Sabtu, 23 Ogos 2014

dollah yankee

dollah yankee


Ingat macam mana nak baca?

Posted: 23 Aug 2014 05:04 AM PDT

Kah..Kah..Kah..nampaknya umno masih tak sedar yang semua orang 'kampong' sudah paham dengan cara mereka (umno). Kalau NAFI,bermakna itu BENAR. 

Sekarang sudah terbalik, orang 'kampong' sudah pandai, sudah 'terer', yang terus 'bangang' ialah umno. 
Kah..Kah..Kah..

Umno menafikan laporan yang mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad telah menulis surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum beliau membuat teguran terbuka yang keras terhadap Najib.
Dalam mesej teks kepadaMalaysiakini, Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor (kanan) berkata tidak ada perkara seperti itu.

Portal berita Asia Sentinel hari ini memetik seorang ahli perniagaan yang mempunyai hubungan rapat dengan Umno berkata Dr Mahathir menghantar surat kepada Najib yang dilaporkan mengandungi 7 perkara.
Sebaliknya, Najib menghantar Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk berjumpa Dr Mahathir dan memintanya menarik balik surat itu, tetapi bekas perdana menteri itu enggan.

Tiada ulasan: