Sabtu, 2 Ogos 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Sekat internet, strategi Umno kekal berkuasa

Posted: 02 Aug 2014 08:31 AM PDT

Oleh: Lyn Nasir


KUALA LUMPUR : Gesaan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad untuk menapis internet adalah satu lagi langkah dan strategi Umno BN untuk mempastikan kedudukan mereka kekal sebagai pemerintah.

Pengarah Komunikasi KAEDILAN, Fahmi Fadzil berkata tindakan itu bagi menyekat segala maklumat disampaikan kepada rakyat, terutama menerusi internet.

Fahmi"Kenyataan itu menunjukkan ia adalah tindakan anti demokratik, kuku besi dan diktator yang wajib diprotes oleh semua pihak,

"Kita sekarang berada dalam keadaan di mana negara subur segala maklumatnya melalui internet, jadi wajarkah untuk mengambil tindakan dengan menyekat internet di negara ini?" soalnya ketika dihubungi.

Semalam, Mahathir dilapor berkata sudah tiba masanya kerajaan menapis internet serta menggesa semua pihak berhenti bercakap mengenai kebebasan akhbar kerana jelasnya kebebasan itu sentiasa terdedah kepada salah guna.

"Sekatan itu tidak boleh dibuat kepada perkara-perkara yang berkisar kepada kepentingan rakyat dan hal ehwal umum. Rakyat berhak memperoleh fakta dan maklumat yang tepat," ujarnya lagi.

Katanya lagi, Mahathir sendiri melanggar apabila memperkenalkan Koridor Raya Multimedia (MSC) apabila memberi jaminan tidak akan ada sebarang sekatan internet.

"Kalau benar apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir itu akan dilaksanakan, ini bermakna Tun Mahathir sendiri telah melanggar janji yang dibuat, beliau sendiri kata tidak akan mengenakan sebarang sekatan internet sewaktu MSC diperkenalkan,

"Selain itu, tindakan ini akan membuatkan negara kita selangkah tapak kebelakang kerana sekarang ini segala maklumat kini boleh diakses melalui internet dengan sangat pantas.

"Negara akan jadi mundur, begitu juga dengan pemikiran rakyat, akan banyak perkara yang mereka tidak akan tahu selepas ini hanya kerana internet telah disekat," tambahnya lagi.

Pakatan tangani isu MB dengan semangat setiakawan

Posted: 02 Aug 2014 08:29 AM PDT

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akan menangani isu pertukaran Menteri Besar Selangor dengan semangat setiakawan dan persefahaman yang menjadi asas kekuatan kepada gabungan itu, kata tiga pemimpin tertingginya hari ini.

Perkara itu ditegaskan dalam kenyataan bersama Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

pakatan-rakyat-tmi"Menyedari bahawa mutakhir ini timbul perselisihan faham di kalangan anggota-anggota parti komponen Pakatan Rakyat, terutama berkisar isu kepimpinan di Selangor yang masih dalam proses penyelesaian;

"Memahami bahawa suara dan hasrat Rakyat yang telah memberikan mandat dan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu untuk mentadbir tiga negeri;

"Mengamati bahawa semangat persefahaman dan setiakawan Pakatan Rakyat merupakan asas kekuatan dan keutuhan perjuangan membawa perubahan dan agenda reformasi dalam persada politik, sosial dan ekonomi di negara tercinta;

"Maka Pakatan Rakyat bertegas bahawa kami beriltizam meneruskan perjuangan ini dengan mengukuhkan persefahaman dan setiakawan koalisi politik dalam kerangka Dasar-Dasar Bersama kami.

"Kami juga komited untuk mendepani isu-isu berbangkit mutakhir ini secara kolektif, berani, berprinsip dengan berteraskan nilai-nilai sejagat yang dikongsi bersama, demi memenuhi amanah dan menggalas tanggungjawab yang telah diberikan Rakyat," kata kenyataan tersebut.

Jalan Jerangau-Jabor tidak rata bahayakan pengguna

Posted: 02 Aug 2014 08:24 AM PDT

BERNAMA 


KEMAMAN: Jalan Jerangau-Jabor yang menjadi laluan alternatif bagi pengguna pantai timur-pantai barat, perlu dibaik pulih secara sempurna bagi menjamin keselamatan pengguna serta keselesaan mereka.

Menurut beberapa pemandu yang ditemui Bernama di sini, tindakan "menampal" berulang kali menjadikan jalan tidak rata dan boleh membahayakan pemandu terutama pada waktu malam.
  
Kawasan paling ketara ialah dari Air Putih di sini hingga ke persimpangan Bukit Besi di Dungun dan perkara ini sudah berlanjutan sejak empat tahun lalu, kata Ahmad Jamal Abas, 45, dari Kota Baharu, Kelantan. 
  
Beliau yang kerap menggunakan laluan itu untuk ke rumah saudara maranya, berkata sikap pihak berkuasa yang sekadar menampal dengan tar berulang kali di kawasan jalan yang berlubang bukan penyelesaian jangka panjang.
  
"Jalan tidak rata bukan sahaja menyebabkan pengguna tidak selesa tetapi juga boleh merosakkan kenderaan selain mengundang bahaya," katanya.
  
Sabri Ali, 38, dari Besut pula berkata keadaan jalan di situ berbahaya kepada pengguna terutama penunggang motosikal.
  
"Saya yang memandu kereta kena sentiasa berhati-hati kalau mengekori motosikal sebab penunggang selalunya akan ke tengah ke tepi jalan untuk mengelak kawasan jalan yang rosak dan kalau tidak berhati-hati, boleh terlanggar mereka ini," katanya yang bekerja di Kuantan, Pahang.
  
Seorang lagi pengguna, Fazli Yusri Ismail, 35, dari Setiu, berkata keadaan jalan itu menjadikan pemanduan pada sebelah malam lebih berbahaya.
  
"Walaupun sekarang jalan sudah tidak berlubang-lubang, namun keadaan yang tidak rata boleh menyebabkan kenderaan sukar dikawal terutama jika memandu laju," katanya.
  
Selain itu katanya, jalan juga tidak diselenggara dengan baik dengan sesetengah kawasan tidak mempunyai garisan putih di tengah-tengah jalan. - Bernama

Kalau Najib Boleh Jinakkan Ketua Pemberontak Ukraine, Malulah Anwar Tak Boleh Lembutkan Hati Hadi Awang

Posted: 02 Aug 2014 08:13 AM PDT

shahbudindotcom




Dalam perkembangan terbaru untuk memuaskan hati semua pihak berhubung kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor, PKR dikhabarkan sedang berusaha mencari calon alternatif kepada Dr Wan Azizah Wan Azizah yang sebelumnya sudah diputuskan untuk mengambil alih tempat Khalid Ibrahim itu.

Menurut berita yang disiarkan dalam Malaysian Insider, seorang ADUN PKR telah dikenalpasti sebagai calon alternatif itu, namun ia hanya akan didedahkan setelah konsensus antara Pas, PKR dan DAP dicapai.

Sebagaimana yang didedahkan oleh salah seorang pemimpin tertinggi PKR, calon tersebut bukanlah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali kerana Pas memang sudah menolak pencalonan beliau sebagai pengganti Khalid sejak awal lagi.

Dalam usaha menggantikan Khalid Ibrahim sebagai meneruskan Langkah Kajang dan memburu cita-cita menawan Putrajaya menjadi kenyataan, Anwar Ibrahim pada minggu lalu telah memutuskan bahawa PKR bersetuju mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai pengganti Khalid.

Bagaimanapun, belum pun persetujuan dicapai antara Pas, PKR dan DAP berhubung pertukaran itu, Presiden Pas, Haji Hadi Awang membuat kenyataan mahu Khalid Ibrahim terus dikekalkan atas alasan tiada pengkhianatan kepada rakyat yang telah dilakukannya sepanjang enam tahun memimpin negeri Selangor.

Tindakan Haji Hadi mengeluarkan kenyataan berbentuk peribadi itu lantas mencetuskan polemik dan kekalutan, bukan saja dalam Pas tetapi juga dalam PR kerana Pas sepatutnya memutuskan sama ada bersetuju atau tidak dengan penggantian Khalid Ibrahim dalam mesyuaratnya pada 10 Ogos depan.

Walaupun PKR dan DAP konsisten bersetuju dengan pertukaran Khalid, Pas nampaknya berbelah-bagi mengenainya.

Perkhabaran mengenai calon alternatif ini dipercayai untuk memuaskan hati pihak tertentu dalam Pas yang tidak bersetuju dengan perlantikan Dr Wan Azizah atas alasan beliau seorang wanita dan isteri kepada Anwar Ibrahim, sedangkan PKR tetap mahukan menukar Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun, jika Anwar bersetuju dengan calon alternatif ini ia adalah sesuatu yang memalukan Anwar dan PKR sendiri. Memandangkan Anwar sudah membuat pengumuman bahawa Dr Wan Azizah adalah pengganti Khalid, hasrat itu seharusnya diteruskan tanpa tunduk kepada kehendak pihak lain.

Kiranya bukan Dr Wan Azizah yang akhirnya dipilih menggantikan Khalid, bukan saja saja Langkah Kajang sudah menjadi sumbang, malah lebih teruk lagi ialah ia menjejaskan wibawa Anwar selaku Pengerusi Majlis Pimpinan PR serta bakal Perdana Menteri Malaysia.

Anwar akan dilihat tidak lagi berwibawa kerana terpaksa tunduk kepada kehendak serta kemahuan Pas sedangkan kerusi Menteri Besar Selangor sudah dipersetujui selepas pilihanraya lalu adalah menjadi milik PKR. Setiausaha Agung Pas, Mustaffa Ali sendiri memberi pengakuan bahawa parti itu tidak akan menuntut kerusi yang sudah dipersetujui menjadi milik PKR.

Dalam apa keadaan sekali pun, Anwar bukan saja perlu meyakinkan Pas dan Haji Hadi mengenai pertukaran Khalid, bahkan mesti juga meyakinkan bahawa penggantinya adalah Dr Wan Azizah. Jika calon selain daripada itu, ia adalah kegagalan Anwar.

Sudahlah Pas sebelum ini menolak Azmin Ali, kini ia menolak pula Dr Wan Azizah. Jika dua kali Anwar dan PKR tunduk kepada Pas, kepimpinannya sudah tidak bernilai lagi.

Jika beliau gagal meyakinkan Pas dan Haji Hadi, keyakinan rakyat terhadap kemampuannya sebagai bakal Perdana Menteri juga akan terhakis dengan sendirinya.

Tambahan pula, dalam tragedi MH17 yang baru saja berlaku, Perdana Menteri, Najib Razak telah menunjukkan kejayaan berunding dengan ketua pemberontak Ukraine, Aleksander Borodai mengenai penyerahan kotak hitam, penyerahan mayat kepada kerajaan Belanda untuk pengasingan dan forensik serta akses yang selamat bagi pasukan penyiasat ke tapak kejadian.

Kejayaan Najib berunding telah menaikkan namanya di mata dunia, sedangkan Aleksander adalah ketua pemberontak yang diketahui bersikap ganas dan jarang tunduk kepada kemahuan pihak lain.

Kiranya di ketika Najib berjaya menghasilkan kejayaan berunding dengan seorang ketua pemberontak yang diketahui ganas dan keras tetapi Anwar pula masih terkial-kial untuk melembutkan hati Haji Hadi yang merupakan rakan gabungannya sendiri dalam PR, ia adalah kegagalan paling nyata sekali dari segi kepimpinannya.

Untuk meyakinkan rakyat terhadap kemampuannya sebagai bakal Perdana Menteri dan pembawa agenda perubahan untuk negara, Anwar mesti melembutkan hati Pas dan Haji Hadi serta akhirnya dapat menerima sebulat suara pencalonan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Bertolak ansur bukan lagi pilihan. Jika tidak, lupakanlah Putrajaya.

PKR cari calon alternatif sebagai plan B jika Azizah ditolak untuk jadi MB Selangor

Posted: 02 Aug 2014 07:59 AM PDT

Oleh Shuhaniza Said

 
Post Pic

 
 
SHAH ALAM: PKR dikatakan sedang mencari calon alternatif sebagai pelan B setelah pencalonan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail bagi jawatan Menteri Besar Selangor dibantah banyak pihak.
 
Sejak PKR mengumumkan Azizah sebagai pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tiga parti kompenan Pakatan Rakyat mula tuding menuding sesama mereka.
 
Portal berita The Malaysian Insider melaporkan sumber-sumber parti memberitahu seorang pemimpin PKR sudah dikenal pasti namun namanya dirahsiakan sehingga konsensus dicapai di antara PKR, DAP dan PAS.
 
Sumber portal itu turut memberitahu nama Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali turut dicadangkan namun ianya ditolak oleh kebanyakan pemimpin PAS.
 
"Calon ketiga haruslah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR, pengikut setia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seorang yang boleh diterima MB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim," kata sumber. 
 
Ujarnya, rekod pencapaian yang baik juga diambil kira untuk membolehkan seseorang itu dicalon menggantikan Khalid.
 
Bagaimanapun sumber itu mendedahkan, Anwar yang juga Ketua Umum PKR tidak dapat bersetuju dengan calon alternatif itu dan masih mahukan Azizah yang juga isterinya diangkat menggantikan Khalid.
 
"Namun, ini satu-satunya cara untuk menyelesaikan isu dalam keadaan baik dan memenuhi kriteria ditetapkan iaitu dia haruslah daripada PKR, diterima Khalid dan juga Pakatan," kata sumber itu lagi.
 
Kemelut pengguguran Khalid semakin parah apabila perbincangan kumpulan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat dalam aplikasi WhatsApp yang mencadangkan parti Islam itu keluar Pakatan Rakyat, tersebar.
 
Perbincangan WhatsApp itu mendedahkan Pengarah Operasi Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki mencadangkan kemungkinan PAS bekerjasama dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan perpaduan dan pada masa yang sama mengekalkan Khalid sebagai menteri besar.
 
Perkembangan itu membawa kepada pemimpin Pakatan Rakyat berbalas kenyataan sesama mereka.
 
Khalid juga berkali-kali menegaskan beliau tidak akan meletakkan jawatan dan akan menerajui Selangor sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang pada 2018.
 
Kedudukan Khalid juga dilihat agak kukuh apabila Hadi dan Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat menyokongnya untuk terus menjadi ketua negeri Selangor.
 
Sokongan Hadi itu mencetus kontroversi lantaran ianya dibuat sebelum PAS Pusat mengadakan mesyuaratnya yang dijadualkan 10 Ogos depan.

Air Selangor: Khalid perlu dedah butiran Perjanjian Dasar Induk

Posted: 02 Aug 2014 07:57 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani W. M. Azhar

 
Post Pic



SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim digesa mendedahkan butiran Perjanjian Dasar Induk yang ditandatanganinya bersama Kerajaan Persekutuan semalam.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, Khalid harus kotakan janjinya untuk bertindak telus dalam pemerintahannya sementelah rakyat juga berhak untuk mengetahui isi kandungan perjanjian air itu.
 
"Siapa yang tahu perincian perjanjian itu? Beliau kena ada tanggungjawab, mesti ada ketelusan dalam apa yang dilakukan.
 
"Khalid tidak boleh syok sendiri. Beliau kena rujuk dengan Dewan Negeri ataupun exco terlebih dahulu sebelum buat keputusan.
 
"Penolakan ini memberikan satu gambaran bahawa rakyat hendak tahu apa yang dipersetujui itu, kerana ia bukan rahsia," katanya kepada Antarapos, hari ini.
 
Terdahulu Khalid mengikat perjanjian induk mengenai penstrukturan air dengan Putrajaya yang menurut beliau, memberi jaminan kadar tarif air di Lembah Klang tidak akan dinaikkan untuk sehingga empat tahun akan datang.
 
Ini bukan kali pertama Khalid membelakangkan PKR dan beliau terus berani membuat keputusan bersendirian untuk isu-isu besar melibatkan kepentingan rakyat meskipun kedudukannya kini ibarat 'telur dihujung tanduk'.
 
Khalid kini menjadi mangsa percaturan politik PKR yang mahu menggulingkannya daripada kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor. 
 
PKR sebelum ini menegaskan perjanjian antara kerajaan negeri Selangor dengan kerajaan Persekutuan yang ditandatangani Khalid itu bersifat berat sebelah dan memihak kepada Putrajaya.
 
Parti itu mendakwa perjanjian itu memberi kuasa luas kepada Putrajaya dalam pengurusan industri air Selangor.  
    
Perjanjian semalam sekaligus bermakna kerajaan negeri Selangor terikat kepada syarat-syarat yang termaktub di dalamnya sekali pun Khalid gugur daripada jawatannya itu.
 
Sebelum ini Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata pihaknya bercadang mengkaji semula perjanjian air yang dimeterai oleh Khalid dengan Putrajaya dan tidak mahu beliau menandatangani Perjanjian Dasar Induk tersebut.
 
Perkara itu hanya boleh dilaksanakan jika Khalid digantikan dengan calon penggantinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
 
Selepas menandatangi Perjanjian Dasar Induk itu semalam, Khalid dilaporkan berkata perkembangan terbaru itu dianggap sebagai kemenangan untuk rakyat.
 
Kerajaan negeri telah membuat tawaran kepada kesemua empat syarikat konsesi air dengan pemilik saham Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Puncak Niaga Sdn Bhd dan Konsortium Abass Sdn Bhd (Abass) telah menerima tawaran tersebut. 
 
Bagaimanapun pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPALSH) masih belum dimuktamadkan.

Mayat dikerat beberapa bahagian ditemui di lebuh raya PLUS

Posted: 02 Aug 2014 07:56 AM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic

 
 
KULAIJAYA: Pekerja PLUS Bhd yang melakukan rondaan di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki yang dipercayai dikerat beberapa bahagian badan sebelum dibungkus secara berasingan dalam dua plastik hitam.
 
Mayat tersebut ditemui di parit berhampiran Kilometer 24.3 Lebuhraya PLUS arah selatan, dekat Kulaijaya.
 
Menyedari bau busuk dari bungkusan plastik itu, pekerja tersebut membuka salah satu plastik dan terlihat beberapa bahagian badan dan kepala yang dikerat.
 
Mangsa dipercayai telah dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan berkenaan.
 
Difahamkan mangsa berusia dalam lingkungan 30 dan 40 tahun. Terdapat kesan tikaman dibahagian belakang badan dan leher mangsa.
 
Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Ruslan Khalid berkata anggotanya menerima laporan mengenai penemuan mayat itu dari PLUS pada tengah hari Jumaat.
 
"Kami masih belum mengenal pasti mangsa.
 
"Kami percaya mangsa dibunuh antara satu hingga dua hari lalu," katanya.
 
Beliau berkata, mayat tersebut telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat.
 
"Kami telah menubuhkan satu pasukan khas bagi mengesan suspek dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.
 
Ruslan turut menyeru kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta melaporkannya di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Afdlin: Kita ada kuasa boikot produk Israel

Posted: 02 Aug 2014 07:50 AM PDT


Kita ada kuasa boikot produk Israel-Afdlin


KUALA LUMPUR - Pengarah dan pelakon terkenal, Afdlin Shauki menyeru seluruh rakyat Malaysia bersatu memboikot semua produk yang menyumbang kepada zionis Israel.

Menurutnya, semua orang berkuasa memboikot dengan wang ringgit yang dimiliki.

"Kanak-kanak di Gaza terus dibunuh. Apa yang kita boleh buat? Boikot. Kita ada kuasa. Dengan wang itu membawa kita ke syurga atau neraka.

"Boikot segala produk yang berkaitan dengan zionis Israel," katanya ketika berucap pada himpunan aman 'Selamatkan Kanak-kanak Gaza' di Dataran Merdeka, hari ini.

Beliau turut mengingatkan ribuan peserta himpunan aman berkenaan bahawa setiap rakyat Malaysia mempunyai pilihan.

"Kita nak bagi duit kita itu untuk beli senjata ke?

"Kita ada pilihan. Mungkin kita sudah terbiasa tapi kita boleh buat. Boikot semua barang yang membunuh kanak-kanak di Gaza," katanya.

Beliau meminta agar semua peserta himpunan menyemak kembali barangan-barangan yang dimiliki di rumah masing-masing.

"Balik nanti tengok barangan di rumah kita. Memang susah tapi kita boleh. Tukar barang lain. Cari orang Malaysia yang boleh buat mee dan coklat.

"Sampailah syarikat-syarikat itu membuat keputusan untuk berhenti menyokong Israel," katanya.

Lebih sepuluh ribu peserta himpunan membanjiri Dataran Merdeka sejak jam 2 petang sebagai tanda solidariti dan sokongan kepada himpunan tersebut.

Selain Afdlin, turut hadir penyanyi, Ela dan Faizal Tahir.

Bebaskan Palestin, boikot zionis!

Posted: 02 Aug 2014 07:48 AM PDT


Ammam Shahwan Ammam Shahwan


KUALA LUMPUR - Perhimpunan aman Selamatkan Anak-anak Gaza anjuran Viva Palestina Malaysia dan Aqsa Syarif di Dataran Merdeka hari ini disemarakkan dengan laungan sokongan dan pembelaan terhadap rakyat Palestin.

Rata-rata peserta himpunan yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan juga warga asing berkumpul seawal jam 2 petang bagi menunjukkan sokongan moral terhadap penduduk di Palestin dan membantah serangan Israel ke atas penduduk Gaza.

Seorang warga Palestin, Ammam Shahwan, turut menyertai himpunan aman Gaza hari ini melahirkan rasa syukur terhadap masyarakat Malaysia dan Eropah sering membantu rakyat Palestin dan lantang mengkritik kekejaman Israel.

"Alhamdulillah, kesemua rakyat Palestin tidak kira sama ada golongan muda dan tua amat berterima kasih terhadap sokongan dan bantuan yang dihulur kepada rakyat kami di Palestin.

"Orang Malaysia sanggup tolong Palestin lebih daripada masyarakat Arab sendiri," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Menurut pelancong asing, Emanuela Botti, kekejaman yang dilakukan terhadap Palestin merupakan sesuatu yang tidak dapat dimaafkan oleh mana-mana pihak.

"Apa yang berlaku di Gaza adalah sesuatu yang sangat dahsyat, tidak ada sesiapa pun sepatutnya melakukan serangan seperti itu. Kita semua harus lakukan sesuatu untuk hentikan serangan tersebut," katanya.

Walau berbeza agama, dia tetap mendoakan kesejahteraan dan keselamatan penduduk Gaza di Palestin.

Bagi peserta himpunan, Mohd Azlie Adnan, tujuan himpunan aman ini dianjurkan untuk memupuk kesedaran penduduk di negara ini bagi membantu umat Islam di Palestin.

"Rakyat Malaysia perlu tahu dan sedar mengenai azab yang dilalui penduduk dan rakyat Palestin di sana.

"Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, saya hanya mampu menyumbangkan tenaga, dan wang ringgit sahaja," katanya kepada Sinar Online.

Dia juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat Palestin yang bersungguh-sungguh mempertahankan Masjid al-Aqsa di Palestin.

Bagi seorang lagi penduduk Palestin pula, Alaa Abdulwahid, serangan yang dilakukan tentera Zionis terhadap penduduk Gaza boleh disifatkan sebagai satu jenayah antarabangsa.

"Kami datang ke sini hari ini adalah untuk memberikan sokongan moral kepada saudara-mara kami di Palestin, terutamanya di Gaza.

"Ini bukan kali pertama berlaku. Rakyat Malaysia dan kerajaan sentiasa berikan sokongan moral terhadap isu seperti ini," katanya.

Menurut Farah Najwa Mohd Fariz, Israel bukan sahaja melakukan penindasan secara terang-terangan, malah tenteranya turut membunuh wanita dan kanak-kanak di Gaza dengan kejam.

Menurutnya lagi, pemboikotan barangan Israel boleh membantu merencatkan operasi serangan yang dilancar oleh Israel.

"Ini bukan sahaja misi keagamaan malah ini merupakan misi kemanusiaan.

"Alhamdulillah, memang dari dulu saya dan keluarga tidak membeli barangan Israel. Saya harap dengan sokongan dan himpunan yang sudah diusahakan ini, InsyaALLAH, ALLAH akan bantu orang-orang di sana," katanya.

[BERGAMBAR] Bertuah Dapat Jumpa Nik Aziz - Neelofa

Posted: 02 Aug 2014 07:35 AM PDT

KELAB GREENBOC



 

Pelakon jelita yang sudah berhijab, Neelofa melahirkan rasa bertuah kerana dapat bertemu dengan bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat baru-baru ini.

Gambar pertemuan mereka itu telah dimuat naik oleh Neelofa di laman sosial Instagram miliknya semalam.

Pada gambar itu menunjukkan Neelofa yang juga pengacara televisyen popular sedang berbual dengan Nik Aziz yang juga bekas Mursyidul Am Pas.

Malah kapsyen yang ditulis oleh Neelofa pada gambar tersebut cukup menarik untuk dibaca.

Kapsyen itu berbunyi: lets put politics aside…I felt so lucky to have opportunity to meet him in person yesterday at his house. Love listening to what he had to say and he also gave me valuable advices regarding istiqamah.

Jelas dan terang, Neelofa berharap pertemuannya dengan bekas Menteri Besar Kelantan itu tidak dipolitikkan.

Apa salahnya kalau kunjung mengunjung sempena Syawal yang mulia. Apatah lagi dapat berbual dengan tokoh yang memiliki ilmu agama yang tinggi.

Dapat juga Neelofa meminta nasihat dan berkongsi ilmu, tambahan pula dia pun telah berhijrah sejak Ramadan lalu. - MalaysiaGazette



Air di Selangor tidak akan dicatu, kata Menteri Besar Selangor

Posted: 02 Aug 2014 07:31 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani W. M. Azhar

 
Post Pic

 
 
SHAH ALAM: Tiada sebarang catuan air akan dilakukan di Selangor memandangkan paras air mentah di empangan dan kawasan lembah meningkat, menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
 
"Tiada sebarang catuan akan dibuat ketika ini. Beberapa hari lepas kita telah buat pembenihan awan dan berjaya meningkatkan paras air mentah," katanya melalui satu kenyataan media semalam.
 
Beliau menafikan dakwaan kononnya paras air di beberapa empangan di negeri itu masih di bawah paras minimum dan membimbangkan.
 
Ujar Khalid kerajaan negeri mempunyai beberapa pilihan lain termasuk menggunakan air daripada kolam-kolam sedia ada bagi memastikan bekalan air mencukupi sehingga bulan November yang dijangka bermulanya musim tengkujuh.
 
"Jadi kita tidak ingin buat catuan sebab kalau program penjagaan air mentah ini dapat dilakukan dan Insya-Allah dapat diteruskan sehingga bulan November, perkara ini (bekalan air) tidak jadi masalah," katanya.
 
Semalam Khalid mengikat perjanjian induk mengenai penstrukturan air dengan Putrajaya yang menurut beliau, memberi jaminan kadar tarif air di Lembah Klang tidak akan dinaikkan untuk sehingga empat tahun akan datang.
 
Perjanjian Dasar Induk itu ditandatangani oleh Khalid sungguhpun ia ditolak oleh PKR yang menganggapnya sebagai berat sebelah kepada Putrajaya sehingga memberikannya kuasa luas dalam pengurusan industri air Selangor.  
    
Perjanjian tersebut bermakna kerajaan negeri Selangor terikat kepada syarat-syarat yang termaktub di dalamnya sekali pun Khalid ditukar sebagai Menteri Besar Selangor - sebagaimana yang dituntut oleh PKR. 
 
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli sebelum ini berkata pihaknya bercadang mengkaji semula perjanjian air yang dimeterai oleh Khalid dengan Putrajaya dan tidak mahu beliau menandatangani Perjanjian Dasar Induk yang menyusul hari ini. 
 
Bagaimanapun Khalid menyanggah desakan itu dan mengikat perjanjian itu dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Tidak ada pelan B untuk ganti Azizah sebagai MB S'gor yang baharu

Posted: 02 Aug 2014 07:30 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani W. M. Azhar

 
Post Pic

 
 
SHAH ALAM: Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menafikan dakwaan PKR mencari calon alternatif sebagai pelan B setelah pencalonan Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor ditolak banyak pihak.
 
Dihubungi Antarapos hari ini, Zuraida menyifatkan tindakan menyebar berita palsu itu sengaja dilakukan pihak tidak bertanggungjawab semata-mata mahu melihat perpecahan dalam Pakatan Rakyat.
 
Beliau juga meminta orang ramai menghentikan spekulasi berhubung jawatan nombor satu itu memandangkan PAS dan DAP belum mengadakan mesyuarat di peringkat parti masing-masing.
 
"Di peringkat PR, kita ada perbincangan kerana Pakatan Rakyat menghormati keputusan yang telah diambil oleh PKR. Jadi, itu mungkin sumber yang tidak sahih dan mungkin ada usaha beberapa pihak yang cuba memecah-belahkan Pakatan Rakyat. Apa pun saya ingat kita tunggu kerana yang menjadi isu sedikit kerana PAS dan sebagainya. Tapi PAS akan bermesyuarat dan kita tunggu keputusan mereka.
 
"Perkara begini biasa. Sewaktu perbincangan itu mungkin ada beberapa nama lain, kerana calon untuk MB ada dua, tiga nama dibincangkan. Namun selepas perbincangan ada keputusan (Wan Azizah). Isu ini tidak berbangkit lagi pada saya," katanya kepada pemberita.
 
Portal berita The Malaysian Insider hari ini melaporkan sumber-sumber PKR memberitahu seorang pemimpin parti itu sudah dikenal pasti namun namanya masih dirahsiakan sehingga konsensus antara PKR-PAS-DAP dicapai.
 
Sumber berkenaan turut memberitahu nama Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali turut dicadangkan, bagaimanapun ditolak oleh kebanyakan pemimpin PAS.
 
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun dikhabarkan tidak bersetuju dengan pelan alternatif tersebut kerana tetap mahu Azizah yang juga isterinya diangkat sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.
 
Antarapos turut mendapatkan reaksi ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar berkenaan perkembangan terbaharu ini.
 
"Saya tak boleh beri komen. Saya tidak tahu benar atau tidak. Saya pun tidak tahu siapa yang buat kenyataan itu. Tetapi parti akan beri satu nama sahaja," ujarnya.
 
Semenjak Anwar mengumumkan pencalonan Wan Azizah menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, ketiga-tiga parti komponen Pakatan dilihat mula menuding jari antara satu sama lain.
 
Usaha PKR menggugurkan Khalid menjadi sukar setelah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat mempertahankan beliau atas alasan Khalid bebas dari segala skandal dan salah laku pentadbiran.
 
Malah ia semakin memburuk apabila perbincangan kumpulan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat dalam aplikasi WhatsApp yang mencadangkan parti Islam itu keluar Pakatan Rakyat, tersebar.
 
Perbincangan WhatsApp itu mendedahkan Pengarah Operasi Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki mencadangkan kemungkinan PAS bekerjasama dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan perpaduan dan pada masa yang sama mengekalkan Khalid sebagai menteri besar.
 
Khalid juga beberapa kali mengulangi tidak akan meletakkan jawatan dan akan terus mengetuai pentadbiran negeri sehingga Pilihan Raya Umum akan datang.

Waspada surat palsu pecahkan PAS, PR - Mustafa

Posted: 02 Aug 2014 01:36 AM PDT

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengingatkan ahli-ahli dan pendukung PAS dan Pakatan Rakyat (PR) supaya berwaspada dengan usaha jahat pihak tertentu untuk memecahbelahkan PR.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan bahawa PAS menarik diri daripada PR sebagaimana surat yang tersebar di media sosial adalah palsu.

Tegasnya, surat yang kononnya ditandatangani beliau dengan menggunakan letter head Pejabat Agung PAS berhubung perkara itu merupakan pembohongan semata-mata.

"Seluruh ahli PAS dan Pakatan Rakyat perlu berwaspada dengan usaha jahat seperti itu bagi memecahbelahkan Pakatan Rakyat," ujarnya. – HARAKAHDAILY



Mesyuarat Khas MH17 Minggu Hadapan

Posted: 02 Aug 2014 01:33 AM PDT

RAKYATNEWS


alt


 
BATU PAHAT  - Kerajaan dijangka mengadakan mesyuarat khas bagi menyelaras proses membawa pulang dan pengebumian mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, pada minggu depan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi berkata, mesyuarat itu akan diadakan sebaik sahaja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pulang dari Amsterdam, Belanda dalam usaha memastikan proses memberi penghormatan negara kepada kesemua rakyat Malaysia yang terkorban berjalan lancar.

"Mesyuarat itu akan membabitkan beberapa kementerian antaranya Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Pengangkutan sendiri.

"Penghormatan negara diberikan kerana kejadian ini adalah yang pertama berlaku kepada negara kita," katanya ketika ditemui pemberita dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjurannya di Parit Jelutong di sini hari ini.

Nahas MH17: Maklumat Kotak Hitam Diserahkan Kepada Belanda

Posted: 02 Aug 2014 01:31 AM PDT

RAKYAT NEWS


alt



LONDON  - Maklumat daripada kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di timur Ukraine telah diserahkan kepada kerajaan Belanda dan keputusan awal analisis insiden itu dijangka dikeluarkan pada minggu depan, lapor sumber kerajaan Britain.

Minggu lalu, kotak hitam pesawat itu dihantar oleh Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) kepada Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) Britain untuk proses memuat turun dan menganalisis data.

"Keutamaan masih tertumpu pada misi membawa masuk pakar antarabangsa ke lokasi nahas bagi mencari saki-baki mayat dan barangan milik mangsa, selain membolehkan pasukan penyiasat menilai keadaan kawasan dan serpihan pesawat MH17," kata sumber berkenaan. - AGENSI

'Tolong berhenti politikkan MoU'

Posted: 02 Aug 2014 01:26 AM PDT


 Rafizi Ramli Rafizi Ramli


GERAKAN Pengguna Negeri Selangor (GPNS) menggesa Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli  (gambar) agar berhenti mempolitikkan kandungan perjanjian persefahaman (MoU) mengenai isu penstrukturan industri air di Selangor antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan.

Pengerusinya, Datuk Dr Jacob George berkata, Rafizi tidak sepatutnya berbuat demikian kerana rakyat bimbang dengan risiko kekurangan bekalan air bersih apabila paras air simpanan kini berada di paras kritikal.

"Saya lihat Rafizi begitu kebudak-budakan dalam kes ini kerana mendakwa beberapa pihak berkonspirasi dalam isu pengambilalihan industri air.

"Sebagai Pengarah Strategi PKR, Rafizi  sepatutnya menggunakan kebijaksanaan beliau untuk menyokong kerajaan negeri bagi mempercepatkan proses pengambilalihan industri air di Selangor dan bukannya melengah-lengahkan lagi dengan isu konspirasi," katanya.

Menurutnya, tindakan Rafizi telah menimbulkan teori konspirasi pengambilalihan air antara Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan syarikat konsesi air.

"Bila mereka cuba hendak membina isu yang baru dan menangguhkan proses (pengambilalihan air) kita akan demonstrasi depan ibu pejabat (PKR).

"Ribuan akan protes. Ini bukan politik tetapi (melibatkan isu) pengguna tulen. Kita tidak campur urusan politik," katanya.

Katanya,  sebagai persatuan pengguna, pihaknya menekankan agar isu air di Selangor tidak dipolitikkan lagi kerana rakyat negeri itu kini sedang menderita dan sengsara dengan masalah bekalan air yang berlaku.

Rafizi, sebelum ini sering mempertikaikan MoU penstrukturan air apabila mendakwa perjanjian itu tidak membawa keuntungan kepada rakyat dan lebih memihak kepada Putrajaya dan mengatakan bahawa terma perjanjian air akan dikaji sekiranya Selangor ditadbir urus oleh menteri besar baru.

"Kerajaan negeri memiliki 30 peratus saham Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan segala terma perjanjian dan pampasan juga melibatkan kerajaan negeri.

"Jadi adalah tidak matang apabila Rafizi mengatakan bahawa terma perjanjian air perlu dikaji semula padahal terma perjanjian tersebut ditetapkan oleh kerajaan negeri sendiri," katanya.

Tambahnya, Rafizi perlu mendapatkan fakta yang betul sebelum mendakwa wujudnya konspirasi di kalangan syarikat konsesi air dan menteri besar dalam usaha kerajaan negeri memastikan bekalan air mencukupi

CIQ: MP minta teksi, bas dikecuali tol

Posted: 02 Aug 2014 01:19 AM PDT

Shahrir Abdul Samad Shahrir Abdul Samad


JOHOR BAHRU - Ajli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad mencadangkan agar perkhidmatan teksi dan bas dikecuali daripada membayar tol di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar di sini.

Beliau berkata ia bagi menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam untuk berulang-alik dari Johor Bahru ke Singapura selain mengurangkan kesesakan akibat kemasukan kenderaan persendirian dari kedua-dua arah Tambak Johor.

"Saya melihat pelaksanaan tol dan kadarnya bukan merupakan satu masalah, tetapi pengguna perlu diberi perkhidmatan dan penyelesaian alternatif yang perlu diteliti. Perlu diperkasa dari segi perkhidmatan pengangkutan awam," katanya.

Beliau diminta mengulas kekecohan yang berlaku di CIQ itu semalam yang dikatakan berpunca daripada pemandu bas kilang yang enggan membayar tol.

Beliau berkata fungsi CIQ perlu dilihat bukan sahaja sebagai pintu masuk ke negara ini tetapi sebagai terminal pengangkutan bersepadu.     

Mengenai kekecohan tersebut, Shahrir berkata ia bersifat sementara yang membabitkan sebilangan kecil pihak yang tidak mempunyai asas untuk membantah kenaikan kadar tol.

Beliau berkata keadaan akan pulih dan dapat diterima apabila pemahaman mengenai pelaksanaan tol itu dilakukan selain kerajaan sendiri mencari jalan penyelesaian alternatif. 

"Perkara ini telah lama diusulkan cuma ia dilaksanakan selepas pengumuman kerajaan untuk mengenakan caj permit kenderaan asing (VEP) baru-baru ini yang sedikit menimbulkan kurang faham," katanya sambil menambah semua agensi terlibat perlu berbincang bagi mencari penyelesaian bersepadu yang lebih munasabah.

Menurut beliau, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka turun padang dalam masa terdekat bagi mencari jalan penyelesaian berhubung perkara itu.

Kekecohan yang disebabkan sebilangan kecil pemandu bas menyebabkan banyak kenderaan lain terutama bas kilang tidak dapat meneruskan perjalanan ke Singapura untuk menghantar pekerja.

Ribuan pekerja terpaksa berjalan kaki untuk menyeberang Tambak Johor sebelum menaiki bas di Woodlands.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pada 26 Julai lalu mengumumkan kadar baharu tol arah masuk CIQ itu bagi kenderaan Kelas 1 hingga Kelas 5 yang masing-masing bernilai RM9.70, RM14.70, RM19.70, RM4.80 dan RM7.80, manakala bagi kadar arah keluar bernilai RM6.80, RM10.20, RM13.60, RM3.40 dan RM5.50. - Bernama

Warga Asing Dijumpai Dipercayai Dibunuh

Posted: 02 Aug 2014 01:17 AM PDT

RAKYAT NEWS


alt
 
 
 
NIBONG TEBAL   - Seorang warga asing ditemui mati dalam keadaan tertiarap di tepi jalan berhampiran pencawang elektrik di Tasek Chempedak, Simpang Ampat di sini pagi tadi.
 
Mangsa dipercayai dibunuh berikutan terdapat kesan cedera pada badan, perut, betis dan pipi mangsa akibat senjata tajam. 
 
Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Deputi Superintendan Shariffudin Abdullah berkata mangsa yang berpakaian seluar pendek dan baju T didapati terikat kedua-dua tangannya.
 
Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersama mangsa.

Waris Mahu Barangan Peribadi Jika Mayat Tidak Ditemui

Posted: 02 Aug 2014 01:15 AM PDT

RAKYAT NEWS


alt
 
 
 
SEBUYAU (Sarawak)  - Waris mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine mahukan barangan milik mangsa jika mayat mereka tidak dapat dibawa pulang. 
 
Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang bertindak menjaga kebajikan para waris berkata itu merupakan permintaan terbaharu yang disampaikan mereka kepada pihaknya. 
 
"Keluarga mangsa telah berpesan, kalau tidak ada mayat atau cebisan mayat untuk dibawa balik, baju mangsa atau barangan peribadi yang lain pun sudah memadai. 
 
"Bagi mereka itu tanda kenangan, bukti mangsa telah ditemui," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri di sini hari ini.

'Selamatkan Kanak-kanak Gaza' : Orang Ramai Mula Banjiri Dataran Merdeka

Posted: 02 Aug 2014 01:13 AM PDT

Alif Mustapha


alt
 
 
 
KUALA LUMPUR  - Orang ramai mula membanjiri Dataran Merdeka dalam Perhimpunan Aman 'Selamatkan Kanak-kanak Gaza'.
 
Perhimpunan anjuran Aqsa Syarif bersama Viva Palestina (VPM) bertujuan untuk mempamerkan kepada Israel, kerajaan Amerika Syarikat dan seluruh dunia bahawa rakyat Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman zionis ke atas kanak-kanak di Gaza.
 
Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, bangsa dan fahaman politik hari ini berkumpul di Dataran Merdeka bagi menunjukkan pendirian teguh dalam solidariti bersama rakyat Palestin.
 
alt

Siasat pendedahan libatkan pemimpin PKR

Posted: 01 Aug 2014 10:33 PM PDT


Khairul Anuar (tengah) mengadakan sidang media selepas membuat laporan polis, semalam. Khairul Anuar (tengah) mengadakan sidang media selepas membuat laporan polis, semalam.


KULIM - Badan Bertindak Anti Penyelewengan Kedah menggesa siasatan terperinci dilakukan terhadap pendedahan yang dibuat oleh Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, berhubung salah laku dan pecah amanah melibatkan pemimpin PKR sebelum ini.

Presidennya, Khairul Anuar Ramli berkata, maklumat yang didedahkan menerusi pendedahan itu amat mengejutkan kerana ia melibatkan penyalahgunaan wang rakyat.

"Jika terbukti segala maklumat itu benar, pihak terbabit perlu diheret ke muka pengadilan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada kerana ini adalah suatu kesalahan," katanya.

Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Daerah (IPD) Kulim, malam semalam.

Khairul Anuar berkata, artikel bertajuk "PKR Tak Kenang Budi, Luahan Rasa Bekas Setpol Ustaz Azizan Mantan MB Kedah", yang dibaca menerusi laman sosial itu mengandungi beberapa pendedahan besar tentang salah guna kuasa melibatkan beberapa Adun PKR lalu ketika Kedah ditadbir PR (2008-2013).

"Antara maklumat yang didedahkan dan perlu disiasat, ialah dakwaan mengenai kebenaran yang diberikan kepada sebuah syarikat kuari pasir yang kebetulan melalui tanah milik agensi itu bagi menampung perbelanjaan Adun PKR," katanya.

Malah, katanya, kes tuntutan perjalanan seorang Exco PKR yang jauh melebihi gaji dan elaunnya, di mana elaun sekitar RM17,000 tetapi tuntutan perjalanan mencecah RM23,000 juga wajar disiasat.

"Difahamkan, mantan Menteri Besar (Azizan) secara diam-diam meluluskan kawasan balak kepada PKR melalui satu permohonan sebuah syarikat yang mewakilinya, bila ianya diluluskan dengan harga yang sama dengan pihak lain, iaitu RM16,000," katanya.

Khairul Anuar turut menyarankan agar Muhammad Sanusi memberi butiran secara terperinci tentang salah guna kuasa dan pecah amanah yang didedahkan itu kepada pihak berkuasa.

"Jika Muhammad Sanusi benar-benar telus dan mahu membersihkan nama Pas Kedah, dia harus tampil memberikan butiran terperinci tentang perkara itu," katanya.

Menurutnya, pihaknya turut mencabar Setiausaha Agong PKR, Datuk Saifuddin Nasution untuk menjawab semua tuduhan yang dibuat oleh Muhammad Sanusi, dan jangan hanya bijak mengelak demi kepentingan diri sendiri.

"Kita semua maklum tentang masalah dalaman PR serta percakaran sesama sendiri berpunca daripada isu pertukaran MB Selangor. Ia dikeruhkan lagi dengan pertelingkahan antara Muhammad Sanusi dan Saifuddin Nasution. Masing-masing cuba membuka pekung di dada. Kita lihat pendedahan itu cukup serius kerana melibatkan kepentingan rakyat," katanya.

Khairul Anuar berkata, pihaknya juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahad ini, agar siasatan dibuat ekoran daripada pendedahan itu.

'Pergaduhan' dalam Pakatan Rakyat adalah tanggungjawab PKR, kata Prof Agus Yusoff

Posted: 01 Aug 2014 10:24 PM PDT

Oleh Shuhaniza Said

 
Post Pic

 
 
SHAH ALAM: Krisis jawatan Menteri Besar Selangor yang kini menyaksikan PAS, PKR dan DAP saling menuding jari adalah natijah yang sepatutnya ditanggung PKR, ujar Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yussof.
 
Ini kerana PKRlah yang memulakan perancanaan mahu menukar Khalid menerusi 'Langkah Kajang' tanpa berunding dengan mana-mana parti kompenan baik PAS mahupun DAP.
 
Agus juga tidak menolak andaian bahawa Pakatan Rakyat akan jatuh dan perkara itu disebabkan sikap PKR yang suka membuat keputusan tanpa mengambilkira pandangan rakan kompenannya.
 
"Sekarang ini apabila Menteri Besar tidak mahu turun dan PAS pula tidak bersetuju dengan Langkah Kajang ini, maka menggelabahlah PKR. Maka, muncullah krisis.
 
"Dalam kes isu Menteri Besar ini, banyak pengajarannya. Pertama, pemimpin PKR janganlah memberi kenyataan yang tidak betul. Itu menipu namanya. Contohnya, kata Langkah Kajang bukan untuk menukar Menteri Besar, tetapi akhirnya mencadangkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Menteri Besar sekarang.
 
"Kedua, belajarlah untuk berunding dengan rakan lain dalam PR sebelum membuat sesuatu keputusan penting. Jika tidak boleh berunding, tunggulah sahaja saat jatuhnya Pakatan Rakyat," katanya dalam status di laman sosial Facebooknya, hari ini.
 
Malah tambah Agus, PKR juga sewajarnya 'serik' dengan tindakan mereka yang lebih banyak mengeruhkan suasana politik negara.
 
"PKR ingat partinya ada suara majoriti. Dan PKR juga ingat kerusi Menteri Besar adalah milik mutlak partinya. Maka, atas alasan itu barangkali Langkah Kajang dibuat tanpa perbincangan. Hasilnya wajarlah apabila PAS marah," katanya.
 
Kemelut jawatan Menteri Besar Selangor yang dilihat mencetuskan perbalahan antara rakan komponen Pakatan khususnya PAS-PKR, kata Agus, adalah waktu terbaik bagi parti Islam itu menyatakan pendirian dengan tegas.
 
Dalam analisisnya seperti yang disiarkan Sinar Harian, Agus berpendapat adalah bagus untuk PAS keluar daripada Pakatan dan menyertai Barisan Nasional (BN) bagi memenuhi beberapa keperluan. 
 
"Pertama, untuk mengukuhkan kedudukan politik orang Melayu dan Islam. Kedua, untuk membolehkan BN mendapat sokongan dua pertiga majoriti dan seterusnya meluluskan persempadan baru kawasan pilihan raya.
 
"Ketiga, saya mahu tahu kekuatan Pas selepas meninggalkan PR. Apakah Pas akan kekal kuat?," ujarnya.
 
Oleh itu kata Agus, PAS seharusnya memanggil satu perhimpunan agung tergempar bagi membolehkan ahlinya membuat pendirian sama ada mahu parti itu kekal bersama Pakatan atau mengundur diri dari gagasan pembangkang itu.
 
"Biarkan pemimpin akar umbi mengundi membuat keputusan sama ada untuk keluar dari PR, menyertai BN atau keluar PR untuk berdiri dengan kekuatan sendiri. 
 
"Saya fikir sudah sampai masanya pemimpin Pas berfikir dan mengambil keputusan tegas tentang hal ini. Jika sekejap ada pemimpin kata tidak boleh sepakat dengan PR dan sekejap pula ada yang kata boleh sepakat, itu politik yang tidak ada jiwa, tidak ada semangat setia kawan, tidak menentu pendirian politiknya dan tidak ada hala tuju yang jelas,"ujarnya lagi.

Sifat "Pendendam" Timbalan Menteri Ini Boleh Dicabar Di Mahkamah

Posted: 01 Aug 2014 10:16 PM PDT

KELAB GREENBOC



Pengajaran peneroka yang saman Felda'


Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abdul Muttalib mempertahankan keputusan Felda untuk tidak membayar dividen dan sagu hati raya dari Felda Global Venture (FGV) kepada peneroka yang menyaman Felda.

MP Maran itu menegaskan, Felda mengambil langkah yang betul, rasional dan menepati kehendak majoriti peneroka di seluruh negara, lapor Utusan Malaysia hari ini.

"Tindakan Felda tidak membayar dividen akhir FGV dan wang sagu hati raya tahun ini kepada peneroka yang menyaman Felda adalah satu tindakan rasional dan menepati kehendak majoriti peneroka seluruh negara.

"Perkara ini diharap memberi pengajaran kepada peneroka Felda supaya jangan mudah terpedaya dengan mainan politik pembangkang yang berterusan mencipta isu membabitkan Felda," katanya pada satu majlis di Maran semalam, lapor Utusan.

Beliau turut menggesa Felda menyemak semula senarai peneroka yang menyaman Felda kerana ada di antara mereka yang tidak berbuat demikian tapi namanya tersenarai sebagai penyaman Felda.

Akhbar sama melaporkan peneroka yang tidak menyaman Felda menerima dividen FGV sebanyak RM647 dan insentif produktiviti sebanyak RM300. -mk


Saman tidak batal hak peneroka terima dividen

KUALA LUMPUR: Menafikan hak golongan peneroka hanya kerana tindakan mereka menyaman Felda adalah tindakan yang zalim dan tidak munasabah, kata Presiden Abim, Amidi Abdul Manan.

Beliau menyataan demikian merujuk kepada laporan berkaitan tindakan Felda menafikan hak segelintir peneroka menerima dividen adalah amat dikesali.

"Sekiranya benar seperti dilaporkan oleh beberapa portal berita, tindakan sedemikan adalah tindakan yang bodoh dan jijik," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, Abim menyokong segala tindakan berlandaskan undang-undang bagi mengembalikan hak kepada mereka yang dizalimi.

Seharusnya, ujar beliau Felda menghayati prinsip wasatiyyah seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri yang bercirikan kesederhanaan dan menjauhi sebarang bentuk tindakan yang melampau termasuk penganiayaan.

Begitu juga, katanya dengan prakarsa 'hifz ul-mal' iaini penjagaan harta yang terkandung dalam maqasid syariah yang secara jelas tidak membatalkan hak untuk para peneroka untuk mereka menerima dividen atas sebab tindakan mereka menyaman Felda.

Sehubungan, ujar beliau Abim menggesa agar satu penjelasan dibuat oleh Felda bagi merungkai kekeliruan yang mungkin timbul berpunca dari situasi ini.

"Abim percaya kemarahan golongan peneroka terhadap Felda dapat diredakan dengan penjelasan yang rasional dan munasabah," katanya lagi.
- HD

ULASAN GB

Demikian teruknya mentaliti dan sikap seorang yang berjawatan Timbalan Menteri dari UMNO-BN. Apabila FELDA disaman oleh peneroka untuk menuntut hak mereka, nama mereka dicicirkan dari menerima dividen FGV.

Perkataan dan tindakannya itu boleh diheret ke mahkamah dan biarkan mahkamah tentukan samada perkataan dan tindakannya itu benar atau salah.

Ia menyerlahkan sifat "berdendam", yang menjadi amalan kerajaan UMNO BN selama ini.

Sama seperti sikap dan tindakan Mahathir yang menyekat pembangunan di Kelantan satu ketika dahulu apabila UMNO BN tewas di Kelantan.


Hukum Kebenaran dan Keadilan akan berjalan, UMN O BN akan hancur musnah kerana kezaliman dna kekejamannya itu.

LIHAT VIDEO DI SINI

Tony Pua ‘Syok Sendiri’

Posted: 01 Aug 2014 10:09 PM PDT

BULETIN ONLINE


KUALA TERENGGANU – PAS menyifatkan kenyataan Ketua Publisiti DAP, Tony Pua yang berkata kononnya PAS akan lenyap di negeri Selangor sekiranya pilihan raya mengejut diadakan, sebagai satu kenyataan yang 'syok sendiri'.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Dr. Ustaz Khairuddin Aman Razali berkata sejarah terus memperlihatkan Pas tetap bertahan, akan tetap kuat dan bangkit dengan jenteranya meluas di semua peringkat.

Katanya, rakyat menilai setiap orang bertanding berdasarkan parti, peribadi, bakti mereka dan soal Pas akan lenyap merupakan suatu yang amat mustahil kerana Pas terbukti bertahan sejak 51 tahun lalu.

"PAS tak mungkin lenyap dan sentiasa boleh bertahan. Di Terengganu kita jatuh pada 2004, tapi kita bangkit sekarang, tinggal dua kerusi lagi untuk kita kuasai.

"Kita ada jentera di mana sahaja. Yang tak ada jentera ialah Parti Keadilan Rakyat (PKR). DAP hanya ada jentera di peringkat elit sedangkan rangkaian Pas di peringkat akar umbi, di semua tempat.
"Itu terpulang kepada Tony Pua untuk memberi amaran namun istilahnya adalah `syok sendiri', ujar beliau ketika ditemui di sini semalam.

Tony Pua yang juga Pengerusi DAP Selangor dilaporkan mendakwa pakatan pembangkang berisiko kalah manakala Pas pula mungkin lenyap kerana kehilangan banyak sokongan sekiranya pilihan raya mengejut diadakan untuk menyelesaikan isu penggantian Tan Seri Abdul Khalid.

Amaran itu dibuat berikutan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada minggu lalu yang menyokong Abdul Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar yang dianggap oleh sesetengah pihak, boleh menimbulkan perpecahan dalam Pakatan Rakyat.

Dr. Mohd Khairudin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, andainya Pakatan Rakyat tewas di Selangor, PKR seharus dipersalahkan sebagai punca yang mencetuskan konflik dan bukannya PAS.
"PAS hanya berpegang kepada pendirian asal, kita bersetuju dengan Menteri Besar Selangor sedia ada, tetapi yang timbulkan masalah adalah PKR.

"Kalau jatuh sekali pun, sebabnya adalah kerana PKR. PAS hanya mempertahankan Abdul Khalid supaya rakyat boleh melihat pakatan pembangkang sebagai sebuah parti yang telus dan memang berkhidmat untuk rakyat kerana setakat hari ini tak ada satu hujah yang kuat untuk menurunkan dia," ujarnya.

Katanya, selagi tidak ada bukti-bukti penyelewengan dikemukakan terhadap Abdul Khalid maka PAS sebagai pemimpin ummah untuk terus mempertahankan Abdul Khalid.

Pas nafi tarik diri daripada PR

Posted: 01 Aug 2014 09:59 PM PDT

Salahuddin Ayub Salahuddin Ayub


KUALA LUMPUR - Pas hari ini menafikan telah mengeluarkan sepucuk surat rasmi kononnya parti itu menarik diri daripada Pakatan Rakyat, kata Naib Presidennya, Salahuddin Ayub.
  
Beliau berkata, surat layang itu, yang menggunakan kepala surat rasmi Pas, dan kononnya ditandatangani Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, adalah permainan
  jahat pihak tertentu untuk terus memecahbelahkan komponen dalam Pakatan Rakyat.
  
"Saya ingin menegaskan bahawa pendirian Pas sehingga hari ini masih lagi bersama dengan Pakatan Rakyat. Dan pendirian itu tidak pernah berubah setakat hari ini.
  
"Jadi saya menyifatkan apa yang berlaku sekarang ini berhubung penyebaran surat dalam alam siber adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab untuk cuba memecahbelahkan Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
  
Beliau berkata, taktik seperti itu merupakan lumrah dalam permainan politik sekarang dan beliau tidak menganggap tindakan penyebaran surat palsu itu akan memberi kesan kepada keutuhan parti mahupun Pakatan Rakyat sendiri.

Surat palsu itu, bertarikh 1 Ogos 2014, mendakwa kononnya mesyuarat tergempar Jawatankuasa Kerja Pas Pusat telah mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Pakatan Rakyat, kononnya akibat perbuatan DAP yang tidak menghormati rakan komponennya.
  
Selain meminta kesemua anggota parti menghormati keputusan itu, surat itu turut menegaskan bahawa Pas tidak akan bekerjasama dengan Barisan Nasional dalam memperjuangkan agenda Negara Islam dan pelaksanaan hudud.
  
Mengulas lanjut, Salahudin berkata, surat itu dipercayai sengaja disebarkan pihak tertentu ekoran hubungan yang agak dingin antara kedua-dua parti itu, berpunca daripada krisis pertukaran Menteri Besar Selangor.
  
"Saya rasa memang yang penting bagi mereka yang ingin melihat perpecahan itu, mereka akan cuba untuk melihat Pas sebagai puncanya...permainan itu saya cukup faham," katanya.
  
Media sebelum ini melaporkan terdapat sebilangan pemimpin kanan Pas, termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menganggap keputusan PKR untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak wajar.
  
Hubungan dingin parti dalam Pakatan Rakyat turut diburukkan lagi dengan penyebaran sedutan perbualan kontroversi dalam kumpulan Whatsapps di kalangan anggota Jawatankuasa Pas Pusat apabila Dr Mohd Zuhdi Marzuki didakwa telah membentangkan senario sekiranya Pas keluar daripada Pakatan Rakyat. - Bernama

Tiada ulasan: