabila diarahkan berbuat demikian oleh UMNO. Dan kesemua mereka ini patuh kepada rahan parti masing-masing. ,br>Persoalannya mengapa TS Khalid Ibrahim menampakkan kesungguhan mempertahankan jawatan berkenaan. Apakah 'ada udang disebalik batu?' dan peribahasa Melayu ada mengatakan, 'jiakalu tidak berada ada tidak akan tempua bersarang rendah'. Apakah begitu keadaannya yang menyelubungi isu perletakan jawatan TS Khalid ini? TS Khalid masih tidak mahu mengalah… Tentulah kesan ekoran daripada peristiwa ini akan menimbulkan keadaan yang amat tidak menyenangkan. * Keadaan politik di Selangor akan terus dalam keadaan terumbang-ambilng, tidak menentu yang boleh menyebabkan rakyat Selangor juga dalam keadaan yang 'resah dan gelisah' * Mahu tidak mahu, keadaan sebegini akan pasti membabitkan DYMM Sultan Selangor juga. Sepatutnya Baginda Sultan tidak dilibatkan langsung dalam kemelut Selangor ini. * Para pemimpin Pakatan Rakyat (PAS, DAP dan PKR) pastinya dalam keadaan serba salah, untuk menentukan kedudukan masing sekiranya diperlukan untuk berbuat demikian. Ini merupakan persoalan 'di luah mati emak dan ditelan mati bapak' * Ada kemungkinannya PAS akan 'berpisah' dengan Pakatan Rakyat, memandangkan bahawa sudah ramai ahli PAS yang seolah-olah memihak kepada TS Khalid yang sekali gus memberikan gambaran bahawa apa yang dilakukan oleh PKR itu tidak sewajarnya dilakukan. Dan dalam parti PAS sendiri akan wujud kelompok-kelompok tertentu antara yang pro dan yang kontra. Maknanya seolah-olah dalam PAS sudah terbahagi kepada dua kumpulan. Keadaan sebegini tidak harus di lepas pandang oleh TS Khalid. TS Khalid harus dan patut memikirkan perkara ini. Kesannya kepada rakyat dan negara amat mendalam. Ini bukan lagi isu negeri Selangor tetapi isu yang membabitkan politik negara dan rakyat Malaysia. TS Khalid tidak sepatutnya memikirkan dirinya lagi tetapi memikirkan tentang harapan rakyat keseluruhannya, sekiranya beliau benar-benar sayangkan rakyat dan negara. -abuhassanadam
ULASAN GB Sbelum ini GB kata GB sudah lama menjangkakan Tan Sri Khalid akan tumbang. Ia bermula dari isu kenaikan gaji MB, Speaker, Exco dan ADUN Selangor yang mana semasa itu kita melihat betapa degil, sombong dan angkuhnya dia tidak mahu mendengar nasihat orang lain. Baca SINI. Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. TSKI wajar dan akan tetap perlu berundur. Partinya sendiri telah menolaknya. Yang menyokongnya hanya sekerat dua pemimpin PAS Selangor yang umum telah tahu mereka sebenarnya adalah kumpulan yang mesra ataupun pro-UMNO, maaf cakap, saki-baki Hassan Ali. Merekalah yang memberikan maklumat tidak tepat kepada Presiden PAS sehingga Presiden PAS mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang premature. Banyak hal yang GB boleh bongkar tentang PAS Selangor ini, tetapi biarlah hukum kebenaran dan keadilan itu berjalan sendiri. Ia lebih indah dan lebih baik tanpa sentuhan kita. "Perwarnaan (celupan) Allah... siapakah yang lebih indah/lebih baik perwarnaannya selain Allah?" -Al-Baqarah 138 Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki dengan produk kami. Sila klik SINI |
Kit Siang Selar Tawar Khalid Sertai Parti, Ahmad Yaakob Nafi Berbuat Demikian Posted: 10 Aug 2014 09:35 PM PDT MB Kelantan nafi tawar Khalid Ibrahim sertai PAS Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob nafi mempelawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat PKR untuk menyertai PAS seperti dilaporkan media semalam, kata Setiausaha Akhbar Mohd Asri Mat Daud. Asri berkata, sebaliknya Ahmad yang juga pemangku ketua Dewan Ulama PAS apabila ditanya mengenai masa depan Khalid mengatakan itu merupakan hak menteri besar Selangor penggal kedua itu. "Pemangku ketua DUPP hanya menyatakan 'itu kita tidak boleh nak komen, itu hak dia' apabila ditanya tentang masa depan politik Khalid selepas ini," kata setiausaha akhbar kepada menteri besar Kelantan itu dalam satu kenyataan hari ini. "Laporan berita yang berkait dengan menteri besar Kelantan merangkap pemangku ketua Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) di bawah tajuk 'PAS Pelawa Abdul Khalid Keahlian PAS' sebagaimana yang dilaporkan oleh portal online Mstar adalah tidak tepat sama sekali," katanya. Semalam portal berbahasa Melayu milik The Star itu melaporkan Ahmad mempelawa Khalid untuk menyertai PAS. Menurut Mstar, menteri besar Kelantan itu memberitahu, pintu keahlian PAS sentiasa terbuka untuk khalid yang dipecat daripada PKR pada Sabtu kerana masalah disiplin. "Terpulanglah kepada beliau jika ingin menyertai PAS selepas ini kerana dipecat PKR. "Tetapi, kita perlu menunggu pertemuan beliau dengan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan melihat nasihat yang akan diberikan untuk tindakan selanjutnya," katanya seperti dilaporkan Mstar di Kota Baru. Asri berkata, Ahmad mengatakan Dewan Ulama PAS Pusat tidak pernah membincangkan tentang urusan pemecatan Khalid sebagaimana yang tersiar dalam Buletin Utama TV3 pada jam 8 malam semalam. "Apa yang dinyatakan ialah perbincangan tentang hal tersebut akan dibincang dalam mesyuarat PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama sudah membincangkan hal ini, mungkin mereka yang melaporkan berita tersebut keliru antara Dewan Ulama dan Majlis Syura Ulama," katanya. -TMI
ULASAN GB Bercempera. Yang mana satu betul? Kenyataan Ahmad Yaakob semalam menyatakan "PAS pelawa Abdul Khalid Keahlian Parti", namun setiausaha akhbarnya menafikan Ahmad Yaakob pernah menyatakan demikian. Persefahaman selama ini sesuatu pihak dalam PR tidak akan mengambil ahli yang dipecat daripada parti lain dalam pakatan itu. Sudah jelas. Akhbar MSTAR nampaknya keterlaluan memmmesongkan fakta untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat dan kita berharap pemimpin dan ahli parti di dalam PR tidak termakan dengan berita-berita palsu dari media mesra-BN. TGNA sendiri pernah menyelar orang yang melompat parti. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki dengan produk kami. Sila klik SINI |
[VIDEO] Israel Terus Serang Gaza Sejurus Gencatan Berakhir Posted: 10 Aug 2014 05:15 PM PDT Israel menyerang tebing Gaza dengan peluru berpandu dan meriam buat pertama kalinya dalam masa tiga hari, lapor agensi berita Aljazeera. Pada masa sama, pejuang Palestin melancarkan serangan demi serangan roket ke arah Israel. Serangan tersebut berlaku beberapa jam selepas gencatan senjata selama tiga hari berakhir. Satu serangan udara Israel dilaporkan membunuh seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di bandar Gaza - kematian pertama selepas gencatan senjata selama 72 jam, lapor seorang kakitangan perubatan Palestin. Pada masa sama sekurang-kurangnya enam orang lagi tercedera, lapor agensi berita yang sama. Sementara itu, BBC pula melaporkan Israel mendakwa serangan ke atas tebing Gaza disambung semula selepas pihak Palestin melancarkan serangan roket terlebih dahulu. Askar Israel dipetik menyifatkan serangan roket baharu itu sebagai "tidak boleh diterima, tidak boleh ditolak ansur, dan pendek akal". Agensi Aljazeera melaporkan lebih 30 roket dilancarkan ke selatan Israel selepas gencatan berakhir. Tiga daripada roket-roket itu berjaya dipintas oleh sistem pertahanan roket Iron Dome. Tiga askar Israel dilapor tercedera, agensi tersebut memetik kenyataan tentera. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki dengan produk kami. Sila klik SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan