WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
| DARI PRESIDEN PARTI KE MENTERI BESAR Posted: 30 Jul 2014 04:58 AM PDT Bukan tak ada anak selangor yang bijak pandai. Banyak.... Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau bersedia menyandang jawatan Menteri Besar Selangor yang kini menjadi isu kemelut dalam Pakatan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Inside Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang itu berkata beliau akan menurut keputusan dan amanah parti berhubung perkara itu. PKR memutuskan supaya Dr Wan Azizah menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar. Dr Wan Azizah berkata jawatan itu adalah satu tanggungjawab yang berat dan menganggap ia sebagai satu ujian. Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis tahlil dan sumbangan zakat kepada anak yatim bersama suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Permatang Nibong, Pulau Pinang. Ketika ditanya tentang sokongan PAS terhadap Khalid, Anwar berkata beliau akan berbincang dengan pemimpin PAS tetapi setakat ini tiada petunjuk bahawa parti itu akan keluar daripada Pakatan Rakyat disebabkan isu itu. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyuarakan sokongan mereka kepada Khalid dengan berkata bahawa beliau perlu terus menyandang jawatan Menteri Besar Selangor hingga berakhirnya penggal sekarang. – Bernama, 30 Julai, 2014. |
| Posted: 30 Jul 2014 03:46 AM PDT Kes PERWAJA , Kes Pembelian senjata , Kes Altantunya.......hadoiiii banyak tu....Najib, Mahathir, dan Pak Lah antara dikaitkan kes rasuah, dedah WikiLeaks Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah salah satu nama didedahkan oleh WikiLeaks berhubung kes rasuah jutaan dolar melibatkan Malaysia, Indonesia, dan Vietnam. – Gambar fail Reuters.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dua mentornya dan beberapa bekas menteri tersenarai dalam arahan kerajaan Australia supaya media menutup mulut daripada melaporkan kes rasuah jutaan dolar melibatkan Malaysia, Indonesia, dan Vietnam, dedah laman web WikiLeaks hari ini. Antaranya melibatkan kes anak syarikat Reserve Bank Australia, Securency and Note Printing Australia. Pekerja syarikat terbabit didakwa menyogok pegawai asing di Malaysia, Indonesia dan Vietnam daripada tahun 1999 hingga 2004 untuk mendapatkan kontrak percetakan wang. Selain Najib, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin antara ahli politik terkemuka dinamakan dalam injuksi itu. Turut dinamakan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz dan bekas Menteri Luar Tan Sri Syed Hamid Albar. Turut dinamakan dalam injuksi itu adalah adik ipar Abdullah, yang dinamakan sebagai Noni. – 30 Julai, 2014. |
| You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan