Selasa, 19 Ogos 2014

ANAK SENGAT

ANAK SENGAT


POLITIK JUMUD

Posted: 18 Aug 2014 03:56 PM PDT

Saya terkejut bila ada pimpinan tertinggi menelaah situasi yang berlaku di Selangor ini dan situasi politik yang lainnya hanya dengan kerangka pemikiran sempit, iaitu persaingan politik PR-BN atau PAS-UMNO. Di mana kita meletakkan hikmah (wisdom) politik, bertujuan untuk mengatur urusan kehidupan manusia menjadi harmoni, mencapai keperluan asasi kehidupan manusia, mengutamakan kebajikan rakyat dan lain-lain, kalau semua pertimbangan kita diorientasikan oleh kerangka pemikiran PR-BN atau PAS-UMNO.
Adakah politik Malaysia ini hanyalah berkisar kepada pertentangan antara PR dan BN atau PAS dan UMNO? Semua perkara mesti dibincangkan menurut kerangka pertembungan itu? Jika demikian di mana peranan sebenar politik dan pimpinan politik untuk mencapai hikmah atau wisdom tersebut? Lebih 9 bulan kepentingan rakyat Selangor dan kebajikan mereka dikebelakangkan kerana agenda PKR dan peribadi Anwar Ibrahim. Mengapa tidak ramai pimpinan PR yang berani tegur kecenderungan politik PKR dan Anwar yang mementingkan agenda parti dan individu seperti ini. Mengapa semua pimpinan politik harus berfikiran sempit dan bermentalitikan politik berkepentingan seperti ini?
Sebagai sebuah Parti Islam yang menjadi rahmat kepada semua, kita perlu berfikir di luar kotak pertembungan PR dan BN atau PAS dan UMNO. Sepanjang masa rakyat Malaysia telah diheret dengan kemelut politik pertembungan yang sempit seperti ini. Lebih khusus dalam isu MB Selangor ini, boleh tak kita menjadi seorang pimpinan PAS yang berjiwa negarawan, melihat kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan Anwar Ibrahim dan PR. Cukuplah rakyat Malaysia dan rakyat Selangor diheret dengan politik pertembungan 5 tahun sekali, selepas PRU kita berfikir pula bagaimana berpolitik untuk kepentingan rakyat dan negara.
Sekarang telah lebih 9 bulan rakyat Selangor diheret dengan kemelut politik yang tidak berkesudahan, dengan memaksakan PRK yang tidak perlu ke atas rakyat Kajang, mempolitikkan isu air sedangkan ia merupakan keperluan asas manusia yang terpenting, mengganggu kelancaran pentadbiran kerajaan negeri yang disenangi rakyat dan merencatkan inisiatif pegawai-pegawai kerajaan berdedikasi untuk menjaga kebajikan rakyat. Bila saya menuntut pimpinan politik khusus dalam PR untuk mempertimbangkan perkara ini, maklumbalas yang diterima tetap berorientasikan politik pertembungan PR-BN dan UMNO-PAS. Marilah kita menjadi seorang politikus negarawan

Tiada ulasan: