Rabu, 6 Ogos 2014

ANAK SENGAT

ANAK SENGAT


NAMPAK TAK SAPA PERANGAI HODOH..

Posted: 06 Aug 2014 01:22 AM PDT

Posting ni aku cuba seringkasnya... belum masa aku tulis panjang..

Rafizi semakin menggila... Kononnya dedahkan PAS tak mahu Anwar jadi PM... Nak ambik Ku Li jadi PM... Anwar tak setuju... penyudahnya sawan sampai sekarang sebab yang di kejar tak dapat, yang di kendong berciciran kerana tamak... Aku yakin isu MB Selangor pun sama...

Apa yang di dedah itu perancangan PAS dan di bawa berbincang ...apabila Anwar dan PKR tak setuju... PAS diamkan...

Anwar dan PKR tak bincang langsung terus nak ganti MB Selangor... Kalau nak lantik PM kena semua setuju...sama juga nak ganti MB pun kena semua setuju...

Bezanya Anwar tak bincang... terus ADUN letak jawatan...Cadang Anwar..gagal... Cadang Azizah... terus isytihar... Langsung tak bincang... Korang nampak tak sapa perangai hodoh..???

 PAS bawak bincang dengan PKR dengan hantar orang tertinggi... cadangkan dan anwar tolak... ( sebab dia kemaruk sangat nak jadi PM walaupun dia ditawarkan jawatan TPM dan Ku Li dah janji untuk 2 tahun sahaja demi menjatuhkan umNO dulu) PAS diamkan rancangan yang tak jadi... Tiba tiba untuk mempastikan ganti MB terjadi Rafizi dedahkan... Nampak tak sapa perangai hodoh...?

Lagi hodoh... Orang PAS sendiri tak percaya dengan kepimpinan tertinggi parti yang di pimpin ulama yang di hormati... tiba tiba bukan setakat percaya kepada Anwar, kini dah mula percaya pulak dengan Rafizi... Nampak tak sapa perangai hodoh???

Aku cadangkan puak yang dah tak percaya Pimpinan parti ni keluar je dan masuk parti yang dipercayai pemimpinnya... apa guna duduk dalam parti yang tak di percayai... Tak bermaruah langsung!!!!!

KEGILAAN YANG BELUM BERKESUDAHAN...

Posted: 05 Aug 2014 06:45 AM PDT

Bersungguh benar PKR ingin menyingkirkan TSKI sebagai Menteri Besar Selangor. Berbagai cerita dan hujah di reka. Aku macam teringat kisah Anwar nak di singkirkan oleh Tun Mahathir. Berbagai cara di lakukan oleh Tun. Hingga di bawa tilam ke mahkamah. Anwar berjaya di singkirkan. Namun apakah rakyat mampu menerima segala cerita yang di reka oleh Tun M???

Hasilnya kita lihat bagaimana akhirnya Tun M sendiri terpaksa menarik diri. Di ganti Pak Lah.. juga terpaksa menarik diri, kini Najib di belenggu dengan pelbagai masalah... kalau tidak kerana "cinta Sang Isteri" mungkin Najib juga akan menarik diri... Bezanya Najib ada sepupu dalam kabinet yang boleh berkongsi duka derita...

PKR seakan belajar dari Tun M bagaimana nak menyingkirkan seorang tokoh yang disayangi rakyat. Masih ingatkah lagi??? Anwar bukan sahaja di palitkan dengan liwat, tetapi juga dengan agen asing (US), penyelewengan dan pelbagai skandal lagi sehingga semua keburukan di sangkutkan kepada Anwar... Apakah Anwar mengambil :kertas Kerja" Tun M untuk menjatuhkan TSKI??

Aku tak pelik dengan satu demi satu tuduhan kepaa TSKI.... malah aku menanti lahirnya video seks TSKI yang akan keluar...  Rafizi dan Saifudin yang menjadi pemain utama semua ini sedang mereka satu demi satu kes. Bukan baru, malah di fahamkan lebih awal dari itu, beberapa perangkap "rasuah" telah di pasang untuk TSKI, namun peranan Faekah sebagai Setpol khalid sangat berkesan... Langkah awal untuk itu... singkirkan Faekah... dan berjaya di satu sudut.... menjauhkan Faekah dari menjaga "lembaran kertas" yang perlu di tandatangani TSKI.

Kerakusan geng Anwar seakan tak dapat di bendung lagi.. Kenyataan Saifudin bahawa perlu PilihanRaya negeri menunjukkan kegilaan ini sudah sampai ke tahap apa saja demi kuasa... Mereka seakan tak dapat bertahan walaupun tuduhan yang di kaitkan dengan Khalid hanyalah "sangkaan masalah integriti" yang belum terbukti...

Mengapa Saifudin ingin bertindak menghukum sebelum keputusan dan keadilan di beri. Mengapa mereka menggunakan hujjah bahawa anwar belum di buktikan bersalah maka ia mesti di bela... sedangkan untuk TSKI... terus mahu di hukum... Kegilaan apakah ini??

Khabarnya TSKI telah di beri tunjuk sebab kerana mengingkari arahan parti. semua jentera digunakan untuk menghalau Khalid. "nazak" sangatkah kewangan PKR dan pemimpinnya sehingga begitu terdesak mereka ingin menghalau TSKI. Saya mengharapkan jika terdesak sebegitu... TSKI akan mendedahkan nama mereka yang menghantar "proposal" yang di tolak termasuk dari DAP demi membuktikan konspirasi jahat ini.

Di peringkat bawahan tersebar Waps mengapa TSKI perlu disingkirkan.. bersumber bekas bendahari PAS selangor kononnya menggunakan istilah PAS Selangor juga tidak setuju sedangkan PJ PAS Selangor yang juga exco dengan tegas menyatakan sokongan kepada TSKI.. aku juga di fahamkan sokongan exco lain termasuk dari DAP. Paling melucukan waps itu secara tak sedar menyatakan niat sebenar mereka iaitu susahnya dapat projek dari TSKI yang kononnya bagi kepada umNO dan ahli majlis juga di kurangkan kuasanya...( untuk melobi projek?)... mencalarkan Anwar sebagai pemimpin agong... lebih jahat di hujung kenyataan itu menyatakan banyak sebab lagi namun tidak dinyatakan kerana ada kaitan dengan TGHH... jahat sungguh cara yang di gunakan..

Aku melihat rakyat semakin sedar. Rakyat tidak sebodoh zaman penipuan memfitnah pejuang Memali. Anwar mukin lupa apa yang terjadi kepada Tun M yang menyingkirkannya dulu... dia sedang mengulang kesilapan Tun M.... kejahatan itu sentiasa menggunakan kaedah yang sama... dan akhirnya terbongkrlah siapa yang berdusta... beserta pengkhianat yang di "bela" dengan janji GLC serta Datuk Bandar " yang menyokongnya dari parti dalam pakatannya...

Sesungguhnya kebenaran sedang terserlah dan kebatilah yang di lihat indah sedang hancur musnah... Tunggulah... " Madinah sedang memuntahkan munafiq dari buminya"...


Tiada ulasan: