Ahad, 3 Ogos 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Tak perlu kaji, putuskan dagangan dengan Israel

Posted: 03 Aug 2014 07:46 AM PDT

MUHAMMAD FAIZAL



KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menggesa kerajaan menghentikan segera hubungan dagang dengan negara haram Israel.

"Kerajaan tidak perlu melakukan sebarang kajian lagi, apa yang perlu dilakukan adalah hentikan segera hubungan dagang.

"Ini satu langkah untuk kita memberi tekanan kepada negara yang zalim itu, selagi kita memberi sumbangan melalui ekonomi Israel akan terus kuat untuk membunuh rakyat Palestin," ujarnya kepada Harakahdaily.

Tambah beliau lagi, sikap berlengah-lengah kerajaan dalam membuat keputusan akan mengakibatkan lebih ramai rakyat yang tidak berdosa akan terkorban.

"Kita tidak perlu menjadi penyumbang kepada kematian penduduk Gaza, walaupun kita akui kita tidak terlibat tetapi dengan hubungan dagang ini secara tidak langsung penyumbang kepada keperluan ketenteraan mereka.

"Semakin lama masa diambil, semakin banyak nyawa yang terkorban. Kita gesa hentikan segera dan tiada lagi masa untuk kita duduk berbincang," sambung beliau lagi.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed dalam satu kenyataan sebelum ini mengakui Malaysia mempunyai hubungan dagang dengan negara zionis itu dan akan memperhalusi termasuk mengadakan pertemuan  dengan beberapa syarikat multinasional yang mempunyai hubungan dagang dengan Israel sebelum sebarang keputusan dan kenyataan dikeluarkan. - HARAKAHDAILY

Jalan ke Putrajaya semakin sempit, berliku-liku dan susah untuk di lalui

Posted: 03 Aug 2014 07:33 AM PDT

ASPAN ALIAS


Sangat jelas kecelaruan sedang di hadapi oleh Pakatan Rakyat sekarang ini.. Setengah dari pimpinan dan ahli-ahli PAS mahukan Menteri besar sekarang kekal dan menyanggah kehendak PKR untuk menggantikan Khalid dengan isteri Anwar Ibrahim. Ada juga yang bersetuju untuk Khalid di gantikan, tetapi bukan Wan Azizah.

Ada yang mahukan PAS keluar sahaja dari Pakatan Rakyat dan berangan untuk bersama UMNO dan membentuk kerajaan dengan parti yang berkuasa di Persekutuan itu. Setengah bahagian di Selangor telah mengambil sikap mempertahankan Khalid Ibrahim dan meminta Khalid di kekalkan sahaja sebagai MB sehingga tamat penggal pilihanraya ini.

Diperingkat terrtinggi Pakatan Rakyat pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti pun tidak sehaluan kerana TGHA meminta agar Khalid di kekalkan dan di sokong pula oleh TGNA. Dalam masa yang sama pemimpin-pemimpin PKR pusat mengungkit-ngungkit yang PAS menjadi parti yang besar di Selangor kerana sokongan PKR dan DAP.Tidak pula mereka sedar yang PKR dan DAP pun berjaya kerana sokongan PAS juga.

Sesungguhnya PAS mendapat kemenangan yang agak lebih kecil walaupun parti itu menyokong DAP dan PKR dalam pilihanraya yang lalu kerana PAS mendapat kekurangan kerusi dari 22 semasa PRU 2008 kepada 21 dalam pilhanraya yang lalu. Apa yang dikatakan PAS mendapat sokongan DAP itu tidak dapat dikenali kerana DAP telah memainkan isu ALLAH yang telah membuatkan rakan kongsinya PAS menjadi defensif dan kehilangan jumlah kerusi di Parlimen dengan satu kerusi.

Jika berlaku perpecahan diantara parti-parti dalam Pakatan Rakyat ia tidak mengejutkan dan keadaan ini tidak perlu menjadi isu yang menakutkan. Keadaan ini sememangnya satu keadaan yang 'predictable' sejak dahulu kerana masing-masing mempunyai pendirian yang berbeza, dan untuk mengelirukan rakyat mereka mempunyai persefahaman yang hanya boleh diterima oleh semua parti dalam PR. Tetapi isu-isu seperti memperjuangkan kerajaan islam di kutuk dan di persoal oleh DAP misalnya.

Bukan ada segan silunya pimpinan DAP membidas PAS dan memberikan amaran yang DAP tidak akan bersama dalam Pakatan jika PAS masih memperjuangkan untuk membentuk kerajaan islam. Pendekmnya perjuangan yang asas bagi PAS tidak termasuk dalam manifesto pilihanraya umum. PAS sebenarnya telah berkorban begitu banyak kepada DAP sehinggakan perjuangan 'ultimate' nya ia itu untuk membentuk kerajaan yang berteraskan islam sentiasa di jadikan alat untuk memberikan amaran kepada PAS walaupun mereka bersama dalam Pakatan Rakyat.

Jika ditanya sebabnya PAS mendapat kekurangan kerusi dalam pilihanraya 2008 berbanding dengan PRU 2003, ia adalah di sebabkan oleh rakan kongsinya sendiri. PAS telah dijadikan  sebagai parti pelapik oleh DAP dan juga PKR dan kesabaran serta kebaikan PAS itu diambil sebagai kelemahan oleh rakan-rakan kongsinya dalam Pakatan Rakyat. PAS telah dijadikan sebagai alas kaki kepada rakan-rakan kongsinya dan dalam masa yang sama pemimpin dalam gabungan itu sendiri membawa isu keagamaan dan isu rasis yang tidak berkesudahan dengan menuduh semua pihak rasis untuk menutupi sikap rasisnya sendiri.

Tetapi oleh kerana kelemahan UMNO dan BN sendiri tuduhan ini membuatkan mereka menjadi defensif dan tidak berdaya melawan ombak penentangan terhadap mereka. Kali ini sampai giliran PR pula menghadapi tanggapan yang mereka sedang berpecah seperti yang di alami oleh BN dahulu. Malahan mereka berpecah belum pun mendapat mandat di Putrajaya.

Kenyataan bersama Pakatan Rakyat semalam yang menjanjikan yang PR tidak akan berpecah dan tetap bersatu itu menunjukan lagi yang mereka sedang berpecah. Jika mereka benar-benar bersatu mereka tidak perlu membuat kenyataan seperti itu, tetapi kenyataan itu wujud setelah pucuk pimpinan parti-parti dalam PR itu serang menyerang di antara satu dengan lain.

Bersatunya pemimpin tidak boleh mempastikan dibawah akan bersatu sama sedangkan kekuatan kesatuan sesebuah parti itu letaknya di peringkat akar umbi. Baik dari BN mahu pun dari Pakatan Rakyat, pemimpin-pemimpin mereka terlalu 'detached' dengan akar umbi. Hanya PAS yang nampak hubungan yang berterusan dengan ahli bawahan kerana orang bawahan turut sama melakukan kerja politik melalui penglibatan Unit Amalnya yang begitu ramai diperingkat ranting parti itu.

Melalui penglibatan unit amalnya itulah yang membuatkan parti itu bertambah kuat selain dari kehadiran pimpinan parti itu secara berterusan di setiap ranting dan daerah. PAS tidak lagi parti yang pernah di tuduh sebagai parti yang bermusim.

Sesungguhnya Pakatan Rakyat tidak sekuat sokongan seperti setahun yang lalu. Masalah 'inter-party' begitu ketara dan dalam masa yang sama PKR berhadapan dengan masalah 'intra-parti' yang sehingga ini tidak dan masih belum selesai hasil dari kekecuhan semasa menyuarat agung tahun di banyak cabang parti itu.

Apabila masalah bertindih-tindih diantara masalah 'inter-party' dengan masalah 'intra-party' wujud, kecenderungan untuk 'coalition' ini bertambah lemah lebih besar dari kecenderungan untuk bertambah kuat.

Tidak terkejut jika apa yang 'dikejar tidak dapat dan yang sedia ada akan berciciran'. Jika PAS bertindak untuk tidak bersama dengan Pakatan Rakyat lagi, ia bukanlah satu tindakan yang salah. Dengan kekecuhan 'intra-party' yang di hadapi oleh PKR sekarang ini, ia juga akan menjejaskan PAS secara 'direct'. Malahan banyak pendapat yang menyatakan yang PAS sebenarnya boleh berdiri sendiri dan tidak aka nada elemen yang cuba membantutkan niat dan matlamat parti itu untuk Islam dan sebagainya.

Tidak akan ada lagi suara yang garang dalam pakatan parti-parti dalam PR itu membuat kenyataan tentangan kuat terhadap perjuangan parti itu sendiri. Tidak akan kita dengar lagi kenyataan 'over my dead body' jika PAS hendak kekal bersendirian untuk mewujudkan negara Islam itu.

Selalunya yang akan menjejaskan perjuangan parti itu ialah rakan kongsinya sendiri. Parti musuh tidak akan berjaya melakukan 'insubordination' terhadap PAS itu. Selalunya yang akan menjejaskan sesebuah parti itu ialah rakan kongsinya sendiri.

Tanda-tanda kebenaran itu semakin hari kian jelas dan tidak dapat di tutupi lagi. Dengan keadaan hari ini harapan PR untuk ke Putrajaya semakin hari semakin jauh. Walaupun ramai akan berada dalam 'denial syndrome' kenyataannya sama-sama kita lihatkan nanti. 'Tidak akan lari gunung di kejar'.
Saya berharap pandangan saya ini adalah pandangan yang salah.

Tiada Dalam Terma Khalid Kekal Sebagai MB Sepenuh Penggal

Posted: 03 Aug 2014 07:29 AM PDT

KELAB GREENBOC

PKR Selayang senarai sebab mengapa Khalid tidak layak jadi MB


Ketua PKR cabang Selayang, William Leong Jee Keen hari ini berkata, pihaknya bersama 28 Ahli Jawatankuasa dalam mesyuarat khas cabang selama 40 minit malam tadi bersepakat mendesak Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim melepaskan jawatannya.

William Leong turut meminta kerjasama Khalid supaya akur menerima keputusan yang telah dicapai Majlis Kepimpinan Pusat Pakatan Rakyat pada 5 Januari lalu serta disahkan semula pada mesyuarat 23 Julai lalu di mana Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail akan mengambil alih.

"Jawatan MB bukan hak peribadi Khalid dan tiada terma yang mengatakan beliau akan kekal sebagai MB sepenuh penggal kerana dalam politik parti mesti mengambil kira dari semasa ke semasa apa jua pandangan dan sokongan rakyat.

"Jika seseorang pemimpin didapati hilang kelayakan atau kepercayaan rakyat, maka adalah menjadi tanggungjawab parti menukar pemimpin, tak perlu tunggu penggal tamat.

"Sebab itu kita minta Khalid memikirkan lebih mendalam dan minta nasihat orang lebih layak untuk mengambil keputusan dan berundur.

"Lagipun ramai mendakwa bahawa Anwar gila kuasa kerana tak dapat jadi MB lantik isterinya Wan Azizah, itu sebenarnya tak benar, PKR yang mempunyai 219 cabang dengan hampir 500,000 ahli bukan dipengaruhi satu individu, ini keputusan majlis perwakilan pusat PR," katanya pada sidang akhbar berhubung konflik politik di Taman Selayang Jaya di sini.

Menurut beliau, sebenarnya parti membuat keputusan kerana Khalid gagal melaksanakan manifesto PR yang dipersetujui malah menafikan ia sebagai janji rakyat.

Malah katanya, isu lebuh raya Kinrara-Damansara (Kidex) bila ditanya rakyat, Khalid tanpa rasa bersalah memberi jawapan ia adalah manifesto pembangkang yang tiada kena mengena dengan negeri.

Selain itu katanya lagi, Khalid didakwa membuat keputusan sesuka hati tanpa mempedulikan manifesto PR untuk negeri menaikkan premium cukai tanah dan cukai pintu melambung sehingga 400 peratus menyusahkan rakyat sehingga pakatan tidak boleh menjawab di Parlimen.

"Kita soal kerajaan BN pusat kenapa naikkan tol dan cukai tetapi kerajaan negeri Selangor PKR buat begitu dan menyusahkan parti, selain geran tanah dengan kadar premium tinggi, sampah melimpah dan wabak denggi diluar kawalan yang mana turut dikecam rakyat.

"Bukan sekadar itu, mesyuarat biro politik pun dia tak pernah datang selain kurang menyertai Majlis Kepimpinan Pusat setiap bulan sehingga parti PKR tak dapat tahu apa Khalid buat.


"Kita lantik Anwar sebagai penasihat ekonomi negeri pada 2009 sebagai inisiatif untuk mengadakan satu saluran membincangkan polisi antara parti dan Khalid melibatkan ekonomi negeri, kebajikan rakyat dan polisi parti.

"Ini semua tidak dapat dilaksanakan disebabkan Khalid tidak mahu menerima cadangan atau idea Anwar sambil mengatakan dia bukan pak urut yang mendengar 100 peratus semua cadangannya.

"Malah prestasi Khalid tidak begitu memuaskan, Khalid tak ikut polisi parti, menafikan dan tidak mengikut juga manifesto dan janji kepada rakyat negeri.

"Selepas Mesyuarat Majlis Pepimpinan Pusat dah buat keputusan, kini sudah 7 bulan berlalu dan ini bukan perkara (tukar MB) dibuat secara tiba-tiba. Kajang Move menerusi PRK Kajang satu langkah awal Khalid perlu berundur," tegasnya.

Lagipun katanya, tidak wajar seorang presiden PKR (Wan Azizah) berfungsi sebagai ADUN biasa di bawah seorang MB (Khalid) yang tiada jawatan dalam parti di negeri.

Dalam pada itu beliau turut berharap komponen PR iaitu Pas supaya menimbangkan dengan teliti keputusan pakatan rakyat kerana adalah penting untuk gabungan pembangkang menjadi lebih kuat memenuhi harapan rakyat.

"Kita sedia memberi penjelasan penuh jika terdapat perkara yang kurang mereka ketahui dalam soal pertukaran MB," katanya. -MG


Saya yang cadang Wan Azizah jadi MB - Syed Husin

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Syed Husin Ali memberitahu, cadangan nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu diberikan olehnya kepada biro politik PKR.

Dalam laman Tweeternya, Dr Syed Ali turut mengakui nama Wan Azizah itu diberikan bukan sahaja untuk jawatan MB Selangor tetapi sudah diberikan untuk menjadi calon PKR untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang yang berlangsung pada 23 Mac lepas.


Pada Sabtu, empat pemimpin cabang PKR iaitu R Sivarasa (Subang), William Leong (Selayang), Yew Boon Lye (Klang) dan David Cheong (Kuala Langat) menyatakan sokongan kepada Wan Azizah yang dianggap paling layak menjadi menteri besar.

Mereka turut meminta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berundur dari jawatan tersebut bagi menghormati keputusan parti.


Keempat-empat mereka juga meminta anggota PKR menyokong keputusan Majlis Pimpinan Pusat pada 21 Julai lalu yang menamakan Wan Azizah sebagai calon untuk jawatan itu.

Sebelum ini, Wan Azizah turut membayangkan kesediaan memikul tanggungjawab sebagai Menteri Besar Selangor sekali gus menggantikan Abdul Khalid.

Azizah berkata, ia adalah satu tanggungjawab yang besar dan amanah yang perlu dijaga.
- astroawani
ULASAN GB

Pertukaran MB sesebuah negeri adalah perkara biasa. Berlaku juga di negeri-negeri UMNO BN. Tba-tiba apabila PKR mahu menukarkan MB di Selangor, UMNO BN menyokong TSKI. Pelik kan?

Di dalam Islam tidak ada juga penetapan sesuatu jawatan itu perlu kekal di tangan seseorang. Baca kisah di bawah ni:

Khalid al Walid Dipecat

Siapa yang tidak kenal sahabat Rasulullah s.a.w, Saidina Umar al Khattab r.a yang memikul amanah sebagai seorang khalifah selepas Saidina Abu Bakar as Siddiq r.a. Beliau merupakan seorang khalifah yang juga terulung dalam dunia awal Islam. Terdapat suatu kisah menarik antara beliau dan Saidina Khalid al Walid r.a pada zaman pemerintahan beliau.

Saidina Khalid al Walid r.a merupakan seorang tokoh hebat dalam medan peperangan dan telahpun dilantik sebagai Panglima Perang sebelum zaman pemerintahan Saidina Umar al Khattab. Sememangnya kepercayaan masyarakat Islam pada waktu tersebut amat tinggi terhadap kebolehan dan kehebatan Saidina Khalid al Walid r.a.

Namun apa yang memeranjatkan, setelah takhta khalifah diwariskan kepada Saidina Umar al Khattab r.a, beliau bertindak memecat Saidina Khalid al Walid dengan menggantikan Abu Ubaidah r.a untuk jawatan tersebut. Tindakan ini amat mengecewakan kebanyakan orang ramai dan menimbulkan perasaan tidak puas hati.

Walau bagaimanapun, Saidina Khalid al Walid r.a menerima keputusan tersebut dengan tenang dan berterusan taat terhadap kepimpinan Saidina Umar al Khattab r.a.


Apa Yang Tersirat.

Jika dibaca kisah di atas hanya dengan biji mata sahaja, maka sudah tentu perasaan kita turut menyebelahi pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan Saidina Umar r.a. Namun apa yang tersirat sebenarnya jauh lebih halus dari apa yang kita sangkakan.

Soal keyakinan dalam semua perkara yang dilakukan dan menyerah diri hanya kepada Allah s.w.t sahaja amat penting dalam aqidah setiap muslim. Aqidah pula merupakan jantung kepada agama yang kita cintai ini. Jika rosak dan bermasalah jantung tersebut, maka tumbanglah agama kita.

Hikmah Saidina Umar menurunkan pangkat Khalid dan digantikan dengan Abu Ubaidah antaranya ialah agar ia mampu menyedarkan ummat Islam bahawa penyerahan diri dalam setiap perkara walaupun dalam soal peperangan hanya kepada Allah s.w t. Kebimbangan Umar terhadap ummat Islam yang keterlaluan mengagung-agungkan Saidina Khalid al Walid r.a menyebabkan beliau melucutkan jawatan Saidina Khalid al Walid r.a.

Hikmah peristiwa di atas juga adalah menggambarkan bagaimana seorang yang ikhlas dalam mentaati Allah taala, Saidina Khalid al Walid r.a yang tidak kecewa dengan tindakan Saidina Umar r.a, kerana beliau meyakini bahawa beliau pergi berperang bukan untuk habuan dunia, tetapi untuk habuan akhirat, bukannya mengharapkan habuan pangkat di dunia.

Seterusnya, hikmah lain yang boleh diambil adalah ketaatan Saidina Khalid al Walid r.a terhadap seorang pemerintah, khalifah, Saidina Umar al Khattab r.a adalah wajib dalam Islam selagi mana ia berlandaskan syariat Islam. Langsung tiada kepentingan dalam kedua-dua individu mulia di atas, Saidina Umar al Khattab r.a dan Saidina Khalid al Walid r.a untuk mendapatkan sebahagian habuan dunia tetapi apa yang mereka harapkan adalah keredhaan dari Allah taala.

Bersedia terima azab di akhirat

Posted: 03 Aug 2014 07:25 AM PDT

 
Dalang yang memecahbelahkan umat Islam sejagat adalah Amerika Syarikat.
ibrahim ali


PETALING JAYA : Umat Islam terutamanya badan bukan kerajaan (NGO) Islam Melayu dan Bumiputera dan mereka yang bersimpati terhadap rakyat Palestin di Gaza harus memberi fokus  mendesak secara tegas pemimpin-pemimpin di negara Islam supaya bertindak segera.

Menurut Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, badan-badan tersebut seharusnya bertindak bagi menyelamatkan kanak-kanak, wanita dan orang awam yang berterusan dibunuh dengan kejam oleh tentera zionis Israel dengan sokongan 'dajal' Amerika Syarikat.

"Apa yang boleh diharap untuk kemanusiaan dan keadilan dari kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Britain dan sebilangan negara Barat di Eropah yang lain, kerana mereka merupakan pihak yang menaja kewujudan negara haram Israel.

"Manakala, kuasa politik Amerika Syarikat pula ditentukan oleh puak Yahudi Zionis dan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama merupakan alat dan hamba mereka.

Ibrahim turut mempersoalkan mengapakah tidak diadakan sidang tergempar di negara Arab, dan mengapakah negara seperti Iran membisu tentang isu ini.

"Dalang yang memecahbelahkan umat Islam sejagat adalah Amerika Syarikat serta negara-negara Islam yang turut dikuasai oleh fahaman Syiah dan fahaman Ahli Sunah Wal Jamaah,"

"Ini adalah percaturan yang telah diatur oleh Amerika Syarikat kerana mereka tidak akan membenarkan mana-mana pemimpin dari negara Islam untuk menyatukan umat Islam di negara lain," ujarnya.

Dalam pada masa yang sama, Amerika Syarikat turut menggeruni negara yang lebih dikenali sebagai negara tembok besar iaitu negara China, dan mereka turut dihantui oleh negara kuasa besar lain seperti Rusia.

Jelas Ibrahim lagi, pergolakan yang terus berlaku di Timur Tengah dan Asia Timur merupakan talihayat kepada umat Islam.

"Umat Islam di negara sejagat hanya mampu membaling batu, membakar bendera dan patung, serta nota tambahan, tetapi pemimpin-pemimpin negara Islam terutamanya di Timur Tengah kesemuanya berada dalam 'poket' Amerika Syarikat," katanya.

Oleh yang demikian, umat Islam seharusnya terus mendesak pemimpin-pemimpin di negara Islam agar tidak terus  berpeluk tubuh dan mereka seharusnya berhenti menjadi 'alat' Amerika Syarikat.
"Jika mereka terus berpeluk tubuh, maka terimalah hukuman azab yang maha dahsyat di akhirat kelak.

"Selain itu, Perkasa turut menyokong penuh saranan pihak MAPIM agar sidang tergempar di Parlimen diadakan bagi membincangkan kezaliman Zionis Israel dan menjadi penggerak kearah kebangkitan keadilan sejagat," jelasnya.

BN perlu penyerang untuk tangkis serangan pembangkang

Posted: 03 Aug 2014 07:23 AM PDT

 
BN Sarawak memerlukan sokongan warga kota bagi memantapkan lagi usaha pembangunan dan perjuangan politik di negeri ini.
openg2


KUCHING: Sarawak sudah mempunyai 'kapten' (Ketua Menteri Adenan Satem). Justeru itu, beliau memerlukan 'penyerang' untuk memantapkan lagi barisan pasukan dalam BN untuk menangkis serangan parti pembangkang, menurut Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Abang Johari Tun Abang Openg.

Sebagai rakan dalam kabinet Sarawak, beliau meminta seluruh rakyat memberikan sokongan padu kepada Adenan agar Sarawak lebih maju dalam Malaysia.

"Dengan kestabilan politik dan ekonomi serta sokongan semua kaum, Sarawak dibawah pimpinan Adenan mampu lebih maju ke hadapan," katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di sini, semalam.

"Sarawak kaya dengan sumber asli yang boleh dikongsi bersama dengan semua kaum, asalkan kita semua bersatu."

Untuk majukan taraf kehidupan rakyat Johari berkata, fokus pembangunan di negeri kini giat dilaksanakan di kawasan tengah Sarawak, luar bandar dan pinggir bandar.

Beliau berkata, nikmat pembangunan terutama di kawasan bandar berjaya mentransformasikan kehidupan warga kota.

"Kita mahu taraf kehidupan masyarakat yang tinggal di kawasan pinggir dan luar bandar seiring dengan apa yang dinikmati oleh rakyat di bandar," jelasnya.

Untuk tujuan itu, Barisan Nasional Sarawak memerlukan sokongan warga kota bagi memantapkan lagi usaha pembangunan dan perjuangan politik di negeri ini, kata Johari.

"Ketua Menteri juga sering berpesan agar kaum Cina perlu berpendirian tegas dalam menyatakan sokongan kepada BN."

Anwar sanggup gadai maruah agama dan bangsa demi nafsu politiknya

Posted: 03 Aug 2014 07:21 AM PDT

 
Anwar adalah punca kepada masalah yang berlaku di dalam PKR hari ini
S


TANJONG KARANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Datuk Shamsuddin Lias menjelaskan isu kemelut di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berlaku hari ini adalah berpunca daripada Ketua Umumnya sendiri, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, masalah perebutan kuasa jawatan Menteri Besar Selangor ini berlaku bagi memenuhi nafsu serakah politik Anwar sendiri.

"Isu ini berlaku tidak lain tidak bukan adalah bagi memenuhi nafsu serakah politik Anwar."

"Dahulu sewaktu PRU, Adun Bukit Antarabangsa dipuji Anwar, namun setelah memenangi Selangor, Anwar melantik pula Khalid sebagai Menteri Besar dengan alasan beliau merupakan tokoh korporat yang bagus."

"Seterusnya, ada pula Kajang Move yang tidak lain tidak bukan adalah untuk menjadikan Anwar sebagai menteri besar, namun setelah didapati beliau tidak layak menjadi calon untuk bertanding di Kajang, beliau menggantikan pula proksinya iaitu Presiden PKR Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail," ujarnya ketika ditemui di rumah terbuka Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar.

Katanya lagi, kini apabila beliau tidak berpuas hati dengan 'tindakan' Khalid, beliau pula berhasrat untuk menggantikan Khalid dengan isterinya sebagai menteri besar.

"Apa semua ini? Takkanlah rakyat tidak nampak apa yang berlaku sekarang ini?" soalnya yang juga merupakan Ketua Pembangkang negeri Selangor.

Dalam masa yang sama, Shamsuddin turut menjelaskan demi kepentingan nafsu politik Anwar, beliau sanggup untuk mengadaikan maruah agama dan bangsa semata-mata bagi memenuhi nafsunya.

"Anwar adalah punca kepada masalah yang berlaku di dalam PKR hari ini," tegasnya.

SPRM perlu dedah status siasatan skandal mata wang

Posted: 03 Aug 2014 05:03 AM PDT

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mengemukakan status siasatan berhubung skandal mata wang bernilai jutaan ‎dolar, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

Hingga kini, SPRM tidak mengumumkan siasatan yang dibuat pada 2010 terhadap seorang usahawan Malaysia yang didakwa menerima komisyen RM11.3 juta daripada dua firma Australia, sebagai usaha memenangi kontrak mencetak dan membekal mata wang.

n_surendranUsahawan  tidak dinamakan itu didakwa mempunyai hubungan rapat dengan Umno dan dipercayai akrab dengan pegawai kanan kerajaan yang menerima sogokan komisyen daripada anak syarikat firma Reserve Bank of Australia (RBA).

"Saya tak tahu kalau siasatan itu hanya diberitahu kepada pihak Peguam Negara (AG) sahaja dan kemudian mereka terus senyap daripada mengenakan sebarang pendakwaan kepada individu yang terlibat,

"Apa yang sepatutnya SPRM lakukan ialah status tersebut mesti diberitahu dan didedahkan kepada orang awam," kata Surendran.

Terbaru, laman web Wikileaks mendedahkan pemimpin Malaysia termasuk Datuk Seri Najib Razak, serta mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi terlibat dalam skandal berkenaan.

Turut dinamakan adalah bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz dan bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Kata Surendran, dakwaan terbaru dari WikiLeaks itu adalah serius namun hingga kini pemimpin negara gagal memberikan penjelasan.

"Sebarang tuduhan yang dibuat sehingga hari ini tidak pun dijawab oleh mereka yang terlibat, dan tidak ada satu pun media perdana yang membuat liputan terhadap isu ini. Mereka tahu rasuah besar ini melibatkan pimpinan Umno BN,

"Jadi kerajaan jangan cuba berdiam diri sebab selagi mereka diam, pelbagai spekulasi akan timbul dan ini akan merosakkan imej mereka sendiri serta nama baik negara kita," ujarnya lagi.

Perintah berkurung dilanjut, kerajaan gagal kawal keselamatan Sabah

Posted: 03 Aug 2014 05:02 AM PDT

Oleh: Fiza Halim


SABAH : Isu keselamatan di perairan Sabah masih tidak dapat diselesaikan oleh kerajaan sehingga terpaksa melanjutkan tempoh bagi perintah berkurung di negeri itu, kata ADUN Inanam, Dr Roland Chia.

roland_chiaKatanya, kegagalan memberi penjelasan kepada rakyat terhadap tahap keselamatan di Sabah  memberi gambaran kerajaan gagal  menangani isu berkenaan.

"Sabah dah 51 tahun merdeka melalui Malaysia, kenapa perintah berkurung terpaksa dilanjutkan tempohnya. Kerajaan nampaknya tak dapat selesaikan masalah ini, dan perlu menjelaskan kepada rakyat kenapa mereka berbuat sedemikian," jelasnya ketika dihubungi.

Pada 25 Julai lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan tempoh perintah berkurung di perairan Sabah akan dilanjut bagi terus menjamin keselamatan penduduk selain mengelak berlaku pencerobohan.

Keputusan itu dibuat ekoran beberapa kes pencerobohan dan penculikan di kawasan perairan negeri itu yang dilihat semakin membimbangkan.

Terbaru, Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, maut ditembak manakala Konstabel Zakiah Aleip, 26, diculik ketika menjalankan tugas rondaan di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna pada 12 Julai lalu.

Dr Roland Chia turut mempersoalkan adakah tempoh lanjutan berkenaan mempunyai kaitan dengan kelewatan pendedahan laporan  Suruhanjaya Diraja mengenai pendatang tanpa izin ke negeri itu, yang mana laporan tersebut sudah dihantar kepada Yang Dipertuan Agung sejak 22 Mei lalu.

"Kita mahu kerajaan jelaskan perkara sebenar, adakah ia ada kaitan dengan laporan pendatang tanpa izin ke Sabah oleh Suruhanjaya Diraja itu, kita tak mahu perkara ini terus berlarutan tanpa penyelesaian yang muktamad," ujarnya.

Tambahnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) harus membuka kaunter pertanyaan dan talian Hotline supaya rakyat mendapat maklumbalas terkini mengenai situasi sebenar berlaku di perairan tersebut.
"Buka talian supaya rakyat dapat maklumat semasa dan tahu kenapa perlu perintah berkurung.

Kerajaan juga perlu tahu bahawa aset pertahanan adalah daripada wang cukai rakyat dan menjadi hak mereka mengetahui perkara sebenar," katanya.

PAS Selangor kesal dengan ugutan Tony Pua

Posted: 03 Aug 2014 03:54 AM PDT

Oleh Nur Shakira Buang

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: PAS Selangor hari ini menyatakan kekesalannya terhadap ugutan yang dilemparkan pemimpin DAP Tony Pua ketika Setiausaha Agungnya mengarahkan semua pemimpin PAS supaya jangan membuat sebarang kenyataan akhbar berhubung isu Menteri Besar Selangor. 
 
"Ahli-ahli PAS Selangor kesal dengan ugutan pemimpin DAP Tony Pua. Ugutan dibuat ketika Setiausaha Agung PAS mengarahkan semua pemimpin PAS supaya jangan membuat sebarang kenyataan akhbar. 
 
"Walau bagaimanapun ahli-ahli PAS di peringkat akar umbi tidak akan membiarkan PAS diserang begitu sahaja," kata sumber PAS melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
 
Menurut sumber itu lagi, Pua lupa bahawa kekecohan yang tercetus dalam PKR disokong oleh DAP dan bukan PAS.
 
Malah sehingga kini meskipun timbul kontroversi mahu menukar Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, PAS masih mahu beliau menguruskan negeri itu. 
 
"Tony Pua lupa bahawa yang mencetuskan kekecohan adalah PKR yang disokong oleh DAP dan bukan PAS. Mereka yang mahu menukar MB sehingga timbul kontroversi dan membuat rakyat mulai benci kpd Pakatan Rakyat. 
 
"Sementara Pas mahu Tan Sri Khalid Ibrahim terus menjadi MB dan kerajaan negeri terus stabil utk meneruskan kerja-kerja mereka tanpa gangguan.
 
"PAS Selangor mahu Tan Sri Khalid dikekalkan sebagai MB dan kerajaan negeri diberi peluang untuk meneruskan agenda-agenda yg telah dirancang," katanya.
 
Ujarnya lagi, ura-ura mahu mengadakan undi tidak percaya juga datangnya daripada PKR.
 
"PAS mahukan kestabilan tetapi PKR mencetuskan kontroversi.
 
"Ura-ura untuk diadakan undi tidak percaya pada sidang DUN juga datang dari PKR. Ia tidak datang dari PAS. Undi tidak percaya ini boleh mengakibatkan DUN dibubarkan. 
 
"Oleh itu kenapa hendak disalahkan PAS jika berlaku snap election (pengundian awal luar jangka)? PKR dan DAP yg mesti bertanggungjawab," jelasnya.
 
Sehubungan itu, PAS Selangor mahu rakan kompenan menghormati pendirian mereka sekali gus mengingatkan PKR dan DAP bahawa hubungan di dalam Pakatan Rakyat mestilah berdasarkan prinsip hormat menghormati.  
 
"Saya menggesa PKR dan DAP menghormati mandat rakyat pada PRU13 dan memberi sokongan kepada Tan Sri Khalid untuk terus berkhidmat sehingga PRU14. Masih terdapat ruang untuk penambahbaikan melalui perbincangan," ujarnya.
 
"Kami berharap pendirian PAS akan dapat dihormati oleh rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain.  
 
"Hubungan di dalam Pakatan Rakyat mestilah berdasarkan prinsip hormat menghormati. Bukan di atas prinsip ugut mengugut apabila terdapat parti yang tidak bersetuju dengan pendirian rakan-rakan yang lain," tegasnya.
 
Sumber terbabit berkata demikian mengulas ramalan DAP Selangor bahawa PAS berkemungkinan kalah teruk di Selangor jika parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat dan menghadapi pilihan raya negeri mengejut jika bertegas mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai MB.
 
Selain itu, PAS Selangor menyifatkan dakwaan Pua bahawa terdapat dua blok di dalam DUN Selangor hanyalah berniat jahat.
 
"Dakwaan Tony Pua terdapat dua blok di dalam Dun Selangor iaitu blok PKR-DAP dan PAS-Umno berniat jahat kerana menyamakan Pas dengan Umno," jelasnya.
 
"Adakah PAS menjadi Umno semata-mata kerana tidak bersetuju dengan PKR dan DAP? soalnya.
 
"Ini bermakna tidak ada demokrasi di dalam Pakatan Rakyat. Pandangan dan kehadiran PAS tidak dihormati kerana PAS tidak boleh memiliki pandangan sendiri. 
 
"Kena menjadi Pak Turut. Oleh itu untuk mantapkan Pakatan, DAP dan PKR mesti menghormati PAS," tambahnya.

KD Mutiara sertai Op Search MH370 di Lautan Hindi

Posted: 03 Aug 2014 03:41 AM PDT

MH370


KUALA LUMPUR - Kapal Hidrografi KD Mutiara milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan berlepas ke Lautan Hindi, esok, bagi menyertai misi mencari dan mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Panglima Armada TLDM Laksamana Madya Datuk Mohamad Roslan Mohamad Ramli berkata kapal itu buat pertama kali menyertai 'Op Search MH370' di sana.

Beliau berkata dalam misi kali ini KD Mutiara menggunakan peralatan sonar canggih yang berkeupayaan mengesan objek sejauh 7,000 meter di dasar laut.

"Tetapi untuk misi ini, jarak pengesanan hanya diperlukan sekitar 4,000 hingga 5,000 meter kedalaman dasar laut sahaja," katanya kepada Bernama.

Katanya, peralatan berkenaan secara teknikal diguna untuk melakukan kerja ukur batimatri ke dalam laut bagi mendapatkan data gambaran atau membuat pemetaan permukaan dasar laut bagi mengenal pasti sebarang objek yang dikesan.

"Hasil data kerja ukur batimatri tersebut kemudiannya akan diproses dan dianalisis," katanya.

Menurut Mohamad Roslan, KD Mutiara dijangka berada di selatan Lautan Hindi untuk tempoh yang belum ditentukan bergantung kepada hasil kejayaan kerja ukur batimatri itu nanti.

"Operasi ini akan turut disertai sebuah lagi kapal tambahan TLDM Bunga Mas 6 yang telah berada di Australia bersama dua buah kapal dari China dan sebuah dari Australia," katanya.

Beliau berharap dengan bermula misi mencari dan mengesan menggunakan peralatan sonar itu dapat menemui petunjuk baharu pesawat MH370.

"Menggunakan ukuran batimatri saya berharap keputusannya memberi impak positif dan dapat mengenal pasti lokasi sebenar MH370 berada," katanya.

Ditanya mengenai penglibatan pakar dan anggota TLDM dalam misi itu esok, Mohamad Roslan berkata perkara itu masih diperincikan lagi.

"Di samping mereka, doktor dan ustaz juga akan terlibat sama dalam misi di Lautan Hindi itu," katanya.

Mohamad Roslam akan menyempurnakan majlis pelepasan kapal TLDM, KD Mutiara ke Lautan Hindi esok di Jeti Operasi Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada pukul 8.15 pagi.

KD Mutiara telah ditauliahkan pada 18 Disember 1977 dan dibina di Butterworth, Pulau Pinang oleh syarikat Hong Leong Lurssen dan di dalamnya terdapat Skuadron 36 Hidrografi.

Pada 8 Mac, Penerbangan MH370 yang dalam penerbangan ke Beijing bersama-sama 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam.

Pencarian antarabangsa pada mulanya dilakukan ke Laut China Selatan sebelum diubah ke selatan Lautan Hindi.

Ketika ini, kerja-kerja pemetaan dasar laut bagi mengesan pesawat MH370 di lengkungan ketujuh di selatan Lautan Hindi berjalan lancar.

Menurut kenyataan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) pada 31 Julai menyatakan proses itu yang dilakukan kapal Zhu Kezhen dan Fugro Equator dijangka selesai menjelang September ini sebelum diikuti dengan pencarian dasar laut.

"Sejak 24 Mei 2004, Zhu Kezhen iaitu kapal Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) telah melakukan operasi pemetaan. Data yang diperoleh akan membantu dalam menentu bentuk topografi dasar laut. Sehingga 30 Julai 2014, ia telah memantau lebih 25,000 kilometer persegi di sepanjang lengkungan ketujuh.

"Fugro Equator iaitu kapal peninjau khas yang diberi kontrak pihak Australia juga melakukan kerja-kerja kaji selidik batimatri. Sehingga 30 Julai 2014, lebih 43,000 kilometer persegi telah dikesan oleh Fugro Equator," kata JACC dalam kenyataan itu.

Proses pemetaan dilakukan sebagai persediaan untuk pencarian laut dalam bagi mengesan pesawat.
JACC menegaskan adalah penting untuk membuat tinjauan di dasar laut di kawasan terpencil di Lautan Hindi yang belum diterokai sepenuhnya. - Bernama

LUAS: Bekalan air mentah di S'gor di tahap terkawal

Posted: 03 Aug 2014 03:38 AM PDT

MALAYSIAKINI

 

Catuan air di Selangor tidak perlu dilakukan pada masa ini berikutan bekalan air mentah masih terkawal, kata Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) Md Khairi Selamat. 

Beliau berkata ketika ini jumlah pelepasan air secara optimum dari empangan Sungai Selangor dan empangan Sungai Tinggi, masing-masing berjumlah 700 dan 500 juta liter sehari (JLH), manakala kadar pengeluaran kolam alternatif sebanyak 500 JLH.
  
"Selebihnya, sumber air adalah dari aliran sungai termasuk aliran permukaan hasil aktiviti pembenihan awan oleh LUAS bersama Tentera Udara Diraja Malaysia, Jabatan Meteorologi dan syarikat AF Jet Sdn Bhd yang meliputi seluruh Selangor," katanya dalam satu kenyataan semalam.

LUAS menjangkakan pengeluaran sumber air alternatif dari kolam akan dipertingkat kepada 800 JLH pada minggu hadapan dan dapat mengurangkan pelepasan air dari kedua-dua empangan itu, katanya.
  
Md Khairi berkata kuantiti air kolam alternatif yang telah dikenal pasti mampu membekalkan untuk tempoh lima bulan sehingga Oktober apabila perubahan Monsun Timur Laut yang membawa hujan akan berlaku. -  Bernama

Nizar: Isu MB Selangor beri kesan PRU14

Posted: 03 Aug 2014 03:33 AM PDT

ROSDALILAH ZAHARI

Mohammad Nizar Jamaluddin Mohammad Nizar Jamaluddin


IPOH - Pakatan Rakyat Perak menggesa Majlis Pimpinan Pusat parti itu untuk mengadakan perbincangan menyeluruh berhubung isu Menteri Besar Selangor serta mengambil kira pandangan semua pihak supaya krisis berkenaan dapat diselesaikan segera.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin turut meminta semua pihak supaya bersabar menantikan keputusan Majlis Pimpinan bersabit perkara itu.

Beliau juga meminta ahli-ahli parti mengambil sikap berwaspada terhadap segala percubaan pihak luar untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat.

"PR Perak mempunyai keyakinan tinggi sebaik selesai isu MB Selangor, seluruh pimpinan dan penyokong PR akan membina kekuatan baru.

"Kami akan menghadapi semangat juang yang lebih jitu dan perpaduan yang erat bagi mempersiapkan jentera PRU14 sekali gus mengangkat perjuangan untuk memartabatkan rakyat Malaysia ke tahap tinggi," katanya pada sidang media di Pejabat PR Negeri, tadi.

Pimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari demi hari terus menerima tekanan daripada pelbagai pihak dalam perikatan itu supaya beliau berundur sebagai menteri besar.

Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengumumkan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon paling layak menggantikan kedudukan Abdul Khalid.

'Ini bukan perang, ini pembunuhan kaum'

Posted: 03 Aug 2014 03:31 AM PDT


Antara sepanduk dibawa peserta perhimpunan Selamatkan Kanak-kanak Gaza, semalam. Antara sepanduk dibawa peserta perhimpunan Selamatkan Kanak-kanak Gaza, semalam.


KUALA LUMPUR - "Ini bukan peperangan tetapi penghapusan bangsa atau pembunuhan kaum," kata seorang warga Palestin yang juga penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Iman Husain.

Beliau yang berucap dalam perhimpunan Selamatkan Kanak-kanak Gaza di Dataran Merdeka semalam berkata, tentera Israel secara terang-terangan menyasarkan orang awam yang tidak bersalah.

"Semua sekolah, hospital, rumah dan masjid menjadi sasaran roket Israel.

"Semua insiden itu sangat menyedihkan kerana ramai anak kehilangan ibu bapa, adik beradik serta keluarga sekelip mata," katanya.

Iman berkata, apa yang berlaku di Gaza, bukan sekadar kematian dan pembunuhan tetapi lebih kepada kesakitan berpanjangan yang perlu dihadapi mereka.

Seorang sukarelawan Viva Palestina, Dr Shazeea Banu berkata, perhimpunan dianjurkan semalam adalah perhimpunan terbaik kerana semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama dapat bersatu atas dasar kemanusiaan.

Anggota pertubuhan Viva Palestina, Azhar Stevan turut menghargai kedatangan seluruh rakyat Malaysia ke Dataran Merdeka semalam untuk sama-sama membantah tindakan zalim tentera Israel terhadap rakyat Palestin.

Exco: Tindakan sabotaj tak jejas bekalan air mentah

Posted: 03 Aug 2014 03:24 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Tindakan sabotaj tidak menjejaskan bekalan air mentah ke loji rawatan air, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi.

"Para pengguna tidak perlu khuatir kerana tindakan sabotaj ini sama sekali tidak menjejaskan bekalan air terawat kepada semua pengguna," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, kerajaan negeri sekali lagi berdepan tindakan sabotaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap usaha  memastikan bekalan air mentah yang cukup sepanjang musim perayaan Aidilfitri.

Menurut beliau, kejadian sabotaj itu berlaku sekitar jam 2.30 pagi kelmarin.

"Pasukan yang bertugas di tempat pengepaman air telah mengesan sejumlah enam buah 'powerpack' pam yang berfungsi untuk mengalihkan air ke kolam telah dirosakkan.

"Semua kabel pada pam berkenaan telah dipotong," kata Dr Ahmad Yunus.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada pasukan bertugas yang telah mengambil tindakan pantas untuk memastikan kerosakan ini tidak berlarutan.

Pasukan petugas itu telah mengambil langkah-langkah perlu untuk mengatasi perbuatan khianat itu, katanya sambil menambah laporan polis akan dibuat mengenainya.

Katanya, laporan polis juga telah dibuat pada 27 Julai atas insiden sabotaj yang berlaku sebelum ini.

"Kerajaan negeri menuntut agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas untuk meningkatkan keselamatan di kawasan berkenaan dan melakukan siasatan secepat mungkin agar insiden sebegini tidak berulang," katanya.

NGO gesa bantah kenaikan drastik kadar tol CIQ

Posted: 03 Aug 2014 03:17 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor menggesa operator kenderaan awam dan pihak-pihak yang berkepentingan membantah kenaikan drastik kadar tol di pusat pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Johor Bahru yang merupakan pintu masuk ke Singapura.

"SAMM Johor juga menyeru operator kenderaan awam yang terlibat, kelompok pekerja dan mana-mana pihak berkepentingan untuk terus bangkit memprotes keputusan yang menekan dan tidak mesra ini agar menjadi pengajaran kepada pihak konsesi dan kerajaan pemerintah sehingga mereka mendengar suara dan rintihan rakyat terbanyak," kata penyelaras bersama SAMM Johor, Mohd Azrol Ab Rahani.

Desakan itu dibuat selepas kadar tol di CIQ dinaikkan 470 peratus walaupun dibantah oleh pihak pembangkang dan pelbagai pihak.

Pada hari pertama kenaikan itu semalam, trafik di CIQ sesak teruk selama lebih tiga jam sejak jam 5 pagi kerana beberapa pemandu bas kilang enggan membayar tol baru itu.

Mohd Azrol berkata beliau bersetuju dengan caj ke atas kenderaan asing yang memasuki Johor tetapi tidak melalui kenaikan kadar tol tersebut kerana ia memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia yang mengenakan.

Oleh itu, beliau menggesa kerajaan persekutuan mengkaji semula keputusan memberi kebenaran kepada konsesi untuk menaikkan kadar tol.

"Kerajaan persekutuan seharusnya mengenakan kadar Permit Kemasukan Kenderaan Berpandaftaran Asing yang lebih tinggi daripada memilih untuk menaikkan kadar bayar tol EDL," katanya dalam satu kenyataan.

Perintah berkurung di Esszone dilanjutkan

Posted: 03 Aug 2014 03:15 AM PDT

MALAYSIAKINI


Komander Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Abdul Rashid Harun mengumumkan lanjutan tempoh perintah berkurung  di enam daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSzone) yang dikenakan sebelum ini yang berakhir semalam.
  
Beliau berkata ia bermula pukul 6 petang hingga 6 pagi berkuat kuasa hari ini sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
  
Ia merangkumi daerah Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
  
Sehubungan itu beliau menyeru agar semua pihak dapat memberi kerjasama sepanjang perintah berkurung itu bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
  
"Saya telah berbincang dengan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengenai keselamatan di ESSZone dan sehubungan itu di bawah kuasa-kuasa yang diberi kepada beliau (Jalaluddin) dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi oleh Akta Polis 1967, perintah berkurung akan disambung dengan mengambil kira perkembangan terkini situasi keselamatan di ESSZone," katanya.
  
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat ESSCom di Lahad Datuk hari ini yang turut dihadiri Timbalan Komander ESSCom, Brig Jen Subari Tomo dan Pengarah Maritim ESSCom, Laksamana Pertama Maritim, M. Karunanithi.
  
Mengenai pematuhan perintah berkurung terdahulu, Abdul Rashid berkata secara keseluruhan pihaknya berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan anggota masyarakat terutama golongan nelayan.
  
Namun beliau berkata sepanjang tempoh 14 hari perintah berkurung itu, ESSCom  menahan 46 nelayan berusia antara 19 dan 50 tahun serta 11 buah bot dalam lapan kes berasingan kerana didapati melanggar arahan.
  
Katanya tiga daripada kes tersebut akan didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 31 (2) Akta Polis 1967 yang suspek boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM500 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata 37 permit dikeluarkan kepada nelayan di Sandakan dan tiga di Tawau untuk membenarkan mereka keluar menangkap ikan dalam tempoh perintah berkurung sebelum ini.   
- Bernama

Teng balas kritikan ahli DAP Selangor

Posted: 03 Aug 2014 03:09 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Datuk Teng Chang Kim hari ini menempelak partinya sendiri, DAP, kerana mengkritik kehadiran beliau dalam majlis menandatangai perjanjian industri air antara Selangor dan Putrajaya minggu lalu.

Teng yang juga exco kerajaan tempatan, kajian dan penyelidikan Selangor berkata kritikan itu menunjukkan "ketidakmatangan".

"Saya fikir itu (kritikan) menunjukkan ketidakmatangan mereka (wakil rakyat DAP) dalam politik. Mereka tidak dapat membezakan politik dan pentadbiran. Saya kasihankan mereka," kata beliau kepada Malaysiakini.

Rakan parti beliau, ADUN Kinrara Ng Sze Han dan ketua publisiti DAP Selangor, Ronnie Liu secara terbuka mengkritik Teng kerana terlibat dan menyokong perjanjian yang belum dipersetujui Pakatan Rakyat.

Ng hari ini meluahkan kekecewaan beliau terhadap Teng di laman Facebooknya kerana hadir bersama Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menandatangani perjanjian tersebut, yang didakwa Ng sebagai tidak menghormati parti.

"Adakah beliau (Teng) sudah lupa tanggungjawab terhadap parti," kata Ng.

Liu pula mempersoalkan sama ada Teng mengetahui kandungan dan impak perjanjian tersebut terhadap Selangor, parti dan Pakatan Rakyat.

Teng dengan tegas menyatakan sebagai ahli jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP, Ng dan Liu perlu menghormati beliau.

"Saya sebahagian dari CEC. Ng Sze Han tidak, jadi saya sebahagian dari pasukan yang membuat keputusan (untuk DAP).

"Dia tidak sampai ke status itu, tidak sepatutnya dia buat kenyataan tanpa pemahaman," kata Teng, tegas.

MB: Bekalan air disabotaj lagi, Polis patut siasat segara

Posted: 02 Aug 2014 05:25 PM PDT

SELANGOR KINI


SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggesa agar Polis segera melakukan siasatan sabotaj bekalan air di Selangor.

"Bekalan air sekali lagi disabotaj awal pagi tadi. Mohon pihak Polis Diraja Malaysia lakukan siasatan segera dan hentikan perbuatan khianat yang menjejaskan rakyat ini," tulis Abdul Khalid di laman Facebooknya.

sabotaj twit

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam,Dr Ahmad Yunus Hairi turun padang ke Bestari Jaya mendapatkan gambaran jelas berhubung perkara itu.

Sabotaj ai

Sebelum ini, pasukan bertugas mengendalikan pam-pam di kawasan HORAS Bestari Jaya diugut sekumpulan samseng bersenjata.

Ketika ini pasukan daripada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) sedang bekerja keras melakukan operasi pengepaman agar bekalan air mentah tidak terjejas.

 Berita Lanjut Klik Di Sini

MH17: Bunyi Letupan Berhampiran Tapak Nahas

Posted: 02 Aug 2014 05:17 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
GRABOVE, Ukraine: Bunyi letupan berhampiran dengan kawasan nahas pesawat Malaysian Airlines MH17, memaksa pasukan penyiasat antarabangsa memendekkan tempoh pencarian mereka di kawasan tersebut, kata seorang pemerhati daripada pasukan penyiasat, Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah ( OSCE) .

"Kami mendengar bunyi letupan itu kira-kira dua kilometer dari arah kami berada dan bunyi tersebut terlalu dekat seolah-olah begitu hampir dengan kami," kata Alexander Hug, Timbalan Ketua yang memantau bahagian Kerjasama dan Keselamatan misi negara Eropah di Ukraine.

Hug berkata pasukan tersebut sebelum ini telah bersetuju agat kedua-dua pihak kerajaan dan puak pemisah pro-Rusia bahawa kumpulan tersebut akan melawat sebuah kampung di Petropavlivka bagi meluaskan kawasan carian mereka.

Sukan Komanwel: Tze Liang Bawa Pulang Emas Dan Perak Acara Terjun

Posted: 02 Aug 2014 05:13 PM PDT

 
 
 
EDINBURGH: Selepas meraih pingat emas pada hari kedua acara terjun temasya Sukan Komanwel ke-20, penerjun negara Ooi Tze Liang kali ini menghadiahkan pingat perak kepada kontinjen negara.

Pada saingan akhir acara 10m platform individu lelaki, Tze Liang berjaya mengumpul 433.70 mata, 82.85 mata di belakang jaguh Olimpik dari England, Tom Daley yang mendapat 516.55 mata.

Pingat gangsa acara itu dimenangi Vincent Riendeau dari Kanada dengan 429.25mata.

"Macam dalam pertandingan lain saya cuba memberi fokus yang terbaik dalam setiap terjunan. Saya cuba sedaya upaya untuk tenang dan tidak panik," katanya selepas menamatkan saingan di Kolam Renang Royal Commonwealth pada Sabtu.

Pada saingan 3m papan anjal individu lelaki pada Khamis lepas, Tze Liang menghadiahkan pingat keempat Malaysia bagi temasya kali ini. 

 "Saya mahu menghadiahkan kemenangan ini kepada ibu bapa saya dan jurulatih saya, Huang Qiang yang banyak mengajar saya supaya tidak gugup semasa bertanding," kata penerjun berusia 20 tahun dari Pulau Pinang itu.

Seorang lagi penerjun Malaysia yang beraksi dalam saingan peringkat akhir,Chew Yiwei sekadar di tempat ke-10 dengan 358.55 mata.

Secara keseluruhan, Malaysia menamatkan saingan acara terjun di Sukan Komanwel dengan satu pingat emas, dua perak dan satu gangsa.

Isu MB Selangor : Bekas Setpol Dedah Pekung PKR

Posted: 02 Aug 2014 05:06 PM PDT

Zaini Ghani


alt



KUALA LUMPUR  – Tahun 2008 hingga 2010 selepas PRU ke 12 yang lalu merupakan antara saat-saat getir bagi PAS di Kedah bagi menghadapi karenah, menjaga maruah PKR dan PR disamping mempertahankan air muka, kerajaan supaya tidak tersungkur di tengah- tengah perjuangan.

Menurut bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, beliau merasa terpanggil untuk memberikan pandangan di atas kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor berikutan perbandingan situasi Selangor- Kedah itu tidak wajar.

"Saya tak berhasrat membuka pekung atau mengungkit. Tapi bila Saifudin dan Rafizi mula mengungkitkan stand mulia PKR di Kedah tentang kerusi MB, saya terpanggil untuk menyatakan bahawa perbandingan situasi Selangor- Kedah itu tidak wajar.

"PKR tidak berada dalam kondisi yang wajar untuk berbicara siapa patut jadi MB pada masa itu atas banyak faktor, bukan kerana mereka gentleman, mulia atau baik hati," ujarnya dalam satu kenyataan.
Sanusi menambah, Rafizi Ramli serta Datuk Saifuddin Nasution yang bersungguh-sungguh mahu PAS supaya mengambil iktibar dan contoh dari sikap PKR Kedah dalam menghadapi kemelut Menteri Besar Selangor yang semakin meruncing masih samar dengan situasi sebenar yang berlaku tatkala itu.

"Di mana Rafizi, Saifuddin dan tokoh-tokoh besar PKR yang minta PAS contohi sikap PKR di Kedah dalam isu MB Selangor sekarang, pada masa kerusi kena dibilang setiap hari pada masa itu itu?

"Tempoh itu adalah waktu-waktu getir PAS Kedah menghadapi karenah PKR, menjaga maruah PKR, maruah PR dan maruah kerajaan supaya jangan tumbang di tengah jalan. Adun-adun PKR Kedah melompat, merancang melompat, menjual diri dan kerusi, memakan cengkeram untuk menyeberang," tambah Sanusi.

Jelasnya, semasa Datuk Seri Azizan Abdul Razak masih bergelar Menteri Besar Kedah, seorang ADUN telah dipaksa untuk meletak semua jawatan meskipun telah dinasihatkan oleh Menteri Besar sendiri supaya dilucutkan jawatan dari Exco, namun keputusan itu disanggah keras oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap mahukan dia letak semua jawatan, hilangkan diri seketika, menyebabkan PR terpaksa hadapi PRK Bukit Selambau.

"Daripada hari pertama melarikan dia daripada satu komplot BN yang bersiap membawanya ke Putrajaya, hinggalah dia pulang dari India, saya terpaksa menguruskan segala-galanya - memujuknya, menguruskan proses penyediaan dokumen sumpah, surat perletakan jawatan, menenangkan anak isterinya, hotel persembunyiannya, makan minum dalam persembunyian, membayar ganti rugi kerosakan rumah sewanya, menguruskan makan pakai dan tempat tinggal, sekolah dan keselamatan anak isterinya. Berpuluh ribu belanja untuk itu, semuanya PAS tanggung!

"PAS Kedah berhabis beratus ribu pula untuk PRK Bukit Selambau atas kehendak PKR. Habis berpuluh ribu lagi nak jaga baki Adun PKR yang belum melompat...," tegasnya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Sanusi turut memberitahu PKR langsung tidak memperdulikan nasib dan kebajikan kesemua Adunnya sehinggakan PAS Kedah terpaksa membayar hutang lama seorang Adun PKR yang telah diisytiharkan muflis dan diiklankan di dada-dada akhbar hampir seratus ribu. "MB terpaksa diam saja bila dapat tahu dia telah arahkan GLC beri kebenaran kepada sebuah syarikat pengusaha kuari pasir yang kebetulan melalui tanah milik agensi itu- untuk menampung perbelanjaannya. Ada PKR peduli kesukaran Adun-adunnya ?

"Sepanjang waktu-waktu getir, setelah mendapat maklumat tawaran lumayan semakin meningkat untuk mereka melompat menumbangkan kerajaan, saya kerahkan anggota unit keselamatan PAS bertugas 24 jam mengiring dan memantau pergerakan semua ADUN PR Kedah secara senyap dan terbuka," jelasnya.

Sementara itu, beliau turut berpesan agar PKR di Selangor untuk tidak campur tangandalam krisis yang dicetuskan oleh seorang Adun PAS dan sekelompok pengikutnya tentang kedudukan Menteri Besar dan mereka tidak seharusnya sama sekali menyamakan situasi di Selangor sekarang sama seperti Kedah.

"Mengucap permohonan maaf dan terima kasih pun mereka tak mampu, masih ada hati mahu mengungkit mereka tidak campur tangan dalam isu siapa patut jadi MB Kedah masa tu?

"Sebenarnya bukan mereka tak mahu ikut campur, tapi mereka lumpuh segala anggota dari banyak sudut untuk bercakap tentang kelayakan! Perlukah saya ceritakan semuanya?

"Kekalahan PR Kedah - walaupun ada faktor lain- turut disumbangkan oleh faktor karenah Adun dan MP PKR yang melompat," ujarnya.

Pelajar Uniten Lemas Di Teluk Cempedak

Posted: 02 Aug 2014 05:02 PM PDT

RAKYATNEWS


alt
 
 
 
KUANTAN - Seorang pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) kampus Muadzam Shah lemas ketika berkelah di Pantai Teluk Cempedak di sini sementara rakannya dilaporkan cedera petang tadi.
 
V. Saravanan, 18, dari Cheras, Selangor ditemui lemas oleh pengawal pantai Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).
 
Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Anuar Hassan berkata mayat mangsa dilapor ditemui pada pukul 2.30 petang berhampiran lokasi mangsa dilaporkan tenggelam.
 
Mayat mangsa di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk dibedah siasat. Rakannya yang cedera akibat terkena batu, D. Dinesh, 18, dirawat di hospital yang sama.
 
Anggota JPAM yang menemui mayat mangsa, Mustaqim Ariff berkata beliau dan rakannya Mohd Amin Morad sebelum itu telah memberi amaran kepada mangsa supaya tidak mandi di situ kerana ia berbahaya dan curam.
 
"Bagaimanapun kedua-duanya terus mandi sehingga seorang daripadanya menjerit meminta tolong kerana rakannya telah lemas dan akhirnya hilang di bawa arus.    
 
"Orang ramai yang melihat kejadian tersebut memaklumkan kepada kami dan kami bergegas turun ke laut untuk menyelamatkan mangsa. Mangsa disahkan meninggal dunia selepas ditemui 10 minit kemudian," katanya.

Beri insentif untuk petugas hari cuti umum

Posted: 02 Aug 2014 04:57 PM PDT

MALAYSIAKINI



 


Majikan swasta disaran memberi insentif yang lebih lumayan dan menarik kepada para pekerja yang bekerja pada hari cuti umum seperti Hari Raya Aidilfitri termasuk hari cuti umum khas lain.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata langkah itu perlu kerana para pekerja memberi perkhidmatan terbaik kepada majikan walaupun mereka berkorban untuk bertugas pada masa cuti umum.

"Kementerian ada menerima aduan daripada pekerja bahawa mereka hanya dibayar gaji seperti hari biasa sedangkan bertugas pada hari cuti umum. Mereka (pekerja) ini bukan bekerja lebih masa atau over time (OT) tetapi, bekerja pada hari kelepasan am ketika orang lain menikmatinya.

"Pengorbanan seperti ini wajar diiktiraf oleh majikan kerana mereka terpaksa mengorbankan masa istimewa dan penting bersama keluarga tersayang demi tugas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada para majikan untuk menentukan bentuk insentif yang ingin diberikan kepada pekerja yang terlibat berdasarkan pengorbanan yang dilakukan demi syarikat.

Dalam pada itu Ismail memberi amaran tidakan tegas di bawah Akta Pekerjaan 1987 boleh diambil ke atas majikan yang tidak mencarum pekerja dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

"Menjadi kewajipan kepada setiap majikan mencarum pekerja mereka walaupun hanya pekerja sambilan.

"Tindakan mencarum adalah untuk menjamin masa depan pekerja itu sendiri kerana jika mereka ditimpa kemalangan dan musibah semasa bekerja atau sebaliknya, nasib mereka akan terbela sekali gus menjamin masa depan apatah lagi jika ia membabitkan kecederaan kekal," katanya. - Bernama

'Polis hanya tengok mangsa kemalangan diserang'

Posted: 02 Aug 2014 04:55 PM PDT

MALAYSIAKINI



 


ADUN Pandamaran Eric Tan menuntut polis Selangor menjelaskan tindakan pasukan itu yang didakwa gagal bertindak dalam dua kes melibatkan mangsa kemalangan yang didakwa diserang oleh orang ramai di tempat kejadian.

"Beliau (Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat) mesti memberi penjelasan mengapa polis tidak bertindak.

"Apa rancangan berliau sebagai ketua polis Selangor yang baru untuk memperbaikinya?

"Saya fikir penambahbaikan ini amat diperlukan segera kerana masyarakat menderita setiap hari," katanya dalam satu sidang media bersama individu yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Dalam kes pertama, seorang pemilik syarikat tunda kereta, Ngiam Kee Buh memberitahu sidang media itu berhubung kejadian melibatkan pekerjanya.

Katanya, pekerja itu memberitahunya bahawa tiga orang pegawai polis bertugas di satu pasar Ramadan di berhampiran lokasi kemalangan.

Kemalangan jalan raya itu didakwa melibatkan sebuah Proton Wira yang melanggar tiga buah kenderaan yang diparkir di satu cerun jejambat kerana pemandunya, Lee Keng Long, cuba mengelak sebuah kenderaan dari arah hadapan yang masuk ke lorongnya.

Ngiam mendakwa polis gagal bertindak ketika sekumpulan individu menyerang pemandu tersebut. Anggota berkenaan didakwa hanya memandang kejadian tersebut selepas ditolak ke sisi oleh penyerang tersebut.

Beliau bercakap di sidang media itu keraja pekerjanya itu enggan berbuat demikian untuk menejalskan kejadian yang didakwa berlaku pada dini hari, 26 Julai di Klang, di bulatan Kota Klang.

Kejadian kedua pula berlaku sekitar jam 3.30 pagi keesokan harinya. Seorang individu yang terlibat, Muhammad Hadi Yeop Baharuddin mendakwa beliau diserang oleh lapan orang pelumba motosikal haram selepas melanggar salah seorang daripada anggota kumpulan tersebut dengan keretanya.

Beliau berkata polis masih belum membuat sebarang penahanan walaupun beberapa orang daripada individu yang menyerangnya itu telahpun dikenalpasti oleh individu lain yang cuba menolongnya.

Menurutnya, ada suspek yang dikenalpasti melalui cukai jalan motosikal yang ditemui di lokasi kejadian di Lebuh Raya Selat Kelang

Polis nafi jualan pemegang kunci untuk jenayah

Posted: 02 Aug 2014 04:50 PM PDT

MALAYSIAKINI


Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan maklumat kononnya ada penjualan pemegang kunci dilengkapi peranti pengesan yang membolehkan pembeli dijejaki pihak tertentu untuk tujuan jenayah.
  
Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Datin Asmawati Ahmad berkata sehingga kini pihak polis tidak menerima sebarang laporan berhubung isu tersebut.
  
"Bagaimanapun orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dan peka dengan keadaan sekeliling serta mengelakkan dari membuka peluang kepada penjenayah untuk mengambil kesempatan," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Maklumat itu dilapor disebar meluas melalui media sosial terutamanya aplikasi Whatsapp mendakwa pembeli pemegang kunci terbabit boleh dijejaki sindiket tertentu untuk tujuan jenayah seperti rompakan, samun, rogol dan bunuh.- Bernama

Tiada ulasan: