Ahad, 3 Ogos 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Pengundi di Malaysia mengundi parti bukan undi individu

Posted: 03 Aug 2014 09:00 AM PDT

"Dalam keputusan MPP sebelum ini, dan perjumpaan dengan ketua cabang, semua menyokong sebulat suara. Ketika nak dibuat pengundian keputusan, ia tak perlu kerana semua sokong sebulat suara. 
 "Sepatutnya ahli hanya bawa keluar keputusan parti sahaja," kata beliau.Baca sepenuhnya  di sini  
 Pengundi di Malaysia mengundi parti bukan undi individu. Keputusan parti perlu diikuti jika tidak bersetuju keluar parti. 

 Mandat telah diberi kepada PKR untuk melantik Menteri Besar Selangor maka Majlis Pimpinan Pusat (MPP) diberi kuasa penuh mecalonkan MB yang mereka fikir terlayak.

Rakan-rakan gabungan dalam PR , melalui MPPR akan merestui siapa sahaja yang dipilih oleh PKR.

Pada 21hb Julai lalu , PKR telah memutuskan untuk menukar MB kerana merasakan Khalid sudah hilang kelayakan dan memutuskan Wan Azizah adalah calon yang terlayak untuk kerusi MB Selangor buat masa kini.

PAS belum memberikan kata putus samada bersetuju untuk merestui pertukaran tersebut dan hanya akan membuat pendirian setelah bermesyuarat pada Ogos 10, 2014.

Namun, TGHA telah membuat kenyataan media terlebih awal mengenai isu tersebut.

Pada saya, samada TGHA membantah atau bersetuju, itu bukanlah isunya. Beliau tidak sepatutnya membuat kenyataan sebelum PAS Pusat bermesyuarat untuk menetapkan pendirian.

Apabila Mat Sabu  dan Mahfuz Omar menjelaskan bahawa kenyataan TGHA itu bukan pendirian parti, sebaliknya  adalah pendirian peribadinya sendiri, ada pulak yang marah kepada mereka berdua. Ha! Ha! Ha! Ini tentu salah Anwar! 

Majlis Presiden Pakatan Rakyat (MPPR) perlu berhati-hati dalam membuat ketetapan samada bersetuju atau tidak menukar MB.

Rakyat perlu diberitahu kenapa perlu menukar Khalid dan digantikan dengan Wan Azizah.

Rakyat akan ubah jika MB tidak mempunyai kepintaran memimpin kerajaan dan dapat memenuhi hasrat rakyat Selangor.

PR akan menjadi sejarah di Selangor dalam PRU-14 nanti sebagaimana yang telah berlaku di Kedah di PRU akan datang.

TASIK AJAIB MUNCUL DI PADANG PASIR TUNISIA MENGGEMBIRAKAN PENDUDUK TEMPATAN

Posted: 02 Aug 2014 10:16 PM PDT


Beratus-ratus penduduk tempatan berpusu-pusu ke kawasan yang kini dikenali sebagai pantai Gafsa selepas beberapa gembala terserempak air misteri yang luas itu  tiga minggu lalu.

Pakar mengesyaki kemungkinan aktiviti seismik (gempa bumi) telah menyebabkan batu  di atas aras air pecah lalu menyemburkan air ke permukaan.


Kemunculan 'Tasik'  tersebut telah menarik tumpuan orang ramai yang tidak sabar untuk melarikan diri masa panas terik untuk menikmati ketenangan daripada panas terik selepas tasik ajaib itu muncul di tengah-tengah padang pasir kira-kira 25 km dari bandar Tunisia Gafsa.

Tasik itu kini dikenali sebagai pantai Gafsa selepas beberapa gembala terjumpa air misteri yang luas meliputi satu hektar tiga minggu lepas.

Dilaporkan dalam beberapa minggu pertama, airnya  jernih kebiru-biruan. Tetapi kini berubah menjadi kehijauan dan penuh dengan algae, yang bermakna bermakna air bertakung dan kondusif kepada penyakit.



Kekhuatiran adalah bahawa "Lac de Gafsa" penuh dengan bahan kimia, dan algae mungkin akan menimbulkan penyakit.

Sepuluh hari yang lalu Hatef Ouigi, dari pejabat keselamatan awam Gafsa, memberi amaran bahawa tasik itu mungkin berbahaya dan tidak sesuai untuk berenang. 

Terdapat risiko bahawa air itu tercemar dan karsinogenik" katanya.



Dia berkata ini merupakan langkah amaran manakala saintis mengambil sampel untuk mengesahkan kandungan air.

"Bergantung kepada keputusan, kami akan mengambil langkah-langkah sewajarnya," kata Ouigi.

Tiada ulasan: