Khamis, 21 Ogos 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Saya Bukan Ahli Umno Lagi - Nakhaie Ahmad

Posted: 21 Aug 2014 01:46 AM PDT


[The Malaysian insider] Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Nakhaie Ahmad yang menyertai Umno suatu ketika dahlu hari ini mengeluarkan kenyataan mengejutkan melalui Facebooknya, "Saya bukan Umno lagi".

"Mengapa saya harus keluar dari Umno? Saya menyertai Umno untuk perjuangan bagi menegakkan agama, memartabatkan bangsa dan negara.

"Perjuangan itu sudah tiada lagi dalam Umno kini. Tidak wajar lagi saya berada dalam parti yang sudah korup perjuangannya. Saya bukan Umno lagi," tulis Nakhaie dalam posting itu.

Penyataan Nakhaie dibuat sehari selepas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sudah tidak lagi bersama dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Nakhaie meninggalkan jawatannya sebagai naib presiden PAS dan menyertai Umno pada 1989 sebelum pilihan raya umum Malaysia 1990 selepas berbeza pendapat dengan presiden PAS ketika itu, Yusof Rawa.

Sebelum itu, beliau lari meninggalkan negara ekoran Operasi Lallang yang membawa kepada tangkapan besar-besaran terhadap pemimpin pembangkang.

Ketika di dalam PAS, beliau adalah individu bertanggungjawab menubuhkan Harakah yang sehingga kini menjadi media rasmi PAS.

Nakhaie juga menubuhkan Chiness Consultative Council (CCC) untuk dijadikan jambatan antara orang Cina dan PAS pada 1982.

PAS kehilangan pemikir besarnya apabila Nakhaie meninggalkan PAS diambang PAS bersama Angkatan Perpaduan Ummah memenangi semula Kelantan pada 1990. – 21 Ogos, 2014.

Tun Mahathir Beri 7 Sebab Tarik Balik Sokongan kepada Najib, Lapor Portal Asia Sentinel

Posted: 20 Aug 2014 11:27 PM PDT



[The Malaysian Insider] Tun Dr Mahathir Mohamad menggariskan 7 sebab, dari bantuan tunai secara langsung ke perjanjian perdagangan, yang cukup membuatkan beliau kecewa dan menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Portal berita Asia Sentinel hari ini memetik seorang ahli perniagaan yang mempunyai hubungan rapat dengan Umno berkata Dr Mahathir menghantar surat kepada Najib yang dilaporkan mengandungi 7 perkara.

Sebaliknya, Najib menghantar Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk berjumpa Dr Mahathir dan memintanya menarik balik surat itu, tetapi bekas perdana menteri itu enggan.

"Dr Mahathir enggan menarik balik surat itu dan kebuntuan ini mengakibatkan pertentangan antara kedua mereka," kata Asia Sentinel.

Perhimpunan Agung Umno yang dijadualkan berlangsung November ini dipercayai menyebabkan Dr Mahathir makin meningkatkan kempennya terhadap Najib.

Malah, Asia Sentinel berkata kemarahan Dr Mahathir meruap-ruap sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lagi, di mana Barisan Nasional hilang undi popular kepada Pakatan Rakyat untuk kali pertamanya dalam 44 tahun.

Kritikan Dr Mahathir terhadap pentadbiran Najib disebar luas oleh portal berita bebas walaupun media arus perdana di negara ini memilih untuk tidak melaporkannya.

Antara tuntutan dibuat Dr Mahathir termasuk memperbaharui tabung dana 1Malaysia Development Berhad yang menanggung hutang sehingga RM36 bilion.

Dr Mahathir juga tidak berpuas hati dengan syarikat konglomerat minyak dan gas negara Petronas kerana tidak memberi cukup kontrak kepada Bumiputera.

Kata Asia Sentinel, peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai penasihat Petronas pada Oktober tahun lepas bukan disebabkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, tetapi kerana beliau marahkan Najib.

"Dr Mahathir juga tidak suka Najib terlalu bertolak-ansur dengan Amerika Syarikat disebabkan perundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang sedang berjalan."

Perdana menteri Malaysia yang berkhidmat paling lama iaitu 22 tahun itu dilaporkan terasa hati kerana tidak dijemput menghadiri majlis makan malam bersama presiden Amerika Barack Obama.

"Semasa lawatan Obama ke negara ini April tahun ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi dijemput ke majlis makan malam tetapi Dr Mahathir tidak," kata portal itu.

Dr Mahathir juga dilaporkan tidak berkenan dengan tindakan Putrajaya memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan berpendapatan rendah berjumlah RM4 billion, melibatkan 6 juta penduduk.

Dia juga menuntut syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines yang mengalami masalah kerugian berbilion ringgit dan kehilangan 2 pesawat mengorban lebih 500 nyawa, diserahkan kepada jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Asia Sentinel juga berkata Dr Mahathir menyalahkan Najib atas segala kejadian yang mengundang ketegangan kaum dan agama di negara ini.

"Bagaimanapun, sesuatu yang ironi di sini ialah Dr Mahathir menyokong kumpulan pejuang hak Melayu, Perkasa, yang diketuai Datuk Ibrahim Ali," katanya.

"Perkasa kerap mengeluarkan kenyataan panas tentang keunggulan dan hak istimewa orang Melayu tetapi Putrajaya hanya berdiam diri."

Menurut Asia Sentinel, walaupun Dr Mahathir tidak lagi berkuasa sejak meletak jawatan pada 2003, negarawan berusia 89 tahun itu mempunyai rekod yang menggerunkan.

"Dr Mahathir memaksa bekas perdana menteri Tun Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn meletak jawatan. Pada zamannya, Dr Mahathir pernah menerima cabaran dari mereka seperti Tengku Razaleigh Tengku Hamzah, Tun Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Semua mereka ini sama ada menteri kewangan atau timbalan perdana menteri yang pernah cuba menyingkirkan Dr Mahathir tetapi tidak berjaya." – 21 Ogos, 2014.

UMNO menafikan dakwaan Asia Sentinel di sini.


Penjelasan Saari Sungip Isu Sokong Wan Azizah

Posted: 20 Aug 2014 07:20 PM PDT


Saari: Saya Hadir Cuma Nak Tolak Khalid

[Malaysia Kini] Wakil rakyat PAS Saari Sungib menjelaskan, kehadirannya pada sidang media bersama Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini bukan untuk menyokong presiden PKR itu sebagai menteri besar Selangor, sebaliknya bertujuan menolak Tan Sri Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun, kata ADUN Hulu Kelang itu, beliau menandatangani akuan berkanun (SD) yang antaranya menyokong Azizah kerana ia sudah didraf awal sedemikian rupa.

"Objektifnya ialah nak nafikan dakwaan Tan Sri Khalid yang mengatakan beliau ada (sokongan) majoriti (ADUN). (Bagaimanapun) sifat undang-undang SD itu berbentuk begitu, iaitu menarik sokongan dari Tan Sri Khalid dan sokong Wan Azizah.

"Bagi saya, Wan Azizah atau tidak, yang penting saya nak cukupkan 30 ADUN (yang tolak Khalid) itu. Oleh kerana (ADUN) DAP dan PKR (sahaja) tak cukup, jadi saya masuk," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Saari sebelum ini hadir dalam sidang media itu bersama seorang lagi ADUN PAS Hasnul Baharuddin (Morib), yang menyebabkan disiasat parti Islam itu kerana membuat pendirian sebelum jawatankuasa pusat PAS bermesyuarat.

Majlis Syura, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul AM PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sebelum ini menyokong Khalid kerana tidak nampak keperluan beliau ditukar.

Keputusan itu bagaimanapun berubah selepas mesyuarat jawatankuasa pusatnya 17 Ogos lalu dan selepas PKR memecat Khalid. PAS kemudian menerima pencalonan Azizah di samping mencalonkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

Tindakan terhadap Saari dan Hasnul kini dilapor ditangguhkan sehingga menunggu kemelut pentadbiran negeri itu selesai.

Pengkhianat atau wira?

Sementara itu, terdapat beberapa ahli jawatankuasa (AJK) pusat PAS yang tidak melihat tindakan Saari dan Hasnul sebagai salah secara keseluruhannya atau berniat jahat.

Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa antaranya berpendapat tindakan mereka berdua minggu lalu bertujuan mengukuhkan Pakatan negeri walaupun tindakan itu "mungkin betul dan mungkin tidak".

"Saya tak nyatakan mereka salah atau betul. Saya cuma nak gambarkan betapa sukarnya waktu itu untuk membuat perkiraan demi mengukuhkan Pakatan di peringkat ADUN," katanya ketika dihubungi kepada Malaysiakini.

"Tetapi itu pun tidak boleh dianggap salah kerana keputusan besarnya ialah bersama (Pakatan). Cuma, cara bagaimana di peringkat ADUN ini bertindak tidak ada pendekatan yang tuntas (menyeluruh)."

Sementara itu, seorang lagi AJK PAS Hanipa Maidin pula semalam berkata, tindakan Saari dan Hasnul sedikit sebanyak membantu Pakatan keluar daripada keadaan tidak menentu yang boleh mendorong sultan membubarkan DUN.

Katanya, walaupun ada yang menganggap mereka "pengkhianat", tidak mustahil suatu hari nanti generasi akan datang menobatkan mereka sebagai wira. - 21/8/14


Wanita Mengaku Melakukan Seks dengan Anjing Berulang kali

Posted: 20 Aug 2014 07:11 PM PDT



[Harian Metro] Albuquerque (Amerika Syarikat): Seorang wanita ditangkap kerana disyaki mengadakan seks dengan anjing dan cuba meracun tuan punya haiwan itu.

Shari Knight, 53, dituduh mencabul Spike dan Jake, anjing milik rakan sebiliknya, Beverly Bradley.

Kedua-dua anjing itu cedera ringan akibat kejadian di Albuquerque, New Mexico, Amerika Syarikat, lapor sebuah akhbar tempatan.

Defendan juga dituduh cuba meracun pemilik anjing itu dan abangnya, sehari selepas dia ditangkap bersama-sama seekor anjing berkenaan.

Shari dikatakan mencampurkan alkohol dan cecair pembersih tandas ke dalam makanan rakannya.

Dia berpacaran dengan abang Beverly, tetapi hubungan mereka berakhir selepas lelaki itu mengetahui mengenai tabiat ganjil Shari.

Menurut media tempatan, dokumen mahkamah menunjukkan Shari mengaku mengadakan seks berulang kali dengan anjing berkenaan.

Dia kini ditahan atas tuduhan menganiaya haiwan dan menyerang hingga menyebabkan kecederaan. - 21/8/14

Lanjut di sini.

Ketagih Makan Bulu Anjing

Posted: 20 Aug 2014 07:07 PM PDT

Sekadar hiasan.

[Harian Metro] Beijing: Seorang tukang jahit pakaian anjing di wilayah Heilongjiang mendakwa gemar memakan bulu anjing, tabiat ganjil dihidapinya akibat daripada tekanan kerja yang melampau.

Akhbar Apple Daily melaporkan, wanita berusia 27 tahun itu mengaku makan lebih seribu gumpal bulu anjing sepanjang dua tahun lalu.

Wang Jin yang mengaku menyanyangi anjing, berhenti bekerja untuk menjadi tukang jahit pakaian anjing.

Ketaksubannya terhadap haiwan itu bermula apabila dia memelihara anjing yang dinamakan Kuku empat tahun lalu sejurus selepas menamatkan pengajian di kolej.

Dia memanjakan anjing itu dengan memberikannya makanan import, ais krim dan buah kering.

Dia menyedari mula ketagih makan bulu anjing sejak dua tahun lalu dan menyalahkan tekanan kerja dihadapinya di pejabat.- Agensi/21/8/14


Remaja 15 Tahun Rogol Ibu Kandung Ditahan

Posted: 20 Aug 2014 06:07 PM PDT



[MStar] KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun selepas dipercayai merogol ibunya pada Rabu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kejadian itu berlaku di rumah mangsa di Cheras di sini.

Menurutnya, dalam kejadian itu, ibu mangsa yang bekerja sebagai pelayan di sebuah pusat hiburan pulang dalam keadaan mabuk sebelum tertidur di bilik anaknya.

"Wanita itu mendakwa tersalah tidur di dalam bilik anaknya selepas pulang kerja dalam keadaan mabuk.


"Selepas beberapa jam tertidur, dia menyedari anak lelakinya dalam keadaan bogel diatasnya," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Khairi memberitahu, terkejut dengan tindakan anaknya, mangsa bertindak memukul remaja terbabit sebelum membuat laporan polis.

"Siasatan awal polis mendapati, sebelum merogol ibunya, suspek telah melayan beberapa bahan lucah menerusi telefon bimbit.

"Suspek telah ditahan selepas laporan polis dibuat , manakala mangsa dihantar ke Pusat Perbuatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk pemeriksaan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. -21/8/14


P/s: GILA!!!


Tiada ulasan: